Saturday, May 28, 2011

Nik Aziz : Pemfitnah harus minta maaf

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan pihak yang menabur fitnah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tampil memohon maaf.

TV Selangor memetik beliau berkata, ini kerana maruah dan harga diri seseorang individu adalah tunjang sifat kemanusiaan secara jelas tidak boleh diaibkan sewenang-wenangnya demi kepentingan politik semata.

Justeru, Nik Aziz tidak menolak kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam adalah faktor kemaraan politiknya disekat oleh kepimpinan Umno-BN yang khuatir akan kehilangan kuasanya.

"Mereka tahu Anwar pandai. Mereka bimbang Anwar jadi Perdana Menteri, sebab itu mereka fitnah. Anwar bukan batang kayu tapi orang. Orang ini ada malu," katanya.

Sehingga kini polis telah menerima lebih daripada 10 laporan berhubung pengedaran cakera padat (CD) rakaman video seks lucah yang cuba dikaitkan dengan ahli parlimen Permatang Pauh itu di seluruh negara juga kepada ketua-ketua kampung di sekitar Selangor.

Aktiviti pengedaran cakera padat itu juga didakwa didalangi oleh ahli Umno-BN.

Memerangkap mentaliti Melayu

Namun sehingga hari ini, polis masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap trio 'Datuk T' yang merupakan dalang utama dalam pendedahan video berkenaan Februari lalu.

Pada siri ceramah perdana 'PAS Ganti Umno' semalam, Nik Aziz berkata ideologi parti Umno-BN secara langsung memerangkap mentaliti masyarakat Melayu sehingga keliru untuk membezakan kepentingan mewujudkan senario politik sihat.

Malah beliau turut berpendapat pendekatan Umno-BN itu juga telah menghakis prinsip demokrasi yang diamalkan negara ini.

"Mereka rampas Perak. Ini bukan demokrasi. Kalau mahu pindahkan nama pengundi tidak ada masalah tapi di akhirat nanti akan dapat balasan. Mana ada demokrasi halang orang bercakap. Ini hak semua orang," katanya.

Pada ucapannya di hadapan dua ribu pengunjung yang hadir di padang Kampung Setia, Rawang itu, Nik Aziz menyifatkan perbalahan isu agama dan kaum hanya membuka ruang kebencian terhadap masyarakat yang pelbagai.

Walhal katanya, fokus pemerintah seharusnya menjurus ke arah penyatuan rakyat seperti mana yang di uar-uarkan dalam slogan 1 Malaysia.

Berasal dari satu bapa

Sehubungan itu Nik Aziz mengingatkan, kaedah politik terbaik bagi struktur masyarakat kompleks seperti di Malaysia merupakan politik yang selari dengan Islam.

Beliau mengambil contoh pendekatan yang dilaksanakan oleh PAS di negeri Kelantan dari sudut sosio-ekonomi, budaya dan sosial tanpa bersikap dwi standard atau prejudis terhadap kaum lain.

"Umno cuba pecahkan (perpaduan) tidak betul. Semua berasal dari seorang bapa iaitu (Nabi) Adam dan Hawa. Cuba kamu cari siapa nenek moyang. Kalau masih tidak jumpa maka semua manusia berasal dari keturunan yang sama," katanya lagi.

Baru-baru ini Presiden Persatuan Peribumi Perkasa (PERKASA), Ibrahim Ali mengisytiharkan kesediaan beliau untuk berperang 'jihad' sekiranya masyarakat beragama Kristian mempersoal kedudukan agama Islam di negara ini.

Kenyataan tersebut walau bagaimanapun tidak disokong oleh Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein sebaliknya menyatakan bahawa pendapat Ibrahim hanya mewakili segelintir masyarakat Melayu beragama Islam.

Masuk lubang kali kedua

Jelas Nik Aziz lagi, beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno-BN walaupun perkara tersebut pernah berlaku dahulu.

"Saya antara orang yang menyokong PAS masuk BN selepas 13 Mei. Sehinggakan PAS di Kelantan berpecah kepada empat. Bila (PAS) masuk, dan (BN) senang dia tendang kita. Sekarang bila sudah susah, mereka datang balik kepada kita.

"Jangan masuk lubang kali kedua. Kalau pertama sudah kena sengat, maknanya bodoh kalau kita masuk kali kedua," tambah beliau lagi.

Beliau sebelum itu menerima penyerahan borang 114 bekas ahli Umno cawangan Kampung Melayu Seri Kundang yang diserahkan sendiri oleh bekas ketua bahagiannya, Mat Senin Mat Lana.

