Tuesday, March 31, 2009

Ezam Ceramah

"UMNO/BN.. tak belajar dari PRK Kuala Terengganu lepas ke? huhuhuu...

"Sapa nak dengar dia ni? Kecuali org dan kerabat yang sewaktu dengannya je.."

"Tahniah YAB Dato Sri Nizar.. PAS akan menang majoriti terbesar dalam sejarah.."

Pengundi Hantu Muncul Di Bukit Selambau


RIBUAN Hantu kini muncul di Bukit Selambau bagi membuat kacau dan menimbulkan huru hara kepada penduduk-penduduk di kawasan itu.
Hantu-hantu ini bukanlah hantu yang bertaring atau hantu yang tidak berkepala, tetapi pengundi-pengundi hantu yang dihantar oleh Barisan Nasional untuk menghalang proses demokrasi berlaku pada 7 April ini.
Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Fariz Musa, dari keseluruhan 3,544 pengundi di sebuah Taman di Taman Bandar Baru, Sungai petani, seramai 2,215 atau 63 peratus dari jumlah penduduk di kawasan itu dikesan sebagai pengundi hantu dan pengundi ragu.
“Sebagai contoh, di sebuah rumah bernombor 3 di Taman Bandar Baru, terdapat sehingga 60 orang menetap dalam rumah tersebut. Yang menimbulkan persoalan ialah bukan hanya jumlah yang ramai tinggal dalam sebuah rumah tetapi ada kaum dari melayu, cina dan India menghuni rumah yang sama,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan AMK di Sungai Lalang tengahari tadi.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah calon pilihanraya kecil BUkit Selambau, S. Manikumar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Xavier Jeyakumar..
Menurut Fariz, pengundi hantu tersebut berjaya dikesan menerusi Sistem Pilihanraya (Sismep) yang dikendalikan oleh KeADILan dan sehingga kini sebanyak 67 buah rumah di kawasan taman perumahan tersebut dikenalpasti terdapat pengundi hantu.
“Berdasarkan kad Pengenalan mereka, terdapat kod-kod yang bukan dari negeri Kedah seperti 04, 06, 07, 08 dan sebagainya,”katanya.
Kata Fariz, AMK kini sedang mengenal pasti beberapa lagi Taman perumahan yang dipercayai wujud pengundi hantu dan akan mengambil tindakan untuk pergi ke rumah-rumah tersebut bagi membuat pengesahan.
“Ini baru satu lokaliti yang berjaya dikesan, bermakna terdapat banyak lagi kawasan perumahan yang masih dalam kajian. Kita akan kenalpasti dan berikan perhatian serius kepada isu ini supaya pada 7 April nanti, pengundi yang keluar mengundi ialah mereka yang betul-betul ‘genuine’,”katanya.
Jesteru itu beliau mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) supaya mengambil tindaan segera dan membersihkan senarai pengundi hantu yang terdapat di kawasan tersebut supaya proses demokrasi dalam pilihanraya kecil ini berjalan dengan lancar.
“Kita minta SPR ambil tindakan yang drastik untuk membersihkan daftar pengundi dan yang paling penting ialah kita mahukan ketelusan dan biarkan pengundi Bukit Selambau untuk membuat keputusan siapakah calon yang layak untuk mewakili mereka,” ujarnya.
Menurut beliau lagi, AMK akan membuat memorandum bantahan kepada SPR dan kali ini akan lebih serius serta bersedia berhadapan dengan apa sahaja risiko.
Ketika ditanya mengenai dakwaan Wanita Umno semalam yang mendakwa 5,000 senarai pemilih hilang dari daftar pemilih SPR, beliau berkata ia merupakan satu propaganda dari Umno dan BN untuk mengelirukan rakyat.
“Kita telah kesan dalam sebuah rumah melalui sismep, terdapat 21 orang yang merupakan ahli-ahli Umno, ini bermakna ini bukanlah kerja dari Pakatan Rakyat.
Dakwaan itu jelas satu propaganda yang dibuat oleh wanita Umno kernana mereka sebenranya lebih mahir dalam memalsukan daftar pemilih,” ujarnya.

