Wednesday, August 19, 2009

Akhbar UMNO/BN Era Najib-Altantuya : BH bayar gantirugi RM150 ribu kepada Dato' Mahfuz Omar

Sidang media Datuk Mahfuz Omar berhubung menang kes saman Berita Harian. Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Mahfuz diwakili Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS manakala Rejal dan NSTP diwakili peguam Nad Segaram. Hanipa menunjukkan saman yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini.






Mahkamah tinggi arah Berita Harian bayar RM150 ribu kepada Mahfuz

TERKINI- KUALA LUMPUR, 19 Ogos : Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini yang berkaitan dengan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.

Berikutan itu satu sidang media khas akan diadakan jam 12 tengahari di Pejabat Pengurusan Harakah, No28,Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur. Selain Mahfuz, akan hadir sama pada sidang media tersebut peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin.

Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta. Namun keputusan dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Mahfuz menamakan Dato' Ahmad Rejal Arbee dan NSTP Press Berhad sebagai defendan.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Yazid Mustafa.

Mahfuz diwakili Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS manakala Rejal dan NSTP diwakili peguam Nad Segaram.

Hanipa menunjukkan saman yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Insiden itu berlaku ketika Mahfuz yang pada ketika itu Ahli Parlimen Pokok Sena sedang membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung keganasan polis dalam menyuraikan himpunan rakyat di Lebuh Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Klang.

"Berita Harian melaporkan Mahfuz mengajak Ahli Parlimen Tampin, Dato' Shaziman Abu Mansor untuk bertumbuk di luar Dewan sedangkan beliau sebenarnya hanya menjawab cabaran Shaziman.

"Insiden itu direkodkan di dalam handsard Parlimen dan bukti menunjukkan Shaziman yang memulakan cabaran dan beliau kemudian ditenangkan oleh seorang penyokong kerajaan," jelas Hanipa kepada Harakahdaily.

HarakahDaily/tvpas09

Malangnya calon BN Era Najib-Altantuya : Calon BN umpama 'padi basah'

"Rakyat di Permatang Pasir harus menolak calon 'padi basah' yang dikemukakan oleh BN kali ini. Jika petani menjual padi basah pasti dia akan rugi buat apa. Lebih baik jual padi kering tentu dapat untung yang banyak, "

kenyataan Salahuddin Ayub dipetik dari Harakah






PAS cabar media kemuka rakaman penuh ucapan Nik Aziz

BUKIT MERTAJAM, 19 0gos : PAS mencabar media yang melaporkan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai mendakwa ahli Umno tidak masuk syurga agar mengemukakan rakaman penuh kenyataan beliau untuk membuktikan kebenaran.

Naib Presiden Salahuddin Ayub dalam sidang media di Permatang Pasir hari ini berkata pihak media yang membuat laporan itu mesti bertanggungjawab dengan mendedahkan sepenuhnya apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz.

Media pro-Umno yang melaporkan kenyataan Nik Abdul Aziz itu mesti mendedahkan kenyataan beliau secara verbatim untuk semua mengetahui apa yang sebenarnya diucapkan,� kata Salahuddin.

Mursyidul Am yang juga menteri besar Kelantan itu dilapor sebuah akhbar harian sebagai berkata bahawa ahli Umno tidak akan masuk syurga, melanjutkan lagi serangan bertalu-talu terhadap pemimpin PAS itu.

Nik Aziz sebelum ini diserang media prokerajaan dengan laporan mendakwa beliau membiarkan DAP, sebuah parti sekutu Pakatan Rakyat, menghina Islam.

Beliau kemudian menjelaskan kenyataan itu dengan berkata tidak menghairankan orang bukan Islam yang kurang faham menghina Islam tetapi amat mengejutkan apabila Umno yang anggotanya beragama Islam sendiri menolak pelaksanaan Islam.

Umno menolak pelaksanaan hudud yang dibawa oleh kerajaan PAS Kelantan yang merampas negeri itu daripada Umno pada 1990.

Pertembungan ini sejak itu terus mencorakkan persaingan PAS dengan Umno dalam merebut undi pengundi Melayu Islam, menjadi isu agama sebagai fokus kedua-dua parti.

Semalam, Nik Aziz menafikan beliau berkata demikian dan menyatakan kesediaan menyaman media terbabit.

