Tuesday, June 30, 2009

Anwar : There's cheaper route for 2nd Penang bridge

Parliamentary opposition leader Anwar Ibrahim says the second alternative route for the second Penang bridge could save RM4 billion in public funds.




malaysiakini

PRU 13 : BN Masuk Jerat Sendiri

Tindakan Mahkamah Persekutuan membelakangkan peruntukan untuk memberi keputusan memihak kepada Barisan Nasional bersabit krisis Perak bakal menjerat parti itu sendiri pada pilihanraya umum akan datang.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan NH Chan berkata rakyat semakin arif mengenai sistem perundangan negara dan pasti menggunakan kelebihan itu untuk menolak BN dan sesiapa yang menolak Pelembagaan Negara.

Chan merujuk kepada cubaan Mahkamah Persekutuan mengelirukan rakyat dengan memutuskan Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai kuasa menentukan status sama ada sesuatu kerusi Dewan Undangan Negeri itu kosong atau sebaliknya.

Chan berkata Artikel 34(1), 31(5) dan 33(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengenalpasti pihak yang berkepentingan dalam isu perletakan jawatan seseorang ADUN.

"Dalam kes membabitkan tiga ADUN yang melompat tersebut, pihak yang berkepentingan seperti yang dijelaskan dalam Perlembagaan ialah Hee Yit Foong, Osman Jailu dan Jamaluddin Mat Radzi, Dewan Undangan Negeri dan Speaker V. Sivakumar.

"Tidak disebut pun SPR dan dengan itu badan itu harus diketepikan dalam isu ini," tegas Chan.


Pada Jun lalu Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nik Hashim Nik Ab Rahman, dalam penghakiman setebal 20 muka surat mendakwa Seksyen 12(3) Akta Pilihan Raya 1958, memberikan SPR dan bukan Speaker, kuasa mutlak menentukan sama ada wujud kekosongan kerusi.

Chan berkata peruntukan perlembagaan jelas menyatakan apabila timbul kesangsian mengenai status seseorang ADUN, keputusan muktamad hendaklah diperolehi daripada Dewan Undangan Negeri dan bukannya di mahkamah.

"Jadi apabila pertikaian wujud sama ada tiga orang ADUN pembelot ini telah meletak jawatan, mereka sepatutnya merujuk kepada Dewan untuk mendapatkan satu keputusan muktamad," kata Chan.

"Mereka gagal berbuat demikian tetapi sebaliknya terus membawa kes mereka kepada Mahkamah Persekutuan yang menunaikan permintaan mereka untuk diisytiharkan sebagai masih menjadi ADUN. Hakim turut mengisytiharkan SPR adalah badan yang menentukan kerusi mereka kosong atau tidak," tambah beliau.

"Itulah kerosakan yang mereka telah lakukan. Ada kemungkinan apa yang mereka bertiga lakukan beserta keputusan Mahkamah Persekutuan akan menyebabkan rakyat menolak kerajaan BN sehingga kalah pada pilihan raya akan datang," Chan memberi amaran.

TVA

Saiful Disaman RM2 Juta

Pahang Daily Online, sebuah portal berita yang popular, akan menfailkan saman malu balas berjumlah RM2 juta terhadap Mohd Saiful Azlan Bukhari kerana memfitnah dan menjejaskan kredibiliti laman itu.

Seorang pengendali Pahang Daily memberitahu Suara Keadilan, saman berkenaan besar kemungkinan akan difailkan sebelum 15 Julai ini.

Saiful sebelum ini memfailkan writ saman berjumlah RM2 juta ke atas penulis laman blog pahangdaily.blogspot.com kerana menyiarkan enam artikel bersabit aduan polisnya mendakwa kononnya beliau diliwat Anwar Ibrahim.

Bagamaimanapun laporan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi mendapati tidak ada bukti klinikal Saiful diliwat sebagaimana yang didakwanya.

Pahang Daily Online sebelum ini mendakwa Saiful menderita akibat kemaluannya bernanah dan sukar untuk membuang air kecil dan besar selepas melakukan sumpah laknat atau mubahalah pada 15 Ogos 2008.

“Saiful mengugut mahu menyaman kami tapi sehingga ini tidak ada apa-apa tindakan dari beliau untuk membuktikan Pahang daily Online telah memfitnah beliau,” kata pengendali laman itu yang tidak mahu namanya disiarkan buat masa ini.

“Jika dia senyap dan tidak ada tindakan susulan. Ini bermakna apa yang kami dakwa adalah betul. Kalau Saiful yakin dia dipihak yang benar, kami cabar beliau supaya meneruskan usaha saman itu kami,” tambah beliau.

“Sekarang kami pula mahu menyaman dia kerana dakwaan yang dia buat bahawa kami memfitnahnya adalah tidak benar. Kredibiliti kami sebagai sebuah portal berita yang berwibawa telah terjejas kerana tindakan beliau tersebut,” tegas pengendali Pahang Daily Online.



suarakeadilan

2 Pelajar UM Hadapi Penjara 20 Tahun

Dua pelajar Universiti Malaya ditahan reman sejak 24 Jun lalu berhubung insiden menconteng kata-kata anti Rosmah Mansor dan kini berhadapan dengan kemungkinan dipenjara 20 tahun jika sabit kesalahan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt. Azri Abdul Rahman kedua-dua pelajar itu kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan khianat dengan api.

Supt. Azri, ketika ditemui Suara Keadilan di Ibupejabat Polis Daerah Brickfields, berkata tempoh tahanan reman kedua-dua pelajar tersebut dijangka berakhir Selasa ini tetapi tidak menolak kemungkinan tempoh tersebut dilanjutkan sekiranya perlu.

“Pihak polis menjalankan siasatan berdasarkan apa yang berlaku ditempat kejadian dan kedua-dua suspek ditahan setelah pihak kami mendapat satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Pantai oleh pihak universiti,” kata beliau tanpa memberi butiran lanjut mengenai aspek siasatan kes.

Menurut sebuah laman blog, um-today.com, dua pelajar berusia 21 tahun yang dipercayai daripada Akademi Pengajian Islam ditahan polis Rabu lalu apabila mereka dikatakan menconteng pada dinding bangunan dengan kata-kata yang mencerminkan rasa tidak puas hati terhadap isteri Perdana Menteri.

Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut ketika Wanita Pertama Malaysia itu hadir pada Majlis Perasmian “Gaza DiBela” anjuran sebuah badan antarabangsa, Power of 10 Sen di Akademi Pengajian Islam pada hari yang sama.

Antara yang ditulis pada dinding UM ialah “Altantuya”, “C4″, “pembunuh” - kesemuanya berkait kepada kes pembunuhan ngeri wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu tiga tahun lalu dan “puaka” yang merujuk kepada video yang disebarluaskan melalui Youtube sejak dua minggu lalu.

Video itu memaparkan temubual dengan beberapa individu yang didakwa ahli keluarga, saudara mara dan jiran Rosmah.

Rosmah adalah isteri kedua Najib Razak yang menceraikan isteri pertama beliau,Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar pada 1987.

Rosmah lahir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan adalah graduan ijazah Universiti Malaya dalam bidang antropologi dan sosiologi.

Supt. Azri juga tidak menafikan dakwaan pihak polis juga sedang mencari tiga orang lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian di universiti itu.

“Siasatan sedang dijalankan, kami tidak pasti sama ada suspek yang masih dicari seramai itu atau kurang daripada itu,” jelas beliau.

Menurut blog um-today tulisan pada dinding itu dipadamkan oleh Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan Harta Benda (JPPHB) universiti tersebut menggunakan cat sejurus mendapat berita megenainya.

Laluan rasmi Rosmah ke lokasi majlis juga telah ditukar pada saat akhir kepada laluan lain bagi mengelakkan beliau ternampak contengan provokatif tersebut.

Supt. Azri menasihatkan pelajar universiti supaya tidak mengambil undang-undangn dalam tangan mereka sendiri dan mensyorkan supaya berbincang dengan pihgak universiti sekiranya terdapat sebarang rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu.

“Lebih baik mereka menggunakan saluran yang betul kerana sekiranya laporan seperti dibuat ia sudah menjadi kes jenayah dan pihak polis terpaksa menjalankan siasatan. Jangan ambil tindakan yang boleh menyebabkan mereka dalam kesusahan,” nasihat beliau.



HarakahDaily

1Malaysia : Najib Ciplak Konsep 1Kelantan

Konsep '1Kelantan' diperkenal sejak 1990

Lanjusoh

KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Dasar Membangun Bersama Islam yang dilaksana kerajaan Kelantan sejak 1990 ternyata turut diterima rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Di mana ia mencerminkan seakan-akan konsep 1Kelantan apabila semua kaum dapat hidup dalam keadaan aman dan sentosa di bawah dasar tersebut.

Sedangkan konsep 1Malaysia baru diperkenalkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak selepas mengambil alih teraju pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi April lalu.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Anuar Tan Abdullah berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) baru sedar konsep tersebut sedangkan ia sudah lama diamalkan di Kelantan kini hampir 20 tahun.

"Konsep 1Kelantan dibuktikan apabila masyarakat berbilang kaum di negeri ini dapat hidup aman damai. Mereka seperti satu keluarga.

"Keadaan itu berlaku kerana Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak awal lagi menekankan semua manusia adalah sama kerana berasal dari Nabi Adam dan Hawa," katanya ketika menjawab soalan Dato' Abdul Aziz Derashid (BN - Kuala Balah) pada persidangan Dun hari ini.

Beliau berkata, konsep 1Kelantan kini diterima pula rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak pada pilihan raya umum lalu setelah berjaya menolak kerajaan BN.

Menurutnya konsep perpaduan itu akan terus menular pada masa akan datang sehingga mampu menggugat kerajaan BN.


Perdana Menteri baru-baru ini melancarkan logo konsep 1Malaysia, dengan tema 'Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan'.

Bagaimanapun kata Anuar Tan majlis pelancaran tersebut sendat dengan hiburan seakan-akan program Citrawarna dengan menampilkan ramai artis.

"Konsep 1Malaysia Umno mengutamakan nyanyian dan tarian sedangkan 1Kelantan lebih menumpukan kepada keharmonian kehidupan masyarakat berbilang kaum," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, pelbagai undang-undang dan peraturan telah digubal bagi mencegah jenayah dan kemungkaran namun masih gagal mencapai matlamat.

