Friday, August 7, 2009

Gobind : Polis Mesti Luaskan Skop Siasatan

Plaza Masalam Shah Alam menjadi tumpuan inkues hari ini dengan koroner Azmil Muntapha Abas bersama semua yang terbabit mengambil masa kira-kira dua jam di bangunan ini.

Plaza ini seperti umum tahu ialah tempat kejadian yang turut menempatkan pejabat SPRM. Tumpuan inkues ialah di tingkat 14 dan tingkat 5 dimana mayat Teoh ditemui.

Tumpuan juga merangkumi bilik Teoh disoal siasat, sofa yang Teoh dikatakan merehatkan diri diatasnya serta tingkap di tingkat 14 darimana mendiang dikatakan jatuh.

Bercakap kepada media selepas inkues, Gobind Singh Deo, peguam yang mewakili keluarga Teoh, memberitahu beliau mahu Polis menyiasat penemuan dua perkara baru yang ditemui semasa rombongan Mahkamah Koroner mengadakan lawatan ke Plaza Masalam hari ini.


Gobind bagaimanapun enggan menggulas lanjut mengenai penemuan berkenaan sebaliknya berkata ia akan dikemukan di mahkamah.

“Kami melihat secara teliti tempat kejadian iaitu tingkat 14 pejabat SPRM dan juga tingkat 15 yang dikatakan ada sebahagian pejabat SPRM. Kami juga mengadakan lawatan ke tempat mayat dijumpai. Dalam masa itu kami telah pun memohon agar polis menyiasat dua atau tiga perkara baru yang kita lihat dan saya rasa pihak polis akan memberikan bantuan dan kerjasama.

“Saya tidak boleh beri sebarang butir kerana kita harap siasatan lanjut dapat dilaksanakan kita akan beritahu di mahkamah kemudian,” katanya.

Dalam pada itu Gobind berkata, kesan sompek tingkap yang masih baru ditemui pakar terletak di ruang legar pejabat SPRM bersebelah dengan bilik pegawai penyiasat.

“Kita lihat ia sebagai ruang kosong, ruang legar yang tidak mempunyai apa-apa di situ. Ia bersebelahan dengan bilik pegawai penyiasat,”katanya.

Beliau juga menjelaskan siasatan polis setakat ini dihadkan atau berkisar terhadap dua teori iaitu Teoh terjatuh atau membunuh diri. Kata beliau siasatan polis tidak mencakupi teori kemungkinan Teoh dibunuh atau ditolak.

Teori itu kata beliau akan terus diikuti dan jika perlu beliau akan memohon koroner mengarah polis meluaskan skop siasatan.

Prosiding inkues akan disambung isnin ini.

“Isnin ini mahkamah akan diteruskan keterangan daripada patologi yang melakukan pembedahan. Selain itu saya difahankan tiga pakar termasuk seorang pakar pembedahan forensik, saya rasa ia akan mengambil masa keseluruhan Isnin dan Selasa. Hari Rabu kita akan teruskan dengan pakar forensik polis yang telah membuat siasatan di bangunan ini, mereka akan memberikan gambaran yang lebih teliti berhubung gambaran dan juga hasil siasatan dalam kes ini,” katanya.

TVA

Coroner Azmil Muntapha Abas visits MACC office at Plaza Massalam, Shah Alam

Coroner Azmil Muntapha Abas who is hearing the inquest on the death of political aide Teoh Beng Hock is this morning visiting Plaza Massalam in Shah Alam where the state MACC office is located.

Azmil arrived at the building at about 9.50am and headed straight to the 14th floor of the building. He was accompanied by lawyers, court officials and other personnel.



Reporters were however not allowed to join in the scene-visit nor enter the MACC office. They have been asked to wait at the lift lobby.


Teoh's body was found on the fifth-floor corridor of the building a day after he was taken in for questioning by the Malaysian Anti-Corruption Commission on July 15.

malaysiakini

SPR umum PRK DUN Permatang Pasir Isnin ini

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan tentukan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Isnin ini, kata Setiausaha SPR, Datuk Ngah Senik di sini sebentar tadi.

sumber : lidahUBN



Malaysia's security act

Malaysia's Internal Security Act (ISA) has long been a controversial issue. The legislation, introduced shortly after independence from British colonial rule, is used to detain suspects who are deemed a threat to national security. The government defends the continued use of the ISA, saying it is necessary to protect citizens from potential terrorist acts. But critics say past Malaysian leaders have used the act as a subversive tool to suppress any political opposition.

