Wednesday, July 8, 2009

(Video) Anwar's trial adjourned to July 15



Opposition Leader Anwar Ibrahim's sodomy trial has been adjourned to next Wednesday, July 15, as his lead counsel Sulaiman Abdullah is unwell.

The hearing was to have started before justice Mohamad Zabidin Mohamad Diah at the Kuala Lumpur High Court this morning.





malaysiakini

Peneroka Di Kelantan Dapat Geran Tanah

20 tahun menunggu akibat kegagalan Felcra majukan ladang Bukit Jelutong Gua Musang.




klip video ehsan : tvpas09

Isu PKFZ - 9 termasuk Exco Selangor Disaman

SHAH ALAM 8 Julai (Hrkh) - Exco kerajaan negeri Selangor dan Setiausaha Agung KeADILan antara individu yang disaman oleh Adun Sementa, Dato' Abdul Rahman Palil kerana mengaitkan nama beliau dengan kontroversi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Menurut beliau, exco kerajaan negeri Teresa Kok membuat tuduhan dan disiarkan dalam akhbar Suara KeADILan dan sembilan yang lain Sun Media Corporation (The Sun); The New Straits Times Press (NSTP); Pelita Koridor Sdn Bhd; NPK Sdn. Bhd. (Penerbit Suara Keadilan); New Straits Times Berhad (NST); Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Salehuddin Hashim.

Bagi tujuh defendan itu, Abdul Rahman menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta manakala dua lagi defendan iaitu PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn. Bhd. (PwC) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) pula dituntut membayar saman sebanyak RM2 juta.

Dalam sidang akhbar di lobi Dewan Negeri itu, katanya, saman yang telah difailkan melalui peguam Kamal Hisham Hasnal Rezua 3 Julai lalu termasuk memberi tempoh seminggu kepada pihak terbabit untuk menjawab tuntutan berkenaan.

Beliau mahu membersihkan imej yang telah tercemar kerana tuduhan pihak terbabit yang secara langsung mengaitkan saya mempunyai kepentingan dalam isu PKFZ.

"Laporan ini ada unsur berat sebelah kerana ada 20 lagi ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) tetapi mengapa hanya saya yang dikaitkan," katanya.



HarakahDaily

Zaid Ibrahim pilih Kuala Lumpur lokasi baru politik

KUALA KRAI, 8 Julai (Hrkh) - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim sehingga kini belum lagi menentukan sama ada menyertai pilihan raya umum akan datang selepas meninggalkan Umno.

"Saya belum lagi memikirkan perkara itu dan terserah kepada pimpinan untuk menentukan masa depan dalam politik setelah menyertai KeADILan.

"Saya tidak kisah sangat mengenai perkara itu, sama ada bertanding di Kota Bharu atau Kuala Lumpur ia belum menjadi perhitungan. Namun saya lebih selesa di Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui di sini.

Sebelum ini kedengaran desus desas mengatakan beliau bakal bertanding di Parlimen Tun Razak bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang bakal mengosongkan kerusi tersebut.

Bagaimanapun beliau menafikan perkara itu dan menganggap ia sengaja ditimbulkan pihak tertentu.

Pada pilihan raya umum 2004 beliau menang di kerusi Parlimen Kota Bharu menewaskan calon KeADIlan, Nik Mahmood Nik Hassan.

Bagaimana pun pada pilihan raya lepas kerusi Kota Bharu diwakili Dato'Fatmi Che Salleh yang tewas kepada Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dari PAS.

Sementara itu pada ceramah di Lela Jasa malam kelmarin, Zaid menggesa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak supaya berterus terang kepada rakyat berkaitan isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri.

Katanya kerajaan mendakwa royalti yang tertunggak sejak 2004 dianggarkan berjumlah RM1 bilion.

"Perdana Menteri harus tampil dengan penuh rasa bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat berhubung isu tersebut.

"Selain itu banyak lain yang perlu dijelaskan termasuk kontroversi pembelian kapal selam dan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu," katanya.

Beliau juga menyelar sikap pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang merendah-rendahkan karektor calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah kerana tidak mempunyai latar belakang akademik tinggi.

Beliau berkata, prinsip Pakatan Rakyat jauh berbeza dengan BN dalam memilih calon yang mengutamakan kualiti penampilan dari kepelbagaian sudut selaras dengan kehendak rakyat.

"Pengajian tinggi tidak penting. Yang penting ialah pengalaman, sebab pengalaman tidak akan didapati walau mengaji setinggi mana pun. Kerajaan di zaman Rasulullah dulu pun tidak terbentuk daripada individu yang berpendidikan di peringkat universiti," katanya.

Zaid yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu yakin rakyat Manek Urai memerlukan calon yang benar-benar bertanggungjawab dan tidak semestinya mempunyai pendidikan tinggi.

Ceramah tersebut turut dihadiri Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai 14 Julai ini, Abe Uji merupakan seorang pemborong ikan di Pasar Kala Krai akan ditentang Tuan Aziz Tuan Mat, bekas pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar.

Salahuddin pula memberitahu beliau akan terus memperjuangkan nasib rakyat bersama ahli parlimen Pakatan ekoran kenaikan polisi insurans kenderaan yang berusia lebih 10 tahun.

"Satu Malaysia, rakyat diutamakan hanya slogan retorik Najib mengaburi mata rakyat. Mana realiti slogan itu, belum pun sampai setengah tahun jadi perdana menteri unsur cengkaman terhadap rakyat sudah mulai nampak," ujarnya.

Kenaikan insurans kereta dan motosikal melebihi 100 peratus sebelum ini menjadi rungutan rakyat.

HarakahDaily

Menteri 'menyelam sambil minum air'!!!

Menteri buat tuntutan elaun ketika datang berkempen?

KUALA KRAI, 8 Julai (Hrkh) - Mungkinkah kedatangan begitu ramai menteri ke Manek Urai sekarang menggunakan wang hasil cukai dibayar rakyat. Malah pernah berlaku pemimpin kerajaan dari Melaka membuat tuntutan elaun ketika berkempen pada pilihan raya kecil di utara.

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, PAS bimbang dengan kehadiran begitu ramai menteri ke Manek Urai sekarang dikhuatiri menggunakan wang kerajaan.

"Ada kes di mana pemimpin yang datang berkempen membuat tuntutan perjalanan dan pelbagai elaun lain. Ada rekod mengenai perkara itu. Ini yang kita bimbang sekiranya berulang di Manek Urai sekarang.

"Ini secara jelas menggambarkan penggunaan jentera kerajaan begitu berleluasa sekali dalam pilihan raya," katanya pada persidangan media di Markas Induk PAS di sini, hari ini.

Penggunaan secara berleluasa jentera kerajaan dapat dilihat dari awal di Manek Urai apabila banyak kenderaan milik agensi kerajaan pusat keluar masuk kampung.


Antara yang sering dilihat termasuk Kesedar, Kemas, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi-agensi lain.

Malah menteri dan pengerusi lembaga pengarah termasuk Risda secara jelas datang berkempen di Manek Urai dengan menawarkan bantuan kerajaan kepada rakyat.

Manakala menteri pula datang saling berganti menganjurkan pelbagai program bersama masyarakat.

Manakala esok difahamkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Ismail Sabri Yaakob menganjurkan program bersama pengguna di sebuah kedai di Kampung Manek Urai Baru.

Wan Abdul Rahim yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata, berlainan dengan PAS tidak ada program besar dianjurkan kerajaan negeri melibatkan banyak peruntukan.

