Monday, May 18, 2009

Datuk Harun Taib Ketuai Semula Dewan Ulama, Menang Tanpa Bertanding

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib mengetuai semula Dewan Ulama apabila menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut dalam satu pengumuman hari ini.

Jawatan ketua Dewan Pemuda PAS pusat pula bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru - Nasrudin Hassan dan Zaki Ibrahim.

Manakala pertandingan bagi jawatan ketua Dewan Muslimat bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru - Nuridah Mohd Salleh, Dr Mariah Mahmud, Dr Asiah Ali dan Azizah Khatib Mat.

Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed pula menang tanpa bertanding bagi jawatan naib ketua Dewan Ulama.

Manakala jawatan timbalan ketua dewan tersebut, penyandangnya, Hashim Jasin - ADUN Sanglang - akan berdepan dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.

Seramai 41 orang dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa pusat dewan berkenaan, antaranya, ahli Parlimen Baling, Taib Azamuddin Md Taib dan Datuk Mohamad Daud Iraqi.

Bagi Dewan Pemuda pula, lima orang dicalonkan masing-masing untuk bertanding jawatan timbalan dan naib ketua.

Manakala bagi Dewan Muslimat pula, empat orang dicalonkan untuk bertanding jawatan timbalan ketua dan tiga orang untuk naib ketua.

Bagi jawatan timbalan ketua pula, lima orang dicalonkan termasuk anak kepada Mursyidul Am PAS - Nik Abduh Nik Aziz.

Empat lagi ialah setiausaha dewan Pemuda, Ahmad Sabki Yusof; Azman Shapawi Abd Rani (naib ketua sekarang); Musoddak Ahmad (exco) dan Nasruddin.

Nik Abduh, Ahmad Sabki dan Azman Shapawi juga antara lima orang yang dicalonkan bertanding jawatan naib ketua Pemuda.

Tiga lagi ialah exco dewan tersebut, Firdaus Jaafar dan ketua penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat.

Seramai 45 orang dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa pusat Pemuda, termasuk ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad; ketua Pemuda Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil; pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufik Abdul Ghani; timbalan ketua Pemuda Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah; bekas ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa.

Ahmad Sabki, Nik Abduh dan Suhaizan turut dicalonkan bertanding AJK.

Bagi Dewan Muslimat pula, empat orang dicalonkan bertanding jawatan timbalan ketua, termasuk penyandangnya, Wan Hasrina Wan Hassan.

Dr Siti Mariah dan Azizah yang dicalonkan untuk ketua, turut dicalonkan bagi merebut jawatan timbalan bersama dengan ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusof.

Tiga orang dicalonkan bertanding jawatan naib ketua Muslimat, iaitu Senator Mumtaz Md Nawi, Siti Zailah dan exco kerajaan Kelantan, Wan Ubaidah Omar,

Manakala 39 orang dicalonkan untuk jawatankuasa pusat dewan berkenaan termasuklah ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali; exco kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali dan anak bekas presiden PAS, Nurul Huda Yusof Rawa.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustafa Ali, ketika mengumumkan senarai pencalonan di atas berkata mereka mesti menjawab penerimaan pencalonan selewat-lewatnya pada 25 Mei ini.

artikel asal : malaysiakini

Adakah Kini Ketam Sudah Berjalan Betul?

Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan. Itu agaknya yang menguja bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk menegur dan ada kalanya mengatur kempen menyerang pemimpin-pemimpin yang menggantikannya menerajui negara.

Sabtu lalu, misalnya, Dr Mahathir menambah satu lagi sasaran teguran dan serangannya – media arus perdana. Beliau berkata, sikap terlalu mengampu media arus perdana kini mengakibatkan kewibawaannya di mata rakyat semakin menipis.

Beliau membuat pengakuan terbuka bahawa beliau kini sudah berhenti membaca akhbar New Straits Times kerana cuba membuat tafsiran sewenang terhadap apa yang difikirkannya.

“Adakalanya, New Straits Times dan Utusan cuba membuat analisis sendiri mengenai apa yang saya fikirkan. Apabila bacaan mereka salah, saya pula yang perlu bersikap seperti apa yang mereka mahu,” kata beliau dalam forum pertembungan estet media keempat dan kelima di Subang Jaya..

Perdana menteri keempat itu menghuraikan penyakit paling besar yang merasuk media arus perdana hari ini ialah tindakan mereka yang kurang berhemah dan berat sebelah. Dengan perkataan lain, media arus perdana hanya lebih berminat untuk menggambarkan perkara yang muluk-muluk pemimpin dan kerajaan hingga keberanian untuk mengkritik mula pudar dan menonjolkan peribadi yang dayus.

Media arus perdana mesti berani mengkritik dan setiap kritikan itu mestilah berbentuk paparan analisis yang utuh, kata Dr Mahathir. Beliau yakin perkara ini boleh dilakukan jika media tidak terus menerus cuba menafsirkan setiap yang berlaku dari kacamata politik sahaja.

Lantaran sayangkan pemimpin-pemimpin yang dididiknya sendiri itulah maka Dr Mahathir tidak segan silu meninggalkan mereka dengan keluar Umno dan kemudian masuk kembali. Didorong oleh rasa sayangnya kepada ahli Umno juga maka beliau tidak keberatan “angkat tangan” dan membelasah anak-anak Umno yang dianggapnya tidak mengikut adab sopan dan budaya parti.

Apa tidaknya Dr Mahathir adalah pemimpin yang berperawakan bengis, berdisiplin dan bekerja tidak kenal lelah. Baginya, jika beliau boleh melakukannya mengapa tidak parti dan ahli Umno mencontohinya. Sebab itu, beliau berasa sedih bila ada menteri-menteri hari ini yang dilantiknya dahulu, tidak menghiraukan pegangan dan pemikirannya lagi.

Dengan nada sedih Dr Mahathir berkata, apabila berhenti menjadi perdana menteri, beliau adakalanya dilayan seperti “pariah”.

Keluhan Dr Mahathir itu memang kena pada tempatnya. Forum berkenaan memang membincangkan isu pertemuan estet keempat dan kelima dalam dunia kewartawanan. Perbandingan di antara media konvensional dengan media baru seperti internet dan blog memang perlu segera dilakukan. Maka di sinilah Dr Mahathir menghamburkan kekecewaannya terhadap media arus perdana.

Jika diandaikan Dr Mahathir tiada agenda tersendiri ketika membuat teguran itu dan beliau memang benar-benar ikhlas mahu Kerajaan, Barisan Nasional dan parti Umno mengambil iktibar daripada komentarnya, maka memang sewajarnyalah perkara ini menjadi perhatian pemimpin-pemimpin berkenaan.

Sebenarnya, hakikat media arus perdana tidak berhemah dan kuat mengampu bukan perkara baru bagi rakyat Malaysia. Perangkaan jualan akhbar (kecuali Harian Metro dan The Star), semuanya merudum selepas onar yang dimulakan oleh Dr Mahathir sendiri. Sebelum tragedi pemecatan timbalannya, Anwar Ibrahim pada September 1998, jualan purata akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia berlegar dalam angka 230,000 hingga 250,000 sehari.

Malangnya, kerana terlalu ingin mengampu, akhbar media arus perdana tidak jemu-jemu membuat laporan berat sebelah menghentam Anwar dan bayang-bayangnya hingga wartawan generasi baru sendiri malu hendak mengaku bertugas dengan media arus perdana!

Kini jualan purata harian dua akhbar utama berbahasa Malaysia – Berita Harian dan Utusan Malaysia – adalah di bawah paras 200,000 naskhah! Akhbar The New Straits Times juga mengalami jualan di bawah 130,000 sehari sedangkan saingannya The Star mencatat lebih 290,000 sehari!

Maka pengamatan Dr Mahathir ini mestilah diambil berat oleh perdana menteri hari ini Najib Razak dan kawan-kawannya. Iktibar pertama yang harus disematkan di hati ialah nasihat orang tua harus dihormati. Dr Mahathir berani menyapa, menegur dan membidas media arus perdana kerana beliau sudah “dipariahkan” apabila berhenti menjadi perdana menteri. Harap-harap Tun Abdullah Badawi tidak mengalami nasib yang sama.

Hal ini penting diambil berat kerana Najib hari ini mahu membina Satu Malaysia. Hakikatnya, Dr Mahathir yang jadi perdana menteri selama 22 tahun pujn tidak berjaya mewujudkan satu Malaysia. Dalilnya, jika ada kemajuan dalam lapangan ini mengapa setelah menjalani proses persekolahan selama 11 tahun generasi muda Malaysia, pada perkiraan Dr Mahathir, masih perlu direjimenkan dalam Program Latihan Khidmat Negara selama tiga bulan untuk membantu pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu!

