Tuesday, April 26, 2011

DAP akan tolak jemputan Umno sertai BN

KUALA LUMPUR, 26 April : DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Sehingga kini kita tidak tahu apa-apa lagi tentang hal ini sehinggalah kita diberitahu hari ini, namun kalau adapun kita akan kekal bersama Pakatan Rakyat," kata Guan Eng ketika ditemui sejurus selepas sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini.

Pagi tadi, Harakahdaily menyiarkan laporan kononnya Umno sedang berusaha untuk mendekati DAP untuk dipelawa menyertai BN.

Menurut sumber itu, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Ia juga satu tindakan Umno untuk mengawal MCA dan menghantar mesej kepada MCA bahawa Umno mempunyai alternatif yang lain.

Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini.

Namun ketika ditemui hari ini, Lim Guan Eng menafikannya dan berkata DAP tidak tahu menahu mengenainya.

"Bagi saya, ia hanya usaha pihak lawan kita mahu memecahkan hubungan antara Pakatan Rakyat," kata Lim Guan Eng kepada Harakahdaily.

Beliau juga berkata, DAP bukan sehari dua ini berjuang di negara ini tetapi telah mencecah 40 tahun.

"DAP akan tetap setia bersama rakan-rakan kita," kata Guang Eng kepada Harakahdaily.

Beliau tidak menolak, ada pihak yang cuba menabur fitnah dalam hal ini kononnya DAP mahu bersama Umno dalam Barisan Nasional (BN).

Boikot Utusan Malaysia

Sementara itu, Guan Eng enggan melayan cadangan MCA agar semua rakyat negara ini memboikot akhbar Umno, Utusan Malaysia.

"Itu semua wayang sahaja... saya tidak minat wayang antara MCA dan Umno ini. Dulu masa tahu 1987 pun macam ini. Media siarkan MCA dan Umno bergaduh, namun yang kena tangkapnya kita (dalam Operasi Lalang 1987)," kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau mengulas cadangan pemimpin MCA agar semua rakyat negara ini memboikot Utusan Malaysia ekoran cadangan seorang editor akhbar itu untuk mengadakan kempen "1 Melayu, 1 Bumi".


tvpas09
Harakahdaily

Liwat II : Anwar ulangi ia konspirasi politik

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan dakwaannya bahawa kes liwat II yang sedang berlangsung adalah satu konspirasi politik bagi memuaskan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Tiada asas bagi pihak pendakwaan untuk meneruskan kes, kata Anwar kecuali bagi memuaskan kehendak tuan politik mereka.

“Kita tahu sistem pornografi Umno, Datuk Seri Najib akan terus guna ini utk mencela kita seolah-olah beliau dan isterinya Rosmah dan yang lain adalah orang yang baik-baik, kekuatannya adalah tunjukkan moral Anwar kurang baik... mereka akan menang.
“Saya nak jelaskan sedikit bahwa ini fitnah jahat ... awal kita nafikan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan (Peguam Cara Negara II) Datuk Yusof (Zainal) diperalatkan sekadar kuatkan hujah.

Menurut Anwar lagi, media arus perdana yang dikawal oleh Umno berdendam dengannya dan berulangkali melaporkan sperma dan air seperti yang diperkatakan oleh Yusof di mahkamah bagi memuaskan tuan politik mereka.

Dalam mengemukakan bukti di mahkamah, pihak pendakwaan berkata air mani dan sperma dijumpai oleh ahli kimia.

“Terbukti mani yang dikatakan 97 jam yang diambil itu tidak (disimpan) dalam freezer dan dlm mana dokumen sains mengatakan ia tidak boleh bertahan. Jadi ini jadi isu politik murahan yang jelas dalam keterangan mahkamah,” kata Anwar.

Dua tahun di bawah Najib : Politik samseng semakin ketara

Hanya dalam jangka dua tahun, Barisan Nasional yang seketika dahulu diumpamakan sebagai "kapal yang sedang karam", kini menjadi kapal selam pertama negara kita - terapung dengan stabil di permukaan lautan. Slogan dan logo 1Malaysia di merata-rata - menggantikan "senyuman Pak Lah". Suasana "feel good" kini menyelubungi zaman Najib.

Suasana "feel good" kembali semula. Mahathir yang mendominan dari segi kepimpinannya memberi penilaian sedemikian, "Pentadbiran Najib jauh lebih baik daripada Abdullah Ahmad Badawi", direstui rakyat yang sudah membiasakan diri dengan pimpinan dominan. Namun, seperti era Mahathir yang sarat dengan projek mega, suasana "feel good" dalam zaman Najib juga diwujudkan dengan taburan wang.

Setahun sebelum ini kita masih memberi penilaian sebegini, "UMNO di bawah pimpinan Najib pada hakikatnya tidak berbeza dengan zaman Abdullah Ahmad Badawi". Setahun kemudian, pada hari ini, kita perlu memberi penilaian bahawa UMNO di bawah pimpinan Najib lebih teruk daripada zaman Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam perhimpunan UMNO di mana Najib mengambil alih tampuk pimpinan, dengan semangat yang berkobar-kobar beliau melaungkan "berubah atau rebah". Namun, dua tahun selepas itu, kita mendapati janji Najib untuk berubah hanyalah hiasan, seperti gagasan 1Malaysia-nya, hanya mewujudkan suasana baik secara kolektif tanpa makna yang konkrit.

Pada hakiktnya, dasar perkauman tetap kekal sementara slogan 1Malaysia berkumandang. Model Ekonomi Baru (MEB) yang mengandungi program transformasi ekonomi dan kerajaan hanyalah lanjutan daripada Dasar Ekonomi Baru.

Ketika MEB diketengahkan, media terutamanya akhbar Cina telah menari mengikut rentak kerajaan Najib - memansuhkan DEB, kuota bumiputera, membantu 40% rakyat termiskin - namun akhirnya ia meleset. Bukan sahaja kuota bumiputera tidak dimansuhkan, sebaliknya membincangkan agenda pembangunan ekonomi bumiputera, bagaimana untuk menambah ekuiti saham bumiputera. Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) yang menentukan lima tahun akan datang mencadangkan agar menggariskan matlamat 30% saham bumiputera, malah menggerakkan lima agenda bumiputera. Seterusnya, TERAJU yang menggerakkan agenda bumiputera ditubuhkan pada Februari, untuk memantapkan lagi agenda pembangunan ekonomi bumiputera.

Ketika Najib memujuk kaum lain dengan topeng "1Malaysia"-nya, dengan "budi yang sedikit seperti peruntukan kepada sekolah" dan sebagainya, beliau giat menggerakkan dasar perlindungan bumiputera - untuk memastikan undi Melayu kekal bersama UMNO. Persoalannya adalah dasar affirmatif kaum ini melanjutkan semangat kronisme sejak zaman Mahathir, terus menyalurkan kepentingan kepada kroni UMNO.