Dan katanya, kedatangan pemimpin kerajaan negeri ketika berkempen tidak pernah membuat tuntutan perjalanan dan lain-lain elaun sebagaimana dilakukan pihak lawan.

Menurutnya penggunaan helikopter oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap sebagai berleluasa setiap datang ke Manek Urai.

"Sehingga kini sudah beberapa kali Timbalan Presiden Umno datang ke Manek Urai. Setiap kali datang tiga helikopter digunakan. Tidakkah ini dinamakan sebagai salah guna jentera kerajaan.

"Rakyat di sini boleh melihat sendiri apa yang berlaku. Dan mereka dapat menilaikan. Tetapi kalau di negara lain sudah lama rakyat memberontak," ujar beliau.

Beliau juga memberitahu belum ada wakil rakyat di Manek Urai yang menang pada pilihan raya sebelum ini mempunyai pendidikan tinggi kecuali Dato' Afiffin Said pada 1982.

Kata beliau apa yang dimahukan rakyat iaitu mempunyai wakil rakyat yang dekat dengan kehidupan harian mereka terutamanya mampu menyelesaikan masalah pemilikan tanah.

Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana pihak lawan menggelarkan calon PAS, MOhd Fauzi Abdullah sebagai peraih ikan, sedangkan beliau ialah pemborong. Terdapat perbezaan yang jelas di antara dua istilah tersebut.

"PAS dukacita dengan gelaran yang diberi. Sebab itulah pada Jumaat ini Persatuan Pemborong Ikan Kelantan akan menghimpunkan ahli dari seluruh Kelantan untuk menyatakan sokongan padu kepada Abe Uji.

HarakahDaily

Kerajaan Kedah beri penjelasan lanjut isu roboh pusat sembelih khinzir

ALOR SETAR, 8 Julai (Hrkh) - Exco Kanan Kerajaan Kedah, Dato' Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi Penjelasan pusat penyembelihan khinzir di Kampung Berjaya sebenarnya dirobohkan kerana berlakunya pelanggaran undang-undang.

Pusat tersebut yang telah beroperasi sejak 30 tahun lalu diatas tanah rezab kerajaan tanpa sebarang kelulusan atau lesen operasinya,kata beliau.

Ketika itu (zaman Umno/BN memerintah) kawasan tersebut tidak ada penempatan oleh kerana jauh dari pusat bandar, walaupun ia duduk di situ tetapi tidak pernah ada satu kebenaran bertulis yang diberi kepada pengusaha,ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakah ketika satu wawancara ekslusif di pejabatnya di Wisma Darul Aman semalam.


"Kerajaan ketika itu beri secara understanding sahaja.Jadi setelah berlakunya penempatan penduduk di situ dengan perkembangan pembangunan, adanya kampung berjaya, jadi tempat itu nampaknya sudah tidak sesuai,"katanya.

Kerajaan yang memerintah sebelum ini (Umno/BN) pun telah membuat keputusan bahawa kawasan itu tidak lagi sesuai untuk diteruskan operasi penyembelihan khinzir,ujarnya,

Beberapa kali kerajaan yang lalu membuat keputusan supaya dicari kawasan pusat penyembelihan baharu bagi menggantikan kawasan tersebut, katanya.

Keputusan itu dibuat agar pusat penyembelihan dipindahkan supaya urusan penyembelihan khinzir ini dibuat secara teratur dan dibuat dengan lebih kemas.

Apa yang paling penting kawasan yang baharu (jika ada) bakal diluluskan mengikut peraturan dari segi kebersihan dan teknikal,katanya.

Kemudian, ada tahun 2006 pun telah ada satu kepiutusan kerajaan negeri ketika itu supaya ditutup pusat itu tetapi mungkin ada campur tangan pelbagai pihak dan tiada penempatan baru bagi pusat penyembelihan tersebut justeriu keputusan itu terpaksa ditangguh, katanya.

Namun selepas Pakatan Rakyat mengambilalih kerajaan, kerajaan negeri ini oleh kerana terlalu banyak desakan dari pihak penduduk berdekatan agar ia ditutup,pada 1 Julai lalu ia dirobohkan.

Kerajaan menerima aduan berpanjangan mengenai bau busuk selain cara dibuat pusat itu tanpa ikut peraturan, katanya.

Pengusaha sebenarnya tahu tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar merobohkan premis itu betul kerana tiada lesen dan di atas tanah rezab kerajaan, katanya.

Malahan pihak MBAS yang membuat keputusan untuk meminta mereka menutup pusat itu pada 30 Mei lalu telah memberi tempoh sebulan atas permintaan pengusaha untuk mencari tempat baharu,katanya.

Tetapi sampai masanya mereka cuba bawa campur tangan pihak lain iaitu orang politik dan sebagainya yang nak jadi jaguh kononnya untuk membela nasib pengusaha,ujarnya.

"Sebenarnya mereka ini tidak membela pun yang nak membela perkara ini contohnya yang dari kerajaan dahulu (Umno/BN) kenapa mereka tak selesaikan awal sewaktu mereka perintah dahulu?," ujarnya.

"Patut mereka cari tempat, tetapi ini mereka jadikan isu sensitif.Sebagai kerajaan kerajaan lihat bahawa keputusan roboh ini dibuat oleh MBAS yang mana ini dibawah kuasa mereka (MBAS) dan mereka gunakan peruntukan undang-undang kecil MBAS soal bangunan haram dan premis haram dan sebagainya,

"Jadi apabila berlaku keingkaran, kita tiada pilihan.Selaku kerajaan ini kita lihat dari sudutr undang-undang bukan dari sudut ia babi ka lembu ka ayam ka sebab ini persoalan pelanggaran undang-undang dan masalah bantahan yang daripada orang ramai yang duduk di situ," katanya.

Bagi Phahrolrazi, MBAS sebenarnya telah mengambil tindakan yang sepatutnya dan selaku kerajaan negeri tidak mahu campur tangan dalam bidang kuasa MBAS.

Rakyat sendiri menyokong tindakan itu kerana isu ini tidak diselesaikan oleh kerajaan yang sebelum ini sejak 30 tahun lalu, katanya.

Sebalik keputusan itu, kerajaan negeri tidak menutup ruang untuk pengusaha mencari tapak baharu yang bersesuaian bagi menggantikan tapak yang dirobohkan, katanya.

Namun ia perlu dicadangkan, dimohon kelulusan kepada jabatan dan agensi berkaitan untuk menimbang kelulusan lesen operasi dan cadangan tapak,katanya.

Bagi Phahrolrazi, isu itu sebenarnya telah selesai dan tidak berbangkit, cuma ia diputarbelitkan media arus perdana untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat.

HarakahDaily

Semua Pemimpin UMNO/BN Wajib Dengar Ceramah Alam Kubur!

MB kerajaan BN terharu mendengar kaset agama Nik Aziz

KUALA KRAI, 8 Julai (Hrkh) - Kebiasaannya dalam media massa kita sering membaca kecaman keras pemimpin Umno terhadap PAS. Jarang berlaku mereka memuji dan bersetuju biar pun kebenaran berpihak kepada PAS.

Sebaliknya seorang Menteri Besar meluahkan kebenaran yang dibawa pemimpin PAS tidak dapat dinafikan lagi lebih-lebih lagi menyentuh soal agama.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ada seorang menteri besar memberitahunya sering mendengar kaset ceramah beliau.

