Monday, April 20, 2009

Bukan Islam bertakbir, kejayaan dakwah PAS

Kalimah Takbir " Allahuakhbar" yang satu ketika dahulu dipandang sepi masyarakat, hari ini telah menjadi ratib bukan sahaja di kalangan Islam juga kepada bukan Islam.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohammad Omar semasa berucap dalam dua majlis perasmian Mesyuarat Agung PAS iaitu PAS Kawasan Rembau dan PAS Kuala Pilah semalam.

"Kini bukan Islam pun sudah mula bertakbir, walaupun bacaannya tidakberapa betul namun mereka sudah positif dengan kalimah ini, Alhamdulillah ia satu kejayaan PAS.

"Kalau sebelum ini ketika orang-orang PAS bertakbir,ramai di kalangan pemimpin Umno mempertikai dan memperlekeh takbir ini, kata mereka PAS tak akan ke mana jika hanya sibuk bertakbir.

"Tetapi hari ini kita berjaya dengan kalimah ini hingga bukan Islam juga tidak segan dengan takbir ini," kata Zulkifly.

Bagi Zulkifly, mutakhir ini bukan Islam tidak lagi segan dengan perjuangan PAS,malah dalam beberapa kempen pilihan raya umum dan kecil, bukan Islam dilihat cukup bersemangat bertakbir.

"Paling saya terharu apabila ada rakan-rakan Kelab Penyokong PAS menghantar sms-sms mereka dengan kalimah Allahuakhbar, dan ada juga yang faham erti kalimah ini, ini satu kejayaan dakwah PAS kepada bukan Islam," katanya.

Fenomena perubahan persepsi kalangan bukan Islam ini kata Zulkifly amat ketara di Negeri Sembilan, malah sokongan kumpulan ini kepada PAS hari ini membuahkan kejayaan bukan sahaja dalam pilihan raya tetapi yang utama kepada dakwah.

Dalam majlis yang sama, Zulkifly turut mengingatkan ahli PAS Negeri Sembilan agar terus istiqamah dengan perjuangan Islam.

Katanya,perjuangan menegakkan Islam ini adalah dakwah yang berterusan setiap ahli PAS yang tidak boleh ditinggalkan.

Sementara itu dalam Mesyuarat PAS Rembau, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani telah terpilih sebagai Yang diPertua Kawasan, sementara Rozmal Malakan sebagai timbalannya.

Kira-kira 100 ahli dan kepimpinan PAS Kawasan Rembau hadir dalam mesyuarat kali ini.

artikel asal : HarakahDaily

Batal keputusan V. Sivakumar, satu penafian hak speaker - Kor Ming

klip video ehsan : tvpas09

Kor Ming Baca Quran Lagi....

Perak DAP leader Nga Kor Ming repeated the reciting of verses from the Quran in an apparent defiance against Malay Unity Action Front president Osman Abu Bakar, who had lodged a police report against the Taiping MP and Pantai Remis assemblyperson for doing the same in the run up to the Bukit Gantang by-election recently.

This time Nga recited the verses in the presence of PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat and close to 1,000 party supporters at the Markas PAS in Taman Melewar, Gombak.

klip video ehsan : http://www.malaysiakini.tv/

Nga kecewa isu ayat Al Quran dipolitikkan

klip video ehsan : tvpas09

Mansuhkan PPSMI: Jangan letak harapan pada Najib - Mohamad Sabu

Naib Presiden PAS, Haji Mohamd Sabu berkata, orang Melayu jangan terlalu menaruh harapan kepada Perdana Menteri baru, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk megembalikan pembelajaran mathematik dan sains dalam Malaysia.

Ini kerana, Perdana Menteri berkenaan adalah dibayangi pengaruh pengasas PPMSI, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Malah Najib dilihat 'terhutang budi' dengan Mahathir yang banyak menekan, dan mengkritik bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi sehingga melepaskan jawatan pada 3 Mac lalu kepada Najib.

