Wednesday, July 29, 2009

Melayu tak wujud sebenarnya

Orang Melayu itu adalah rekaan semata-mata, kalau ikutkan “hakikat” yang ada adalah orang Jawa, Bugis, Minang, Siam, Acheh dan sebagainya. Malah orang Melayu (kerana ianya tidak wujud) bukanlah orang asal keturunan di semenanjung Malaya (Semenanjung Tanah Melayu tidak wujud) akan tetapi orang asal adalah Orang Asli dan bukanlah orang Melayu. Merekalah Bumiputera yang sebenarnya dan yang lain adalah rekaan semata-mata.


themalaysianinsider

JULAI 29 — Hang Tuah sebenarnya bukan Melayu; Hang Tuah sebenarnya orang berketurunan dari China mengikut kata sesetengah orang lah (bukan saya OK). Mengapa pula dikatakan begitu? Sebab diambil contoh dari Hang Li Po seorang puteri dari China, namanya bermula dengan Hang, atas dasar itu orang keturunan dari China maka namanya bermula dengan Hang dari perkataan “Han” iaitu nama satu dinasti lama di China. Hang Li Po bererti Li Po orang Han, itulah ceritanya maka atas sebab samalah Hang Tuah itu bukan Melayu. Kalau nak diikut begitulah Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan juga Hang Kasturi. Malah ada yang lebih jauh mengatakan yang Hang Tuah itu namanya sebenar adalah Han Too Ah, Jebat pula Han Jee Fat (macam watak utama dalam komik Alam Perwira pulak) manakala Hang Lekiu pula adalah Han Lee Kiu.

Ada ada kemungkinan, mungkin betul, bunyinya macam betul, tapi kalau hendak diikutkan kesimpulan begini bolehlah saya mengatakan yang sebenarnya “Tong Sampah” bukanlah perkataan Melayu akan tetapi ianya berasal dari China. Ini adalah kerana Tong Sampah adalah dari Thong Sam Ah seorang ushawan karung guni berbangsa Hakka yang suka mengambil barang-barang lama di sekitar tahun awal 1930an di Taiping. Maka apabila ada barang hendak dibuang orang kampung suka berkata “ahh ko bagi la barang nak dibuang tu ke Thong Sam Ah, dia memang ambil barang hendak dibuang”. Bunyinya memang macam betul tapi itu tidak menyebabkan ianya fakta bukan walau berapa puluh kali saya mengulangi cerita ini sesungguhnya Tong Sampah bukanlah Thong Sam Ah.

Penulis telah beberapa kali juga terserempak dengan sesi perbincangan atau perbualan mengenai bagaimana sebenarnya konsep atau orang “Melayu” itu sendiri tidak wujud. Jangan kata Hang Tuah bukan Melayu, Melayu itu pun bukan Melayu. Dikatakan sebenarnya Melayu itu adalah ciptaan atau rekaan penjajah British yang hendak memudahkan pemerintahan di Malaya (Tanah Melayu tidak wujud ye dalam konsep ini).

Orang Melayu itu adalah rekaan semata-mata, kalau ikutkan “hakikat” yang ada adalah orang Jawa, Bugis, Minang, Siam, Acheh dan sebagainya. Malah orang Melayu (kerana ianya tidak wujud) bukanlah orang asal keturunan di semenanjung Malaya (Semenanjung Tanah Melayu tidak wujud) akan tetapi orang asal adalah Orang Asli dan bukanlah orang Melayu. Merekalah Bumiputera yang sebenarnya dan yang lain adalah rekaan semata-mata. Hujah ini banyak digunakan apabila sesetengah pihak hendak mempertikaikan atau mendebatkan mengenai Dasar Ekonomi baru atau hendak memarahi suatu parti politik tertentu. Penulis tidaklah mengatakan yang hendak memperdebatkan Dasar Ekonomi Baru itu salah, tapi janganlah sampai adat resam dan keturunan terus dipertikaikan dan dipersoalkan atau diperlekehkan. Hanya kerana kegiatan berpolitik berlebihan dan taksub marah terhadap sesuatu tak tentu pasal habis dijahanamkan dan dikorbankan adat resam dan kebudayaan yang umurnya bekurun-kurun lamanya. Maka terpaksalah sejarah ditulis semula yang Hang Tuah pernah mengatakan yang “Takkan Bugis, Jawa, Minang, Acheh, Bali, Baweyan dan sebagainya (bukan Melayu) hilang di dunia.” Penat tu nak sebut.

