Wednesday, May 25, 2011

Tian Chua mahu cabar jika Parlimen lucut kerusinya

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang (gambar) menegaskan beliau tiada hasrat untuk membuat rayuan berhubung kesalahan menggigit anggota polis di Mahkamah Persekutuan meskipun berhadapan dengan kemungkinan hilang kerusinya di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun kata wakil rakyat PKR itu, beliau akan mengemukakan cabaran perundangan jika dilucutkan kelayakan sebagai ahli Parlimen kelak.

Wakil rakyat penggal pertama itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau telah menjangkakan mahkamah kemungkinan besar menolak sebarang rayuan yang berkaitan hukuman atas alasan-alasan teknikal sebagaimana diputuskan Mahkamah Rayuan Isnin lalu.

Beliau yang turut dikenali sebagai Tian Chua mengakui statusnya masih boleh dibangkitkan di Parlimen untuk perbahasan dan melihat pada kelebihan majoriti dimiliki, penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) masih boleh membawa usul untuk melucutkan kerusinya.

“Bagaimanapun jika mereka (BN) melakukannya, adalah jelas mereka mahu mengenakan saya, penggunaan majoriti dengan ketara untuk mengeluarkan saya (dari Parlimen),” katanya.

Kata Chua, jika itulah keadaan, beliau akan membawa isu itu ke Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan pengesahan mengenai keputusan Mahkamah Tinggi tahun lalu bahawa beliau masih boleh mengekalkan kerusinya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata pihaknya menyerahkan persoalan berkaitan dengan status Chua sebagai Ahli Parlimen Batu kepada Speaker Dewan Rakyat memandangkan tarikh akhir untuk mengadakan pilihan raya kecil sudah pun berakhir.

Menurut timbalan pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, hanya Speaker Dewan Rakyat ada kuasa untuk memutuskan perkara itu.

“Terpulang kepada Dewan Rakyat dan Speaker akan menentukan statusnya,” kata Wan Ahmad.

Pertengahan Jun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Chua, yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret berhubung tuduhan mencederakan anggota polis pada 2007 dan mengantikannya denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan.

Ketika itu, Pengerusi DAP Karpal Singh yang juga seorang peguam berkata, sebagai contoh, pada 1975 anggota Parlimen DAP Fan Yew Teng terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Menglembu setelah beliau dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 kerana disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan.

Karpal berkata mengikut Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan, seseorang ahli Parlimen akan hilang kelayakan serta-merta jika beliau tidak merayu mengenai keputusan mahkamah dalam tempoh 14 hari.

Oleh Clara Chooi TMI

SKANDAL SEKS AHLI PARLIMEN SABAH

UMNO yang dikatakan menjadi dalang dan heboh dengan Skandal Video Seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang terkejut dengan dakwaan seorang wanita yang mengakui mengandung anak hasil hubungan sulitnya setelah diperdaya seorang Ahli Parlimen daripada UMNO.

Wanita berkenaan menghubungi Sabahkini.net dan menunjukkan hasil DNA anaknya yang sama dengan profail DNA Lelaki 'S' iaitu seorang Ahli Parlimen UMNO daripada Sabah.

Sabahkini.net sedang mendapatkan pengesahan pihak yang mengeluarkan keputusan DNA tersebut dan Jabatan Pendaftaran Negara Sabah berhubung status anak wanita berkenaan yang dibinkan kepada seorang lelaki lain.

Dimaklumkan keluarga wanita terbabit telah membuat laporan polis tetapi kes berkenaan ditutup begitu sahaja kerana pengaruh Ahli Parlimen berkenaan.

MB Kedah tidak tanding naib, timbalan presiden PAS

Bagaimanapun beliau akan bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam muktamar kali ini dari 3 hingga 5 Jun.
ALOR SETAR : Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden mahupun Naib Presiden PAS pada muktamar PAS ke-57 bulan depan.

Setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Mohd Khalid, berkata ini adalah kerana Azizan ingin memberi sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Tanding AJK

“Bagaimanapun beliau akan bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam muktamar kali ini dari 3 hingga 5 Jun.

“Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pergerakan-pergerakan PAS kawasan yang telah mencalonkan beliau bagi jawatan terbabit,” katanya.