Semasa membentangkan RMK10 pada tahun lalu, kerajaan Najib berjanji agar sektor swasta menjadi peneraju dalam bidang ekonomi. Ia berakhir sebaliknya, di mana GLC semakin berkembang, misalnya Kumpulan Wang Persaraan mengambil alih saham dari syarikat seperti WCT, IJM, UMW Holding dan PLUS, menjadi pemegang saham yang besar di syarikat-syarikat tersebut. Selain itu, keadaan monopoli masih kekal, dan kerajaan Najib tidak menyediakan gelanggang yang sama rata untuk persaingan syarikat swasta.

Lebih teruk dari zaman Abdullah

Dua tahun yang lalu, walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa ahli politik dari pelbagai peringkat ke mahkamah, namun politik wang masih berleluasa, dan korupsi terus bermaharajarela. Ketika bekas PM Abdullah ditanya mengapa beliau meluluskan peruntukan ketika pilihan raya, beliau masih cuba membela tindakan kerajaan menyogok pengundi dengan pelbagai alasan. Namun, Najib lebih berterus-terang, tanpa berselindung untuk mengungkapkan "You help me, I help you".

Melainkan PRK "3 dalam 1" ketika Najib baru mengambil alih teraju sebagai PM, iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai - pentadbiran Najib selama dua tahun ini telah melalui 11 PRK, iaitu Penanti, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Dalam 11 PRK ini, BN tidak berhenti daripada perbuatannya untuk menyogok pengundi.

Menjelang PRK, pelbagai peruntukan dari pelbagai peringkat kerajaan disalurkan ke dalam kawasan pengundian. Masalah yang dilonggok bertahun-tahun diselesaikan dalam sekelip mata. Jalan diturap, warga emas diberi kebajikan. Sepanjang tempoh kempen pilihan raya, pegawai dari pelbagai jabatan dihantar untuk berkhidmat di kawasan pengundian - membuka kaunter rawatan, perkhidmatan pemeriksaan tubuh, ceramah keselamatan di jalan raya dan sebagainya - cubaan untuk menggulakan pengundi.

Selain daripada jamuan yang disediakan, orang parti politik terus menyogok pengundi dengan hadiah, wang tunai dan sebagainya. Ketika PRK Merlimau, pemimpin akar umbi MCA ditemui (kantoi) wartawan semasa memberi duit kepada pengundi, namun polis dan SPRM yang menerima aduan hanya berpeluk tubuh.

Menyedari imej MCA dan Gerakan yang gagal diselamatkan, Najib mula menggunakan "1Malaysia" sebagai jenamanya. Sejak PRK Galas, pertubuhan 1Malaysia mula memasuki kawasan pengundian untuk memikat hati pengundi Cina. Mereka menyediakan jamuan atas nama "1Malaysia" - tarian selain cabutan tuah - menukarkan pilihan raya yang serius kepada karnival yang meriah. Gambar Najib yang besar pada pentas seolah-olah mengingatkan pengundi, "You help me, I help you".

Keganasan dalam PRK

Selain mendodoikan pengundi dengan wang, PRK yang diadakan dalam pemerintahan Najib juga memperlihatkan peningkatan tahap keganasan. Dalam PRK Bagan Pinang, bulan ketujuh selepas Najib memegang tampuk kerajaan, berlakunya satu kes berdarah dalam kawasan pengundian. Beberapa orang pekerja PAS diserang, dibelasah sehingga cedera, malah salah seorang daripadanya dicederakan senjata tajam. Walaupun kejadian ini berlaku di depan Balai Polis Teluk Kemang, namun anggota polis tidak mengambil tindakan untuk menghalang tragedi ini.

Sesungguhnya, "budaya samseng" dalam pilihan raya telah wujud sejak zaman Abdullah Ahmad Badawi. Sama ada PRK Ijok mahupun Permatang Pauh, kita telah menyaksikan kejadian keganasan terhadap pekerja yang berkempen. Namun, mencederakan orang dengan senjata, adalah sesuatu yang baru.

Keganasan yang membeliakkan berulang dalam PRK seterusnya. Ketika PRK Merlimau dan Kerdau, kereta Anwar dihalang oleh kira-kira 30 orang anggota kempen BN, dibaling batu dan diketuk bendera. Meskipun aduan polis telah dibuat oleh anggota PKR, namun tetap tidak dipedulikan.

Selain itu, meskipun samseng BN menyerang pekerja pembangkang, namun sekurang-kurangnya orang awam berada dalam "zon selamat" - ketika zaman Abdullah Ahmad Badawi. Dalam zaman Najib, orang awam pula dijadikan sasaran.

Dalam PRK Merlimau dan Kerdau, orang awam yang hadir ceramah pembangkang diserang cermin kereta, dipancitkan motorsikalnya, diconteng keretanya. Malah, tersebar sms ugutan untuk memberi amaran agar orang awam tidak menghadiri ceramah pembangkang seandainya tidak mahu kenderaan mereka dirosakkan.

Pilihan raya seharusnya gelanggang sama rata untuk semua parti politik yang bertanding. Namun demikian, sikap Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis berpeluk tubuh untuk membenarkan kejadian keganasan berlaku telah menjejaskan keadilan pilihan raya. Daripada apa yang berlaku di atas, pilihan raya dalam zaman pentadbiran Najib jauh lebih kotor daripada zaman Abdullah Ahmad Badawi. Fenomena ini mungkin akan dibuktikan dalam PRN Sarawak yang bakal diadakan.

*Chan Wei See ialah pemangku Ketua Pengarang MerdekaReview. Diterjemah dan disunting dari teks asal, yang disiarkan pada 3 April 2011 (iaitu sebelum PRN Sarawak 2011), sempena ulang-tahun kedua Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

'Cinta Untuk Nabila' Ustaz Mohd Rodhi Abdul Hamid (bekas vokalis Melissa)

Jangan bimbang untuk sokong PAS
KEMAMAN - Anak-anak muda khususnya di negeri Terengganu tidak perlu bimbang dan ragu untuk menyokong perjuangan Islam kerana hiburan serta kesenian tidak ditolak mentah-mentah.

Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai, Hanafiah Mat berkata hiburan dan kesenian dibenarkan dalam Islam selagi tidak menyeleweng.

Oleh itu, katanya tidak ada sebab anak-anak muda perlu merasa bimbang dan ragu-ragu menyokong perjuangan Islam.

Menurutnya, Islam membenarkan segala bentuk hiburan dan kesenian yang tidak bercanggah dengan agama.

“Kita (PAS) menerima hiburan dan kesenian yang sedia ada dan tidak menolak hiburan. Tetapi hiburan yang kita tolak adalah hiburan yang bercelaru, hiburan yang melalaikan hingga membawa kepada maksiat.

“Kita buat hiburan yang boleh memperteguh dan memperkuatkan parti kita (PAS) untuk ingat kepada Allah SWT, untuk kita pastikan bahawa kita penyambung perjuangan (Islam) ini,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konsert Keinsafan Malam Kesenian Islam bersama artis ‘Pak Long’ dan bekas Vokalis Kumpulan Rock Melissa di Dataran Surau Haji Muda Geliga, Kuala Kemaman pada 24 April lalu.

