Thursday, May 7, 2009

NAIB PRESIDEN PAS, MOHAMAD SABU TURUT DIBEBASKAN

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu - yang ditahan semalam di Kuala Lumpur - dibebaskan jam 3.30 petang di mahkamah Tanjung Malim, Perak setelah magistret menolak permohonan reman pihak polis.

Beliau dibebaskan dengan jaminan polis dan disambut isterinya Normah Alwi dan seorang anak mereka di situ.

artikel asal : http://nikhassanazmi.blogspot.com/

Vigil : Police detain 14, all freed hours later

The Police arrested 14 people who had gatherd at the Brickfields police station in support of activist Wong Chin Huat, but they were all released hours later.



klip video ehsan : malaysiakini

Speaker Sivakumar diangkut keluar, Raja Nazrin rasmi lepas 5 jam


Kekecohan sidang DUN Perak berterusan apabila Speaker V Sivakumar diangkut keluar dari Dewan



Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat yang tidak berganjak dari tempat duduknya lebih lima jam sejak pukul 10 pagi tadi diangkut keluar dari Dewan oleh polis.

Walaupun tindakan membawa beliau keluar telah dihalang oleh anggota DUN Pakatan kira-kira 30 minit tetapi Sivakumar telah diangkut keluar dari tempat duduknya kira-kira pukul 2.40 petang oleh tiga anggota polis.

Beliau kelihatan terjatuh semasa diangkut keluar di luar Dewan.



Kerusi yang didudukinya juga dibawa keluar.

Kira-kira 30 anggota memasuki DUN sebaik sahaja berlaku pergelutan antara anggota Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

Pergelutan dan pertikaman lidah tercetus apabila Speaker baru 'dilantik' BN, Datuk R. Ganesan mengambil tempatnya di barisan kedudukan BN, sebelah kiri tempat duduk Speaker untuk mempengerusikan 'sidang DUN'.

Pertikaman lidah itu yang antara lain mendesak Ganesan keluar Dewan atas alasan tidak sah, berubah dengan pergelutan sekali gus membawa kepada kemasukan anggota polis ke dalam Dewan.

Insiden tolak-menolak antara ADUN Pakatan dan polis juga berlaku.

Suasana ini berakhir dengan usaha memaksa membawa keluar Sivakumar yang bertegas tidak akan memulakan sidang DUN selagi 10 ADUN termasuk Menteri Besar dan tiga wakil rakyat Bebas keluar dari Dewan.

Sehingga berita ini ditulis keadaan Sivakumar masih tidak diketahui.

Beliau tidak kelihatan dalam Dewan apabila ia mula bersidang.

Sidang disambung kira-kira pukul 3.17 petang dengan titah diraja perasmian yang disampaikan oleh Raja Muda Raja Nazrin Sultan Azlan Shah.

Baginda sepatutnya menyampaikan titah diraja perasmian pukul 10 pagi tadi.

artikel asal : mStarOnline

Tangkapan Kek Altantuya : Yasir Sheikh Abdul Rahman, Saufi Mihat dan Sani Md Shah, bebas jaminan polis

Kek Altantuya: 3 pemuda dibebas

Tiga pemuda yang ditahan polis kerana cuba "menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaaribuu ke-31" di depan pejabat perdana menteri di Putrajaya telah dibebaskan pagi ini.

Yasir Sheikh Abdul Rahman, Saufi Mihat dan Sani Md Shah dibebaskan dengan jaminan polis daerah Putrajaya, tempat mereka ditahan, kira-kira jam 11.15 pagi tadi selepas 24 jam di lokap.

Selain tiga orang aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu, turut disiasat pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin yang mengepalai perkumpulan tersebut dan temannya Nor Azizi Abdul Aziz di ibu pejabat polis daerah berkenaan.

Badrul Hisham memberitahu Malaysiakini, ketiga-tiga mereka dibebaskan dengan jaminan polis selama sebulan.

"Dalam tempoh tersebut, mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis," katanya.

Kecuali Badrul Hisham dan Nor Azizi, tiga lelaki itu ditahan sewaktu memegang kek hari jadi dan sekeping kain rentang dekat pintu masuk kompleks pentadbiran kerajaan itu.

Kek putih dan kain itu bertulisan "Selamat Hari Jadi Altantuya".