Selama 22 tahun media arus perdana tidak jemu-jemu menyokong dan mengampu Dr Mahathir. Apabila beliau bersara, beliau dipariahkan. Apakah jaminannya media ini tidak melayan TunAbdullah dan kemudian Najib cara yang sama? Semuanya salah sendiri. Dalam mengukuhkan kedudukan politik, Abdullah memilih orang yang hanya menyokongnya memimpin media arus perdana. Begitu juga Najib, belum menjawat perdana menteri, khabar telah tersebar siapa yang akan mengepalai gerombolan medianya.

Dalam zamannya, Dr Mahathir pun terbuai oleh puji-pujian media arus perdana. Beliau hanya tersedar apabila sudah bersara. Kini beliau mahu berkongsi pengalaman pahitnya dengan anak didik politiknya, Najib. Masalahnya, Najib mahu mengerti hakikat ini. Arahan langsung kepada editor bagaimana hendak menyerang musuh-musuh politik seperti yang ditunjukkan dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ketika beliau belum pun menjadi perdana menteri, membayangkan kemungkinan Najib menerima teguran media (baru), terutama dari estet kelima adalah amat tipis.

Mungkin dalam hal ini peribahasa bagai ketam mengajar anak berjalan betul dapat menyimpulkan masalah sebenar dihadapi oleh pemimpin-pemimpin Umno dalam menangani isu menjadi “raja” di mata media. Soalnya apakah kini ibu ketam sudah dapat berjalan betul? Beringat dan berhematlah ketika berkuasa supaya tidak “setelah terhantuk baru hendak tengadah”.

artikel asal : TVAntara

DASAR ISLAM JADIKAN PAS TERUS UTUH - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertegaskan bahawa dasar Islam adalah punca kekuatan PAS selama ini.

Katanya dengan dasar itu, Kerajaan PAS gagal dijatuhkan walaupun dengan kekuatan majoriti hanya satu kerusi di Kelantan apabila wakil Rakyat PAS gagal dibeli walaupun dengan nilai yang amat tinggi.

"Adun PAS mempunyai kekuatan akidah yang kental untuk menolak tawaran-tawaran yang dibuat kepada mereka," kata beliau ketika berucap pada Majlis Penerangan di Darul Ikhwan, Bera.

Menceritakan sejarah lampau, beliau berkata, Umno melakukan pengkhianatan terhadap rakyat yang memilih PAS memerintah di Kelantan dan Terangganu sekitar tahun 1960-an dengan melakukan sabatoj dan penculikan Adun dalam usaha untuk mejatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat.

"Di Terengganu mereka membeli Adun Parti Negara dan akhirnya berjaya menjatuhkan kerajaan PAS di negeri itu, di Kelantan pula Adun PAS diculik dan dibawa ke Kuala Lumpur kemudian dibawa ke persidengan Dun Kelantan, Namun Adun PAS berkenaan tidak menyokong undi tidak percaya menyebabkan Kerajaan Kelantan gagal di jatuhkan.

"Kini diulangi pula di Perak dalam usaha untuk berkuasa selepas ditolak rakyat dalam pilihan raya umum," ujarnya.

Menurut Tuan Guru, jika di negara maju, perbuatan Umno itu boleh menjatuhkan kerajaan pusat kerana di dalam negara demokrasi rakyat adalah hakim tertinggi adalah rakyat, bila kerajaan lemah rakyat akan menggantikannya dengan kerajaan baru.

"Bagiamanpun di negara kita, tahap kefahaman politik rakyat masih rendah dan mereka tidak memahaminya menyebabakan Umno-BN terus berkuasa walaupun melakukan pelbagai perkara yang mencemarkan demokrasi," ujar beliau.

Mengenai PAS, beliau menegaskan semua pihak mempunyai peranan tersendiri termasuk golongan profesional malah katanya, golongan profesional terlibat sama dalam menubuhkan PAS.

PAS, katanya pernah dipimpin oleh Dr Abas dan ramai tokoh profesional di dalam PAS termasuklah Tan sri Aminuddin Baki, Prof Ahmad Ibrahim dan lain-lain.

Menurutnya, laporan media kononya PAS bergolak hanyalah laporan media di luar PAS yang tidak memahami dan melihat PAS dari dalam.

"Umpama kita mengubah suai rumah kedengaran riuh dari luar wal hal kita mengemas rumah dan mengalih parabut, memanglah kedengaran dari luar bising tetapi kita di dalam tahu apa sedang kita buat," katanya.

artikel asal : HarakahDaily

KETUA SETIAUSAHA NEGARA DIGESA 'AMBIL BALIK' SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar meminta Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan supaya 'mengambil balik' Setiausaha Kerajaan Negeri (SU) Perak iaitu Dato' Abdul Rahman Hashim kerana gagal mengikut peraturan dan tidak bertanggungjawab.

Zulkefly berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Mohd Sidek yang mengatakan Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Nizar Jamaluddin tiada kuasa untuk mengantung SKN Perak, Abdul Rahman baru-baru ini.

Menurut Zulkefly, Menteri Besar ibarat seorang Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) dan adalah menjadi peraturan 'standard' setiap SU harus bertanggungjawab pada kerajaan negeri dan seterusnya melapor diri pada menteri besar.

Malah Abdul Rahman tidak boleh membuat tindakan sesuka hati dan mendahului menteri besar berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri, katanya.

"Apa berlaku di Perak adalah jelas bahawa Abdul Rahman telah melakukan beberapa perkara yang bertentangan dan melanggar undang-undang.

"Antaranya menghalau Nizar dari pejabat, berpihak kepada Umno- BN, terlibat dalam kemelut Sidang DUN dan menghalang Nizar dari jalankan tugas sebagai menteri besar," jelas Zulkefly.

Berdasarkan tindakan yang dilakukan oleh Abdul Rahman, maka adalah tidak sesuai untuk Abdul Rahman memegang jawatan SU Perak.

"Jika Mohd Sidek berkata bahawa menteri besar tiada kuasa, jadi sebagai ketua kerajaan negeri, apakah kuasa yang Nizar ada jika pegawai kerajaan melangkaui undang-undang dan langgar peraturan?

" Oleh yang demikian saya meminta agar Mohd Sidek mengambil balik Abdul Rahman kerana gagal laksanakan peraturan, tidak bertanggungjawab dan maka tidak layak menjadi SKN Perak," katanya lagi.

Zulkefly turut mengulas bahawa tindakan Abdul Rahman memberi notis Sidang DUN dan kenyataan media adalah tindakan menafikan kuasa Speaker V.Sivakumar.

Maka oleh kerana terlalu banyak salah laku yang dilakukan oleh Abdul Rahman, maka adalah wajar Mohd Sidek 'mengambil semula' Abdul Rahman dari pentadbiran kerajaan Negeri Perak.

artikel asal : HarakahDaily

Imbauan Kekecohan Sidang DUN Perak 7 Mei Oleh Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Stadium Malawati, Shah Alam Semalam





klip video ehsan : greenboc

UPACARA KESYUKURAN PEMBEBASAN P. UTHAYAKUMAR DI BATU CAVES

Kira-kira 2,000 membanjiri kuil Batu Caves di Kuala Lumpur untuk menyaksikan pemimpin Hindraf, P Uthayakumar mencukur janggutnya dan memotong rambutnya sebagai tanda kesyukuran pembebasannya dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kira-kira 20 orang, termasuk kanak-kanak, turut mencukur rambut mereka sebagai tanda sokongan terhadap peguam tersebut.

Mereka yang datang sejuh Kedah dan Pulau Pinang, kemudiannya mengusung Uthayakumar dan berarak dari tebing sungai, di mana rambutnya dipotong, hingga ke kuil Batu Caves dekat situ.

Mereka turut melaungkan 'Valga Uthayakumar' (Hidup Uthayakumar) dan 'Valga Hindraf'. Poster, baju-T dan lencana wajah pemimpin Hindraf itu turut dijual.

Sebelum itu, ahli Parlimen Puchong (DAP) Gobind Singh, yang turut hadir, menyifatkan Uthayakumar sebagai satu "ikon Malaysia."

Turut hadir memberi sokongan ialah Ahli Parlimen Kapar (PKR) S Manikavasagam.

Jumlah anggota polis yang hadir juga adalah minima.

Uthayakumar adalah antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA sejak Dec 2007 selepas terbabit dalam bantahan jalanan di ibunegara.

Kesemua mereka telah dibebaskan atas arahan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak.

artikel asal : malaysiakini

GIGIT POLIS : Pengarah Strategi PKR Tian Chua Diarah Bela Diri

Pengarah strategi PKR Tian Chua diarah membela diri terhadap tuduhan mencederakan seorang anggota polis secara menggigitnya dan menghalangya daripada menjalankan tugas pada Disember 2007.