Menurutnya, kehadiran anak-anak muda yang ramai pada malam kesenian Islam tersebut sebagai petanda ke arah satu perubahan.

Katanya, hiburan yang disajikan oleh PAS adalah berkonsepkan berhibur sambil mendengar nasihat ‘amal ma’aruf nahi mungkar’.

“Ini (kesenian) bukti PAS tidak tolak hiburan. Hiburan adalah sebahagian dari makanan rohani (jiwa) yang boleh memberi ketenangan dan semangat menegakkan perjuangan Islam,” ujarnya.

Dipertengahan konsert tersebut turut diselit dengan tazkirah politik oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd. Rani dihadapan lebih 2000 hadirin anjuran MTD Chukai, Kemaman.

Melayu mesti tolak perkauman sempit Umno

KUALA LUMPUR, 26 April : Semenjak selesai Pilihan Raya Sarawak di mana DAP telah menang di 12 kerusi DUN, DAP telah menjadi sasaran pencacai Umno khususnya Utusan Malaysia dengan slogan ‘Bersatulah Melayu’ mereka.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) berkata, ini dilakukan walaupun diketahui umum bahawa semua parti-parti komponen PR juga turut menunjukkan prestasi yang semakin meningkat.

DAP, katanya dijadikan sasaran kerana mereka telah berjaya memperolehi kebanyakan undi dari masyarakat Cina dan dengan itu dikatakan bahawa Cina telah bersatu bawah DAP.

Katanya, dengan gaya pemikiran perkauman sempit yang menguasai minda Umno, maka tidak pelik bagi kita apabila kejayaan DAP untuk meraih undi Cina ditafsirkan sebagai penyatuan Cina untuk ‘menentang Melayu’.

“Pemikiran perkauman yang menguasai minda Umno, yang diluahkan melalui lidah tidak rasmi mereka, iaitu Utusan Malaysia, tidak berkemampuan memikirkan sebab dan alasan yang lain mengapa masyarakat Cina secara padu menyokong DAP,” tulis beliau di dalam blognya.

Menurutnya, mata mereka dikaburi perkauman dan telinga mereka didendangkan dengan sorakan-sorakan perkauman, tiada yang mereka mampu lihat dan tiada yang mereka mahu dengar melainkan perkauman.

Hakikatnya, kata beliau masyarakat Cina telah menyokong calon DAP dan menolak calon SUPP. Kedua-duanya adalah berbangsa Cina.

“Persoalannya, mengapa masyarakat Cina menyokong seorang calon Cina dan menolak calon Cina yang satu lagi?” soalnya.

Kata beliau, ianya tidak boleh dijawab dengan alasan perkauman kerana pada hakikatnya dua-dua calon adalah berbangsa Cina.

Yang berbeza, ujarnya adalah seorang calon (SUPP) berdiri bersama BN dan seorang lagi (DAP) berdiri bersam PR.

Katanya lagi, BN melambangkan kerajaan yang tenggelam dengan rasuah dan kronisma sambil PR pula melambangkan kerajaan yang bebas rasuah, telus dan berkebajikan.

Tambahnya, keadaan Taib Mahmud sebagai pemimpin yang kaya raya hasil rasuah jelas terukir di pemikiran masyarakat Sarawak dan oleh itu masyarakat Cina menolak BN dan sekutu-sekutunya.

“Kita seharusnya mengucapkan tahniah kepada DAP dan kumpulan NGO Cina yang telah berjaya mendidik masyarakat Cina untuk menolak pemimpin Cina yang rasuah ataupun yang bersubahat dengan kerajaan yang mengamalkan rasuah,” ujarnya.

Menurutnya, penolakan menyeluruh oleh masyarakat Cina terhadap amalan rasuah adalah berdasarkan kefahaman yang telah dibina bertahun-tahun melalui proses pendidikan formal dan tidak formal yang menyakinkan mereka bahawa rasuah ini akan memusnahkan negara.

“Oleh itu, saya sememangnya bersetuju bahawa masyarakat Cina telah bersatu, tetapi bukan untuk menentang Melayu, mereka bersatu untuk menentang rasuah dan penyelewengan.

“Mereka telah berjaya membuktikan di Sarawak bahawa mereka akan menolak mana pemimpin Cina, walau ‘BESAR’ mana sekalipun, walaupun presiden pada sebuah parti, sekiranya pemimpin itu mengamal atau bersubahat dengan rasuah,” katanya.

Sememangnya, tambah beliau orang Melayu juga wajib bersatu seperti mereka tetapi bukan bersatu di atas dasar perkauman seperti seruan Utusan Malaysia dan Perkasa.

Katanya, orang Melayu harus bersatu di atas prinsip menolak pemimpin yang rasuah, lebih-lebih lagi apabila diambil kira bahawa orang Melayu beragama Islam dan Rasulullah (SAW) telah menyatakan dengan jelas bahawa “pemberi dan penerima rasuah berada di dalam api neraka”.

“Sepatutnya, kita yang menunjukkan penolakan dan penentangan terhadap rasuah dan pemerintahan yang menyeleweng ini jauh lebih awal dari masyarakat lain.

“Sepatutnya kita yang berada di depan mendahalui yang lain, menjadi ummat yang boleh dicontohi, tetapi malangnya kita tetap berada ditahap lama, ditinggalkan masyarakat lain, khususnya masyarakat Cina pada ketika ini,” ujarnya.

Ini, ujarnya berlaku kerana malangnya, orang Melayu Islam di bawah pengaruh Umno dan Umno di atas sebab kejahilan mereka, telah mengharuskan rasuah di dalam alam politik dengan menganggap pengampunan Allah akan terjamin apabila dilakukan umrah sekali sekala.

Tambahnya, Umno yang menakut-nakutkan masyarakat Melayu sehingga terus menyokong perasuah dan perompak rakyat dari Umno kerana sekiranya tidak, maka Cina akan mengambil-alih kuasa.

Menututnya lagi, Umno yang memperbodohkan masyarakat Melayu sehingga mereka terus tidak sedar bahawa pada hakikatnya bila Umno kalah yang menang bukan DAP; tetapi PAS atau calon Melayu dari PKR.

Beliau berkata, dalam suasana kejahilan, ketakutan dan kebodohan ini Umno meraih kemenangan demi kemenangan dengan sokongan Melayu.

“Oleh itu, Umno ingin suasana sebegini terus kekal di kalangan masyarakat Melayu, supaya mereka akan terus berkuasa,” katanya.

Beliau menambah, inilah cabaran yang perlu diharungi PAS, khususnya untuk membebaskan masyarakat Melayu yang beragama Islam dari belenggu kejahilan, ketakutan dan kebodohan yang dipasang oleh Umno ke atas mereka.

Ini, ujarnya sehingga, satu hari kelak, masyarakat Melayu Islam akan bersatu, bukan untuk menentang Cina, tetapi untuk menentang rasuah dan menolak pemimpin yang rasuah dan parti yang membudayakan rasuah.