Suara KeAdilan

Dilarang sentuh Altantuya di Bkt Gantang

Polis melarang penceramah PKR di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan kes kenalan dekat timbalan perdana menteri, Abdul Razak Abdullah Baginda. Sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan tersebut bagi menghadapi pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung. Dihubungi Malaysiakini, Lau Teck Hai apabila beliau bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, "beliau hanya tersenyum".

Dalam arahan yang sama, polis juga melarang penceramah "mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja."Larangan ini dipercayai bagi menghalang Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan peralihan kuasa Perak antara pembangkang dengan BN sejak Februari lalu. Pilihanraya kecil ini dianggap "pungutan suara" terhadap Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kerajaan negeri itu, dalam menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kini sebagai calon PAS.

Malaysiakini

Ezam: Barisan baru Umno pasukan idaman Anwar dulu


Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mendedahkan barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakan pasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno.
Malah, Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai "antara orang paling cerdik."
"Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau... beliau mengatakan nama Najib... dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda.
"Anwar mengatakan kepada saya (semasa menjadi pembantu Anwar), Anwar berkata antara yang paling cerdik, yang beliau iktiraf ialah Najib (ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno)," kata beliau ketika berceramah pada sesi Pidato Perdana di Taman Kaya dekat di sini malam kelmarin.
Ezam juga merupakan bekas Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit kepada Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, dipecat pada September 1998.
Ezam kembali ke pangkuan Umno Jun lalu.
Beliau merupakan antara penceramah tetamu tetap bagi Umno dalam pilihan raya kecil sejak persaingan di Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu dan Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.
Anwar menambah, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara pemimpin Umno yang diakui oleh Anwar sebagai pemimpin-pemimpin bijak dan terbaik yang menjadi sebahagian dalam pasukan idamannya.
Oleh itu, katanya, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus mempertikaikan keupayaan kempimpinan baru ini.
"Kenapa dia (Anwar) protes Datuk Seri Najib? Sebab dia takut. Sebab apa dia paling takut Datuk Seri Najib? Sebab beliau adalah yang paling cerdik.
"Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda Umno dulu, Exco Pemuda Umno mana yang paling cerdik.
"Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (Tan Sri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden," katanya ketika berceramah di Sungai Lalang, Bukit Selambau di sini.
Selain itu katanya, Anwar turut menyenaraikan Ahmad Zahid dan Hishammuddin sebagai sebahagian daripada kumpulan wawasan yang ditubuhkannya.
"Ini bermakna Anwar mengakui, mereka ini adalah pemimpin terbaik Umno yang ada pada masa itu dan kini kesemua mereka sudah menerajui Umno. Apa lagi Anwar nak kata?" katanya.
Ezam berkata, pemimpin-pemimpin Umno yang baru sahaja dipilih menerajui parti pada pemilihan Khamis lalu adalah pasukan terbaik yang pernah ditampilkan Umno dalam masa 10 tahun ini.
"Sebab itu, saya minta orang Melayu beri peluang kepada Umno untuk lakukan perubahan melalui pimpinan baru ini.
"Saya tidak kata Umno parti yang sempurna tetapi kekuatan Umno adalah kerana ia nampak kelemahan dan segera lakukan perubahan," katanya.
Ezam berkata, hal itu berbeza dengan PKR hanya akan menutup sebarang masalah yang dihadapi mereka dan ini terbukti melalui negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat yang sering menghadapi dan melalui peletakan jawatan dua pemimpin parti itu tanpa sebab yang jelas iaitu V Arumugam sebagai sebagai ADUN Bukit Selambau dan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 dan Exco negeri.
"Selain itu, PKR kini bukanlah seperti yang mula-mula ditubuhkan dahulu di mana saya adalah antara pengasasnya.
"Dulu PKR juga adalah untuk berbilang kaum tetapi tunggaknya adalah Melayu.
"Setiap parti itu perlu ada tunggak supaya asasnya itu tidak menyimpang tetapi kini, semata-mata untuk mendapat undi masyarakat Cina dan India, Anwar sanggup memadamkan tunggak itu.
"Ia bukan kerana beliau sayangkan kaum Cina dan India, tetapi semata-mata hanya untuk kepentingan mendapatkan undi," katanya.
Disebabkan beliau muncul memberi ceramah setiap kali pilihan raya kecil, Ezam memberitahu, beliau didakwa oleh PKR sebagai seorang yang diperalatkan Umno.
"Saya nak beritahu, jika saya dianggap begitu kerana membela bangsa, agama dan negara saya, saya rela diperalatkan," katanya.
Beliau turut menyatakan kesediannya untuk berdebat dengan Anwar bagi menangkis tuduhan itu serta mengupas pelbagai permasalahan politik yang berlaku dalam negara pada masa ini.
"Saya sedia berdebat tetapi hanya dengan Anwar... bukan dengan pemimpin lain," katanya.