Azizan adalah antara yang menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden selain penyandang Nasharudin Mat Isa; Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Anggota Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

Dengan itu, pertandingan bagi jawatan nombor dua itu melibatkan Nasharuddin, Mohamad dan Tuan Ibrahim setelah Salahuddin dan Husam mengumumkan tidak akan bertanding.

- Bernama

FMT

PAS bersama Pakatan Rakyat : Harus tegas kerana pendirian, bukan kerana tekanan

Perkembangan pasca "tsunami politik" membawa PAS ke persimpangan jalan, dan halatuju masa depannya dijangka akan ditentukan dalam pemilihan pada tahun 2009. Mohamad Sabu dan Husam Musa yang berpendirian lebih tegas untuk menutup pintu rundingan bersama UMNO - akhirnya gagal menawan jawatan Timbalan Presiden, sungguhpun jumlah undi kedua-dua mereka melebihi penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa.

Kesudahan sedemikian mencungkil ramalan bahawa isu "kerjasama UMNO-PAS" atas nama perpaduan umat Islam akan terus menghantui PAS, malah PAS mungkin mengalami retakan dalaman berikutan isu ini. Bagaimanapun, isu ini akhirnya berjaya dimatikan dalam Seminar Politik PAS, selepas Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat secara terbuka menyelar beberapa pemimpin yang "tak habis-habis nak bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan perpaduan".

Untuk berlaku adil kepada Presiden PAS, beliau sebenarnya telah berulang-kali menegaskan pendirian PAS untuk bersama Pakatan Rakyat selepas "Seminar Politik" tersebut. Bagaimanapun, "ketegasan" Abdul Hadi Awang tetap tidak meyakinkan sesetengah orang - misalnya Profesor Abdul Aziz Bari yang masih menuding jari terhadap kelemahan pimpinannya.

Tegas kerana terpaksa tegas?

Pemerhatian ini dilontarkan kepada Mohamad Sabu, calon Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan yang bakal berlangsung pada Jun 2011, disusuli dengan persoalan mengapa keadaan ini berlanjutan. Beliau tidak menyanggah pemerhatian tersebut, sambil berkata, "Dia satu, tegas kerana pendirian kita. Satu lagi tegas (kerana) terpaksa tegas kerana kehendak orang ramai. Kita mahu tegas di sudut pendirian, bukan tegas kerana terpaksa tegas."

"Kita kata kita bersama Pakatan Rakyat. Bukan soal Anwar ada atau tak ada; Nik Aziz ada atau tidak ada. Sebab manusia boleh datang dan pergi. Sama ada keluar parti, meninggal dunia... sebab tu kita kena tegaskan dengan Pakatan Rakyat. Bukan the person, tapi parti. Gobalakrishnan pun dah pergi, Ezam..." kata Mat Sabu (gambar kanan).

Beliau yang lebih terkenal dengan panggilan Mat Sabu berkata sedemikian dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 12 Mei 2011, di Hotel Armada Petaling Jaya.

Jawapan Mat Sabu mengisyaratkan bahawa wujudnya pandangan berbeza dalam isu kerjasama antara PAS dengan gandingan parti politik yang berbeza. Dan beliau tanpa berselindung untuk mengaku bahawa dirinya bersama sekumpulan rakan perjuangan dalam PAS berpendirian untuk bersama Pakatan Rakyat buat masa kini, agar membentuk formula politik baru untuk Malaysia.

Dari sebermulanya, Mat Sabu enggan mengulas kelemahan atau kelebihan "lawan"-nya, meskipun berkali-kali diaju dengan soalan untuk menilai saf pimpinan asal. Beliau berkata, "Apa yang penting ialah apa yang saya nak buat bila saya dipilih nanti."

PAS kurang agresif

"Saya nampak bila kita sebagai parti yang tidak memerintah, ia mesti bersifat agresif. Bukan radikal, (tapi) agresif. Saya melihat Keadilan (PKR), partinya tidak sekuat mana. Tetapi dia lebih agresif dari segi menyatakan sesuatu isu, misalnya isu rasuah, penyelewengan, nampak lebih ke depan...sedangkan ahli dan kekuatan mereka tidak seberapa..."

