Wednesday, May 6, 2009

Ayah Altantuya Mahu Kebenaran Kes Pembunuhan Daripada Najib


Ayah mendiang Altantuya, Dr Shaariibuu Setev telah menghantar sepucuk surat kepada Perdana Menteri Najib Razak sempena ulangtahun anaknya yang ke 31 hari ini mendesak agar semua isu yang masih dalam pertikaian diselesaikan segera.

Dalam surat tulisan tanhgan itu, beliau yang juga profesor di sebuah universiti di Monggolia berkata rakyat Malaysia dan Monggolioa tertunggu-tunggu kebenaran daripada kes pembunuhan anaknya itu dan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara telah terjejas kerananya.

Dr Setev juga mendesak Najib, kerajaan Malaysia dan pihak polis supaya memberi perhatian kepada saman sivil yang dikemukakan kepada mereka sambil merujuk kepada nasib dua anak Altantuya yang kini yatim.

"Saya mahu menenangkan roh anak saya dengan membuat majlis pengkebumian, yang mana saya belum melakukannya, sehingga selesai semua isu berhubung kematiannya," kata belioau dalam surat yang bertarikh 5 May 2009.

Berikut disiarkan kandungan surat yang telah diterjemahkan kepada bahasa Inggeris daripada bahasa Monggolia:



To: Malaysian Prime Minister Mr Najib Razak

I wish you good luck for your work, I heard you are appointed as Prime Minister of Malaysia.

However, We need to end all issues regarding the murder case of my daughter as soon as possible and in a short time because the people from two countries have been waiting for the case to be solved.

The relationship between two countries have suffered, and there is improbable situation continuing due to a murder case of my daughter Altantuya.

It requires focusing the matter now on my two orphaned grandsons, sons of Altantuya - we need a solution to the civil suit I have filed - from YOU, Malaysian Government, and the police.

I would like to calm down my daughter’s spirit by conducting a funeral for her, which I have not done, until all issues surrounding my daughter's death is settle.

By:

Mongolian citizen

Dr Shaariibuu Setev

05. May.2009


artikel asal : TVAntara

Selepas Wong, Naib Presiden PAS Mohamad Sabu Ditangkap

Mat Sabu pula ditahan polis



Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan polis selepas jam 3 petang ini di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur - dipercayai berhubung majlis solat hajat anjuran parti itu di Manjoi, Ipoh esok.

Pemimpin kanan itu ditahan sekumpulan kira-kira 10 anggota polis berpakaian biasa sewaktu meninggalkan sebuah restoran menuju ke pejabat Harakah, kata ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Mohamad sebelum itu minum bersama Salahuddin dan seorang lagi ahli PAS di sebuah restoran belakang Hospital Tawakkal di Jalan Pahang - kira-kira 300 meter dari pejabat organ parti itu.

Salahuddin memberitahu Malaysiakini, beliau terdengar jeritan Mohamad "aku kena tangkap" sebelum bergegas menuju ke arahnya yang sedang dikelilingi kumpulan anggota polis tersebut.

Beliau dan ahli PAS itu, yang dikenali Ali Maidin, bergelut seketika dengan anggota-anggota polis untuk menyelamatkan Mohamad tetapi diheret ke tepi oleh pihak berkuasa itu.

Salahuddin menambah, tiada waran tangkap terhadap Mohamad dikeluarkan dan tiada pegawai polis memperkenalkan diri sewaktu penahanan tersebut.

Beliau kini sedang mendapatkan bantuan peguam PAS Hanipa Maidin untuk tindakan lanjut.

Mohamad ditahan selepas jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat, ditahan reman sehari di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur bagi siasatan Akta Hasutan - dipercayai berkaitan kempen berpakaian hitam anjuran NGO itu sempena sidang DUN Perak, esok.

Wong ditangkap di rumahnya di Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur beberapa jam selepas memberikan kenyataan di satu sidang media Bersih, pagi semalam.

Dihubungi hari ini, Salahuddin berkata beliau tidak menolak kemungkinan Mohamad ditahan berhubung program solat hajat di Manjoi bermula jam 5 pagi esok berkaitan persidangan DUN tersebut.

Isnin lalu, Mohamad mengumumkan program khas PAS itu dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.

artikel asal : malaysiakini

Jika sudah sedar kesilapan, bubar DUN Perak kembalikan mandat rakyat : Tian Chua


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Barisan Nasional (BN) terlalu gopoh bertindak untuk mengambil alih kembali pentadbiran di Perak dan berpendapat bahawa Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan.

“Kita tak patut terlalu gopoh. Semuanya perlu dilakukan dengan baik dan lancar. Jika terlalu gopoh, kita akan buat kesilapan,” kata Tun Mahathir pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Siri Syarahan Perdana kesembilan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai krisis perlembagaan yang berlaku di Perak, Dr Mahathir berkata, BN mungkin terlalu gopoh bertindak untuk mengambil alih kembali pentadbiran di Perak.

