
10.04 malam - Ucapan Abe Uji, majlis berakhir.
9.51 malam - Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan doa kemenangan.
9.45 malam - Ucapan daripada YB Tian Chua - Timbalan Presiden PKR mewakili Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
9.40 malam - Ucapan daripada Ustaz Nasuruddin Daud, Speaker DUN.
9.37 malam - Ucapan aluan tahniah daripada YB Abdul Fatah Harun (Pengarah PRK Manek Urai)
9.15 malam - Pimpinan-pimpinan PAS Kelantan dan Pusat serta Pakatan Rakyat tiba di markaz induk. Ketibaan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di markaz induk.
8.50 malam - Satu majlis ucapan dari dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob dan Dato' Mahfuz Omar di Markaz Induk, sejurus selepas solat Isya' berjemaah selesai.
8.40 malam - Keputusan rasmi, PAS meraih 5,347 undi, BN pula mendapat 5,283 undi dan majoritinya hanya 64 undi sahaja dimumkan jam 8.29 oleh Pengerusi SPR malam tadi.
Pemimpin-pemimpin PAS termasuk Ahli Jawatankuasanya, Datuk Husam Musa sudah mula memasuki pusat penjumlahan undi.
8.36 malam - Keadaan di tempat pengumuman sesak dengan lautan penyokong kedua-dua pati, terutamanya penyokong PAS. Golongan muda yang menyokong PAS masih bersemangat menantikan keputusan akhir diumumkan.
8.25 malam - Calon PAS, Abe Uji dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam perjalanan menuju ke tempat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.
8.15 malam - Keputusan sekarang, PAS hanya mendahului 64 undi sahaja.
8.15 malam - 5 lagi peti undi masih lagi tidak sampai ke tempat pengiraan undi. Keadaan diluar sedang hujan renyai. Sebarang kemungkinan mengkin berlaku.
Di Markaz Induk, tazkirah dan doa dipimpinkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz selasai. Calon PAS, Abe Uji keluar dari markaz ke dataran untuk bersama-sama para penyokong.
Trafik menuju ke tempat semakin sesak tidak bergerak sejak dikhabarkan PAS menang tipis.
8.15 malam - Keputusan pilihan raya kecil DUN Manek Urai sepatutnya sudah diketahui umum jam 8 tadi tidak dapat diumumkan.
Pengiraan semula undi pula kini berlangsung selepas kiraan awal menunjukkan PAS menang dengan undi tipis.
7.55 malam - Sementara itu, di Pusat pengiraan undi, PAS didakwa menang dengan majoriti 6undi tetapi akibat majoriti terlalu tipis, pengiraan semula dijangka akan dijalankan.
7.40 malam - Solat Maghrib dipimpin Tuan Guru, khemah putih dipenuhi jemaah, Tuan Guru sedang member tazkirah.
7.36 malam - Azan telah berkumandang, penyokong-penyokong PAS masing-masing bersiap sedia untuk solat berjemaah di khemah putih yang disediakan.
7.20 malam - Di hadapan Markaz Induk, penyokong-penyokong PAS masih lagi bertumpu dihadapan layar besar untuk mengetahui keputusan terkini undian (secara tidak rasmi - PAS).
Di kanan kiri bahu jalan berdekatan Markaz dipenuhi kenderaan-kenderaan penyokong dan petugas Pas.
7.15 malam - Solat Maghrib akan dipimpin Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat malam ini di Markaz Induk.
5.00 petang - Tepat jam 5 petang, semua pusat membuang undi secara rasminya ditutup. Keputusan dijangka akan diumumkan pada jam 8 malam.