“Kalau DAP boleh berjaya dengan masyarakat Cina, mengapa tidak kita, masyarakat Melayu yang beragama Islam?

“Sekiranya tidak maka kita akan ketinggalan dan masyarakat lain akan menjadi jauh lebih maju dari kita,” ujarnya lagi.

Ini, tambahnya bukan sekadar lebih maju dari sudut material, tetapi lebih maju dari sudut nilai ketamadunan juga.

“Maka akhirnya apa yang akan ada dengan masyarakat Melayu Islam?” soalnya.


All eyes on PAS number two post

Incumbent Nasharudin Mat Isa has fallen out of favour and is unlikely to defend his post, say observers.
KOTA BARU : All eyes will be on PAS deputy president Nasharudin Mat Isa at the PAS muktamar (annual general assembly) in Kuala Lumpur from June 3 to 5.

The party will be having its biennial party elections and the delegates will want to know what Nasharudin has decided – to defend his post or let president Abdul Hadi Awang nominate his man for the deputy president’s post.

Nasharuddin is no stranger to the intrigues of the Islamic party. The Negri Sembilan-born academican will once again be the cucumber between two durians.

On one side is the clerics (ulamas) who are core supporters of president Hadi and, on the other side, is the professionals who are said to be linked to Opposition Leader Anwar Ibrahim.

In 2008, the professionals were nicknamed by political observers as “erdagon” since they are believed to be influenced by the reformed-minded and outspoken Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdoğan.

Prior to the 2008 general election where PAS ruled over only Kelantan, Nasharudin was the poster boy of the professionals and they helped him defeat the late ulama Hassan Shukri who is from Selangor, for the deputy president’s post.

However, after 2008, he is said to have forged close links with Hadi, and he was challenged for the deputy president’s post.

In the 2009 election, Nasharudin defended his post in a three-cornered fight involving PAS spiritual adviser Nik Abdul Aziz Nik Mat’s blue-eyed boy Husam Musa and PAS strongman Mohammad Sabu.

Islamic version

Nasharudin won but since then the battle lines have been drawn for the Bachok MP, as he had to openly take on the disgruntled Kelantan PAS progressive group and other Erdagon-linked individuals.

He was accused of being an Umno ally and a proponent of Malay unity concept, which envisions Umno and PAS working together, much to the disgust of Hadi, a hardline cleric.

Most of the party’s 179 divisions would be meeting this weekend and the nominations would indicate whether PAS would continue to embrace their “Islamic version” of democracy.

Insiders said democracy in PAS is about consensus and mediation, as the party learnt a hard lesson because of the infighting in the 1980s, which resulted in them losing their bastion of Kelantan.

Nasharudin is seen as expendable by both the clerics and professionals as he does not have a core group of loyalists.

Those following the developments in the party now say that the two top leaders in PAS are on a collision course. Hadi has executive power whereas Nik Aziz, who, by virtue of being elected murshidul am (spiritual adviser), is accorded a higher status among the party’s faithful.

Nik Aziz heads the influential 15-member syura ulama council (the consultative council of Islamic scholars) of which Hadi is a member.

However, at the age of 80 and in poor health, it is only a matter of time before Nik Aziz makes way, with some predicting this will happen after the next general election.

The syura council is likely to play a leading role in ensusing orderly contests and a succession plan for Nik Aziz.

Already names such as vice-president Tuan Ibrahim Tuan Mat, Kedah Mentri Besar Azizan Abdul Razak, former Perak Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin, PAS rising star Mujahid Yusof Rawa and Sabu, are being bandied about as leaders to replace Nasharudin.

It is believed that to avoid a dishonourable exit, the party would probably reward Nasharudin with a senior post if he decides not to contest.

Azizan remains the dark horse as many in the party feel that as Kedah Menteri Besar, he deserves a top post in PAS while Husam’s name has cropped again because of his role in helping Kelantan PAS defeat Umno in the last general election.

Husam recently declared that he is only interested in a central committee post. His Kubang Kerian division recently made heads turn when it nominated Sabu for the post of deputy president.

Both Nasharudin and Husam have their political destiny interlocked as both are perceived to be someone’s favourite political son and both rose through the ranks fast, making “enemies” along the way.

Watching all this will be seasoned ulama such as Terengganu-based Abu Bakar Chik, Selangor PAS commissioner Hassan Ali, renowned healer Harun Din, PAS Youth head Nasharuddin Hassan Tantawi and secretary-general Mustafa Ali.

PAS and its leaders will want to do their level best to avoid infighting and that all candidates be given a fair chance.

The party has lost a few by-elections last year and in Sarawak, it was wiped out in the recent state election.

In Kelantan, voters signalled their unhappiness with the internal squabbles when the party won a wafer-thin majority in the Manek Urai state by-election and in the Galas polls, it lost the state seat.

Hawkeye FMT

Wikileaks dedah butiran dua rakyat M'sia di Gitmo

Maklumat asas dan siasatan risikan Amerika Syarikat berhubung dua tahanan rakyat Malysia di penjara Guantanamo Bay kini boleh didapati di laman sesawang WikiLeaks.

Laporan yang ditulis pada 2008 itu mengesyorkan supaya tahanan lanjutan dikenakan ke atas Mohamad Nazir Lep (kiri), 35 dan Mohd Farik Amin, 36. Maklumat ini sebahagian daripada hasil risikan 779 fail sulit yang didedahkan berhubung tahanan di penjara kem berkenaan.

Pendedahan pertama disiarkan pada 24 April lalu manakala selebihnya dijangka akan dimuat-naikkan dalam tempoh sebulan untuk tatapan umum.

Menurut laporan itu, Mohamad Nazir (yang juga dikenali sebagai alias 'Bashir Lap' dan 'Lilie' antara lain) dan Mohd Farik (juga dikenali sebagai 'Yazid Zubair' bersama beberapa nama lain) mengaku adalah anggota kumpulan al-Qaeda, dan mempunyai rangkaian dengan kumpulan pertubuhan militan Asia Tenggara, Jemaah Islamiyyah (JI).

Kedua-dua mereka ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengganas 2003 - Mohamad Nazir dicekup ketika di Thailand manakala Mohd Farik (kanan) pula di Kemboja. Mereka dipindahkan ke Guantanamo pada 4 September 2006.

Unit risikan Amerika Syarikat mempercayai mereka adalah sebahagian daripada kumpulan pembunuh berani mati yang terbabit merancang untuk merampas pesawat komersial selepas gelombang kedua 11 September dan kali ini dirancang di Los Angeles.

Laporan itu juga menamakan beberapa yang lain dalam 'sel pengganas' yang sama terbabit dalam plot tersebut termasuk tiga tahanan Akta Keselamatan dalam Negara.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Tentera Laut Amerika, Laksamana Madya DM Thomas Jr, Mohamad Nazir mengakui dirinya direkrut bersama Mohd Farik di sebuah masjid di Kuala Lumpur selepas menghadiri sebuah ceramah oleh pemimpin JI Riduan Isomuddin.

