Friday, July 3, 2009

(Video) : 'It's not about pigs. It's about men' - Kit Siang on DAP Kedah Issue

As the media continues to pour fuel on the possible incineration of Pakatan Rakyat and its leaders frantically try to douse the flames, DAP's father and son team however show no urgency over the blazing abattoir crisis in Kedah.

Speaking at a press conference at the party headquarters in Petaling Jaya today, Lim Kit Siang offered rather vague answers to the issue.





klip video ehsan : malaysiakini.tv


Madey blame Pak Lah, government spent RM253.6 billion

Dr M: Where did Petronas money go

Dr Mahathir wants to know what the government did with the Petronas money

KUALA LUMPUR, July 3 — Petronas adviser Tun Dr Mahathir Mohamad today asked what did the government spend with the RM253.6 billion payment from the national oil company over the past six years when his successor Tun Abdullah Ahmad Badawi was prime minister.

The former prime minister, a trenchant critic of Abdullah, wrote in his http://www.chedet.cc/ weblog that Petronas has been paying dividends, taxes, royalty and export duties to the government since 1976, after it was set up as the national custodian for fossil fuels.

"Where has the money gone to?" Dr Mahathir asked.


He said Petronas began by paying RM300 million in 1976, rising to RM2 billion in 1981, when he assumed office. The total from 1981 to 2003 was RM168.8 billion for the 22 years that marked Dr Mahathir's tenure as the country's fourth prime minister.

"From then onwards it increased from RM19 billion in 2004 to RM67.8 billion in 2009. The total for six years is RM253.6 billion," he said. It is not known if the figures were adjusted for foreign exchange fluctuations as oil is usually quoted in US dollars.

"I am sure the government had spent the money wisely. It would be interesting to know what the RM253.6 billion was spent on," said Dr Mahathir, who retired as prime minister in favour of Abdullah, who stepped down in early April.

His remarks today came after a June 25 announcement by Petronas that it had paid RM30 billion in dividends to the federal government for the financial year ended March 31, 2009.

The amount was despite a 14 per cent decline in net profit to RM52.5 billion due to lower crude oil prices and higher operating costs and included a special dividend of RM6 billion which was declared in the last calendar year. Petronas paid out RM24 billion in the previous financial year.

Apart from the dividends, Petronas — the country's only Fortune 500 company — also paid RM29.4 billion taxes, RM6.2 billion royalties and RM2.2 billion export duties for the last financial year, totalling RM67.8 billion to the federal government against RM56.8 billion in the previous year.

http://www.themalaysianinsider.com/

PAS diingat jangan selesa dan jentera perlu bekerja kuat pertahan Manek Urai





klip video ehsan : tvpas09

Isu Kerajaan Perpaduan : Hentikan Atau Hadapi Tindakan Displin Parti

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) -Seluruh pimpinan di semua peringkat parti diingatkan agar mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh Mursyidul Am dan Presiden parti, iaitu menghentikan serta merta sebarang polemik mengenai isu Kerajaan Perpaduan.

Demikian ditegaskan oleh Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Penegasan ini hendaklah dipatuhi oleh semua peringkat kepimpinan parti.

"Sebarang huraian dan kenyataan yang cuba memprovokasi isu ini akan mengundang pelbagai reaksi dan membuka semula ruang fitnah dalam jamaah," katanya


Sekiranya fenomena ini berlaku kata Tuan Ibrahim, Jawatankuasa Disiplin Parti akan bertindak bagi menyelamatkan parti dari pergolakan yang sangat merimaskan ahli ini.

Ingatan ini katanya hendaklah dilihat secara serius oleh pimpinan parti di semua peringkat.

"Kita sebenarnya telah terlepas dari satu ribut yang boleh menggoncang keutuhan dan setiakawan kita.

"Atas sifat Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti, ingatan ini perlu dikeluarkan bagi menjamin isu ini tidak dibangkitkan lagi," katanya

Justeru, katanya sebarang pandangan yang berbeza boleh disalurkan melalui saluran dalaman parti, bagi mengelak ia disalah ertikan oleh media arus perdana.

"Saya peringatkan semua apa yang diingatkan oleh Rasulullah 'Fitnah ialah sesuatu yang sedang tidur, jangan ada sesiapa yang mengejutkannya'," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

HarakahDaily

PEMUDA SAMSENG!