Magistret Mohd Fauzi Che Abu memutuskan pagi ini bahawa pihak pendakwa berjaya membuktikan kes terhadap ahli parlimen Batu itu.

Tian diwakili peguam Ranjit Singh dan Razlan Hadri Zulkifli, manakala pendakwaan diketuai oleh DPP Hanafiah Zakaria.

Perbicaraan akan disambung pada 20 hingga 23 Julai depan.

Tian, atau nama penuhnya Chua Tian Chang, 46, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas di Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Tian ditangkap sewaktu perhimpunan Bersih di luar bangunan Parlimen kerana membantah pindaan perlembagaan bagi melanjutkan umur bersara pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 332, Kanun Keseksaan. Jika didapati bersalah, Tian boleh dihukum denda atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Tian akan kehilangan kelayakan sebagai ahli parlimen jika dipenjara melebihi setahun atau didenda melebihi RM2,000.

Dalam penghakimannya, Mohd Faizi berkata, beliau mengambil kira keterangan yang menunjukkan saksi pendakwaan kedua yang juga mangsa - Rosyaidi - tiada niat dan sebab untuk menumbuk Tian kerana mangsa perlu mempertahankan diri dalam satu pergelutan.

Mohd Faizi berkata, terdapat dua elemen dalam penghakimannya iaitu mangsa sebagai penjawat awam hanya menjalankan tugasnya ketika dalam operasi itu, khususnya ketika menahan Tian dan bahawa tertuduh juga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Katanya, keterangan Dr Norzilawati Ahmad, yang merawat Rosyaidi, menyatakan bahawa gigitan yang terdapat pada lengan anggota polis itu adalah kuat sehingga memberikan kesan.

artikel asal : malaysiakini



klip video ehsan : greenboc

Kempen Penerangan "Krisis Perak: Kembali Pada Rakyat" 9 malam ini Dataran Pasar Malam PJ Selatan

PKR lancar kempen kembalikan hak rakyat Perak


PKR akan melancarkan kempen penerangan "Krisis Perak: Kembali Pada Rakyat" pada jam 9 malam ini di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan (Dataran Pasar Malam), PJS 2D/7 (Markaz PAS PJS).

Berikutan itu satu ceramah perdana akan diadakan di situ malam ini yang akan dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; ADUN Perak, Chang Lih Kang (Teja) dan Kesavan (Hutan Melintang), serta ahli jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad.

Menurut kenyataan biro penerangan PKR hari ini, kempen tersebut akan diteruskan ke seluruh negara dalam masa terdekat ini.

Kempen itu bertujuan memberikan penerangan berkenaan krisis politik di Perak; serta menyampaikan mesej kepada rakyat agar bersatu menuntut hak rakyat dikembalikan.

Perak dilanda kemelut politik apabila BN dan Pakatan Rakyat berebut pentadbiran kerajaan negeri.

Perak diperintah Pakatan selepas pilihanraya umum 2008 tetapi Februari lalu ia diambil alih oleh BN selepas tiga ADUN Pakatan keluar parti menjadi calon Bebas dan menyokong BN.

Sejak itu, isu tersebut telah diheret ke mahkamah. Minggu lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan sebagai menteri besar yang sah.

Berikutan itu, Menteri Besar BN, Datuk Zambry Abd Kadir serta barisan exconya telah mengosongkan pejabat untuk diambil alih oleh Nizar.

Bagaimanapun, pada hari berikutnnya, Zambry berjaya mendapat perintah Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan mahkamah tinggi berkenaan.

Ekoran itu, Nizar pula mengosongkan pejabat menteri besar untuk membolehkan Zambry kembali bertugas.

Berikutan itu, pelbagai pihak mendesak supaya DUN Perak dibebaskan bagi memboleh pilihanraya negeri diadakan bagi memilih kerajaan baru.

artikel asal : malaysiakini

Zahid Juga Bertanggungjawab Atas Kemelut Perak!

Sebagai Timbalan Pengerusi Umno Perak ketika berlakunya kerajaan kudeta 5 Februari lalu, Dato' Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab atas kemelut yang yang terjadi di negeri Perak.

Adun Titi Serong, Drs Idham Lim berkata kenyataan Naib Presiden Umno itu bahawa kekecohan politik akan berlaku bila diadakan pilihanraya adalah alasan kebudak-budakan dan alasan terdesak Zahid.

Katanya lagi pandangan Zahid itu dilihat melawan arus dan menunjukkan sikap yang sebenar Zahid dalam menghadaqpi kemelut yang berlaku di negeri kelahirannya sendiri.

"Sepatutnya dia lebih bertanggung jawab kerana dialah Timbalan Pengerusi Umno Perak dalam masa kudeta berlaku pada 5 Februari 2009 yang lepas.

"Walaupun kes (Menteri Besar Perak) telah dibawa ke Mahkamah Rayuan tetapi rakyat pada keseluruhannya tidak mahu ada kekecohan politik di negeri Perak ini sekiranya pilihan raya diadakan.

"Sepatutunya dia kena bertanggung jawab kepada situsi politik di Perak , bukan main lepas cakap sahaja," katanya yang dipetik daripada laman blognya.

Kata Idham lagi desakan diadakan pilihan raya negeri dibuat oleh Pakatan Rakyat mestilah diambil kira oleh Naib Presiden Umno itu malah pelbagai pihak juga mengatakan langkah yang terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perkat dengan cara pembubaran DUN.

artikel asal : HarakahDaily

"Dewan Harian PAS Telah Bersetuju Untuk Panggil Datuk Mohamed Daud Iraqi Jelas Dakwaannya", Datuk Husam Musa

Ketua Dewan Ulama PAS Diminta Beri Penjelasan

Dewan Harian PAS akan mendapatkan penjelasan daripada Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamed Daud Iraqi berhubung dakwaannya terdapat pemimpin parti itu cuba mempengaruhi perwakilan melalui penganjuran jamuan dan pemberian baju.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, dewan itu bersetuju untuk mendapatkan penjelasan daripada Mohamad berhubung dakwaannya itu.

"Dewan Harian PAS telah bersetuju untuk memanggil Datuk Mohamed Daud Iraqi dalam satu mesyuarat khas Dewan Harian PAS, untuk memohon penjelasan berhubung dakwaan beliau.

"Dan jika sekiranya beliau mempunyai bukti-bukti, kita akan panjangkan dakwaan tersebut untuk tindakan displin oleh jawatankuasa displin PAS, terhadap semua pihak yang terlibat.

"Tak mengira sesiapa. Asalkan dia terlibat, baik cawangan sampai yang tertinggi, kita tak teragak-agak untuk mengambil tindakan," tegasnya dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Husam berkata, Mohamed Daud akan dipanggil memberi penjelasan tersebut Isnin ini di pejabat agung PAS di ibunegara.

Belum buat keputusan

Menurutnya, terdapat lima pemimpin menafikan berlakunya amalan tersebut antaranya Naib Presiden PAS, Ahmad Awang; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Walaupun mereka menafikan, tetapi kita nak bagi peluang kepada Datuk Mohamed Daud menjelaskan dakwaan beliau. Dan jika ada bukti kita akan panjangkan untuk tindakan.

"Dan jika tidak ada bukti, kita akan displinkan semua pihak dalam PAS tanpa mengira jawatan mereka," tambahnya.

Ditanya mengenai sama ada beliau berhasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu, Jun ini, beliau berkata:

"Saya masih lagi berpuasa. Tak baik suruh orang berbuka puasa".

Beliau juga enggan mendedahkan jumlah pencalonan yang diperolehinya setelah diminta oleh para wartawan beberapa kali.

artikel asal : malaysiakini

Anifah Tidak Akan Pohon Maaf

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman berkata beliau tidak akan memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaannya yang ketua pembangkang itu telah menawarkan jawatan timbalan perdana menteri jika beliau melompat menyertai Pakatan Rakyat.

Anifah berkata demikian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sekembalinya dari Amerika Syarikat, sambil menambah yang beliau tidak ada masa untuk melayan ugutan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berhubung dakwaannya itu.

Khamis lalu, dalam sidang akhbar selepasa menemui setiausaha negara Amerika, Hillary Clinton di Washington DC, Anifah ditanya mengenai tuduhan terbaru liwat terhadap Anwar, yang menurut jabatan negara AS sebelum ini, bermotifkan politik.

Dalam sebahagian daripada jawapannya, Anifah juga dilaporkan beliau secara peribadi telah dipelawa menyertai pembangkang dan ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri sebagai umpan untuk melompat parti selepas pilihanraya umum 2008.

Anwar menafikan dakwaan tersebut dan mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Anifah sekiranya menteri berkenaan enggan meminta maaf.