Katanya, hanya dengan penguatkuasaan hukum Islam mampu mencegah segala kemungkaran dan gejala sosial yang berlaku sekarang.

Ketika menjawab soalan Haji Abdul Aziz Kadir (PAS - Jelawat) katanya, di setiap 12 pihak berkuasa tempatan di Kelantan ada skuad Amru yang berperanan mencegah perkara mungkar.

Beliau juga memberitahu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam mempunyai pusat pemulihan yang terletak di Jalan Mustafa bagi memberi kesedaran agama kepada remaja yang ditahan di kawasan bandar.

HarakahDaily

Blogger yang embed video Puaka! bakal disiasat polis, ikut macam statement Che'Gu Bard!

Video Rosmah : Polis siasat pemimpin PKR

Seorang pemimpin PKR mendakwa dihubungi dua anggota polis Cawangan Khas berhubung video yang memburuk-burukkan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor yang kini tersebar luas di internet.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau dihubungi mereka – dipercayai dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan – berhubung penerbitan video klip itu.

"Saya kata, saya tidak tahu tentang penerbitan video itu. Saya dapat tahu pun selepas baca blog Selamatkan Umno dan Malaysia Today.

"Saya cuma muatkan balik dalam blog saya selepas itu. Terpulanglah kepada pembaca (untuk menilainya)," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Badrul Hisham berkata, beliau pertama kali dihubungi anggota polis Kuala Lumpur, yang dikenalinya, pada hari awal minggu lalu.

Sehari selepas itu, tambahnya, beliau dihubungi pula seorang lagi anggota polis cawangan itu dari Negeri Sembilan - juga dikenalinya - bagi mencari siapakah pihak di belakang penerbitan video itu.

Dalam perbualan telefon kira-kira sepuluh minit itu, Badrul Hisham berkata, beliau telah memberitahu pihak berkuasa bahawa beliau tidak terlibat dan tidak tahu-menahu pihak yang terlibat menerbitkan siri dokumentari pendek itu dalam bentuk video.


Malaysiakini minggu lalu melaporkan, sejak awal bulan ini, video itu memberikan label liar "perempuan puaka" terhadap isteri Datuk Seri Najib Razak.

Badrul Hisham juga berkata, dalam perbualan itu, beliau turut disoal sama ada mengenali ahli keluarga dan jiran Rosmah yang diwawancara dalam video itu.

"Sebagai orang negeri Sembilan, pernah terlibat dengan (aktivisme) belia di Sikamat, tentu saya kenal balu bekas speaker DUN (Datuk Ariffin Ali).

"Tetapi dia (Che Mah) tentulah tidak kenal saya.

"Macam saya kenal Najib, kalau tanya dia siapa Cikgu Bad, mesti beliau tidak tahu," katanya, sambil berkata dua polis tersebut sering menghubungi sebelum ini.

Diminta mengulas kontroversi video itu, Badrul Hisham berkata:

"Perkara itu tidak perlu penyiasatan polis. Ia cuma cerita sensasi yang tidak perlu (campur tangan) polis.

"Cukuplah orang yang terlibat menafikannya."

malaysiakini

Kenyataan Terdesak Najib Sambung Talian Hayat UMNO/BN

‘‘Saya tak nampak apa faedahnya debat. Saya nampak ramai orang tidak bersetuju diadakan debat yang tidak mempunyai apa-apa faedah,’’

‘‘Kalau kita menghina dan mengutuk pihak lain bererti bahawa kita tak nak cari kata sepakat. Kesepakatan itu penting untuk masa depan umat Islam dan negara,’’

‘‘Kita tengok macam mana, apa yang berlaku terpulang kepada Pas. UMNO telah menyatakan pendirian.

‘‘Dalam erti kata lain kita sentiasa bersikap terbuka kepada sebarang perbincangan dengan Pas,’’


sumber : UtusanMalaysia




Sivakumar Sah, Ganesan Haram

Sivakumar Tetap Speaker Yang Sah

V. Sivakumar akan terus menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah disisi undang-undang manakala R. Ganesan, calon lantikan Barisan Nasional adalah Speaker haram dan perampas kuasa.

Kekosongan kerusi Speaker hanya akan berlaku dalam tiga keadaan iaitu sekiranya Sivakumar meletak jawatan, beliau didapati tidak lagi layak memegang jawatan itu atau DUN membuat keputusan menggantikan beliau, demikian menurut bekas Hakim Mahkamah Rayuan, NH Chan.

Tiga syarat tersebut secara jelas terkandung dalam Artikel 36A(2) Perlembagaan Perak.

Chan berkata tafsiran Artikel 36A klausa 2(c),(d), 5 dan 6 dalam perlembagaan negeri itu jelas membuktikan bahawa kedudukan Sivakumar tidak boleh dirampas oleh mana-mana pihak.

"Kita membaca laporan media bagaimana Sivakumar dikasari oleh anggota polis untuk mengeluarkan beliau dari Dewan.

"Sivakumar boleh menyaman perampas kerusi Speaker, Ganesan yang mengaku bahawa beliaulah yang memanggil polis ke dalam DUN termasuk sesiapa sahaja yang bersubahat mengeluarkan beliau dari Dewan secara paksa," kata bekas hakim itu.

Beliau juga menjelaskan menurut Artikel 36A(1) DUN tidak boleh membuat sebarang keputusan dalam ketiadaan Speaker selain bersidang untuk melantik Speaker yang baru.

"Oleh kerana Sivakumar tidak meletak jawatan, kedudukannya terbatal atau jawatannya dikosongkan atas keputusan Dewan maka beliau masih Speaker yang sah.

"Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang membuat kesilapan penghakiman boleh kata apa sahaja tetapi rakyat sudah tahu dan faham bahawa mereka telah menghina diri mereka sendiri dengan membuat keputusan yang tidak berasaskan undang-undang," tegas Chan lagi.



TVA

Debat : Surat Tawaran Belum Dihantar, Namun PM Sudah Tolak

Belum pun surat rasmi tawaran debat dihantar kepada Dato' Seri Najib Razak, namun perdana menteri dari awal lagi menolak pelawaan tersebut.

Sedangkan surat pelawaan debat oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz akan dihantar Khamis ini.

Bagaimanapun semalam Najib menolak pelawaan debat terbuka dengan Mursyidul Am PAS, sebaliknya mencadangkan diadakan musyawarah bagi menyelesaikan kekalutan politik di antara PAS dan Umno.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, surat berkenaan tidak akan menyebut tempoh atau waktu yang sesuai untuk diadakan debat, sebaliknya ia terbuka dan boleh diadakan bila-bila masa sahaja.

Menurutnya debat yang dicadangkan bukan berniat untuk tujuan politik, sebaliknya ingin mengetahui sebab sebenar kenapa Umno menolak Islam.


"Nak mengangkat diri (Umno) sebagai pejuang Islam macam mana perjuangan parti itu tak ikut Islam. Dan pada masa yang sama menentang PAS yang bersungguh-sungguh mendaulatkan Islam," katanya di sini, petang semalam.

Menurutnya timbul idea debat kerana Pemuda Umno membuat laporan polis berhubung kenyataannya sebelum ini yang menganggap Umno membawa ajaran sesat kerana memisahkan agama dan politik.

"Umno sepatutnya tak perlu buat report polis. Ada masalah sikit terus report kepada emak dan bapak. Itu tak betul.

"Kalau kita bertengkar sikit-sikit nak panggil emak, ayah, nampak sangat kita lemah. Bila betul biarlah kita berlawan secara berdepan, tak payah buat report polis, kita berdebat," ujarnya.

Ketika ditanya masalah perpaduan di kalangan Melayu yang kini dikatakan semakin retak, beliau berkata, Islam mengajar perpaduan melalui agama.

"Kalau ingin perpaduan atas dasar bangsa itu bukan cara Rasulullah saw, bahkan Rasulullah saw melawan bapa mentua dan bapa saudara sendiri kerana memperjuangkan Islam.

"Kalau kira nak bersatu gengstar pun nak bersatu, ah long pun nak bersatu, semuanya nak bersatu, tetapi atas dasar apa," katanya.

Ketika ditanya penolakan debat oleh dua bekas perdana menteri iaitu Tun Mahathir Mohamed dan Tun Abdullah Ahmad Badawi beliau berkata, perbincangan telah berlangsung sejak sekian lama antaranya perbahasan di parlimen.

Malah katanya perbincangan, nasihat, ceramah dan usrah sudah lama dilakukan, dan sekarang ada baiknya debat pula digunakan bagi menyelesaikan masalah umat Islam.

Sementara itu dalam perkembangan lain katanya, PAS tidak pernah mengubah manifesto pilihan rayanya iaitu mendaulatkan Islam sejak dahulu sehingga sekarang.

Beliau berkata walaupun pihak lawan memperkenalkan pelbagai manifesto, namun PAS tetap dengan dasarnya, iaitu mendaulatkan agama Islam dalam kehidupan.

HarakahDaily

Kepung Karpal : 4 Ketua Pemuda Umno didenda RM1,000

Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat mengenakan denda RM1,000 ke atas empat pemimpin Pemuda Umno Selangor yang telah mengepung Pengerusi DAP Karpal Singh di Parlimen Februari lalu.

Mereka ialah Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Selatan, Latt Sharizan Abdullah; Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omar Din; Ketua Pemuda Umno Shah Alam, Azahari Datuk Shaari dan Ketua Pemuda Umno Serdang, Ungku Md. Salleh Ungku Abd. Jamal.

"Hukuman yang dikenakan ini adalah hukuman maksimum seperti yang diperuntukkan undang-undang mengikut Seksyen 9 Akta Majlis Parlimen (Keisitmewaan dan Kuasa) 1952.

Mereka melakukan kesalahan di bawah peruntukan Seksyen 9(e) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Dalam pada itu lapan anggota Dewan Rakyat termasuk tiga daripadanya ahli Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat dikenakan 'hukuman' pencelaan yang enggan bekerjasama dan menyertai jawatankuasa itu.

Selain Karpal sendiri, mereka yang merupakan saksi ialah Fong Po Kuan (Batu Gajah), Lim Lip Eng (Segambut), N. Gobalakrishnan (Padang Serai), Fong Kui Lun (Bukit Bintang).

