Tuesday, March 24, 2009

Anwar: Gantung akhbar, gas polis 'ke kancah kuku besi'

Menggantung permit akhbar PKR dan menembak gas pemedih mata terhadap penyokongnya "bakal menjerumus negara ke kancah pentadbiran kuku besi", kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Ternyata tindakan rakus sedemikian oleh pasukan polis sejurus satelah Suara Keadilan dan Harakah diharamkan (selama tiga bulan) merupakan petanda betapa sistem pemerintahan bawah (Datuk Seri) Najib (Razak) bakal menjerumuskan negara ke kancah ketidakstabilan dan pentadbiran kuku besi," kata penasihat PKR.Mantan timbalan perdana menteri itu, yang turut berada di tempat kejadian, berkata beliau terpaksa dilarikan ke dalam bilik gerakan untuk mengelak tindakan tersebut yang bermula selepas 9.30 malam."Saya diseludup ke bilik gerakan pilihanraya (dekat pentas ceramah) dan berlindung bersama beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat. "Difahamkan hampir 50 das gas pemedih mata dibedil oleh pihak polis," kata Anwar dalam blognya. "Tanpa sebarang amaran, polis membedil gas pemedih mata beserta pancutan air. Hadirin lari bertempiaran menyelamatkan diri. "Namun ia tidak menghentikan pembedilan bertubi-tubi tanpa sebarang belas kasihan terhadap wanita dan kanak-kanak."Polis Kedah hari ini mengesahkan 31 orang ditahan kerana enggan bersurai selepas diarahkan. Semua mereka dilaporkan dibebaskan pagi ini selepas keterangan mereka diambil.Selain beberapa penyokong parti itu dan pendengar, turut ditahan senator Zamri Yusof, ketua staf pejabatnya Ibrahim Yaacob dan pegawai khas menteri besar Kedah, Mohd Ismadi Abd Kadir.Kementerian Dalam Negeri semalam secara mengejut menggantung serta-merta permit penerbitan dua akhbar berpengaruh itu selama tiga bulan.Dalam coretan blog yang sama, Anwar mengulangi lagi kecamannya terhadap timbalan perdana menteri dengan menyifatkan kenyataan mengenai perubahan yangg diucapkan di Parlimen baru-baru ini "hanya omongan kosong untuk mengalih perhatian rakyat daripada skandal yang terpalit.""Jelas, Umno-BN sememangnya dalam keadaan yang sangat terdesak ketika ini. Gelombang kebangkitan rakyat di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai cukup meresahkan mereka," katanya. Ketiga-tiga kawasan itu akan menghadapi pilihanraya kecil antara 29 Mac hingga 7 April ini. Ceramah Anwar di Taman Ria Jaya, Sungai Petami malam tadi bagi memperkenalkan calon PKR S Manikumar yang akan menggalas cabaran parti itu di DUN Bukit Selambau, Kedah.PKR juga bertanding di DUN Batang Ai, Sarawak; manakala PAS meletakkan bekas menteri besarnya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di kerusi parlimen Bukit Gantang, Perak.Anwar juga menyeru para penyokongnya agar bertenang dan tidak mudah dibakar dengan sebarang provokasi.

Taib Mahmud's Empire Under CMS










Tok Guru bersama DSAI di majlis pelancaran buku Zaid

Zaid: I’ve finally decided which party to join

Kecil Tapak Tangan Nyiru PKR Tadahkan

PKR lawan KDN, terus terbit akhbar "Lawan Tetap Lawan"

PKR akan terus menerbitkan akhbarnya Suara Keadilan walaupun Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permitnya serta-merta semalam selama tiga bulan.
"Kita akan teruskan walaupun tanpa permit," kata ketua penerangannya Tian Chua kepada Malaysiakini.
"Kita tidak nampak tindakan (KDN) yang lebih keras daripada menggantung (permit akhbar) kita."
Ditanya sebab KDN bertindak sedemikian terhadap akhbar parti itu dan organ PAS Harakah serentak dan secara mengejut, beliau berkata:
"Saya tidak boleh pastikan alasan (KDN) yang munasabah.
"Tetapi dalam konteks sekarang, ada pemilihan (Umno), pilihanraya kecil, peralihan kuasa (perdana menteri kepada Datuk Seri Najib Razak), pihak berkuasa cuba menutup ruang penyebaran maklumat."
Tian berkata tindakan kerajaan terhadap dua akhbar pembangkang berpengaruh ini "hanya permulaan" untuk kawalan yang ketat terhadap media.
Misalnya, katanya lagi, beberapa pengguna Internet dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini atas dakwaan menghina Sultan Perak.
Tambahnya, tindakan PKR seterusnya akan diputuskan selepas ini.
Sementara itu PAS belum lagi memutuskan tindakan lanjut berhubung penggantungan tersebut.
Ahli lembaga pengarah Harakah dijangka mengadakan satu mesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan isu tersebut, kata pengerusi akhbar itu Datuk Mustafa Ali.
Diminta mengulas senario politik yang mendorong penggantungan tersebut, beliau tidak dapat menjelaskan sebab-sebab tindakan mendadak KDN itu.
"Saya harap kawan-kawan ahli parlimen (PAS) jumpa menteri (dalam negeri), bertanyakan apa sebenarnya yang berlaku," katanya kepada Malaysiakini.
Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini dilaporkan berkata KDN tidak senang dengan laporan yang dimainkan oleh kedua-dua akhbar itu yang didakwa "salah, sensasi dan sensitif."
Tambahnya, kementerian bertegas dengan berita-berita yang mengelirukan dan menyemarakkan kemarahan orang ramai.

