Tuesday, May 25, 2010

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Miri kali pertama telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Mahfuz Omar pada 22 Mei 2010 di Hotel Telang Usan, Miri.




















Makan Malam & Pelancaran Dana Kebajikan PAS Miri berlangsung pada 21 Mei 2010, Hotel Mega Miri. Antara yang hadir ialah YDP PAS Kawasan Miri Tuan Hj Jofri bin Jaraee, Ketua Cabang KeAdilan Miri Dr Michael Teo, DAP Michael Ding dan Puan Magdeline Ketua Wanita SNAP.























Friday, May 21, 2010

bila pemimpin Islam dibelenggu budaya barat..

tiup lilin kek .. hari ulang tahun kelahiran taiyeb ini adat orang barat yg telah dianuti oleh masyarakat kita sejak zaman dijajah oleh British lagi. akhirnya adat ini menjadi sebahagian daripada kehidupan golongan ini yg terus dijajah pemikirannya


terimalah hakikat.. BN pengecut.. balas dendam kalah di Sibu..



ADUN Pandungan naik bot ke sidang DUN
Hafiz Yatim
Mei 20, 10 7:52pm


ADUN Pandungan dari PKR Dominique Ng - yang digantung dari menghadiri sidang DUN kelmarin - hari ini menggunakan bot untuk mengikuti perbahasan dalam sidang DUN.

Beliau berbuat demikian setelah dihalang oleh polis dalam satu sekatan jalan raya dalam hujan lebat kira-kira jam 9 pagi tadi, satu kilometer dari bangunan DUN.

Sehubungan itu, beliau menggunakan bot Penambang untuk menyeberangi Sungai Sarawak tetapi kecewa lagi apabila mendapati pintu masuk ke bangunan itu berkunci.

"Saya mahu mengikuti perbahasan dari galeri awam sekalipun saya digantung selama setahun. Bagaimanapun, semua ini mengarut apabila polis membuat sekatan jalan raya bagi menyekat kami untuk memasuki bangunan itu kira-kira satu kilometer.

"Mereka tidak menahan saya kerana mereka adalah polis bantuan tetapi saya disekat dan basah kuyup dalam keadaan hujan yang lebat," katanya.


Selain Dominique Ng, seorang lagi rakan Pakatan Rakyat yang digantung Selasa lalu adalah Chong Jen Jien (DAP-Bandar Kuching).

Semalam ADUN Maradong Ting Tze Fui (kanan) juga dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, dewan Undangan Negeri Sarawak berhubung satu kenyataan yang dibuatnya November lalu.

Ting akan dihadapkan ke jawatankuasa itu Jumaat ini berikutan usul yang diluluskan oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Wong Soon Koh pada persidangan DUN hari ini.

Ting berkata dia diheret ke jawatankuasa itu kerana menuduh kerajaan Sarawak menyalah-gunakan dana negeri ketika perdebatan mengenai bajet negeri pada November lalu.

[Baca berita penuh]

Gambar-gambar istimewa TGNA

Tertidur keletihan..maklumlan jadual harian Tok Guru memang padat,semoga Tok Guru dipanjangkan umur untuk terus memimpin kita

Makan nasi bungkus je? 20 tahun menjadi MB masih mengekalkan ciri2 kesederhanaan

Sembahyang kat pondok tepi sawah je

Walaupun bertaraf Ulama,tapi tidak kekok menjadi makmun pada rakyat biasa. Tabik Tok Guru

Hu Ferrari beb...

Sedia menerima tetamu tanpa protokol yang ketat.Perhatikan pakaian Tok Guru macam orang kampung biasa je..
Gambar yang ambo kumpul dari berbagai sumber yang menunjukkan Tok Guru dalam keadaan istimewa.Walau dah 20 tahun jadi MB tapi masih mengekakalkan ciri2 kesederhanaan yang sanjungan rakyat. Dapatkah pemimpin lain samada dari BN atau PAKATAN sendiri mencontohi apa yang diamalkan Tok Guru...


ehsan : TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Thursday, May 20, 2010

Himpunan Besar Bantah Lesen Judi

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 19 Mei : Bagi menjayakan himpunan membantah lesen judi 21 Mei ini, Dewan Pemuda PAS negeri disaran mendapatkan penyertaan daripada Pemuda Pakatan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Ketua DPP Pusat, Nasruddin Hassan memberitahu demikian dalam satu arahan melalui sistem pesanan ringkasnya hari ini.

"Pemuda setiap negeri dikehendaki mengadakan himpunan aman pada Jumaat, 21 Mei ini selepas solat Jumaat.

"Bagi menjayakan himpunan itu, DPP negeri disarankan mendapatkan penyertaan daripada Pemuda Pakatan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Beliau juga menyeru seluruh pemuda PAS agar mewujudkan gelombang untuk menentang kemungkaran.

Pada 3 Julai depan pula, DPP Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran di ibu negara bagi menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong di istana negara.

Kerajaan awal bulan ini meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.

Ekoran itu, ianya mendapat bantahan daripada pelbagai pihak khususnya Pakatan Rakyat.

Harakahdaily

Tuesday, May 11, 2010

Kempen Jom Ubah Sibu : YB Lim Kit Siang, YB Salahudin Ayub, YB Khalid Samad, YB Tian Chua, YB Azmin Ali

Pelancaran Kempen Jom Ubah Sibu pada 7 Mei 2010 di Restoran Muhibbah (Sebelah Hotel Paramount), Sibu Sarawak.




















Monday, May 10, 2010

Anwar : Saiful sahkan Najib terlibat




Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 10 April : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersyukur ekoran Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis.

"Hari ini saya bersyukur kerana kita dapat sahkan penglibatan Najib yang diakui Saiful bertemu beliau empat hari sebelum laporan polis dibuat," katanya di luar mahkamah hari ini.

Dalam perbicaraan kes liwat ll Anwar hari ini, Saiful berkata dia berjumpa Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.

Saiful juga memberitahu dia kemudiannya berjumpa ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun.

"Pegawai kanan polis panggil di satu hotel terkemuka untuk adakan perbincangan sebelum laporan dibuat.

"Itu yang Karpal tekankan penglibatan dan konspirasi melibatkan Najib," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut melahirkan rasa tidak puas hati ekoran kegagalan pihak pendakwa yang begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

"Pertama kali dalam sejarah kes jenayah, nama saksi tidak diberikan, sampai sekarang pendakwa gagal mengemukakan nama saksi.

"Ini seperti mana yang kita sebut satu kelainan. Bila masuk kes Anwar memang ada kelainan," katanya lagi.

Ketika prosiding bermula pagi tadi, peguam bela utama, Karpal Singh, memohon mendapatkan senarai nama saksi daripada pihak pendakwaan tetapi ini tidak dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Selepas Karpal menyoal Saiful selama 45 minit, beliau membuat satu lagi permohonan iaitu bagi mendapatkan semua keterangan bertulis daripada polis.

Hakim menangguhkan perbicaraan jam 12.30 tengahari tadi dan akan disambung jam 9 pagi esok.

Penangguhan itu dipohon Karpal Singh untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.

Saiful Gagal Mandi Junub

Sekitar Ceramah di Markaz PAS Kampung Hilir, Sibu (8/5/10)