Itu yang membuatkan penulis rasa terkedu sedikit sejak kebelakangan ini kerana seolah-olah persepsinya bahawa segala yang penulis dibesarkan dengan, diajar dan bahasa ibunda sendiri adalah penipuan semata-mata. Rupa-rupanya segala adat resam seperti pantun, gurindam, Bahasa Melayu, baju Melayu, sepatu, kuih raya dan sajak malah sejarah sendiri adalah rekaan British semata-mata. Malah kalau nak diikutkan terpaksalah kita mengubah Rukun Negara nampak gayanya. Ini adalah kerana orang Melayu itu tidak wujud. Maka atas dasar itu terpaksalah kita mengakui yang Raja-Raja Melayu bukanlah pemerintah yang hak negara ini, masakan ada kesultanan Melayu kalau Melayu itu sendiri tidak wujud. Maka Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara terpaksalah dipinda, maka tak gunalah kita memakai baju kuning berarak ke Istana Negara dan menjerit Daulat Tuanku sambil menyerahkan memorandum.

Pembaca sekelian kalau hendak dikatakan Melayu itu tidak wujud atas sebab-sebab di atas maka bolehlah kita pertikaikan macam-macam. Kita bolehlah mengatakan bahawa orang Cina juga tidak wujud kerana yang ada adalah orang-orang Manchu, Hakka, Canton, Han dan sebagainya. Mandarin adalah ciptaan pemerintah kejam yang memaksa mereka ini berada dibawah pemerintahan Maharaja dan menghapuskan susur galur etnik. Begitu juga dengan tidak wujudnya orang India akan tetapi yang ada adalah Hindi, Tamil, Malayalam, Sinhala dan sebagainya. Bahawa India itu juga adalah ciptaan British. Maka atas dasar itu buat apa diadakan sekolah jenis kebangsaan yang mengajar dalam Bahasa Mandarin kerana Bangsa Cina itu tidak wujud, sepatutnya di Pulau Pinang diajar dalam bahasa Hokkien manakala di Kuala Lumpur diajar dalam bahasa Cantonese. Malah kalau nak diikutkan juga konsep bangsa Malaysia itu juga adalah ciptaan British kerana sebelum ini tidak wujud Malaysia sehinggalah pihak British mencadangkan untuk menggabungkan Semenanjung Tanah… Malaya dengan Sabah dan Sarawak. Oleh sebab kini Melayu sudah tidak wujud maka timbul juga persoalan tentang Brunei nanti, ye lah orang Brunei ini orang apa? Jawa? Bugis? Yahudi?

Seperti biasa pastinya banyak yang akan mengatakan bahawa semua ini adalah salah sebuah parti tertentu yang mempunyai nama Melayu didalamnya. Bahawa segala sejarah yang kita belajar ini adalah rekaan agenda politik tersembunyi dari mereka. Kalau anda berpendapat begitu itu adalah hak anda akan tetapi berfikirlah sebelum berkata-kata. Sesungguhnya kalau nak diikutkan begitu, orang yang paling berdosa adalah ketua pembangkan sekarang kerana suatu ketika dahulu dia adalah Menteri Pelajaran dari tahun 1986–1991 ketika mana banyak dasar-dasar dan buku teks sejarah ditulis ketika itu. Malah jangan lupa ketika itu dialah jaguh ketua pemuda yang hendak mengumpulkan setengah juga umat Melayu di Dataran Merdeka yang mencetuskan Operasi Lalang 1989. Tapi ye lah, itu dulu, masa bersongkok berbaju Melayu menjerit hidup Melayu. Sekarang dunia politik sudah berubah, lain padang lainlah belalang. Tapi betullah kalau hendak dikatakan semua masaalah politik sekarang berpunca dari satu parti, mana taknya kerajaan dan pembangkang sekarang semuanya berasal dari tempat yang sama.