"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya dalam sidang media di pejabatnya semalam.

Calon BN umpama padi basah

(Sidang media Salahudin dan Dr Dzulkifli Ahmad di Permatang Pasir)

Sementara itu, Salahudin juga menyifatkan, calon Barisan Nasional (BN) N11, Rohaizat Othman umpama 'padi basah' yang jika dijual pastinya rugi kerana terdapat pemotongan yang ketara.

Baginya, amat malang Umno dan Barisan Nasional (BN) memilih seorang calon yang banyak masalah dengan orang ramai apabila berbohong mengenai status kerjayanya serta pernah menyeleweng dan pecah amanah membabitkan wang Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil berjumlah RM140 ribu.

"Rakyat di Permatang Pasir harus menolak calon 'padi basah' yang dikemukakan oleh BN kali ini. Jika petani menjual padi basah pasti dia akan rugi buat apa. Lebih baik jual padi kering tentu dapat untung yang banyak, " jelasnya pada sidang media di Markaz Besar Pilihanraya Kecil Permatang Pasir pagi tadi.

Sebagai rakyat yang bijak sambung Salahudin, mereka harus menilai dengan baik selari dengan pengalaman pengundi di sini yang sudah tiga penggal memilih calon PAS, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman.

Umno lupa lokasi ini kawasan petani ujarnya, bila sebut padi basah tentu mereka lebih memahami dan tahu menilai apa yang PAS persoalkan.

Salahudin memuji langkah pemilihan calon sepertimana yang diamalkan di negara Amerika Syarikat walaupun dasar luar negara berkenaan teruk namun soal pemilihan kepimpinan negara mereka memandang tinggi dan berhati-hati.

Rakyat di sana akan mempertikaikan siapa tukang masak di rumahnya, orang gajinya, di mana anaknya dihantar kesekolah dan sebagainya bukan seperti di negara ini membuat pemilihan yang tidak kena yang akhirnya mendatangkan masalah berat pada negara.

Jesteru itu bagi pengundi di Permatang Pasir, latar belakang calon BN sudah cukup membuktitkan BN tiada calon yang berkalibar.

"Tidak timbul dia hero sebagaimana yang dinyatakan oleh kepimpinan Umno kononnya calon BN telah melunaskan hutangnya. Mungkin dia melunaskan hutang sebab nak masuk calon jika tiada habislah orang yang menjadi mangsa, "jelas terangnya.

HarakahDaily/jiwokelate2009

Rohaizat, tarik diri atau BN kalah teruk! PAS menang majoriti besar!

Kredibiliti calon BN dipertikai. Calon BN telah didapati bersalah kerana penyelewengan apabila Rohaizat Othman telah gagal memulangkan hampir RM 161,000.00 kepada pengadu selepas urusan jual beli dibatalkan. Rohaizat menafikan perbuatan yang dianggap sebagai ‘pecah amanah’ dan menuduh rakan kongsinya. sila klik Penjelasan Majlis Peguam mengenai kes Calon BN.

Ternyata Rohaizat bukan bukan calon pilihan peringkat akar umbi. Ketua Umno cawangan serta Ketua Pemuda cawangan di DUN Permatang Pasir tidak puas hati dengan pemilihan Rohaizat. Pemimpin UMNO merayu agar pengundi tidak mengulangi kesilapan di Manek Urai dan mahu pengundi kali ini memilih BN dan jika menang Permatang Pasir akan dijadikan 'anak emas' oleh kerajaan Najib. Moral calon sebeginikah yang BN mahu masyarakat setempat dan rakyat pilih?






Mahfudz Saran Rohaizat Tarik Diri

- Kredibiliti Rohaizat dipersoal media.

PERMATANG PAUH - Tidak sampai 24 jam, Rohaizat secara rasminya menjadi calon UMNO dan Barisan Nasional, timbul pelbagai isu terhadap beliau termasuk rasa tidak puas hati dikalangan ‘akar umbi’ parti itu sendiri.

