Thursday, June 24, 2010

Pengadu tarik balik aduan terhadap KM S'wak

Tiga rakyat Sarawak hari ini menarik balik laporan mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan "rasuah" ketua menterinya Tan Sri Taib Mahmud selepas pihak SPRM didakwa enggan memberikan salinan aduan kepada mereka.

Tiga pengadu itu - Ahmad Nazib Johari, James Wong Joon Min dan Ting Chek Ming - mendakwa selepas hampir tiga jam membuat laporan di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, mereka terpaksa pulang hampa selepas permohonan mereka bagi mendapatkan salinan laporan itu ditolak.

"Mereka memberikan alasan tiada peruntukan undang-undang bagi membolehkan salinan diberikan (kepada pengadu). Tetapi bila kami soal kembali mereka gagal menunjukkan peruntukan berkenaan," kata Ahmad Nazib.

Ahmad Nazib, James dan Ting hadir di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 10.30 pagi tadi dan keluar kira-kira tiga jam kemudian bagi melaporkan dakwaan-dakwaan terhadap Taib yang tersiar dalam sebuah laman web beralamat http://www.sarawakreport.org/.

Aduan mereka diambil oleh timbalan pengarah SPRM negeri Yip Pit Wong sendiri, tambah Ahmad Nazib yang juga seorang peguam.

Ditemui pemberita selepas itu, Ahmad Nazib berkata mereka memutuskan untuk tidak meneruskan laporan itu selepas dimaklumkan oleh seorang pegawai bertugas bahawa kes itu "berprofil tinggi".

"Kita tidak mahu terdapat usaha pengubahsuaian atau apa-apa terhadap laporan itu," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Nazib menambah, sebagai rakyat Sarawak yang prihatin, mereka akan kembali lagi dengan aduan bertulis berhubung aduan yang sama - sama ada di SPRM cawangan yang sama atau di ibu pejabatnya di Putrajaya.

"Kita akan hantar semula dan dapatkan cop penerimaannya," jelasnya sambil memberitahu tarikh dan masanya akan diberitahu kemudian.

Ditanya tentang kewibawaan maklumat yang menjadi asas dakwaan laporan mereka, Ahmad menjawab: "Kami tidak tahu. Tetapi ia sudah menjadi berita".

James pula menjawab soalan yang sama berkata: "Sebab itu kami minta siasat."

Mesyuarat BN S'wak bincang empat tugas berat

Rais dicabar nyatakan pertubuhan Cina mohon lulus judi bola

KUALA LUMPUR, 24 Jun : DAP mencabar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim menyatakan pertubuhan Cina yang didakwa memohon kerajaan meluluskan judi bola sebelum ini.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, dakwaan Rais itu langsung tidak berasas.

"Saya ingin tanya sama beliau, manakah dan siapakah pertubuhan Cina yang memohon kepada kerajaan pusat sebelum ini untuk menghalalkan judi bola.

"Kerana dalam pengetahuan saya tidak ada sebarang pertubuhan cina yang meminta judi bola dihalalkan. Saya nak tahu saja," katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.



Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Rais dalam sebuah akhbar hari ini bahawa kerajaan perlu menghalalkan judi kepada orang bukan Islam sebagai menghormati hak mereka.

"Saya terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Rais Yatim yang sekarang menganggap dirinya pakar hal ehwal Cina dengan menyatakan bahawa adalah perlu untuk menghalalkan judi bola kerana hanya dengan menghalalkan judi barulah kita boleh menghormati dan mengiktiraf hak-hak kaum Cina dan India," katanya.

Beliau turut menegaskan, masyarakat Cina tidak pernah meminta judi dihalalkan kononnya untuk mengiktiraf hak mereka.

"Saya ingin nyatakan di sini bahawa masyarakat Cina tidak meminta bahawa judi bola dihalalkan sebagai tanda hak-hak mereka dihormati dan diiktiraf.