Tidak salah kalau kita hendak mengkritik, berdebat atau kita hendak membincangkan tentang konsep kenegaraan dan hal-hal melibatkan politik. Demokrasi membenarkan ini semua dan ianya adalah suatu aktiviti pembetulan yang menyihatkan. Tapi janganlah sampai dikorbankan, dibunuh dan dipijak adat resam dan keturunan yang telah berlangsung selama beratus-ratus tahun hanya kerana aktiviti politik taksub yang berlebihan. Mungkin ini adalah perasaan penulis semata-mata tapi sejak kebelakangan ini banyak dilihat anak muda Melayu sendiri malu hendak mengaku Melayu.

Saya terus-terang mengatakan bahawa saya bukan anak Bangsa Malaysia, saya rasa saya tidak perlu malu, takut ataupun merasa berdosa mengaku diri saya ini orang Melayu. Saya adalah seorang Melayu yang merupakan warganegara Malaysia. Malah kalau nak diikutkan perlembagaan sesiapa sahaja tidak kira keturunan boleh mengaku dirinya Melayu, pergi baca. Dan kalau anda hendak mengaku diri anda Bangsa Malaysia, Iban, India, Cina, Hakka, Kadazan atau apa sekalipun saya tidak mempunyai masaalah, kita semua rakyat Malaysia. Suka hatilah janji anda bahagia, tapi janganlah hendak memadamkan identiti saya — itu salah dan tidak patut.

Saya hanya mempunyai masaalah dengan orang-orang yang dengan bangga dan lantang mengaku dirinya Bangsa Malaysia tapi sepatah haram Bahasa Malaysia pun tidak tahu. Bahasa Malaysia adalah bahasa yang digunakan hanya ketika hendak memesan nasi lemak dekat gerai makcik depan rumah. Tatabahasa yang ada cumalah nasi lemak, satu, bungkus, rendang daging, sambal kurang dan thank you. Yang kelakar apabila orang-orang ini dilihat lebih “Englishman” dari “Malaysian”. Saya ingat lah kan, tak perlulah kita buang identity Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan atau apa-apa sekalipun kalau kita hendak bersatu dan mencapai perpaduan. Anggaplah macam kita ni semua rojak, lain rasa lain warna tapi bila campur dalam satu kuah sedap rasanya. Kalau semua sama pun bosan jugak kan. Nak tulis panjang lagi tapi tak pelah saya simpan lain kali.

Jangan terkejutlah kalau artikel ini masuk dalam artikel popular dibaca di dalam The Malaysian Insider, almaklumlah tajuknya sendiri memang dekat di hati pembaca TMI.

Najib bayar RM20 juta untuk dapat imej baik?

chegubard.blogspot.com

Regim Bn ini tidak pernah berubah dalam aspek pembaziran jutaan wang rakyat hanya semata - mata untuk membayar perunding imej bagi melobi imej pemimpin regim ini khususnya untuk luar negara.

Semenjak Mahathir, Abdullah dan kini Najib turut sama membelanjakan wang yang cukup banyak semata - mata untuk membina imej peribadi. Antara syarikat yang kini sedang menikmati jutaan wang rakyat untuk menaikkan imej Najib ialah Anco Worldwide, sebuah syarikat perunding imej dan media antarabangsa.Menurut sumber yang dipercayaan syarikat ini menikmati kontrak RM20 juta untuk perkara tersebut.

Ada satu maklumat pula menyatakan kontrak RM20 juta masih belum ditandatangani namun syarikat ini masih didalam tempoh percubaan tetapi tetapi menikmati bayaran tinggi berdasarkan projek. Antara tugasannya ialah memastikan Najib Tun Razak mendapat liputan dalam agensi berita dunia seperti CNBC dan CNN.

Menempatkan tulisan mengenai Najib dan menempatkan tulisan Najib di media dunia juga menjadi peranan mereka.

Bayaran yang tinggi ini juga berkaitan dengan usaha Najib untuk mengimbangi imej Anwar Ibrahim yang dihormati dunia.