Ahli jawatankuasa yang tidak bekerjasama pula ialah Lim Kit Siang, Datuk Kamarudin Jaffar dan R. Sivarasa.



mStarOnline

Istilah 'Puaka' Hantui Dua Siswa UM

kemaskini 1.06pm Gara-gara didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya meringkuk di balai polis sejak minggu lalu.

Izuddin Hilmi Mohamad Zaini ditahan 7 pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam (foto: perkataan telah dipadamkan).

Sementara rakannya Mohd Sharuddin Ahmad Rosli pula ditahan Jumaat lalu di Petaling Jaya, kata seorang pemimpin pelajar kepada Malaysiakini hari ini.

Kedua-dua pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam - yang ditahan di ibu pejabat polis Brickfields - belum dibebaskan, setakat ini.

Susulan insiden, polis menggeledah empat rumah pelajar, termasuk sebuah yang disewa wanita, universiti tersebut.

Menurut laman web UM Today, polis sedang menjejak tiga lagi pelajar dalam siasatan mereka.

Exco kepemimpinan dan kerohanian Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Aizat Mohd Salleh bagaimanapun tidak dapat mengesahkan tujuan polis menggeledah.

Pada 26 Jun, sebuah rumah pelajar wanita di Seksyen 17 Petaling Jaya digeledah kira-kira sejam oleh empat anggota polis berpakaian biasa.

Polis merampas cat yang digunakan untuk membuat kain pemidang bagi menyambut kedatangan pelajar baru, Ahad lalu.

Keesokannya, polis menggeledah sebuah rumah pelajar lelaki di Seksyen 17 Petaling Jaya pada sebelah petang. Tiada rampasan dibuat.

Hujung minggu minggu, jam 3 pagi, sebuah lagi rumah pelajar di Seksyen 17 Petaling Jaya didatangi tiga anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor dengan membawa Izuddin Hilmi dan Mohd Sharuddin dalam keadaan bergari dengan baju tahanan lokap.

Kumpulan polis yang sama dengan dua suspek kemudian ke rumah pelajar lelaki di Seksyen 14 Petaling Jaya, kira-kira 3.30 pagi. Mereka berada lebih kurang setengah jam.

Mereka selepas itu ke rumah sewa lelaki Seksyen 17 Petaling Jaya, bagi kali kedua sejak 27 Jun lalu, lebih kurang jam 4 pagi.

Tiada rampasan di ketiga-tiga rumah tersebut.

Polis juga tidak menunjukkan sebarang waran geledah di semua rumah terbabit, kata Mohd Aizat lagi ketika diihubungi.

Beliau menjelaskan MPMUM sedang menyediakan khidmat guaman untuk kedua-dua pelajar tersebut.

Rosmah sering diburuk-burukkan dengan label nama wanita Mongolia yang mati dibunuh menggunakan bom plastik C4. Beliau bagaimanapun menafikannya.

Sementara label liar "puaka" dipercayai ada kaitan dengan tiga klip video di internet yang melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk melupakan adik angkat dan anak sendiri, selain kampung halamannya.

Rosmah atau suaminya Datuk Seri Najib Razak setakat ini belum memberikan sebarang ulasan.

Bagaimanapun beberapa laman web pro-Umno menafikannya. Satu laman web Malaysia Instinct mendakwa bercakap dengan Rosmah dan beliau menafikan pernah mengabaikan anaknya Azrene Soraya Abdul Aziz - daripada perkahwinan awal sebelum Najib.

Sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini, seorang pegawai Universiti Malaya berkata pihaknya tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan setakat ini.

"Biarkan polis kendalikan kes ini," demikian arahan yang diterima beliau, yang enggan dinamakan.

Seorang pegawai penyiasat kes tersebut di balai polis Brickfields gagal dihubungi - setakat ini - untuk pengesahan.


malaysiakini

ISTILAH BARU BN - 'BINI NAJIB'

BN bukan lagi Barisan Nasional atau barang naik tetapi mempunyai istilah terbaru iaitu 'Bini Najib' kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.

Ujarnya ketika berceramah sempena Majlis Makan Malam di Dewan JKKK Sungai Chenaam, Nibong Tebal semalam, pemerintahan sekarang seolah diterajui sama oleh isteri Perdana Menteri yang dikaitkan dengan gadis Monggolia, Antantuya.

"Dulu kita dengar BN barang naik. Itulah dijaja oleh orang ramai terutamanya ketika hari penamaan calon tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu Bini Najib, " terangnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.

Bagi beliau, istilah itu jika dikaji ada kebenarannya apabila Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yu ketika melawat Malaysia bukan sahaja mengadakan pertemuan dengan Najib yang juga Perdana Menteri tetapi mempunyai pertemuan khas dengan isterinya.


Perbuatan itu jelasnya, merupakan tindakan terbaru yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara dan tdak pernah dilakukan olah mana-mana pemimpin negara luar mengadakan pertemuan khas dengan isteri Perdana Menteri secara individu.

"Kalau di kaji ada kebenaranya. Bila Lee Kuan Yu melawat Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Lee juga mengadakan pertemuan dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Itu yang menghairankan masyarakat kenapa dan apa motif perjumpaan itu. Lazimnya, pertemuan isteri diadakan berasingan itupun dengan isteri pelawat sahaja, " tegas Mahfuz.

Bukan sahaja timbul kehairanan di kalangan rakyat bahkan di kalangan wartawan yang membuat liputan pertemuan tersebut.

Jika Datin Seri Rosmah mahu membersihkan isu ini beliau perlu menjawab hasil pertemuan itu.

Adakah tindakan Rosmah itu membuktikan bahawa Najib bukan mengemukakan wawasan sendiri malahan mempunyai kaitan dengan isterinya yang cuba campur tangan terhadap pentadbiran negara, katanya.

Dulu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dikaitkan dengan menantunya, Khairy Jamaludin yang sering dilihat masuk campur tentang pentadbiran negara kali ini Najib pula menerima nasib yang sama bukan daripada menantunya sebaliknya 'Bininya'.

Menyentuh mengenai kenyataan Najib kononya slogan '1 Malaysia' berjaya diserapkan ke hati keseluruhan rakyat negara ini beliau menyifatkan, ia hanya mimpi semata-mata mengantikan slogan Islam Hadhari tajaan Tun Abdullah bila mengambil alih pemerintahan pada penghujung tahun 2003 lalu.

Kenapa kerajaan tidak mengambil langkah menetapkan sahaja slogan untuk memajukan negara mengelak daripada diperkenalkan setiap kali pertukaran kepimpinan.

"Kita tengok mana dia Islam Hadhari yang dijaja oleh ulamak Umno dan kepimpinannya semasa era kepimpinan Tun Abdullah. Begitu juga Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir serta Bersih , Cekap dan Amanah yang pernah menjadi trend percakapan orang kuat BN di kedai-kedai kopi, " tambah Mahfuz dalam program anjuran PAS Kawasan Nibong Tebal itu lagi.

Turut berucap pada majlis itu ialah wakil Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang, C. J Ong, Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim dan Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Ustaz Haji Hasan Abdul Razak.

Hadir sama ialah Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Haji Abdul Rahman Ramjan dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Helmi Harun.

HarakahDaily

'Tradisi Umno gemar tabur 1,000 janji' - Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Pengundi-pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai perlu memilih seorang wakil rakyat yang boleh bersama mereka semasa susah dan senang ujar, Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dengan itu katanya, calon yang dikemukakan PAS, Fauzi Abdullah amat serasi dengan jiwa penduduk Manek Urai sebagai seorang yang banyak membantu penduduk sebelum dipilih sebagai calon lagi.

"Berbanding dengan calon Barisan Nasional yang iaitu seorang pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) apa yang dia buat selama bertugas di Manek Urai?" katanya semasa dihubungi Harakah Isnin lalu.

Dakwanya, kawasan Manek Urai sebahagiannya terletak dalam kawasan pembangunan Kesedar tetapi masih ketinggalan dan tidak ada apa yang dibangunkan di kawasan tersebut.

Kerana itu katanya, pengundi boleh lihat bagaimana kemajuan Kesedar pada hari ini di kawasan manek Urai.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetap penamaan calon pada 6 Julai dan 14 Julai hari mengundi.

Pilihan Raya Kecil tersebut diadakan apabila adunnya Ismail Yaakob meninggal dunia pada bulan Mei lepas.

Menurut Tuan Ibrahim, tradisi Umno yang gemar menabur seribu janji dalam setiap kali kempen pilihan raya menjadikan pengundi semakin matang untuk membuat semua pilihan dalam pilihan raya yang diadakan akhir-akhir ini.

Ini ujarnya, rakyat sudah tahu tentang sejauh mana janji-janji yang mampu dibuat Barisan Nasional (BN).

Justeru itu, katanya pengundi-pengundi di Manek Urai tidak akan termakan dengan janji-janji yang dibuat oleh Barisan Nasional.

"Jika BN hendak berjanji kita harap mereka buktikan dulu tempat-tempat yang mereka menang dalam tempoh pilihan raya ke 12 lalu di mana belum ditunai lagi," katanya.

Malah katanya, beliau berharap pengundi di Manek Urai dapat menilai sejauh mana Umno mampu menunaikan janji dalam pilihan raya di tempat lain.

Dalam pada itu ujarnya, pengundi-pengundi di Manek Urai lebih tertarik dengan isu tempatan berbanding isu nasional.

"Saya ingat tidak ada isu-isu nasional ini tidak sangat pengaruhi pengundi di kawasan Menek Urai dan mereka lebih pentingkan isu tempatan.

"Hanya isu perdebatan ini PAS dengan Umno yang mereka anggap sebagai tohmahan yang dibuat oleh Umno terhadap Menteri Besar Kelantan," katanya.

HarakahDaily

Dah faham dah, sengaja nak bagi rakyat lebih faham : Kit Siang debat Te Keat?

'Kurang faham atau buat-buat tak faham...'

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau tidak akan melayani cabaran Lim Kit Siang untuk menyertai siri debat di lima negeri mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), kerana berpendapat penasihat DAP itu akan memutarbelitkan fakta berhubung isu berkenaan.