Ditanya sama ada undang-undang tersebut terpakai di negeri Perak, beliau berkata: “Saya fikir ia sama kepada setiap negeri tapi jika Perak mempunyai perlembagaan yang berbeza, saya sedia untuk diperbetulkan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai soalan sama ada pelantikan Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir bertentangan dengan undang-undang atau sebaliknya.

Jelas beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri tetapi tidak mempunyai hak untuk memecat Perdana Menteri tersebut sehinggalah adanya undi tidak percaya terhadapnya.

“Yang di-Pertuan Agong boleh melantik tetapi tak boleh pecat kecuali ada undi tak percaya terhadap Perdana Menteri tersebut,” katanya lagi.

Sementara itu, mengulas kenyataan tersebut, Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Tian Chua berkata beliau bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir dan rakyat sememangnya sudah mengetahui dan sedar akan perkara ini.

“Maka BN Perak harus berpatah balik dan membetulkan keadaan dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri itu serta membuat pilihanraya baru,” kata Tian Chua.

“Jelas, BN Perak tidak mengikut undang-undang dan saluran secara logik dengan menafikan hak demokrasi rakyat Perak.

“Kembalikan mandat rakyat dengan mengadakan pilihanraya di Perak,” jelas Tian Chua

artikel asal : Suara KeAdilan

Tindakan BN di Perak mungkin betul tapi kelihatan gopoh - Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan.

Jelas beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri tetapi tidak mempunyai hak untuk memecat Perdana Menteri tersebut sehinggalah adanya undi tidak percaya terhadapnya.

"Yang di-Pertuan Agong boleh melantik tetapi tak boleh pecat kecuali ada undi tak percaya terhadap Perdana Menteri tersebut," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Siri Syarahan Perdana kesembilan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Ditanya sama ada undang-undang tersebut terpakai di negeri Perak, beliau berkata: "Saya fikir ia sama kepada setiap negeri tapi jika Perak mempunyai perlembagana yang berbeza, saya sedia untuk diperbetulkan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai soalan sama ada pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bertentangan dengan undang-undang atau sebaliknya.

Bagaiamanapun, Dr Mahathir berkata, beliau tidak pasti mengenai perlembagaan yang diguna pakai di negeri Perak dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

"Isu ini dah dibawa ke mahkamah, jadi biarlah mahkamah buat membuat keputusan mengenainya," katanya.

Mengulas lanjut mengenai krisis perlembagaan yang berlaku di Perak, Dr Mahathir berkata, Barisan Nasional (BN) mungkin terlalu gopoh bertindak untuk mengambil alih kembali pentadbiran di Perak.

"Kita tak patut terlalu gopoh...semuanya perlu dilakukan dengan baik dan lancar. Jika terlalu gopoh, kita akan buat kesilapan.

"Dalam apa jua situasi pun, kita perlu mempunyai masa untuk berfikir, mungkin apa yang mereka (BN) lakukan adalah betul tapi masih kelihatan mereka gopoh," katanya.

artikel asal : mStarOnline




klip video ehsan : greenboc

SAYA KESAL DENGAN TINDAKAN POLIS : Anwar

Ketua Umum KeADILan merasa amat kesal dengan tindakan pihak polis yang bertindak menahan aktivis sosial Wong Chin Huat dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

“Adalah difahamkan beliau ditahan kerana mengadakan satu persidangan media menyeru awam untuk memakai pakaian hitam pada 7hb Mei 2009 sebagai satu tanda protes terhadap rampasan kuasa oleh Barisan Nasional di Perak,” Jelas Anwar dalam kenyataan beliau hari ini.

Seruan Wong agar orang ramai mengambil pendekatan memakai pakaian hitam sebagai satu tanda protes merupakan pendekatan yang tidak bersalahan dengan hak beliau sebagai warganegara Malaysia dan amalan Demokrasi.

Justru, penahanan ini jelas memperlihatkan wajah sebenar pentadbiran baru pimpinan Perdana Menteri Najib Razak yang baru berusia satu bulan ini.

“Saya menyeru agar segala tuduhan di bawah Akta Hasutan terhadap Wong Chin Huat digugurkan dan beliau dibebaskan serta merta,” tegas anwar mengakhiri kenyataan beliau.

Jurucakap kepada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Wong Chin Huat yang ditangkap polis atas kesalahan yang masih tidak pasti kini dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta dan dibawa ke satu lokasi yang tidak diketahui.

