Friday, July 31, 2009

Takziah buat keluarga Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman, AL-FATIHAH



Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar bersama anak-anak dan keluarga melakukan solat jenazah keatas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir dari PAS, Allahyarham Hamdan Abd. Rahman yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini subuh tadi.



Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar mengucapkan takziah keatas keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir dari PAS, Allahyarham Hamdan Abd. Rahman yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini subuh tadi.



Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan takziah kepada anak-anak dan keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir dari PAS, Allahyarham Hamdan Abd. Rahman yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini subuh.




Pilihanraya Kecil di Pulau Pinang, ADUN Permatang Pasir meninggal dunia

Setelah tewas di Manek Urai pertengahan bulan ini, Umno berpeluang lagi menguji sokongannya di kalangan pengundi Melayu dengan satu lagi pilihanraya kecil dijadualkan di Pulau Pinang.

ADUN Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

DUN itu adalah dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Mohd Hamdan, 60, meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari. Ia adalah pemilihan kelapan sejak pilihanraya umum Mac 2008.

Permatang Pasir adalah kerusi tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang. Allahyarham menjadi ADUN kawasan itu sejak 1999.

Pada pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Dua bulan lalu, pilihanraya kecil diadakan bagi DUN Penanti - juga dalam parlimen Permatang Pauh - ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Fairus Khairuddin.

Umno tidak bertanding pada pemilihan itu kerana takut kalah setelah tewas pada semua pilihanraya kecil di Semenanjung sejak Mac 2008.

Walaupun menganjurkan percutian ke luar negara, jamuan makan dan membuat gesaan terbuka kepada orang ramai untuk memulau pilihanraya kecil itu, UMNO gagal menongkah arus sokongan umum kepada Pakatan Rakyat.

Calon PKR Dr Mansor Othman mengekalkan kerusi Penanti untuk Keadilan dan diangkat menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Susulan itu, Umno bertanding di Manek Urai namun ditewaskan sekali lagi oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

ehsan : tvpas09/jiwokelate2009/TVA