Antara lain yang turut menjejaki langkah Mat Senin adalah bekas ketua Wanita, Kamariah Meor Baldin dan bekas Pemuda, Mohd Khairuddin Abu Bakar.

malaysiakini

Kuliah Presiden PAS (27 Mei 2011)

Kuliah aqidah berkenaan Tauhid Uluhiyyah

Kuliah Hadis berkenaan jangan meraung, melolong dan mencakar muka meratap kematian


buletinonline

Nik Aziz akan raikan 200 ahli Umno sertai PAS

SELAYANG, 27 Mei : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan meraikan hampir 200 ahli Umno yang menyertai PAS malam ini di Kampung Setia, Kuang.

Hampir 200 ahli Umno dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS malam ini kepada beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu.

Ia akan diketuai oleh bekas Ketua Umno cawangan Kampung Setia, Mat Senin Mat Lana.

Mat Senin telah lebih 10 tahun mengetuai Umno cawangan di situ dan beliau juga adalah pengasas kampung Kuang itu sendiri.

Fenomena kemasukan ahli dan pemimpin Umno tempatan ini menjadi rancak apabila kampung jiran mereka, Rahmat Jaya, Kuang memilih seorang wanita untuk mengetuai cawangan PAS di situ.

PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang.

Malam ini, kesemua mereka akan diraikan sendiri oleh Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan ini.


Harakahdaily

Umno menggelepar bila bukan Islam memahami Islam



buletinonline

Kenyataan Nik Aziz tidak pengaruhi keputusan ahli PAS

Perwakilan kini dianggap sudah matang dan bijak memilih seseorang calon berdasarkan kredibiliti, bukannya asal-usul mengikut negeri tertentu.
KUALA LUMPUR : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menafikan wujudnya sikap ‘berpuak- puak’ semasa pemilihan nanti memandangkan Husam Musa dan Mohd Amar Abdullah merupakan calon daripada Kelantan.

Ini kerana Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipetik akhbar Sinar Harian hari ini secara terbuka menyatakan sokongan penuh dua calon terbabit bertanding bagi menyumbang pengalaman dan pentadbiran di Kelantan nanti.

Begitu juga dengan Salahuddin Ayub yang merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

Namun mengulas mengenai situasi ini, Halim menegaskan perwakilan kini dianggap sudah matang dan bijak memilih seseorang calon berdasarkan kredibiliti, bukannya asal-usul mengikut negeri tertentu.

“Saya tiada kuasa untuk menyekat beliau (Nik Aziz) untuk membuat sebarang kenyataan. Saya kenal Tok Guru dan tidak fikir kenyataan beliau tidak banyak mempengaruhi keputusan perwakilan dan mungkin berlaku keputusan sebaliknya.

Orang PAS bijak

“Saya juga tidak bimbang kerana orang PAS bijak dan peka untuk membuat sebarang keputusan mengenai calon yang dipilih kelak,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini.

Sementara itu,memperincikan barisan calon yang bakal bertanding pada Muktamar kali ini, Abdul Halim berkata bagi jawatan Presiden

Datuk Seri Abdul Hadi Awang disahkan menang tanpa bertanding, manakala jawatan timbalan presiden menyaksikan persaingan tiga penjuru antara tokoh profesional dan ulama’.

Mereka adalah Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamad Sabu diikuti penyandang jawatan Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa dan persaingan baru yang tersenarai iaitu Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jawatan naib presiden cukup sengit apabila membabitkan pertandingan enam penjuru dan muka-muka baru yang tersenarai dijangka memberi persaingan sengit bagi dua penyandang jawatan itu iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Tiga yang lain iaitu dua exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Datuk Amar Abdullah serta Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad.

Bagi jawatan AJK PAS Pusat terdapat 53 calon yang bertanding namun hanya 18 calon sahaja yang akan dipilih.

Antara penyandang yang mengekalkan jawatan AJK itu termasuklah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ahli Parlimen

Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’Lo Mohd Ghazali, Mazlan Aliman, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr

Mujahid Yusof Rawa, Hanipa Maidin, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hassan Ali, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar, Ahli Parlimen Paroi Mohamad Taufek Abdul Ghani, Ahli Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, Abdul Ghani Abdul Rahman, Abdul Ghani Shamsudin, Datuk Abu Bakar Chik dan exco kerajaan negeri Kedah Ir Amirudin Hamzah.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi menang tanpa bertanding, manakala Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) memperlihatkan pertandingan dua penjuru membabitkan penyandang Nuridah Mohd Salleh dan Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff.