Beliau menambah, "Tapi Parti Islam, ia lebih ramai ahli, dan lebih established, organisasinya mantap, tetapi untuk nak eksploitkan orang ramai menyokong parti itu, perlu dipertingkatkan. Itu yang saya nampak ruang yang saya boleh mainkan peranan di sini."

Mat Sabu secara terang-terang menolak perjuangan radikal, misalnya mengangkat senjata; tetapi dari segi tindakan, beliau berpandangan bahawa pimpinan harus lebih progresif dan proaktif. Wartawan menyusul dengan soalan sama ada inilah yang kurang dalam pimpinan yang sedia ada, Mat Sabu menjawab, "Ya."

"Misalnya corruption (rasuah), penyalahgunaan ISA, penyalahgunaan Akta Cetak dan sebagainya, kita nampak parti lain dan pertubuhan lain lebih terkehadapan, sedangkan kita lebih berupaya..." katanya.

Mat Sabu jelas bahawa PAS tidak akan menang dalam pilihan raya hanya dengan sokongan ahli partinya, tetapi sokongan orang ramai yang menjangkau kaum Cina, India, dan suku kaum di Sabah dan Sarawak. Pemidato popular ini yakin bahawa dirinya "ada sedikit keupayaan untuk mendamping mereka", barangkali latar belakangnya yang lahir di Pantai Barat, iaitu Pulau Pinang, dan hidup bersama komuniti bukan Melayu, katanya. Lebih-lebih lagi, persahabatan yang terjalin antara pemimpin DAP misalnya Lim Guan Eng, Karpal Singh dan lain-lain, ketika mereka ditahan bersama di bawah ISA dalam Operasi Lalang pada tahun 1987.

Mat Sabu berterus-terang bahawa PAS perlu bergerak bersama orang-orang bukan Melayu yang tidak menyokong MCA dan BN, seandainya "berangan-angan untuk memerintah Malaysia". Beliau mendakwa bahawa masyarakat Tionghua lebih gelisah dan sensitif dengan isu hak asasi, rasuah dan sebaginya, berbanding masyarakat Melayu.

Padahalnya, pendekatan untuk menjangkau komuniti bukan Melayu/Islam terbukti strategi yang berjaya, sebagaimana apa yang berlaku dalam "tsunami politik" 2008. Menurut analisa Mat Sabu, antara faktor yang mencetuskan "tsunami politik" adalah perhimpunan BERSIH dan HINDRAF. Mat Sabu mendakwa bahawa dirinya bersama beberapa rakan dalam PAS antara yang cuba meyakinkan pimpinan lain untuk turut serta dalam perhimpunan tersebut.

Ketika ditanya apakah kekhuatiran yang membelenggu sesetengah pimpinan dalam PAS yang enggan menyertai, Mat Sabu berkata, "Mereka, setengahnya menganggap bahawa Cina dan India ini selamanya tidak boleh terima Parti Islam. Kita kata, pernahkah kita berdamping dengan mereka, bercakap, berdialog berterus-terang? Lalu benda-benda seperti ini, kami, sekumpulan mainkan peranan sehingga parti menjadi begini sekarang."

Isu Negara Kristian : Usaha Utusan yang cukup jahat

Sungguhpun demikian, "keghairahan" selepas "tsunami politik" kelihatan tidak bertahan lama. Tsunami berlaku di bandar dan airnya tersekat di luar bandar. Malah beberapa PRK kebelakangan ini, yang kebetulan berlaku di kawasan luar bandar - mungkin sedikit sebanyak melemahkan semangat Pakatan Rakyat. Mat Sabu mengingatkan, padahal pembangkang agak sukar menang dalam PRK mengikut pengalaman lalu, kerana terpaksa melawan dengan jentera negara, yang kini semakin "terang-terang" disalahgunakan.

Apabila wartawan membangkitkan bahawa PR pun pernah menang dalam beberapa PRK yang awal selepas PRU 12, menyusul dengan pertanyaan sama ada ia tanda "lunturnya semangat PR", sambil senyum Mat Sabu menjawab, "Itu yang saya cuba, nak menaikkan semula!"

Beliau mengupas perbezaan antara pola pengundian masyarakat Cina di bandar dengan masyarakat Melayu di kampung. Untuk Mat Sabu, gula yang ditaburkan memberi kesan kepada penduduk kampung, sungguhpun PAS terkenal untuk mengingatkan pengundi agar tetap undi PAS walaupun menerima kebaikan daripada UMNO-BN. "Sikit (orang) yang ambil (kebaikan) tapi tak balas budi," katanya.