"Menteri besar itu paling terasa dan terkesan ketika mendengar ceramah agama saya mengenai alam kubur. Apabila mati kelak, Allah akan tanya masa hidup kamu mengundi parti mana.

"Beliau meluahkan rasa terkesan yang menyentuh jiwa setelah mendengar kaset ceramah tersebut. Dia menceritakan perkara itu ketika sama-sama menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Majlis Raja-raja Melayu," katanya pada ceramah di Kampung Chuchuh Puteri A di sini, malam tadi.

Ribuan hadir mengikuti ceramah itu biar pun hujan turun agak lebat sebelum itu.


Oleh itu Menteri Besar berharap pengundi di Manek Urai dapat membuat pilihan terbaik untuk terus menyokong kepimpinan Islam sebagaimana kesedaran menteri besar BN terbabit.

"Saya penuh harap pengundi di sini dapat membuat pilihan yang terbaik. Setelah Umno kalah di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini termasuk di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau, kenapa kita mahu pilih Umno lagi," katanya.

Pada ceramah itu beliau memberitahu telah mengirim surat kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak untuk mempelawa diadakan debat bagi membincangkan alasan Umno menolak Islam.

"Saya telah mengirim surat kepada Perdana Menteri yang mengandungi soalan, 'kenapa Umno tolak Islam? "Islam itu bukan PAS yang buat, tetapi kenapa Umno tetap mahu menolak Islam. Sebab itu saya berkempen dan berdakwah hingga ke hari ini untuk Islam," katanya.

Turut hadir pada ceramah malam tadi Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Dato' Husam Musa, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif dan calon PAS Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah.

Wakil Rakyat Jangan Mudah Lupa Diri - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM, 8 Julai (Hrkh) - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan semua wakil rakyat supaya tidak mudah lupa dengan amanah rakyat setelah bergelar `Yang Berhormat' untuk melaksanakan dan mengutamakan tugas serta tanggungjawab membela nasib rakyat.

Dalam ucapan khas sempena sambutan 50 tahun Dewan Negeri di sidang Dewan Negeri Selangor, beliau berharap seluruh Adun dan exco kerajaan negeri tidak lupa dengan falsafah dan dasar perjuangan parti serta maksud kedudukan seorang wakil rakyat.

Ini kerana katanya, apabila wakil rakyat itu sudah disahkan bergelar `Yang Berhormat' kadang-kadang mereka mudah lupa dengan maksud kedudukan tersebut.

"Lebih parah jika terdapat sebilangan wakil rakyat terlupa falsafah yang lebih mendalam dan pengertian tanggungjawab kita tentang amanah yang besar ini," katanya dalam ucapan khas dalam sidang Dewan Negeri, pagi ini.


Menurut beliau, tugas untuk menangani masalah dan isu yang timbul satu persatu memerlukan tuntutan tanggungjawab yang tinggi serta komitmen daripada wakil rakyat.

Beliau mengharapkan semua wakil rakyat terus memperuntukkan masa dan ruang bagi melakukan penilaian terhadap tugas dan sumbangan dalam membela dan membantu rakyat.

"Kita jangan terleka dengan momokan yang diuar-uarkan sekarang `rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' sedangkan hakikatnya nasib rakyat tidak dibela dan diutamakan," tegasnya.

Dalam mesyuarat kedua penggal kedua sidang Dewan Negeri ke-12 itu, beliau mengingatkan tentang kepercayaan rakyat yang memilih wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Beliau menegaskan, hal itu menunjukkan bahawa dalam pilihan raya rakyat yang berkuasa memilih wakil untuk menyuarakan suara hati mereka, mengetengahkan kehendak mereka dan mempertahankan milik mereka.

Justeru katanya, rakyat Malaysia mengetahui bahawa Pakatan Rakyat yang memperjuangkan wujudnya satu bangsa Malaysia yang menerima layanan adil dan sama rata dalam semua bidang pada kempen pilihan raya umum lalu.

Berikutan itu beliau bersyukur kerana majoriti rakyat Selangor khususnya mula menikmati limpahan pembangunan yang diagihkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat secara adil dan saksama tanpa perbezaan agama, kaum dan fahaman politik.

HarakahDaily

PPSMI Dimansuhkan 2012

kemaskini 2.45pm Tinggal lagi satu jam sebelum seluruh negara dapat menjawab teka-teki sama ada kerajaan akan memansuhkan atau meneruskan dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ura-ura sejak beberapa hari lalu menunjukkan bahasa Melayu akan kembali dijadikan pengantar dua subjek tersebut.

Bagaimanapun belum pasti sama ada PPSMI akan dimansuhkan di peringkat rendah atau menengah sahaja atau kedua-duanya.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan mengumumkan keputusan jemaah menteri, yang bermesyuarat mingguan pagi ini, jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Selain memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang mengepalai demonstrasi besar itu, tokoh sastera Datuk A Samad Said juga menyertai sekumpulan lima Sasterawan Negara membantah dasar itu - mencipta rekod bantahan golongan budayawan Melayu.

Rentetan Perlaksanaan PPSMI


19 Julai 2002 - mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara"

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansukan sepenuhnya pada 2012.

malaysiakini

Isu Kedah, KeADILan jumpa MB petang semalam, jumpa Kit Siang di KL petang ini

ALOR SETAR, 8 Julai (Hrkh) - Badan Perhubungan KeADILan Kedah telah bertemu dengan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak petang semalam berhubung penerangan isu-isu terkini di Kedah.

Pertemuan itu diadakan di dewan besar Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah di Sri Mentaloon dekat sini bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.

Pertemuan itu disertai Pengerusi KeADILan Kedah, Ustaz Ahmad Kassim yang juga ahli Parlimen Kuala Kedah; Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato' Johari Abdul; peguam, Saiful Izham Ramli dan barisan kepimpinan KeADILan Kedah yang lain.

Harakah dimaklumkan perbincangan meliputi fokus isu perobohan pusat sembelihan khinzir dan isu-isu pentadbiran selain beberapa lontaran idea.

Ustaz Azizan kelihatan hadir ditemani Setiausaha Politiknya, Mohd Sanusi Mohd Nor dan Setiausaha Akhbar, Helmi Khalid.Hari ini Ustaz Azizan dijadualkan mengadakan mesyuarat bersama exco kerajaan Kedah di Kuala Lumpur pada sebelah pagi, sementara petangnya bertemu dengan Penasihat DAP, LimKit Siang.

Pertemuan itu dijangka membincangkan isu Pakatan Rakyat Kedah selepas kontroversi pengumuman DAP Kedah yang kononnya mahu keluar Pakatan Rakyat Kedah.

Manek Urai : Peraih, Peniaga Ikan Dakwa Diperlekeh UMNO

Jimadie Shah Othman Jul 8, 09 12:35pm

Kira-kira 1,000 peraih dan peniaga ikan akan mengadakan perhimpunan Jumaat ini untuk membantah tindakan Umno yang didakwa telah memperlekehkan profesyen mereka.

Mereka mendakwa, Umno dalam ceramahnya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai, telah perlekehkan profesyen peraih dan peniaga ikan.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, juga seorang peraih ikan.

Kenyataan yang dianggap memperlekehkan mereka itu, didakwa dibuat oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan dalam ceramahnya malam tadi.

Perkara itu dinyatakan oleh penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam satu sidang akhbar pagi tadi.

Ketika ditemui kemudiannya, beliau berkata, bantahan tersebut akan diketuai oleh Presiden Persatuan Peraih dan Peniaga Ikan Kelantan, Ahmad Tarmizi Salleh.