101 East with presenter Fauziah Ibrahim looks at how the law will evolve under Najib Razak, the new prime minister, with guests : Zaid Ibrahim, the leader of People's Justice Party (PKR), Khairy Jamaluddin, a Malaysian government MP, and Denison Jayasooria from the National University of Malaysia.








Zambry Pengecut tak sebulu dengan Najib Altantuya : Demo 'Bubar Dun Perak' ikut saranan PM - Nizar

"Sekarang siapa betul, Najib atau Zambry? Sama ada Najib tidak serius dengan kenyataannya atau Zambry terpaksa lawan cakap bosnya, atau kedua-duanya mempermainkan kenyataan-kenyataan untuk mengelirukan rakyat,"

dipetik dari (Hrkh Fri Aug 07, 09 9:31:29 am) kenyataan Dato' Seri Nizar Jamaluddin


Demo 'Bubar Dun Perak' ikut saranan PM - Nizar

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Siapa yang betul? Perdana Menteri bersedia membenarkan namun Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula berpendapat perhimpunan di stadium akan membuatkan rakyat hidup tidak tenteram.

Malah tidak cukup dengan itu Zambry dipetik sebagai berkata bahawa permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka semata-mata.

Kenyataan ini diselar bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa permohonan untuk berhimpun di stadium itu adalah sejajar dengan saranan Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sedia membenarkan dan menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan.

"Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," kata Najib mengulas perhimpunan anti-ISA, 1 Ogos lalu.

Nizar berpendapat Zambry terpaksa berbeza pendapat dengan Najib kerana bimbang dengan kebangkitan rakyat Perak, yang telah dibuktikan dengan perhimpunan anti-ISA, di mana terdapat jumlah rakyat Perak yang turut serta di samping melaungkan juga gesaan agar DUN Perak dibubarkan.

"Sekarang siapa betul, Najib atau Zambry? Sama ada Najib tidak serius dengan kenyataannya atau Zambry terpaksa lawan cakap bosnya, atau kedua-duanya mempermainkan kenyataan-kenyataan untuk mengelirukan rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menjelaskan antara program perhimpunan Dun Perak itu adalah pengisian ceramah di samping menyambut kedatangan bulan Ramadan, yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat diketuai Dewan Pemuda PAS Perak.

Bagaimanapun tarikh perhimpunan belum ditentukan dan beragntung kepada permohonan kebenaran kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan Ketua Polis Perak, kata Nizar.

Selain itu, jelajah konvoi seluruh Perak yang bakal dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk gerakan 'Bubarkan Dun Perak' akan diadakan di bulan Puasa dan destinasi yang dituju ialah di Lumut dan Pangkor, kawasan kubu Zambry.

"Rakyat Perak masih bersemangat tinggi, dan kita masih meneruskan tindakan politik serta undang-undang, selagi Dun Perak tidak dibubarkan.

"Saya percaya kerana itulah Zambry takut dan mengeluarkan kenyataan berputar-belit, demi survival politiknya yang makin jatuh di mata rakyat Perak," katanya yang juga Timbalan Dua Pesuruhjaya PAS Perak.

HarakahDaily

Tamatkan Riwayat Makhluk Bernama UMNO/BN Dalam PRU Ke-13

Ceramah Isu-Isu Semasa di DUN Pasir Pekan, Tumpat oleh Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian merangkap Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub di SMU (A) Bustanul Saadah, Morak, Wakaf Bharu, Kelantan pada 3 Ogos lepas.











Ceramah Isu-Isu Semasa di DUN Pasir Pekan, Tumpat oleh Ahli Parlimen PAS Pokok Sena merangkap Naib Presiden PAS, YB Mahfuz Omar di SMU (A) Bustanul Saadah, Morak, Wakaf Bharu, Kelantan pada 3 Ogos lepas.









Ceramah Isu-Isu Semasa di DUN Pasir Pekan, Tumpat oleh Ahli Parlimen PAS Tumpat, YB Kamarudin Jaffar di SMU (A) Bustanul Saadah, Morak, Wakaf Bharu, Kelantan pada 3 Ogos lepas.





Ceramah Isu-Isu Semasa di DUN Pasir Pekan, Tumpat oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yaakob di SMU (A) Bustanul Saadah, Morak, Wakaf Bharu, Kelantan pada 3 Ogos lepas.





ehsan : jiwokelate2009