PAS Melaka : Pemuda Umno 'ganas'

Pemuda Umno Bukit Katil, Melaka didakwa bertindak liar dengan memecah peralatan milik PAS dan DAP dan menimbulkan kekecohan sehingga mencederakan seorang ADUN pembangkang semalam.

Sewaktu kejadian, dua parti Pakatan Rakyat itu - yang sedang mengalami konflik besar di Kedah - sedang berkempen menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih baru di sebuah pasar malam.

Seorang pemimpin Pemuda Umno bahagian "dengan bongkak dan sombong memaki hamun pemimpin DAP dan PAS" yang membuka kaunter pendaftaran di pasar malam Taman Melaka Baru, kata ketua penerangan PAS Melaka hari ini.

"Antara kata-kata yang keluar dari mulutnya (pemimpin Pemuda Umno itu) adalah seperti bangsat, YB bodoh, YB tidak tahu undang-undang dan sebagainya," kata Sofi Wahab.

"Bukan itu sahaja beliau turut menghina pekerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dengan gelaran seperti lembap, kerja terhegeh-hegeh dan lain-lain.

"Polis juga tidak ketinggalan dicaci oleh beliau."


Menulis di blognya dengan tajuk 'Pemuda Umno ganas serang pemimpin DAP dan PAS', Sofi berkata kumpulan Pemuda Umno bahagian itu kira-kira 40 orang bertindak kasar, termasuk memecah meja dan pemidang kecil.


"Ternyata mereka (Pemuda Umno) cuba menunjukkan kuasa mereka dengan mengambil tindakan sendiri membelakangkan undang-undang.

"Sedangkan terbukti wakil Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan polis yang bertugas di situ tidak mengambil apa-apa tindakan kerana tindakan DAP dan PAS menjalankan kempen daftar pemilih tidak menyalahi undang-undang," katanya.

"Pemuda Umnolah yang membelakangkan undang-undang sehingga sanggup membuat keputusan sendiri menyerang kami."

Sofi, yang berada di tempat kejadian kira-kira jam 8.30 malam, berkata selepas itu berlaku pergelutan kerana Pemuda Umno "bertindak liar cuba menyerang ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong menyokong Pakatan Rakyat."

"Akibatnya Khoo telah luka di kedua-dua belah lututnya," katanya.

Tambahnya, pergelutan itu bagaimanapun dapat dileraikan dalam masa yang pantas apabila beberapa pegawai polis berpakaian biasa bertindak mengheret seorang ahli Pemuda Umno dan memberi amaran supaya tidak ada pergaduhan berlaku.

Turut sama berada di tempat kejadian: ADUN Kesidang yang juga ketua pembangkang DUN Melaka, Goh Leong San; ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong; serta dua exco Pemuda PAS Melaka, Abu Iskandar dan Kerol Salleh.

Pemimpin PAS dan DAP kemudian membuat lapan aduan polis di balai Banda Kaba terhadap Pemuda Umno tersebut.

malaysiakini

Kg Buah Pala : Jangan Apikan Isu Perkauman

GELUGOR, 3 Julai (Hrkh) - PAS Pulau Pinang mengingatkan mana-mana pihak jangan mengapi-apikan isu perkauman terhadap kes Kampung Buah Pala, Glugor yang sedang berkocak sekarang.

Demikian ulasan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Mujahid Yusuf Rawa terhadap isu melibatkan kaum India di Kampung Buah Pala.

"Ada unsur-unsur mengapi-apikan isu perkauman dalam kes Kampung Buah Pala.

"Pihak tertentu diharap jangan mempergunakan isu berkenaan untuk melebarkan pengaruh mereka semula tambahan lagi mengaitkan api perkauman, " ujarnya.


Pihak keselamatan tambah Mujahid, harus segerakan siasatan serta tindakan jika terdapat usaha pihak tertentu melagakan kaum walhal kes itu boleh diselesaikan dengan baik tanpa ada dorongan pihak tertentu yang sedang mencari publisiti.

Menurutnya, pihak pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhn wajar membayar pampasan secukupnya kepada penduduk sebelum memulakan projek pembinaan walaupun tanah itu merupakan tanah TOL.