Beliau ditangkap selepas jam 8 malam tadi di rumahnya Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur bawah siasatan Akta Hasutan setelah berucap semasa sidang akhbar Bersih dalam kempen ‘1Black Malaysia’ di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur pada tengahari semalam.

Wong, seorang pensyarah kajian media di sebuah universiti tempatan itu kemudian dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan untuk soal siasat - kemudian dipindahkan ke suatu tempat yang tidak diketahui sejurus selepas tengah malam.

Difahamkan beliau ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan tetapi jenis kesalahan tidak diketahui. Wong telah dibawa ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan akta Hasutan Koh Hong Sun berkata Wong yang ditahan di bawah akta tersebut kerana menulis beberapa artikel termasuk kempen “1Black Malaysia”,

Polis akan membuat keputusan hari ini samada untuk melanjutkan tempoh tahanan itu, membebaskannya atau mendakwanya di mahkamah.

Tindakan polis itu dipercayai berkaitan dengan kempen berbaju hitam esok. Bersih berkempen supaya semua rakyat Malaysia memakai pakaian berwarna hitam sebagai tanda membantah persidangan Dun Perak yang dianggap NGO itu “tidak mengikut perlembagaan.”

Bersih melancarkan kempen itu dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, pagi semalam.

artikel asal : Suara KeAdilan

KERAJAAN SELANGOR TEMUI KDN USAHA BEBASKAN M MANOHARAN

Kerajaan Selangor merancang berbincang dengan menteri dalam negeri berhubung pembebasan wakil rakyatnya M Manoharan daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Surat kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk tujuan itu akan dihantar hari ini, kata exco kanan Selangor, Teresa Kok.

Manoharan, ADUN Kota Alam Shah, baru-baru ini menimbang untuk melepaskan jawatannya itu dengan alasan gagal berkhidmat kepada pengundi kawasannya.

Beliau antara tiga lagi pemimpin atasan Hindraf yang masih meringkuk di kem Kamunting, Perak sejak Disember 2007. Dua daripada mereka dibebaskan dengan syarat awal bulan lalu.

Teresa, ADUN DAP bagi Kinrara, semalam melancarkan kempen tandatangan bagi membebaskan penasihat undang-undang Hindraf itu yang bertanding atas tiket parti itu pada pilihanraya umum lalu.

Bercakap di sidang media sama selepas mesyuarat ahli majlis kerajaan negeri, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan pertemuan dan kempen tersebut sebagai lanjutan usul memansuhkan ISA yang diluluskan oleh persidangan pertama DUN tersebut tahun lalu.

artikel asal : malaysiakini

RENGGO SERU : "pecahkan dinding dalam hati anda, joint PAS, baru anda tahu PAS tu best"

PAS terbuka menerima artis yang ingin bersama menunaikan tugas dakwah melalui medium mereka



klip video ehsan : tvpas09

3 Kena Tahan Sambut HEPI BESDAY ALTANTUYA di Kompleks Pejabat PM

Tiga ditahan sambut 'Harijadi Altantuya'

Tiga ditahan di depan kompleks pejabat perdana menteri di Putrajaya selepas cuba "menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang dibunuh tiga tahun lepas.



Kumpulan kira-kira 30 aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga menyerahkan sepucuk surat daripada bapa mangsa bunuh itu Shaariibuu Setev dan memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak.

Sani Md Shah ditahan jam 11.15 pagi apabila memegang kek hari jadi, sementara Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman ditahan tidak lama selepas itu sewaktu memegang kain rentang di depan pintu masuk kompleks tersebut.

Ketiga-tiganya kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya.


Kek seberat 2kg dan kain rentang itu yang dibawa oleh SAMM yang diketuai pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin turut dirampas polis.

Kek putih dan kain itu bertulisan "Selamat Hari Jadi Altantuya". Jika masih hidup, wanita itu kini berusia 31 tahun.

Setelah Badrul Hisham masuk ke balai, beliau dimaklumkan untuk hadir semula jam 2 petang ini.




artikel asal : malaysiakini

ISU PECAT IMAM : Diberi Cek Pampasan Berjumlah RM3,255.50

Pecat: Imam dibayar pampasan




Imam di Bukit Damansara yang dipecat susulan khutbah Jumaatnya menyeru "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" Februari lalu diberikan pampasan dua bulan gaji.

Bersama surat memaklumkan pemecatannya bertarikh 30 April, Syamsul Firdaus Mohamed Supri, 36, diberikan cek berjumlah RM3,255.50.

Surat itu yang bertandatangan pengerusi jawatankuasa kariah masjid Saidina Umar Al-Khattab, Datuk Wan Mansor Abdullah menyebut tindakannya dibuat selepas mendapat persetujuan Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dalam surat yang sama, pemecatan itu dibuat berdasarkan Seksyen 12(1) Akta Pekerjaan yang menyebut "majikan boleh menamatkan perkhidmatan pekerja dengan memberi notis pada bila-bila masa."

