Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong diminta kembali daripada cuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai esok.Keputusan yang di buat oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim untuk mengekalkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Adun Bukit Lanjan pagi tadi.“Jika beliau menerima tawaran itu, Elizabeth diminta kembali daripada cuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai esok, ” kata Khalid kapada pemberita selepas perbincangan dalam mesyuarat exco pagi ini.Katanya, keputusan itu wajar dan adil setelah mengambil pandangan semua pihak dan siasatan polis berhubung kes berkenaan dan polis juga gagal membuat keputusan yang muktamad.Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin kerana membuat keputusan tidak campur tangan dalam politik dan memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan.Katanya, Pakatan Rakyat memandang serius isu moral dan privasi. Pakatan Rakyat akan memastikan kepimpinannya menjunjung prinsip itu.“Jika ada bukti-bukti kukuh, kita tidak akan beragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya dan pendirian ini juga harus diimbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseoarang,” jelas beliau.“Kerajaan Negeri amat serius mempertahankan hak ini,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
http://harapanbarupr.blogspot.com/
Wednesday, April 15, 2009
Elli Wong is Back
Video : Kerajaan Kerah Wataniah Ada Udang Sebalik Batu
Cadangan kerajaan menubuhkan satu batalion Askar Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dipersoalkan.
1 nAtIoN.....
Kabinet yang telah dikecilkan saiznya mengangkat sumpah Jumaat lalu.
Keseluruhannya Kabinet baru ini mempunyai 29 menteri penuh dan 40 timbalan menteri.
Mesyuarat berlangsung selepas anggota Kabinet menyempurnakan majlis serah tugas kelmarin dan semalam.
Antara lain mesyuarat sulung ini dijangka menyentuh tentang penjelasan Najib tentang konsep kepimpinan beliau iaitu Satu Malaysia.
Kabinet dijangka menekankan pendekatan untuk menghadapi masalah dan cabaran semasa seperti krisis ekonomi global.
mStarOnline
Najib suruh masuk balik.....
PEMANDANGAN di Dewan Undangan Negeri Terengganu ekoran tindakan 10 ADUN Barisan Nasional memboikot sidang hari kedua semalam.
Kesemua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) termasuk bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh, menghadiri semula sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pagi ini - akur arahan Perdana Menteri dikeluarkan semalam.
Maklumat diperoleh menunjukkan sehingga pukul 9.45 pagi tadi kesemua 10 ADUN tiba di DUN walaupun 15 minit sebelum itu hanya dua orang wakil rakyat terbabit kelihatan berada dalam Dewan.
Mereka yang memulaukan sidang semalam ialah ADUN Tepoh, Muhammad Ramli Noh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).
Rosol ketika dihubungi 7.30 pagi tadi mengesahkan kesemua mereka akan hadir sidang hari ini.
"Presiden kita (Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak) telah meminta kami supaya hadir sidang dan Ketua Polis Terengganu juga telah memberi jaminan berhubung keselamatan kami.
"Kami tidak bimbang dengan soal keselamatan... jadi kami kesemua 10 ADUN akan menghadiri sidang pagi ini," kata Rosol mewakili wakil rakyat berkenaan ketika dihubungi di Kuala Terengganu.
Sidang DUN bermula pukul 9.30 pagi ini.
Sepuluh ADUN BN itu, buat kali pertama dalam sejarah negeri Terengganu memutuskan untuk memulaukan sidang DUN pagi semalam atas alasan menerima SMS ugutan dan keselamatan mereka terancam.
Semalam Perdana Menteri Najib mengarahkan kesemua ADUN itu yang memboikot sidang DUN pagi tadi, supaya kembali hadiri sesi seterusnya seperti biasa.
"Setakat ini mereka (ADUN) hanya dapat SMS tapi ia tidak berpunca dari Pejabat Menteri Besar jadi tidak ada kesahihan SMS yang dihantar," kata Najib di Putrajaya.
Sesi hari ketiga sidang DUN Terengganu - hari terakhir, akan berlangsung hari ini.
Ketika ditanya sama ada mereka telah dihubungi Najib ataupun Timbalan Perdana Menteri sejak kejadian itu, Rosol memberitahu:
"Saya dimaklumkan Datuk Seri Idris ada menerima panggilan."
Bagaimanapun kata beliau, mereka tidak menerima apa-apa panggilan ataupun ada menemui Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.
Read more : http://mstar.com.my/
Perbuatan pembangkang amat bahaya: Zambry
Beliau mengulas kenyataan berbaur ugtan Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar, dalam Harakah Daily yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
BeritaHarian
Krisis politik Terengganu bukan krisis besar - Najib
"Ia bukannya satu krisis yang besar," kata Perdana Menteri ketika diminta mengulas tindakan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Barisan Nasional yang tidak menghadiri persidangan hari ini kerana bimbang keselamatan mereka setelah tiga daripada mereka menerima SMS berbentuk ugutan.
SMS itu dipercayai ada kaitan dengan ura-ura usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Ahmad Said akan dibentangkan pada persidangan dewan itu.
Najib, yang ditemui pada majlis menandatangani perjanjian skim jaminan modal kerja dan skim jaminan penstrukturan semula industri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, berkata beliau telah bercakap dengan Ahmad yang menjelaskan bahawa SMS itu bukan dari pejabatnya.
Perdana Menteri berkata, kesahihan SMS itu belum dipastikan.
Najib berharap kesemua wakil rakyat itu akan kembali menghadiri persidangan dewan.