Mohamad Nazir dipetik berkata kedua-dua mereka berjumpa di sebuah firma arkitek, tempat beliau bekerja. Dia kemudiannya berjumpa Riduan di Bentong dan bersetuju menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan.

Kedua-dua mereka dianggap oleh perisik Amerika sebagai 'banduan nilai tinggi' yang boleh 'dieksploitasi lanjut' bagi maklumat berhubung plot kemungkinan keganasan yang lain.

PAS warns UMNO leaders over support for Utusan's racism

KUALA LUMPUR, Apr 26 : The latest campaign by Perkasa mouthpiece Utusan Malaysia in calling for the "1Melayu, 1Bumi" has earned condemnation from PAS vice president Tuan Ibrahim Tuan Man (right).

Tuan Ibrahim said the paper, called in the wake of the BN's heavy defeat in Chinese-majority areas in Sarawak, failed to understand the voting pattern of the Chinese.

“Chinese voters rejected SUPP, but it does not mean they reject Malays. The winners were DAP's Chinese candidates, the ones who lost were also Chinese from SUPP.

"The issue of Chinese uniting to reject Malay candidates does not arise at all,” he told Harakahdaily.

Tuan Ibrahim, who is also PAS state commissioner for Pahang, said the idea of "1Melayu" underlined UMNO’s failure in understanding the situation in Sarawak, and the people’s desire to end race-based politics.

The paper's call however gave rise to cracks between prime minister Najib Razak and his deputy Muhyiddin Yassin, after the latter openly sided with Utusan Malaysia.

“It is the voice and desire of the Malay community and also Malaysians in general. If we read Utusan, we can see that there are also reports on other things.

“Just like other media, there are pro and cons. We cannot stop a media from reporting what it wants to report but there is a limit,” Muhyiddin was quoted as saying by The Malaysian Insider.

Muhyiddin was responding to calls by an irate MCA to boycott the right-wing daily, warning that such a movement would lead to an apartheid-like system in Malaysia.

'Not Malays' voice'

Tuan Ibrahim however dismissed the claim that the UMNO-owned paper was the Malay’s voice as "far-fetched", saying "dignified Malays would definitely reject any call for a narrow movement such as 1Melayu, 1Bumi" because it could further worsen race relation in the country.

“UMNO's narrow racial politics shows it has failed miserably to be the backbone of the people of various races and religions in governing the country.

"Allowing Utusan Malaysia to continue to fuel racial sentiments is very dangerous to the future of Malaysia," he added, and advised Muhyiddin "to be careful not to ignite racial fire".

Earlier, DAP advisor Lim Kit Siang (pic) accused Muhyiddin of opposing Najib’s '1Malaysia' concept by endorsing the "1Melayu, 1Bumi" campaign.

“How can Muhyiddin give endorsement to Utusan Malaysia’s call for ‘1 Melayu, 1Bumi’ when it is clearly an open affront and repudiation of Najib’s 1 Malaysia signature policy?

"Or is Najib Prime Minister for 1Malaysia while Muhyiddin is Deputy Prime Minister for 1Melayu? Is Najib’s 1Malaysia only meant for non-Malays while Muhyiddin’s 1Melayu reserved for Malays?” he asked.

Lim said Najib's deputy had committed "another open defiance and challenge of Najib’s authority and legitimacy as Prime Minister", recalling Muhyiddin's “I am Malay first, Malaysian second” statement last March.

“Or will all the Cabinet ministers from UMNO, MCA, MIC, Gerakan, SUPP and the other Sarawak and Sabah component parties dig their heads deeper into the sand to pretend that they are not aware of such open policy conflict between the prime minister and the deputy prime minister — between 1Malaysia and 1Melayu?” he further asked.


Harakahdaily

Kit Siang explains 'soft spot' for SNAP over merger idea

KUCHING, Apr 26 : DAP advisor has sought to allay concerns among Pakatan Rakyat colleagues over his proposal that Sarawak-based SNAP merge with DAP.

“This I find it difficult to understand. The suggestion of a DAP-SNAP merger is to strengthen and consolidate Pakatan Rakyat gains in Sarawak and not to weaken or undermine them,” Lim said on misgivings by several PR leaders over the idea.

Saying the suggestion was only in the "preliminary" stage, Lim said he was still in discussion with DAP Sarawak.

"If we decide that the idea is worth exploring, then we should continue to take serious note of bona fide comments, criticisms and feedback from all quarters, as at the ripe time, the DAP will have to discuss the proposal at the Pakatan Rakyat level with the other PR leaders,” he said.

He expressed confidence that the move would benefit PR as it could put a stop to multi-cornered fights in elections.

"I had broached the idea of a possible DAP-SNAP merger not only to learn from the lessons of the Sarawak general elections to avoid multi-cornered contests but also to accelerate the mobilization and political awakening of Sarawakians for the 13th general elections expected any time,” he said in a statement.

Saying the 2006 Sarawak general election had paved the way for the March 8 'tsunami' in 2008 when BN was denied its two third majority in the general elections, Lim (left) said DAP and PR's success in doubling their share of the Sarawak state assembly on April 16 could herald another wave of change in other states.

“The idea of a DAP-SNAP merger was conceived as one important measure to take the '416 Ubah' political awakening in Sarawak to its full flush of victory in the next national elections,” argued Lim, referring to the DAP election slogan for change in the just-concluded state elections.

He also admitting to having a soft spot for SNAP due to his past association with SNAP, but said realising the idea was entirely up to SNAP leaders.

“If the SNAP leadership does not support the proposal of a DAP-SNAP merger, then that is the end of the proposal."

On prime minister Najib Razak's comment that the proposal would not take off, Lim asked whether the UMNO president "know something which others do not know".

Harakahdaily

PAS dalam PR semakin menjadi persoalan

Kedudukan PAS dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat semakin menjadi persoalan pada masa kini, ekoran keresahan yang semakin meluas dalam kalangan ahli parti itu berhubung faedah yang diperolehi PAS berbanding parti lain.

Menjelang muktamar tahunan PAS pada Jun ini, isu kedudukan PAS dalam PR sekali lagi akan menjadi tumpuan.

Dua pandangan utama dalam parti itu bersaing dalam mengendalikan peranan PAS dalam PR yang dikuasai PKR, melalui kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kelebihan kerusi parti itu di beberapa negeri yang disebut sebagai negeri dikuasai PR.

PKR diikuti DAP menguasai Selangor manakala DAP menguasai Pulau Pinang dan Perak sebelum dirampas kembali oleh BN dikuasai DAP walaupun meletakkan menteri besar dari PAS. Kelantan dan Kedah pula dikuasai oleh PAS.

Anwar menguasai PR di peringkat pusat dalam banyak hal, paling jelas projek 16 September, 2008, bertujuan menarik ahli Parlimen Barisan Nasional menyertai PR - terutama PKR - untuk membolehkan PR menubuhkan kerajaan pusat dan Anwar menjadi perdana menteri.

Pendirian tidak bersetuju beberapa tokoh PAS dikecam banyak pihak yang menyokong projek 16 September sebagai mensabotaj agenda PR dan menjadi agen Umno.