Antara yang dibangkitkan dalam sidang media harian PAS yang diadakan di Markaz Besar Permatang Pasir hari ini adalah kredibiliti calon UMNO tersebut.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfudz Omar apabila ditanya oleh pihak media berkaitan perkara tersebut mempersoalkan, bagaimana orang yang melakukan satu perbuatan yang dianggap sebagai ‘pecah amanah’ kepada koperasi pekebun kecil untuk diberikan tanggungjawab menguruskan persoalan masyarakat dan rakyat?

(Gambar - Calon PAS, Ustaz Salleh Man turut hadir dalam sidang media di Markaz Besar hari ini)

Katanya beliau amat kecewa kerana BN mengemukakan Rohaizat sebagai seorang calon kerana menurutnya ia akan mendedahkan perlakuan Rohaizat sebelum ini disamping satu pengkhianatan dan pengkhianatan kepada para pengundi Permatang Pasir

”Saya amat kecewa BN yang mengemukakan beliau sebagai seorang calon, yang mendedahkan diri beliau itu kepada pendedahan terhadap perlakuan yang dilakukan satu ketika dulu, dari sudut moralnya beliau telah hilang kelayakan sebagai seorang calon.”ujar Mahfudz

Justeru, kata Dato’ Mahfudz, sebagai seorang abang kepada Rohaizat, beliau menasihatkan supaya Rohaizat menarik diri dari bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

”Oleh itu, untuk menjaga kedudukan dan imej beliau (Rohaizat), dengan umurnya yang masih muda, saya sebagai abang, saya sangat simpati kepada beliau, adalah lebih wajar beliau menarik diri,”jelas Mahfudz.

Rohaizat, seorang peguam sebelum ini, sebagaimana didedahkan media tempatan, telah ditarik lesen khidmatnya oleh Majlis Peguam kerana menggunakan wang anak guamnya sebanyak RM140,000.00.

Calon UMNO itu mendakwa bukan beliau yang melakukan perkara tersebut, namun menuduh rakan kongsinya yang mengakibatkan lesen syarikat khidmat guamannya digantung.

Dakwaan Rohaizat adalah tidak benar kerana menurut Majlis Peguam tindakan menarik lesen khidmat guaman adalah kepada individu peguam, bukannya kepada syarikat.

Sementara itu, dilaporkan dalam Malaysiakini, kira-kira 65 peratus ketua Umno cawangan serta ketua Pemuda cawangan di DUN tersebut berkumpul di sebuah kedai makan, kerana tidak puas hati dengan pemilihan Rohaizat.

Menurut satu sumber, perkara tersebut berlaku kerana mereka mengharapkan ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said - yang mesra dipanggil "cikgu" - akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Kata sumber yang turut hadir dalam perhimpunan tersebut, Mohd Zaidi terpaksa mententeramkan mereka yang tidak berpuas hati dan menasihatkan mereka supaya bertenang.

"Bekas guru itu turut berkata kepada mereka bahawa beliau masih lagi berpeluang untuk menjadi calon pada masa akan datang," kata sumber itu lagi.

Sehubungan itu, kata sumber itu, Mohd Zaidi menasihatkan penyokongnya agar tidak mementingkan diri sendiri tetapi perlu menjaga kepentingan parti.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, sekiranya Mohd Zaidi menjadi calon, beliau dijangka mendapat menarik kembali sokongan pengundi Cina seramai kira-kira 5,400 orang di Permatang Pasir serta pengundi atas pagar.

BuletinOnline

Naib Presiden PAS vs Naib Presiden UMNO : 24 jam untuk Zahid sahut cabaran Salahuddin debat isu Rohaizat

"Malam ini saya cabar untuk berdebat satu lawan satu dengan Zahid. Saya nak dedahkan mengenai calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu,"

sumber : lidah UBN


Salahuddin cabar Zahid berdebat isu Rohaizat

BUKIT MERTAJAM: Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, mencabar Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk berdebat mengenai isu pembatalan lesen guaman sivil calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya keci Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman.

Salahuddin memberi tempoh 24 jam kepada Naib Presiden Umno itu untuk memberikan jawapan sama ada beliau bersedia menyahut cabaran itu.

"Malam ini saya cabar untuk berdebat satu lawan satu dengan Zahid. Saya nak dedahkan mengenai calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu," katanya pada ceramah di Permatang Tok Kandu di sini, malam tadi.

Beliau mendakwa Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, tidak teliti dalam pemilihan calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu.