4.52 petang - 10 minit sebelum tamat masa pengundian, peratus keluar mengundi sebanyak lebih kurang 86%
4.40 petang - Kemalangan di hadapan Sek. Keb. Sungai Perial, Nadiah Mohd Kamil, 24, dari Kuala Kangsar cedera di bahagian mulut diiringi pegawal keselamatan PAS
4.39 petang - Calon PAS, Abe Uji tiba di markas Induk PAS. Para penyokong menyambut dengan laungan takbir berkali-kali
4.31 petang - Calon BN meninggalkan UPU Temalih bersama pengiring-pengiringnya dengan bermotorsikal
4.30 petang - YB Takiyuddin berada di Sekolah Manik Urai Baru
4.16 petang - Calon PAS, Abe Uji dalam perjalanan menuju ke Markas Induk daripada UPU Temali
4.15 petang - Peratusan yang telah keluar mengundi sebanyak 84 %
Kenderaan bergerak sangat perlahan dari persimpangan Manek Urai Baru ke Sungai Perial
3.56 petang - Beberapa pemerhati daripada MAFREL masih kelihatan berada di peti undi memantau perjalanan pilihan raya kecil Manek Urai.
3.50 petang - Peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi sudah mencecah 83.9 peratus atau 10,312 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam sebelum pusat pembuangan undi ditutup.
3.47 petang - Di Temali, calon PAS tiba di pusat pengundian. Beliau disambut oleh kira-kira 150 penyokong dan diiringi dengan bacaan doa
3.46 petang - Seramai 150 hingga 200 penyokong PAS kembali berkumpul di hadapan pusat pengundian Sungai Peria
3.30 petang - Timbalan Perdana Menteri berlepas ke Kota Bharu daripada MRSM Kuala Krai dengan menaiki helikopter
3.20 petang - Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin sampai di MRSM Kuala Krai
3.09 petang - Seorang petugas muslimat PAS Perak, dimasukkan ke hospital Kuala Krai akibat cedera parah akibat balingan batu dari kumpulan penyokong BN
3.00 petang - Perjalanan ke beberapa UPU masih sesak. Diantaranya Sungai Peria, Sungai Sok, Chuchoh Putri dan Laloh
2.55 petang - Calon PAS, sebentar tadi tiba di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama. Keadaan di sana tenang berikutan tiadanya petugas perayu undi dari BN.
2.53 petang - Di Pria, kedua-dua penyokong PAS dan UMNO mula berehat. Aliran pengundian semakin berkurangan

2.50 petang - Perayu-perayu undi BN mula meninggalkan tempat di Manek urai Baru. Hanya kelihatan 4 orang sahaja.
2.49 petang - Di Manek Urai Baru, pihak SPR telah membenarkan pemerhati barung dari PAS berada bersama barung SPR selepas berunding dengan pihak polis oleh YB Datuk Takiyuddin
2.46 petang - Pengundi luar berpihak kepada PAS. Sebanyak 81.75 % daripada 2200 orang telah keluar mengundi.
2.38 petang - SPR menjangkakan sebanyak 85 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.
Calon PAS, Abe Uji sedang berada di UPU Manek Urai Lama

2.30 petang - Mengikut culaan selepas 75% keluar mengundi, PAS mendahului lebih kurang 1000 undi.Jika peratus undi bertambah, BN mungkin akan kalah teruk
2.00 petang - Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat di UPU Chuchu Puteri
1.50 tengahari - Anak-anak Abe Uji turut serta mengiringinya dalam sesi konvoi ke tempat-tempat pengundian.
Di Lata Rek setekat jam ini, petugas Pas masih kelihatan kuat meraih undi berbanding petugas BN yang nampaknya semakin putus asa, namum pada masa yang sama masih melalukan perangai yang tidak baik.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob yang telah melawati 4 buah UPU memberitahu, PAS mendahului 52%.
1.14 petang - calon PAS kini berada di Sekolah Kebangsaan Kg karangan, major
1.10 petang - Sehingga jam 12 tengahari tadi, kira-kira 68.4 peratus atau 8,475 pengundi keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini.
10. 27 pagi - Dari kubu kuat UMNO, UPU Manjor, polis kelihatan ramai berada di pintu utama masuk ke kawasan mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Karangan, saluran 1 dan 2 semakin ramai yang telah mengundi, saluran 3 masih lagi kurang dan lengang.
Kawasan Kota Raja yang diketuai Dr. Siti Mariah Mahmod membantu keadaan di sana.
Manakala, petugas Pas UPU manjor dalam masa yang sama sedang menyediakan jamuan makan tengahari untuk para petugas PAS, 2 ekor kerbau dimaklumkan tumbang.
