Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk 'negara Islam' – isu yang menjadi duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini.
Bagaimanpun, parti itu akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam' itu semata-mata.
“Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.
“Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama,” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan ucap tama dalam muktamar PAS ke-57 hari ini.
[Berita penuh menyusul] Salhan K Ahmad
No comments:
Post a Comment