Friday, June 3, 2011

Penjelasan ‘Syaitan Bisu’ dalam Muktamar Dewan Ulama

Rata-rata petugas media dari akhbar-akhbar tempatan memfokuskan ucapan dan perbahasan ulama berkaitan isu video lucah yang diada-adakan oleh Umno terhadap Anwar Ibrahim.
 Laporan Muktamar Dewan Ulama PAS ke 50

GOMBAK : Penjelasan berkaitan video lucah yang membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran para wartawan yang membanjiri Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar di sini semalam.

Rata-rata petugas media dari akhbar-akhbar tempatan memfokuskan ucapan dan perbahasan ulama berkaitan isu video lucah yang diada-adakan oleh Umno terhadap Anwar.

Petugas media ini cuba memahami ucapan wakil Dewan Ulama dari Kedah pada kalimah ‘syaitan bisu’ sehingga meminta penjelasan petugas parti yang bertugas.

Semalam, perwakilan DUP Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat berkata, “Ulama dalam Umno sebagai “syaitan bisu” kerana berdiam diri walaupun ada yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.”

Hal ini membuatkan ulama perlu memberikan penjelasan berkaitan isu ini mengikut kefahaman dan tahap mad’u yang kurang memahami istilah-istilah seperti ini. Ulama perlu memainkan peranan dalam menjuarai isu semasa seperti dalam usul mereka.

Muktamar DUPP sebulat suara meluluskan usul menolak video seks yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, selepas dibahaskan.

Ia juga akan dibawa untuk dibincangkan dalam muktamar utamanya yang bermula hari ini, dipetik dari laman sesawang http://muktamarPAS kali ke 57.


FMT

No comments:

Post a Comment