Jika masih hidup, Altantuya yang dibunuh pada 2006 kini berusia 31 tahun.

Kumpulan kira-kira 30 aktivis SAMM juga merancang menyerahkan sepucuk surat daripada bapa mangsa bunuh itu Shaariibuu Setev dan memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak.



artikel asal : malaysiakini

NAJIB BAWA DEMOKRASI 'ALA MAHATHIR'

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menegaskan penangkapan terhadap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu serta ahli politik Pakatan Rakyat yang dilakukan oleh pihak polis menunjukkan bahawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengembalikan demokrasi 'ala Mahathir' yang penuh kezaliman.

Tindakan 10 orang polis yang tidak memakai uniform dan tidak menunjukkan waran ketika membuat tangkapan ke atas Mohamad Sabu katanya, melanggar undang-undang hak asasi manusia.


"Inilah wajah demokrasi Malaysia yang sebenarnya rakyat tidak tahu demokrasi corak macam mana yang kerajaan di bawah Najib akan buat," katanya.

Sebagai rakyat Malaysia beliau berasakan tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis tanpa menggunakan waran itu suatu perkara yang amat menyedihkan.

Beliau menegaskan perkara itu memang suatu yang amat menjelekkan dan sudah biasa dilakukan terhadap aktivis parti Pakatan Rakyat.

"Inilah risiko yang akan kita terima kerana kerajaan BN selama ini tidak mahu menghadapi suasana politik dengan cara menerima pandangan daripada pembangkang," katanya.

Beliau menegaskan, apa yang akan dilakukan oleh Mohamad hanya solat hajat di masjid bukan demonstrasi sebagaimana yang dibimbangi oleh pihak BN.

Katanya, tangkapan demi tangkapan tersebut menunjukkan bahawa kerajaan BN tidak berani untuk memberikan kebebasan kepada rakyat meluahkan suara hati mereka.

Menurut beliau, ini adalah antara tindakan permulaan yang dilakukan oleh Najib untuk mengekalkan kuasa rakusnya merampas Perak daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

artikel asal : HarakahDaily

MB SAH PERAK NIZAR ATAU ZAMBRY? MAHKAMAH PUTUS ISNIN INI

Mahkamah Tinggi sahkan Menteri Besar Perak Isnin ini

Mahkamah Tinggi akan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah Isnin ini.

Dalam kes ini bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar pelantikan penggantinya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata mahkamah akan membuat keputusan tersebut secepat mungkin kerana desakan dalam isu tersebut.

Mohammad Nizar memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 13 Februari lalu bagi mendapatkan perintah perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah dan Zambry yang dinamakan sebagai responden tidak berhak memegang jawatan tersebut.


artikel asal : mStarOnline

Buat sidang sendiri, Adun BN usul pecat Sivakumar

Suasana di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menjadi kacau-bilau apabila Adun-adun daripada BN merampas kuasa speaker sedia ada.

Dalam perkembangan terkini, Speaker Dun, S Sivakumar telah mengarahkan tujuh Adun termasuk Menteri Besar BN, Dato' Seri Zambry untuk keluar daripada sidang Dun.

Suasana menjadi kalut apabila wakil rakyat BN membantah dan berlaku pertengkaran antara Adun BN dan Pakatan Rakyat.

Demikian kata Adun Teja, Cang Lih Kang yang menyertai sidang Dun bersama Adun Pakatan Rakyat yang lain di dewan yang sama.

Sidang bersingan yang dibuat BN kata Lih Kang telah mengemukakan usul melucutkan kedudukan Sivakumar selaku Speaker, sementara menggantikan dengan S.Ganeson dari MIC.

"Mereka bersidang dalam satu bulatan tanpa hiraukan Speaker Sivakumar, persidangan haram itu luluskan usul lucut Sivakumar sebagai speaker," kata Lih Kang yang menghantar smsmnya kepada Harakahdaily.

Sebelum itu, Sivakumar telah arahkan Adun Pangkor, Dato' Zambry Abdul Kadir dan enam exconya keluar dewan, namun mereka enggan dan speaker juga tidak mahu melulakan sidang selagi mereka tak patuhi arahan.