Mereka akan berkumpul mulai jam 5 petang di pasar Laloh.


Misteri kehilangan Nasha

Mengenai ketidak hadiran Nasharuddin Mat Isa di Manek Urai, Wan Abdul Rahim berkata, tim
balan presiden PAS itu mempunyai urusan lain dan tidak dapat hadir.

Ditanya sama ada ianya urusan parti atau urusan peribadi, Wan Abdul Rahim berkata, beliau tidak tahu.

Beliau berkata, pihaknya berpegang kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya wartawan mengenai perkara yang sama pada hari penamaan calon.

Wan Abdul Rahim bagaimanapun menafikan bahawa Nasharuddin dilarang berkempen di Manek Urai.

Ditanya sama ada Nasharuddin tidak akan berkempen langsung di Manek Urai, Wan Abdul Rahim berkata, beliau tidak pasti dan tidak tahu.

Mengenai kempen setakat ini, Wan Abdul Rahim berkata, pihaknya yakin 60 peratus pengundi menyokong calon PAS.

malaysiakini

Mana perginya RM254 bilion?

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Hrkh) - PAS mendesak satu kertas putih dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak di Parlimen pada sesi depan berhubung dakwaan Tun Mahathir Mohamad yang persoalkan ke mana dibelanjakan wang sebanyak RM254 bilion yang dibayar oleh Petronas sejak enam tahun lalu kepada kerajaan persekutuan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata ia perlu dibuat supaya duit Petronas tersebut dapat dibentang dan dikenal pasti kegunaannya oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, jika Najib gagal membentangnya bermakna apa yang didakwa oleh Tun Mahathir itu merupakan satu penyelewengan besar yang dilakukan kerajaan BN.

"Saya minta satu kertas putih dibentang untuk diberitahu kepada rakyat duit sebanyak itu digunakan untuk apa," katanya semasa dihubungi baru-baru ini.


Sebelum ini, dalam blog Tun Mahathir pada 3 Julai lalu beliau menegaskan kerajaan menerima bayaran daripada Petronas bermula tahun 1976 sebanyak RM300 juta. Meningkat pula pada tahun 1981 sebanyak RM2 bilion.

Katanya, sepanjang 22 tahun pemerintahan jumlah yang terkumpul sebanyak RM1688 bilion.

Apabila beliau bersara pula dakwanya jumlah meningkat daripada RM19 bilion pada tahun 2004 kepada RM67.8 bilion pada tahun pada 2009.

Ini katanya, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM253.6 bilion. - mks. Menurut Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian disebab sepanjang tempoh enam tahun lalu Najib menjadi orang nombor dua di negara ini. Jadi dakwanya, pasti Najib tahu apa yang berlaku ke atas duit dari Petronas itu. Oleh kerana itu katanya, beliau mencabar Najib untuk bentangkan kertas putih di perlimen. Ini katanya, sebagai perdana menteri, Najib perlu bertanggungjawab di atas apa yang didedahkan oleh Tun Mahathir. Dalam pada itu katanya, beliau juga akan membuat satu memorundum dan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Aduan tersebut ujarnya, berkemungkinan akan dibuat selepas pilihan raya kecil Manek Urai nanti. Ini tegasnya, jika beliau bimbang duit sebanyak itu hanya dinikmati segelintir di kalangan pimpinan Umno yang mengamalkan nepotisme dan kronime yang semakin menebal dalam Umno. "Ini juga dapat dilihat dalam pemilihan Umno baru-baru ini dan juga projek-projek yang hanya diagihkan kepada mereka yang berkepentingan dalam parti," katanya. Mengulas mengenai pendedahan Tun Mahathir yang dilihat seolah-olah mahu membalas dendam terhadap bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Salahuddin berkata sama ada dendam atau tidak, itu masalah rumah tangga Umno. Bagaimanapun katanya, begitulah amalan Umno, apabila berdendam dan bergaduh sesama sendiri baru mereka mendedahkan apa sebenarnya penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan urus tadbir negara.

HarakahDaily

Nik Aziz banding Umno dengan Ayah Pin, al-Arqam

Jimadie Shah Othman Jul 8, 09 12:04pm

Umno terus menjadi sasaran Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Dalam ceramahnya di Manek Urai malam tadi, mursyidul am PAS itu membandingkan pula Umno dengan Ayah Pin dan pertubuhan yang diharamkan, al-Arqam.

"Tok Ayah Pin dicap sesat. Habis kenapa Umno tidak sesat? Sama-sama tidak kenal agama belaka. Al-Arqam sesat kerana apa? Salah akidahnya. Ayah Pin sesat, kenapa? Salah akidahnya.

"Umno kenapa tidak sesat lagi? Salah juga akidah. Tolak Islam, ambil (fahaman) kebangsaan. Tak usah kata kami terima Islam, kami terima Islam. Tak payah cakap banyak, aku reti juga," katanya dalam ceramah di Chuchoh Puteri, Manek Urai malam tadi.


Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas perkataan "sesat" dalam surah al-Fatihah. Dalam surah tersebut, Allah berfirman, antaranya, memerintahkan manusia mengikut jalan yang lurus dan bukan jalan orang yang sesat.

Pada 25 Jun lalu, Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian telah membuat laporan polis terhadap Nik Aziz yang didakwanya menyamakan parti Melayu itu dengan ajaran sesat dan komunis dalam sebuah ceramahnya.

Bercakap kepada media, Anuar juga dilaporkan menggesa Nik Aziz disiasat polis di bawah Akta Hasutan dan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

Bercakap di hadapan 2,000 penyokong dalam keadaan hujan renyai-renyai, Nik Aziz sekali lagi menggesa Umno menukar dasar kebangsaan yang didakwanya diamalkan parti itu, kepada dasar Islam.

Nik Aziz juga mendakwa Umno telah melepas geram kepadanya dengan menyifatkannya "nyanyuk" tetapi tidak memberikan hujah balasnya.

"Dia (Umno ) marah kita macam-macam perkara, Nik Aziz ini nyanyuklah. (Mereka) main kata. (Kata) nyanyuk. Itu bukan jawab, (itu) hendak pelepas geram, hendak pelepas geram orang kata...

"Lepas geram ni tak payah. Lepas geram ini tanda orang lemah. Macam bini tua dengan bini muda, (kena) tampar. Sebab dia tua, marah bini muda. Perangai orang tua nak balas, panas sangat dengan bini muda," katanya.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa turut hadir dan berucap dalam majlis ceramah itu.

malaysiakini

Anwar selar pihak samakan rumah KM dan Khir Toyo

Jimadie Shah Othman Jul 8, 09 1:04pm

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar dakwaan yang cuba menyamakan kediaman baru Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan rumah bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, yang telah mencetuskan kontroversi.

"Tunjuk rumah sewa ketua menteri Pulau Pinang, hendak samakan dengan puluhan juta rumah (Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo. Itu masalah pemimpin Umno.

"Tengok pemimpin Umno di Manek Urai, cuba tanya kekayaan Tan Sri, Datuk dalam Umno, ada tidak aset RM20 juta? (Mereka) datang ke Manek Urai, cakap soal bela rakyat," katanya dalam ceramah di Chuchoh Puteri, Manek Urai malam tadi.

Pada 26 Jun lalu, Lim Guan Eng dilaporkan berpindah daripada kediaman rasmi di Seri Teratai ke sebuah banglo mewah di No. 25, Jalan Pinhorn.