10. 25 pagi - Di UPU Laloh suasana agak tegang apabila penyokong BN dan PAS menyerbu sebuah rumah pengundi berebut untuk membawa pengundi ke tempat pengundian. Pengundi tersebut dimaklumkan pengundi luar.
9.50 pagi - Calon Pas, Abe Uji sedang berada di Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri, calon terpaksa menaiki matorsikal berikutan jalan masuk ke tempat pengundi yang sesak.
Keadaan disana dilaporkan tegang, muslimat dan puteri UMNO saling berperang mulut.
9.45 pagi - Di Pusat mengundi Manek Urai Lama, anggota keselamatan polis menggunakan sebuah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) meleraikan ketegangan yang berlaku disana.
Laporan memberitahu, ketegangan berpunca dari Umno Ketereh yang cuba membuat provokasi antara mereka dan PAS Ketereh. Umno Ketereh didakwa cuba melepasi had kawasan merayu undi parti masing-masing.
9.35 pagi - Di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru ketika ini, hanya saluran 1 dan 2 yang memenuhi dewan tempat mengundi, di saluran 4 masih ketara sedikit bilangannya waktu ini.
9.15 pagi - Laporan dari peti undi Sungai Sok, calon PAS, Abe Uji dengan diiringi isterinya, Kak Nah sedang bertemu dengan pengundi-pengundi di Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.
Keadaan tegang disana berikutan pertembungan petugas perayu undi Muslimat PAS dan Wanita Umno, provokasi yang diberitakan dimulakan pihak Wanita Umno itu walaubagaimanapun dapat dikawal petugas keselamatan PAS.
9.10 pagi - Helikopter peronda polis mulai sesak diudara, memantau keseluruhan tempat seolah-olah Manek Urai di duduki pengganas.
9.08 pagi - Laporan dari 9 tempat mengundi, saluran 3 masih lagi lengang. Hanya saluran 1 yang di penuhi pengundi.
Kemungkinan pengisytiharaan cuti umum hari ini menyebabkan golongan muda dari saluran 3 mengambil sikap untuk mengundi tengahari nanti.
9.04 pagi - Laporan dari Sekolah Kebangsaan Manek Urai, takbir dan selawat bergema mengiringi pengundi-pengundi PAS.
9.00 pagi - Sementara itu, laporan dari Sekolah Kebangsaan kampung Karangan UPU Manjor, jalan ketika ini sesak berikutan laluan sempir menuju tempat mengundi.
Petugas jentera PAS lebih menguasai keadaan dalam merayu undi, hanya sebilangan kecil kumpulan puteri Umno kelihatan di sana.
8.30 pagi - Setelah 20 minit melihat keadaan di Sungai Peria calon Pas, Abe uji menuju ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sok pula.
8.29 pagi MANEK URAI, 14 Julai - Kebanyakkan yang turun mengundi awal pagi ini adalah dari saluran satu.
8.20 pagi - Abe Uji telah masuk ke dalam tempat membuang undi Sekolah Kebangsaan Sungai Peria memerhati perjalanan proses pembuangan undi yang sedang berlangsung.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat telah beredar menuju ke tempat pengundian lain.

8.00 pagi - Kesemua 9 tempat mengundi rasmi telah dibuka.
Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sekarang berada di Sekolah Kebangsaaan Peria menyaksikan pengundi-pengundi membuang undi.

7. 40 pagi - Suasana di empat-tempat pengundian meriah terutamanya di tempat calon PAS berada. Orang ramai sudah mula beratur untuk menyemak saluran mengundi masing-masing.
7. 30 pagi - Orang ramai mulai bertumpu di pusat-pusat pengundian.
7.00 pagi MANEK URAI, 14 Julai - Jalan utama Gua Musang - Kuala Krai kelihatan mula dipenuhi kenderaan, trafik bergerak lancar dari kedua-arah.
Laluan menuju ke tempat-tempat pengundi masih boleh dikawal. Di kiri kanan bahu jalan perayu-perayu undi mulai kelihatan.
Petugas jentera PAS mula mengambil posisi kerja masing-masing, mereka kelihatan lebih bersemangat.
prkn41.pas.org.my