Pejabat Perdana Menteri sekarang ini juga dikatakan bersedia membuat bayaran yang amat tinggi hanya untuk memastikan lawatan Obama, Presiden Amerika ke Kuala Lumpur. Kononya lawatan Obama ke Kuala Lumpur akan menaikan imej Najib ke tahap maksimum di mata dunia.

Apco Worldwide difahamkan telah mendapat ruang di pejabat Perdana Menteri sejak awal Najib menjadi PM. Sila klik sini untuk melawat rangkaian pejabat Apco di Tel Aviv.

Apco dan beberapa buah agensi perunding imej dan media yang berpengkalan di US terlibat secara terus dan serius dalam menghasilkan strategi 100 hari Najib..

Ini termasuk kempen 1 Malaysia dan beberapa pengumuman yang porpular..

Maklumat ini dipecahkan oleh beberapa kakitangan kanan tinggi kerajaan yang tidak berpuas hati dengan pembayaran yang amat mahal sedangkan hasilnya amat diragui. Sehingga kini imej Najib dalam dan luar negara belum berada pada tahap memuaskan.

Abdullah Badawi juga pada ketika menjadi Perdana Menteri turut menggunakan agensi asing untuk meastikan imejnya naik sebagai pemimpin Islam Progresif dan pemimpin Malaysia sebagai sebuah negara islam yang liberal.

Manakala tidak boleh disangkal oleh regim ini bahwa Mahathir Mohamad dan Abdullah turut menggunakan pelobi Yahudi Abramoff dengan bayaran yang begitu mahal semata untuk memastikan punya imej baik.

cheGuBard sudah pun menulis sebelum ini mengenai perkara ini. sila baca petikan di bawah.

Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis), regim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchisebuah agensi perunding/pengiklanan multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi perunding imej dalam beberapa siri pilihanraya yang bertanggungjawab mencari teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen regim Bn. Syarikat yang sama juga terlibat dalam banyak projek kerajaan.

CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah menadatangani kontrak bernilai USD 250 juta kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun. (Sila klik sini untuk baca siapa EDS? )

Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT disumberluarkan. (sila klik sini carian CIMB aniaya pekerja)

EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berpengkalan di Herzelyia, Israel. Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis, ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga dalam Laporan Tahunan CIMB 2008. (sila klik untuk laporan CIMB 2008)

Petikan di atas ialah dalam tulisan antara Chin Peng dan Henry Gurny untuk baca lanjut sila klik sini.



'Blame Masing for Hadi’s remarks on loincloths'

malaysianmirror

Why Masing had not taken any action against his deputy Joseph Entulu who wanted to obliterate the word “Dayak” as it implied the Dayaks were uncivilized, uncouth and low class.

“To me this is a small issue, but Masing used it to hide bigger issues where Dayaks have been short-changed"

“These are the bigger issues that affect the lives and the livelihood of the Dayaks”

“As the minister of land development, Masing should ensure that NCR lands are not taken away from the owners"


“All these issues are much bigger than the issue of Iban wearing loincloths,”


Joseph Tawie

A Sarawak PKR leader and former Sri Aman Member of Parliament, Jimmy Donald, has put the blame squarely on Parti Rakyat Sarawak president James Masing for remarks alleged to have been said by PAS president Abdul Hadi Awang.

Hadi was reported to have said that Pakatan Rakyat lost the Batang Ai by-election on April 7 this year because the voters did not know how to vote as they were still wearing cawat (loincloths).

“In all previous by-elections, the results were favouring Pakatan. Only in Batang Ai, we lost because the voters did not know how to vote as they are still wearing loincloths,” Hadi had said on the run-up to the Manek Urai by-election recently.

Donald, who was an ex-colleague of Masing (pic) in PRS said: “I would like to put the blame squarely on Masing who was once the state minister of tourism.

“He spent time and money travelling overseas promoting Sarawak by showing Lemanak Ibans wearing loincloths in order to attract tourists to the state.

Iban wearing loincloths pictures

“In my visits to European countries, I saw with my own eyes photographs of Ibans wearing loincloths appearing on their televisions.”

