Thursday, February 4, 2010

Pesuruhjaya Tinggi Ghana kagumi Nik Aziz

“Saya memilih Kelantan untuk peringkat awal lawatan kerana ia begitu unik apabila mempunyai seorang Menteri Besar yang penuh integriti,”


Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 4 Feb : Pesuruhjaya Tinggi Ghana ke Malaysia, Daniel Kwasi Abodakpi melahirkan minat untuk mengenali lebih dekat seorang pemimpin negeri yang mempunyai integriti seperti Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata kunjungan ke sini untuk melihat hasil pemerintahan berintegriti yang diamalkan di Kelantan.

Katanya, hasil ketelusan yang diamalkan itu membolehkan pelbagai program pembangunan berjalan dengan baik.

“Pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar sekarang menjadi contoh nyata bahawa Islam bukan agama yang menganjurkan keganasan.

“Tidak ada satu agama pun di dunia ini sama ada Kristian, Buddha, Hindu mahupun Islam boleh dilabel sebagai agama pengganas, tetapi ramai sering menyebut Islam terrorist.

“Namun saya tidak pernah percaya, Islam sejak dahulu adalah agama yang membawa tamadun dan membawa manusia mengenal sains. Malah hari ini Kelantan adalah contoh Islam bukan agama keganasan,” katanya ketika mengunjungi hormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kota Darulnaim semalam.

Rombongan itu turut disertai Menteri Penasihat Kedutaan, Muhammed Fuseini Inusah dan Setiausaha Pertama, F.M. Brown.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dan pegawai kerajaan negeri.

Daniel Kwasi berkata, kunjungannya ke Kelantan amat bermakna kerana dapat mengenali dengan lebih rapat Menteri Besar Kelantan.

“Saya memilih Kelantan untuk peringkat awal lawatan kerana ia begitu unik apabila mempunyai seorang Menteri Besar yang penuh integriti,” ujar beliau.

Katanya integriti yang ada pada Nik Abdul Aziz sudah lama diketahui ramai.

“Saya kagum dan teruja dengan apa yang sudah dicapai Menteri Besar di negeri ini. Beliau amat dikenali sebagai pemimpin yang baik dan berintegriti, tidak selalu kita jumpa pemimpin yang hebat dalam sejarah.

“Tuhan hanya memberi amanah kepada ‘true man’ dan saya berharap Tuhan akan terus memberi kesihatan yang baik kepada beliau untuk meneruskan segala kerja,” katanya.

Beliau memberitahu rombongannya kini dalam rangka lawatan ke seluruh Malaysia dan Kelantan dipilih negeri kedua selepas Sarawak.

Beliau juga mengakui pembangunan Kelantan tetap rancak dan berharap hubungan dapat diperluas termasuk dalam sektor ekonomi dan sosial dengan Ghana.

Menurutnya juga pencapaian Menteri Besar Kelantan dalam menyatukan rakyat dan membawa pembangunan menjadi inspirasi kepadanya.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan mengalu-alukan mana-mana kedutaan asing datang bagi mendengar dan melihat sendiri pembangunan sosio ekonomi negeri ini.

Harakahdaily

Laporan Utusan kotor, biadap dan jijik - Anwar



Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Feb : Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini mengecam laporan akhbar Utusan hari ini yang disifatkan sebagai kotor, biadab dan jijik.

Menurutnya, laporan Utusan muka depan hari ini bertajuk "Tidak Rela Di Liwat Lagi" sebagai memetik kenyataan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah cubaan fitnah kerana tiada dalam rekod mahkamah sepanjang perbicaraan semalam.

Sementara itu peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh pagi tadi memohon mahkamah mengenakan perintah menghina mahkamah terhadap akhbar tersebut

Karpal berkata, laporan itu dibuat dengan niat jahat kerana apa yang tiada dalam prosiding perbicaraan kes liwat itu dilaporkan dalam artikel berkenaan.

Terdahulu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar disambung semula jam 2.30 petang tadi dan mereka yang mempunyai pas sahaja dibenar masuk.

Perbicaran bermula selepas Anwar dan pasukan peguam ke Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansar di ibu negara.

Kondominium tersebut adalah lokasi Anwar dituduh melakukan kesalahan liwat tersebut

Selain mereka, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersama pihak pendakwa raya serta penguam bela juga ke lokasi berkenaan.

Turut ke kondo tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersama bapa dan peguamnya.