"Mengikut peruntukan Seksyen 12(2) dan Seksyen 1391) akta yang sama, tuan (Syamsul) layak dibayar pampasan bersamaan dua bulan gaji sebagai ganti notis," surat itu dipetik.

Wan Mansor enggan mengulas tindakan itu – demikian menurut seorang kakitangan masjid sewaktu dihubungi tadi.

Imam lulusan syariah dari sebuah universiti di Jordan itu memberitahu Malaysiakini hari ini, beliau sedang merancang untuk melanjutkan pelajarannya di peringkat sarjana di sebuah universiti tempatan.

Imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei selepas digantung dua bulan antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman.

Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbahnya pada 20 Februari.

Shamsul semalam menjelaskan, beliau "menambah sedikit" mesej "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" dalam khutbah kedua kerana perkara itu biasa dilakukan oleh khatib.

Tambahnya, dalam khutbah pertama, beliau membacakan teks penuh yang dibekalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjudul "Petunjuk dari Kesesatan" tanpa sebarang tokok tambah.

Selama kira-kira 10 tahun berkhidmat di masjid berkenaan sejak 1 Disember 1998, Shamsul mendakwa tidak pernah mendapat teguran daripada ahli kariah kawasan itu.

Susulan pemecatannya, bapa kepada dua anak itu dikehendaki mengosongkan rumah imam di Jalan Setiajasa, Bukit Damansara – milik masjid itu – sebelum 1 Julai ini.

Shamsul berstatus imam lantikan masjid dan bukannya kakitangan Jawi seperti dua lagi imam di masjid itu.

artikel asal : malaysiakini

Speaker Perak hadiri raptai sidang Dun, FRU mula ditempatkan di SUK




Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar pagi ini telibat dengan raptai penuh pembukaan sidang yang bermula sejak awal pagi lagi.

Sidang Dun Perak dijadualkan akan berlangsung pada esok, 7 Mei dan menurut sumber, upacara pembukaan akan disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Sultan Azlan Shah.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa buah FRU turut kelihatan di sekitar perkarangan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Walaubagaimanapun kawalan keselamatan masih lagi seperti biasa.

Polis berkemungkinan akan memperketatkan lagi kawalan keselamatan di sekitar bangunan SUK dan tidak membenarkan orang awam serta rakyat negeri Perak mengikuti sidang Dun esok.

artikel asal : Suara KeAdilan

SPR BANYAK IDEA, CADANGAN : NAK SCAN IBU JARI PULAK..

Guna imbasan ibu jari


SPR cadang laksana sistem biometrik pada pilihan raya umum

Selepas membatalkan cadangan menggunakan dakwat khas bagi menanda kuku atau jari pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menimbang pelaksanaan sistem biometrik atau teknik imbasan ibu jari pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata sistem yang menggunakan teknologi canggih itu kini di peringkat kajian, terutama berkaitan aspek perundangan dan kos.

"Sebagai negara mempunyai sistem pendaftaran rakyat yang maju dan canggih dengan menggunakan kad pengenalan berteknologi tinggi, seperti MyKad, SPR percaya sistem biometrik boleh digunakan dalam proses pilihan raya," katanya kepada Berita Harian.

Ketika ini, sistem biometrik digunakan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengeluarkan MyKad, manakala Jabatan Imigresen menggunakan teknologi itu bagi pengeluaran pasport antarabangsa serta mengesan kemasukan pendatang asing tanpa izin.

Terbaru, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memperkenalkan sistem itu sebagai projek perintis untuk mengelak kes penipuan dan pemalsuan hak milik tanah.

Wan Ahmad berkata, kajian pelaksanaan sistem biometrik dijalankan selepas SPR mengekalkan keputusan membatal cadangan menggunakan dakwat khas dalam mesyuaratnya, Mac lalu.

Menjelang pilihan raya umum lalu, SPR mengumumkan cadangan menggunakan dakwat khas dari India, tetapi membatalkannya selepas menerima laporan polis berhubung empat individu yang dikatakan membeli dakwat khas dari luar negara untuk dicalit pada kuku pengundi sebelum hari pengundian.

Wan Ahmad berkata, sistem biometrik yang digunakan beberapa jabatan dan agensi kerajaan ketika ini, dijangka lebih berkesan berbanding penggunaan dakwat khas.

"Menerusi sistem ini nanti, kita berharap tiada lagi tanggapan mengenai kononnya ada pihak menipu dengan mengundi berulang kali. Teknologi yang digunakan nanti bersifat telus," katanya.