"Masyarakat Tionghua ini sejak awal dulu dia masyarakat yang independent (berdikari). Dia tak bergantung kepada subsidi, dia tak bergantung kepada... Tak kan you nak bagi orang di Petaling Jaya 50 ringgit untuk undi dia? Jadi berlainan. Tapi saya yakin kalau sekarang berlaku pilihan raya, undi Melayu akan melonjak..."

Bagaimanapun, pemimpin yang kerap berceramah di peringkat akar umbi mengakui bahawa serangan UMNO-BN cukup berbisa, dan perlu ditangani dengan baik. Misalnya, beliau menganggap "isu negara kristian" yang ditimbulkan Utusan Malaysia baru-baru ini sebagai "usaha yang cukup jahat", kerana ia menimbulkan kegelisahan di kalangan Melayu/Muslim. "Orang kampung tak tahu yang nak tubuh negara kristian tu memerlukan majoriti dua pertiga dalam parlimen," katanya, sambil menambah bahawa pihak Pakatan memerlukan beberapa minggu untuk "cover-balik" (menangkis dengan baik) isu yang ditimbulkan ini.

Beliau turut menyifatkan bahawa BN "tersepit sungguh" untuk memainkan isu sebegini, kerana UMNO sedar bahawa gandingan PAS, PKR dan DAP boleh menjurus kepada pertukaran kerajaan. "PAS kalau berpisah dengan DAP, BN akan memerintah selama-lamanya," katanya, menambah bahawa ini adalah soal perkiraan matematik yang mudah.

Tidak bercita-cita untuk jadi Presiden

Ketika ditanya MerdekaReview, Mat Sabu secara terus-terang mendakwa bahawa dirinya tidak berniat untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi, iaitu Presiden, pada masa depan - setelah menilai keupayaan diri. Beliau sekadar mahu menyumbang tenaganya selaku Timbalan Presiden, seandainya direstui perwakilan dalam pemilihan parti akan datang.

Bagaimanapun beliau enggan menamakan calon yang sesuai untuk jawatan Presiden selepas Abdul Hadi Awang, cuma yakin bahawa ada orang yang lebih layak.

Mat Sabu bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden pada tahun 2009, memperolehi 261 undi, berbanding Nasharuddin Mat Isa (480 undi) dan Husam Musa (281 undi). Kali ini, Mat Sabu diberi laluan oleh Husam Musa, memperolehi pencalonan yang tertinggi untuk jawatan Timbalan Presiden. Beliau berdepan dengan dua orang pesaing yang sudah mengumumkan kesediaan bertanding, iaitu Nasharuddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man. (Bahagian kedua, tamat)


*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.
Lim Hong Siang

ADUN Teja YB Chang Lih Kang di Tualang Sekah, Kampar (20.05.2011)

Buku Jingga, satu manifesto yang dapat dilaksanakan!


Fitnah II adalah konspirasi politik!


Pegawai SPRM "bukan saya, orang saya" yang bunuh Ahmad Sarbani!


JomUbahMsia

PR berangan takluk 10 kerusi Parlimen Sarawak

Mohamad Sabu (tengah) bergambar bersama mangsa kebakaran di Pujut Corner selepas menyampaikan bantuan.
MIRI – Pakatan Rakyat (PR) memasang angan-angan mahu memenangi sekurang-kurangnya sepuluh kerusi Parlimen di Sarawak dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ahli Jawatankuasa Kerja Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat, Mohamad Sabu berkata, parti akan melancarkan Buku Jingga PR yang antara lain mensasarkan 10 kerusi Parlimen di Sarawak untuk membolehkan PR menakluki Putrajaya.

“Kita mesti menang sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di Sarawak dan 10 lagi di Sabah. Antaranya Parlimen Miri, Baram dan Sibuti,” katanya berucap pada majlis makan tengah hari di sebuah premis di Pusat Komersil Saberkas hari ini.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu berkata, parti kini tidak boleh bergoyang kaki memandangkan banyak persiapan yang dilakukan bagi menghadapi PRU-13.

