Tuesday, March 9, 2010

PAS Miri terjemah konsep Negara Kebajikan

Harakahdaily

MIRI, 9 Mac : PAS Kawasan Miri sekali lagi telah bersama-sama menterjemahkan manifesto PAS di dalam pilihanraya lalu dan akan datang bagi mengetengahkan konsep Negara Berkebajikan yang turun kepada masyarakat memberikan bantuan, kelmarin.

Pada kali ini, PAS kawasan meninjau kehidupan masyarakat di Kampung Senadin yang terletak kira-kira 10 kilometer daripada pusat bandar raya ini.

Sebanyak 13 keluarga telah menerima bantuan berupa keperluan kehidupan seharian di kampung yang terletak di pesisir pantai.

Terdapat rumah penduduk yang terbabit telah runtuh akibat selalu dinaiki air, ada juga yang dibina dan dibaiki dengan menggunakan bahan binaan terbuang menyebabkan struktur rumah terbabit tidak selamat untuk didiami.

Di dalam ziarah kali ini juga, PAS kawasan telah menerima aduan daripada penduduk kampung berkenaan mengenai status tanah yang belum tetap yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak walaupun telah menduduki lebih daripada 30 tahun.

Wakil penduduk juga memberitahu, lebih kurang 60 keluarga yang terlibat dengan permasalahan tersebut.

Sehubungan itu, PAS kawasan berjanji untuk bersama-sama dengan penduduk yang terlibat memperjuangkan hak mereka dan mendesak pihak berwajib menunaikan hak yang sepatutnya menjadi milik penduduk kampung berkenaan.

Sebelum itu, rombongan PAS kawasan yang diketuai oleh Yang Dipertuanya, Haji Jofri Jaraiee telah menziarahi sebuah keluarga yang kurang berkemampuan di Kampung Luak yang tiba di rumah keluarga tersebut pada jam 9 malam.

Pihak PAS kawasan turut menyampaikan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan harian bagi mengurangkan bebanan keluarga terbabit.

Untuk makluman, rumah keluarga terbabit telah terputus bekalan elektrik sejak lebih empat bulan lepas akibat tidak mampu membayar bil.

Berikutan itu, PAS kawasan merasa amat kecewa dengan tindakan pihak yang berkenaan dan mempersoalkan di mana janji Perdana Menteri 1Malaysia yang melaung-laungkan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ sedangkan apa yang berlaku seolah-olah ‘Company Didahulukan, Wang Diutamakan’.

Keluarga terbabit, memiliki lima orang anak dan yang paling bongsu baru berusia seminggu.

Kepada pihak-pihak yang ingin sama-sama memberikan sumbangan, boleh salurkan sumbangan melalui bendahari PAS Kawasan Miri di talian 012-4657256.

Utusan Meloya sengaja menutup laporan kejayaan 4 negeri PR




Kelab GB
“Bahawa salah satu sebab dilaknatnya (dijauhi daripada rahmat Allah) suatu bangsa apabila bangsa itu meninggalkan kewajipan saling melarang perbuatan mungkar yang berlaku di sekitar mereka.” ~ surah al-Maidah

Ayat di atas jelas bermaksud, apabila azab menimpa disebabkan kemungkaran yang berleluasa, ia tidak hanya menimpa ke atas mereka yang melakukan maksiat, ia juga menimpa ke atas mereka yang seluruh umat Islam yang mengabaikan dalam melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.


Sabda Rasulullah SAW : “Barangsiapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.”


Oleh SUHANA VERU, MAZLINA ABDUL MAJID dan NOR AZIRAN YUNUS
berita@kosmo.com.my


SEORANG pelajar sekolah yang masih berpakaian seragam turut mengunjungi kedai seks.

--------------------------------------------------------------------------------

Aksesori seks dijual terbuka

KUALA LUMPUR - Lambakan ubat-ubatan dan peralatan seks yang sebelum ini dijual secara terbuka di negara-negara luar seperti Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom atau Belanda kini mula menular di negara ini.

Jika dahulu, aktiviti jualan aksesori seks itu hanya boleh didapati di tepi-tepi jalan tetapi kini pengusaha produk tersebut lebih berani dengan membuka francais di kompleks membeli-belah terkenal secara terbuka di ibu negara.

Antara pusat membeli-belah itu ialah di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Bangsar, Subang Jaya, Cheras dan Damansara.

Paling menarik, untuk mengenali premis-premis yang menjual peralatan seks itu sangat mudah kerana pintu-pintu masuk kedai itu diletak dengan objek berbentuk alat sulit lelaki.