“If you are using Iban culture as tourist attractions, who is to be blamed?” he asked, adding that Hadi’s remarks could be traced back to Masing, who used the Iban wearing loincloths pictures as a tourist attraction.

Stressing that he did not condone any insults on any community by anybody, Donald said: “To me this is a small issue, but Masing used it to hide bigger issues where Dayaks have been short-changed.

“As the minister of land development, Masing should ensure that NCR lands are not taken away from the owners.

“These are the bigger issues that affect the lives and the livelihood of the Dayaks,” he said.

He also questioned why Masing had not taken any action against his deputy Joseph Entulu who wanted to obliterate the word “Dayak” as it implied the Dayaks were uncivilized, uncouth and low class.

Hadi should apologise if he made the remarks

“All these issues are much bigger than the issue of Iban wearing loincloths,” he added.

Meanwhile, the PKR has distanced itself from the loincloth remarks by Hadi. PKR supreme council member Baru Bian said in a report in The Star Daily that the party leaders condemned the remarks if indeed Hadi had made them.

He added that the matter was raised at the state PKR’s supreme council meeting last Sunday. The party’s adviser Anwar Ibrahim was requested to convey to Hadi the feelings of Dayak leaders in PKR over the remarks and to ask Hadi for an explanation.

The feeling among PKR leaders was that if Hadi did make the remarks, it is right and proper that he apologise.

There also appears to be a concerted effort by the state BN particularly PRS to arouse anti-PAS feelings among the Dayaks in Sarawak.

The pro-BN newspapers keep on highlighting comments from Dayak leaders and politicians on the remarks made by Hadi.

Such comments can stir racial tension

Just as Teoh Beng Hock’s death has been made an issue by the Pakatan Rakyat against the government in the peninsula, Hadi’s remarks have been capitalized by BN especially PRS to arouse anti-PAS feelings among the Dayaks.

Since Hadi’s remarks were made public by Masing last Friday, many Dayak politicians have come out to condemn Hadi and demand he apologises to the Dayak people especially Ibans.

Masing felt that such remarks reeked of PAS’ especially Hadi’s ignorance and arrogance, pointing out that his comments meant that the Batang Ai voters, the majority of whom are Ibans, were uncivilized.

“Such comments can stir racial tension in the country,” he said and added: “Calling Dayak voters uncivilized are uncalled for. It shows just how ignorant PAS is of the situation in Batang Ai. It is ignorant about the fact that the people there are well-educated and civilized.”

Masing advised Hadi to go to the longhouses and see the situation himself.

Malcolm Mussen who won the Batang Ai by-election on April 7, 2009 said that Hadi’s remarks were an insult not only to the Ibans, but Sarawakians as a whole.

‘Hadi should resign as PAS president’

PBB deputy president Alfred Jabu, who has returned to work after more than two months of sick-leave, joined other Dayak leaders in condemning Hadi and accused him of being an “armchair” politician who did not know what was happening on the ground.

His remarks were not only damaging, but derogatory also to the people of Lubok Antu, added Jabu who said that any sensible person would apologise because such remarks were untrue and if he did not apologise, then the people knew what kind of a person he was.

Another PRS leader Mong Dagang labeled Hadi as a typical narrow-minded politician who should resign as PAS president, adding that he does not care for other parts of Malaysia except his own kampung.

PRS women chief Doris Brodie said that Pakatan Rakyat should forget about making any headway in Dayak majority constituencies if its leaders continued to talk like Hadi.

As it is, Hadi’s remarks are sure to be used by BN leaders as an effective tool to frighten Dayaks from supporting Pakatan come the next election.



Video : Pakatan Rakyat akan jumpa Yang DiPertuan Agong, PM

Bincang isu Suruhanjaya Diraja kes kematian Teoh Beng Hock, Mansuh ISA dan ganti Ketua Polis Negara.




Pakatan Rakyat mesyuarat bincang perkasakan sekretariat dan isu desak Musa Hassan diganti

Pakatan Rakyat hari ini mengadakan mesyuarat khasnya bagi membincangkan beberapa pendekatan, pembaharuan berhubung pakatan selain isu-isu semasa membabitkan politik negara.