Peguam Sankara Nair, yang mewakili Anwar berkata, ketua umum PKR itu tidak pernah membuat tawaran tersebut kepada Anifah.

Katanya, dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali, tidak benar, fitnah dan dibuat dengan niat yang jahat untuk mencemarkan reputasi Anwar.

Sankara berkata saman fitnah akan difailkan terhadap Anifah jika beliau tidak menarik dakwaannya itu dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam (Sabtu).

Bernama melaporkan Anifah sebagai berkata 'pertelingkahannya' dengan Anwar adalah isu remeh yang ctidak perlu diberi perhatian.

"Beliau bukan keutamaan bagi saya. Sebagai menteri luar, saya ada banyak perkara lain yang lebih penting untuk diselesaikan. Tak ada sebarang masalah jika beliau ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap saya. Ini perkara remeh," katanya.

artikel asal : malaysiakini

ISU ALTANTUYA NAJIB PM BARU TAKUT KE LUAR NEGARA

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyelar sikap Dato' Seri Najib Tun Razak yang sudah menjadi Perdana Menteri selama dua bulan tetapi tidak berani membuat lawatan ke luar negara kecuali Manado, Sulawesi dan Thailand.

Menurut beliau, sudah menjadi amalan Perdana Menteri sebelum ini selepas mengambil alih pentadbiran langkah pertama dilakukan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan di luar negara.

Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak berlaku terhadap Najib kerana beliau berasa takut disebabkan isu berkaitan dengan dirinya (kes pembunuhan Altantuya) sudah didedahkan dalam 11 akhbar antarabangsa.

Beliau berkata demikian dalam ceramah perdana meraikan petugas negeri Selangor di Stadium Melawati, Shah Alam. Turut berceramah Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin serta Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohamad Ali.

Mengulas laporan akhbar terhadap Najib katanya, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah memenangi kes saman ke atas Daily Mirror, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berhubung kes laporan palsu ke atas beliau.

Katanya, akhbar tersebut secara terang-terangan menyiarkan gambar Dato' Seri dan mengaitkan beliau sebagai perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah pusat membeli-belah di Kent.

Beliau juga telah dituduh sebagai orang ketiga dalam pertubuhan Al- Qaeda, dan sedang di tahan di Guantanamo Bay.

Menurut beliau, Daily Mirror telah mengakui kesilapan di atas laporan palsu tersebut dan telah menyiarkan permohonan maaf tersebut di akhbar dan web mereka.

"Tetapi perkara ini tidak dilakukan oleh Najib, kenapa Najib tidak saman akhbar tersebut. Kalau Presiden boleh saman satu akhbar, Najib ada 11 akhbar kalau menang banyak dapat...," katanya disambut sorakan hadirin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok tidak sabar menanti tarikh 15 Jun bermulanya sidang Dewan Rakyat kerana Nizar akan mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Bukit Gantang.

"Saya mendapat maklumat pihak Parlimen sukar untuk meletakkan tempat duduk Nizar. Sebab Nizar bukan saja Ahli Parlimen tetapi beliau juga Menteri Besar."

"Paling seronok saya hendak melihat Ahli Parlimen Kepala Batas, dulu tempat duduk Perdana Menteri sekarang jadi seperti saya Ahli Parlimen," katanya.

artikel asal : HarakahDaily

NAJIB PUNCA KEMELUT PERAK!

Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak boleh menafikan bahawa beliau merupakan punca kemelut politik di Perak kerana seluruh dunia telah melihat bagaimana beliau mengetuai rampasan kuasa di Perak pada 5 Februari lalu.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan sewaktu rampasan kuasa itu dilakukan, Najib merupakan Pengerusi Umno Perak yang mana pada waktu itu juga beliau masih Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad dalam kenyataanya sebelum ini menegaskan kecamukan serta kemelut politik yang berlaku hari ini di Perak berpunca daripada tindakan Najib .

Bagaimanapun Najib dalam kenyataannya pada 15 Mei lalu menafikan beliau punca kemelut politik di Perak dan meminta rakyat tidak menyalahkan Sultan Perak kerana pelantikan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar mematuhi undang-undang.

"Krisis perlembagaan di Perak berpunca apabila Najib sendiri mengenepikan undang-undang. Jika betul beliau mengatakan Barisan Nasional berhak berkuasa di Perak dan mempunyai majoriti, sidang Dun harus diadakan dan perkara tersebut harus dibawa ke dewan dan adakan undi tidak percaya.

"Namun beliau menyembunyikan tiga orang Adun tersebut. Sebab itu saya mengatakan Najib seorang yang rakus dan tamak. Beliau tidak boleh menafikan penyebab krisis di Perak kerana berlaku pengambilan kuasa di Perak yang dipilih oleh rakyat,"tegasnya sewaktu dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.

Jelas Ahmad, Najib cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan tiga orang Adun yang telah keluar daripada Pakatan Rakyat yang berstatus sebagai Adun Bebas adalah Adun BN.

"Apabila diadakan undi tidak percaya di dalam dewan nanti, kita boleh tunjukkan surat janji ketiga-tiga mereka yang menyokong kerajaan campuran tiga parti ini dan menyokong Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar. Perjanjian ini secara bertulis. Dan sudah tentu ketiga-tiga mereka tidak berani mengangkat tangan menyokong pada pihak BN.

"Ini kerana jelas mereka akan mungkir janji kepada Sultan. Dan dengan sendiri mereka boleh dikaitkan menderhaka kepada Sultan. Jadi implikasinya banyak," katanya.

Sehubungan itu beliau tetap berpendirian Najib yang memulakan serta punca kemelut yang berlaku di negeri Perak itu.

artikel asal : HarakahDaily

Semua Jentera PAS Diseru 'Berkampung' Di Penanti, Dr Hatta Ramli

SPR Kini Benarkan Pondok Panas


Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli menyeru semua jentera PAS seluruh negara berkampung di Dewan Undangan Negeri N12 Penanti untuk membantu calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman selepas hari penamaan calon pada 23 Mei ini.

Beliau ketika berceramah bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Seri Anwar Ibrahim di Kampung Tok Elong semalam menambah, semangat juang yang tinggi amat penting diterjemahkan oleh semua gabungan parti dalam Pakatan Rakyat untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat tidak mustahil boleh jadi pemerintah lebih baik daripada Barisan Nasional.

BN diamanahkan memerintah Malaysia selama 50 tahun lebih nyata bukan membawa kecemerlangan bahkan memeritkan rakyat dengan berbagai kenaikan yang tidak sewajarnya.

"Datanglah beramai-ramai ke DUN Penanti untuk memberikan tenaga dan buah fikiran untuk memastikan calon Pakatan Rakyat berjaya di situ. Kejayaanya kelak bukan kejayaan KeADILan sahaja malahan PAS dan DAP, " tambahnya.

Mengenai pondok panas pula ,baru-baru ini SPR dikatakan menghalang penubuhan pondok panas kerana mereka berpendapat bahawa ianya tidak perlu.

Dulu sewaktu Umno bermaharajalela pondok panas inilah yang menjadi medan terakhir mereka menunjukkan keperkasaan mereka dalam pilihanraya sehingakan kita dalam PAS dan DAP waktu itu rasa terpencil dan begitu kecil, tetapi setelah keadaan berubah, SPR cuba pula untuk menghalang penubuhan pondok panas kononnya ianya mengganggu proses pilihan raya.

"Setelah bernbincang SPR kini setuju pula membenarkan pondok panas tetapi tak boleh iklan gambar calon," kata Dr Hatta.

PAS dengan bantuan PAS Pulau Pinang akan memberitahu di mana lokasi negeri-negeri akan ditempatkan bersama jentera KeADILan termasuk DAP.

Tambahnya, setelah bersama melaksanakan tugasan yang diberikan semua gabungan Pakatan Rakyat akan merancang strateji bagaimana untuk menjatuhkan pengaruh BN yang telah hampir punah.

BN dan Umno sebenarnya kata Dr Hatta, berada di garisan penamat untuk terjun ke lautan dalam maka menjadi tugas Pakatan Rakyat menolak parti itu bersama rakyat yang sudah muak dengan telatah mereka. Beliau juga menjelaskan bagaimana suasana di Perak, di mana Umno-BN memainkan peranan sehingga berlakunya kacau bilau dan ini semua dilihat rakyat sehinggakan dalam pilihan raya di Parlimen yang dimenangi Datuk Seri Nizar Jamaluddin, namun Umno masih lagi tidak mahu menyedari bahawa rakyat marah akan kejadian tersebut dan menolak Umno dalam pilihan raya parlimen Bukit Gantang.

