Monday, July 27, 2009

Masuk Parti KeAdilan Rakyat dan Pakatan Rakyat, Jaga Nasib Rakyat - Datuk Seri Anwar Ibrahim



Bekas Naib Presiden MIC Datuk SS Subramaniam hari ini menjadi tokoh terbaru menyertai Parti Keadilan Rakyat, seminggu selepas mantan Menteri Kesihatan Chua Jui Meng menyertai parti itu, sekali gus mencerminkan Keadilan sebagai parti yang semakin didokong oleh pelbagai kaum di bawah gagasan Pakatan Rakyat.

Turut menyertai PKR hari ini adik Subramaniam, bersama kira-kira 1,700 bekas ahli MIC dari Petaling Jaya Selatan dan Pekan Meru di Kapar. Penghijarahan mereka ke Keadilan memaksa lebih 10 cawangan MIC ditutup.


Subramaniam, anak kelahiran Johor, adalah pemimpin MIC paling kanan menyertai PKR. Selain pernah menjadi Naib Presiden MIC dan pernah bertanding untuk jawatan kedua tertinggi parti itu. Subramaniam juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan bekas ahli Parlimen Segamat.

Kemasukan Subramaniam dan bekas ahli MIC secara beramai-ramai ke Keadilan mencerminkan rasa tidak puas hati kaum India yang semakin memuncak terhadap

MIC dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang membelit kaum India seperti kemiskinan, peluang melanjutkan pelajaran, pengangguran dan kes jenayah.

Ia juga menunjukkan Keadilan semakin didokong oleh kaum India sebagai parti pelbagai kaum yang mampu memperjuangkan nasib mereka sebaris dengan kaum lain yang memerlukan pembelaan.

Tokoh MIC SS Subramanian Sertai Keadilan, 10 Cawangan MIC Ditutup UPDATE 1

Bekas Naib Presiden MIC Datuk SS Subramaniam hari ini menjadi tokoh terbaru menyertai Parti Keadilan Rakyat, seminggu selepas mantan Menteri Kesihatan Chua Jui Meng menyertai parti itu, sekali gus mencerminkan Keadilan sebagai parti yang semakin didokong oleh pelbagai kaum di bawah gagasan Pakatan Rakyat.

Turut menyertai PKR hari ini adik Subramaniam, bersama kira-kira 1,700 bekas ahli MIC dari Petaling Jaya Selatan dan Pekan Meru di Kapar. Penghijarahan mereka ke Keadilan memaksa lebih 10 cawangan MIC ditutup.

Subramaniam, anak kelahiran Johor, adalah pemimpin MIC paling kanan menyertai PKR. Selain pernah menjadi Naib Presiden MIC dan pernah bertanding untuk jawatan kedua tertinggi parti itu. Subramaniam juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan bekas ahli Parlimen Segamat.

Kemasukan Subramaniam dan bekas ahli MIC secara beramai-ramai ke Keadilan mencerminkan rasa tidak puas hati kaum India yang semakin memuncak terhadap MIC dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang membelit kaum India seperti kemiskinan, peluang melanjutkan pelajaran, penganggkuran dan kes jenayah.

Ia juga menunjukkan Keadilan semakin didokong oleh kaum India sebagai parti pelbagai kaum yang mampu memperjuangkan nasib mereka sebaris dengan kaum lain yang memerlukan pembelaan.

Subramaniam berkata beliau tertarik dengan politik merentasi perkauman yang di bawa oleh Keadilan dan mengambil keputusan menyertai parti itu walauun di kecam hebat oleh Presiden MIC Samy Vellu.

"Sekarang saya telah memberanikan diri untuk masuk PKR walaupun saya tahu saya dihentam oleh Samy Vellu," kata Subramaniam, disambut tepukuan gemuruh oleh lebih 1,000 orang di Dewan Orang Ramai, Taman Medan Petaling Jaya.

"Saya lihat dasar-dasar Barisan Nasional yang ada sekarang ini telah membawa negara ke belakang 20 tahun. Dasar-dasar ini meminggirkan sebilangan besar rakyat dan hanya memberi tempat kepada orang tertentu sahaja," kata Subramaniam.

"Kita mahu membina sebuah negara maju yang rakyatnya hidup makmur dan bersatu padu," tambah beliau.

"Saya yakin dasar-dasar Keadilan akan membawa kita ke arah itu," ujarnya lagi.

Tokoh MIC SS Subramanian sertai Keadilan, 10 cawangan MIC ditutup UPDATE 2

Bekas Naib Presiden MIC Datuk SS Subramaniam hari ini menjadi tokoh terbaru menyertai Parti Keadilan Rakyat, seminggu selepas mantan Menteri Kesihatan Chua Jui Meng menyertai parti itu, sekali gus mencerminkan Keadilan sebagai parti yang semakin didokong oleh pelbagai kaum di bawah gagasanPakatan Rakyat.

Turut menyertai PKR hari ini adik Subramaniam, Sitaram, bersama kira-kira 1,700 bekas ahli MIC dari Petaling Jaya Selatan dan Pekan Meru di Kapar. Penghijrahan mereka ke Keadilan memaksa lebih 10 cawangan MIC ditutup.

Subramaniam, anak kelahiran Johor, adalah pemimpin MIC paling kanan menyertai PKR. Selain pernah menjadi Naib Presiden MIC dan pernah bertanding untuk jawatan kedua tertinggi parti itu. Subramaniam juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan bekas ahli Parlimen Segamat.