"Kalau hendak berdebat pun, saya harap beliau boleh berdebat dengan kewarasan dan sopan santun. Tindakan memutarbelitkan fakta tidak dapat menyelesaikan isu PKFZ," kata Ong kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, lapor Bernama.


"Kalau orang politik macam dia (Lim) yang nak buka gelanggang (debat), dia sendiri jadi tok dalang, mendalangi sendiri apa yang dia cakap, sendiri yang mendakwa, sendiri yang buat kesimpulan, saya rasa, akhirnya itu sesuatu yang hanya memalukan dirinya sendiri saja," kata Ong yang juga Presiden MCA.

Katanya, sejak tiga tahun lalu, Lim telah mengungkit soalan yang sama mengenai PKFZ.

"Jawapan telah dibuat, fakta yang dia nak pun dah didedahkan, dia masih lagi dalam keadaan celaru. Saya rasa sama ada dia kurang faham ke atau buat-buat tak faham.

Terdahulu, Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur dalam sidang medianya mencabar Ong supaya turut membawa bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dan Datuk Seri Chan Kong Choy yang turut dikaitkan dengan isu PKFZ bagi membantunya ketika berdebat.

malaysiakini

IGP ada hubungan dengan kumpulan kongsi gelap?

Anwar : Hubungan Polis Dan Samseng Dikecam

Kewujudan keselamatan kawasan perumahan, atau lebih dikenali sebagai neighbourhood watch, petanda rakyat tidak lagi yakin keselamatan nyawa mereka di tangan pihak berkuasa.

Fenomena neighbourhood watch ini berpunca dari imej polis yang tercemar dengan pelbagai kes rasuah, salahguna kuasa dan hubungan pihak berkuasa dengan penjenayah, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

“Rakyat tidak lagi menyakini polis mampu menjaga keselamatan mereka,” kata Anwar di Dewan Rakyat hari ini, ketika membahaskan Usul Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP).

“Kerajaan sendiri dilihat melindungi pegawai-pegawai atasan polis yang terbabit rasuah dan mempunyai kaitan dengan kumpulan-kumpulan kongsi gelap,” kata Anwar.

Anwar berkata demikian merujuk kepada akuan bersumpah pegawai-pegawai polis yang mendakwa wujudnya hubungan antara Ketua Polis Negara Musa Hassan dan kongsi gelap.

Anwar turut membacakan akuan bersumpah dari beberapa pegawai polis di Dewan Rakyat.

“Dari akuan- akuan bersumpah ini kita difahamkan bahawa anggota-anggota polis ini dikenakan tindakan kerana menyiasat aktiviti individu tertentu yang dipercayai terbabit dalam kongsi gelap,” kata Anwar.

“Saya berasa bimbang apabila Ketua Polis Negara sendiri dituduh memberi perlindungan kepada kongsi gelap,” tegas Anwar.


Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang turut mendedahkan satu kes pembunuhan seorang pemimpin kanan MIC yang cuba diselindung pihak polis.

Pada 12 Januari tahun lalu, Adun Tenggaruh S Krishnasamy dibunuh oleh seorang pembunuh upahan di dalam sebuah lif di Ibu Pejabat MIC Johor.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, Krishnasamy ditembak satu kali di bawah kening mata kiri dan tembus ke belakang kepala.

Berdasarkan maklumat yang diterima pemimpin veteran DAP itu, suspek-suspek penting dalam kes ini dibebaskan sebaik sahaja ditahan.

“Walaupun setelah setahun berlalu namun masih tiada perkembangan terbaru dalam siasatan polis,” kata Kit Siang.

“Ini menunjukkan bahawa Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) amat diperlukan di masa sekarang,” tegas beliau.

TVA

Fitnah? Tiada Angin Takkan Pokok Getah Bergoyang?

Penceramah BN diarah jangan sebar fitnah

Semua penceramah BN telah diarahkan supaya jangan menabur fitnah sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata, Umno tidak mahu menggunakan pilihanraya sebagai tempat untuk memaki hamun dan menabur fitnah.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa BN aktif menjalankan kempen memburukkan Pakatan Rakyat di Manek Urai.

Ketua umum PKR itu juga berkata, BN telah mencemarkan nama baik Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menarik sokongan pengundi

"Tepulang kepada Datuk Seri Anwar nak bercakap apa pun," katanya ketika dihubungi oleh Malaysiakini hari ini.

Ahmad yang juga timbalan menteri jabatan perdana menteri berkata, Umno akan menggunakan saluran media untuk menyampaikan penerangan kepada pengundi Manek Urai.


Dalam pilihanraya kecil 14 Julai depan, calon BN Tuan Aziz Tuan Mat akan ditentang oleh bendahari PAS kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah.

Sasar pegundi atas pagar

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Kelantan, Annuar Saffian berkata, Pemuda Umno akan menjawab serangan PAS dan Pakatan Rakyat di Manek Urai supaya rakyat tidak terpengaruh dengan pembangkang.

Mengenai peluang Tuan Aziz, ketua Pemuda Umno Kelantan itu berkata, beliau berkeyakinan tinggi calon BN itu akan diterima pengundi.

Katanya, maklumat awal yang diperolehi pengundi atas pagar menyebelahi BN.

Annuar berkata, pihaknya menjangka PAS dan Pakatan akan terus menyebarkan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan mengaitkannya dengan pembunuhan wanita Mongolia.

"PAS juga akan mempermain-mainkan hukum hudud dan memutarbelitkan mengenai kerajaan perpaduan.

"Memang ini yang berlaku setiap kali pilihanraya di Kelantan di mana pemimpin PAS " katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

malaysiakini

'Kiasan’ Tok Guru Nik Aziz Tidak Salah, Pemimpin UMNO Boleh Berdebat Untuk Kebenaran

KUALA TERENGGANU – Sebagai seorang ulama’ dan pemimpin politik Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih arif memberikan kiasan tersendiri dalam usaha menyedarkan pemimpin Islam supaya melaksanakan perjuangan ke arah kebenaran Islam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Uztaz Satiful Bahri Mamat berkata ‘kiasan’ yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS itu kepada UMNO tidak salah.

“Tok Guru sudah menyatakan, apa yang dikatakannya terhadap UMNO adalah kiasan. Tok Guru orang yang belajar dan mengajar akidah, cuma dari segi pandangan masyarakat, ia kelihatan kasar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

(Gambar - Ustaz Satiful (mengadap kamera dua dari kanan)bersama pimpinan PAS Terengganu makan nasi bungkus selepas mesyuarat di pejabat PAS baru-baru ini)

Beliau berkata kiasan Tok Guru itu adalah satu peringatan dan amaran kepada pemimpin Islam Melayu supaya sensitif terhadap tuntutan agama.

Oleh itu katanya, sekiranya mana-mana ungkapan Tok Guru Nik Aziz yang dirasakan tidak benar, UMNO sepatutnya menerima pelawaan beliau untuk berdebat.

“Mereka yang tidak menerima Islam atau tidak mahu mengikut Islam boleh dianggap sesat dan sama dengan perumpamaan itu. Dari segi politik, kadang-kadang kata-kata sebegini perlu dalam usaha memberi kesedaran,

”sekiranya pemimpin UMNO tidak puas hati, atau merasakan apa yang dikatakan oleh Tok Guru tidak betul, boleh berdebat untuk mencari titik kebenaran” katanya.

Tok Guru Nik Aziz mengulas sifat dan sikap pemimpin dan perjuangan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin dan Komunis ketika berceramah di Padang Majlis Daerah Laloh, Kelantan pada 21 Jun lalu.

Kenyataan beliau telah menimbulkan kegusaran dikalangan pemimpin UMNO yang menganggap ia boleh menimbulkan ketegangan serta berbaur hasutan .

Tok Guru mengatakan kenyataannya hanya kiasan atau perumpamaan, namun mengajak pemimpin UMNO terutamannya Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Razak untuk berdebat bagi mencari penyelesaian, mengapa UMNO tidak mahu kepada Islam

BuletinOnline

Calon UMNO/BN Tiada Yang Bersih Dari Rasuah, Salah Guna Kuasa

Calon BN nafi dakwaan salahguna kuasa dan rasuah

Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat hari ini menafikan dakwaan yang disebarkan melalui internet bahawa "beliau pernah menyalahguna kuasanya dan terbabit dalam rasuah".

Dakwaan itu tersebar tidak sampai 24 jam selepas beliau diumumkan semalam sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Dakwaan di internet itu menyebut Tuan Aziz hidup melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB) - jawatan yang disandangnya sebleum dilantik menjadi pengurus di Kesedar.


Lamanweb itu mendakwa ekoran Tuan Aziz gagal menjelaskan mengenai gayahidup mewah itu, maka beliau diturunkan pangkat menjadi pengurusan bahagian bersama potongan gaji dan elaun.

Beliau juga didakwa melakukan lawatan yang 'meragukan' ke luar negara serta membawa bersama pegawai-pegawai yang tidak berkaitan ke negara Asean seperti Vietnam dan Thailand untuk tujuan pemasaran.

Juga terdapat dakwaan bahawa beliau menyalahguna kuasanya dalam pemberian kontrak-kontrak KPSB dan melobi untuk pembekal baja sewaktu bertanding untuk jawatan ketua Pemuda Umno Kuala Krai.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Tuan Aziz menafikan semua tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berkata ketika menjadi ketua Pemuda Umno, beliau tidak pernah terbabit dalam operasi kilang Kesedar.

Nafi pernah lobi

Menurutnya, beliau juga tidak pernah ke Thailand atau Vietnam ketika bersama Kesedar.

Sebaliknya, kata Tuan Aziz, beliau hanya pernah ke Kampuchea berhubung penjualan minyak masak pada 2007.

Mengenai dakwaan beliau membawa bersama pegawai yang tidak berkaitan menyertai lawatannya, Tuan Aziz berkata ia bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada mereka dan dilakukan secara bergilir-gilir.

Tuan Aziz juga menafikan yang beliau pernah melobi bagi pihak pembekal baja ketika bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian.

Sebaliknya, kata Tuan Aziz lagi, keputusan untuk memberi sebarang kontrak bukan terletak di tangannya.

Tuan Aziz berkata, seingatnya, para pembekal sudahpun mendapat kontrak tersebut sebelum beliau menjadi CEO Kesedar.

