Monday, January 18, 2010

Hina OKU : Pesuruhjaya SPRM didesak letak jawatan

"Suatu hari nanti, saya berdoa kepada Tuhan supaya mereka berdua (Abu Kassim dan Abdul Razak) duduk di atas kerusi ini kerana mereka tak tahu menghormati sensitiviti kami semua,"



Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 18 Jan : Beberapa pemimpin bagi pertubuhan orang kurang upaya (OKU) melancarkan demonstrasi aman menuntut Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kasim Mohamed supaya meletakkan jawatan.

Desakan tersebut ekoran peguam yang mewakili SPRM, Datuk Abdul Razak Musa telah menghina peguam OKU yang mewakili mendiang Teoh Beng Hock, Karpal Singh di kamar perbicaraan minggu lalu.

"Dia (Abu Kassim) perlu letak jawatan, dia tidak layak memimpin SPRM. (Abdul) Razak perlu diambil tindakan kerana menghina seorang OKU.

"Penghinaan dia (Abdul Razak) ‘saya boleh duduk, tetapi kamu (Karpal) tidak boleh bangun’ ini suatu penghinaan kepada seluruh OKU di Malaysia," kata Setiausaha Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC), Gurdip Kaur @ Rina pagi tadi.

Bercakap di depan Rumah Persekutuan yang menempatkan pejabat SPRM, beliau menganggap Abu Kasim dan Abdul Razak sendiri tidak menghormati hak asasi seluruh OKU di Malaysia.

"Sebagai penjawat kerajaan, sepatutnya beliau boleh menerima kunjungan kami. Kami sudah hantar surat (janji temu), tetapi mereka langsung tidak layan, seolah-olah tidak hormati hak kami" jelasnya.

Beliau turut berdoa supaya Tuhan membalas penghinaan terbabit.

"Suatu hari nanti, saya berdoa kepada Tuhan supaya mereka berdua (Abu Kassim dan Abdul Razak) duduk di atas kerusi ini kerana mereka tak tahu menghormati sensitiviti kami semua," katanya.

Turut mempertikai tindakan menghina oleh Abdul Razak dan Abu Kassim adalah Presiden Persatuan Terapi Bantuan Haiwan Untuk Warga Kurang Upaya dan Warga Emas, Malaysia (Perpositive).

"Mengapa begitu susah (Pengarah SPRM) turun (bertemu kami) di sini, mereka bukannya OKU.

"Dia (Abdul Razak) dan Abu Kassim begitu mudah menghina OKU di dalam mahkamah, mengapa begitu susah bersemuka dengan kami memohon maaf," katanya.

Beliau turut menuntut suatu tindakan disiplin dikenakan ke atas Abdul Razak.

Manakala, SPRM pula diminta memohon maaf secara terbuka kepada seluruh OKU serta berjanji tidak mengulangi diskriminasi tersebut.

Penasihat undang-Undang dan bagi badan Rakyat Anti-Diskriminasi ke atas OKU Malaysia (MADD), N. Surendran yang ditemui kemudian mengutuk layanan SPRM ke atas beberapa tuntutan para pemimpin OKU terbabit.

Sebelum pada itu, lebih sejam para pemimpin tersebut terpaksa melaung 'SPRM perlu minta maaf' dan 'jangan hina kami' sambil mengangkat beberapa kad protes.

Bagaimanapun, Pengarah SPRM, Hajah Azni Hamzah yang pada awalnya dilaporkan enggan melayan para pemimpin terbabit, akhirnya terpaksa menurut kehendak mereka.

Harakahdaily

Projek memasyarakatkan PAS di Sabah berhasil

Rusly Yasmin

SEPANGGAR, 18 Jan : Dewan Pemuda PAS Pusat yakin projek memasyarakatkan PAS di Sabah akan berjaya dan mendatangkan hasil yang lebih cepat daripada yang dijangkakan.

Keyakinan itu dilahirkan oleh ketuanya, Nasrudin Hasan ketika dihubungi pagi tadi. Beliau bersama rombongan pulang ke ibu negara kira-kira jam 6 pagi ini.

"Segalanya bergantung kepada kesungguhan, keiltizaman dan keberanian rakyat Sabah untuk melakukan perubahan," ujarnya.

Menurutnya, rakyat Sabah mempunyai pengalaman dalam pertukaran kerajaan berbanding negeri-negeri di Semenanjung dan tidak mustahil mereka akan beralih kepada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum yang akan datang.

Katanya, pengalaman lebih 10 tahun pemuda PAS di negeri ini kini membawa mereka memasuki fasa kedua dalam mencorak perubahan di samping jentera Pemuda PAS Sabah telah disiapkan dengan penuh disiplin bagi menggerakkan seluruh jentera dan aktiviti ke arah memenangi pilihan raya umum nanti.

"Beberapa pelan tindakan strategik telah siap dilancarkan dan kini ia berada di atas landasan menuju kejayaan dan kemenangan," katanya penuh yakin.

Beliau berkata, tinjauan pihaknya mendapati rata-rata penduduk negeri ini yang ditemui khususnya semasa lawatan ke lokasi-lokasi tertentu seperti pasar tamu, perkampungan dan juga taman perumahan melahirkan rasa kekecewaan kepada BN.

"BN gagal membela nasib rakyat Sabah sehingga mengekalkan kedudukan mereka dalam kemiskinan sungguhpun negeri ini negeri yang kaya dengan hasil mahsul negeri yang dikurniakan oleh Allah," katanya.

