Friday, June 3, 2011

DAP : Kontrak IPP dirahsiakan bagi kelirukan rakyat

Dakwaan kerajaan BN bahawa “mereka tidak berkuasa” bagi mendedahkan perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang dimeterai antara Tenaga Nasional Bhd (TNB) dengan pengeluar tenaga bebas (IPP) adalah menggelirukan, kata ketua publisiti DAP, Tony Pua.

Sebaliknya, menurut Pua (kiri) yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara, kerajaan sebenarnya mempunyai kepentingan bagi merahsiakan perjanjian berkenaan.

Katanya, sikap kerajaan BN yang lesu apabila diminta menyah-rahsia dan merundingkan semula PPA jelas bercanggah dengan semangat berkobar-kobar mereka ketika memastikan IPP menikmati keuntungan lumayan.

"Sekarang, mereka tidak mahu rakyat mengetahui apa yang pernah mereka lakukan itu, hakikatnya kerajaan yang mengutamakan keuntungan lumayan IPP ini dan menyebabkan rakyat menanggung beban itu,” katanya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin (kiri) sebelum ini berkata kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mendedahkan PPA kerana perjanjian yang dimeterai itu membabitkan entiti swasta.

Apabila diajukan soalan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberikan jawapan yang terus terang dan hanya berkata pihaknya akan mengkaji perkara itu dan menambah IPP tidak meraih sebarang keuntungan berikutan keputusan kerajaan mengurangkan subsidi gas.

Namun menurut Pua, keengganan kerajaan mendedahkan PPA dengan mendakwa mereka tidak mempunyai kuasa hanya membuktikan mereka cuba menolak ketepi kepentingan orang ramai.

No comments:

Post a Comment