“Saya ingin menekankan di sini permintaan daripada masyarakat Cina atau India atau masyarakat bukan Melayu, Iban, Kadazan adalah sama dengan semua permintaan masyarakat Malaysia iaitu berteraskan prinsip kebebasan, keadilan, kebenaran, kebajikan kepada rakyat dan ketakwaan kepada Tuhan. Itulah permintaan daripada masyarakat Cina,” ujarnya.

Katanya, Umno seolah-olah begitu berminat untuk menghalalkan judi berbanding masyarakat bukan Islam.

"Bukan seperti yang Umno cakap bahawa berkisar ke atas judi sahaja. Nampaknya Umno lebih minat dengan judi daripada orang-orang lain. Tapi jangan pula cakap itu permintaan masyarakat Cina dan hanya dengan memberikan judi bola barulah masyarakat Cina, India dan bukan Melayu dapat dihormati. Saya memang tidak bersetuju dengan pandangan sedemikian,” katanya.

Beliau juga menafikan kenyataan sesetengah pihak bahawa DAP mengharamkan sepenuhnya judi sebaliknya beliau berkata, DAP mahu judi dikurangkan.

"Saya bukan minta judi diharamkan terus tapi dikawal. Pendirian kita, yang sudah diluluskan biarkan tapi jangan tambah. Kalau boleh kita kurangkan," katanya.


Banned Bakun Dam series now on YouTube

The controversial Bakun Dam documentary series which had two parts aired in May on RTM 2 (Part 1) (Part 2) , but had the remaining three pulled off for touching on 'sensitive elements', is now on video-sharing website YouTube.













Mkini

Pengganas : PAS tuntut kerajaan, PDRM, Zamihan mohon maaf

KUALA LUMPUR, 24 Jun : PAS menuntut kerajaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Zamihan Mat Zin, meminta maaf kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan pengganas.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata pihak polis perlulah melengkapkan siasatan sebelum tuduhan sebegitu dijadikan bahan taklimat atau membuat sebarang pendakwaan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti mereka yang terbabit.

PAS, katanya tidak mahu imej polis terus tercemar kerana cara kerja yang tidak profesional.

“PAS mahu pihak Kerajaan BN dan Polis Diraja Malaysia memberikan penjelasan terhadap laporan Malaysiakini yang mengatakan Presiden PAS didakwa sebagai pengganas dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung Jamah Islamiah (JI) di Bukit Aman Isnin lalu. PAS memandang serius dakwaan ini,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Menurut laporan Malaysiakini, Zamihan sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim) mendakwa kononnya Tuan Guru Abdul Hadi bersama bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis sekarang, Dr Juanda Jaya dan mantan menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim adalah pengganas dalam taklimatnya.

Justeru, PAS katanya amat mencurigai kredibiliti Zamihan yang mendakwa penglibatan Presiden PAS dalam gerakan Wahabi yang turut dikaitkan dengan Jamaah Islamiah yang dirangkumkan bagi membentuk persepsi bahawa beliau adalah pengganas.

“PAS melihat bahawa fitnah ini sengaja dicipta bagi memberikan imej buruk kepada beliau dan PAS. Perkara ini bukan kali pertama,” katanya lagi.

Menurutnya, pada tahun lepas Mossad memfitnah presiden PAS sebagai pengganas selepas Menteri Pertahanan Israel membuat rundingan sulit dengan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Pada tahun 2007, jelasnya Presiden PAS memenangi saman ke atas akhbar ternama Britain, Daily Mirror di mana akhbar itu telah bersetuju meminta maaf kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di Royal Court of Justice, ekoran penyiaran gambar dan berita berunsur fitnah yang mengaitkan beliau dengan pergerakan al-Qaeda.

Gambar Presiden PAS muncul di akhbar tersebut dengan tajuk "AL-QAEDA - Abdul Hadi" dan dinyatakan bahawa beliau adalah pemimpin nombor tiga al-Qaeda dan sedang ditahan di Guantanamo Bay.

PAS, tegas Idris tidak dapat menerima fitnah ketiga yang sengaja dicipta itu selepas kegagalan dua siri fitnah yang cuba menggugat PAS sebelum ini.