Pemimpin yang tidak berusaha memberi penjelasan dan hanya sekadar menuntut wala’, thiqah dan taat adalah pemimpin yang akhirnya akan menyebabkan robohnya institusi wala’, thiqah dan taat di atas sebab kelemahan diri sendiri. Mereka seolah-olah ingin menjadikan wala’, thiqah dan taat sebagai candu kepada ahli sedangkan pada hakikatnya, sekiranya difahami secara tepat, ianya bukanlah candu, tetapi lebih merupakan kepada rasa hormat menghormati dan keikhlasan dari kedua belah pihak.


Tuntutan menegur pemimpin — Khalid Samad

8 MAC — Telah berkata Saidina Abu Bakar setelah dilantik sebagai Khalifah Islam yang pertama:

“Wahai manusia, telah kamu memilih saya sebagai pemimpin di atas kamu dan bukan lah aku terbaik dari kalangan kamu, sekiranya aku baik, maka bersamalah dengan ku. Sekiranya aku melakukan kejahatan, maka perbetulkan lah aku. Menyata yang benar itu adalah amanah, dan pembohongan itu adalah khianat…” (Dipetik dari m/s 27, buku itmamul wafa fi sirah al-khulafa, syeikh Muhammad bin afifi albajuri)

Seringkali kita mendengar petikan ucapan Saidina Abu Bakar semasa beliau dipilih untuk menjadi khalifah yang pertama bagi ummat Islam selepas wafatnya Rasulullah (SAW) dan bahagian permulaan ucapan beliau saya sertakan di atas sebagai rujukan sekiranya ada yang kurang jelas.

Bagi saya ianya jelas merupakan ucapan yang memohon teguran dan pembetulan dari ummat supaya memantau beliau sebagai seorang khalifah.

Ini dipohon secara ikhlas kerana Saidina Abu Bakar amat menyedari betapa besarnya tanggung-jawab sebagai pemimpin ummat Islam. Tindakan beliau membawa implikasi bukan sekadar kepada ummat Islam sahaja, tetapi kepada agama Islam itu sendiri.

Sepanjang ucapan beliau itu, tiada sebarang bentuk arahan agar diberikan kepadanya ketaatan secara membuta tuli. Malahan teguran dipohon sekiranya dianggap ada yang perlu diperbetulkan. Bukan sekadar itu, Saidina Abu Bakar juga telah menyebut “Menyata yang benar itu adalah amanah dan pembohongan itu adalah khianat…”

Ini membawa pengertian bahawa seseorang itu mestilah nyatakan secara berterus terang akan kebenaran pandangan dan tindakkannya, jika setuju katakan setuju, jika tidak katakan tidak dan mengapa.

Janganlah pula menjadi si pembodek yang sebelum habis lagi ayat sudah terus menjawab, “kami setuju, wala’ dan taat!” Jenis manusia yang sebegini tiada manfaat kepada jemaah.

Malahan Saidina Abu Bakar menganggap mereka ini sebagai pengkhianat kerana mereka telah berdusta dengan meng’iya’kan perkara yang salah tanpa sebarang usul periksa. Terdapat kemungkinan yang di’iya’kan itu satu kesilapan besar dari sudut hukum atau strategi dan ianya membawa kerugian besar kepada jemaah.

Dalam pada itu, terdapat juga mereka berhujjah, “pemimpin sudah istikharah, kita ikut sahajalah”. Tetapi apa yang peliknya ialah, Saidina Abu Bakar sendiri yang mendapat Islam ditangan Nabi (SAW) tidak beristikharahkah? Sehingga meminta untuk diperbetulkan sekiranya salah?

Golongan yang berhujjah sebegini, seperti kata DS Presiden di dalam satu muktamar di Kelantan satu ketika dahulu, “ingin memperkudakan Allah”. Mereka ingin Allah berkhidmat untuk mereka bukan mereka berkhidmat untuk Allah!

Semua persoalan tidak mahu difikir atau dianalisa untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Mereka ingin Allah tentukan untuk mereka melalui istikharah pemimpin dan mereka akan ikut sahaja.

Istikharah itu sememangnya digalakkan tetapi ianya tidak boleh digunakan sebagai hujjah yang qat’i dan masih perlu dibahaskan.

Sekiranya perbahasan menemui kebuntuan dan semua tidak tahu jalan keluar, maka dengan itu istikharah menjadi pemecah kebuntuan.

Budaya taat secara membuta tuli ini adalah apa yang pernah dituntut oleh pemerintahan gereja suatu ketika dahulu. Kami adalah yang terdekat dengan Tuhan dan Tuhan bercakap melalui kami, kata paderi-paderi pada ketika itu.

Oleh itu, sesiapa yang tidak mentaati arahan Gereja maka mereka dianggap berdosa dan melanggar perintah Tuhan.

Mereka diseksa sehingga mereka tunduk kepada arahan itu demi ‘menyelamatkan’ roh mereka. Islam tidak sebegitu dan gerakan Islam tidak boleh terikut dengan budaya seperti itu. Pemimpin mesti bersedia untuk ditegur dan pengikut mestilah digalakkan untuk menegur kesilapan pemimpin, sepertimana ucapan Saidina Abu Bakar.