Mohamad yang ditemui selepas majlis perasmian Mesyuarat Agong Tahunan PAS Kawasan Lipis kali ke-41 dekat sini berkata, Perdana Menteri baru dijangka tidak akan mengambil masa lama untuk membubarkan parlimen bagi membebaskan diri daripada bayang-bayang Abdullah Badawi.

"Ini bermakna dalam tempoh dua tahun dari sekarang Najib akan memanggil pilihan raya umum ke-14," ujarnya.

Menurutnya, Najib yang kini dalam proses 'membina imej baik' memerlukan idea baru dan segar supaya kelihatan menarik. Apa yang dibuatnya adalah untuk membebaskan dirinya daripada pengaruh bekas bosnya, Abdullah Badawi.

Katanya perkara sama dilakukan oleh semua Perdana Menteri terdahulu, semasa Tun Mahathir mengambil alih pemerintahan daripada Tun Hussein Onn dahulu, beliau melakukan banyak perkara yang boleh menarik perhatian rakyat antaranya menyeragamkan waktu antara semenanjung dengan Malaysia Timur. Beliau juga memperkenalkan dasar penerapan nilai-nilai Islam (Islamisasi), memperkenalkan dasar Kepimpinan Melalui Teladan, dasar pendang ke timur dan sebagainya.

Abdullah pula selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Mahathir telah memperkenalkan Islam Hadhari dan Abdullah menghabiskan banyak wang rakyat untuk mempopularkan Islam Hadharinya itu melalui penerbitan buku, dokomentri, seminar dan sebagainya.

"Tidak hairanlah kini Perdana Menteri Najib juga membuat perkara sama apabila berkuasa segera memperkenalkan slogan baru iaitu 'Satu Malaysia' atau One Malaysia, selepas ini semua perbincangan, seminar dan sebagainya akan membahaskan dasar tersebut, berapa banyaklah pula wang akan diguna bagi memenuhi plan pembinaan imej Najib itu," katanya.

Ditanya adakah isu Altantunya akan terus menghantui Perdana Menteri baru, Mohamad yakin isu berkenaan adalah antara isu ?isu yang akan menjadi masalah kepada Perdana Menteri.

artikel asal : HarakahDaily

Adnan diarah bayar syarikat balak RM63 juta

MB Pahang diarah bayar syarikat balak RM63 juta

Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan perintah mandamus syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Sdn Bhd, dikeluarkan terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, bagi mengarahkannya membayar bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kerana melanggar kontrak perjanjian kedua-dua pihak.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman dalam keputusannya mengarahkan pihak responden iaitu menteri besar melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

klip video ehsan : greenboc

Krisis BN Terengganu Makin Bergolak, Ahmad Said Didesak Letak Jawatan

Majoriti ADUN BN T'ganu mahu MB letak jawatan

Sejumlah 18 daripada 24 ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu kini dipercayai menyokong kumpulan yang mendesak Menteri Besar, Datuk Ahmad Said supaya meletakkan jawatan.

Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah mendakwa, sehingga hari ini jumlah ADUN yang menolak Ahmad meningkat daripada 10 kepada 18 orang.

Menurutnya, ADUN terbaru menyertai kumpulan mereka termasuklah beberapa exco kerajaan negeri.

"Bagaimanapun, saya tidak dapat mendedahkan nama-nama exco terbabit untuk menjaga kedudukan mereka sekarang," katanya kepada Malaysiakini.

Berikutan tambahan sokongan tersebut, Alias berkata, majoriti ADUN BN Terengganu mahu Ahmad meletak jawatan.

Ditanya apakah tindakan selanjut mereka selepas mendapat sokongan majoriti tersebut, Alias berkata:

"Kita menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti terlebih dahulu untuk menyelesaikan kemelut politik di Terengganu."

Sehubungan ini, Alias menegaskan, pihaknya percaya pucuk pimpinan tertinggi parti akan membuat keputusan yang terbaik untuk kepentingan rakyat dan negeri Terengganu.

