Monday, November 2, 2009

Rakaman Video Dr Asri ditahan JAIS

Rakaman suasana penangkapan Dr Asri






Tangkapan Dr Asri, Jais tidak profesional

Harakahdaily
Mon Nov 02, 09 11:13:19 am MYT


KUALA LUMPUR, 2 Nov : Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menangkap Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin dianggap tidak profesional dan mengunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi melahirkan rasa kesal dengan tindakan Jais kerana menggunakan kuasa sewenang-wenangnya untuk menangkap penceramah agama dan alim ulama semata - mata kerana mereka tidak memiliki tauliah.

"Saya difahamkan Dr. Mohd Asri ditangkap kerana menyampaikan kuliah tanpa memiliki tauliah. Alasan yang sama membuatkan saya juga hampir tertangkap ketika menyampaikan kuliah dhuha di Surau Ar Raafiq Kota Damansara pada satu ketika dahulu.

"Saya sangat kesal...sedang JAIS boleh menumpukan operasi membenteras aktiviti maksiat dan mungkar yang masih berleluasa di negeri Selangor,"jelasnya dalam laman blog peribadinya hari ini.


Tambahnya, jika soal tauliah menjadi alasan, maka sepatutnya pihak Jais boleh memanggil para penceramah agama ini untuk sessi temuduga bagi menganugerahkan tauliah jika itu merupakan satu prosuder yang mesti diambil, bukannya dengan menggunakan kuasa menghalang dan menangkap sedang penceramah - penceramah ini berbakti kepada agama dan masyarakat untuk membasmi kejahilan.

"Tambah malang apabila mereka turut mensasarkan penceramah agama yang sememangnya memiliki ijazah dalam bidang agama , pula diiktiraf kesarjanaan mereka oleh universiti yang menganugerahkan sijil pengiktirafan ilmu seperti BA, MA dan Phd,"ulasnya lagi.

Dalam kejadian semalam,Dr Asri telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS pada jam 12.15 tengah malam.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam tadi,sepasukan lapan anggota daripada Jabatan Agama Islam(JAIS) telah tiba ketika Dr Asri baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay,dekat sini.

Suasana menjadi agak tegang apaila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah,terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang,yang mula mengepung pekarangan rumah tersebut.

Beberapa jemaah yang ditemui Harakahdaily, membayangkan situasi tersebut tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato'Seri Anwar Ibrahim dirumahnya di Damansara pada tahun 1998 lalu.

Sungguhpun begitu,Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin,yang berada di kediaman itu, berjaya meminta orang ramai dan pihak polis yang berada di situ bertenang.

Dalam pada itu,kira-kira 2 jam, para pegawai Jais berunding untuk meminta Dr Asri ke pejabat agama atau balai polis berdekatan.

Pada awalnya,Dr Asri mahu para pegawai itu mengambil keterangan di rumah tersebut, namun setelah berbincang agak lama, Dr Asri akur untuk ke balai polis berdekatan.

Beliau kelihatan menaiki van JAIS dan diiringi oleh beberapa buah kereta peronda polis.

Dipercayai tangkapan itu,berikutan dakwaan beliau yang dikatakan mengajar tanpa tauliah dan ada kaitannya dengan sidang media sebelum ini serta memo bantahan lantikan beliau selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim).

Jais dibidas, tiada pertuduhan!

Azamin Amin
Mon Nov 02, 09 10:41:11 am MYT


Terkini 11.00 pagi GOMBAK, 2 Nov : Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin akan menunggu di Mahkamah Syariah sehingga jam 1 petang nanti untuk menunggu pertuduhan ataupun dokumen berkaitan difailkan ke atasnya.

Sebelum ini, Dr Asri yang tiba di mahkamah sejak jam 9 pagi tadi diberitahu tiada pertuduhan difailkan.

Demikian siri episod tangkapan terhadap Dr Asri yang dianggap aneh oleh pelbagai pihak hari ini apabila diberitahu bahawa tiada pertuduhan atau dokumen berkaitan difailkan pagi ini.