“Nampaknya, kita semua tak boleh rehat sebab selepas pilihan raya negeri akan ada pilihan raya yang lebih besar iaitu PRU-13. Ada yang cakap Julai, November dan awal tahun hadapan, maksudnya ia akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya yang akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden PAS tidak lama lagi.

Hadir sama pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Senadin, Lim Su Kien, Ketua PAS Miri, Jofrie Jaraiee.

Mat Sabu dan rombongan kemudian melawat tapak tandas awam berhampiran Pusat Komersil Saberkas selain menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Pujut Corner.

Oleh Hazel Lee SarawakUpdate

Tandas berharga RM140 ribu timbulkan keraguan

MIRI – Sebuah tandas awam yang dibina atas tanah kerajaan berharga RM140,000, di Pusat Komersial Saberkas menimbulkan keraguan kerana kos itu mampu untuk mendirikan sebuah banglo.

Pengerusi DAP Senadin, Lim Su Kien berkata, dia terkejut dengan pendedahan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan semalam yang melaporkan tandas yang masih dalam kerja-kerja pembinaan menelan kos sebanyak RM140,000.

“Kos projek itu didedahkan oleh kontraktor tersebut di akhbar tersebut sehingga saya tergerak untuk melihat tandas tersebut. Namun saya dapati, kos itu terlalu tinggi dan tidak berbaloi untuk sebuah tandas,” katanya semasa makan tengah hari bersama PAS di sini hari ini.

Su Kien menambah, difahamkan tandas tersebut yang dibina bersebelahan pasar malam Saberkas itu berkonsepkan tandas hijau dan mesra alam.

“Saya berpendapat, kos projek itu kurang daripada RM100 ribu, apatah lagi ia dibina di atas tanah kerajaan.”

“Justeru, saya mahu penjelasan dan ketelusan daripada Datuk Bandar Miri, Lawrence Lai dan Majlis Bandaraya Miri mengenai kos sebenar dan siapa kontraktor. Warga Miri berhak untuk tahu kerana mereka adalah pembayar cukai pintu,” tegasnya.

Sementara itu, Su Kien dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mohamad Sabu turut meninjau projek pembinaan tandas awam tersebut yang kini masih dalam pembinaan.

Anwar's 'gut feeling' in sodomy trial outcome

INTERVIEW PKR's fire-and-brimstone speeches may give the impression that the party does not hold the judiciary in high regard.
But when it comes to his own court case, PKR de facto leader Anwar Ibrahim is remarkably optimistic.

Asked if he believes that he will be convicted of sodomy, he said, without missing a beat: "There is no reason for them to."

UMNO BN Perkuda Eskay Serang Anwar


SHAH ALAM 24 MEI : Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menganggap temuramah salah seorang trio 'Datuk T', Datuk Syazryl Eskay Abdullah sebagai 'kuda tunggangan' UMNO BN yang digunakan bagi tujuan memfitnah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah menurut Johari, temuramah ekslusif Eskay yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sebagai tidak benar dan bercanggahan dengan fakta. Johari turut menegaskan PKR akan mendedahkan kepincangan Eskay tidak lama lagi.

"Kena tanya orang Kedah siapa dia Eskay yang kami kenal. Kami tahu habuan yang dia dapat mungkin dari bekas Perdana Menteri, Mahathir. Kami juga tahu cara dia berniaga, yang akan didedah dalam sedikit masa lagi. Bagi saya UMNO BN gunakan Eskay sebagai kuda tunggangan mereka," katanya.

Eskay sebelum ini ditemani bekas Menteri Besar Melaka, Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim, mengangkat sumpah 'laknat' di Masjid Amru Al-As pada 29 April lalu kononnya beliau dan Anwar terlibat dalam skandal seks seperti mana yang didedahkan mereka 21 Mac lalu.

Walaubagaimanapun, Rahim dan Shuib tidak membuat sumpah laknat.
Utusan hari ini, muka surat 12, menyiarkan temuramah ekslusif mereka dengan Eskay yang digambarkan sebagai seorang yang mesra dan berakhlak mulia malah digambarkan sebagai hero.