Susulan itu, 5 Julai lalu, Naib Ketua Gerakan Pulau Pinang, Hong Khoon Leng meminta Lim mendedahkan kewajarannya berpindah, termasuk mendedahkah kos pengubahsuaiaannya - yang menurutnya dijangka ratusan ribu ringgit.


Manakala rumah mewah milik Dr Mohd Khir di Shah Alam mencetus kontroversi kerana kosnya dikatakan melebihi kemampuannya atau menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

ADUN Sekincan, Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta.

Bekas menteri besar Selangor itu ketika diminta mengulas mengenainya, mengakui membeli dua lot tanah berserta sebuah banglo terbabit tetapi dengan harga RM3.5 juta dan bukan RM24 juta seperti yang didakwa oleh Ng.

Sementara itu, mengenai isu DAP Kedah Keluar Pakatan pula, Anwar berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak bukan merobohkan pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Isu royalti minyak

Tetapi sebaliknya memindahkannya ke tempat yang lebih teratur dan bersih, kata Anwar yang juga ketua Umum PKR itu.

Sehubungan itu, Anwar menyalahkan media yang didakwanya memutarbelitkan isu tersebut sehingga melaporkan terdapat pergeseran antara DAP dan PAS di Kedah.

Sementara itu, exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa pula menyentuh isu royalti minyak Kelantan, yang didakwanya melebihi daripada RM1 bilion yang dituntut Kelantan baru-baru ini.

"Kita minta kurang sikit, takut dia (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) terkejut. Lepas ini kita minta lagi,'" katanya sambil mengakui sudah menemui dokumen perjanjian lama Kelantan dan Petronas berhubung perkara itu.

Menurutnya, perjanjian pada tahun 1975 itu, telah ditantangani oleh menteri besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Tambahnya, perjanjian itu mensyaratkan Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun - dibayar tunai dua kali setahun - untuk hasil minyak yang ditemui kawasan pantai dan pesisirnya.

malaysiakini

Manek Urai : Masa Untuk Rakyat Nilai KPI Najib

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Hrkh) - Seratus hari pentadbiran Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak nampaknya tidak memberi apa-apa perubahan terutama dalam merangsangkan ekonomi negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan (Paroi) Taufek Abdul Ghani berkata, Najib lebih berminat melaungkan slogan 1Malaysia berbanding berusaha untuk memulihkan ekonomi negara.

"Saya lihat Najib tidak ada perkara baru yang diketengahkan sepanjang 100 hari pentadbiran beliau selain lontarkan slogan 1 Malaysia," katanya semasa dihubungi.


Tegasnya, inilah masa yang sesuai untuk rakyat melihat Petunjuk Indeks Prestasi (KPI) Najib bagi menilai kemampuannya sepanjang menerajui negara sehingga hari ini.

Jelasnya, keputusan pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai sebagai platform untuk rakyat menilai KPI Najib Tun Razak.

"Kita mahu supaya rakyat buat satu keputusan mungkin di Manek Urai akan menjadikan satu platform untuk rakyat menyatakan bahawa pemimpin kerajaan mereka gagal dalam tempoh 100 hari ini," katanya.

Membandingkan kepimpinan Najib dengan Tun Mahathir, beliau berkata Mahathir bukanlah pemimpin yang bagus tetapi perancangan dan perubahan tidak dapat dinafikan.

Dalam membentangkan pakej rangsangan sebanyak RM70 bilion menjelang Najib menjadi Perdana Menteri, Taufek berkata pakej itu seperti tidak wujud pada hari ini.

Apa yang paling penting, katanya, sewaktu proses peralihan kuasa sekurang-kurangnya Najib memiliki plan rancangan tindakan untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara.

Pada 3 April 2009, Najib mengambil alih pentadbiran negara selepas Tun Abdullah Badawi, 11 Julai ini genaplah 100 hari pentadbiran beliau.

HarakahDaily

Kes Anwar Ditangguh Ke 15 Julai

Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditangguhkan kepada 15 Julai kerana peguam utamanya, Sulaiman Abdullah tidak sihat.

Kes tersebut sepatutnya dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah menerima permohonan pihak peguam pembela berhubung penangguhan tersebut.

Rabu ini, mahkamah akan mendengar sebutan untuk tarikh bagi permohonan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen dari pihak pendakwa bagi membantu kes pembelaannya.

Mahkamah juga akan menetapkan tarikh baru bagi sebutan kes bagi satu lagi permohonan Anwar untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Hanya selepas kedua-dua permohonan itu selesai didengar, maka mahkamah akan meneruskan dengan perbicaraan kes liwat tersebut.

Menurut Hakim Mohamad Zabidin, sehinggalah kedua-dua permohonan itu selesai, mahkamah tidak boleh memulakan perbicaraan kes tersebut.

Sulaiman tidak sihat sejak Jumaat lalu ketika beliau memohon penangguhan bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkenaan.

Anwar, 61, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful BUkhari Azlan, 23.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lalu.

Anwar yang juga ketua pembangkang mendakwa - sepertimana dalam kes liwat terhadapnya pada 1999 - ini adalah sebahagian daripada konspirasi politik terhadapnya. Pihak berkuasa bagaimanapun menafikannya.

malaysiakini

Umno gelabah isu debat - Nik Aziz

NAMPAKNYA Umno benar-benar gelabah dengan pelawaan debat oleh Mursyidul Am PAS. Sedangkan ia tidak lebih sebagai satu pertemuan bagi merungkaikan segala isu yang berbangkit selama ini.

Soal agama cuba diasingkan dengan politik. Itu pokok persoalan sebenarnya. Dan platform debat hanya sekadar mekanisme ke arah itu. Tidak semestinya perlu bertegang leher di atas pentas atau depan televisyen. Ia mungkin boleh jadi muzakarah atau wacana.

Biar apa pun istilah yang digunakan ternyata perkataan debat begitu mengementarkan Umno. Ini secara tidak langsung juga menggambarkan Umno tandus pemimpin yang petah berhujah untuk menegak kebenaran.

Bagi menyoroti apa rahsia di sebalik pelawaan debat itu, ikuti temu bual wakil Harakah, Mohd Nor Yahya bersama Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menghadiri satu program di Manek Urai, Khamis lalu.

HARAKAH: Boleh dijelaskan, sebenarnya apa sebab Tok Guru mempelawa Perdana Menteri berdebat?

TOK GURU NIK ABDUL AZIZ: Masalah debat dengan Umno telah lama diusahakan. Ia bukan cerita baru. Tentunya ramai masih ingat muzakarah di antara PAS dan Umno hampir diadakan, kemudian dibatalkan dengan alasan yang mungkin sengaja diadakan.

Begitu juga dengan pelawaan kerajaan negeri terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Dato? Dr Puad Zakarshi sebelum ini hadir pada satu wacana di Balai Islam.

Pada awalnya beliau sanggup datang, namun di saat-saat akhir membatalkan. Tentunya, orang ramai boleh memberi tanggapan sendiri terhadap apa yang berlaku itu. Debat, mujadalah atau muzakarah lebih kurang sama.

Namun pemimpin Umno masih lagi berdiam diri. Mereka tak mahu langsung apabila dipelawa debat atau muzarakh bagi merungkai masalah ummah.

Mengapa agaknya setiap kali diundang, pemimpin Umno ini enggan?