Di luar dewan, keadaan kelam kabut masih berterusan dengan pihak polis akan menangkap sesiapa sahaja yang berada pada jarak 500 meter radisu dari Dun Perak.

Kelihatan ramai polis berpakaian preman menunggu di setiap penjuru kawasan sekitar Padang Hoki dan sekitar Sekolah Menengah St Micheal dan Masjid India.

Turut kelihatan polis menghalau orang ramai yang berjalan kaki, tindakan polis itu menimbulkan kemarahan para peniaga yang berniaga sekitar kawasan itu.

Suasana juga kecoh di sekitar bulatan Taman Seenivasagam apabila beberapa pemandu turun dari kenderaan untuk membuat bantahan kepada polis yang menghalang laluan.

Seorang wanita meminta polis membenarkan beliau masuk ke laluan yang ditutup berikutan ada urusan pejabatnya di sekitar kawasan tersebut.

artikel asal : HarakahDaily




klip video ehsan : greenboc





klip video ehsan : malaysiakini

Mohamad Sabu dibawa ke Tanjung Malim

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yang 'diculik' jam 3.10 petang semalam kini dipercayai dibawa ke balai polis Tanjung Malim.

Isteri beliau, Normah Alwi memberitahu Harakahdaily sehingga kini beliau masih belum dapat menemui suaminya itu.

Ketika cuba untuk menemui Mohamad Sabu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman beliau diberitahu Mohamad Sabu telah dibawa ke balai polis Tanjung Malim pagi tadi untuk dihadapkan ke mahkamah Tanjung Malim.

Normah dan salah seorang anak beliau kini dalam perjalanan ke Tanjung Malim.


artikel asal : HarakahDaily

GALERI FOTO SIDANG DUN PERAK





Battleground Ipoh

click for gallery photo

http://gallery.thestar.com.my/default.asp?id=1209

PERKEMBANGAN SIDANG DUN PERAK

KENDERAAN yang membawa bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di kawasan bangunan SUK Perak kira-kira pukul 8.25 pagi tadi.


BERIKUT adalah perkembangan terkini persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak:

8.25 pagi: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki kawasan bangunan SUK, diikuti beberapa ADUN daripada Pakatan Rakyat.

8.15 pagi: Tiga individu yang memakai kemeja T tertera mesej 'Kembalikan Hak Rakyat' ditahan pihak polis.

7.30 pagi: Kakitangan bangunan SUK mula memasuki pejabat masing-masing.


Drama BN-Pakatan di Perak Bermula
klik untuk perkembangan terkini

http://www.malaysiakini.com/news/103763


Battleground Ipoh
click for latest update

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/5/7/nation/20090507073621&sec=nation

Sembahyang hajat di Tambun, Ipoh Menjelang Sidang DUN Perak



klip video ehsan : malaysiakini



klip video ehsan : tvpas09

FRU mula berkawal di sekitar Masjid Tg Hussin Manjoi

Ketika ini, di kawasan sekitar Masjid Kg Tg Hussien, Manjoi, lokasi dimana solat hajat dan munajat dijadualkan berlangsung hanya dipenuhi pihak berkuasa polis yang menunggu di balai polis berhampiran.

Sembilan trak pasukan simpanan persekutuan (FRU) sedang menanti, sementara para petugas Unit Amal pula berkawal di sekitar masjid setakat jam 5.15 pagi.

Orang ramai yang cuba melintasi perkarangan masjid agak terkejut dnegan kehadiran pihak polis yang sedang mula menggerakkan kawalannya berhampiran lokasi solat hajat.

Pergerakan kenderaan bagaimanapun masih belum menampakkan sesak, hanya beberap bauh motorsikal dan kereta mundar mandir sekitar masjid berkenaan.

Kelibat pegwai cawangan khas kelihatan di beberapa kedai makan mahupun di tempat awam lain di sini.

Setakat ini Harakahdaily difahamkan, solat hajat akan diteruskan.Kelihatan AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohammad Ghazali bersama beberapa orang petugas PAS mula bergerak dari Markaz PAS Tungku Hussin menuju ke lokasi solat hajat.

Sementara perkembangan di beberapa masjid lain yang dikatakan ada kemungkinan akan menjadi lokasi ganti solat hajat pula masing masing masih terkunci rapi.