Oleh itu, katanya, tidak timbul soal beliau melobi untuk mereka.

Beliau menjelaskan bahawa keputusan untuk memberi kontrak tersebut terserah kepada jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam bidang pertanian.

malaysiakini

Nizar Kesal Hanya 5 Hakim Dengar Rayuan

Datuk Seri Nizar Jamaluddin kesal dengan keputusan Ketua Hakim Negara hanya memperuntukan lima hakim Mahkamah Persekutuan untuk mendengar rayuannya bersabit krisis Perak.

Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan Nizar pada 9 julai ini terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah walaupun BN kalah pada pilihanraya umum dan Nizar tidak meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar atau menghadapi usul tidak percaya di DUN Perak.

Nizar berkata rayuan beliau kepada mahkamah tertinggi negara membabitkan isu perlembagaan dan insitutusi demokrasi berparlimen negara. Oleh itu lebih sesuai kes ini di dengar oleh panel 11 hakim.

" Kalau kita pohon 11 para-para hakim untuk mengadili kes ini pada 9 dan 10 Julai hanya dibenarkan lima oleh Ketua hakim semalam, itu pun dengan menghantar faks kepada pejabat peguam saya. Saya menyatakan antara kelima-lima hakim itu mangkor (keras) barangkali ada yang sekupang dua (lembut) ada ciri-ciri keadilan dalam perut dia. Saya kata kalau ada antaranya yang tidak keras sangat, itulah yang kami harapkan"

Datuk Seri Nizar sudah pun dibeban dengan masalah dalam membuat rayuan kepada mahkamah persekutuan. Ketiga-tiga hakim mahkamah rayuan yang memberi keputusan berpihak kepada Zambry mengambil hampir sebulan untuk memberi alasan mereka secara bertulis.

" 19/6 saya telah membuat satu permohonan/failing di Putrajaya. Masa kami failkan kes ini, ulasan oleh hakim tidak ada walaupun pada 22hb, mereka mengeluakan penghakiman Zambry adalah Menteri Besar yang sah. mereka berjanji tujuh hari selepas hari ini (22 Mei) akan diberikan ulasan dan sampai semalam (27 jun) baru kami mendapatkan ulasan dari Hakim Md Raus. Itupun selepas kami pergi ke pejabatnya"

Datuk Seri Dr Nizar juga menambah kemelut politik di Perak tidak sedikit pun menjejaskan kepercayaan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat (PR). Malah katanya walau apa jua keputusan penghakiman yang mungkin berpihak kepada Zambry, PAS dan pakatan rakyat tetap kukuh bertapak di Perak.

" Itulah kekuatan kita hari ini. Undang-undang menyebelahi kita, rakyat bersama kita. Apa yang paling penting, hari ini di negeri Perak, sokongan Cina dan India, DAP ini kepada PAS cukup memuncak. Ini yang kami ingin pertahankan kerana mereka ini menerima PAS tanpa banyak soal"

Sementara itu, peguam Nizar, Leong Cheok Keng berkata pihaknya akan merayu keputusan Ketua Hakim Negara menghadkan rayuan Nizar kepada hanya lima hakim Mahkamah Persekutuan.

Semalam kami mendapat faks yang menyatakan lima orang hakim tetapi akan membuat rayuan sekurang-kurang 9 hakim untuk kes ini. Kami akan memohon kepada CJ untuk menimbang semula bilangan hakim supaya dapat melihat isu ini dari pelbagai perspektif dan menemui jawapan yang sebenar"





TVA
klip video ehsan : greenboc

Anwar sokong syor Nik Aziz mahu debat dengan PM

Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut baik cadangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Pada pendapat saya adalah lebih baik beliau berdebat secara terbuka kerana ini dapat mengurangkan media Umno-Barisan Nasional (BN) salah tafsir dan membuat fitnah terhadap kenyataan-kenyataan beliau (Nik Aziz)," katanya.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, mengulas kenyataan Nik Aziz semalam yang mencabar Najib mengadakan debat terbuka bagi mencari kebenaran dan menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama.

Tok Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, jalan terbaik adalah mengadakan dialog secara terbuka supaya tidak ada pihak yang boleh memutarbelitkan fakta dalam perkara berkenaan.

Dalam perkembangan lain, mengenai pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai ini, Anwar berkata, PKR akan memberi sokongan penuh kepada PAS dalam membantu parti itu memenangi pilihan raya kecil tersebut.

"Kita akan beri sokongan penuh kepada PAS. Insya-Allah kita yakin PAS akan dapat pertahankan kerusi kawasan tersebut.

"Kita akan beri sokongan dalam apa jua bentuk kerjasama kepada calon PAS di Manek Urai," katanya kepada mStar.



BuletinOnline

Puad Zakarshi nak debat dengan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat?

Debat jalan terakhir selesai masalah ummah - Nik Aziz

Umno kini benar-benar gelabah dengan pelawaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat mengenai isu mengapa Umno tolak Islam.

Rata-rata pemimpin Umno menolak pelawaan tersebut kecuali Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Puad Zakarshi yang kononnya sedia berdebat dengan Mursyidul Am PAS.

Sedangkan pada awal tahun ini beliau gagal hadir pada wacana di Kota Bharu dengan alasan yang diadakan-adakan, biar pun pada peringkat awal menyatakan persetujuan datang.

Menteri Besar berkata, kenapa pemimpin Umno menolak pelawaan untuk berdebat sedangkan debat merupakan cara yang paling baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah sebagaimana tuntutan Islam dan demokrasi.

"Seperti mana di mahkamah, dua orang peguam berhujah mengemukakan bukti atau berdebat untuk menentukan samada salah atau tidak seseorang tertuduh," katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.


Sabtu lalu beliau mempelawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak berdebat mengenai sebab apa pemimpin parti itu menolak Islam.

Bagaimanapun pemimpin Umno termasuk bekas presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak cadangan tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, calon-calon presiden di Amerika Syarikat termasuk Barrack Obama sebelum ini berkempen secara debat.

"Begitu juga di Indonesia debat melibatkan calon-calon presiden dan calon-calon wakil presiden bagi menghadapi pilihan raya Presiden tidak lama lagi. Jadi mengapa pemimpin Umno menolak," kata beliau.

Sedangkan katanya, debat ialah jalan terakhir setelah nasihat dan pelbagai cara yang digunakan sebelum ini tidak diendahkan.

"Semasa Allah swt menjadikan Nabi Adam as, Tuhan berdialog dengan Malaikat seperti diceritakan dalam al-Quran.

"Islam menyuruh kita berdebat mengenai dasar kerana dunia ini kepunyaan Allah swt, maka kita perlu mengikut arahan atau pun kehendak-Nya, tidak boleh pandai-pandai malakukan apa sahaja.

"Allah swt mengutuskan Nabi Muhammad saw membawa Islam merangkumi iman dan ihsan supaya menjadikan perkara ini sebagai dasar dan bukannya berpandukan nasionalis semata-mata," ujarnya.

HarakahDaily

Monday, June 29, 2009

Saringan kepala hotak.. Apa 'class' berdebat dengan Pemuda UMNO?

Pemuda UMNO ajak Nik Aziz lepasi ujian saringan debat

Oleh ahmadfadhli

Hari ini di dalam akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan tersiar kenyaaan Mohd Afandi Yusoff, Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Malah kata Afandi, untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Nik Aziz perlu melalui ujian saringan terlebih dahulu iaitu dengan berdebat dengan Pemuda UMNO. Kata Afandi lagi, kalau debat dengan Pemuda UMNO pun tidak berjaya, maka usah berangan untuk berdebat (dengan PM).


Bagaikan kelab Liga Kampung Manek Urai B yang mencabar Chelsea, Afandi nampaknya tidak berpaling ke belakang lagi semasa membuat cabaran ini. Pemimpin UMNO dari Rantau Panjang yang menang dengan penuh kontroversi ketika pemilihan UMNO tahun lepas ini memang merupakan seorang penceramah UMNO yang sering kedengaran suaranya di Radio Kelantan khususnya pada waktu malam. Lepasan Jordan yang dulunya merupakan orang kuat PAS di sana tetapi akhirnya pulang ke Malaysia untuk mencari makan dengan UMNO.

Dengan sejarahnya yang pernah mencabar Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi berdebat, maka ajakannya pada hari ini bukan suatu perkara yang menghairankan. Cuma yang agak mengejutkan apabila Afandi menyifatkan bahawa perdebatan dengan Pemuda UMNO ialah satu saringan. Mungkin Afandi sendiri sedar taraf Pemuda UMNO yang hanya layak berada di pusingan saringan.

Bagi saya, Pemuda UMNO boleh berada pusingan saringan tetapi hanyalah sebagai pengutip bola sahaja. Bukan ingin memperlekehkan Afandi, tetapi dengan kelayakannya di dalam bidang agama, berada dalam lubuk UMNO yang penuh dengan skandal bukan tempatnya. Ditambah dengan kenyataannya seperti hari ini, Afandi nampaknya memang nekad untuk mati bersama-sama dengan UMNO!

Afandi dan pemuda UMNO boleh berada di padang sebagai pengutip bola. Tetapi kalau bercita-cita untuk memasuki padang, kami dari Pemuda PAS Pasir Mas bersedia untuk melihat bakat Afandi sejauh manakah mampu menendang bola.

Apakata kata Dewan Pemuda PAS Pasir Mas menjual, Afandi sanggup membeli? Dewan Majlis Daerah Pasir Mas boleh memuatkan ramai pendengar rasanya.



- Penulis ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan Dakwah Dewan Pemuda PAS Kelantan

http://www.ahmadfadhli.wordpress.com





Najib hebat? Kalau hebat debat laaaa...

Nik Aziz diminta jangan anggap diri sendiri hebat - Zambry

"Beliau jangan anggap dirinya hebat sangat, kadangkala kita rasa diri hebat sangat, kita tidak rasa orang lain lagi hebat.

"Beliau sepatutnya lebih bercakap dengan ilmunya daripada ikut emosi beliau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Dermasiswa Yayasan Perak di sini hari ini.

Zambry berkata debat terbuka bukan satu platform yang menguntungkan sebaliknya ia akan membawa kepada kesan panjang dan buruk seperti perpecahan dalam masyarakat.