Katanya, PAS yakin sedikit sebanyak pengaruh nasihat APCO membawa kecenderungan kerajaan bagi mencipta krisis pengganas untuk dikaitkan dengan Presiden PAS dan parti itu.

Beliau menambah, PAS yakin fitnah itu juga sebagai serampang dua mata untuk menakutkan orang bukan Islam yang semakin jinak dengan parti itu.

Katanya, ketika sokongan orang bukan Islam telah yakin dengan wadah perjuangan PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS, maka musuh PAS cuba menggambarkan Presiden PAS sebagai pengganas.

“PAS yakin orang bukan Islam tidak akan terpedaya dengan fitnah ini. Mereka sudah lihat dengan mata kepala mereka sendiri pemimpin PAS bukan sebagaimana yang digambarkan sebagai seorang pengganas,” katanya lagi.

Katanya, Umno juga dilihat cuba mengajak Dr. Asri bersama dan tidak mustahil kewujudan tuduhan jahat itu akan dijadikan peluang oleh Umno untuk menggamit beliau bersama parti itu bagi mengelakkan ancaman ISA.

“Ini adalah tidak profesional dan memalukan,” ujarnya.

Umno-BN terdesak, tuduh Presiden PAS penganas

Tok Guru kami bukan pengganas

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyifatkan tuduhan mengatakan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai pengganas adalah satu tuduhan yang jahat, biadap dan bodoh.


BO

Warga Sarawak Prihatin Buat Laporan SPRM Terhadap Ketua Menteri Sarawak

Oleh Frederick Luccas

SHAH ALAM 24 Jun - Sekumpulan warga Sarawak diketuai oleh James Wong Joon Min, seorang warga Sarawak yang kini bekerja Kuala Lumpur mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat laporan media berkenaan empayar kekayaan milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

James berkata baru-baru ini beberapa portal informasi dan berita telah memaparkan kekayaan Abdul Taib di Australia, Canada dan London, England dengan butir terperinci pemilikan, jumlah nilai dan kewujudan beberapa proksi bagi menjaga kepentingan beliau.

"Portal tersebut juga telah memaparkan beberapa bukti penting menyokong dakwaan mereka, dan saya sebagai seorang anak Sarawak tidak akan berdiam diri apabila kekayaan yang sepatutnya dirasai bersama oleh rakyat Sarawak dibolot oleh seorang individu,' kata beliau kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.

James yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur menegaskan beliau dan rakan-rakan tidak mewakili mana-mana parti politik mahupun mereka mahu dikaitkan dengan politik.

"Sebagai warga Sarawak yang bimbang dan mahukan keadilan, kami telah membuat keputusan untuk melaporkan perkara ini kepada SPRM," katanya lagi.

Beliau dan lima lagi rakan beliau akan membuat laporan di pejabat SPRM, Shah Alam pada pukul 10 pagi hari ini dengan mengemukakan bukti yang dipaparkan diportal berita, yang mana menurut James, cukup kukuh untuk SPRM memulakan siasatan.

"Bukti yang dipaparkan amat kukuh dan pada pengetahuan kami, bukti ini amat meyakinkan dan boleh dijadikan bukti untuk memulakan siasatan. Kami percaya kebenaran akan terserlah selepas SPRM melengkapkan siasatan," kata James lagi.

Timbunan harta kekayaan Abdul Taib yang didedahkan termasuk bangunan pejabat di Ottawa, Canada dan pemilikan rumah persendirian kedua termahal di Canada oleh anak perempuan beliau, Jamilah Taib dan suaminya Sean Murray, warga Canada.

Lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan juga pernah menyiarkan gambar istana Taib di tebing sungai lengkap dengan kemudahan jeti dan sebuah bot mewah.

"Warga Sarawak patut bertanyakan bagaimana seorang Ketua Menteri yang mendapat gaji RM20,000 sebulan mampu memiliki kesemua ini, dan Taib perlu menjawab soalan rakyat Sarawak sebagai seorang wakil rakyat," kata James.

RAKYAT MARHAEN