Ucapan MB NIzar Selepas Diumum Sebagai Calon PAS Parlimen Bukit Gantang

Retreat PAS Sarawak 09


Dewan Pemuda PAS Sarawak telah menganjurkan ‘Retreat PAS Sarawak 2009’. Ianya adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada ahli PAS Sarawak dengan tugas-tugas ketika pilihan raya. Merasmikan bengkel tersebut adalah Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi.

Turut dijemput di dalam bengkel tersebut ialah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ariffin Deraman. Turut bersama ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak Ustaz Osman Mustafa dan Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak Abg. Eddy Allyanni. Bengkel tersebut dihadiri oleh ahli-ahliPAS dari seluruh Negeri Sarawak.

Seruan Zaid wajar, Agong berkuasa sekat Najib jadi PM (HarakahDaily)

Seruan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Mohd. Zaid Ibrahim supaya Yang diPertuan Agong tidak melantik Dato Seri Mohd Najib Tun Razak benar-benar menggemparkan. Dalam satu ucapan di sebuah hotel di ibu negara Rabu lalu bekas menteri kabinet itu menyatakan Najib mempunyai banyak beban dan tanggungan yang boleh menyulitkan negara.
Selain Zaid, Timbalan Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim juga turut menyatakan sentimen yang sama. Beberapa pihak, termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan calon Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bersetuju dan menyifatkan seruan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu itu sebagai tidak bertanggung jawab dan berniat jahat. Bagaimanapun Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat seruan Zaid itu mempunyai asas dan kewajaran.
Katanya, Raja-Raja sendiri, dalam melantik beberapa orang hakim termasuk Ketua Hakim Negara pada 2000 dan Presiden Mahkamah Rayuan pada 2002 "melanggar peruntukan dalam perlembagaan". Tetapi, jelas Aziz lagi, pelanggaran itu perlu kerana jika tidak keseluruhan maksud perlembagaan itu akan terjejas.
Beliau juga menyebut keputusan istana Terengganu yang bertegas menolak Dato Seri Idris Jusoh yang ketika itu dikatakan mempunyai sokongan majoriti di dalam DUN Terengganu.
Aziz menegaskan perkara ini pada forum mengenai politik semasa di Surau An-Nur Bandar Baru Bangi Khamis lalu. Forum anjuran Gabungan Mahasiswa UKM bersama dengan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi itu pada mula dijadualkan di dalam kampus UKM tetapi dibatalkan oleh pihak universiti pada saat-saat akhir.
Ahli panel lain dalam forum tersebut termasuklah Exco Kerajaan Kelantan, Dato Husam Musa dan Pengerusi Mahasiswa Bersatu Perak, Hafed Sabri. Ia dipengerusikan oleh penganalisis politik Prof. Madya Dr Ahmad Nizamuddin Sulaiman. Ahli Parlimen Umno Batu Pahat, Dato Dr Fuad Zarkashi yang pada mulanya memberikan persetujuan mengundurkan diri di saat akhir.
Ketika diminta mengulas lanjut, Aziz berkata Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang disebut oleh Muhyiddin tidak mutlak dan memberi hak kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri.
"Dalam sebuah sistem demokrasi yang adil, terbuka dan telus memang Yang diPertuan Agong wajib mengikut kehendak majority sebagaimana yang ditetapkan oleh Perkara 43(2)(a) itu. Tetapi di dalam sebuah sistem yang kotor dan penuh dengan misteri dan penipuan baginda perlu bijak dan berani kerana jika tidak negara ini akan jatuh ke kancah kebinasaan sebagaimana yang ditakuti oleh Zaid," ujarnya.
Pakar perlembagaan itu berkata di dalam sebuah sistem yang telus dan adil seperti United Kingdom umpamanya memang raja tidak mempunyai peranan yang signifikan kerana semuanya ditentukan dengan adil dan telus oleh sistem politiknya.
"Ini jelas tidak berlaku di Malaysia," tambah profesor undang-undang itu lagi. Katanya perlembagaan tidak harus ditafsir secara harfiah (literal) sehingga membenarkan pencuri dan penyamun bermaharajalela.
Diminta menjelaskan apakah seruan Zaid itu tidak mempunyai kesan menyeret istana ke dalam politik, Aziz berkata: "Menyeret itu maksudnya negatif sedangkan apa yang Zaid mahu ialah istana bertindak menyelamatkan negara dari diambil oleh seorang yang komitmennya terhadap demokrasi amat meragukan. Ini telah pun dilakukan oleh istana dalam penolakan Idris Jusoh di Terengganu. Melihat apa yang diperkatakan tentang Najib adalah amat na�f untuk mengatakan beliau seorang yang bersih," katanya.