mStarOnline

"Ezam.. kau kaki bodek.. bodek najib nak susun kabinet.. kempen lah kau kat 2 Bukit.. alamat kalah teruk calon BN kau tu.. ingat PRK Kuala Terengganu lepas.. kau kempen sana ceramah sambil bergegar gegar tangan.. at last 50-80 je yg khusyuk tengok kau.. tu pun yg kena sponsor pegi tengok.. Kau memang rela diperalat.. hidup kau hanya untuk diperalatkan.. aih.. nak berdebat lah plak.. aku suggest kau masuk 2 tangan kau dalam poket dan jgn macam shaberry.. bebuih mulut.. sudah"

REFORMASI - Batang Ai

7000 Topeng Altantuya Cari Pembunuhnya

Batang Ai: Tanah adat dirampas untuk kroni BN

LUBOK ANTU, Sarawak : Isu tanah adat menjadi agenda utama dalam kempen calon KeADILan di pilihnraya kecil N29 Batang Ai, Jawah Gerang bagi menentang calon Barisan Nasional Malcolm Mussen .
Tanah adat telah menjadi isu utama apabila Kerajaan Barisan Nasional telah merampas tanah hak kepunyaan individu dan memperdayakan mereka dengan alasan Kerajaan BN mahukan tanah berkenan untuk pembangunan dan tidak perlu di beri sebarang pampasan kepada tuan tanah.
Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Sarawak Rahmat Aidil Latif, rampasan tanah yang berleluasa dengan sewenang-wenangnya oleh pegawai kerajaan BN telah memaksa orang-orang Iban di pendalaman untuk menyerahkan tanah berkenaan kepada kerajaan atas alasan pembangunan.
“Namun apa yang terjadi sebenarnya adalah tanah berkenaan telah diagihkan kepada kroni-kroni BN untuk tanaman kelapa sawit dan sebagainya,” kata Rahmat.
“Ada rumah panjang telah dirobohkan dan penghuninya di halau begitu sahaja tanpa sebarang pampasan sehingga ada yang menyatakan bahawa kehidupan pendatang haram lebih baik di Sarawak berbanding dengan kaum Iban yang asalnya dari sini,” tambah beliau.
Rahmat berkata, kemarahan kaum Iban disini amat jelas kerana penindasan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan dengan menafikan hak tanah adat yang selama ini dipertahankan dari satu generasi ke satu generasi oleh kaum Iban ini.
“Mereka tinggal jauh di pendalaman, segala kemudahan asas seperi jalan raya, bekalan air bersih dan letrik jauh sekali untuk dinikmati walaupun tapak projek mega hidro-letrik tidak jauh dari sini,” jelas Rahmat.
“Jawah dilihat sebagai pejuang kaum Iban kerana berasal diri Lubok Antu dan pernah menjadi Adun selama lima tahun. Beliau begita popular di kalangan rakyat Lubok Antu berbanding Mossen yang jarang sekali pulang ke Lubok Antu,” kata Rahmat.
Suara KeAdilan