Bukan itu sahaja sambung beliau, Kerajaan Negeri juga kena memperjelaskan kepada penduduk hal sebenar kerana apa yang terjadi adalah hasil peninggalan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang keluar rumah sambil meninggalkan 'najis'.

"Sekarang ini apa pun isu Kerajaan Pakatan Rakyat yang menanggungnya. Umno dan BN buat najis kita pula membersihkanya. Apa boleh buat kita menang waktu yang teruk, " tegasnya.

PAS rasa jika ada tolak ansur antara pemaju, penduduk serta campur tangan Kerajaan Negeri semua isu itu boleh diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

HarakahDaily

Kredibiliti SUHAKAM, Selepas Muhammad Shafie Abdullah Dilantik Sebagai Persuruhjaya

BN Marah Pengerusi Suhakam Mahu Pilihanraya Di Perak

Kerajaan Umno-Barisan Nasional berang dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Abu Talib Othman yang menggesa pilihanraya diadakan segera di Perak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz berkata Abu Talib tidak lagi layak mempengerusikan badan hak asasi manusia itu kerana tidak berpendirian neutral dalam krisis politik di negeri Darul Takzim.

Pada Mei lalu, Abu Talib dipetik sebagai berkata rakyat Perak harus diberi pilihan untuk melaksanakan tanggungjawab menentukan kerajaan kehendak mereka.

“Ini adalah asas hak asasi manusia,” tegas Abu Talib.

Abu Talib berkata demikian ketika diminta mengulas perlantikan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak dan kejadian Speaker V Sivakumar diheret keluar dari Dewan Undangan Negeri atas arahan Umno-BN.

Nazri berkata kenyataan bekas Peguam Negara itu bersifat subjudis dan boleh mempengaruhi kes kerajaan Perak.



"Itu ada pandangan beliau. Beliau ada kebebasan untuk menyatakan pandangannya. Bagaimanapun bagi saya, beliau tidak wajar menyatakan demikian," kata Nazri semasa membahaskan Rang Undang-Undang Suhakam (Pindaan) 2009.

"Sebagai bekas pendakwa raya nombor satu negara, Peguam Negara, beliau tidak harus mempengaruhi hakim memandangkan kes masih dalam pertimbangan mahkamah. Sangat jelas ia adalah subjudis," katanya lagi.

Beliau seterusnya mengingatkan para persuruhjaya Suhakam harus neutral dan tidak dilihat menyebelahi mana-mana pihak.

Menjawab peringatan Nazri itu, ahli Parlimen Tian Chua (PKR-Batu) menarik perhatian Dewan Rakyat kepada keputusan kerajaan melantik peguam Umno, Muhammad Shafee Abdullah sebagai persuruhjaya Suhakam.

Tian Chua mempersoalkan mengapa Shafee yang terbabit sepenuh masa dalam politik sebagai penasihat dan peguam kepada Umno dilantik sebagai persuruhjaya.

Tian menambah dwi-peranan Shafee ini satu percanggahan serius kerana dalam pada dia dituntut supaya bersifat neutral sebagai seorang persuruhjaya, dia juga perlu memastikan kemenangan undang-undang berpihak kepada Umno-BN.

Abu Talib, mengeluarkan kenyataan berdasarkan interpretasi beliau keatas hak asasi manusia. Ini adalah berbeza dari kes seorang peguam yang dilantik untuk mewakili sebuah parti politik,” tegas Tian.

“Bukan sahaja beliau aktif dalam politik, tetapi juga dia dilantik dan masih seorang persuruhajaya. Ini amat mengelirukan – bagaimana boleh seorang persuruhajaya Suhakam mengambil bahagian dalam kes-kes politik?” kata Tian.

Nazri menjawab Abu Talib tidak perlu mengulas mengenai isu Perak kerana kes tersebut tidak termasuk dibawah bidang kuasa Suhakam.

Sementara Shafee pula, kata Nazri lagi, bergerak atas asas profesionalisma sebaik sahaja dia dilantik mewakili anak guam.