Saya pun hairan mengapa mereka enggan. Tidak mahu juga. Sedangkan debat atau muzakarah sebahagian daripada mekasisme berdakwah dalam Islam. Kita mahu bagi nasihat secara hikmah.
Sama juga dengan kaedah yang digunakan kepada orang bukan Islam. Kita telah lama praktik cara itu di Kelantan. Berdakwah cara hikmat terhadap orang bukan Islam bagi mengeratkan hubungan antara kaum.

Saya sering kali hadir pada majlis-majlis yang dianjurkan penduduk bukan Islam. Apa yang menghairankan orang bukan Islam boleh menerima konsep muzakarah tetapi pemimpin Umno tidak boleh terima.

Sedangkan nasihat boleh diadakan dalam tiga keadaan iaitu lemah lembut, tolak ansur, ceramah atau usrah. Kaum-kaum bukan Islam telah berjaya kita dekati. Berdebat ini adalah cara terakhir untuk menyelesaikan sesuatu isu yang timbul.

Dua perkara pokok yang hendak saya sebut iaitu kenapa Umno tolak Islam dan keduanya sebab apa Umno menentang PAS, sedangkan PAS melaksanakan apa yang disarankan agama Islam. Tengok apa yang kita laksanakan di Kelantan sekarang.

Mungkin ada sesuatu peristiwa yang mendorong Tok Guru pelawa Perdana Menteri berdebat?

Ianya bermula ekoran Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadap saya. Mereka marah kerana saya sebut Umno lebih kurang sama dengan Ayah Pin atau Komunis. Apa yang saya maksudkan sekadar perumpamaan.

Ini kerana apabila mana-mana pihak menolak agama dalam kehidupan seharian sudah tentu mereka juga sama dengan komunis atau Ayah Pin.

Begitu juga Umno. Mereka memisahkan agama dan politik. Sedangkan ia jelas bertetangan dengan ajaran yang dibawa Nabi Muhammad saw. Nabi juga ketua agama, pemerintah, panglima perang dan ketua negara.

Ini bermakna politik atau bernegara tidak boleh dipisahkan dengan agama. Inilah yang saya sebut pada ceramah di Laloh sebelum ini. Tiba-tiba pemuda Umno melenting marah.

Bagaimana pula dengan Pemuda PAS dikatakan akan mengadakan dialog dengan Pemuda Umno?

Saya setuju diadakan diadakan dialog atau wacana. Tidak kira dengan siapa pun asalkan Pemuda PAS kekal berpegang perjuangan Islam. Jangan pula bila berdialog kita pula turut kehendak mereka. Forum, dialog merupakan cara dakwah. Saya serahkan kepada pemuda untuk fikirkan perkara itu.

Sekarang isu yang hangat dibincangkan di Kelantan iaitu tuntutan royalti petroleum. Ia bermula ekoran pendedahan oleh Jabatan Perangkaan dan Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri mengenai ada pelantar minyak di perairan Kelantan. Apa sikap Tok Guru mengenai isu ini?

Rasa rasa kecewa dengan sikap pemimpin Umno. Mereka buat tidak tahu adanya minyak di perairan negeri ini. Sepatutnya mereka turut menyokong usaha yang dilakukan kerajaan negeri bagi menuntut royalti tersebut yang boleh dimanfaat kepada rakyat Kelantan.

Dan segala usaha hendak mendapatkan royalti saya serahkan kepada Dato? Haji Husam untuk meneruskan langkah-langkah sepatutnya bagi mendapatkan royalti. Bagaimanapun Ketua Pembangkang di Dun Kelantan, Dato? Mohd Alwi Che Ahmad setuju untuk memberi kerjasama.

Saya sambut baik. Hendaklah ada usaha yang dilakukan pembangkang bagi membantu mendapatkan hak tersebut. Ini kerana laporan mengenai adanya pelantar minyak sudah ada dalam laporan Jabatan Perangkaan dan EPU.

Pada pendapat Tok Guru, bagaimana pula dengan calon PAS yang akan mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai ini?

Saya sebenarnya sudah lama kenal Abe Uji. Beliau orang berjurus (baik) dan kaki masjid. Ini kriteria penting untuk menjadi seorang pemimpin. Orang yang mukmin sudah tentu tidak akan terlibat dengan unsur-unsur rasuah atau apa-apa penyelewengan.

Saya yakin dengan kemampuan yang ada pada Abe Uji. Dan secara kebetulan pula calon tersebut bertepatan dengan kriteria-kriteria yang ditetapkan. Orang ramai di peringkat akar umbi, cawangan PAS dan kawasan Kuala Krai yang menentukan.

Kemudian kita di peringkat Perhubungan PAS negeri membuat keputusan hasil sokongan tersebut. Biar pun pihak lawan cuba pertikaikan dari aspek pendidikan Abe Uji, namun ia tidak menjadi isu sangat.

Cuma apa yang kita hairan mengapa orang yang berpendidikan tinggi tetapi ramai yang dilaporkan terbabit dengan rasuah atau pecah amanah.



HarakahDaily

Perkembangan Politik Tanah Air Dari Perspektif Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah benteng utama parti itu. Beliau juga adalah pemacu unggul kerajaan Kelantan.

Idea-idea politiknya bernas. Setiap pertimbangan dan perkembangannya digarap bersandarkan al-Quran, Sunnah dan Realiti politik hari ini.

Demi mengetahui bagaimana beliau menafsirkan perkembangan politik tanah air, wartawan SUARA KEADILAN, MOHD NAJIB HASHIM menemubual Menteri Besar Kelantan ini.

Perkembangan politik Malaysia nampaknya menjurus kepada persaingan dua parti iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Apa komen Datuk?

"Bismillahirahmanirrahim. Pergelutan dan pergolakan politik ini bukan baru. Ia bukan wujud sejak wujudnya PAS dan Umno. Sejak manusia wujud di muka dunia ini, tidak pernah berhenti daripada permusuhan antara satu sama lain. Ini ketetapan Allah yang menciptakan manusia.

Waktu Nabi Adam hendak diturunkan dari syurga ke bumi, Allah sudah sebut pada Nabi Adam, 'satu sama lain bermusuh'. Kamu akan duduk di bumi, akan beranak, bercucu, bercicit sampai jadi penghuni dunia sepenuhnya. Semua anak beranak Nabi Adam. Dan satu sama lain akan bertengkar.

Bila Allah tahu yang manusia ini perlu bergelut, Allah menurunkan nabi. Pihak Nabi, pihak yang benar. Pihak lawan nabi pihak yang tidak benar. Sebab itu, sejak Nabi Adam wujud, dia nabi sehingga kepada Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Muhammad, tidak pernah wujud manusia yang tidak bergaduh.

Tapi, bila wujud keadaan bergaduh, maka nabi di pihak yang benar. Kerana nabi bukan belajar di sekolah, bukan belajar di pondok, bukan dia buat kajian, tapi dia terima langsung dari Allah s.w.t. Apa sahaja yang Allah s.w.t kehendaki, akan diturunkan kepada nabi, tidak kira nabi mana pun. Ini kaedahnya.

Saya ulang sekali lagi, tiap- tiap manusia, ada fikiran sendiri. Wajah tidak sama. DNA tidak sama. Urat jari pun tidak sama. Ini adalah kaedah asas dan akan timbul fikiran yang berbeza dan berlainan.

Jadi Allah sudah tetapkan di dalam Al-Quran, "mana-mana umat yang dapat hidayat Aku, maka siapa yang ikut hidayat Aku, maka orang itu akan selamat". Hidayat Allah hanya dikurniakan kepada nabi.