"Pilihan raya kecil Penanti merupakan satu lagi peluang untuk menolak Umno maka laksanakan tugas dengan sempurna tanpa ada perasaan tidak puas hati. Yang penting Umno kalah dan terus menderita," tegasnya lagi.

artikel asal : TVAntara

Liputan Berita Media Arus Perdana Berat Sebelah, Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar media arus perdana berhubung cara liputan berita yang tidak berhemah dan berat-sebelah.

Mengakui kekangan ke atas media bermula ketika negara di bawah pentadbiran beliau, Dr Mahathir berkata media arus perdana cenderung mengampu pemimpin dan takut menyatakan kebenaran.

Sikap ini, kata Dr Mahathir, menyebabkan rakyat tidak lagi percaya kepada integriti media arus perdana.

Dr Mahathir berkata demikian di sidang akhbar semalam selepas menghadiri forum Dunia Bloggers Malaysia: Pertembungan Estet Keempat dan Kelima di Subang Jaya.

Kira-kira 150 penulis blog hadir pada forum tersebut yang turut membariskan beberapa penulis dan pengendali blog popular dan wartawan terkenal.

Tambah beliau media arus perdana harus menukar wajah dan lebih berani mengkritik dan mendedahkan kelemahan kerajaan.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar media arus perdana berhubung cara liputan berita yang tidak berhemah dan berat-sebelah.

Mengakui kekangan ke atas media bermula ketika negara di bawah pentadbiran beliau, Dr Mahathir berkata media arus perdana cenderung mengampu pemimpin dan takut menyatakan kebenaran.

Sikap ini, kata Dr Mahathir, menyebabkan rakyat tidak lagi percaya kepada integriti media arus perdana.

"Mainstream media in particular NST & Utusan, they sort of second guess you as what is it you want to be printed in their papers and they did it. Sometimes they were wrong because and i had to behave according to their assessment of what i wanted."

Dr Mahathir berkata demikian di sidang akhbar semalam selepas menghadiri forum Dunia Bloggers Malaysia : Pertembungan Estet Keempat dan Kelima di Subang Jaya.

Kira-kira 150 penulis blog hadir pada forum tersebut yang turut membariskan beberapa penulis dan pengendali blog popular dan wartawan terkenal.

Tambah beliau media arus perdana harus menukar wajah dan lebih berani mengkritik dan mendedahkan kelemahan kerajaan.

"Publish the truth, make proper analysis based on the truth. Don't always see it the political angle, the need to please the people in authority. If you do that people will never believe in you."

Nada yang disuarakan Dr Mahathir di forum ini jelas berbeza dari nada autokratik yang sinonim dengan pentadbiran beliau selama lebih dua dekad.

Bekas Perdana Menteri itu turut mengakui beliau cuba menyekat ruang blogging sebelum ini.

Walau bagaimanapun setelah bersara daripada kerajaan beliau melihat blogging sebagai suatu fenomena teknologi yang perlu dan penting.

Dalam forum tersebut Dr Mahathir juga mengambil kesempatan mengkritik bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berasa kesal dan amat marah dengan tindakan Abdullah memberhentikan projek-projek mega yang dirancang dan dilaksanakannya oleh beliau semasa menjadi Perdana Menteri, terutamanya Jambatan Bengkok dari Johor Bahru ke Singapura.

Nada yang disuarakan Dr Mahathir di forum ini jelas berbeza dari nada autokratik yang sinonim dengan pentadbiran beliau selama lebih dua dekad.

Bekas Perdana Menteri itu turut mengakui beliau cuba menyekat ruang blogging sebelum ini.

Walau bagaimanapun setelah bersara daripada kerajaan beliau melihat blogging sebagai suatu fenomena teknologi yang perlu dan penting.

Dalam forum tersebut Dr Mahathir juga mengambil kesempatan mengkritik bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berasa kesal dan amat marah dengan tindakan Abdullah memberhentikan projek-projek mega yang dirancang dan dilaksanakannya oleh beliau semasa menjadi Perdana Menteri, terutamanya Jambatan Bengkok dari Johor Bahru ke Singapura.

"Tiada Lagi Budaya Suapan Projek di Selangor", Exco Selangor, Elizabeth Wong

Kerajaan Selangor mendedahkan ada pihak mengadu sukar melaksanakan projek di negeri terbabit kerana tidak ada budaya suapan sejak diterajui kerajaan Pakatan Rakyat.

Anggota Exco, Elizabeth Wong berkata, ketelusan yang diamalkan menyebabkan budaya suapan yang berleluasa di bawah kerajaan terdahulu tidak lagi berlaku sekarang.

Katanya, budaya suapan tidak berlaku kerana pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah menggunakan wang rakyat untuk tujuan peribadi seperti makan angin ke Disneyland atau jumpa Mickey Mouse dan Donald Duck.

"Tapi wang rakyat digunakan untuk rakyat. Contohnya kerajaan negeri mengadakan skim Takaful untuk warga emas seperti dilaksanakan di Kelantan.

"Kerajaan Selangor juga akan menubuh tabung khas bayi baru lahir. Dan apabila usianya meningkat 18 tahun mereka boleh keluarkan tidak kurang dari RM1,500," katanya pada ceramah di Taman Puspa, Kok Lanas, malam semalam.

Oleh itu Elizabeth mendedahkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor banyak menerima tekanan pelbagai pihak termasuk Umno dan golongan kapitalis sejak memerintah negeri terbabit.

Bagaimanapun katanya, tekanan itu tidak mematahkan semangat kerajaan yang sentiasa menyedari mendapat sokongan padu rakyat.

"Kita tidak takut kepada sebarang tekanan. Kita dipilih oleh rakyat. Maka amanah rakyat menjadi kewajipan kita. Tidak ada sebab untuk takutkan kepada tekanan," jelasnya.

Menurutnya juga keseluruhan rakyat Selangor menerima baik kerajaan sekarang kerana banyak membawa pembaharuan kepada kestabilan tanpa mengira kaum.

Pada ceramah itu beliau melahirkan rasa terharu di atas nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau berdepan dengan peristiwa mengaibkan peribadinya sebelum ini.

"Nasihat Tuan Guru membuatkan saya merasa tenang menghadapi segala dugaan dan cabaran. Tuan Guru adalah the best and the great.

"Saya akan ingatkan nasihat Tuan Guru selama-lamanya. Benar kata Tuan Guru, sabar itu separuh daripada iman. Saya terima hakikat itu dengan penuh keyakinan," ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, Naib Yang Dipertua PAS Ketereh, Senator Dato' Ahmad Rusli Ibrahim dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw.

artikel asal : HarakahDaily

Tidak wajar tuduhan tanpa bukti disebarkan - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz

Perwakilan PAS diharap tidak berkompromi dengan calon-calon yang dikatakan mengamalkan 'politik wang' pada pemilihan sempena muktamar PAS pada bulan depan.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita sekiranya benar ada pemimpin PAS yang cuba menyogok wang bagi mendapat kedudukan dalam parti.

"Sewajarnya orang sedemikian ditolak perwakilan bagi memastikan ia tidak wujud dalam PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

"Orang berpeluang menuduh kita sekiranya kita membiarkan diri melakukan sesuatu yang bercanggah," katanya selepas meraikan bakal pendaki Gunung Everest, di pejabatnya hari ini.

Baru-baru ini Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud mendakwa ada calon yang akan bertanding pada muktamar PAS bulan depan difahamkan memberi saguhati kepada perwakilan.

Ketika ditanya berhubung tindakan yang perlu diambil sekiranya ada calon yang bakal bertanding turut mengamalkan politik wang beliau berkata, calon seperti itu hendaklah ditolak.

"Sebagaimana saya sering sebut sebelum ini 'beri gula kacau, beri kain pakai, beri lembu sembelih, tetapi bila mengundi pangkah calon PAS' hendaklah terus dipraktikkan.

"Duit yang dia bagi kita ambil, tetapi jangan undi dia, akhirnya dia akan perit setelah dia berasa dia bodoh dan tertipu," ujarnya.

Oleh itu beliau menasihatkan perwakilan PAS tidak membiarkan gejala seperti yang menimpa Umno sekarang menjangkiti PAS.

Beliau juga bersetuju tindakan perlu diambil terhadap orang yang membuat tuduhan tanpa dapat mengemukakan bukti yang kukuh.

Menurutnya setiap dakwaan mesti ada fakta kerana tuduhan tanpa bukti ia akan menggelirukan masyarakat.

"Seharusnya perkara seperti itu tidak didedahkan kepada masyarakat, sebaliknya masih ada lagi jalan untuk diselesaikan sekiranya ia benar-benar berlaku.

"Dalam Islam sendiri tidak dibenarkan penganutnya menyebarkan benda yang tak baik kepada masyarakat, kalau ia sekadar berupa teguran tidak mengapa kerana tuduhan dan teguran dua perkara yang berbeza," ujarnya.