Itulah sebabnya dalam semua persoalan kita melihat Saidinna Abu Bakar berhujjah dengan para sahabat untuk mencari tindakan yang sebaik-baiknya.

Termasuklah juga dalam persoalan memerangi golongan murtaddiin. Hanya dalam persoalan perlantikkan Usama sebagai ketua angkatan perang beliau tidak berbincang kerana keputusan itu telah dibuat oleh Rasulullah sebelum Baginda wafat dan Saidina Abu Bakar tidak akan mahu menolak pilihan Rasulullah (SAW).

Kaedah bermusyawarah ini sebenarnya dapat dipelajari dari amalan Rasulullah (SAW) sendiri. Dalam kisah peperangan Badr, Uhud dan sebagainya malahan dalam semua persoalan yang bukannya wahyu, Rasulullah (SAW) membawa berbincang dengan para sahabat Baginda.

Sekiranya tidak dibincang di peringkat awal sekalipun, maka dijelaskan selepasnya apabila didapati terdapat sungutan sepertimana dalam persoalan pembahagian Ghanimah selepas perang Hunain.

Namun ianya tetap dijelaskan dan kebijaksanaan serta keadilan tindakan berkenaan menjadi nyata kepada semua. Tidak pernah teguran dan sungutan dijawab dengan menuntut wala’ dan taat semata-mata. Melainkan ianya di dalam situasi kerahsiaan seperti peperangan.

Walaupun dalam perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah (SAW) berusaha menjelaskannya dengan sebaik mungkin dan apabila melihat para sahabat masih bersedih dan tidak berpuas hati, Baginda MEMINTA PANDANGAN dari isterinya Ummu Salaamah dan beliau menasihati Baginda untuk meneruskan upacara korban tersebut secara bersendirian.

Apabila ianya dilihat oleh para sahabat yang lain, lantas mereka pun turut melakukan korban.

Lihatlah sikap Rasulullah yang sanggup meminta pandangan hatta dari isteri Baginda sekalipun tanpa rasa segan silu. Ini amat berbeza dengan sikap sesetengah golongan yang menganggap pemimpin dewasa ini hampir maksum dan tidak boleh ditegur atau dinasihat.

Dapat kita lihat, dalam persoalan perjanjian Hudaibiyyah ini, tiada Rasulullah (SAW) menuntut wala’ dan taat dengan begitu sahaja, tetapi Baginda berusaha menjelaskan ketepatan tindakannya dan akhirnya tindakan Rasulullah (SAW) tersebut telah disahkan oleh Allah melalui wahyu yang diturunkan yang mengisytiharkan perjanjian tersebut sebagai satu kemenangan.

Hakikat bahawa ianya sebuah kemenangan telah terus terbukti sehingga berlakunya Fathul Mekah hasil dari pelanggaran perjanjian tersebut oleh kaum Quraisy.

Berdasarkan semua yang di atas, konsep wala’ kepada pemimpin jelas tidak membawa erti ketaatan membuta tuli. Ahli berhak bertanya dan memohon penerangan dan pemimpin wajib menjelaskan, bukan sekadar menuntut wala’, thiqah dan taat.

Pemimpin yang tidak berusaha member penjelasan dan hanya sekadar menuntut wala’, thiqah dan taat adalah pemimpin yang akhirnya akan menyebabkan robohnya institusi wala’, thiqah dan taat di atas sebab kelemahan diri sendiri.

Mereka seolah-olah ingin menjadikan wala’, thiqah dan taat sebagai candu kepada ahli sedangkan pada hakikatnya, sekiranya difahami secara tepat, ianya bukanlah candu, tetapi lebih merupakan kepada rasa hormat menghormati dan keikhlasan dari kedua belah pihak.

Selain dari golongan pembodek yang ingin sentiasa meng’iya’kan pandangan pimpinan walaupun tidak memahaminya, terdapat juga golongan yang sentiasa ingin mencari alasan untuk membangkang.

Mereka terus membangkang walaupun sudah dibahas dan dijelaskan berserta kekuatan hujjah yang telah terbukti tidak menyebelahi mereka. Golongan ini juga tidak berdiri di atas dasar “Menyata yang benar” tetapi lebih di atas dasar dengki kesumat atau agenda tersendiri yang hanya mereka sahaja yang tahu.

Golongan seperti ini juga tiada manfaat kepada jemaah dan jatuh juga dalam kategori pembohong yang khianat.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa kedua golongan seperti ini jelas tidak dapat menghayati konsep wala’ yang telah dianjurkan oleh Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah Islam yang pertama. — khalidsamad.com

* This article is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.