Buat julung kalinya bekas calon pilihan raya kecil Tenang Normala Sudirman bertanding bagi dua jawatan membabitkan AJK PAS Pusat dan juga Naib Ketua DMPP.

Bagi Dewan Ulama’ tiada sebarang pertandingan dan keputusan hanya akan diumumkan pada 2 Jun depan di Taman Melawar Gombak.

Dewan Ulama’ tiada pertandingan

Menurut Abdul Halim, ini merupakan kali pertama tiada pertandingan dalam Dewan Ulama’ berasaskan dari segi akhlak untuk tidak merebut jawatan yang lebih tinggi antara calon.

Muktamar pada kali ini juga membabitkan 750 orang perwakilan daripada Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama’ manakala bagi Jawatankuasa PAS Pusat terdiri daripada 1,100 perwakilan.

Sementara itu, Abdul Halim berkata pengumuman bagi calon yang menang bagi Dewan Pemuda dan Muslimat ialah pada 2 Jun di Shah Alam.

Manakala bagi Jawatankuasa PAS Pusat, perwakilan akan membuang undi pada 3 Jun dan pengumuman calon yang menang hanya akan diumumkan pada 4 Jun di Taman Melawar Gombak.

Dibawah merupakan senarai nama bagi calon yang akan bertanding Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013:

Presiden: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden:

Mohamad Sabu,

Nasharudin Mat Isa,

Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden:

Datuk Husam Musa

Idris Ahmad

Datuk Mahfuz Omar

Datuk Amar Abdullah

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin
Salahuddin Ayub

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) selain yang disebut di atas:

Abdul Wahid Endut

Ahmad Sabki Yusof

Aiman Athirah Al-Jundi

Apandi Mohamad

Asmuni Awi

Azman Shapawi

Dr Halimah Ali

Hamzah Abdullah

Dr Hamzah Jaafar

Hishamuddin Sulaiman

Iskandar Abdul Samad

Kamal Ashaari

Khalid Samad

Khalil Idham Lim

Datuk Dr Mahfodz Mohamed

Misbahul Munir Masduki

Mohamad Nor Mohamad

Datuk Amar Abdullah

Mohd Anuar Tahir

Firdaus Jaafar

Dr Hatta Md Ramli

Mohd Nasir Mustafa

Mohd Salleh Man

Mohd Zainuddin Mohd Yusof

Dr Mohd Zuhdi Marzuki

Muhammad Husain

Mumtaz Mohd Nawi

Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Nik Zawawi Salleh

Norazli Musa

Normala Sudirman

Nuridah Salleh

Razman Zakaria

Riduan Mohd Nor

Rosidi Hussain

Sa’ari Sungib

Suhaizan Kaiat

Wan Hasrina Wan Hassan

Zulkefly Muhamad Omar

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP): Nasrudin Hassan Tantawi (menang
tanpa bertanding)

Timbalan Ketua :

(DPPP):Azman Shapawi

Mohd Firdaus Jaafar

Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Suhaizan Kaiat

Naib Ketua (DPPP):

Mohd Nasir Zakaria

Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DPPP):

Nuridah Mohd Salleh

Siti Zailah Mohd Yusoff

Timbalan Ketua (DPPP):

Siti Mariah Mahmud

Wan Hasrina Wan Hassan

Naib Ketua (DPPP):

Mastura Mohamad

Mumtaz Md Nawi

Dr Najihatussalehah Ahmad

Normala Sudirman


Fazy Sahir and Jamilah Kamarudin FMT

Kenapa saya masuk PAS



tvpas09

Tauhid Uluhiyyah kemuncak mentauhidkan Allah SWT

Mengikhlaskan 'ubudiyyah iaitu memperhambakan diri hanya kepada Allah, mengkafirkan semua taghut iaitu menentang sesiapa sahaja yang menyembah dan memberi kesetiaan kepada taghut dan memelihara diri daripada seberang bentuk syirik adalah tauhid Uluhiyyah adalah kemuncak kepada mentauhidkan Allah SWT.

Hakikat tauhid ialah tajuk dakwah yang dibawa oleh para nabi dan rasul yang terkandung dalam seruan 'La Ilaha illaAllah' bermula dari nabi Adam sehingga nabi akhir zaman nabi Muhammad SAW.

Selepas wafatnya nabi Muhammad SAW, yang menyambung dakwah tersebut adalah kumpulan Islam dikalangan umat Muhammad.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian dalam kuliah mingguannya dari masjid Rusila, Jumaat 27 Mei.


[Ikuti kuliah penuh Ustaz Hadi di Terengganu kini dan rakaman di Buletinonline Channel serta Buletinonline Radio]