Sejak awal malam tadi, selesai solat isyak, Harakahdaily difahamkan kebanyakan masjid di Ipoh diarahkan untuk dikunci.

artikel asal : HarakahDaily

Mohd Sabu Ditangkap, Najib Mula Tunjuk Kuku Besi

Pemimpin lantang PAS, Mohamad Sabu ditangkap secara kasar oleh sekumpulan anggota polis ketika beliau dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berada di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat pukul 3 petang tadi.

Menurut Salahuddin, Naib Presiden PAS itu diberkas oleh kira-kira sepuluh anggota polis yang menaiki kereta Camry dan Perdana gelap dipercayai dari cawangan Khas.

Beliau diheret ke dalam kereta dengan diperhatikan oleh orang ramai sebelum kereta tersebut memecut ke destinasi yang tidak diketahui.


"Saya sendiri ditangkap dan dihumban ke tepi jalan secara biadap oleh anggota polis. Saya bertanyakan sama ada mereka membawa waran untuk menangkap Mohamad Sabu dan mereka menjawab tidak ada.

"Walaupun saya membantah tindakan mereka saya pula ditangkap dan dihumban begitu rupa ditepi jalan," kata Salahuddin ketika dihubungi Tv Antara.

Beliau berkata Mohamad Sabu tidak dapat dihubungi ketika ini dan beliau akan mengadakan perbincangan dengan penasihat undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin bagi tindakan selanjutnya.

Salahuddin menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertamadun dan tidak menolak kemungkinan penangkapan itu ada kena mengena dengan sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung esok.

Mohamad Sabu dikatakan terlibat dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh 7 Mei, bersempena persidangan DUN.

Penangkapannya dibuat sehari selepas penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.

Hari ini juga seramai lima orang aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ditangkap dihadapan kompleks pejabat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya apabila cuba menghantar kek hari jadi Altantuya kepada Najib Razak sempena ulangtahun mendiang wanita Monggolia itu yang jatuh hari ini.


artikel asal : TVAntara





klip video ehsan : greenboc

Ngeh Dakwa Setiausaha Kerajaan Negeri Bawa Masuk 30 SB Ke dalam DUN Esok


Setiausaha Kerajaan Negeri Perak didakwa merancang membawa masuk serama 30 anggota polis daripada Cawangan Khas ke dalam Dewan Undangan Negeri semasa persidangan berlangsung esok.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Datuk Ngeh Koo Ham ketika dihubungi TV Antara mendakwa Datuk Dr Abdul Rahman Hashim mempunyai senarai yang mempunyai sebanyak 30 nama dipercayai anggota polis.

"SS (state secretary) ada senarai itu, ada sebanyak 30 nama orang yang tidak dikenali. Menurut sumber dalaman pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri mereka berkemungkinan SB (special branch) kerana bukannya daripada kalangan ADUN atau MP atau ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.

"SS tidak mahu memberi senarai tersebut kepada Speaker dan Speaker tadi mengadu kepada saya mengenai perkara ini," kata Datuk Ngeh.

Beliau berkata langkah Setiausaha Kerajaan Negeri itu seolah-olah membenarkan kumpulan yang tidak ada hubungan dengan persidangan DUN untuk hadir di dalam tanpa dketahui motif kehadiran mereka.

Datuk Ngeh menyelar Barisan Nasional yang dianggapnya tidak menghormati undang-undang kerana tamakkan kuasa dan kedudukan.

"Kita akan mengikut undang-undang dan peraturan semasa persidangan esok. Kita mahu menjadi wakil rakyat contoh bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.

"Ini berbeza dengan BN yang nampaknya rela membawa masuk SB untuk mengugat ADUN-ADUN dan mungkin juga membelakangkan kuasa Speaker," tegas beliau lagi.

artikel asal : TVAntara





klip video ehsan : greenboc

Ipoh suram, jalan masuk Dun Perak 'dikepung' Polis!

Seluruh Kawasan menuju jalan masuk ke bangunan Perak Darul Ridzuan bermula di susur keluar Ipoh Utara pengunjung bandaraya Ipoh disambut dengan sekatan polis yang bermula sejak jam 9.00 malam tadi.

Sekatan berpagar putih dengan menempatkan sekurang-kurangnya 10 anggota di setiap sekatan membuatkan bandaraya ipoh kaku, tidak bergerak.

