Friday, February 10, 2012

TAK NAK! 1CARE - VERSI BAHASA MALAYSIA



BACA, FAHAM DAN SEBARKAN. TERIMA KASIH

TAK NAK! 1CARE : Sebelum dan selepas 1Care

Kumpulan pengamal perubatan, aktivis pengguna dan rakyat prihatin yang menubuhkan Pakatan Kesihatan Rakyat atau Citizens' Healthcare Coalition telah mendedahkan kepincangan 1Care.

* Sebelum 1Care, pekhidmatan kesihatan disediakan oleh sektor awam dan juga swasta. Para pengguna mempunyai pilihan utama dan sekunder tentang perkhidmatan kesihatan mereka. Selepas 1Care, perkhidmatan kesihatan hanya akan disediakan oleh entiti tunggal 1Care. Pengguna tidak lagi mempunyai pilihan. Pemberi khidmat kesihatan utama akan disediakan dan khidmat kesihatan sekunder akan disediakan oleh 'penjaga-pintu'.

* Sebelum 1Care, pembiayaan kesihatan datang daripada pelbagai sumber termasuk, subsidi kerajaan, wang pengguna itu sendiri dan syarikat insurans kesihatan yang selalunya dibayar oleh majikan sebgai salah satu faedah pada pekerja. Selepas 1Care, kerajaan akan mengambil 9.4 peratus pendapatan isi rumah.

* Sebelum 1Care, peningkatan kos khidmat kesihatan adalah selari dengan pertambahan penduduk, inflasi dan kos untuk teknologi baru. Selepas 1Care, kos kesihatan akan mendadak naik kerana kos pengurusan dan pentadbiran yang amat besar.

* Sebelum 1Care, anda bayar untuk apa yang anda guna. Selepas 1Care, anda terpaksa bayar walau pun tidak menggunakannya.

* Sebelum 1Care, pengguna berurusan dengan pemberi khidmat kesihatan secara terus dan langsung. Selepas 1Care, pengguna terpaksa menempuhi pelbagai lapisan pentadbiran dan birokrasi dan tidak lagi boleh berjumpa dengan doktor pakar secara terus.

* Sebelum 1Care, khidmat kesihatan adalah bertunjangkan keperluan pesakit dan menepati apa diperlukan oleh pesakit. Selepas 1Care, khidmat kesihatan dicatu dan ditetapkan oleh sebuah bajet tahunan yang ditentukan oleh si pemberi khidmat kesihatan utama.

Kesan 1Care kepada rakyat

Apa pula natijah dan kesannya kepada rakyat Malaysia? Yang pertama, 1Care tidak melitupi semua rawatan. Hanya sebuah senarai asas "apa yang boleh". Apa-apa yang di luar senarai asas ini tidak akan ditanggung dan rakyatlah yang kena bayar sendiri.

Yang kedua, para pengguna akan hilang kuasa pilihan mereka. Anda tidak boleh memilih doktor anda sendiri. 1Care akan memilih doktor untuk anda. Pemilihan ini akan ditentukan oleh faktor-faktor geografi dan perjumlahan penduduk.

Kalau tak suka doktor tersebut dan nak jumpa doktor lain, bayarlah sendiri. Doktor yang dilantik untuk anda ini juga akan menentukan samada anda layak atau tidak untuk berjumpa dengan doktor pakar. (Inilah yang dimaksudkan dengan 'penjaga-pintu')

Tambahan atas kesemua kedangkalan tersebut, ialah para pengguna hanya boleh berjumpa dengan doktor yang dilantik untuk anda hanya enam kali setahun sahaja.

Selain itu, rakyat hanya akan diberi ubat-ubatan yang paling murah sepertimana yang tersenarai dalam Senarai Ubatan Asas WHO (World Health Organization). Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kos dan menambah keuntungan kerajaan.

Tambahan pula, doktor-doktor tidak boleh memberikan ubat tersebut kepada anda, doktor hanya boleh melakukan suntikan sahaja. Jika anda mahukan ubat, carilah sendiri di farmasi. Tak suka? Bayar sendiri.

iarnewsfb