Ditanya mengenai krisis di Perak Aziz berkata ia juga berbeza dengan apa yang disuarakan oleh Zaid kerana apa yang diminta Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah supaya kekeliruan itu diselesaikan dalam dewan atau dewan dibubarkan.
"Nizar tidak meminta istana menyokongnya. Beliau mahukan kerajaan yang beliau pimpin diadili oleh rakyat di tengah-tengah kekeliruan yang timbul setelah berlaku pencolekkan dan kehilangan tiga orang ADUN itu," tambahnya.
Aziz berkata apa yang perlu dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong telah dilakukan oleh Sultan Idris di Perak pada 1977 dalam krisis baginda dengan Tan Sri Ghazali Jawi.
"Ada laporan mengatakan bahawa baginda tidak berkenan dengan menteri besar itu kerana individu tersebut dikatakan terlibat dengan rasuah. Malah ada yang mengatakan ada tangkapan. Apa pun yang sebenarnya berlaku baginda tidak mahu terlibat dengan seorang yang integritinya dipersoalkan dan saya fikir itu betul malah menjadi tugas raja sebagai penjaga perlembagaan itu sendiri. Dan apa yang menarik ialah Sultan Idris melakukannya dalam konteks perlembagaan," tegas Aziz.
"Oleh sebab itu saya fikir Sultan Idris lebih cekap dan lebih faham perlembagaan meskipun baginda tidak berkelulusan undang-undang. Dan kita jangan lupa baginda adalah penentang utama Dr Mahathir yang cuba hendak memindahkan kuasa darurat dari Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri dalam krisis Perlembagaan 1983 itu," tambah beliau.
Kesimpulannya, Aziz berkata, Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak menyelamatkan negara. "Jika tidak krisis yang berlarutan di Perak mungkin akan merebak ke peringkat nasional dan ini tidak baik untuk negara yang berada di dalam kesulitan ekonomi," tegasnya.

Kementerian Dalam Negeri Gantung Penerbitan Harakah dan Suara KeAdilan

Mungkinkah negara akan kembali ke zaman gelap apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) bertindak agresif menggantung permit penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan.
Petang tadi Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit kedua-dua akhbar oposisi terbabit masing-masing selama tiga bulan. Dan ia disahkan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar.
Pengerusi Perhubungan KeADILan Kelantan, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, tindakan drastik itu merupakan tanda-tanda kerajaan BN begitu takut kepada ketelusan.
"Kalau salah bawalah ke mahkamah dan bukannya menggunakan kuasa yang diberi pinjam rakyat melalui pilihan raya bagi menghukum pihak lain.
"Biar apa pun secara jelas isyarat yang diberi KDN hari ini memperlihatkan ketuanan BN dan Umno yang ada sekarang bakal jatuh," katanya dihubungi di sini.
Syed Hamid dalam kenyataannya petang tadi menjelaskan Suara Keadilan menerima surat penggantungan daripada KDN tengah hari tadi, manakala Harakah jam 4.55 petang menerusi faks.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kerajaan BN di bawah bakal perdana menteri baru mungkin cuba meleyapkan semula kesuburan demokrasi yang diberi nafas baru oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Katanya, dengan apa yang KDN lakukan sekarang jelas mereka mahu kembali ke era kuno dengan menafikan amalan demokrasi.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, tindakan KDN jelas menggambarkan kerajaan BN takut untuk berlawan fakta dengan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air 7 April ini.
"Inilah kerja BN yang jelas tidak demokratik. Kerajaan BN cuba mengelakkan banyak pembohongan yang dilakukan ketika menghadapi pilihan raya tersebut dijawab oleh akhbar yang tidak proUmno.
"Kerja yang dilakukan kerajaan BN sekarang seolah-olah mengikat kaki dan tangan pembangkang dan mereka serang secara pondan," katanya.
Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, langkah dibuat KDN sengaja mahu menutup busuk dan jelek Umno ketika berhadapan dengan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya kecil 7 April ini.
Menurutnya tindakan KDN tersebut amat tidak bermaruah yang tidak seharusnya ada bagi bangsa yang mengakui bertamadun.
Sumber Umno pula mendakwa tindakan KDN itu merupakan petanda awal bagi mengenali siapa sebenarnya bakal perdana menteri yang akan berkuasa tidak lama lagi.
Baru-baru ini Harakah dan Suara Keadilan dirampas di beberapa tempat di Kelantan dengan alasan menjual di tempat terbuka, sedangkan majalah lucah yang memualkan dibiarkan bebas tanpa sekatan.