"Saya juga tidak fikir Perdana Menteri tidak mampu berdebat dengan beliau tetapi saya yakin Datuk Seri Najib lebih memikirkan kesan terhadap masyarakat," katanya.



sumber : mStarOnline




Rayuan Kes Liwat Anwar Ditangguh Esok

Rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya kes liwat yang dihadapinya
dibicarakan di Mahkamah Tinggi, ditangguhkan esok bagi membolehkan Anwar menghadiri sidang Parlimen.

Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Abdull Hamid Embong, bersama panel Hakim Datuk Abu Samah Nordin dan Datuk Jeffery Tan Kok Wha, menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam utama, Sulaiman Abdullah untuk menangguhkan perbicaraan itu.

Sulaiman berkata Anwar perlu menghadiri sidang Dewan Rakyat bagi membolehkan beliau menyertai perbahasan Kod Etika Hakim, yang dijadual dibentangkan hari ini.

Pihak pendakwaan, yang diketuai Peguam Cara Negara II Datuk Yusof Zainal Abiden tiada bantahan terhadap penangguhan itu, membolehkan kedua-dua pihak

mengemukakan hujahan bertulis dan dokumen-dokumen tertentu kepada mahkamah.

Mahkamah pada mulanya dijadual mendengar rayuan Anwar hari ini, lapor Bernama.


Anwar, yang hadir di mahkamah, mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 5 Mac lalu, yang menukar keputusan Mahkamah Sesyen yang mengekalkan perbicaraan kes liwat di Mahkamah Sesyen.

Anwar mencabar kesahihan sijil pemindahan yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, mendakwa Abdul Gani tidak boleh menandatangani
dokumen itu kerana beliau masih disiasat Badan Pencegah Rasuah yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan polis Anwar mengenai insiden "kes mata lebam".

Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lalu.

Perbicaran kes itu ditetapkan pada 8 Julai dihadapan Hakim Mohamad Zabidin.

malaysiakini

UMNO 'AJARAN SESAT'?

Arifin Mahmud

Sebenarnya, kerajaan sudah boleh membuat keputusan sama ada mahu membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia atau tidak tanpa perlu merujuk kepada rakyat kita.

Mungkin tiada suatu peraturan pun atau prosedur yang menetapkan bahawa sesebuah negara itu perlukan sokongan majoriti rakyat untuk menerima seseorang kembali menjadi warganegara di negara berkenaan.

Ringkasnya, penguasa boleh saja menyatakan tidak ke atas pulangnya Chin Peng dan kita tidak perlu lagi berbalah mengenai hal tersebut.

Tapi, memang sengaja hal komunis ini dikembangkan sebagai wacana baru besar-besaran di media, forum seolah-olahnya ia suatu wabak baru yang mengancam kita; mengalahkan masalah ancaman selesema babi yang melanda negara baru-baru ini.

Kerajaan boleh terus menyatakan tidak kepada usaha mengembalikan Chin Peng dan hal itu terus didiamkan sahaja. Tapi, kenapa ia dipanjangkan ke dalam media?

Umno pun tahu bahawa akan ada kalangan rakyat yang bersedia dengan kembalinya Chin Peng dan ada yang tak bersetuju. Dengan sebab itu, rakyat kita akan kembali dipecahkan dengan menimbulkan isu ini.

Apabila rakyat dipecah-pecahkan, semangat kekitaan dikoyak-rabakkan, maka senanglah Umno meneruskan penjajahannya apabila ikatan perpaduan sesama rakyat musnah.

Matlamat Umno memecahbelahkan ikatan

Itu saja matlamat Umno menimbulkan isu-isu. Bukan ikhlas, tetapi untuk pecahbelahkan umat. Sebab itu Umno takut debat. Debat itu akan menyebabkan tembelang Umno pecah.

Bukti mudah, Najib menolak debat bersama Mursyidul Am Pas dengan 'memperalatkan' kedua-dua mantan PM sebelum ini, Dr Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi.

Najib tidak akan berani mengeluarkan kenyataannya sendiri. Yang tersiar adalah gambar dia sedang mengangkat telefon, kononnya sedang menerima panggilan Presiden Obama yang berunding dengannya berhubung usaha membebaskan tahanan Guantanamo.

Kembali kepada isu komunis misalnya, bukan tiada fakta yang menunjukkan bahawa hal pegangan seseorang itu bukanlah penyebab kepada seseorang itu tidak layak memohon menjadi warganegara di negara ini.

Contohnya, ketika mantan ketua pengarang Utusan Melayu Said Zahari dibawa semula masuk ke Malaysia ketika Dr Mahathir mula menjadi PM dahulu.

Dr Mahathir saat itu telah membatalkan larangan yang dikenakan ke atasnya yang pernah dilarang memasuki Malaysia suatu masa dahulu oleh Tunku Abdul Rahman.

Larangan Tunku itu tak pernah dibatalkan ayah Najib, Tun Abdul Razak dan Tun Husein Onn, bapa kepada Hishammuddin sendiri. Hanya Mahathir yang membatalkan terus, lalu Said Zahari yang pro Sosialis dan perjuangan berhaluan itu akhirnya boleh diterima.

Tiada pula heboh-heboh di media dan tiada pula diangkat sebagai tajuk wacana, forum-forum untuk memecah-belahkan rakyat.

'Ajaran Sesat' Umno?

Ayah Pin didakwa mempunyai kerajaan di langit. Ini simbolik kepada kuasa, pengaruh dan inilah yang menyebabkan parti pemerintah, penguasa Umno berhati-hati dan berjaga-jaga. Jika ajaran sesat itu tidak bermotif politik dan kuasa, Umno tak peduli sangat.

Umno menyesatkan pemikiran rakyat dengan kurikulum Sejarah sejak merdeka mungkin. Hampir semua kisah perjuangan kemerdekaan ini Umno yang memonopolinya. Kita tidak lagi peduli tentang bagaimana Sosialis berjuang menentang neo-kolonialisme.

Mari mengkaji kesesatan pemikiran Umno sehingga memaksa rakyat meraba-raba dalam kegelapan. Ambil kes Henry Gurney sebagai contoh.

Media yang ditunggang Umno melaporkan kemuncak pembunuhan Henry Gurney adalah kemuncak kepada kekejaman pengganas komunis.

Umno sepertinya terlupa bahawa Henry Gurney adalah penjajah. Penjajah British. Di sini penjajah tentu seorang pengganas. Komunis dianggap pengganas, tapi komunis bukannya penjajah. Di sini, kita kena ingat, siapakah yang lebih merbahaya?

Penjajah tentunya pengganas, tetapi pengganas tak semestinya penjajah. Sekali lagi, siapa yang lebih merbahaya?

Sesuai dengan namanya yang bersifat penjajah dan pengganas, negara kita mengabadikan nama Henry Gurney kepada sekolah jahat. Henry Gurney Prisoners School atau Sekolah Tahanan Henry Gurney adalah sekolah penjara di Melaka.

Henry Gurney, pegawai Empayar British dari Palestin?

Siapa Henry Gurney? Kitab sejarah sekolah tidak menjelaskan siapa beliau. Sebelum dia datang ke Malaya, dari manakah dia datang? Umno tidak menjelaskan semuanya.

Menurut laporan, daripada 1944 sehingga 1946, beliau adalah Chief Secretary kepada kerajaan mandat Palestin. Selepas 1946, beliau dibawa ke Malaya sehingga 1948.

Jasa Henry Gurney agak besar dan cemerlang di Palestin. Ketika inilah wilayah Palestin mula diancam peceroboh Yahudi, Zionis sedikit demi sedikit. Atas sebab itu, kita patut mengenal siapakah sebenarnya Henry Gurney ini ketika Umno menyesatkan kita.

Berdasarkan rekod-rekod cemerlangnya dalam membantu Zionis melebarkan pengaruh penjajahan di Palestin itu, maka pada 1951, Henry Gurney telah ditembak mati dalam perjalanan pulang ke Bukit Fraser.

Tapi, mungkin pihak komunis bukan membunuh Henry Gurney di atas wataknya sebagai pihak British yang membantu Zionis dalam penjajahan ke atas Muslim di Palestin.

Komunis membunuhnya kerana dia adalah wakil penjajah British yang ingin meluaskan taklukan empayar British ke atas Malaya.

Justeru, Umno dengan kesesatannya telah kesampingkan watak Henry Gurney ini sebagai penjajah Muslim di Palestin. Tuhan telah gerakkan komunis untuk membunuh musuh kita sendiri yang telah memusnahkan Palestin.

Maka setidak-tidaknya kita kena tahu bahawa Henry Gurney adalah perancang keganasan dan arkitek penjajahan yang jauh lebih hebat cengkamannya ke atas kemanusiaan.

Betapa 'mulianya' Henry Gurney ini dalam pandangan kita sehingga selepas kematiannya, namanya dan penjajah British telah diangkat sebagai wira yang menyelamatkan daripada pengganas komunis, sedangkan British adalah pengganas dan penjajah di Palestin.

Itu antara kisah kesesatan Umno dan 'ajaran sesat' parti itu dalam menenggelamkan watak gelap penjajah British hingga menampilkan yang indah-indah saja tentang British.

Kesesatan Umno; terjebak amalan sihir?

Satu lagi masalah yang melingkari Umno ialah kebanyakan para pendokongnya ada yang telah menggunakan khidmat, pawang, bomoh dan dukun untuk mengejar kekuasaan.

Menjelang pemilihan perhimpunan agung parti itu termasuklah ketika pilihan raya umum sedang berlangsung, akan ada saja rumah-rumah pawang dan dukun dikunjungi.

Daripada maklumat-maklumat orang-ramai, kerap juga kita dengar bahawa ajaran sesat Ayah Pin misalnya terkait dengan sihir sehingga menyebabkan ramai yang terpedaya.

Ilmu sihir jelas bertentangan dengan ajaran agama biarpun Najib membangunkan institusi Islam seperti Baitul Mal dan Abdullah melayangkan idea Islam Hadhari sebelum ini.

Pendek kata, idea penubuhan Baitul Mal dan segala agensi Islam tidak membatalkan dosa beramal dengan ilmu hitam dan sihir. Ini pun, sebahagian ciri-ciri ajaran sesat.