TVA

Cerita awal perkahwinan Manohara

Perkahwinan Manohara Odelia Pinot dengan Tengku Temenggong Kelantan berlangsung tanpa persediaan teratur pihaknya kerana beliau "diajar supaya selalu berkata ya" kepada Sultan Kelantan.

"Sebelum berjumpa dengan keluarga diraja, saya diajar cara berjalan dan bercakap dengan mereka. Mereka beritahu, saya tidak boleh berkata 'tidak' kepada keluarga diraja kerana ia dianggap sebagai menghina.

"Saya diajar selalu berkata, 'ya Tuanku (Sultan)' dan 'ya, Raja (Perempuan)'," kata ibu bekas model muda itu Daisy Fajarina dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

"Jadi, selepas berjumpa dengan Raja (Perempuan), saya tinggalkan bilik dan bertemu adindanya, Tengku Anisah, Datuk Wan Hassan dan Tengku (Muhammad Fakhry Petra).

"Saya beritahu mereka, Raja mahu Manohara berkahwin dengan Tengku.

"Saya kata kepada mereka, dengan segala hormatnya, saya ibunya, bagi pihak keluarga Manohara, saya jemput keluarga Tengku datang ke Jakarta untuk membicarakan masalah perkahwinan."

Daisy, 44, menceritakan dilemanya menguruskan perkahwinan Manohara, yang menurutnya, tidak mendapat kebenaran pejabat urusan agama Indonesia dan tanpa persetujuan ayah kandung di Amerika Syarikat.

Ditemui di Jakarta baru-baru ini, Daisy mengakui tidak dapat menolak permohonan istana kerana segala persediaan perkahwinan pada 26 Ogos tahun lalu telah dijalankan.

Mereka juga tidak dibenarkan pulang dari Kelantan sehingga selesai walimatul urus itu, tambahnya.

Wanita kelahiran Sulawesi Selatan itu ditemui di sebuah hotel di Jakarta sewaktu menunggu Manohara menjalani penggambaran bagi drama bersiri pertamanya – diadaptasi daripada perjalanan hidupnya – yang sedang dalam pembikinan.

Menceritakan versinya mengenai konflik anaknya yang mendakwa didera putera Sultan Kelantan itu, Daisy mendakwa keluarganya tidak diberikan wang hantaran seperti kelazimannya.

"Tetapi menjelang perkahwinan, mereka berikan Manohara mas kahwin bernilai RM15,000 dan barang kemas," katanya, dan mengakui Manohara masih menyimpannya.


Beliau sebelum ini mendakwa anaknya didera Tengku Muhammad Fakhry secara emosi, mental dan seksual sepanjang sembilan bulan perkahwinan mereka.

Dengan pertolongan kedutaan-kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat, Manohara melarikan diri ke Jakarta dari Singapura sewaktu menziarahi Sultan Kelantan yang sedang gering di republik itu.

malaysiakini

Pembubaran Dun Perak Pasti Berlaku!

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Selepas Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman mendedahkan akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, kini Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak pula yakin dengan pendedahan itu.

Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang melaungkan keyakinan keadaan yang kucar-kacir yang berlaku di Perak sejak rampasan kuasa berlaku kini semakin membimbangkan dan menyebabkan pembubaran Dun terpaksa dilakukan.

Keyakinan beliau itu berasas kerana prestasi kerajaan yang memerintah di Perak hari ini semakin dipertikai.


Kerajaan sedia ada juga dikatakan tidak mampu mentadbir dengan baik berikutan situasi yang tidak tentu hala yang melanda negeri tersebut.

Paling tragis katanya, dalam masa terdekat juga Sidang Dun Perak perlu diadakan berhubung kelulusan Belanjawan 2010 yang pastinya sekali lagi akan mengundang kekecohan.

Nizar mendedahkan beberapa ahli Parlimen dan wakil rakyat BN turut menyetujui kekalutan yang berlaku di Perak boleh diselesaikan hanya dengan pembubaran Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya kecil negeri diadakan.

Sebelum ini, Ustaz Halim yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa dalam wawancaranya bersama Harakah ada mendedahkan bahawa pembubaran Dun Perak mungkin akan berlaku selepas PRK Manik Urai.

"Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak,"tegasnya.

Beliau melihat bertapa pentingnya kini JPP yang dikendalikan bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai ilmu pilihan raya.