Projek dikenali dengan nama popular 16 September atau 916 diilham dan digerakkan oleh Anwar dalam usaha menjatuhkan BN dan menubuhkan kerajaan pusat PR pimpinan beliau.

Persaingan kumpulan yang menyokong dan kritikal dengan ide itu mencetuskan krisis dalam PAS sehingga kedudukan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dikecam hebat.

Abdul Hadi dan kumpulan digelar ulama dalam PAS turut dikaitkan dengan usaha bekerjasama dengan Umno dan membelakangi kerjasama dalam PR.

Ide dibawa Abdul Hadi yang dikemukakan sebagai kerajaan perpaduan ditolak dan ditafsirkan sebagai usaha membina pakatan politik antara PAS dengan Umno untuk kepentingan yang sempit.

Kumpulan yang kritikal dengan susunan kuasa dalam PR kini melihat gabungan itu didominasi PKR dan DAP dalam isu-isu nasional dan juga di negeri PR seperti Selangor, yang PAS didakwa dipinggirkan.

Di Selangor, pendirian dan inisiatif PAS berhubung arak dan bisnes yang dikaitkan dengan maksiat dikecam hebat rakan PR lain terutama DAP, meletakkan parti Islam itu sentiasa dalam keadaan defensif.

Di peringkat nasional, isu penggunaan nama Allah oleh Kristian Katolik mencetuskan kekecohan berpanjangan dan menyebabkan PAS dikritik kerana didakwa tidak tegas dan mengambil pendirian yang tidak tepat kerana bersetuju dengan tuntutan Katolik tersebut, pandangan yang dilihat dikuatkan lagi oleh Anwar.

PAS pula dikritik oleh ramai ilmuan Islam - termasuk yang prokerajaan dan daripada kumpulan bukan kerajaan Muslim - ekoran sikapnya yang dilihat berlembut dalam hal itu, sikap yang dilihat disebabkan oleh kepentingan politik pragmatik.

Sikap PAS itu turut diambil kesempatan oleh Umno yang mengecam keras apa yang disifatkan sebagai satu pengkhianatan PAS terhadap Islam.

Perkembangan terkini yang menyaksikan pembahagian undi Cina yang hampir sepenuhnya diberikan kepada parti pembangkang seperti DAP dan undi Melayu yang semakin mengukuh pada Umno dijangka bakal mencetuskan persoalan-persoalan kritikal berhubung kedudukan PAS dalam PR, terutama melibatkan kerjasama dengan DAP.

PAS dilihat mula memujuk pengundi Melayu selepas dikecam hebat Umno dan ekoran debat hangat dalam parti berhubung persepsi ramai yang parti itu semakin kurang memperjuangkan kepentingan Melayu.

Dua program besar dengan tema Melayu diadakan di Selangor, medan persaingan paling sengit melibatkan PAS dengan parti PR lain, yang terbaharu bertema PAS sebagai pengganti Umno sebagai parti utama orang Melayu.

Progam tersebut walau bagaimanapun dilihat sebagai terlambat dan sukar untuk menangani persepsi ramai yang melihat PAS semakin kurang mewakili kepentingan Melayu dalam usaha memenangi undi bukan Melayu dan akibat tekanan DAP dan PKR.

PAS memperkukuhkan kedudukan penyokong bukan Melayu selepas Pilihan Raya Umum ke-12 dalam parti itu dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Program itu turut menyampaikan jaminan PAS kepada pengundi Melayu untuk memperjuangkan kepentingan mereka.

PAS menguasai dua negeri Melayu yakni Kelantan dan Kedah, dan berpotensi untuk menguasai sebuah lagi negeri iaitu Terengganu yang pernah dimenangi pada 1999 tetapi dirampas kembali oleh BN pada 2004.

PAS juga mempunyai asas yang kuat melalui ahli yang ramai di Selangor, tetapi bersaing dengan PKR untuk memenangi sokongan orang Melayu di negeri itu.

Umno jemput DAP masuk BN?

KUALA LUMPUR, 26 April : Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN).

Menurut sumber, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini.

Pelbagai pihak dalam MCA termasuk presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek menyerang Utusan ekoran cadangan salah seorang editornya.

Antaranya MCA cadangkan agar Utusan diboikot oleh seluruh rakyat Malaysia. Ekoran itu, ada yang beranggapan langkah menjemput DAP ini adalah mesej Umno kepada MCA.

Tengah hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil sidang media tergempar di pejabat DAP Pusat namun tidak diketahui apakah isu ini berkaitan.

Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini.

Umno sebelum ini berjaya memecahkan PAS kepada dua kumpulan melalui agenda kerajaan perpaduan yang dicadangkan presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Yang dicadangkan Ustaz Abdul Hadi adalah kerajaan yang menggabungkan Pakatan Rakyat dan BN tetapi yang dispinkan oleh media Umno dan aparatus mereka adalah perpaduan antara PAS dan Umno yang sangat sensitif itu.

Kini selepas gagal menghancurkan DAP dengan pelbagai usaha menyerang, pendekatan baru dibuat dengan menghulurkan tangan persahabatan dengannya.

Harakahdaily

Iban serbu pejabat SUPP tuntut 'habuan'


Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 setiap seorang yang dijanjikan bagi menyokong seorang calon pada pilihan raya negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat petang semalam, Pemantau Pilihan Raya Sibu (SEW) mendakwa penduduk Iban berkenaan berang kerana tidak mendapat bayaran 'baki' tersebut meskipun telah dijanjikan oleh agen pilihan raya SUPP dan tua rumah panjang sebelum pilihan raya.

Sebaik menerima berita berkenaan, SEW menghantar dua perwakilannya ke ibu pejabat SUPP bagi memanatu keadaan.

Dalam siasatannya, SEW berkata pihaknya mendapati bahawa penduduk Iban dijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan menerima RM400 lagi selepas pilihan raya.

SEW mendakwa sebelum ini, perwakilannya juga menyaksikan penduduk Iban daripada sekurang-kurangnya dua rumah panjang dibayar 'baki' RM400 berkenaan.

Dakwa pemanatau pilihan raya itu lagi, penduduk Iban itu daripada Rumah Chandi, Rumah Pasang dan Rumah Ujang.

[Baca berita penuh]

Nik Aziz undang pengkritik ke Kelantan


“Anda semua boleh datang dan menilainya sendiri. Dan jangan lupa untuk bandingkannya dengan negeri yang diperintah oleh BN,”
 Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengundang beberapa pihak yang mempertikaikan kepimpinan kerajaan negeri itu supaya datang sendiri ke negeri itu termasuk menghadiri kuliah Jumaat bersama-sama beliau untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang pentadbirannya.


Mursyidul Am PAS itu dalam laman Facebook menulis, selain merasai perbezaan sistem pentadbirannya pengkritiknya boleh membandingkan sendiri sejauh mana kebenaran laporan media kawalan Umno-BN terhadap kepimpinan negeri itu.

“Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13, kami menjemput anda semua untuk datang ke Kelantan dan menyaksikan sendiri bagaimana Pakatan Rakyat melalui PAS memerintah Kelantan.

