rakyat dah sedar dengan kempen kesedaran besar-besaran kementerian melalui media 'barua-barua'.. rakyat dah melihat pandemik ini dah jadi SERIUS.
Jangan panik, jalani kehidupan seperti biasa tetapi golongan yang disenaraikan berisiko tinggi dan mendapat selesema diminta lebih berwaspada dengan tahap kesihatan masing-masing.
"Berikutan penularan yang meningkat, kita menggesa agar orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan melihat pandemik ini lebih serius lagi,"
Katanya, langkah-langkah yang akan diambil kerajaan ialah mengadakan kempen kesedaran besar-besaran melalui media, mengarahkan semua doktor meningkatkan tahap kecurigaan terhadap pesakit dan menyediakan antivirus.
Beliau berkata, penutupan sekolah, institusi pengajian dan latihan sebelum ini juga merupakan langkah kawalan serta merta yang diambil bagi mengawal penularan wabak.
dipetik dari (Utusan Malaysia)
Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui laman webnya menyatakan kualiti udara di empat bandar itu merosot dengan bacaan IPU yang tinggi iaitu Samarahan (115), Bintulu (114), Miri (106) dan Sibu (112). Turut mencatat kualiti udara tidak sihat, Bandaraya Melaka dengan bacaan IPU mencecah 112.
dipetik dari (Mkini Ogos 6, 09 2:27pm)
******************************
Seorang lelaki 57 tahun korban terbaru wabak selesema A (H1N1), menjadikan jumlah kematian 14 orang sejak dua minggu lalu.
Korban ke-13, seorang kanak-kanak enam tahun Mohd Hyafiq Afendi yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Hospital, Kuantan tengah hari semalam akibat pneumonia atau radang paru-paru. Budak lelaki itu dimasukkan ke hospital pada 1 Ogos selepas mengalami demam dan mengadu sakit perut.
Kematian-kematian terbaru akibat virus selesema itu :
Kanak-kanak berusia 6 tahun meninggal dunia 2.30 pagi semalam di Hospital Batu Pahat.
Dua korban sebelumnya terjadi di Melaka - lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun dari negeri itu, masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang.
Termasuk 16 kes terbaru hari ini dan kematian tersebut, jumlah keseluruhan 1,492 kes semuanya - 11 daripada mereka kini dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU).
dipetik dari (Mkini Ogos 6, 09 12:56pm)
*******************************
Kematian-kematian lain :
Korban ketujuh, ibu 24 tahun dari Miri, Sarawak yang baru melahirkan anak sulungnya dua minggu lalu meninggal dunia Ahad lepas. Anaknya bagaimanapun dilaporkan selamat.
Keenam, murid lelaki berusia 11 tahun dari Johor Bahru meninggal akibat komplikasi, 2 Ogos lalu.
Kelima, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Perak meninggal dunia Jumaat lalu.
Pada 28 Julai lalu, wanita berusia 20 tahun dari Melaka meninggal dunia akibat pneumonia teruk yang dijangkiti dari persekitaran.
Sehari sebelumnya, seorang lelaki berusia 42 tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan menghidap selesema A (H1N1). Si mati yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal akibat pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.
Korban kedua wabak itu di negara ini, lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di hospital swasta di Subang Jaya, 26 Julai. Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi.
Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1).
dipetik dari (Mkini Ogos 5, 09 2:43pm)
******************************
Kementerian Pelajaran mengarahkan semua pelajar di semua sekolah jalani pemeriksaan suhu badan sebelum bermula waktu sekolah bagi mencegah penularan wabak infuenza A(H1N1)
Kerajaan telah memperuntukkan RM3.6 juta untuk tujuan membeli termometer dan topeng muka.
Penutupan sesebuah sekolah perlu mematuhi prosedur Akta Penyakit Berjangkit 1988, iaitu dengan mendapat pengesahan daripada doktor.
dipetik dari (Mkini Ogos 4, 09 8:19pm) kenyataan Wee Ka Siong
******************************
10 peratus simpanan stok ubatan anti-virus 'Tamiflu' dan 'Relenza' buat masa ini tidak cukup memandangkan penularan ketara penyakit berjangkit itu.
"Melihat kepada trend penularan wabak itu yang semakin meningkat, kita perlu memesan ubat itu daripada WHO,"
dipetik dari (Mkini Ogos 1, 09 8:03pm) kenyataan Liow Tiong Lai
*******************************