Tinjauan yang dibuat Harakahdaily mendapati kenderaan yang mahu menelusuri jalan ke arah bangunan persekutuan tidak boleh masuk walau darei mana sudut sekalipun.

Dari Jalan Bukit Gantang sekalipun krew Harakah gagal memasuki jalan ke pejabat Badan Perhubungan PAS Perak dan Pejabat DAP yang mana dua pejabat ini berada kira-kira setengah kilometer daripada bangunan Perak DarulRidzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Beberapa kenderaan diperiksa teliti oleh polis yang membujat sekatan, yang menyebabkan beberapa buah kenderaan tersadai di tepi jalan.

Sekatan juga diadakan di Taman Tasek Seenivasagam dan berhampiran Pejabat Mufti Perak.Kawalan keselamatan dilihat lebih hebat berbanding kawalan dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu.

Orang ramai yang mahu masuk ke Ipoh akan mendapati bukan sahaja bangunan yang menempatkan Dun Perak tidak kelihatan,malah bumbungnya juga tidak akan dapat dilihat akibat sekatan yang mengepung setiap penjuru jalan masuk ke Dun Perak.

artikel asal : HarakahDaily

Musa Hassan : Polis Tangkap Sesiapa Yang Pakai Kemeja Hitam


Polis memberi amaran akan menahan sesiapa saja yang berpakaian hitam di Ipoh sebagai membantah pencabulan demokrasi sempena dengan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak mulai esok.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis telah memperolehi perintah mahkamah untuk menahan sesiapa yang menghampiri 500 meter daripada Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri yang menempatkan DUN Perak, menurut Malaysiakini.

Amaran beliau menyusul sehari selepas polis menahan jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Wong Chin Huat bagi siasatan bawah Akta Hasutan.

Wong ditahan reman tiga hari setelah beliau menggesa orang ramai memakai kemeja hitam sebagai bantahan simbolik terhadap apa yang disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai pencabulan demokrasi oleh Barisan Nasional di Perak.

BN bertindak mengadakan sidang DUN itu tanpa menunggu keputusan Mahkamah Tinggi untuk memutuskan samada Zambry Kadir dari UMNO adalah Menteri Besar sah di sisi perlembagaan Perak.

Zambry sebelum ini gagal mendapatkan perisytiharan Mahkamah Persekutuan bahawa beliau adalah ketua kerajaan negeri yang sah dan bukan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.

Ratusan anggota polis termasuk polis anti rusuhan di kerah ke Ipoh bagi memastikan sidang DUN itu dijalankan supaya usul BN untuk memecat Speaker V. Sivakumar dapat dilaksanakan.

Tan Sri Musa berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menahan sesiapa yang cuba membuat bantahan terhadap sidang DUN berkenaan.

artikel asal : TVAntara

Kerana beri sokongan terhadap Wong, 14 lagi ditahan dekat ibu pejabat polis Brickfields

14 lagi ditahan, sokong Wong


Empat belas orang ditahan dekat ibu pejabat polis Brickfields dalam perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada Wong Chin Huat, jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

Wong, juga pengerusi Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami), ditangkap malam tadi di rumahnya Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur berhubung siasatan Akta Hasutan.

Beliau ditahan reman selama tiga hari sehingga Jumaat ini.

Polis pada mulanya menahan lapan orang sewaktu sekumpulan 15 orang sedang mengadakan perhimpunan nyalaan lilin di tepi pintu masuk balai polis tersebut kira-kira 9.15 malam.

Daripada jumlah tersebut, dua daripadanya penyelaras NGO hak asasi terkenal Suaram, dua orang pemimpin jawatankuasa hak sivil Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur dan pengarang edisi Cina akhbar PKR.

Senarai mereka yang ditahan seperti berikut:

Temme Lee, 23, koordinator Suaram
John Liu, 26, koordinator Suaram
Liau Kok Fah, 47, jawatankuasa hak sivil
Chan Kim Ming, 34, jawatankuasa hak sivil
Law Teck Hao, 29, editor akhbar
Lee King Thim, 41
Liew Thin Choi, 47
Melissa Wong Yuet Fun, 25

Mereka ditahan sejurus selepas diberikan amaran agar bersurai oleh pegawai polis Brickfields.