Beliau berkata, SPR juga berpendapat sistem biometrik lebih sesuai dilaksanakan selaras dengan matlamat kerajaan mencapai status negara maju yang mengutamakan teknologi.


artikel asal : BeritaHarian

Nanti Terus Menanti UMNO/BN Tanding di Penanti

Penanti: BN dijangka putuskan 18 Mei

Barisan Nasional (BN) akan mengadakan pertemuan bagi menentukan sama ada parti itu akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, keputusan sama ada BN perlu bertanding atau tidak bukan keputusan Umno semata-mata tetapi semua parti-parti komponen.

"Saya tak fikir ini (Penanti) isu Umno sahaja sebab bila kita bertanding... kita bertanding atas tiket Barisan Nasional.

"Kita tidak tergesagesa membuat keputusan. Kita ini parti begitu kuat pada kerja untuk kebajikan rakyat," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Najib, yang juga pengerusi BN berkata keputusan mengenai kedudukan Penanti akan dibuat dalam tempoh terdekat. Difahamkan, pertemuan itu akan diadakan pada 18 Mei ini.


artikel asal : mStarOnline

Wong Chin Huat, dijangka ditahan reman pagi ini.

Hasutan: Penyelaras Bersih dijangka ditahan reman pagi ini


Salah seorang penyelaras Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat, dipercayai terlibat dalam gerakan baju hitam menjelang sidang Dewan Undangan Negeri Perak esok, dijangka ditahan reman pagi ini.

Wong ditahan di bawah Akta Hasutan malam tadi.

Ketika dihubungi sebentar tadi, peguamnya, Edmund Bon berkata, beliau sedang ke kompleks mahkamah di ibu negara untuk menguruskan soal itu.

"Saya sedang ke mahkamah untuk berhujah permohonan polis untuk menahan reman Wong. Saya dimaklumkan dia akan ditahan reman," katanya.

Semalam Bon berkata, anak guamannya itu ditahan kira-kira pukul 7.45 malam tadi di rumahnya di Kuala Lumpur.

"Saya dimaklumkan dia ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan tetapi jenis kesalahan tidak diketahui. Wong telah dibawa ke Bukit Aman (untuk siasatan)," kata beliau.

Difahamkan polis bertindak atas aduan yang dibuat terhadap Wong.

Polis juga telah merampas komputer milik Wong yang juga penulis bebas dan ahli akademik pusat pengajian tinggi swasta.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (JSJK), Datuk Koh Hong Sun mengesahkan Wong ditahan untuk membantu siasatan.

"Kami akan menyoal siasat (Wong) untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya.

Wong dipercayai telah dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Perdana.

Penahanan Wong dipercayai berkaitan dengan satu sidang media yang telah diadakan oleh Bersih semalam.

Bersih dipercayai merancang untuk mengadakan perhimpunan protes baju hitam menjelang sidang DUN Perak yang bermula esok.

Ia merupakan sidang pertama sejak tercetusnya krisis politik Perak Februari lalu.

Krisis itu membawa peralihan kuasa daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional.


artikel asal : mStarOnline

Stesen TV Hong Kong Terbit Drama Altantuya, SMM hantar kek harijadi


Sebuah stesen Televisyen di Hong Kong menerbitkan drama bersiri mengenai kisah pembunuhan model terkenal Mongolia, Altantuya Shaaribu yang dibunuh dengan kejamdan diletupkan dengan menggunkan bahan letupan C4 kira-kira tiga tahun lalu di Shah Alam.

Esok merupakan ulangtahun kelahiran model tersebut yang ke 31 sekiranya beliau tidak dibunuh.

Bagi mengingati pembunuhan kejam itu, sebuah stesen TV di Hong Kong akan menyiarkan drama bersiri berkisar mengenai cara kematian beliau.

Pembunuhan Altantuya menimbulkan kontroversi kerana kaitannya dengan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Najib Tun Razak dan kaitannya dengan komisyen pembelian kapal selam. Isteri Najib, Rosmah Mansur turut terheret sama dalam kontroversi itu..

Dalam kes tersebut, Penasihat politik kepada Najib, Abdul Razak Baginda yang menjadi tertuduh ketiga dalam kes berkenaan dibebaskan oleh mahkamah manakala dua pengiring Najib, Azilah Hadri dan Sirul Azhar di jatuhkan hukuman mati.

Drama tersebut berdasarkan laporan siasatan oleh seorang wartawan Perancis, Arnaud Dubus dari akhbar French Liberation. Beliau mendakwa mengetahui mengenai cerita sebenar pembunuhan tersebut dan telah mengelilingi dunia untuk mengumpulkan maklumat mengenai kes pembunuhan berkenaan.

