Thursday, October 15, 2009

Petisyen PRK Bagan Pinang, penyelewengan akan didedah

"Selepas pilihan raya umum lalu kita lalui banyak pilihan raya kecil. Tetapi pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah yang terkotor. Petugas kita diserang sehingga tercedera. Berlaku amalan rasuah yang kita ada bukti tetapi tidak diambil tindakan... kita turut mengesan berlaku pelanggaran akta pilihan raya dan sebagainya. Kita mahu perkara sedemikian tidak berlaku lagi. Sebab itu penting untuk kita adakan petisyen,"

kenyataan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man


Petisyen PRK Bagan Pinang,penyelewengan akan didedah

Hashim Abdullah
Thu Oct 15, 09 1:38:44 pm MYT


TEMERLOH,15 Okt : PAS dijangka akan membuat petisyen pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang bagi mendedahkan penyelewengan dan salah laku kempen termasuk termasuk pelanggaran Akta pilihan raya di sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu diadakan.

Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramahnya di Kampung Paya Jauh, dekat sini, semalam telah membayangkan keperluan tindakan itu diambil bagi mendedahkan kepada rakyat tentang apa yang sebenarnya berlaku di Bagan Pinang.

"Memang kita menerima kekalahan di pilihan raya kecil Bagan Pinang. Menang atau kalah pilihan raya adalah perkara biasa. Kita tak ada masalah. Tetapi petisyen pilihan raya kena buat kerana kita dapati terlalu banyak penyelewengan dan tindakan menyalahi undang-undang yang berlaku,"katanya.

Tambah Tuan Ibrahim, beliau kesal dengan corak perjalanan pilihan raya di Bagan Pinang yang dianggap ganas dan kotor akibat daripada ugutan kepada pengundi dan juga rasuah.

"Selepas pilihan raya umum lalu kita lalui banyak pilihan raya kecil. Tetapi pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah yang terkotor. Petugas kita diserang sehingga tercedera. Berlaku amalan rasuah yang kita ada bukti tetapi tidak diambil tindakan...kita turut mengesan berlaku pelanggaran akta pilihan raya dan sebagainya. Kita mahu perkara sedemikian tidak berlaku lagi. Sebab itu penting untuk kita adakan petisyen,"jelasnya.

Dalam pilihan raya tersebut, calon BN, Tan Sri Isa Abdul Samad mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.

harakahdaily

Gabriel Adit to leave PKR and join Tiong

Thursday, 15 October 2009 09:00

KUALA LUMPUR - Speculation is rife that Sarawak PKR leader Gabriel Adit, who is believed to be about to launch a new party, may also be mulling a plan to jump ship and join Bintulu MP Tiong King Sing’s Sarawak Progressive Democratic Party instead.

Reliable PKR sources told Malaysian Mirror that Prime Minister Najib Abdul Razak has agreed to the deal with Adit, who is believed to be facing personal problems including financial debts.

“Adit was given a good offer to return to the Barisan Nasional fold plus promises of further help for himself and his constituency,” the PKR source said.


Problems became too hot

Adit, a five-term assemblyman for Ngemah, has been in the news of late. Rumblings of discontent with the PKR state leadership including Kuala Lumpur-appointee Mustaffa Kamil Ayub have surfaced.

There was talk that the 59-year old, who joined PKR in 2008 amid great fanfare, would start his own party, to be called Pakatan Rakyat Sarawak. This new party is believed to be backed by Tiong and another long-established Sarawak politico Larry Sng.


“That is another of the possibilities but we would still consider it a defection because Pakatan Rakyat Sarawak would be BN-friendly,” the PKR source said.

In 2008, Adit had taken some 12,000-odd members with him into the PKR fold. Opposition Leader Anwar Ibrahim had attached high hopes on Adit, but it was not to be.

“It is not a matter of not doing enough screening and character checks. There are no such things. You cannot control behavior of this sort. It is also not about Sarawak politics being very insular and close-knit,” said a political watcher.

“In Adit’s case, perhaps his problems just became too hot.”

A match for Tiong's SPDP?

Like Adit, Tiong has also been in the limelight of late for his role in the high-profile Port Klang Free Zone financial debacle. His company Kuala Dimensi Sdn Bhd was the main contractor for the failed project and is being sued for hundreds of millions by federal government agency Port Klang Authority.

But Tiong is well-known for his wealth and connections to top Umno leaders.

Recently, he accused MCA leaders Ong Tee Keat and Chew Mei Fun of taking donations from him. His allegation that Ong accepted RM10 million in cash from him created a stir. The MCA president has denied the accusation and slapped a RM500 million defamation suit on Tiong.

The flamboyant Tiong is also Treasurer-General of SPDP, which has been mulling a merger or some form of tie-up with James Masing’s Parti Rakyat Sarawak. SPDP’s aim was to create a stronger Dayak base for itself. If Adit joins, the party may be able achieve some of its Dayak aspirations.

For Anwar and PKR, the BN media can be counted on to create a huge ruckus over Adit’s return to their fold - whether through Pakatan Rakyat Sarawak or SPDP.

Although Malaysians – both in and outside Sarawak - may sympathise with PKR and view the negative development as unjust, given the questionable reasons behind Adit’s departure, the bottom-line for Anwar still remains.

The charismatic leader and his PKR party will have to find new solutions in East Malaysia - where sincere reforms and leadership are sorely needed.

A good starting point may be the acceptance that Sarawakians and Sabahans – while fast merging into the national psyche – have their own peculiarities and preferences. Just like folk from any other peninsula state, they hear and listen better to the beat of their own drum.