Penahanan itu tidak mematahkan semangat penyokong Wong untuk terus berhimpun di tempat yang sama. Menjelang 10 malam, kira-kira 30 orang berkumpul dan memulakan semula protes nyalaan lilin.

Lebih kurang jam 10.10 malam, polis menahan empat orang lagi, termasuk ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan penulis kolum Josh Hong di situ.

Dua wanita yang turut ditahan itu belum dapat dikenal pasti.

Sepuluh minit kemudian, dua lagi ditahan polis di dalam sebuah kereta - termasuk bekas wartawan Lim Hong Siang.

Usaha peguam RH Dipendra untuk menemui kumpulan lapan orang yang ditahan lebih awal tidak dibenarkan oleh polis.

Bersama sekumpulan pemimpin pembangkang dan NGO yang bergabung dalam Bersih, Wong melancarkan kempen berpakaian hitam esok - membantah persidangan DUN Perak - dengan slogan "1Malaysia Gelita, Demokrasi Didahulukan, Adakan Pilihanraya Sekarang"

Mereka meniru slogan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membawa wawasan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan."

Sementara itu, ketua polis negara menggesa penyokong pembangkang agar tidak berkumpul beramai-ramai dan memakai baju hitam ketika berlangsungnya persidangan dewan negeri itu.

Tan Sri Musa Hassan menasihatkan mereka supaya tidak melayan saranan Bersih supaya memakai baju hitam dan berhimpun sebagai membantah persidangan itu.

"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk menahan mereka yang berhimpun atau menghalang ahli dewan bagi menggagalkan persidangan tersebut," beliau dipetik berkata.

artikel asal : malaysiakini

Kes Adnan Yaakob : Mahkamah Tinggi tetap 29 Mei permohonan tangguh bayar penghakiman RM63 juta

29 Mei keputusan permohonan MB Pahang tangguh bayar RM63juta


Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 29 Mei ini bagi keputusan permohonan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob untuk penangguhan keputusan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat kerana didakwa melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Pekan dekat sini.

Hakim Datuk V.T Singham menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam Datuk Mohammad Shafee Abdullah bersama Penasihat Undangundang Kerajaan Pahang, Datuk Mat Zara'Ai Alias yang mewakili Menteri Besar, dan Karpal Singh serta Rajoo D. Moothy yang mewakili syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd.

Syarikat terbabit juga tidak membuat bantahan pelaksanaan perintah mandamus yang sepatutnya telah berakhir pada 4 Mei lepas ditangguhkan.

Sebelum itu, Mohammad Shafee memberitahu mahkamah bahawa berlaku kekeliruan dalam tuntutan saman syarikat itu yang mendakwa terpaksa menanggung kerugian selepas berlaku pencerobohan oleh pihak ketiga di baki kawasan tanah seluas 1,200 hektar kerana pelan konsesi yang diguna pakai dalam membuat tuntutan itu berbeza dengan pelan yang diluluskan oleh Exco Kerajaan Negeri Pahang pada April 2000.

Katanya tanah seluas 1,200 hektar itu sebenarnya merupakan hutan dara dan tidak termasuk dalam perjanjian konsesi itu.

Pihak kerajaan negeri telah memfailkan saman sivil terhadap syarikat terbabit pada tahun lepas kerana terdapat elemen penipuan dan sumpah bohong dalam tuntutan berkenaan.

Selain itu, beliau berkata latar belakang syarikat terbabit yang meragukan dengan modal berbayar hanya RM100 mampu membuatkan syarikat terbabit mendapat "durian runtuh" melalui bayaran penghakiman berkenaan.

"Duit rakyat perlu digunakan dengan bertanggungjawab untuk pembangunan dan kepentingan rakyat," kata Mohammad Shafee.

Karpal dalam hujahnya berkata apa yang dibangkitkan oleh pihak Menteri Besar itu tidak releven kerana ia sepatutnya dibangkitkan sebelum Mahkamah Tinggi Kuantan membuat keputusan memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Dis 2000 pada 25 Mei 2007.

Katanya bayaran penghakiman tersebut perlu dijelaskan demi kepentingan pembayar cukai kerana faedah yang perlu dibayar mencecah RM8,000 sehari.