Dr Asri dilihat tiba pada jam 9 pagi tadi kerana diarahkan untuk hadir di mahkamah atas alasan secara lisan oleh pihak Jais bahawa beliau mengajar tanpa tauliah.


Dalam kejadian malam tadi, beliau ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.

Namun,Dr Asri yang ditahan tengah malam tadi telah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi. Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi ini.

Di pekarangan mahkamah pagi tadi, Dr Asri membidas sikap pihak berkuasa dan pendakwa yang tidak hadir lagi sehingga kini.

"Mereka tangkap saya dulu baru tuduh. Tetapi mahkamah kata belum ada apa-apa pertuduhan lagi. Saya pun tak tahu sebab apa nak datang sini.

"Pihak Jais yang bagi arahan, tetapi saya nak tahu 'tangan ghaib' siapa di sebaliknya,"tegas Dr Asri.

Menurutnya, tindakan tidak profesional ini menyebabkan membuang masa beliau, para penyokongnya, termasuk wakil-wakil rakyat (Saari Sungib dan Zuraida Kamaruddin) dan wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Turut kelihatan di pekarangan mahkamah yang memberikan sokongan kepada beliau adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Hj Ghazali, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani, Marina Mahathir dan Zainah Anwar (SIS).

Ketika ini, Dr Asri berada di luar mahkamah dan sedang berbincang dengan wakil NGO dan wakil-wakil rakyat.

Beliau difahamkan akan bertemu dengan Datuk Jamil Khir sebentar lagi.

Hampir 100 orang hadir untuk memberikan sokongan kepada beliau termasuk puluhan wartawan.

Ketika ini, Dr Asri sedang menunggu di dalam Mahkamah Syariah dan beliau berkata akan menunggu pertuduhan sehingga jam 1 petang nanti.

Harakahdaily

Bekas Mufti dihadapkan ke mahkamah hari ini!

Azamin Amin
Mon Nov 02, 09 2:43:32 am MYT


Kemaskini 3.00 pagi : KUALA LUMPUR,2 Nov : Selepas negara dikejutkan dengan penahanan bekas KSU Mosti atas tuduhan rasuah, kini giliran bekas Mufti pula di hadapkan ke mahkamah hari ini.

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, Keramat dekat sini jam 9 pagi ini atas dakwaan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.

Dr Asri ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, Ahad malam.


Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.

Mengulas lanjut penahanan itu, Zuraida kesal dengan sikap pihak JAIS yang bertindak seperti polis dan FRU, tanpa mahu bertolak ansur dan agak kasar terhadap bekas mufti itu.

"Saya kecewa pegawai JAIS seperti orang tak punya ilmu agama. Tiada budi bicara langsung," katanya di sidang media jam 2.00 pagi tadi di rumah yang sama.

Beliau turut menjelaskan kenyataan pihak JAIS yang mendakwa Dr Asri berfahaman 'Wahabi' yang dianggap menyimpang,sedangkan di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Zahid Hamidi telah mengesahkan bahawa fahaman itu tidak sesat.

Kata Zuraida, hairan sikap jabatan agama dan kerajaan, apabila Asri diizinkan berceramah di Perlis tetapi tidak di Selangor.

Dalam sidang yang sama, Saari juga menganggap kegagalan enakmen syariah telah menyebabkan tindakan pihak berkuasa agama bertindak secara terpilih dan bersifat poltik.

Dr Asri selepas dibebaskan sejam kemudian meminta Jabatan Agama membuat semakan dan menilai semula tindakan yang dilakukan ke atas dirinya.

"Cuba beritahu apa kriteria yang dia mahu... nak beri tauliah pada orang?

"Saya bekas Mufti. Ada PHD daripada UIA. Siapa yang buat keputusan untuk beri tauliah ini?

"Jika demikian, mereka telah menghalang orang untuk sampaikan ilmu," katanya dalam sidang media tergempar yang dihadiri oleh pihak media dan para jemaah yang mengikuti kuliahnya.