HarakahDaily

Peguam Jatuh Sakit, Kes Anwar Ditangguh

Permohonan Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan dokumen dan bukti pertuduhan dari tangan pendakwaraya berkaitan kes liwatnya ditangguhkan bagi membenarkan peguamnya mendapatkan rawatan kesihatan.

Peguambela Sulaiman Abdullah memberitahu Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah bahawa beliau tidak sihat dan mahu berjumpa doktor. Beliau juga meminta Mahkamah untuk menangguhkan sesi hari itu.

"Saya dan pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abiden, mahu meneruskan permohonan hari ini, tetapi, saya tidak sihat dan perlu rawatan," kata Sulaiman.

Hakim Zabidin bersetuju dengan permohonan tersebut dan menangguhkan sidang sehingga Sulaiman mendapatkan rawatan.

Menurut peguambela Sankara Nair, Sulaiman berasa pening sejak semalam dan telah dibawa ke Pusat Rawatan Pantai untuk dirawat.

Anwar memfailkan permohonan mendapatkan dokumen pertuduhan dari milikan pendakwaraya negara pada Jun tahun ini, yang didakwa enggan menyerahkan bukti-bukti itu bagi membantu kes pembelaaan.

Antara dokumen yang dipohon adalah rakaman CCTV, sampel DNA, laporan ahli kimia, kenyataan saksi serta laporan perubatan.



TVA

Kesalahan khianat yang sebabkan kerosakan RM25!

mahasiswakini.com

Izzuddin, Syahrul Deen akan digantung pengajian

Kuala Lumpur 2 Julai 07:55a.m│Tertuduh yang diikat jamin semalam, Mohamad Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Muhammad Syahrul Deen Ahmad Rosli akan digantung pengajian di Universiti Malaya.

Kenyataan dikeluarkan oleh penasihat undang-undang Hal Ehwal Pelajar universiti tersebut, Puan Thanavathi K. Krisnan petang semalam.

Walaubagaimanapun, tidak terdapat apa-apa kenyataan bertulis dikeluarkan lagi oleh beliau.

Ibu bapa tertuduh telahpun menghantar surat rayuan terhadap keputusan tersebut.

Dalam pada itu, menurut sumber pentadbiran universiti berkenaan kemungkinan rayuan tersebut diterima agak tipis.

Timbalan Naib Canselor, Datuk Prof. Madya Dr. Azarae Hj. Idris gagal dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut. Beliau dipercayai menghadiri beberapa mesyuarat tertutup di Putrajaya semalam.

Keputusan tersebut juga boleh dipengaruhi oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang baru dipinda. Pindaan terbaru itu menyebut sebarang kesalahan di dalam universiti tidak boleh dibawa kepada penahanan polis. Keputusan juga tertakluk kepada Mahkamah Universiti.

Ketua Panel Penasihat bagi Unit Tatatertib Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Ruzman Md. Noor walaubagaimanapun tidak dapat dihubungi dalam minggu ini.

Terdahulu, pemerhati kes contengan protes ‘anti-Rosmah’ di Universiti Malaya dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) semalam menyifatkan situasi kes dan tingkahlaku polis boleh dipertikai dari pelbagai sudut.

Pertikaian termasuk dakwaan pertama yang hanya melibatkan Seksyen 14(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 tetapi dibawah tahanan semalam seminggu.

Kesalahan tersebut juga tidak boleh dibawa kepada polis tetapi tertakluk kepada bidang kuasa pengawal keselamatan dan Mahkamah Universiti. - mahasiswakini



artikel asal : mahasiswakini

Manohara Enggan Taat Arahan Tengku (Promo Video Inside)

Walaupun diberikan tempoh sehingga hari ini untuk kembali ke pangkuan Tengku Temenggong Kelantan, Manohara Odelia Pinot tetap enggan mematuhi arahan suaminya.

Ibu bekas model muda itu Daisy Fajarina mengesahkan bahawa anaknya tidak akan pulang ke Malaysia seperti arahan Tengku Muhammad Fakhry ibni Sultan Ismail Petra.