Pada 20 April lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman memutuskan bahawa Menteri Besar perlu melunaskan bayaran penghakiman dalam tempoh 14 hari selepas membenarkan permohonan perintah mandamus kepada syarikat pembalakan tersebut.

artikel asal : mStarOnline

"Saya dah buat 3, 4 keputusan penting" - Speaker DUN Perak

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar ketika ditemui media selepas mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini.


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berhadapan dengan kemungkinan hilang jawatannya esok telah memutuskan tindakan berhubung tiga hingga empat perkara penting untuk dilaksanakan apabila sidang Dewan bermula esok.

"Saya sudah buat keputusan berkaitan banyak perkata, tiga hingga empat perkara.


"Ada beberapa lagi belum saya putuskan," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan butiran tentang keputusan yang telah pun ditentukan tindakannya.

Ketika ditanya sama ada akan menolak dua usul yang dikemukakan oleh BN, Sivakumar yang merupakan ADUN Pakatan Rakyat enggan mengulas lanjut sambil meminta menunggu hingg esok.

BN mengemukakan usul agar Sivakumar digantikan oleh wakilnya dari MIC sebagai Speaker yang baru.

Bagaimanapun Sivakumar menekankan bahawa beliau sebagai Speaker mempunyai hak untuk menerima ataupun menolak mana-mana usul.

"Itu adalah kuasa Speaker," katanya yang turut enggan mengulas sama ada akan membenarkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exconya yang lain masuk ke Dewan pagi esok.

"Itu soalan serius. Saya tahu mahu menjawab," katanya.

Semalam bekas Exco Kanan semasa kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat berkata, Zambry dan enam Exco yang lain masih tidak layak untuk mengambil bahagian dalam sidang penggal baru esok.


artikel asal : mStarOnline

Zambry: BN tak kisah Speaker DUN Pakatan tapi perlu "mesra"



Ketika banyak pihak mula bercakap tentang pelbagai kemungkinan apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bersidang semula esok, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menyuarakan pendirian bahawa Barisan Nasional (BN) tidak kisah jika wakil pembangkang menjadi Speaker.

"Ia tidak salah tetapi (penyandang) mestilah seorang yang mesra dan adil," kata Zambry ketika ditemui di sini hari ini.

Malah kata beliau, pihaknya tidak kisah jika usaha BN esok untuk menggantikan Speaker V. Sivakumar dengan wakil BN tidak berhasil kerana yang penting ialah "perjalanan kerajaan negeri berjalan dengan lancar."

BN telah mengemukakan dua usul mengemukakan usul bagi memilih seorang Speaker yang baru dengan menamakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungkai Datuk R. Ganesan daripada MIC sebagai calon.

Ganesan terdahulu dilihat berada di pejabat Zambry.

Turut berada di situ ialah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasa Jelapang, Hee Yit Fong yang telah keluar dari DAP dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Hee juga merupakan Timbalan Speaker DUN.

Bagi BN, jawatan Speaker penting bagi membolehkannya mengatur agenda pentadbiran dengan lebih lancar selepas mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan negeri pada Februari lalu.

Sehubungan itu, Zambry yang menerajui kerajaan negeri ekoran krisis politik Perak awal Februari lalu berkata, "kami telah bersedia untuk hasil yang baik."

Ketika ditanya sama ada beliau mempunyai sebarang strategi khas untuk menghadapi apa jua kemungkinan esok, Zambry enggan menyatakan perancangan pihaknya.

"Kami ingin melihat semuanya berjalan dengan baik, mengikut peruntukan undang-undang," katanya.

Apabila ditanya mengenai kemungkinan usul itu ditolak, Zambry berkata, pihaknya telah mengikut peruntukan undang-undang apabila mengemukakan usul dua minggu lebih awal.

"Kita tak buat apa-apa di luar peruntukan, Speaker juga sedia maklum hasrat ini (kandungan usul)," katanya. Berhubung kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham bahawa beliau dan enam Exco tidak layak hadiri sidang DUN esok, Zambry berkata, "saya tidak hairan dengan sikap beliau (Ngeh)."

Zambry menegaskan kesemua 31 ADUN di sebelah BN termasuk tiga wakil rakyat Bebas akan hadir sidang pagi esok.

artikel asal : mStarOnline