- Malaysian Mirror



Kisah Penyalak Bukit Bertempek Di PWTC

Posted by akif_nabil on 14/10/09 • Categorized as Berita Umum

Pada pagi ini berkumandang suara KJ nama gelaran di beri jaguh Ketua Pemuda sebuah parti Melayu tidak hampir lupus ditelan zaman.

Pada pagi ini berlangsungnya Perhimpunan Agung Khas sebuah parti itu bagi meminda perlembagaan parti tersebut demi menyelematkan sebahagian besar pemimpin mereka. Di dalam kata- kata penuh kesat dan tidak bertamadun itu di selangi dengan ucapan yang di ambil dari ayat suci al-quran. Ucapan bercampur gaul dengan pembawakan “Penyalak Bukit” yang ditujukan khas kepada ribuan Perwakilan terdiri daripada Ketua- ketua Pemuda Bahagian, Naib- naib Ketua Pemuda Bahagian dan AJKnya menyaksikan ketua mereka berucap melatah dengan pelbagai madah dan janji selepas terkenan tidak dilantik menganggotai Jamaah Menteri 1Malaysia.


Cuba saudara fikirkan di dalam perhimpunan yang mereka adakan mereka masih menggunakan pelbagai isu antaranya isu perkauman, isu agama dan isu perpaduan. Mereka cuba menimbulkan kemarahan sekelian rakyat pelbagai kaum dan mereka cuba memperlekehkan kerjasama antara gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri dan dipelopori oleh PAS, PKR dan DAP. Mereka ini agak busuk hatinya apabila tidak menerima kekalahan di lima(5) negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat(PAS-Kelantan, Kedah,Perak-PKR-di Selangor dan DAP-di Pulau Pinang). Malah KJ menyerang peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat(Dato’ Seri Anwar Ibrahim), seluruh Pemimpin- pemimpin PAS dan DAP. Saya amat berterima kasih kepada kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat kerana tidak merestui kerjasama dan mengadakan kerajsama dengan BN apatah lagi UMNO yang berselidung atas kepentingan Ummah dan Umat Melayu. Daripada petikan ucapan- ucapan pemimpin- pemimpin UMNO kita lihat bahawa mereka inilah Pendusta dan Api Dalam Sekam yang wajib disedarkan.

Peristewa Rampasan kuasa di Perak yang berlaku pada Mac 2009 yang lalu menjadi kenangan dan sejarah hitam serta iktibar kepada kita semua malah kita perlu sedar sejarah politik tanahair tidak dapat dipadamkan dari ingatan kita apabila UMNO menggulingkan Kerajaan PAS di Kelantan pada era 70an yang lampau. Dalam pada itu provokasi- provokasi yang di buat oleh samseng UMNO semenjak dahulu lagi terhadap PAS apabila menjelang pilihanraya Umum atau pilihanraya kecil.

Oleh itu, marilah kita jadikan asas dan menjadikan Al-Quran, Hadith dan Ijma serta Ulama untuk membina perjuangan yang tinggi bagi memudaratkan UMNO bermula sekarang.

SiasahDaily

Azeez Mamak Ketua Putera UMNO Putar Alam Pembohong Bersiri

Wednesday, 14 October 2009 20:29 Editor

Sewaktu duduk di Markaz Induk PRK Bagan Pinang, menunggu waktu sementara sidang media harian PRK Bagan Pinang bermula, tiba-tiba muncul seorang sahabat lama. Beliau memang orang media dan pernah berkhidmat dengan RTM sebelum berhenti dan menubuhkan syarikat produksi sendiri, Green Chapter Network (GCN).

Beliau juga adalah ’figura’ yang terkehadapan soal menghasilkan video dokumentari dan pernah menjadi ’front line’ menghasilkan video dokumentari pertama PAS Terngganu sekitar sekitar awal 1990-an.

Beliau juga antara yang menghasilkan video demonstrasi ’anti pasukan kriket’ Israel, suatu masa dulu.

Dalam ruang waktu yang singkat, kami berbual kebanyakkannya hal media, penerangan dan isu-isu semasa.

Antara yang beliau sebutkan adalah, betapa penipunya si Azeez Mamak, Ketua Putera UMNO yang turut ’menipu’ pada peristiwa hari penamaan calon.


Beliau berkata, Si Azeez Mamak tu tinggal dekat dengan rumahnya di Subang Jaya. Pada satu masa ketika Azeez berniaga kereta, beliau telah di ugut oleh Along, kerana telah meminjam wang ribuan ringgit.

Punyalah belit si Azeez, dia boleh tukar cerita, hal dia berhutang dengan Along hilang begitu sahaja, yang dia (Si Azeez Mamak putar alam) report polis adalah, ada orang nak rompak dia !

Memang licik sungguh si Azeez Mamak, cukup pandai memutar berita!

Dalam perarakan penamaan calon Bagan Pinang, Azeez mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BB.

Sebenarnya beliau sengaja melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis.

Ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa.

Beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

Namun kemudiannya beliau telah membuat laporan Polis dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya.

Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

Namun Azeez tidak boleh memutar belit seluruh dunia !

Gambar yang diambil oleh seorang sahabat dari team IT mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong.

Semasa menunggu proses penamaan calon selesai Salehuddin dan beliau telah bertemu.

Tak ada apa yang kelihatan lebam, dan waktu itu Azeez tidak pula menunjukkan tanda-tanda di belasah oleh 10 orang.

BuletinOnline