Kepada satu soalan, Perdana Menteri berkata kumpulan wakil rakyat itu menafikan ada cubaan untuk menyingkirkan Ahmad.
Mengenai dakwaan kononnya terdapat persamaan antara konsep Satu Malaysia yang diperkenalkannya dan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP, katanya, beliau akan menerangkannya kepada Kabinet esok dan kemudian kepada orang ramai.
mStarOnline
Najib Kata Krisis Terengganu Bukan Besar, Muhyiddin Khuatir BN Tumbang
Isu Pengambilan Balik Tanah Tanpa Pembelaan - Wahid Suarakan Hasrat Hati Penduduk Kampung Cina
Ini kerana, projek tersebut melibatkan 102 buah keluarga masyarakat tionghua yang tinggal menetap sejak lebih 70 tahun di negeri ini.Buletinonline dimaklumkan, penduduk terbabit tidak berpuas hati dengan arahan pindah tanpa dibayar apa-apa pampasan, ganti rugi serta yang berkait dengannya.Berikutan itu, penduduk bercadang menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak bagi membuat tuntutan serta pampasan yang sewajarnya dari kerajaan negeri Terengganu.
Seorang pesara guru, Encik Chua Bun Hock, 75, dari Kampung Cina mendakwa tinggal di perkampungan tersebut sejak lebih 70 tahun.Katanya, tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu mengambil-balik tanah tumpangan sementara di Kampung Cina tanpa bayaran pampasan tidak wajar.“Kami (penduduk) bukan pendatang asing di sini (Kampung Cina). Saya dilahirkan di sini dan telah menetap lebih 70 tahun.“Saya seorang pensyarah (guru) yang banyak berjasa mendidik rakyat Terengganu sewaktu menjadi guru di negeri ini,” ujarnyaKatanya, kerajaan negeri wajar membuat pertimbangan ehsan terhadap rakyat yang terdiri dari kalangan masyarakat berpendapatan rendah dan miskin.Adiknya, Chua Bun Seng, 68, menafikan penduduk terbabit anti pembangunan tetapi mahukan keadilan serta menuntut hak.“Kami semua di sini (Kampung Cina) sudah tinggal lama dan ada yang dua generasi masih menetap di bangunan lama ini.“Kami tidak menentang pembangunan dan kemajuan tetapi berikan hak dan keadilan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” jelasnya.Menurutnya, fasa pertama yang sedang dilaksanakan sekarang melibatkan 10 buah rumah dan sebuah balai raya penduduk di Kampung Cina.Seorang pemilik kedai, Haji Yasin Syeikh Abdul Kadir, 55, berkata satu Jawatankuasa Bertindak menangani pembelaan penduduk di Kampung Cina akan ditubuhkan segera.“Kita (penduduk) telah mengadakan perbincangan dan akan diperhalusi lagi dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak penduduk di Kampung Cina ini.“Pembelaan perlu dilakukan kerana majoriti penduduk terlibat orang berpendapatan rendah dan miskin,” ujarnya.Menurutnya, dalam sesebuah rumah pula terdapat dua hingga tiga buah keluarga yang terhimpit serta perlu tempat tinggal yang lebih selesa.Seorang juruelektrik, Encik Chong Wan Keh, 56, melahirkan kebimbangan rumah akan ditolak jentolak pihak kontraktor pembinaan projek.Katanya, notis telah dikeluarkan dan arahan pindah serta kosongkan kediaman dibuat oleh pihak kerajaan negeri kepada penduduk.“Kami semua tidak dibayar pampas an kerana tidak ada peruntukkan tetapi pihak kontraktor ada menawarkan bayaran saguhati antara RM1,000 hingga RM3,000 untuk pindah.“Kami ini orang susah dengan bayaran RM1,000 itu apa yang dapat dibuat dan tempat tinggal ganti tidak disediakan oleh kerajaan,” ujarnya dengan nada terharu.Puan Foo Siew Keah, 54, merayu kerajaan negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) mengutamakan kebajikan dan hak rakyat.Katanya, sewaktu kempen pilihan raya pelbagai janji-janji manis diberikan kepada rakyat tetapi tidak dikotakan.“Masa kempen pilihan raya beritahu rakyat kerajaan Barisan Nasional ‘membela’ rakyat tetapi akhirnya, rakyat tidak lena tidur kerana pelbagai masalah.“Saya rayu juga kerajaan negeri tolong fikirkan sedikit pampasan dan tempat tinggal ganti kerana penduduk di kampung Cina tidak ada tempat lain,” ujarnya.Menurutnya, penduduk bersepakat tidak akan meninggalkan kediaman masing-masing sehingga satu persetujuan bersama dicapai dengan isu tersebut.Manakala, Puan Lim Chua Tee, 55, mahukan kerajaan negeri tidak mengutamakan kepentingan pembangunan semata-mata dengan ‘mengorbankan’ rakyat.Katanya, tempat tinggal ganti wajar disediakan oleh kerajaan negeri kerana penduduk terbabit tidak mempunyai tempat lain.“Di mana kami anak-beranak dan penduduk asal hendak pindah dengan barang perkakas rumah yang banyak dan menyulitkan.“Jika tidak diberi pampasan dan ganti rugi, kami semua tidak ada tempat untuk berpindah,” jelasnya.Justeru dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam 14 April, ADUN Wakaf Mempelam, Hj Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah menyuarakan rasa hati penduduk berkenaan kepada pihak kerajaan supaya dapat diambil tindakan dan beri pertimbangan yang sewajarnya.