Kemasukan Subramaniam dan bekas ahli MIC secara beramai-ramai ke Keadilan mencerminkan rasa tidak puas hati kaum India yang semakin memuncak terhadap MIC dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang membelit kaum India seperti kemiskinan, peluang melanjutkan pelajaran, pengangguran dan kes jenayah.

Ia juga menunjukkan Keadilan semakin didokong oleh kaum India sebagai parti pelbagai kaum yang mampu memperjuangkan nasib mereka sebaris dengan kaum lain yang memerlukan pembelaan.

Subramaniam berkata beliau tertarik dengan politik merentasi perkauman yang di bawa oleh Keadilan dan mengambil keputusan menyertai parti itu walaupun di kecam hebat oleh Presiden MIC Samy Vellu.

"Sekarang saya telah memberanikan diri untuk masuk PKR walaupun saya tahu saya dihentam oleh Samy Vellu," kata Subramaniam, disambut tepukuan gemuruh oleh lebih 1,000 orang di Dewan Orang Ramai, Taman Medan Petaling Jaya.

"Saya lihat dasar-dasar Barisan Nasional yang ada sekarang ini telah membawa negara ke belakang 20 tahun. "Dasar-dasar ini meminggirkan sebilangan besar rakyat dan hanya memberi tempat kepada orang tertentu sahaja," kata Subramaniam. "Kita mahu membina sebuah negara maju yang rakyatnya hidup makmur dan bersatu padu," tambah beliau. "Saya yakin dasa-dasar Keadilan akan membawa kita ke arah itu."

Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Keadilan komited untuk menghapuskan politik Umno-Barisan Nasional yang hanya memperkayakan segelintir ahli keluarga dan penyokong mereka.


TVA/Kelab GB

Brahim Al-Kataki.. Lompat masuk UMNO, lawan PAS!


Pengerusi Kelab Veteran PAS Terengganu, Ustaz Kassim Ahmad berkata walaupun UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengerahkan seluruh jentera kerajaan untuk menghadapi PAS dalam pilihanraya kecil DUN manek Urai, namun parti tu tetap gagal mencapai kemenangan.

Katanya, beliau yang turut pergi bertugas dan memberi sokongan moral dalam pilihanraya kecil itu menyaksikan dengan jelas betapa UMNO/BN telah menggunakan wang untuk membeli undi.

Katanya ada maklumat yang mengatakan BN telah membelanjakan wang sebanyak hampir RM100 juta dalam pilihanraya kecil tersebut.

Beliau mendedahkan, Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali mengetuai pembahagian wang tersebut.


Ibrahim Ali Mengetuai Pembahagian Wang kepada Pengundi di Manek Urai

”Saya telah didatangi oleh seorang tuan punya bengkel kereta yang muda, katanya beliau bersama-sama golongan pemuda seramai lebih kurang 30 orang didatangi oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Pasir Mas, saudara (Dato’) Ibrahim Ali,

”(Ibrahim Ali) rupa-rupanya mengetuai pembahagian wang, tiap-tiap seorang ahli (pemilik) bengkel itu memperolehi RM300,”kata Ustaz Kassim ketika berucap dalam Majlis Kesyukuran Meraikan Kemenangan DUN Manek Urai di Kampung Merang, dekat sini, semalam.

ADUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) yang menjadi tetamu dalam majlis diatas, mengesahkan dakwaan Ustaz Kassim keatas Dato’ Ibrahim Ali.

Menurutnya Ibrahim telah menjalankan kegiatan mengagih-agihkan wang tersebut terutamanya di Peti Undi Laloh.

“Di Manek Urai baru ni, memanglah dari segi cula kita menang hampir 2,000 (undi) dua hari sebelum itu (hari mengundi), apabila dia (UMNO) nampak cula dia sudah kalah 2,000, dia mula bergerak dengan pitih (wang),

”di kawasan (Peti Undi) Laloh, (Dato’) Ibrahim Ali lah yang jaga di Laloh, membawa dua butir bag (berisi wang) untuk diagih-agihkan,”jelasnya.

Beliau berkata, nilai pembahagian wang tersebut bukan hanya RM300, bahkan RM3000 dan hingga mencapai RM10,000, terutamanya kepada ‘kepala-kepala’.

Katanya cara pembahagian wang tersebut bukan rumah kerumah tetapi Ibrahim akan mencari seorang ‘kepala’ (ketua) dan meminta ketua itu membawa pengundi kedalam kawasan kebun getah atau belukar berhampiran.

”Trend (kaedah) dia kali ini, bukan ‘style’ (cara) pergi kerumah orang, (tapi) style di panggil kedalam ‘rok’ getah, kut dalam ‘rok’, pergi jumpa dengan dia (Ibrahim),

”dia (Ibrahim) cari seorang kepala, dia tunggu didalam rok mana-mana, (kepala) bawa mari 10 orang, dia akan bayar hok kepala lebih sikit, orang rakyat (bawahan) ni ada (terima) RM300, 500 dan ada RM1000,”tegasnya.

Oleh sebab itulah, kata Abe Uji, majoriti undi yang diperolehi PAS dalam pilihanraya kecil itu menurun.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Yang DiPertua PAS Setiu, Ustaz mohd Pauzi Muda dan Timbalannya, Tengku Ahmad Hussin.

BuletinOnline