Sekarang timbullah PAS dan Umno. Baru 50 tahun. Dulu semua sekali berada dalam Umno kerana ketika itu hanya ada satu sahaja parti iaitu Umno. Cikgu, orang kampung, tok guru, tok ayah, tok lebai, imam, makmum, raja, rakyat semuanya ahli Umno pada tahun 1946 sehinggalah 1951.

Sebab alim ulama', mereka mempunyai risalah. Mesej daripada nabi-nabi kerana mereka ini waris nabi; tidak kira Cina muslim ke? Melayu muslim ke? Orang Asli muslim ke? Dia mempunyai pendirian sendiri kerana mereka menyambung tugas Nabi Muhammad.

Pada tahun 1961, alim ulama' keluar Umno dan mereka tubuh Parti SeIslam Tanah Melayu, PAS. Mereka yakin jalan Umno salah. Dan saya sendiri yakin Umno salah. Bila salah berertinya tidak akan bertemu syurga yang jumpa hanya nerakalah. Bermula dari situ sehingga hari kiamat pun akan ada orang yang melawan golongan yang salah. Ini perintah daripada Allah.

Di sini timbul satu masalah. Pada pandangan orang Eropah, manusia ini tuan punya dunia. Contohnya, bila sebuah parti menang satu kawasan, mereka rasakan kawasan itu mereka yang punya. Ertinya, segala hasil kekayaan yang ada mereka sewenang-wenangnya bagi kepada siapa yang mereka mahu. Mereka rasuah, mereka bebas lakukan apa saja kerana mereka rasakan mereka telah menang kawasan itu dalam pilihanraya.

Itu pandangan orang yang lawan nabi. Nabi mengatakan dunia ini bukan kepunyaan kita, ia kepunyaan Allah, Kita hanya pengurus, yang dipanggil khalifah. Sebab itu DO hanya dilantik oleh kerajaan negeri untuk jaga sesuatu kawasan. Dia tidak boleh fikir dia berkuasa penuh. Dia hanya menerima pelantikan daripada kerajaan.

Kita cuma menerima pelantikan daripada Allah sebagai khalifah. Ini pandangan saya, Islam meletakkan manusia tidak mempunyai hak mutlak. Kerana hak mutlak ini kepunyaan Allah. Oleh yang demikian gerakan Islam seluruh dunia yakini bahawa kita manusia hanya pengurus. Sebab itu, orang yang berjaya mengurus ini, akhirat kelak mereka akan diupah, masuk syurga.

Kita dapat melihat aliran politik negara yang semakin menjurus ke arah Pakatan Rakyat. Bagaimanakah Datuk melihat perkara ini?

Dalam pilihanraya ke-12, rakyat menerima Pakatan Rakyat. Lima buah negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Di Kelantan, sebelum pilihanraya baru-baru ini, Umno mempunyai 22 buah kerusi; menggelonsor semuanya tinggal enam kerusi.

Sedangkan bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi menjanjikan pembangunan kepada Kelantan seperti cadangan membina jambatan yang kedua, laksanakan ECER (Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timor).

Saya bimbang juga, tapi sebutlah apa saja pembangunan, rakyat Kelantan faham bahawa pembangunan ini dapat dibuat oleh parti yang menguasai. Kalau parti A kuasai Kelantan, A lah yang buat pembangunan. Kalau A yang kuasai Kuala Lumpur, A lah yang buat pembangunan. Rakyat faham, Alhamdullillah.

Pembangunan bukan daripada duit parti. PAS ke; Umno ke; DAP ke. Pembangunan bukan dibuat daripada duit parti tapi duit rakyat yang kita kuasai. DAP kuasai negeri, DAP buat pembangunan. PAS kuasai negeri, PAS buat pembangunan. Umno kosong.

Sekarang Umno masih ada nyaris- nyaris di Kuala Lumpur, insyaAllah bila kita bagi penerangan yang jelas bahawa Umno melalui jalan yang salah bukan jalan nabi-nabi. Bila kita melalui jalan salah macam bila kita lalu jalan salah di Kuala Lumpur akan kena saman, kena kemalangan.

Saya telah hantar surat kepada Perdana Menteri, saya tanya dia dua perkara sahaja. Pertama, kerana apa tolak Islam? Keduanya, kenapa Umno lawan PAS? PAS ini terang-terang perlembagaannya Islam. PAS sudah pegang Kelantan 18 tahun. Saya buat macam Allah hendak. Yang Allah kata haram, saya haramkan. Yang boleh, saya bolehkan.

Apakah faktor yang menjadi penyatu dalam Pakatan Rakyat?

Sebagai orang PAS, saya sebut tadi, Umno melalui jalan salah. Mereka melalui jalan yang salah kerana mereka tak serupa dengan dasar nabi iaitu al-Quran dan hadis. Umno tolak. Umno buat rasuah. Rasuah ini bukan melibatkan orang kampung. Tapi pegawai- pegawai parti, ketua-ketua parti.

Sebelum pilihanraya ke-12, Umno buat mahkamah sesama ahlinya yang diketuai Tengku Ahmad Rithauddeen. Di situ terang-terang Umno terlibat dengan rasuah. Ini perbuatan jijik. Sebab kita cantas kebolehan orang lain dan kita bagi pada orang yang tidak berkenaan.

Ini Islam tidak boleh terima, PAS tidak boleh terima, saya fikir, komunis pun tidak boleh terima. Dan bila Umno tolak Islam, mahu tidak mahu mereka mesti akan terdedah pada rasuah. Sebab itu saya kata sokong PAS dapat pahala. Bagi saya, saya masuk pejabat seolah-olah saya masuk masjid.

Mampukah Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara? Ramai yang memperkatakan tentang kerjasama yang tidak mantap, masih berlaku perselisihan dan juga perbedaan pendapat. Bagaimana Datuk melihat isu ini?

Pakatan Rakyat masih setahun dua. Dulu PAS pun macam tu juga. Umno pun mula-mula kacau bilau jugak. Benda baru. Perlahan-lahan mantaplah. Semua kaedah Tuhan. Macam pokok, mula-mula tumbuh daun; dua tiga helai daun, sehingga besar. Masa mula-mula memang akan kena serang dengan cacing, semut, babi. Seperti juga manusia,. mula- mula lemah, nak bercakap tidak boleh,. boleh menangis je.



TVA

PM TOLAK BERDEBAT - UMNO/BN TOLAK ISLAM

PM tidak jawab surat, rakyat keliru perjuangan Umno - Nik Aziz

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mahu bersangka baik terhadap Dato' Seri Najib Razak yang belum menjawab surat pelawaannya untuk berdebat secara terbuka berkaitan perjuangan parti itu.

Menteri Besar berkata, walaupun surat yang dihantar pada 2 Julai lalu belum dijawab Perdana Menteri, namun beliau masih bersangka baik.

Beliau diminta mengulas kenyataan Najib yang tidak berminat untuk berdebat dengan pemimpin PAS.

Perdana Menteri semalam dilaporkan berkata, beliau tidak setuju dengan cara PAS yang suka memberi gambaran negatif terhadap Umno dan BN.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS bagaimanapun bertegas mahu debat diadakan kerana ia dapat menghuraikan segala permasaalahan terutama kekeliruan berlaku berhubung perjuangan Umno yang tersasar daripada kehendak Islam.

"Kerajaan Barisan Nasional mengutuk 'Ayah pin', Al-Arqam kerana ingin mengelakkan rakyat terlibat dengan perkara yang salah.