Lesen guaman Rohaizat dibatal berikutan masalah yang ditimbulkan oleh bekas rakan kongsi firma guamannya.

Mengenai kenyataan Ahmad Zahid bahawa Pas tidak perlu mempertikai pemilihan calon BN, Salahuddin berkata: "Ini menjadi masalah kepada penduduk di Permatang Pasir kerana jika calon ini menang ia akan mewakili mereka."

Pemerintahan Era Najib-Altantuya : Peralat Tentera Bantu Kempen BN

PAS kesal dengan tindakan pemerintah Umno-BN memperalatkan Tentera dalam pilihanraya kecil Dun N11 Permatang Pasir.

Pengarah Pilihanraya Dun N11 Mahfuz Omar berkata PAS berjaya mengesan kewujudan klinik-klinik tentera yang memberikan khidmat perubatan percuma kepada penduduk di pusat jentera pilihanraya Umno.




Pemerintah Kerah Tentera Bantu Kempen BN

Pas kesal dengan tindakan pemerintah Umno-BN memperalatkan Tentera dalam pilihanraya kecil Dun N11 Permatang Pasir.

Pengarah Pilihanraya Dun N11 Mahfuz Omar berkata Pas berjaya mengesan kewujudan klinik-klinik tentera yang memberikan khidmat perubatan percuma kepada penduduk di pusat jentera pilihanraya Umno.

Pas demikian itu menuntut Tentera Diraja Malaysia untuk menghormati kedudukan tentera sebagai elemen neutral dan tidak membantu kempen pilihanraya mana-mana parti politik di Dun N11.

“Kekuatan angkatan tentera digunakan untuk kepentingan politik dalam pilihanraya. Saya percaya ini semua satu bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan jentera agensi dan jabatan kerajaan. Sebab saya minta SPR memerhati hal-hal sebegini bagi mengelak penyalahgunaan agensi kerajaan,” katanya.

Mahfuz menjelaskan bahawa penemuan klinik tentera di khemah-khemah Umno menunjukkan bahawa pihak keselamatan turut diheret ke kancah politik bagi membantu kemenangan Umno.

Beliau percaya manipulasi sumber kerajaan ini mempunyai hubungan kait dengan portfolio Menteri Pertahanan yang kini dipegang oleh Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Dato Zahid Hamidi.

Jelas Mahfuz, keadaan yang sama berlaku Pilihanraya kecil di Manek Urai di mana instusi tentera dan polis dikerahkan untuk membantu jentera milik Umno dan BN.

“Ini kali ke 2, di Manek urai dengan satu kertas kerja yang menunjukkan penglibatan secara terang di akui dalam kertas itu bahawa mereka harus berstrategi dalam program-program di bawah angkatan tentera ini supaya tidak dilihat memihak kepada BN tetapi mereka sebenarnya bekerja untuk BN,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Mahfuz turut menyatakan kekecewaan dengan sikap Umno-BN mengemukakan calon yang terpalit isu pecah amanah untuk mewakili rakyat Permatang Pasir.

Mahfuz berkata calon BN, Rohaizat Othman, dikaitkan dengan kes salahlaku melibatkan penyalahgunaan wang RM140,000 wang koperasi milik pekebun kecil getah.

Kata Mahfuz, pemilihan calon yang pernah terlibat dengan tuduhan salahlaku merupakan pilihan terbaik yang dapat diberikan oleh Umno BN kepada pengundi Permatang Pasir.

“Saya sangat kecewa mengemukakan beliau sebagai seorang calon yang mendedahkan diri beliau kepada pendedahan terhadap perlakuan yang dilakukan satu ketika dahulu bahawa beliau sebenarnya dari sudut moral hilang kelayakan sebagai seorang calon. Ini diakui oleh Dato Zahid Hamidi,” katanya.

Mahfuz berkata Pas tidak mahu melakukan serangan peribadi terhadap Rohaizat, tetapi mempersoal kredibiliti Rohaizat untuk memegang amanah sebagai seorang wakil rakyat.

Katanya, pemilihan Rohaizat sebagai calon di permatang pasir bersalahan dari segi moral sebagaimana yang diakui sendiri oleh pengerusi perhubungan negeri Pulau Pinang, Dato Zahid Hamidi.

TVA/Kelab GB