20 ditahan selepas ceramah Anwar digempur polis

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim hanya sempat berucap beberapa patah perkataan, sebelum gas pemedih mata ditembak bertalu-talu ke majlis ceramah anjuran KeADILan yang diadakan di Padang Awam, Taman Ria Jaya kira-kira jam 9.20 malam tadi.
Majlis ceramah yang mengundang Anwar dan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Razak pada awalnya mendapat permit polis, tetapi dibatalkan di saat akhir. Azizan bagaimanapun belum hadir ke tempat ceramah sebelum majlis ceramah disuraikan secara kekerasan oleh pihak polis.
Lebih 50 kali tembakan gas pemedih mata dilepaskan dan dua kali semburan air kimia Water Canon dihalakan kepada orang ramai.
Jalan utama melalui Taman Ria Jaya dan Kelab Cinta Sayang ditutup menyebabkan berlaku kesesakan teruk di sekitar taman perumahan berhampiran. Orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan rakus pihak polis, kelihatan berkumpul di merata tempat berhampiran tempat ceramah dan enggan berganjak walaupun diberi amaran berkali-kali oleh pihak polis.
Sementara itu, 20 orang ditahan dan dibawa dengan sebuah trak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Petani. Antara yang ditahan ialah Senator Zamri Yusoff, Hafiz Ali (Setiusaha KeADILan Kedah), Ismadi (pegawai khas MB Kedah), Gunasegaran (pembantu peribadi calon KeADILan Bukit Selambau), Janapala, Ibrahim Tan Sri Yaakob, Mohd Hafizal Mohamad, Mohd Shafiq Md Sofi dan Lee Hong Meng. Lee adalah aktivis KeADILan yang mengalami sakit buah pinggang dan perlu menjalani proses haemodialisis besok.
Seorang lagi yang belum dikenali dibawa dengan kenderaan lain kerana mengalami luka yang agak teruk di muka.
Tindakan polis mengenakan kekerasan secara tiba-tiba pada malam mengejutkan kerana sejak beberapa malam pihak Pakatan Rakyat mengadakan ceramah tidak terdapat sebarang gangguan, malahan mendapat kerjasama yang baik dari pihak polis. Ramai percaya tindakan pada malam ini adalah "arahan dari atas".

Polis telah melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai yang berhimpun untuk mendengar ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi.
Selain tembakan tersebut, trak FRU juga telah mengguna water cannon dengan menyembur air ke arah oarang awam yang sejak awal lagi sudah berkumpul untuk mendengar amanat Anwar bersempena pilihan raya kecil Bukit Selambau yang akan diadakan pada 7 April depan. Kejadian itu berlaku kira-kira 10 minit selepas Anwar memperkenalkan calon KeADILan Bukit Selambau kepada umum.
Tindakan polis telah mengakibatkan suasana menjadi kelam-kabut dan ceramah beliau terpaksa dibatalkan yang diadakan di padang awam Cinta Sayang Sungai Petani.
Dianggarkan lebih 1,000 polis berada di padang tersebut dan cuba menyuraikan hampir 10,000 orang ramai yang berhimpun.
Keadaan menjadi huru-hara apabila orang ramai sukar mencari tempat perlindungan setelah terkena kira-kira 50 das tembakan.
Difahamkan 4 orang telah ditangkap dan terdapat pelbagai sekatan jalan raya menju ke tempat ceramah.
Perkara itu disahkan sendiri oleh seorang penulis dan novelis terkenal yang turut berada di tempat kejadian melalui sistem pesana ringkas kepada Harakahdaily jam 10 malam tadi.