Beliau turut melahirkan rasa syukur apabila Presiden PAS, Dato? Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding biar pun sebelum ini media sering membuat spekulasi jawatan itu akan ditandingi.

Kata beliau biar pun media sering memperbesarkan isu pengganti presiden, namun sebagai sebuah gerakan Islam pemimpin yang berkemampuan wajar dikekalkan.

"Selagi beliau masih sihat, Insya-Allah amat wajar Ustaz Hadi terus menerajui kepimpinan parti. Ini ketokohan beliau diakui di seluruh dunia apabila sering dijemput hadir menyampaikan ucapan.

"Sememangnya payah hendak dicari pemimpin macam itu. Kalau ada yang silap sedikit sebanyak, kita pakat tegur. Saya pun begitu juga, ada salah boleh tegur, saya sangat suka orang tegur saya, tetapi teguran biarlah berfakta," katanya.

Beliau juga memberitahu ada PAS kawasan mencalonkannya bertanding jawatan presiden, namun beliau menolak cadangan itu.

Katanya beliau sudah serik dengan pengalaman ketika menandingi jawatan Ketua Dewan Ulamak PAS pada tahun 1960-an iaitu menentang Haji Husin Rahimi.

"Saya terkilan sampai ke hari ini kenapa melawannya pada waktu itu. Sebab itulah sampai sekarang saya telah serik untuk bertanding merebut apa-apa jawatan," ujarnya.

artikel asal : HarakahDaily

Sankara: Anifah Berniat Jahat Terhadap Anwar

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Menteri Luar bahawa beliau pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Anifah Aman.

Peguam Anwar, Sankara Nair ketika dihubungi TV Antara berkata dakwaan Anifah itu berbaur fitnah dan Anwar telah mengarahkan beliau menghantar surat tuntutan mendesak Anifah menarik balik kenyataan beliau.

"Pihak kami memberi Menteri Luar tempoh 24 jam supaya beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau itu.

Sekiranya gagal kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau kerana memfitnah Datuk Seri Anwar," kata Sankara.

Sankara mempertikaikan motif Anifah mencalar imej Anwar pada pertemuan beliau dengan Setiausaha Negara Amerika, Hilary Clinton di Washington Khamis lalu.

"Apa yang ditanya oleh Clinton ialah mengenai perkembangan perbicaraan kes liwat yang dianggap mempunyai agenda politik oleh kerajaan Amerika dan tidak ada kena mengena dengan peribadi Anwar.

"Mengapa pula beliau (Anifah) mengambil kesempatan tersebut untuk memburuk-burukkan Anwar di hadapan Clinton dan media antarabangsa.

"Kalau dakwaan beliau benar mengapa tidak beliau dedahkan pada masa episod 16 September tahun lalu dan mengapa sekarang? Sudah tentu kenyataan beliau mempunyai niat tertentu untuk merendah-rendahkan kedudukan dan imej Anwar di luar negara," tegas Sankara lagi.

Pada pertemuan dengan Clinton di pejabat beliau di Washington dan semasa sidang akbar Anifah mendakwa Anwar membuat tawaran jawatan kepada beliau ketika timbul ura-ura Ahli-Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional mahu melompat ke Pakatan Rakyat.

Anifah juga mengambil langkah defensif mempertahankan Perdana Menteri Najib Razak berhubung dakwaan kaitan beliau dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

artikel asal : TVAntara



klip video ehsan : greenboc

KRISIS POLITIK TERENGGANU : Muhyiddin Menyulitkan Hishamudin

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada sebarang cadangan untuk menukarkan Dato’ Ahmad Said daripada jawatan menteri besar.

Oleh itu, katanya, Ahmad akan kekal memegang jawatan tersebut, sedangkan khabar telah bertiup ‘kencang’ bahawa Ahmad akan digantikan tidak lama lagi.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata di Kuala Terengganu semalam, isu pertukaran menteri besar Terengganu tidak pernah berbangkit sebelum ini.

Samada Muhyidin lupa atau tidak ingat, sejak pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar pada Mac, 2008, kumpulan yang menyokong Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh membantah pelantikan Ahmad.

Kumpulan yang diketuai oleh Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan, Dato’ Rosol Wahid semasa membantah pelantikan Ahmad berkata, beliau dan rakan-rakannya tidak akan mengiktiraf Menteri Besar selain dari Idris.

Sejak itu, tidak menjadi rahsia lagi tentang pertelingkahan antara Ahmad dan Idris, kemuncaknya, sebagaimana kata Rosol adalah pemboikotan Sidang Dewan Undangan Ngeri pada 14 April lalu.

Kenyataan Muhyidin itu dilihat sebagai ‘potong trip’ Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishamudin Hussein yang dilantik Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.

Hishamuddin dijadualkan mengadakan pertemuan dengan semua 24 ADUN BN yang anti Ahmad Said serta ketua-ketua Umno bahagian Rabu ini.

Ahmad Said diberi kata dua oleh Najib semasa Ahmad betemunya selepas kes ‘SMS Ugut Bunuh’, dimana pimpinan UMNO mengugut sesama sendiri.

Najib berkata sekiranya Ahmad tidak dapat menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku, Ahmad akan digantikan scara berperingkat.

Peringkat pertama sudah berjalan. Hishamudin mengambil tempat Ahmad sbagai Pngerusi UMNO Terengganu.

Peringkat kedua, Ahmad akan digantikan dengan orang lain sebagai Menteri Besar Terengganu.

Pertemuan yang akan diadakan pada jam 10 malam Rabu depan, antara Hishamudin dengan kepimpinan UMNO Terengganu adalah untuk menyelesaikan perselisihan yang berlaku.

Pertelingkahannya mudah tetapi sukar untuk diselesaikan.

Permasalahannya adalah ; Kumpulan yang menyokong Idris tidak mahu Ahmad atau orang dari kumpulan Ahmad menjadi Menteri Besar, manakala kumpulan yang menyokong Ahmad tidak mahu Idris atau orang dari kumpulan Idris menjadi menjadi Menteri Besar.

Kedua-duanya, Ahmad dan Idris dimaklumkan akan menghadiri pertemuan tersebut dan kedua-duanya juga bukan tidak pernah bertemu sebelum ini.

Apabila kedua-dua, Idris dan Ahmad bertemu, tidak pernah pula kedengaran mereka mengata-ngata atau dalam bahasa Terengganu ‘menganjing’ antara satu sama lain.

Malah semasa Ahmad dilantik sebagai Menteri Besar, orang ramai yang melihat Ahmad dan Idris bepelukan mengandaikan bahawa permasalahan mereka telah selesai.

Tahun lalu, pada 14 Jun, ketika bekas Perdana Menteri Tun Abdullah datang untuk merasmikan ‘Jelapang Padi Retorik’ di Kampung Mak Jintan, tidak nampak perbalahan antara keduanya.

Bahkan dalam majlis itu, Ahmad senyum lebar dan memuji Idris dalam ucapannya.

Namun demikian apabila tercetusnya isu kereta ‘Mercedes lawan Proton Perdana’ dalam sebulan kemudian (Julai 2008), Ahmad telah menjadikan Idris sebagai sasarannya.

Pada 21 Julai, dalam memberikan justifikasi membeli 14 butir Kompressor E 200 berharga RM 3.43 juta, Ahmad mengatakan bahawa Mercedes lebih baik dari Proton Perdana V6.

Perdana V6 selalu rosak dan hanya sesuai untuk berulang-alik ke lapangan terbang sahaja, kata Ahmad.

Lalu, untuk membuktikan Perdana V6 selalu rosak, didedahkan senarai senggaraan dizaman Idris dimana kereta Idris mencatatkan perbelanjaan tertinggi, sebanyak RM235,123.08.

Idris marah dan mahu menyaman Ahmad.

Sejak dari awal pelantikannya sebagai Menteri Besar, Ahmad juga sering mengkritik projek Mega yang dilaksanakan pada zaman Idris.

Ahmad sering membezakan pentadbirannya dengan Idris, antaranya, Idris menggunakan wang royalti minyak sesuka hati, tetapi sebaliknya Ahmad mahu royalti minyak kembali ke pangkuan rakyat Terengganu.

Idris tidak kisah tentang berbilion ringgit yang dibelanjakan tanpa memberikan manfaat langsung kepada rakyat, tetapi Ahmad mahu setiap sen wang royalti digunakan untuk memperbaiki tahap kehidupan rakyat Terengganu.

Apabila Ahmad diasak pihak media tentang isu pembelian Mercedes, Ahmad berkata mengapa terlalu sibuk tentang perkara itu, pergilah siasat perkara yang lebih besar, iaitu projek Monsun Cup dan Taman Tamadun Islam.