Dalam sebuah klip video YouTube ada ditunjukkan dakwaan terhadap isteri Najib yang kononnya telah mengguna khidmat pawang, bomoh dan dukun sebelum menikahi Najib dan selepas menikahinya. Najib dan Rosmah wajib membersihkan nama mereka.

Barangkali, tiada jalan lain untuk menutup semua ini melainkan dengan cara memberikan kesibukan ke atas fikiran rakyat dengan isu Kerajaan Perpaduan, isu sama ada Chin Peng wajar dibawa ke Malaysia atau pun tidak, termasuklah isu-isu remeh lain.

Di dalam YouTube, anda cuma perlu menaip Rosmah puaka dan tontonlah dakwaan yang terkait dengan isteri Perdana Menteri itu.

Jangan-jangan apakah ini antara sebab kenapa Perdana Menteri enggan berdebat bersama Mursyidul Am Pas tersebut? Wallahu'alam ...



HarakahDaily

BN Akan Main Kotor Di Manek Urai - Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa PAS akan mengekalkan kerusi DUN Manek Urai dalam pilihanraya kecil 14 Julai ini walaupun BN didakwanya aktif menjalankan kempen memburukkan Pakatan Rakyat.

Anwar yang juga ketua Pakatan berkata, BN mencemarkan nama baik Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menarik sokongan pengundi.

Katanya, kempen memburuk-burukkan nama baik Nik Aziz tidak sepatutnya berlaku dan Anwar menjangka perbuatan tersebut akan bertambah sepanjang kempen pilihanraya kecil itu nanti.

Perbuatan tersebut, tegas ahli parlimen Permatang Pauh itu, menunjukkan bahawa BN merasa terancam dengan kehadiran Nik Aziz.


Semalam BN menamakan ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Man, 39a, sebagai calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Anwar bercakap kepada pemberita di Putrajaya di mana kes rayuannya terhadap keputusan memindahkan kes liwatnya, dijadual didengar pagi ini. Bagaimanapun, kes itu ditangguhkan hingga esok.

Anwar merayu terhadap keputusan untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Perkara itu akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 8 Julai depan.

malaysiakini

Mat Kotak!

“Perdana Menteri tidak perlu melayan ajakan Nik Aziz kerana ia hanyalah mainan politik dan mahu mengalihkan isu berhubung keterlanjurannya menyamakan UMNO sebagai ajaran sesat.

“Nik Aziz hanya mahu adakan debat untuk menutup kesalahan dan mengalih tumpuan orang ramai. Jika beliau ikhlas, kenapa tunggu sehingga laporan polis dibuat baru mahu adakan debat,”


sumber : SinarHarian


Pengecut! Bacul!

Jangan layan Nik Aziz

Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, kaedah terbaik yang sepatutnya dibuat ialah mengadakan dialog atau muzakarah antara pimpinan kedua-dua parti.

Beliau berkata, dialog itu harus membabitkan semua isu termasuk ekonomi, politik, pendidikan, dakwah serta masalah sosial yang dialami oleh orang Melayu sekarang.

''Pihak kami tidak bersetuju diadakan perdebatan kerana biasanya akan ada satu pihak yang kalah dan adalah tidak manis orang Melayu sama-sama Islam hendak berdebat.

''Sebaliknya dialog adalah lebih wajar kerana setiap pihak sama-sama memberi pandangan untuk kebaikan semua dan tidak ada siapa yang akan kalah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, perdebatan itu tidak harus diadakan kerana Mursyidul Am Pas bukan pejuang Islam yang sebenar.

''Beliau menuduh UMNO sebagai komunis dan bagi saya kata-kata seperti ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang individu yang mendakwa berjuang atas nama Islam dan mengaku dirinya seorang alim.

''Nik Abdul Aziz sebenarnya adalah seorang pejuang politik dan ini terbukti apabila beliau sanggup bekerjasama dengan DAP tetapi tidak mahu bersatu-padu dengan parti Melayu Islam," katanya.

sumber :
UtusanMalaysia


Buang masa debat dengan Nik Aziz - Dr. M

ALOR SETAR 28 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu melayan pelawaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara terbuka kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, debat terbuka antara kedua-dua pemimpin parti politik terbesar Melayu itu jika diadakan hanya membazir masa dan akan menjadi satu bentuk hiburan semata-mata.

Malah, katanya, Malaysia mempunyai acuannya tersendiri dan tidak perlu mengikut amalan sesetengah negara luar yang mengadakan debat secara terbuka antara pemimpin parti politik dalam mempertahankan pendapat masing-masing.

"Hanya buang masa. Jadi satu hiburanlah, kita bukan lantik pemimpin untuk berhibur," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Kedah di Bangunan Tunku di sini hari ini.

sumber :
UtusanMalaysia


UMNO, Pas perlu bincang - Pak Lah

KEPALA BATAS 28 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan UMNO dan Pas supaya mencari jalan menyelesaikan isu kepentingan orang Melayu melalui perbincangan bukannya berdebat secara terbuka.

Menurutnya, UMNO dan Pas perlu memilih pendekatan secara muafakat atas semangat persaudaraan sesama Islam bagi menyelesaikan pelbagai isu yang menimbulkan kebimbangan di kalangan orang Melayu kebelakangan ini.

"Saya rasa tidak perlu pendekatan itu (berdebat) kerana lebih baik kedua-duanya (UMNO dan Pas) duduk berbincang masalah yang ada dan mewujudkan persefahaman.

"Kita perlu selesaikan perkara-perkara yang menimbulkan percanggahan dan pendirian termasuk yang membabitkan soal agama," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.

sumber : Utusan Malaysia




UMNO/BN Zalimi Rakyat

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution menyampaikan ceramah sempena majlis mengisytiharkan Calon PAS bagi Pilihanraya Kecil N.41 Manek Urai di Manek Urai Lama pada 26 Jun 2009





klip video ehsan : jiwokelate2009
Selepas diumumkan sebagai calon PAS di Dun Manek Urai kelmarin, Mohd Fauzi Abdullah terus menjadi perhatian masyarakat. Masanya menjadi semakin sendat sekarang.

Beliau dan isteri, Aminah Mahmood terpaksa berkejar ke sana ke mari siang dan malam bagi memenuhi jemputan penduduk.


Dan hari ini beliau semakin sibuk. Tengahari tadi menghadiri satu program di Laloh, dan sebelah petang pula bersama masyarakat di Peria.

Sedangkan Umno hanya petang ini mengumumkan pegawai Kesedar, Tuan Aziz Tuan Mat sebagai calon BN bagi menentang Mohd Fauzi yang lebih dikenali sebagai Abang Uji pada 14 Julai ini.

Petang semalam Abang Uji hadir pada program dianjurkan Pasti. Beliau berkesempatan berjumpa dengan ibu bapa pelajar bertempat di Pasti Kampung Manek Urai baru.

Pada majlis itu beliau berpesan kepada ibu bapa supaya sentiasa memantau anak-anak sejak dari kecil lagi memandangkan banyak cabaran yang berlaku sekarang.

"Walau pun anak kita masih kecil seharusnya dijaga sebaik mungkin agar tidak terikut-ikut kerenah remaja masa kini yang semakin tidak terkawal.

"Saya amat memahami masalah dihadapi remaja sekarang. Saya juga akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mendekati mereka bersama menangani masalah sosial," ujar beliau.

Beliau juga menjelaskan kerajaan Kelantan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat antaranya mewujudkan skim Takaful Kifaalah bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Selain itu, skim Takaful Armalah untuk ibu tunggal dan sumbangan pendidikan kepada anak-anak yang cemerlang.

Beliau juga yakin penduduk di Manek Urai sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang berlaku termasuk di tempat-tempat lain.

Menurutnya, rakyat di seluruh negara masih mempertahankan perjuangan Pakatan Rakyat berdasarkan kepada lima pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.

Manakala Aminah berkata, beliau sentiasa menyokong perjuangan suaminya bagi merapatkan lagi hubungan dengan penduduk di Manek Urai.

"Saya sangat gembira kerana dapat bergaul mesra dengan penduduk di sini, malah ramai yang saya sudah kenali. Rupa-rupanya ramai anak rakan saya pun belajar di sini," ujar beliau.

Oleh itu beliau berharap penduduk di Manek Urai memberi kerjasama kepada suaminya bagi meneruskan perjuangan yang ditinggalkan Allahyarham Haji Ismail Yaacob.

Sementara itu Setiausaha Kerja Pasti Kelantan, Mokhtar Ismail berkata, kedatangan calon PAS Dun Manek Urai ke majlis tersebut dapat memberi peluang ibu bapa mengenali lebih rapat Abang Uji.

Selain itu katanya, hari terbuka Pasti di Manek Urai Baru diadakan bagi memberi peluang kepada ibu bapa beramah mesra sesama mereka memandangkan pada hari lain sibuk mencari rezeki.

Program tersebut diisi dengan pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah motivasi keluarga, kuiz dan mewarna.

HarakahDaily

KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN SALAH - Prof. Abdul Aziz Bari

Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah tidak bertepatan dengan amalan rang undang-undang negara, kata Prof. Abdul Aziz Bari.

Dalam penghakiman setebal 49 mukasurat itu yang dikeluarkan hari ini, Hakim Md Raus berkata Nizar telah hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak walaupun tiada undi tidak percaya dijalankan.

"Dalam kes ini, Zambry mempunyai sokongan majoriti 31 ahli dari 59 Ahli Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan kepada fakta ini, Zambry dari BN mewakili keyakinan majoriti dan Sultan telah melantik beliau selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri," kata Hakim Md Raus.

Dalam penghakiman beliau juga, Hakim Md Raus tidak bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim bahawa dalam mempertimbangkan soal keyakinan majoriti, usul undi tidak percaya terhadap Nizar Jamaluddin harus dibentangkan bagi menentukan samada Nizar telah atau tidak hilang keyakinan majoriti.

"Hakikatnya adalah Majlis Exco, termasuk Menteri Besar, telah terbubar atas dasar mereka telah hilang keyakinan majoriti, sekiranya Menteri Besar tidak mengemukakan perletakan jawatan beliau dan Majlis Exco beliau," menurut Hakim Md Raus.

Mengulas hujah penting ini, Pensyarah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata hujah Hakim Md. Raus itu bagaimanapun masih boleh disanggah.