Sementara itu Solidariti Anak Malaysia (SMM) akan menghantar kek harijadi bagi memperingati ulangtahun kelahiran Altantuya di hadapan Pejabat Jabatan Perdana Menteri esok pada pukul 11 pagi. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh badan itu, kemungkinan kenyataan Yayasan Altantuya yang berpusat di Bangkok dan bapa Altantuya juga akan dibacakan dalam acara tersebut.

“Kematian Altantuya telah menyebabkan banyak kesan. Antaranya imej negara tercalar. Altantuya yang terlibat dalam ‘deal’ pembelian kapal selam negara mati di bunuh oleh dua anggota polis di Shah Alam. Perbicaraan kelihatan amat pelik kerana gagal mengemukakan motif dan senjata pembunuhan,”ujar SMM dalam satu kenyataan media.

SMM dalam masa yang sama mendesak Perdana menteri, najib Razak supaya mengambil tindakan saman kepada 19 media yang mengatakan beliau terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.

“Media tersebut harus digesa menarik artikel dan memohon maaf. Jangan hanya bertegas dengan media dan blooger dalam negara sahaja. Jika tidak ada tindakan maka rakyat berhak menjatuhkan hukuman,”ujar kenyataan itu lagi.

Selain itu, SMM turut mempersembahkan cadangan kepada DYMM Yang Dipertuan Agung supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat keseluruhan kes pembunuhan model berkenaan.

artikel asal : Suara KeAdilan

Pelantikan Zambry MB Perak tidak ikut perlembagaan


Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah tidak mengikut perlembagaan.

Peguam Sulaiman Abdullah, untuk Mohammad Nizar, berkata bahawa Zambry tidak boleh menuntut pejabat Menteri Besar kerana Mohammad Nizar belum meletak jawatan dan pejabat Menteri Besar tidak pernah dikosongkan.

"Pelantikan seseorang ke pejabat Menteri Besar mungkin hanya sah jika pejabat itu dikosongkan.

"Jika pejabat itu tidak dikosongkan, tidak ada pelantikan yang sah dalam undangundang untuk menduduki pejabat itu, kerana tidak boleh ada dua orang memegang satu jawatan Menteri Besar," kata Sulaiman dalam hujah dua jamnya.

Pada 13 Februari, Mohammad Nizar, 52, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac, tahun lepas, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau pada ketika mana adalah Menteri Besar Perak.

Dalam afidavit untuk menyokong permohonan itu, Mohammad Nizar mengukuhkan bahawa:

* Beliau telah menasihat dan memohoan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengelakkan berlaku sebarang kebuntuan dalam pentadbiran hal ehwal negeri itu memandangkan tiga anggota DUN tersebut telah meletak jawatan;

* Tidak ada pembubaran DUN;

* Tidak ada usul tidak percaya dibentangkan terhadap beliau di DUN;

* Beliau belum meletak jawatan daripada pejabat Menteri Besar. Sulaiman, dalam hujah beliau hari ini juga mempertikaikan bahawa Menteri Besar Perak tidak boleh dilucutkan jawatan oleh Sultan Perak.

"Menteri Besar mungkin hanya boleh dilucutkan jawatan setelah undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota DUN itu," kata beliau.

Ini kerana, kata Sulaiman, Menteri Besar itu tidak memegang jawatan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia tetapi memegang jawatan tertakluk kepada keyakinan anggota DUN yang mana (Menteri Besar) bertanggungjawab.

"Peranan Duli Yang Maha Mulia di bawah Artikel 16(6) hanya memutuskan sama ada atau tidak untuk membubarkan DUN, jika Menteri Besar telah hilang undi tidak percaya," kata Sulaiman.

Sulaiman yang sebelum ini tidak bersetuju dengan hujah pencelah, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata bahawa pembubaran DUN tidak hanya tertakluk pada keadaan di mana Menteri Besar telah hilang keyakinan majoritinya.

"Apabila Menteri Besar menghadap Sultan memohon perkenan untuk membubarkan DUN, ia bukan satu pengakuan bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti. Pembubaran boleh dipohon pada bilabila masa, untuk sebarang sebab, dan bukan terhad pada hilang keyakinan majoriti," katanya.

Sulaiman juga berkata mahkamah hendaklah mematuhi dan mengaplikasikan keputusan Stephen Kalong Ningkan menentang Tun Abang Openg dan kes Tawi Sli, yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Sarawak pada 1966, pada kes ini.

Pada kes itu yang memutuskan bahawa Gabenor tersebut tidak boleh melucutkan Ketua Menteri tersebut dan tidak boleh melantik seorang Ketua Menteri kedua sementara ada seorang lagi memegang jawatan berkenaan, dan bahawa hanya satu jalan untuk Ketua Menteri untuk melucutkan jawatan dengan cara undi tidak percaya dalam Majlis Negeri.