“Anda semua boleh datang dan menilainya sendiri. Dan jangan lupa untuk bandingkannya dengan negeri yang diperintah oleh BN,” tulisnya.

Selain itu, Nik Aziz berkata pihak yang mempertikaikan pencapaian kerajaan negeri Kelantan juga boleh menemuinya pada program Medan Ilmu di Kota Bharu, Jumaat ini.

“Anda dialu-alukan untuk datang ke Medan Ilmu pada pagi Jumaat,” katanya yang yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri sejak 1990.

'Tidak bersih'

Kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS telah menjadi pertikaian dan bahan cemuhan Umno-BN sejak sekian lama.

Terbaru Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed membidas kerajaan negeri Kelantan kerana menutup pintu rundingan dengan 415 peniaga pasar lama Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) dan Arked Uda.

Mustapa berkata kerajaan negeri Kelantan tidak bertimbang rasa kerana enggan memberikan peluang kepada peniaga berunding dengan mereka bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

Selain itu, Umno Kelantan sebelum ini juga mendakwa kerajaan negeri Kelantan 'tidak bersih' ekoran pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia mengenai loteri 'big sweep' dan juga aktiviti pelacuran yang didakwa boleh didapati di negeri itu.

Malah penghujung tahun lalu, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menggesa Nik Aziz supaya meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Ibrahim berkata gesaan itu berikutan keadaan kesihatan Nik Aziz yang sering terganggu dan gagal membawa sebarang perubahan biarpun telah lama mentadbir negeri itu.

Beliau berkata, sudah sampai masa Nik Aziz mengundurkan diri bagi mengelakkan rakyat di negeri ini terus ditindas dan tidak mendapat hak mereka seperti mana yang dinikmati di negeri-negeri lain.

Cina hanya tolak wakil Cina BN, bukan Melayu

“Pengundi Cina menolak SUPP bukanlah gambaran Cina menolak Melayu; kerana yang menang calon Cina dari DAP, dan yang tewas juga ialah Cina dari SUPP. Lantaran itu tidak timbul soal Cina bersatu untuk tolak Melayu,”
KUALA LUMPUR, 26 April : Tindakan terdesak lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia untuk menggerakkan “1Melayu, 1Bumi” ekoran menerima tamparan hebat kehilangan kebanyakan kerusi Cina pada pilihanraya Sarawak dibidas Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

“Pengundi Cina menolak SUPP bukanlah gambaran Cina menolak Melayu; kerana yang menang calon Cina dari DAP, dan yang tewas juga ialah Cina dari SUPP.

“Lantaran itu tidak timbul soal Cina bersatu untuk tolak Melayu,” tegas Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau turut menyelar gesaan agar orang Melayu bersatu di bawah gerakan 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan akhbar Umno itu ekoran tamparan hebat di Sarawak sebagai satu tindakan tersebut benar-benar mencerminkan kegagalan Umno dalam memahami situasi sebenar di Sarawak, dan kegagalan mereka memahami bahawa rakyat Malaysia sudah menolak parti bersifat perkauman.

Selepas hilang semangat apabila Perdana Menteri Najib Razak menjauhkan diri daripadanya, seruan Utusan Malaysia untuk Umno menggerakkan 1Melayu, 1Bumi hari ini mendapat nafas baru apabila mendapat sokongan daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ia suara dan kehendak komuniti Melayu dan juga rakyat Malaysia pada umumnya. Jika kita baca Utusan, kita dapat melihat bahawa ada laporan-laporan mengenai perkara-perkara lain.

“Seperti media lain, ada pro dan kontra. Kita tidak boleh menghalang media daripada membuat laporan mengenai apa yang ia hendak laporkan tetapi ada batasan, di mana ada undang-undang,” kata Muhyiddin yang dipetik The Malaysian Insider.

Menjawab balas kenyataan Muhyiddin, Tuan Ibrahim berkata bahawa dakwaan lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia adalah suara Melayu, sebenarnya tersasar kerana akhbar tersebut tidak layak untuk dijulang sebagai pembawa suara Melayu kerana orang Melayu yang bermaruah akan menolak gagasan sempit 1Melayu, 1Bumi kerana ianya ibarat mencurah minyak ke atas api perkauman di negara ini.

“Politik perkauman sempit Umno memperlihatkan ia gagal menjadi parti tulang belakang bagi rakyat pelbagai kaum dan agama dalam pentadbiran negara.

“Tindakan TPM seolah-olah menyemarakkan api perkauman dengan membenarkan akhbar Utusan Malaysia terus menjadi saluran api perkauman adalah sangat bahaya untuk masa depan negara Malaysia yang terdiri pelbagai bangsa, dan pada masa yang serentak menzahirkan pertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang menjadi slogan PM selama ini,” tegurnya.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata seharusnya akhbar berperanan untuk memupuk perpaduan kaum selain menjadi sumber penyaluran maklumat dan bukannya menjadi dalang untuk mencetuskan api permusuhan dan perkauman.

“Muhyiddin diingatkan agar berhati-hati supaya tidak menyemarakkan api perkauman dengan memberikan sokongan yang salah kepada perkara yang silap kerana implikasinya sangat besar bilamana pemimpin negara yang sepatutnya membina kerukunan, perpaduan dan keharmonian negara gagal bertindak dengan sewajarnya,” nasihat Tuan Ibrahim.

PAS, katanya menyeru semua pihak agar kembali kepada prinsip Rukun Negara bagi menghormati susila negara, bangsa dan memelihara keharmonian negara.

“PAS, dalam pengalaman lampau ingin mengingatkan rakyat bahawa isu perkaumanlah yang menjadi penyambung tali hayat kepada parti-parti komponen BN. Mereka akan menyemarakkan api perkauman sebelum isytihar pilihanraya agar parti asabiyah ini akan terus dapat sokongan rakyat,” ujar beliau lagi.


Harakahdaily

Izzah kemuka tiga tuntutan kepada Ketua Menteri Sarawak

KUALA LUMPUR 26 APRIL : Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa tiga tuntutan daripada kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selepas Barisan Nasional(BN) mendapat mandat untuk terus mentadbir 'Bumi Kenyalang' pada Pilihan Raya Negeri itu, 16 April lalu.

Izzah berkata, tuntutan pertamanya itu adalah beliau menuntut kepimpinan Taib segera menggesa kerajaan persekutuan memansuhkan pengisytiharan darurat di negeri itu.

“Saya telah menyerahkan usul persendirian berjudul Akta Pemansuhan Darurat selaku Ahli Dewan Rakyat bukan sahaja untuk menamatkan era darurat di Sarawak, tetapi juga di seluruh negara Malaysia, pada 24 Mac 2011.

“Malangnya, kerajaan pusat tetap berdegil dan belum bersedia untuk memansuhkannya walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bersetuju dan mengakui kesediaan Peguam Negara untuk menarik balik Pengisytiharan Darurat itu,” ujar Izzah.