Pertempuran sengit berlaku antara kumpulan Ahmad dan Idris benar-benar tidak dapat disembunyikan apabila berlakunya pemilihan ketua-ketua bahagian UMNO Terengganu.

Bulan November lepas, adalah kemuncak pertembungan adalah apabila Ahmad berkata akan memecat Yahya Khatib kerana melanggar larangan ‘Exco tidak dibenarkan bertanding’ Ketua Bahagian UMNO.

Jadi, apa pilihan yang Hishamudin ada untuk menyelesaikan pertelingkahan semudah itu?

Kenyataan Muhyidin tambah merumitkan, kerana memang ada dalam perkiraan Hishamudin untuk menggantikan Ahmad dengan orang lain.

Amarah baru sedang bernyala antara dua kumpulan.

Kumpulan Ahmad yang sudah ‘cool’ tetapi kembali panas apabila orang kanan Idris yang disyakki sengaja menghantar SMS Ugut Bunuh untuk meledakkan konspirasi menyingkirkan Ahmad.

Muhyidin pula memberi ‘api’ kepada kumpulan Idris !

Soal ketelusan badan kehakiman, Mahfuz sanggah Khairy

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung ketelusan badan kehakiman negara.

Mahfuz menegaskan kepada Harakahdaily, menjadi amalan biasa bagi orang yang melakukan kesalahan untuk menafikan apa yang berlaku.

Khairy juga, tegas Mahfuz, menafikan apa saja yang tidak kena dengan Umno termasuk menafikan beliau disiasat lembaga displin Umno sebelum pemilihan parti itu Mac lalu.

"Buktikan apa saja kepada Khairy, beliau akan nafikan termasuk menafikan disiasat lembaga displin Umno sebelum pemilihan Umno Mac lepas.

"Perkara ini bukan perkara baru dan sudah menjadi tradisi bagi pihak yang melakukan kesalahan untuk menafikan segala bentuk kecaman terhadap mereka," tegas Mahfuz.

Beliau tetap mengatakan kenyataan yang dibuatnya berhubung keputusan mahkamah berhubung isu di Perak mempunyai asas kerana Ketua Hakim Negara merupakan ahli Umno dan pernah memegang jawatan dalam parti tersebut.

Mahfuz menegaskan kerana adanya individu seperti Tan Sri Zaki Tun Azmi maka tidak mustahil Umno akan menggunakan ejen-ejen mereka dalam badan kehakiman untuk membuat keputusan yang berpihak kepada mereka.

Sehubungan dengan itu, beliau mencabar Khairy untuk berdebat secara terbuka isu ketelusan institusi kehakiman tidak kira di mana-mana tempat.

Sebelum ini Khairy dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam sebuah akhbar pada 15 Mei lalu berkata tidak ada 'tangan-tangan ghaib' yang mencampuri urusan Mahkamah Rayuan dalam membuat keputusan terhadap kemelut politik di Perak.

Sebaliknya beliau berkata, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar yang membuat dakwaan tidak berasas dalam isu tersebut.

artikel asal : HarakahDaily

Perdana Menteri Rakyat Takut Bayang-Bayang Rakyat

Perdana Menteri Najib Razak seorang yang diselubungi perasaan takut kebelakangan ini. Beliau takut kepada bermacam-macam perkara apatah lagi sejak memegang jawatan tertinggi pentadbiran negara perasaan takutnya bertambah memuncak.

Perasaan takut yang menghantui beliau telah mendorong Najib membuat pelbagai cara untuk menutup dan mengatasi naluri takut dalam dirinya. Bak kata pakar psikologi walaupun rasa takut adalah sesuatu anugerah semulajadi dalam diri setiap manusia perasaan itu juga boleh timbul kerana berasa bersalah atau kesal terhadap sesuatu perkara atau perbuatan yang telah dilakukan.

Tidaklah diketahui sama ada perasaan takut Najib kini adalah cerminan naluri semulajadi beliau ataupun kategori takut yang satu lagi. Apa hal pun Najib kini dibelenggu perasaan takut.

Pertama beliau takut semua dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau akan menjadi realiti sekiranya dibuktikan betul.

Ini akan betul-betul menjadi mimpi ngeri yang amat dahsyat. Antara dakwaan yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu terhadap Najib ialah kes-kes rasuah yang bukan biasa tetapi luar biasa. Umpamanya dakwaan penasihat beliau, Razak Baginda menerima habuan "kickback" atau suapan rasuah sebanyak lebih RM500 juta sebagai "khidmat runding" dalam pembelian dua kapal selam Scorpene. Luar biasa sebab rasuah yang diberi dan diterima amat besar dan mengejutkan. Yang rugi ialah negara dan pembayar cukai kerana rakyatlah yang terpaksa menanggung kos yang tidak kena mengena dengan harga sebenar kapal selam tersebut.


Selepas itu timbul pula dakwaan yang lebih besar dan menakutkan iaitu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mayat beliau diletupkan dengan bahan peledak ala C4 kegunaan tentera. Sejak beliau dibunuh tiga imej Altantuya telah diusung ke hulu dan ke hilir sehingga situasi ini mencemaskan Najib. Pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April lalu, 8 penyokong Pakatan Rakyat ditahan dan didakwa kerana mengusung keranda mendiang semasa kempen. Media kawalan Umno dan Barisan Nasional pun mengeluarkan larangan kepada semua saluran media mereka supaya jangan sekali-kali menyiar atau menyentuh isu Altantuya dalam mana-mana siaran berita. Najib takut kepada bayang-bayang Altantuya.

Imej Speaker V. Sivakumar diheret keluar dari Dewan Undangan Negeri Perak juga diharamkan disiar oleh kumpulan media milik Umno. Malangnya larangan tersebut tidak masuk akal kerana dengan kecanggihan teknologi maklumat yang terkini visual tersebut telah tersiar diseluruh dunia dengan sekali menekan butang. Tapi itulah sikap Najib dan Umno yang dipimpinnya yang sentiasa ketinggalan "keretapi" walhal dunia sudah jauh lebih maju dan ke depan. Najib takut kepada imej Sivakumar di heret.

Pada sidang DUN 7 Mei lalu pihak polis pula sibuk menangkap sesiapa sahaja yang berpakaian hitam disekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan, tempat di mana sidang berlangsung. Kononnya mereka ini bersubahat dan menyokong kempen Wong Chin Huat, aktivis BERSIH yang menggalakkan orang ramai berpakaian hitam sebagai lambang tentangan kepada konsep Satu Malaysia ciptaan Najib. Sebagai ganti Wong mempromosikan Sati Malaysia Gelita (1Black Malaysia). Najib takut kepada warna hitam.

Bercakap mengenai takutkan warna ini bukan kali pertama Umno dan Bn phobia terhadap warna. Pada 10 November 2007 BERSIH menganjurkan perhimpunan besar-besar di Kuala Lumpur yang menggabungkan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan bagi menuntu pilihan raya yang bersih dan adil. Tema mereka yang menyertai perarakan gergasi itu ialah memakai baju kuning. Sekali lagi Umno dan BN digerunkan dengan lautan rakyat marhaen berjau kuning berarak ke arah Istana Negara bagi menyerahkan memorandum. Rakyat berhadapan dengan ribuan anggota FRU dan polis yang lengkap dengan senjata, gas pemedih mata dan penyembur air kimia. Umno dan BN takutkan warna kuning.

Lama sebelum episod ini dalam pertengahan tahun 1990an Umno dan BN takukan warna hijau sehingga Petronas terpaksa membelanjakan ratusan juta wang rakyat untuk menukar semula logo Petronas pada setiap stesen minyak, produk, pejabat dan apa saja yang berlogokan Petronas. Hujah perwakilan semasa perhimpunan Umno ketika itu warna hijau pada logo Petronas sama dengan warna logo PAS. Umno dan BN takutkan warna hijau.

Umno dan BN juga takut kepada istilah. Dahulu semasa gerakan reformasi yang dipelopori oleh Parti Keadilan Nasional ketika itu (sekarang Parti Keadilan Rakyat) mana-mana papan kenyataan yang mengandungi perkataan "keadilan" diarah dipadamkan serta merta. Ini pernah berlaku pada satu papan tanda disebuah mahkamah di Alor Setar. Malah siaran berita juga dilarang menggunakan istilah "keadilan" takut-takut nanti rakyat terpengaruh dengan gerakan reformasi yang diketuai Anwar Ibrahim.

Sejak kekalahan teruk Umno dan BN pada pilihan raya umum ke 12 tahun lalu bertambah-tambahlah ketakutan Najib. Untuk menghilangkan rasa takutnya beliau pun nula melaungkan slogan-slogan rakyat yang dipopularkan oleh Pakatan Rakyat.