Perlembagaan Sarawak, Perlembagaan Perak sangat jelas bahawa ia tidak ada kuasa untuk melucutkan jawatan Menteri Besar itu dan budibicara untuk melantik dua orang memegang jawatan Menteri Besar itu.

"Peruntukan Artikel 7(1) Perlembagaan Sarawak sama dengan Artikel 16(6) Perlembagaan Perak dan keputusan kes itu masih merupakan satu undang-undang yang baik," kata beliau.

Penghujahan di hadapan Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim disambung esok.

artikel asal : mStarOnline



klip video ehsan : malaysiakini

PETRA DEDAH SUMBER INFO KAITKAN ROSMAH-ALTANTUYA



Penulis blog popular, Raja Petra Kamaruddin dalam tulisan terbaru hari ini mendedahkan identiti sumbernya berhubung dakwaan wanita pertama negara Rosmah Mansor berada di tempat Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Menurut pengendali blog Malaysia Today, maklumat kontroversi tersebut datang daripada Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin, "orang nombor dua dalam unit khas bahagian risikan tentera" Malaysia.

Beliau bertemu pegawai tentera melalui seorang rakannya, Nik Azmi Nik Daud, yang dikenalinya sejak 45 tahun lalu.

Nik Azmi seorang pembantu ahli politik veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, kata penulis itu lagi.

Beliau juga memohon pertolongan daripada beberapa individu antaranya termasuk pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang lagi pembantu Tengku Razaleigh tentang kredibiliti pegawai tentera tersebut.

Dalam tulisan blognya, beliau juga mendakwa ditawarkan sebanyak RM30,000 sebulan oleh Datuk Jamaluddin Jarjis, seorang kenalan dekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai imbuhan agar beliau berhenti menulis tentang wanita Mongolia tersebut.


artikel asal : malaysiakini

IMAM DIPECAT SELEPAS SERU KERAJAAN BERLAKU ADIL, TELUS

Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu.

Shamsul Firdaus menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.

Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan.

Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Omar Alkhattab, katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, beliau digantung daripada menyampaikan khutbah antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman walaupun beliau memohon berbuat demikian.

Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbah.

Shamsul juga mengucapkan terima kasih kepada Anwar yang menghubungi seorang ahli jawatankuasa masjid itu semalam, yang tidak dinamakan, dan meninggalkan pesan kepadanya supaya bersabar.

Mengulas lanjut isi khutbah yang dipertikaikan itu, Shamsul berkata, beliau hanya "menambah sedikit" mesej "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" dalam khutbah kedua kerana perkara itu biasa dilakukan oleh khatib.

Tambahnya, dalam khutbah pertama, beliau membacakan teks penuh yang dibekalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjudul "Petunjuk dari Kesesatan" tanpa sebarang tokok tambah.

Selama kira-kira 10 tahun berkhidmat di masjid berkenaan sejak 1 Disember 1998, Shamsul mendakwa tidak pernah mendapat teguran daripada ahli kariah kawasan itu.

Beliau juga berkata tidak pernah aktif dalam politik pembangkang yang mungkin menyebabkan beliau dikenakan tindakan.

"Sokong-sokong itu biasalah," tambahnya, sambil mendakwa inilah kali pertama imam dipecat di masjid itu.

Ditanya sama ada beliau berhajat merayu atau mengambil tindakan undang-undang terhadap majikannya kerana "yakin berada di pihak yang benar", Shamsul berkata:

"Saya tidak hendak panjangkan lagi (perkara ini). Saya pun bercadang hendak buat kerja lain."

Bapa kepada dua anak itu dikehendaki mengosongkan rumah imam di Medan Damansara -milik masjid itu – yang didudukinya dalam tempoh tiga bulan. Beliau bagaimanapun bercadang berpindah Jun ini.

Shamsul berstatus imam lantikan masjid dan bukannya kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) seperti dua lagi imam di masjid itu.

artikel asal : malaysiakini

Imam Masjid Saidina Al Khattab di Bukit Damansara, Ustaz Syamsul Firdaus Mohamed Supri yang dipecat serta-merta berkuatkuasa 1 Mei lalu mendakwa pemecatan beliau didalangi oleh Umno

klip video ehsan : greenboc

PPSMI: Sasterawan Negara sanggup lepaskan gelaran

SASTERAWAN Negara, Datuk A Samad Said (kiri) dan Prof Muhammad Haji Salleh membayangkan sanggup melepaskan gelaran berkenaan jika ia menjadi faktor penghalang untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap PPSMI.

Lima Sasterawan Negara melahirkan sokongan terhadap kempen menggesa dimansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan dua daripada mereka sanggup melepaskan gelaran masing-masing.

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan Prof Muhammad Haji Salleh membayangkan sanggup melepaskan gelaran berkenaan jika ia menjadi faktor penghalang untuk menyuarakan bantahan mereka.