Malaysiakini

Najib : "Amerika Mempunyai Aksess yang Terbaik Kepada Maklumat Perisikan Malaysia"

Ini bukan cakap saya tapi sebahagian dari ucapan Najib Tun Razak di Heritage Foundation seperti yang tercatat di:
http://www.heritage.org/research/asiaandthepacific/hl742.cfm.

Dalam ucapan Najib ini dengan bangga Najib menggariskan beberapa ”kejayaan Malaysia” di dalam menjayakan operasi serta penguatan ketenteraan Amerika Syarikat. Intipati ucapan Najib itu antaranya:

a. Ia berbangga bahawa segala maklumat perisikan Malaysia adalah terbuka kepada Amerika Syarikat.
b. Najib berbangga US Navy SEALS menjalankan latihan di Malaysia dua kali setahun
c. Najib berbangga tentera US mengadakan latihan ketenteraan bersama tentera Malaysia setiap tahun
d. Najib gembira yang pesawat Tentera Amerika terbang melalui angkasa Malaysia lebih 1000 kali setahun. Malahan selepas September 11, jumlah itu makin bertambah
e. Najib berbanggan seorang tentera Malaysia terkorban apabila cuba menyelamatkan tentera-tentera Amerika yang terperangkap hasil dari serangan militan Somalia pada tahun 1993.
f. Najib juga gembira atas kerjasama Malaysia-USA di dalam memerangai jaringan pengganas di rantau Asia Tenggara. (Walaupun beratus orang yang tidak berdosa menjadi mangsa ISA. Misalnya, di Selangor, seorang telah ditangkap ISA atas dasar melawan pengganas tetapi hakikatnya beliau ditangkap kerana usaha beliau membela hak setinggan)

Dan yang Najib tak sebut adalah:

a. Betapa UMNO telah memberhentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat demi menyedapkan hati Amerika kerana pada waktu itu semua SAR dianggap sekolah pengganas oleh Amerika.
b. Kesannya, BANYAAKKKK SAR yang tutup. Di Perak, diberitakan, hanya 3 SAR sahaja yang masih hidup
c. Semua dilakukan oleh UMNO dan Najib untuk menyenangkan hati Amerika dan Bush
d. Menangkap orang-orang yang tidak berdosa hanya kerana Amerika mahukan mereka ditangkap. Gayanya seperti Suharto yang telah membunuh 100,000 orang atas arahan CIA dan mengikut senarai yang CIA keluarkan
e. Memberi kebebasan yang luas kepada puak-puak liberal di Malaysia untuk mengutuk dan menghina Islam tanpa apa-apa tindakan diketuai oleh Marina Mahathir dan Zainah Anwar

Dan banyak lagi kita boleh nyatakan. Cukuplah stkt ini.

Kesimpulannya, UMNO ni adalah parti Paku Dulang Paku Serpih, parti Muka Tembok, parti Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-Sorong, parti Pencacai Tua Angkat Najis, parti ”Kecik-Kecik Tak Nak Mampus, Dah Besar Menyusahkan Orang”(bak kat director Ahmad Nisfu) dsbnya.

Dia sebuk fitnah Anwar agen Amerika tapi sebenarnya dia yang lebih. Anwar dipecat kerana Anwar tidak mahu menyelamatkan bisness dan kroni DAIM dari bangkrap dengan menggunakan duit rakyat.

Selepas Anwar dipecat, beribu-ribu juta wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan kroni serta proksi Daim Zainuddin. Misalnya, MRCB telah berjaya mendapat RM200 juta ”bail-out” tanpa sebab yang konkrit. Sepatutnya, bagi MRCB bangkrap sahaja dan itu lebih baik.

Wang RM200 juta itu digunakan untuk melahirkan korporat2 dan peluang2 bisness yang lain bagi Bumiputra. Tapi Dr.M dan Daim tak mahu dan sanggup menggunakan wang tersebut untuk kepentingan tembolok dan poket mereka.