Perbicaraan sebelah pagi tadi juga diadakan secara tertutup.

Lebih 50 petugas media menanti di perkarangan mahkamah dan sebahagian darinya wartawan dan jurugambar juga mula bergegas ke kondominium tersebut.

Pagi tadi, Anwar Ibrahim tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta jam 9.30 pagi bagi perbicaraan kes liwat terhadapnya yang masuk hari kedua hari ini.

Kehadiran beliau disambut laungan reformasi lebih 200 penyokong yang memenuhi perkarangan mahkamah sejak awal pagi.

Kawalan keselamatan bagaimanapun semakin ketat berbanding semalam.




(Video) Anwar dan peguam ke kondo Desa Damansara




tvpas09

Kes Fitnah II Anwar : Hakim ‘Siasat’ Kondo Desa Damansara

Thursday, 04 February 2010 11:48 AM
Oleh Roziyah Mahamad


KUALA LUMPUR : Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara hari ini menjadi tumpuan perbicaraan kes liwat, Ketua Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lokasi tersebut didakwa menjadi tempat Anwar dituduh melakukan kesalahan tersebut.Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dilaporkan bersama dengan pihak pendakwa raya serta peguam bela sedang menuju ke lokasi berkenaan ketika ini. Perbicaraan ketika ini diadakan secara tertutup dan pihak media juga tidak dibenarkan mengikuti perbicaraan ketika ini. Beliau yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.KUALA LUMPUR : Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara hari ini menjadi tumpuan perbicaraan kes liwat, Ketua Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lokasi tersebut didakwa menjadi tempat Anwar dituduh melakukan kesalahan tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dilaporkan bersama dengan pihak pendakwa raya serta peguam bela sedang menuju ke lokasi berkenaan ketika ini.

Perbicaraan ketika ini diadakan secara tertutup dan pihak media juga tidak dibenarkan mengikuti perbicaraan ketika ini.

Beliau yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.


Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).

Desakan heret Najib dan Rosmah bergema di mahkamah

"Ini adalah tindakan Datuk Seri Najib untuk memburukkan nama saya...saya cabar dia dan isterinya memberikan keterangan di mahkamah tentang peranan mereka di belakang segala keterangan ini,"



Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Feb : Desakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah bergema di perkarangan mahkamah Jalan Duta di hari pertama Datuk Seri Anwar dibicarakan.

Desakan ini dibuat oleh Anwar melalui permohonan sapinanya dan dilaungkan oleh para penyokong beliau yang memenuhi ruang perkarangan mahkamah itu.

Kedua-duanya didakwa menjadi dalang kepada dakwaan terhadap Anwar dan segala keterangan yang dibuat oleh bekas pegawai peribadi Anwar, Saiful Bukhari adalah dari mereka.

Najib pada awalnya menafikan bertemu dengan Saiful namun kemudiannya mengaku Saiful datang bertemu beliau untuk mendapatkan biasiswa.

"Dalam mahkamah, Saiful berkata beliau bukanlah orang yang cerdik sebab itu dia tidak lulus dalam pelajaran di universiti dan akhirnya keluar.

"Adakah ini orangnya yang hendak diberikan biasiswa oleh Najib. Ini persoalan yang mesti diterangkan oleh Najib dan Rosmah di mahkamah," kata Samsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda PKR, di perkarangan mahkamah selepas perbicaraan hari pertama.

Dalam perbicaraan itu, Saiful yang dipanggil sebagai saksi pertama berkata, beliau berhenti dari menjadi pegawai Anwar kerana tidak tahan dipaksa melakukan seks luar tabii.

Pihak pendakwa pula memberitahu mahkamah pihaknya menemui air mani Anwar di luar dan dalam dubur Saiful.

Sedang sebelum ini, doktor yang memeriksa Saiful menegaskan tidak terdapat sebarang tanda berlaku seks luar tabii it.u

"Kita akan membuat soal balas terhadap semua keterangan Saiful ini dan kita yakin akan menang," kata Anwar ketika mengulas keterangan Saiful itu.

Bagi Anwar, keterangan Saiful itu tidak mengejutkan beliau dan sudah menjangkakannya.

"Ini adalah tindakan Datuk Seri Najib untuk memburukkan nama saya...saya cabar dia dan isterinya memberikan keterangan di mahkamah tentang peranan mereka di belakang segala keterangan ini," kata Anwar.