Rakyat pun terkejut apabila keluar daripada mulut Najib slogan seperti "Suara Rakyat Suara Keramat", "Rakyat Didahulukan" dan sebagainya. Yang pasti ia hanya kata-kata dan slogan-slogan kosong yang tidak membawa apa-apa makna kerana tiada keikhlasan dalam lafaz-lafaz tersebut. Bak kata oang sekadar melepaskan batuk ditangga dan halwa telinga kepada yang mendengar, tidak lebih daripada itu.

Kini terbaru Najib ingin sangat rakyat merestui permintaannya untuk menjadi "Perdana Menteri Rakyat". Di Bukit Gantang dan Bukit Selambau Umno dan BN juga meminta restu rakyat tetapi malangbya ditolak bulat-bulat oleh rakyat.

Sebelum itu rakyat juga tidak merestui Umno dan BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Sanggupkah Umno dan BN menerima khabar buruk daripada rakyat Penanti sekiranya mereka juga tidak mahu memberi restu?

Benarkah Najib mahu menjadi Perdana Menteri Rakyat. Selama negara merdeka Malaysia sudah mempunyai lima Perdana Menteri, tidak pernah seorang pun yang dikenali sebagai Perdana Menteri Rakyat. Mereka semua tahu keperdanamenterian mereka adalah untuk semua lapisan rakyat.

Kini negara pertama kalinya mempunyai Perdana Menteri Rakyat seperti juga Islam di Malaysia ada penambahan menjadi Islam Hadhari. Adakah perlu Najib meletak perkataan rakyat selepas jawatannya atau beliau sebenarnya masih belum pasti sama ada beliau Perdana Menteri untuk rakyat atau tidak.

Sekiranya beliau ikhlas mahu menjadi Perdana Menteri Rakyat mestilah semua tindakannya berlandaskan kepentingan rakyat, sama seperti dalam slogan beliau "Rakyat Didahulukan". Kalau beliau jujur mahu mendahulukan rakyat maka tidak menjadi masalahlah untuk mengabulkan permintaan rakyat Perak yang mahu DUN Perak dibubarkan seberapa segera.

Rakyat Perak mahu memilih kerajaan negeri mereka sendiri setelah kerajaan pilihan Pakatan Rakyat didurjanakan oleh Umno dan BN tiga bulan lalu. Dahulukan desakan rakyat Perak baru berbaloi Najib pakai pangkat Perdana Menteri Rakyat.

artikel asal : TVAntara

V. Sivakumar : Segalanya 2 Di Perak, 1 Halal 1 Haram

Aneh lagi luar biasa. Mungkin juga boleh menjadi tarikan pelancong. Ini kerana segalanya ada dua di Perak sekarang. Bermula dua kerajaan, dua Menteri Besar dan dua Speaker.

Selain itu ada dua setiausaha kerajaan negeri dan dua setiausaha Dewan Undangan Negeri. Namun harus diingatkan satu daripadanya haram dan satu lagi halal.

Speaker DUN Perak, V Sivakumar berkata, semua perkara yang tidak berlaku di negara-negara lain ada di Perak sekarang.

"Ketika saya masih lagi speaker yang sah, Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional melantik pula speaker baru. Speaker tersebut diibaratkan duri dalam daging.

"Apa yang lebih menggelirukan lagi apabila setiausaha kerajaan negeri pula cuba bertindak bagi pihak speaker dengan melarang media yang tidak pro Umno membuat liputan pada persidangan DUN 7 Mei lalu.

"Sedangkan kuasa bagi menentukan seseorang boleh atau tidak masuk dewan negeri adalah di bawah bidang kuasa Speaker," katanya pada ceramah menjelaskan isu terbaru di Perak di Putik malam tadi.

Ceramah itu mempertemukan dua Speaker iaitu Sivakumar dan Speaker DUN Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud di satu pentas. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya apa yang berlaku pada 7 Mei lalu adalah satu penghinaan terhadapnya kerana yang menentukan segala urusan dalam Dewan adalah di bawah bidang kuasa Speaker.

Begitu juga katanya bagi menentukan kedudukan ahli Dewan sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang ditentukan speaker.

Katanya pada peringkat awal persidangan 7 Mei lalu beliau mengarah Penasihat Undang-Undang Negeri supaya duduk di bahagian kerajaan (kanan).

"Namun selepas dua kali diarah pindah pegawai terbabit tidak mengendahkan menyebabkan saya menyebut kepadanya kalau tidak mahu ikut speaker boleh keluar dewan.

"Saya dari awal lagi sudah menjangka satu konspirasi dilakukan kerana ada pakatan di kalangan pegawai kerajaan dan Adun BN supaya tidak mengikut arahan Speaker," katanya.

Menurutnya beliau juga mengarahkan Dauk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exconya yang dilantik serta tiga wakil rakyat Bebas keluar Dewan bagi membolehkan persidangan dimulakan.

Bagaimanapun katanya, keputusan beliau sebagai Speaker tidak diendahkan sehingga Timbalan Speaker, Hee Yit Foong cuba mengambil alih tugasnya.

"Saya hairan dia menggunakan kuasa mana mengambil alih tugas Speaker. Sedangkan mengikut Perintah Tetap Dewan selagi Speaker ada di kerusinya timbalan speaker tidak ada kuasa," katanya.

Beliau juga berkata, Umno gagal menggugurnya sebagai speaker memandangkan beliau tetap mempertahankan kerusi sejak bermula persidangan jam 8.45 pagi hingga 2 petang tanpa keluar minum atau ke bilik air.

Bagaimanapun tambahnya, Umno menggunakan kekerasan dengan bantuan anggota polis mengusungnya keluar dan mengurung dalam bilik pegawal selama lebih sejam.

Oleh itu katanya, perjumpaan anggota Dewan hari itu tidak boleh dikatakan sebagai persidangan biasa kerana ia tidak menepati peraturan dewan.

Nusuruddin pula mencadangkan kerusi Speaker di Perak menggunakan tali pinggang keledar pada masa akan datang bagi mengelakkan ada lagi orang yang mengusung keluar Speaker.

Beliau juga berkata, Perkara 4 Peraturan Tetap Dewan menyebut Speaker berkuasa penuh bagi menentukan perjalanan mesyuarat anggota dewan.

Katanya, jawatan seseorang speaker hanya boleh gugur apabila dia berhenti secara sukarela atau meletak jawatan sebagai ADUN.

Selain itu apabila bermula persidangan penggal baru selepas pilihan raya dan speaker juga boleh dijatuhkan melalui usul tidak percaya.

artikel asal : TVAntara

Dakwaan ‘Jamuan dan Beri T-Shirt’ Belum ada Bukti

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong menyeru pimpinan dan ahli PAS supaya sentiasa istiqamah kepada perjuangan dan membina rasa bertanggungjawab yang tinggi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya selaku Penasihat PAS Kuala Terengganu dalam majlis perasmian Mesyuarat Agong Kali Ke 34 PAS kawasan tersebut disini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut melahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan yang dibuat oleh beberapa pimpinan kanan yang menampakkan ketidakmatangan dalam berfikir.

“Saya rasa sungguh kecewa bila membaca dan mendengar mendengar ucapan beberapa orang kepimpinan parti yang menampakkan ketidakmatangan dalam berfikir,

“seseorang yang bertaraf pemimpin mestilah dapat membezakan antara yang buruk dan yang baik dalam mana-mana ucapan,”ujarnya.

Dengan merujuk kepada kenyataan Dato’ Ustaz Mohamad Daud Iraqi mengenai mengadakan jamuan dan pemberian T-Shirt yang disiarkan dalam akhbar baru-baru ini, beliau berkata, bukan fungsi dan aras Ketua Dewan Ulama’ untuk mendedahkan perkara sedemikian.

Sebagai pengamal undang-undang, Dato’ Wan Mutalib berkata, beliau tidak akan bercakap tanpa fakta apatah lagi atas perkara boleh menimbulkan fitnah.

Katanya, musuh-musuh PAS sedang memainkan isu tersebut dengan mengatakan apa bezanya PAS dengan UMNO, sedang ia belum terbukti kebenarannya.

“Dari segi faktanya bagaimana ? Adakah faktanya begitu ? Hakikatnya perkara tersebut belum terbukti,”katanya.

Sedangkan, secara perbandingannya, kata beliau, kes-kes rasuah politik yang berlaku dalam UMNO telah terbukti kesahihannya.

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Kuala Terengganu Kali Ke 34 yang berlangsung di Markaz Tarbiah PAS Kuala Ibai telah dirasmikan oleh Bendaha Agong PAS, Dr. Mohd Hatta Ramly.

Turut hadir adalah wakil-wakil dari pemimpin parti Pakatan Rakyat, En. Ng Chai Hing mewakili DAP dan Cikgu Mohd Azlan mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR)

artikel asal : BuletinOnline