Menurut Izzah, keduanya beliau menuntut supaya Taib Mahmud mengembalikan semula hak rakyat Sarawak sekali gus memastikan 20 Perkara dalam Perjanjian Malaysia ditunaikan sepenuhnya.

Manakala yang ketigannya menurut Izzah, beliau menutut supaya Taib menggesa kenaikan royalti minyak sebanyak 20 peratus demi kepentingan rakyat di negeri itu sekali gus kekayaan hasil mahsul Bumi Kenyalang itu dapat dinikmati dan disalurkan terus kepada rakyatnya.

Tambah Izzah, kesemua tuntutannya itu dibuat seiring dengan usaha bagi memastikan kerajaan negeri yang baru mendapat mandat rakyat Sarawak ini bertindak membuktikan komitmen serta keikhlasannya dalam menunaikan hak dan keperluan rakyat didahulukan serta diutamakan mendahului mana-mana kepentingan pimpinan politik.

tvsnews

Anwar : Jangan ulang "sejarah" PRN Sarawak



KUCHING 25 APRIL : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu proses Pilihan Raya akan datang dijalankan dengan telus, bebas dan bersih tidak seperti Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.

Justeru Anwar mahu pemantau dan media antarabangsa dijemput kerajaan bagi memastikan tiada kecurangan berlaku, justeru mengelak sejarah di Sarawak berulang.

"Pastikan segala proses dalam pilihanraya bebas, pilihanraya umum nanti pastikan tiada sekatan media seperti apa yang berlaku di PRN Sarawak, kami berkeras mahukan pemerhati antarabangsa, media, dan kita jemput mereka untuk datang memerhati bagaimana Pilihan Raya di negara kita berjalan," kata Anwar dalam sidang media di Dewan Ruai Belian, Menara Grand Kuching di sini, semalam.

Dalam PRN Sarawak lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikecam Pakatan Rakyat kerana berpihak kepada BN.

Malah bantahan Pakatan Rakyat seperti kiraan semula undi di DUN Senadin langsung tidak dilayan mereka.

Anwar berkata, Kerajaan perlu memastikan SPR menjalankan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam undang-undang.

Menurut Anwar tindakan BN mempertahankan SPR walaupun melakukan pelbagai sekatan semasa PRN lepas perlulah dihentikan.

"Tidak ada kelebihan untuk semua ini kepada mana-mana parti mempertahankan diri mereka, dengan apa yang berlaku, saya bercakap secara umum dalam pilihanraya dan dari apa yang berlaku, segala proses harus berlangsung secara telus, kita lihat apa yang berlaku kepada Presiden BERSIH yang dihalang masuk ke Sarawak, kenapa ianya berlaku? secara jelas kenapa mereka sekat kehadiran BERSIH kerana mereka mahu lakukan 'kotor'", tegas Anwar.

Justeru menurut Anwar, penting bagi pemantau dan media antarabangsa bagi menjadikan pilihan raya akan datang berlangsung dengan 'bersih' dan tiada ruang bagi kecurangan berlaku.

TVSelangor09

Kalau macam Najib, ramai yang boleh jadi Perdana Menteri!

SETIU - Ramai ahli-ahli PAS adalah terdiri daripada golongan yang profesional dan mempunyai kelayakan akademik yang baik, yang mampu mengambil alih kepimpinan negara.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, ramai yang silap kerana menganggap PAS tidak mempunyai sumber manusia untuk menawan Putrajaya.

Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan dengan pesawah dan petani di Kampung Alor Serdang, disini semalam, 25 April.

Menurutnya, pemimpin Umno seperti Dato' Seri Najib Razak sebenarnya tidak layak menjadi menjadi Perdana Menteri kerana tidak pandai mengurus dan tidak ambil peduli tentang kehidupan rakyat.



"Dato' Najib nak betulkan (pentadbiran negara) macamana, orang (luar) masuk ke dalam (negara) Malaysia dia tak tahu,

"(sebagai) contoh, Altantuya yang kena bunuh, tidak ada satu rekod pun, di (Jabatan) Imigresen tak ada, di Kementerian Dalam Negeri tak ada, dekat (dalam rekod) polis tak ada,"tegasnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, Altantuya seolah-olah naik kapalterbang kemudian dibuang di atas bukit tempat ia dibunuh.

Oleh itu, menurutnya, Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana kalaulah pemimpin seperti Najib layak, maka ramai lagi orang lain yang lebih layak.

Justeru, beliau mengajak rakyat membuat perubahan, menukar kepimpinan negara ini dengan meolak Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Turut hadir dalam pertemuan itu adalah Ketua Penerangan PAS Setiu Dr Azman Ibrahim dan Yang DiPertua PAS Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda.

BO

Nik Aziz : ‘Mereka pertikai Pakatan, sila datang Kelantan lihat sendiri’

KUALA LUMPUR, 25 April – Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengundang pihak mempertikaikan kerajaan Kelantan agar datang sendiri termasuk menghadiri kuliah Jumaat untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang pentadbiran negeri itu.

“Menjelang pilihan raya umum ke-13, kami menjemput anda semua untuk datang ke Kelantan dan menyaksikan sendiri bagaimana Pakatan Rakyat melalui PAS memerintah Kelantan,” kata Mursyidul Am PAS (gambar) ini.

“Dan, bandingkan sendiri dengan negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN), apakah benar Kelantan seperti mana yang dilaporkan media milik BN... anda semua boleh datang dan menilainya sendiri,” kata Menteri Besar Kelantan dalam laman Facebooknya hari ini.

Selain itu, kata Nik Aziz, pihak yang mempertikaikan pencapaian kerajaan negeri Kelantan boleh menemuinya pada program Medan Ilmu, Kota Baru Jumaat ini.

“Anda dialu-alukan untuk datang ke Medan Ilmu pada pagi Jumaat,” kata beliau yang mengetuai pentadbiran kerajaan negeri sejak 1990.

Kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS telah menjadi pertikaian dan bahan serangan Umno-BN sejak sekian lama.

Terbaru Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed membidas kerajaan negeri Kelantan kerana menutup pintu rundingan dengan 415 peniaga Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) dan Arkde Uda.

Mustapa berkata kerajaan negeri Kelantan tidak bertimbang rasa kerana enggan memberikan peluang kepada peniaga berunding dengan mereka bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

Selain itu, Umno Kelantan sebelum ini juga mendakwa kerajaan negeri Kelantan tidak bersih ekoran pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia mengenai loteri “big sweep” dan juga aktiviti pelacuran di negeri itu.

Malah penghujung tahun lalu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menggesa Nik Aziz supaya meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Ibrahim berkata gesaan itu berikutan keadaan kesihatan Nik Aziz yang sering terganggu dan gagal membawa sebarang perubahan biarpun telah lama mentadbir negeri itu.

Beliau berkata, sudah sampai masa Nik Abdul Aziz mengundurkan diri bagi mengelakkan rakyat di negeri ini terus ditindas dan tidak mendapat hak mereka seperti mana yang dinikmati di negeri-negeri lain.

Oleh Syed Mu’az Syed Putra TMI