Kedua-dua mereka menegaskan, tindakan susulan bagi memansuhkan PPSMI akan tetap diteruskan melalui usaha secara individu mengikut bidang masing-masing memandangkan terdapat beberapa Saterawan Negara yang telah uzur.

“Kami masing-masing menjalankan tugas mengikut dunia kami tersendiri, usaha berbeza tetapi matlamatnya sama.

“Kami memang sanggup (lepaskan gelaran), kalau dikiranya sasterawan negara itu berdegar bunyinya, ambillah kesemuanya," kata A Samad pada sidang media di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) di sini, hari ini.

Tiga lagi Sasterawan Negara yang menyokong bantahan tersebut ialah Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Abdullah Hussain dan Datuk Noordin Hassan.

Bagaimanapaun ketiga-tiga mereka tidak dapat hadir pada sidang media tersebut kerana mempunyai masalah kesihatan.

A Samad berkata, beliau akan berusaha keras dalam memastikan PPSMI dihapuskan dan sanggup untuk turun ke bawah bagi ‘merakyatkan’ orang ramai agar sedar mengenai dasar yang dikatakan menjadi ancaman kepada bahasa Melayu itu.

Ditanya sama ada pihaknya sudi untuk membincangkan isu itu sekiranya dipelawa oleh kerajaan, A Samad berkata, mereka tidak akan menolaknya sekiranya perbincangan itu diadakan dengan baik.

“Kalau pelawaan kerajaan yang baru baik... kita akan sambutlah dengan baik, tetapi kami tidak mahulah pertemuan ini hanya kiasan sahaja,” katanya.

Jelas beliau, kerajaan perlu mengakui hakikat bahawa dasar PPSMI adalah salah dan melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Mereka perlu mengakui kesalahan dalam melanggari Perlembagaan.

"Tidak ada gunanya dibetulkan yang lain kalau Perlembagaan itu dilanggar,” katanya.

Sementara itu, Muhammad pula mendakwa, isu PPSMI merupakan satu musibah kepada nasib bangsa Melayu dan perkara seperti ini tidak pernah berlaku kepada bahasa-bahasa besar lain yang katanya mempunyai martabat yang tersendiri.

“Tidak pernah orang cuba sentuh bahasa Perancis. Cuba anda ubah bahasa itu kepada bahasa Inggeris, pastinya orang Perancis akan marah kerana mereka yakin bahasa mereka bahasa terbaik di dunia," katanya.

Beliau bagaimanapun menyokong dasar kerajaan untuk memperluaskan penguasaan bahasa Inggeris, namun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipinggirkan.

Kelima-lima sasterawan itu turut menggariskan beberapa hujah yang menyokong bantahan mereka terhadap PPSMI.

Antaranya ialah pencapaian bahasa Inggeris boleh diperbaiki dengan kaedah pengajaran yang lebih berkesan dan sikap terhadap bahasa yang lebih sihat.

"Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang juga bukan saja datang dari negara-negara berbahasa Inggeris tetapi lebih banyak dari negara bukan berbahasa Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol Switzerland, India dan Bangladesh.

"Selain itu, beberapa masalah yang dihadapi di negara kita bukan berpuncakan penguasaan bahasa Inggeris kurang cekap tetapi pada budaya kerja yang tidak rapi dan disiplin yang tidak ketat," katanya.

artikel asal : mStarOnline


klip video ehsan : tvpas09

Jurucakap Bersih ditahan polis dibawah Akta Hasutan


Jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat ditahan sepasukan polis pukul 8 malam tadi.

Menurut peguam beliau, Edmund Bon, Wong ditahan di rumah beliau di Taman Sri Sentosa di Kuala Lumpur dibawah Akta Hasutan selepas satu laporan polis dibuat terhadap aktivis tersebut.

"Wong kini berada di Ibu Pejabat Jabatan Jenayah Perdagangan Bukit Perdana dan komputer ribanya dirampas," tegas Edmund kepada Harakah sebentar tadi. Beliau bagaimanapun, tidak dapat mengesahkan sama ada penahanan Wong ada kaitan dengan sidang media yang diadakan pagi tadi.

Dalam sidang media Bersih pagi tadi, Wong menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berkabung pada 7 Mei nanti (Khamis) dengan berpakaian hitam ke pejabat, ke sekolah, ketika beriadah mahupun di rumah bagi menunjukkan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tanda "1Malaysia GELITA, Demokrasi Diutamakan, Adakan Pilihan Raya Sekarang".

Kempen tersebut dan pemilihan warna hitam dibuat sebagai protes terhadap rampasan kuasa yang dirancangkan oleh Barisan Nasional (BN) di Perak.

artikel asal : HarakahDaily