Dan yang lebih menyedihkan kita lihat ahli-ahli UMNO yang telah ”dilembukan” untuk menyebar fitnah kononnya Anwar agen Amerika. Mereka ni satu sen habuk pun tak dapat tapi mereka jadi lembu tolong sebar fitnah pasal Anwar Ibrahim.

Memang mereka ni semua lembu.

artikel asal : http://www.malaysiawaves.com/

Usaha Najib Apung Slogan Sebagai Makan Diri - Datuk A. Samad Said

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said melihat usaha Najib Razak mengapungkan pelbagai slogan khususnya Satu Malaysia sebagai memakan diri pentadbiran Perdana Menteri Baru.

Penanti: BN mungkin tidak tanding Pakatan menang mudah?

Buat julung kali dalam sejarah pilihan raya negara ini, Barisan Nasional (BN) sudah mula mengkaji langkah untuk menolak 'tawaran' bertanding pilihan raya kecil.

Lazimnya, BN akan menang tanpa bertanding kerusi pada hari penamaan calon pilihan raya umum, malah tidak pernah melepaskan peluang mencuba nasib pada pilihan raya kecil yang diadakan dari semasa ke semasa.

Kali ini suasana agak berlainan.

Penanti salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak membayangkan BN berkemungkinan tidak akan meletakkan calon bertanding pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponen BN.

Jika ia menjadi kemungkinan apakah Pakatan Rakyat, yang akan menurunkan calon PKR, akan menang mudah tanpa bertanding?

Ataupun pertandingan tetap diadakan jika ada calon Bebas pula yang turun gelanggang.

Najib, yang juga Pengerusi BN berkata, BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihan raya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.

"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri peringkat Parlimen Pekan di Kuantan semalam sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

Sehubungan itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.

"Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN," kata beliau dipetik Bernama.

Banyak pihak mengesyorkan agar BN tidak meletakkan calon bersaing di Penanti atas beberapa alasan.

Ini termasuklah bagi mengelakkan pembaziran wang dan masa. Sejak pilihan raya umum Mac 2008, negara telah menyaksikan lima pilihan raya kecil termasuk penggunaan wang lebih RM30 juta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis untuk mengendali dan memastikan kelancaran pilihan raya kecil.

Malah syor yang sama pernah diutarakan ketika kerusi Permatang Pauh dikosongkan bagi membolehkan Anwar bertanding Ogos lalu.

Ketika itu syor agar Umno dan BN tidak meletakkan calon diutarakan oleh Pengerusi Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

Kali ini, Najib berkata, BN akan sepakat berhubung pilihan raya kecil itu.

"Sebab kita perlu kuat kata sepakat, dalam hal ini jelas sekali ini satu mainan politik mereka (pembangkang), dengan tujuan mereka itu kita dapat mengesannya.

"Ini bukan sebab peruntukan Perlembagaan Negara, kalau disebabkan perlembagaan negara, kita tetap hormati," katanya.

Jumaat lalu, Najib berkata, terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang sebenarnya tidak perlu diadakan.

Najib menekankan bahawa pilihan raya kecil itu sepatutnya hanya diadakan apabila seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi menentukan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti di Pulau Pinang ekroan keputusan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan Khamis lalu.

"Peletakan jawatan ini merupakan keputusan politik dan boleh disifatkan sebagai mainan politik untuk tujuan tertentu. Jadi rakyat pada umumnya tidak suka pilihan raya kecil yang sengaja diadakan," kata Najib.

Malah Jumaat lalu, Najib juga berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan selain daripada kematian, sebab-sebab lain yang membolehkan pilihan raya kecil diadakan ialah jika seseorang ADUN dan Ahli Parlimen itu diisytiharkan bankrap atau tidak berupaya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya kerana faktor-faktor tertentu.

Bagaimanapun, beliau berkata meletak jawatan adalah bertentangan dengan konsep demokrasi berparlimen.

Read more : http://mstar.com.my/

BN Nak Bertanding atau Tidak Di Penanti

BN Mungkin tidak bertanding di Penanti

MCA, PPP Sokong BN Tidak Bertanding Di Penanti