Menurut Prof. Aziz Bari, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim adalah lebih selaras dengan mengikut amalan rang undang-undang negara, kerana proses undi tidak percaya adalah proses tepat bagi menentukan secara muktamad apakah Nizar seorang Menteri Besar yang sah atau bukan.

"Memang betul soal keyakinan majoriti ini boleh ditentukan melalui pelbagai cara, tetapi menentukan keyakinan majoriti melalui proses undi tidak percaya adalah proses yang lebih bertepatan dengan semangat Perlembagaan," kata Prof. Aziz Bari.

"Mahkamah Rayuan seolah-olah mahu merombak terus proses demokrasi. Pada saya keputusan Mahkamah Rayuan ini salah," katanya lagi.



artikel asal : TVA
klip video ehsan : greenboc

Sunday, June 28, 2009

PAS Perintah Malaysia Bermula Dari Manek Urai - Dato' Husam Musa

Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Husam Musa menyampaikan ceramah sempena majlis mengisytiharkan Calon PAS bagi Pilihanraya Kecil N.41 Manek Urai (3) di Manek Urai Lama pada 26 Jun 2009.






klip video ehsan : jiwokelate2009

Budayawan, Tokoh-tokoh Bahasa Tak Mahu PPSMI, Rakyat Jelata Tak Mahu, Orang Ramai, Orang Kampung Juga Tak Mahu

Mansuhkan Dulu PPSMI Sebelum Mewajibkan Bahasa Inggeris Dalam SPM !

KUALA TERENGGANU – Rakyat mahu kerajaan menyelesaikan masalah memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seelum mewajibkan matapelajaran Bahasa Inggeri dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengerusi Lajnah Pelajaran PAS, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata beliau curiga dengan hasrat kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dikatakan mahu mendedahkan hasil kajian PPSMI pada minggu depan.

”Saya (PAS) ragu apa maksud nak dedah (kajian) ni, sekarang dia (kerajaan) dah tahu rakyat nakkan supaya PPSMI di mansuhkan, dedah ni dedah apa?,

”dan kita memang tak percaya pendedahan (kajian) ini, kerana bukan kita tak percaya kepada laporan tetapi kita tak percaya takut (bimbang) dimanipulasi,”katanya pada siding media di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah Tok Jiring, dekat sini, semalam.

Menurutnya, matlamat yang dikehendakki oleh kerajaan BN jelas, iaitu mahu mengekalkan PPSMI, sebaliknya, matlamat rakyat juga begitu jelas.

”budayawan, (tokoh-tokoh) bahasa tak mahu PPSMI, rakyat jelata tak mahu, orang ramai orang kampung (juga tak mahu),

”kita personal apa yang dia nak dedahkan sebenarnya dan maksud pendedahan (itu),”tegasnya ketika mengulas keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang mahu mendedahkan hasil kajian berkaitan PPSMI, minggu lalu.

Beliau berkata, pendedahan tersebut tidak ada makna, sekiranya ia hanyalah untuk membenarkan (justify) apa yang akan dilaksanakan kerajaan, untuk mengekalkan PPSMI.

Sekiranya demikian, katanya lebih baik kerajaan mengkaji dan menyiasat serta mendedahkan skandal-skandal yang terlalu banyak termasuk pembunuhan misteri model Mongolia, Altantuya Shaaribu.

”Kita (PAS) ragu dan nak beri ingatan kepada kerajaan bahawa apa yang dia (kerajaan) buat sekarang ini (sebenarnya) menghukum rakyat,

”termasuklah dia (kerajaan) nak mewajibkan Bahasa Inggeris dalam SPM, cukuplah mewajibkan Bahasa Melayu, apa nak mewajibkan Bahasa Inggeris pula?,”soalnya

Namun sekiranya kerajaan benar-benar mahu meningkatkan mutu Bahasa Inggeris dalam SPM, katanya, kerajaan mesti menyelesaikan masalah PPSMI terlebih dahulu.

Katanya, PAS tidak menolak hasrat kerajaan untuk meningkatkan mutu Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa antarabangsa, tetapi bukan memartabatkannya.

Oleh itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, kerajaan mesti memansuhkan PPSMI terlebih dahulu sebelumnya mewajibkan Bahasa Inggeris.

”Jadi oleh kerana itu dia (kerajaan) kena selesai dulu masalah ini (PPSMI), baru kita pergi masalah yang kedua iaitu nak wajibkan Bahasa Inggeris dalam SPM bagi meningkatkan mutu Bahasa Inggeris,

“selesaikan yang asas ini dulu, PPSMI membabitkan sekolah rendah hingga sekolah menengah sampai akhirnya sehingga Bahasa Melayu tidak menjadi bahasa ilmu, itu kesannya,” jelas beliau.

Menurutnya mewajibkan matapelajaran Bahasa Inggeris dalam SPM adalah perkara sampingan yang sangat kecil, yang boleh dilaksanakan dengan mudah, berbanding isu PPSMI.





BuletinOnline

Penulis Rencana Utusan Didesak Mohon Maaf Pada Nik Aziz

Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan mendesak penulis, Zaini Hassan memohon maaf kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menganggap Menteri Besar Kelantan itu seorang pengamal 'political animal'.

Beliau menyifatkan istilah 'political animal' yang digunakan oleh penulis tersebut dalam ruangan rencana Utusan Malaysia adalah berniat jahat untuk merendahkan kewibawaan Nik Aziz.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, beliau berpandangan adalah tidak wajar penulis tersebut merendahkan kewibawaan Nik Aziz yang telah terbukti berjaya mendidik dan memimpin masyarakat dan rakyat di negeri Kelantan dan Malaysia seluruhnya.


"Kesediaan Tuan Guru menarik balik kenyataannya sebelum ini menandakan sikap rendah diri serta ketinggian budi beliau selaku seorang ulama dan pemimpin Islam yang baik.

"Sebagai manusia biasa yang tidak lepas daripada salah dan silap, beliau bersedia diperbetul dan diperbaiki dari masa ke semasa. Salah faham yang berlaku dalam PAS sebelum ini telah berjaya diselesaikan dengan semangat persaudaraan dan kasih sayang dengan baik tanpa sebarang dendam dan sengketa,"jelasnya.

Apa yang berlaku katanya, adalah satu hikmah yang memerlukan semua pihak mengambil pengajaran di sebaliknya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan mana-mana pihak yang tidak memahami kedudukan sebenar apa yang berlaku dalam PAS tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum mendapat penjelasan dan gambaran sebenar apa yang berlaku bagi mengelak sebarang kekeliruan dan salah anggap.

HarakahDaily

Pemangku Sultan : Beri Ruang Manohara-Tengku Selesai Krisis

Pemangku Raja Kelantan berharap krisis rumahtangga adindanya dengan Manohara Odelia Pinot dapat diselesaikan melalui proses undang-undang dengan adil-adilnya.

"Saya berharap juga mereka berdua diberi ruang secukupnya untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri," kata Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad hari ini.

Menurut Bernama, kenyataannya dibuat mengikut titah perintah Tengku Muhammad Faris Petra, yang juga Tengku Mahkota
Kelantan, yang dilantik pemangku ayahandanya yang sedang gering.

Istana Kelantan juga mengulangi penegasannya bahawa isu antara Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra dan Manohara sebagai "isu peribadi mereka berdua".

Abdul Halim turut dipetik berkata isu itu juga tidak sesekali berkaitan
dengan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, pemangku raja Kelantan dan pejabat Sultan Kelantan.

Beliau juga turut memaklumkan bahawa Sultan Kelantan masih dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura dan baginda dalam keadaaan stabil.

Katanya, semua keluarga diraja terdekat berada di republik tersebut.

"Segala aktiviti hiburan di negeri Kelantan khususnya yang berkaitan dengan Pejabat Sultan hendaklah mengambil kira dengan keadaan semasa ini," Abdul Halim dipetik berkata.

Beliau turut meminta semua pihak berdoa agar Sultan Ismail Petra cepat sembuh dan segala masalah yang berkaitan dengan istana selesai dengan sempurna.


Semalam, Tengku Muhammad Fakhry memberi kata dua kepada Manohara agar pulang ke pangkuannya selewat-lewatnya 2 Julai ini atau beliau akan mengambil tindakan lanjut tanpa merujuk isterinya lagi.

Masalah antara pasangan kerabat diraja ini mula muncul di media hujung April lalu apabila ibu Manohara, Daisy Fajarina, mendakwa anaknya didera dan diculik oleh Tengku Muhammad Fakhry.

Isu tersebut hampir reda seketika sehinggalah Manohara sendiri membuat tuduhan seumpama ibunya apabila melarikan diri ke Jakarta, 1 Jun lalu.

Tengku Muhammad Fakhry selama ini menafikan semua dakwaan isterinya dan ibu mertuanya.

malaysikini

Permohonan Nizar Untuk Sidang 11 Hakim Ditolak, Tanpa Sebab

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin yang memohon supaya rayuan beliau didengar di hadapan sidang 11 hakim.

Mahkamah Persekutuan bagaimanapun tidak memberi alasan mengapa sidang 11 hakim tidak dapat diadakan, kata peguam Leong Cheok Keng.

"Tiada sebab atau penjelasan diberikan mengapa permohonan kami ditolak," kata Leong.

Mahkamah Persekutuan menetapkan kes rayuan Nizar akan didengarkan di hadapan sidang lima hakim.

"Ini adalah tempat terakhir untuk rayuan klien kami. Jika permohonan Nizar nanti juga ditolak oleh sidang lima hakim, maka tamatlah litigasi klien kami," kata Leong.

Nizar memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan samada beliau atau Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah.

Permohonan ini dibuat selepas Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.

Leong menjelaskan sidang 11 hakim adalah penting bagi menyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman negara tidak mengamalkan amalan berat sebelah, selain memastikan prosiding mahkamah yang bebas.

"Penolakan ini amat mendukacitakan kepada semua rakyat Malaysia yang percaya kepada konsep kehakiman yang adil dan saksama," kata leong.

"Selagi ada unsur-unsur yang menampakkan amalan berat-sebelah, rakyat tidak akan menerima keputusan mahkamah tertinggi di negara ini sebagai keputusan muktamad," kata leong.



TVA