Katanya, masih ramai pensyarah di bawah seliaan beliau dan IPTA lain yang tidak diberi tauliah, walaupun layak untuk menerimanya sehingga menyebabkan sekatan ke atas mereka untuk menyampaikan ilmu dan kuliah kepada masyarakat.

Dr Asri juga merakamkan penghargaan kepada kedua-dua wakil rakyat PAS dan KeADILan itu, yang mempertahankan dan membela beliau ketika penahanannya tengah malam tadi.

"Ini tidak bermakna saya sertai politik. Mereka telah membantu saya...terima kasih.

"Terima kasih kepada yang menyokong dan pihak media yang membuat liputan," katanya dan sekaligus bersalaman dengan hadirin semua.

Suasana menjadi agak emosi seketika,apabila ada antaranya berpelukan dengan Dr Asri dan menangisi insiden yang tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang tokoh agama.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan dilaporkan berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata hanya mereka yang bertauliah sahaja yang dibenarkan untuk menyampaikan khutbah Jumaat dan kuliah agama di masjid dan surau negeri ini.

Hasan Ali menegaskan peraturan dan garis panduan sudah pun dikeluarkan namun masih ada individu tertentu yang ingkar mengikutinya.

Perkara ini disiarkan oleh laman web kerajaan negeri Selangor, Selangorkini Sabtu, 31 Oktober, dua hari lepas.

Bagaimanapun, pentauliahan itu hanya dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan menetapkan beberapa proses tertentu sebelum seseorang itu layak berbuat demikian.

"Peraturan-peraturan itu telah pun diberitahu sebenarnya kepada masjid-masjid dan surau-surau dan selepas ini peraturan itu akan diletak dalam bentuk notis yang agak besar di dinding-dinding tempat yang boleh dilihat dengan terang di surau dan masjid dan sebagainya. Antara peraturan itu ialah setiap pemberi khutbah, pengkuliah dan sebagainya mesti ada tauliah yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya

Harakahdaily

Dr. Asri ditangkap!

Azamin Amin
Mon Nov 02, 09 12:24:03 am MYT


Kemaskini 12.50 tgh malam : KUALA LUMPUR,2 Nov : Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS jam 12.15 tengah malam tadi.

Kira-kira jam 10 malam tadi,sepasukan lapan anggota daripada Jabatan Agama Islam(JAIS) telah tiba, ketika Dr Asri baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay,dekat sini.

Suasana menjadi agak tegang apaila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah,terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang,yang mula mengepung pekarangan rumah tersebut.


Beberapa jemaah yang ditemui Harakahdaily,membayangkan situasi tersebut tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato'Seri Anwar Ibrahim dirumahnya di Damansara pada tahun 1998 lalu.

Sungguhpun begitu,Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin,yang berada di kediaman itu,berjaya meminta orang ramai dan pihak polis yang berada di situ bertenang.

Dalam pada itu,kira-kira 2 jam, para pegawai Jais berunding untuk meminta Dr Asri ke pejabat agama atau balai polis berdekatan.

Pada awalnya,Dr Asri mahu para pegawai itu mengambil keterangan di rumah tersebut, namun setelah berbincang agak lama,Dr Adsri akur untuk ke balai polis berdekatan.

Beliau kelihatan menaiki van JAIS dan diiringi oleh beberapa buah kereta peronda polis.

Sebelum pergi, Dr Asri sempat meminta supaya pihak media menunggu beliau dirumah tersebut kerana akan mengadakan sidang media.

"Jangan bimbang,saya akan balik semula ke sini.Doakan saya.

"Tunggu saya...akan membuat sidang media," katanya di hadapan orang ramai dan pihak media yang mengerumuni rumah tersbut.

Dipercayai tangkapan itu,berikutan dakwaan beliau yang dikatakan mengajar tanpa tauliah dan ada kaitannya dengan sidang media semalam serta memo bantahan lantikan beliau selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah(Yadim).

Beliau dipercayai dibawa ke balai polis Hulu Kelang untuk diambil keterangan.Turut serta bersama beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang,Shaari Sungib.

Berita menyusul kemudian


harakahdaily