Mesyuarat yang diadakan di Parlimen bermula jam 2.30 petang itu telah menetapkan beberapa perkara yang disetujui bersama kepimpinan bagi memantapkan organisasi dan sekretariat pakatan.

Antaranya melantik wakil setiap parti bagi urusan Sekretariat Pakatan Rakyat dan Whip Parlimen bagi memudah dan melicinkan perjalanan parti-parti dalam pakatan selepas ini.

Demikian kata Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media bersama Pakatan Rakyat di Parlimen sejurus selepas majlis mesyuarat.

Turut hadir ialah, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib-Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayob dan Dato' Mahfuz Omar; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Lee Boon Chai; Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh; Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamarudin; Ketua Penerangan PAS dan KeADILan, Ustaz Idris Ahmad dan Latheefa Koya serta bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim.

Dalam sidang media selepas mesyuarat di Bilik Jawatankuasa 1 bangunan Parlimen, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, bagi urusan sekretariat PR, semua paryi bersetuju PAS diwakili Naib Presidennya, Salahuddin Ayob sementara DAP, Anthony Loke Siew Fook dan KeADILan oleh, Dato' Zaid Ibrahim.

Sementara bagi ketua-ketua Whip Parlimen pula, PAS diwakili Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa sementara KeADILan diwakili, Azmin Ali dan DAP diwakili, Dr Tan Seng Giaw.

Dalam masa yang sama, ketua-ketua pemuda, muslimat dan ketua penerangan setiap parti pula akan memantapkan sekretariat bagi persoalan-persoalan dasar parti selain peranan strategik, katanya.

Pakatan Rakyat juga bersetuju akan mengadakan satu kursus kepimpinan pada 13 Ogos ini bagi menyediakan kepimpinan yang benar-benar mantap dan berwibawa dalam memimpin pakatan menjelang pilihan raya ke-13.

Pakatan juga dalam mesyuarat yang sama telah mengambil ketetapan dalam isu berhubung kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang perlu disiasat penuh oleh Suruhanjaya Diraja dan bukannya inkues.

Pakatan akan menemui Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bagi menggesa kerajaan memberikan kuasa penuh kepada suruhanjaya menyiasat punca kematian Teoh, ujarnya.

Selain itu pakatan juga mendesak agar kerajaan tidak melanjutkan khidmat Tan Sri Musa Hassan selaku Ketua Polis Negara atas alasan KPN gagal dalam membanteras jenayah yang membarah di negara ini.

Sementara itu, Presiden PAS turut memaklumkan PAS konsisten menuntut suruhanjaya menyiasat penuh kematian Teoh.

Islam sendiri ujarnya mengajar agar berlaku adil kepada mana-mana pihak tanpa membezakan bangsa atau warna kulit, dan sebab itu PAS mendesak siasatan secara dil dan telus dilaksanakan dalam kes Teoh.

HarakahDaily/tvpas09

Video : Sidang Media Selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

Sidang Media Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen pada 28 Julai 2009.




Sidang Media Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen pada 28 Julai 2009.





jiwokelate2009

Video : Resolusi Persidangan Meja Bulat Parlimen 'Ketua Polis Baru untuk Malaysia Lebih Selamat'

Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) mengumumkan resolusi di Sidang Meja Bulat Anjuran Pakatan Rakyat.





jiwokelate2009

Video : Persidangan Meja Bulat Parlimen 'Ketua Polis Baru untuk Malaysia Lebih Selamat'

YB Salahuddin Ayub (PAS), Lathefa Koya (PKR), YB Chong Eng (DAP) dan YB Ronald Liu (DAP) Di Sidang Meja Bulat Parlimen Anjuran Pakatan Rakyat.




Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) Di Sidang Meja Bulat Parlimen Anjuran Pakatan Rakyat.




YB Ngeh Koo Ham (DAP) Di Sidang Meja Bulat Parlimen Anjuran Pakatan Rakyat.






jiwokelate2009

(Video) Pemimpin UMNO Pening Kepala

Ketua Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata pemimpin UMNO/BN pening kepala menghadapi senario politik masakini.