"Dia boleh dapat apa sahaja di Kelantan. Tetapi tidak semua di dunia ini dia bisa dapat. Dia bukan anakanda dunia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya persediaannya menghadapi kemungkinan dikenakan tindakan mahkamah, Daisy berkata beliau dan anaknya "tidak akan putus asa" dan "selalu bersemangat tinggi".

Menurutnya, Manohara dimaklumkan berhubung perintah suaminya itu melalui sepucuk surat pada Ahad lepas, dua hari selepas amaran kerabat tersebut.

Pada 26 Jun lalu, Tengku Muhammad Fakhry mengarahkan isterinya - yang lari ke Jakarta sebulan lalu - taat kepadanya atau akan mengambil tindakan selanjutnya.

Putera Sultan itu, yang juga dikenali Tengku TT, bagaimanapun tidak menyatakan bentuk tindakan yang bakal diambilnya.

Usaha Malaysiakini menghubungi dua peguamnya setakat ini belum berhasil.

Blog pembela Tengku TT hari ini menggesa Manohara kembali atau akan dianggap menderhaka (nusyuz) terhadap kerabat diraja tersebut seperti diperuntukkan bawah enakmen keluarga Islam.

"Hari ini 2 Julai 2009 adalah tarikh terakhir untuk Manohara pulang taat kepada suaminya, sekiranya Manohara masih berdegil maka akibatnya beliau sendiri akan menanggungnya," coret Truth Appeared.

"Sesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan, sementara peluang masih ada."

Selain menerbitkan siri foto eksklusif Manohara-Tengku TT, blog itu sering memuatkan kenyataan menyokong kerabat tersebut sejak krisis rumahtangganya muncul penghujung April lepas.



malaysiakini

Video : Pakatan Cari Penyelesaian Isu DAP Kedah dan Kg. Buah Pala






klip video ehsan : tvpas09

Siswa anti-Rosmah belum serah diri

Seorang mahasiswa yang dicari bagi membantu siasatan kes menconteng dan dakwaan cubaan membakar di sebuah dewan Universiti Malaya (UM), belum bersedia menyerahkan diri kepada polis.

"Walaupun saya tegar memegang pada prinsip berani kerana benar, namun peguam telah menasihati saya supaya tidak menyerah diri kepada pihak polis pada masa sekarang atas pertimbangan- pertimbangan tertentu," kata Shazni Munir Mohd Ithnin.

"Saya nak tanya pihak polis, atas alasan apa untuk terus-terusan mencari saya sebagai suspek? Sebab saya konsisten menentang kerajaankah?

"Atau sebab saya ini presiden PMIUM dan mereka yang dituduh ahli PMIUM? Macama tu ke? Atau bagaimana?"

Shazni Munir, yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), bersama Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani dicari polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam (API), 24 Jun lalu.


Selain contengan "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya", polis juga mengesan simbahan petrol di permaidani yang bakal dilalui isteri perdana menteri Rosmah Mansor untuk menghadiri satu program di situ beberapa jam selepas kejadian jam 4 pagi itu.

Kelmarin, dua lagi pelajar API Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dihadapkan ke mahkamah berhubung insiden tersebut yang dipercayai dilakukan oleh lima orang – termasuk tiga suspek yang dikehendaki polis.

Menulis di blognya Perubah Zaman, Shazni Munir sebaliknya menuntut Rosmah yang didakwanya melaku "dosa-dosa besar" diseret bersama ke muka pengadilan dalam kesnya.

"Ya, baru adil, kerana Rosmah dan saya sama-sama bebas sekarang," katanya.

Beliau mengakui memang menentang isteri Datuk Seri Najib Razak berdasarkan kenyataan-kenyataan yang pernah dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin – mengaitkan Rosmah dengan pembuhan Altantuya Shaariibuu – dan tiga klip video yang memburuk-burukkan wanita pertama negara.

Rosmah menafikan pembabitan dengan wanita Mongolia itu tetapi masih berdiam diri berhubung dakwaan-dakwaan berat dalam dokumentari pendek di Youtube.

Semalam, menulis di blognya, Shazni Munir memberi amaran untuk melancarkan bantahan besar jika UM mengambil tindakan tatatertib terhadap dua rakannya yang telah dituduh.