"Sekarang orang Islam sendiri menolak dasar Islam. Kita orang Islam ni wajib bersaksikan tiada Tuhan melainkan Allah, tapi malangnya, di samping kita ?bersaksi? kita tolak al-Quran dan mengambilnya hanya separuh-separuh," ujarnya.

Menurutnya juga Islam menganjurkan tiga cara menyeru manusia kembali kepada ajaran Islam iaitu mengajak dengan cara 'bilhikmah' seperti yang dibuat di Kelantan.

"Ketiga-tiganya saya dah buat, selesai dah kerja saya, bila Allah tanya saya kenapa kamu tak 'wajadilhum', saya akan menjawab nanti sudah menghantar surat, tetapi dia tak mahu, selesai dah kerja saya.

"Kita bersangka baik, dia tak jawab lagi, kalau dia tak nak jawab pun itu hak dia, waktu PAS minta lesen untuk mengadakan stesen radio sendiri daripada bekas Menteri Penerangan dahulu, Dato' Mohammad Rahmat langsung tak jawab surat kita.

"Ini bukan taraf kerajaan sebenarnya apabila enggan membalas surat, tetapi taraf gerombolan. Begitu juga hal sekarang ini tak jawab lagi, tapi saya masih bersangka baik, surat saya baru ni masih belum dijawab, saya ambil sikap positif dan bersangka baik," ujarnya.

Bagaimanapun tambahnya, sekiranya Perdana Menteri menolak berdebat sebagaimana yang dicadangkan, itu terpulang kepadanya.

Kata beliau mereka seperti berjalan dalam gelap kerana tidak menggunakan lampu yang diberi orang lain.


Sementara itu dalam perkembangan lain Menteri Besar mendesak kerajaan supaya memansuhkan Akta ISA seperti dilakukan Amerika yang menutup penjara Abu Gharib di Guantanamo Bay.

Menurut beliau Presiden Amerika, Barack Obama tidak sekejam Gorge Bush kerana mahu menutup penjara tersebut.

Begitu juga seharusnya dilakukan kerajaan Barisan Nasional perlu menghapuskan akta ISA.

Baru-baru ini beliau menerima kunjungan Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh di pejabatnya.

Oleh itu kata beliau bagi mengelakkan jenayah terus meningkat, kerajaan perlu meminda undang-undang jenayah yang lebih ketat dan bukannya menggunakan ISA sewenang-wenangnya.

Syed Ibrahim berkata,, sudah sampai masanya kerajaan mendengar rintihan rakyat khususnya keluarga mangsa tahanan ISA supaya menghapuskan akta tersebut.

"Sehubungan itu saya menyeru rakyat supaya datang berhimpun pada 1 Ogos ini untuk menyatakan pendirian terhadap akta yang zalim itu," ujarnya.

HarakahDaily

Polis Halang Kursus Skuad KEADILAN Sarawak

Oleh DZULKARNAIN TAIB

Polis Sarawak bertindak samseng dengan menyerbu sebuah rumah panjang untuk menyuraikan peserta kursus kewartawanan anjuran Skuad KEADILAN negeri itu.

Sepasukan lapan anggota polis menyerbu rumah panjang itu di Saratok, kira-kira 350 kilometer dari Kuching dan memaksa kesemua 37 peserta meninggalkan rumah panjang itu pada 4 Julai lalu.

Alasan diberi oleh polis ialah kursus kewartawanan itu tidak mempunyai permit.

Ketua Skuad KEADILAN Sarawak Jol-Jolhi Bee berkata beliau telah memohon untuk mendapatkan permit walaupun tidak perlu berbuat demikian kerana kursus itu adalah aktiviti parti yang diadakan dalam dewan tertutup.

"Seperti biasa kesemua permohonan yang dibuat pihak Skuad tidak akan diluluskan," kata beliau.


"Pihak Skuad merasa kesal dengan tindakan polis yang bertindak di luar batasan dan berat sebelah kerana sebelum ini Biro Tata Negara (BTN) anjuran Barisan Nasional menganjurkan kursus dan tidak memohon sebarang permit. Tidak ada pula serbuan polis bila ia membabitkan aktiviti BN," tambah beliau.

Bagaimanapun, tindakan keterlaluan polis itu tidak mematahkan semangat peserta yang berpindah ke lokasi lain di Saratok untuk menyambung kursus berkenaan.

"Ini telah menaikkan semangat mereka dengan memahami erti perjuangan apabila hamba-hamba BN bertindak sewenang-wenangnya menyalahguna kuasa mereka," jelas Jol-Jolhi.

Menurut beliau, pihak Skuad telah lima kali menangguh dan memindahkan program kursus ini kerana setiap kali pihak Skuad telah mengesahkan tempat dan tarikh, pihak BTN akan mengisi dewan dengan program anjuran mereka pada masa dan tempat yang sama.

Merujuk kepada sambutan penduduk terhadap KEADILAN di Saratok, Jol-Jolhi berkata kebanyakkan mereka menyedari bahawa mereka ditipu oleh Kerajaan BN sekian lama dengan pelbagai janji kosong.

Walaupun sudah 46 tahun merdeka dan bergabung dengan Semenanjung Malaysia, Sarawak masih mempunyai kawasan-kawasan luas yang tidak menikmati kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik.

"Contohnya, Kerajaan Negeri berjanji akan menyalurkan bekalan letrik kepada penduduk Saratok sebelum hari Gawai iaitu pada 1 Jun lalu, namun apa yang ada hanya tiang dan pendawaian sahaja, letriknya tidak disalurkan sehingga ke hari ini," kata beliau.

Banyak lagi janji palsu BN disini membuatkan penduduk rasa muak dan tertipu kerana Sarawak adalah antara negeri terkaya tetapi sebahagian besar rakyatnya terus dibelit kemiskinan.

TVA

Adun Sekinchan sambut cabaran Khir Toyo jadi ejen jual rumah mewahnya

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim Selasa menyahut cabaran bekas menteri besar Selangor Dato' Seri Dr Muhamad Khir Toyo untuk menjadi ejen hartanah bagi menjual rumah agam yang didakwa bernilai RM24 juta di Seksyen 7 di sini dengan komisyen 50 peratus.

"Hari ini, saya secara rasmi menerima tawaran untuk menjadi broker beliau. Berikan saya surat tawaran terbuka (untuk menjadi ejen), surat pemberian kuasa dan kunci-kunci rumah. Saya akan jual rumah itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini, seperti dilaporkan Bernama.


Ng mendakwa beliau sudah mempunyai empat pembeli berpotensi yang sanggup untuk membayar lebih daripada RM8 juta bagi rumah agam berkonsepkan Bali, yang menunjukkan tawaran sedemikian membuktikan bahawa ia bernilai lebih daripada RM3.5juta memandangkan para pembeli menawarkan sekali ganda jumlah tanpa melihat rumah agam itu.

Semalam, Dr Khir yang juga Adun Sungai Panjang menafikan bahawa rumah itu dan dua lot tanah seluas 0.5hektar itu berharga RM24 juta tetapi beliau membeli tanah itu termasuk banglo yang terletak di salah satu daripada tanah yang diperoleh melalui pinjaman dengan tempoh bayaran balik selama 30 tahun dengan bank HSBC tiga tahun lalu.

Beliau juga mencabar Ng untuk menjadi ejen hartanah dan menjual rumah agam dengan harga RM24 juta dan akan memberikan Ng komisyen 50 peratus.

Dr Khir dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan hari ini bahawa beliau bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ng atas dakwaan itu.

HarakahDaily