Tuesday, November 9, 2010

tak nak TAIB!

Bubar DUN sekarang! – DAP Sarawak

KUCHING : Geram dan marah kerana Barisan Nasional (BN) mengungkit-ungkit cerita kemenangan mereka di Galas dan Batu Sapi, DAP Sarawak mencabar kerajaan negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempuh seminggu untuk memberi laluan kepada pilihan raya.

"Saya cabar kerajaan negeri BN membubarkan DUN dalam tempuh seminggu dan adakan pilihan raya, jika mereka begitu yakin dengan sokongan rakyat terhadap BN," kata Setiausaha parti itu, Chong Chieng Jen.

Cabaran dari pembangkang ini muncul ekoran dari sidang DUN Jumaat lalu, di mana lepas seorang, lagi seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN berdiri dengan megah sambil membesar-besarkan
kemenangan itu, dengan mendakwa sokongan rakyat kembali kepada BN.

"Jika takut menghadapi pilihan raya, segala puji-pujian terhadap kemenangan ini hanya merupakan satu pembohongan belaka," ujar beliau.

Mengenai kekalahan Pakatan Rakyat di Batu Sapi, Chong berkata mesej dari kawasan itu jelas, tidak ada tempat untuk parti bebas dalam politik Malaysia.

Parti Progresif Sabah dianggap sebagai bebas dan bertanding sendiri. Calonnya Yong Teck Lee dan juga bekas ketua menteri yang dianggap seorang tokoh yang berpengaruh, menduduki tempat terakhir
dari segi jumlah undi, dalam pertandingan tiga penjuru itu.

"Rakyat menolak calon bebas, ini jelas dari keputusan pilihanraya kecil itu. Keputusan ini juga menunjukkan sistem dua parti di negara ini, mula terbentuk.

"Rakyat sudah matang dan mereka melihat calon bebas ini sebagai oportunis dan hanya berminat untuk menimbulkan isu-isu bersifat peribadi tetapi menggadaikan demokrasi," katanya.

SUPP tiada pendirian

Mengenai isu tanah, Chong melahirkan rasa kecewa kerana BN sekali lagi menolak bil tentang Reformasi Undang-Undang Tanah, di mana DAP bercadang untuk membentangkannya pada sidang DUN.

Apabila pembangkang mencuba untuk membentangkan bil itu pada sidang DUN, Adun-Adun Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bertindak keluar dewan untuk mengurangkan jumlah korum.

"Parti itu bersembunyi di sebalik korum yang tidak cukup dan kali ini mereka tiada jalan untuk bersembunyi dan belang mereka terserlah. BN mengundi menentang pindaan bil itu.

"George Chan (Presiden SUPP dan juga Timbalan Ketua Menteri) memberi kenyataan yang remeh ,kita tidak perlu kepada karakter seumpama ini," kata Chong.

Beliau berkata Chan seharusnya mendapatkan pandangan dari para peguam yang juga menjadi ahli parti sama ada Kod Tanah sekarang ini adil untuk tuan tanah, terutama di bawah Seksyen 47 mengenai premium dan pembaharuan.

"Tanya mereka supaya bercakap dengan benar sama ada Kod Tanah sekarang ini menyediakan perlindungan yang secukupnya kepada tuan tanah. Masalah yang dihadapi oleh tuan tanah di Bako dewasa ini juga boleh berlaku terhadap tuan tanah lain di Sarawak.

"Hanya satu cara untuk menghalang dari perkara ini berlaku iaitu melindungi tuan tanah dengan membatalkan Kod Tanah sekarang dengan menggantikan dengan Kod Tanah yang baru, yang kami cadangkan.
Malangnya SUPP menolong cadangan ini," terang beliau.


Oleh Joseph Tawie FMT

umNgok seronok gila ketawa besar bila jadi gini!

Zaid tidak akan keluar PKR, nasihat Anwar, Azmin berundur





Zaid tidak akan keluar PKR

PETALING JAYA, 9 Nov : Datuk Zaid Ibrahim menegaskan tetap setia bersama ahli PKR dan tidak akan meninggalkan parti yang disertai sejak lima bulan lalu itu.

Menurutnya, apa yang beliau mahu ialah PKR mesti dibersihkan dan perlunya ada tenaga atau pemimpin baru untuk menyegarkan parti.

Justeru, beliau menggesa Ketua Umum PKR dan Naib Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali supaya berundur daripada memimpin parti kerana didakwa menjadi punca terhadap permasalahan yang berlaku.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang meletakkan semua jawatan dalam PKR semalam menyatakan demikian pada sidang media di kediamannya di Tropicana, di sini, sebentar tadi.

Beliau turut memaklumkan mempunyai bukti terhadap apa yang didakwa berlaku penyelewengan di dalam Pemilihan PKR 2010.

Zaid yang mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden parti semalam juga memberitahu mempunyai bahan bertulis dan bergambar berhubung perkara itu.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa Azmin agar menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Hentikan pemilihan

Sementara itu, seorang lagi calon timbalan presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub memberikan masa 48 jam agar pemilihan parti itu dihentikan.

Bagi beliau, pemilihan kepimpinan pusat PKR yang sedang berlangsung sejak 28 Oktober 2010 mempunyai 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP.

"Hari ini saya dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden PKR dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

"Antara lain dalam memorandum ini kami mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan Perlembagaan parti dalam Kongres Khas pada bulan Jun 2009," kata beliau dalam satu kenyataan medianya.

Bagi beliau, kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil (clean, free and fair election). Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang diantara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas-pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi.

"Kami juga mendesak supaya JPP mengisytiharkan pemberhentian Pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini. Sekiranya tindakan pemberhentian Pemilihan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan.

"Saya percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia," kata beliau dalam kenyataan itu.

Reaksi Azmin

Sementara itu, Azmin Ali ketika ditemui media di lobi Parlimen meminta kedua-duanya membuat aduan rasmi dan menyertakan bukti terhadap dakwaan masing-masing.

"Mereka (zaid dan Mustaffa) perlu kemuka bukti yang kuat untuk menyokong tuduhan mereka.

"Kalau tak dapat kemuka bukti, ikut sahaja lah proses demokrasi dalam parti," kata Azmin ketika ditemui media.

(Laporan penuh menyusul)

tvpas09 Hrkh