Tuesday, March 16, 2010

Doa kudus dari seorang Ulama'

“Kita sepatutnya rasa bersyukur kerana mempunyai seorang Menteri Besar sepertinya yang begitu sukar dicari. Saya juga ingin peringatkan pada pihak tertentu yang sering memfitnah serta mengadu-domba Tuan Guru, takutlah dengan doa-doanya, jadi saya ingin mengingatkan, berhati-hatilah dengan doa tok guru jangan sekali-kali diambil mudah,”

Istisqa : MB Kelantan ikut sunah Nabi

KOTA BHARU, 15 Mac : Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Ustaz Mohd Azhar Abdullah berkata, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meneruskan amalan solat sunat yang diteruskan oleh para nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w. sebelum ini.

“Andainya itu ajaran baginda Rasulullah, maka Tuan Guru telah mengikut amalan berkenaan yang telah diajarkan oleh baginda sewaktu musim kemarau berlaku di zamannya,” ujarnya lagi.

Katanya, memandangkan agama itu hidup di negeri Kelantan, menyebabkan pemimpinnya mengamalkan amalan sunnah tersebut termasuk dalam memohon hujan apabila negara ini dilanda panas dan kemarau baru-baru ini.

Tambahnya, setiap ujian yang melanda itu ada hikmahnya yang tersendiri, iaitu sebagai bala terhadap pendosa-pendosa yang dikenali sebagai kifarat Allah.

Sambungnya, selain itu juga ianya sebagai suatu peringatan kepada mereka agar tidak melakukan perkara yang dilarang Allah, kerana bala Allah akan menimpa mereka walaupun bukan melakukan dosa.

Kejadian hujan lebat yang turun pada rakaat pertama pada program solat sunat istisqa Jumaat lalu disifatkan sebagai Allah telah memperkenankan doa-doa setiap hamba, khususnya mereka yang paling hampir denganNya.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohammad Fadzli Hassan, ketika diminta mengulas berhubung solat sunat tersebut memberitahu Allah ingin menunjukkan kebesaran-Nya, apabila hamba memohon, Allah terus memperkenankannya.

“Kita sepatutnya rasa bersyukur kerana mempunyai seorang Menteri Besar sepertinya yang begitu sukar dicari. Saya juga ingin peringatkan pada pihak tertentu yang sering memfitnah serta mengadu-domba Tuan Guru, takutlah dengan doa-doanya,” ujarnya lagi.

Katanya, sejak Tuan Guru dinobatkan sebagai seorang pemimpin Islam berpengaruh dunia, tekanan terhadapnya begitu hebat.

“Jadi saya ingin mengingatkan, berhati-hatilah dengan doa tok guru jangan sekali-kali diambil mudah,” ujarnya lagi.

Jumaat lalu, hujan tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat istisqa sewaktu Menteri Besar itu mengimamkan solat tersebut.

Akibatnya ribuan yang hadir untuk solat tersebut termasuk anggota-anggota Exco kerajaan negeri, dan lain-lain pimpinan basah kuyup terkena hujan.

Harakahdaily

Mufta kolumnis baru

Utusan Malaysia mengugurkan kolum ilmuan Islam tersohor, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dari penerbitan Mingguan Malaysia.

Bekas Mufti Perlis itu merupakan kolumnis Mingguan Malaysia lebih empat tahun lalu, dan penulisan terakhir beliau disiarkan dalam Mingguan Malaysia edisi 28 Februari lepas.

Pengguguran ini menunjukkan pemerintah telah berpatah arang dengan ilmuan tersebut, yang mutakhir ini kritikal dengan perkembangan sosio-politik tanahair.

Kolum mukasurat sembilan yang sebelum ini memuatkan Minda Dr Maza kini menyiarkan penulisan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.



Utusan Gugur Dr Asri, Mufti Perak Kolumnis Baru

“Ya, saya pun memang ingin berhenti dan Mingguan Malaysia pun nampaknya sudah keberatan.

“Banyak pandangan saya kebelakangan ini berbeza dengan mereka... bagaimanapun saya berterima kasih kepada ruangan yang diberikan sebelum ini,” katanya, seperti yang dipetik dari The Malaysian Insider.

Mohd Asri menambah beliau akan menulis dalam beberapa media lain yang lebih bebas.

“Saya menjemput pembaca saya membaca ruangan baru yang akan saya maklumkan nanti,” katanya ringkas.

tvSelangor Kelab GB

Kita harap jenayah terus turun!

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Mohd Dahlan Mohd Nor berharap kejadian jenayah akan terus menurun dengan berkat doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, YB Ustaz Wan Hassan dan bantuan para pemuda PAS.



BO