Sehubungan itu, PMIUM juga berharap pentadbiran kampus tidak mengambil tindakan pecat seperti yang pernah dialami oleh tujuh mahasiswa institusi pengajian tinggi awam yang dituduh terbabit dalam satu perhimpunan haram pada 2001.

"Di pihak universiti pula, penulis ingin memberi peringatan supaya jangan sesekali mengambil tindakan dengan menghukum mereka sebelum mereka dibuktikan bersalah," katanya.

"Jika seandainya hal yang pernah berlaku pada mangsa-mangsa ISA 7 berulang, penulis dan seluruh mahasiswa yang di dadanya kejap dengan perjuangan kemahasiswaan, tidak akan teragak-agak untuk membuat bantahan di segenap sudut."

Hari ini, pentadbiran UM menafikan telah memecat dua pelajar yang dihadapkan ke mahkamah, sekali gus menafikan tulisan di laman web Mahasiswakini.

Difahamkan, universiti itu sedang menunggu maklumat lanjut daripada mahkamah sebelum memutuskan tindakan seterusnya.

TVA

Sistem Kehakiman Negara Bapak Gani Yang Punya!

Anwar : Peguam Negara Diberi Lesen Bertindak Sesuka Hati

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata langkah Mahkamah Rayuan menolak rayuannya seolah-olah memberikan kuasa mutlak kepada Peguam Negara Gani Patail bertindak atas kepentingan peribadinya untuk campurtangan dalam kes liwatnya.

Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk membatalkan tindakan Peguam Negara mahukan kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan bukan di Mahkamah Sesyen seperti lazimnya untuk pertuduhan seumpama itu.

Dalam menolak permohonan Anwar, Mahkamah Rayuan mengambil pendirian Gani tidak perlu berpegang kepada arahan Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi, untuk tidak campurtangan dalam kes itu.

"Kita tidak boleh mempertikaikan sama sekali kewibawaan, keikhlasan dan bidang kuasa mutlak Gani Patail sebagai Peguam Negara. Niat dia apa pun kita tidak boleh pertikai.

Susah kita hendak harapkan apa- apa keadilan sekarang." kata Anwar selepas mendengar keputusan Mahkamah Rayuan.

Abdullah sebelum ini telah memberi jaminan Gani tidak akan campurtangan kerana Peguam Negara itu dikatakan terbabit dalam pemalsuan keterangan terhadap Anwar bersabit insiden mata lebam pada tahun 1998.

Menurut akuan bersumpah peguam, Gani juga telah memaksa pihak tertentu memberi keterangan palsu pada perbicaraan Anwar ketika itu.

Antara yang mengesahkan pembabitan Gani dalam memalsukan bukti ialah pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim selaku pegawai penyiasat kes mata lebam Anwar.

Anwar berkata sukar untuk mempercayai Mahkamah boleh mengambil ketetapan Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang pengaruh dalam memutuskan peri laku Peguam Negara.

"Boleh saudara bayangkan, kenyataan Mahkamah Rayuan bahawa perdana menteri tidak ada pengaruh langsung dalam apa- apa pendakwaan. Jaminan Tun Abdullah bahawa Tan Sri Gani Patail tidak akan terlibat dalam kes ini tidak boleh diterima oleh mahkamah. Samaada Tun Abdullah jahil atau tidak bercakap benar, itu saya tidak tahu." Kata Anwar.


Pendakwaan terhadap Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditetapkan 8 Julai walaupun laporan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi menunjukkan tidak ada bukti klinikal menunjukkan pengadu Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwanya.

TVA

Anwar : Media BN Putarbelitkan Isu Kedah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran pimpinan Pas Kedah.

Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar- gemburkan dan memperbesarkan isu itu.

"Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Anwar berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkang.

Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.

"Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.

Karpal Singh ketika ditemui pula berkata isu berkenaan boleh diselesaikan."Saya tidak fikir masalah itu serius sehingga mampu memecahbelahkan pakatan pembangkang," katanya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob, yang mempengerusikan satu mesyuarat sekretariat pakatan pembangkang hari ini, berkata isu itu akan dibincangkan oleh Majlis Presiden pakatan pembangkang Sabtu ini.


Semalam, DAP Kedah mengumumkan ia tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan meroboh satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su berkata beliau menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.


TVA