Setelah mengalami kekalahan teruk pada pilihanraya umum 2008, UMNO/BN menghadapi pelbagai masalah, termasuk perpecahan dalaman parti itu ditambah dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.




Beliau berkata, UMNO/BN Terengganu turut pening kepala kerana bayaran royalti minyak masih lagi belum dipulangkan kepangkuan kerajaan negeri.

”Sehingga tahun 2008 ini, royalti minyak tidak lagi diserah kepada kerajaan negeri Terengganu, sehingga hari ini Ahmad Said (Dato’ Menteri Besar) pening kepala,

”Nak (Untuk) mentadbir (negeri), UMNO tak boleh mentadbir (dengan baik), (kerana) dia (UMNO) mentadbir dengan pitih,”katanya.

Menurutnya, keadaan berbeza semasa PAS memerintah Terengganu dibawah pimpinan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya walaupun wang royalti dirampas, PAS mampu mentadbir sehingga tahun 2004 dan boleh menguruskan negeri sekiranya diberi mandat oleh rakyat.

”dan InsyaAllah sekiranya (diberi mandat) dan kita (PAS) menang, kita mampu mencari wang (sumber pendapatan) dan mampu mengurus dengan baik,”jelasnya.

Mengulas isu terkini, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payung berkata, akibat hampir tumbang, UMNO/BN menjadi lemah dan mengharapkan kerjasama dengan PAS.

Kerana terlalu terdesak, katanya, pemimpin UMNO pantang mendengar pelawaan dari PAS, termasuk pelawaan yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

”Tak boleh hulur (pelawa) langsung (untuk kerjasama), Tok Guru Nik Aziz kata nak kerjasama dengan kerajaan pusat, (terus menjawab ya) ha, kita akan bincang, kita akan bincang,

”Tak boleh berbunyi (bersuara) sikit, nak kerjasama, hah… nak selalu (serta merta),”ujarnya dalam Majlis Penerangan di Taman Islam disini, kelmarin.

Katanya, pelawaan yang dibuat Tok Guru Nik Aziz itu hanyalah satu helah untuk melihat sikap sebenar pemimpin UMNO.

Tindakan pemimpin UMNO menghebahkan perkara tersebut dalam media massa, katanya, mendedahkan keadaan UMNO yang tenat, dihinggapi pelbagai ‘penyakit’ akibat kemelut politik yang melanda parti itu.

Oleh yang demikian, menurutnya agenda 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak telah tersasar dari perjuangan UMNO yang mementingkan orang Melayu.

”Dengan agenda 1Malaysia (dan) kita lihat (dalam) seratus hari pemerintahan (Perdana Menteri) Najib, dia sudah lupa kepada orang Melayu (yang diperjuangkan UMNO selama ini),”katanya.


BuletinOnline

Sivakumar's case hearing on Sept 4

The Kuala Lumpur High Court has maintained Sept 4 for hearing ousted Perak speaker V Sivakumar's judicial review application to declare vacant the state seats held by three independents who quit Pakatan Rakyat.

This comes after Sivakumar's counsel Razlan Hadri Zulkifli informed Justice Lau Bee Lan in chambers today that lawyer Ranjit Singh, who is also acting for the former speaker, submitted an affidavit in court yesterday to support the application and to state that this case was still relevant.





malaysiakini

Perbincangan meja bulat Pakatan kritik polis, IGP

Perbincangan meja bulat Pakatan Rakyat hari ini memutuskan sebulat suara supaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan dan digantikan.

Keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama kumpulan ahli parlimen DAP (15 orang), PKR (10), PAS (2), seorang senator, wakil-wakil NGO dan orang awam.




Sesi di bangunan parlimen tersebut dipengerusikan oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebagai pemudahcara perbincangan tersebut.

Empat resolusi yang diluluskan dalam perbincangan meja bulat tersebut ialah:

Musa tidak sepatutnya memohon perkhidmatnya sebagai ketua polis negara disambung dua tahun lagi.

Perlantikan ketua polis negara yang baru.

Perdana Menteri patut memasukkan Indeks Prestasi (KPI) bagi pencegahan jenayah pelbagai kategori yang dicadangkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin.

Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

malaysiakini