Katanya, anak-anak muda di negeri ini juga sudah mula memberikan perhatian kepada kehadiran PAS dan PR ekoran Sabah dilihat sangat tertinggal dari beberapa aspek seperti pendidikan dan pembangunan.

Di samping itu, masih wujud perkampungan yang daif terletak di tengah-tengah bandar raya Kota Kinabalu yang pesat membangun sementara pendidikan pula terlalu terkebelakang jika dibandingkan dengan di Semenanjung.

"Berberapa aktiviti yang telah dilakukan oleh Pemuda PAS Pusat bersama Pemuda Sabah sangat positif dan insya Allah satu komitmen yang tinggi akan diberikan kepada negeri Sabah bagi memastikan PAS dan PR bertapak kukuh,” katanya.

Pagi kelmarin, beliau mengetuai pemuda mengedarkan risalah dan akhbar Harakah secara percuma kepada pengunjung-pengunjung Tamu Putatan.

Sebelah petang pula, beliau menziarahi pasar Philipines dan program ditamatkan dengan ceramah pentas pemuda di Putatan.

Beliau turut merakamkan sekalung tahniah buat Pemuda PAS negeri yang mula menunjukkan potensi untuk menjadi sebuah gerakan yang berkesan di negeri ini.


Harakahdaily

PAS dakwa Hishammuddin, Musa gagal kawal rumah ibadat diserang

“Kegagalan mengawal kejadian pembakaran dan pencemaran ke atas gereja adalah sesuatu yang sangat memalukan negara. Keadaan ini terus memberi imej buruk kepada negara kerana dilihat tidak punya keupayaan menjamin keselamatan dan ketenteraman awam untuk rakyat,”


KUALA LUMPUR, Jan 17 – Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menggesa Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara harus meletakkan jawatan masing-masing kerana gagal mengawal kejadian serangan dan vandalisme ke atas rumah-rumah ibadat sejak lebih seminggu lalu.

“Kegagalan mengawal kejadian pembakaran dan pencemaran ke atas gereja adalah sesuatu yang sangat memalukan negara.

“Keadaan ini terus memberi imej buruk kepada negara kerana dilihat tidak punya keupayaan menjamin keselamatan dan ketenteraman awam untuk rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Setakat semalam, 10 gereja dan sebuah kuil Sikh berhadapan dengan perbuatan serangan dan vandalisme.

Sebuah masjid di Sarawak juga menjadi sasaran kerja vandalisme sehari selepas gereja di Seremban, perkembangan yang dikhuatiri boleh memburukkan lagi suasana tegang ekoran isu kontroversi penggunaan kalimah “Allah”.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menambah kegagalan ini perlu dipertanggungjawabkan ke atas Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri dan Tan Sri Musa Hassan selaku Ketua Polis Negara yang jelas gagal untuk mencapai sasaran indeks utama prestasi (KPI) kedua-dua institusi tersebut.

“Oleh itu amat wajar Datuk Seri Hishammuddin dan Tan Sri Musa melepaskan jawatan atau diberhentikan dari jawatan masing masing atas kegagalan mencapai KPI masing masing.

“Apa guna bercakap dan bermesyuarat berkenaan KPI bila KPI paling penting untuk KDN dan PDRM ialah menjaga keselamatan rakyat dan harta benda rakyat tidak dapat dijamin,” katanya.

Mahfuz memberitahu, Kabinet pimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hanya bercakap tentang pencapaian KPI walaupun sudah beberapa kali membincangkan persoalan KPI, kewajipan asas kerajaan amnya dan KDN serta PDRM khasnya untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta menjaga harta benda rakyat tidak dapat dilakukan.

themalaysianinsider

Pemuda PAS Sabah bersedia hadapi PRU-13

"Pemuda Negeri akan memfokuskan 3 perkara selepas ini, iaitu pengukuhan tarbiyah, pengukuhan politik dan pengukuhan organisasi selain pengukuhan ke arah menawan sabah masa akan datang. Selepas kemenangan Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, minda rakyat Sabah telah terbuka dan mereka telah mula menerima kehadiran Pakatan Rakyat"


Rusly Yasmin

PUTATAN, 17 Jan : Lebih 300 pemuda PAS daripada seluruh kawasan negeri Sabah bersiap sedia menyusun kekuatan membantu Pakatan Rakyat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Ketuanya, Lahirul Latinggu berkata bahawa konvensyen pemuda negeri yang diadakan di Pejabat PAS kawasan Putatan semalam telah menyuntik semangat pemuda untuk terus berkerja ke arah memenangkan Pakatan.

lebih 300 pemuda dari semua kawasan negeri itu hadir ke konvensyen tersebut.

"Pemuda Negeri akan memfokuskan 3 perkara selepas ini, iaitu pengukuhan tarbiyah, pengukuhan politik dan pengukuhan organisasi selain pengukuhan ke arah menawan sabah masa akan datang.

"Selepas kemenangan Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, minda rakyat Sabah telah terbuka dan mereka telah mula menerima kehadiran Pakatan Rakyat" ujar beliau ketika dihubungi tadi.

Menurut beliau, terlalu banyak isu yang berlaku namun gagal di selesaiakan oleh kerajaan negeri Sabah seperti isu tanah, pendidikan, dan masalah sosial yang menghantui masyarakat setempat.

"Ini merupakan satu batu loncatan untuk pemuda PAS dan Pakatan Rakyat bergerak lebih pantas di masa akan datang" tambahnya.

Ketua pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan dan barisan exconya telah membentangkan kertas kerja di dalam konvensyen tersebut.

Harakahdaily

Zaid Ibrahim : BN is scared, because Pakatan Rakyat is stronger by the day






mediarakyat