Menurut temuramah tersebut, Eskay yang menjadi Konsul Kehormat Diraja Thailand dikatakan terlibat dan bertanggungjawab dalam memeterai Peta Keamanan (Peace Road Map) melibatkan semua wakil puak pemisah di bawah naungan organisasi yang dinamakan BERSATU termasuk pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO), Gerakan Mujahiden Islam Pattani (GMP) dan Barisan Revolusi Nasional-Kongres (BRN).

Namun Johari yang juga bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Pusat menegaskan, apa yang terpapar diruangan Rencana itu tidak benar sama sekali.

"Dalam hal-hal keselamatan seperti ini, kita tak gunakan konsul, Konsul general kehormat dan konsul general berbeza. (Eskay) konsul Langkawi sahaja, bukan Malaysia. Fungsi Konsul General Kehormat adalah berkaitan pelancongan, kebudayaan dan sewaktu dengan itu.

"Ini bukan peranan Konsul General Terhormat. Ini peranan yang dimainkan Majlis Keselamatan Negara, Polis, Tentera dan lain-lain. Saya yakin mereka yang terlibat turun akan berdiam diri kerana perkara ini 'Top Secret' (Rahsia Sulit) Kerajaan," tambah Johari.
Menurut Johari fungsi Eskay hanyalah seperti 'Pengurus Acara' atau Pemandu Pelancong semata.

"Saya yakin, kalau ada Menteri-menteri atau VIP ingin ke Thailand Datuk Eskay boleh jadi 'tour guide' tapi terlibat dalam hal seperti ini...seperti saya kata, saya bekas Pegawai Tinggi kerajaan," kata Johari lagi.

Justeru, Johari mencabar Eskay yang menyatakan Anwar ke Thailand dengannya secara berseorangan menjelaskan dengan terperinci tarikh kedatangan Anwar ke Thailand jika benar semua tuduhan sebelum ini.

"Saya nak cabar Eskay, beritahu bila tarikh Anwar ke Thailand. Sebab dia kata Anwar pergi sendirian. Sedangkan saya tahu tujuan Anwar ke Thailand dan dengan siapa dia pergi dan apa yang dia bincangkan. Dia tak akan pergi sorang," kata Johari.

Ditulis oleh Ayie tvsnews
TVSelangor09

DAP : Merger with Snap 'looks positive'

DAP and Sarawak National Party (Snap) representatives concluded their first rounds of talks last week on a possible merger.

Sarawak DAP chief Wong Ho Leng said during the meeting, both parties discussed avenues for cooperation and "mechanics of the merger".

malaysiakini

DAP launches Malay portal Roketkini

In an attempt to bolster its image as an all inclusive party and shed its Chinese-centric tag, DAP launched its Malay-language web-portal, Roketkini, today.

The portal, which focuses on daily news and analysis, is particularly aimed at drawing support from the Malay electorate, often described as being antagonistic toward the DAP.

malaysiakini

Sarawak kicks out activist Ong BK

He says the deportation order must have come from politicians who “don’t like their vote buying and abuses of power being exposed by MEO-Net”.
KUALA LUMPUR : Sarawak immigration officers caught up with political activist Ong BK in Bengoh today and ordered him out of the state.

Ong, a coordinator of the Malaysian Election Observers Network (MEO-Net), entered Sarawak through Bintulu on May 21 with no difficulties, but 10 officers stopped him at the Bengoh Dam security post this morning and escorted him to the immigration office in Pending.

MEO-Net says he was in Sarawak to expose what the group alleges are infringements and malpractices in the recent state election.

MEO-Net was formed in 2009 to coordinate civil society work on voter education, democracy education, election observation and voter registration.

“They didn’t arrest me,” said Ong. “They didn’t specify what my offence was or which section of the law the deportation was under.”

He suggested that he was being deported because “some politicians don’t like me—politicians who don’t like their vote buying and abuses of power being exposed by MEO-Net.”

Ong is currently in the Pending immigration office, waiting for the details of his flight home to be confirmed.

He is scheduled to be flown back to Kuala Lumpur tonight. The other two members of his team are still in Sarawak.


Tashny Sukumaran FMT

Husam tanding Naib Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 24 Mei : Datuk Husam Musa mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar tahunan kali ini.

“Atas perkembangan dalam dan luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri mengumumkan untuk menerima pencalonan bagi jawatan naib presiden.

“Kepada Allah saya bertawakkal dan bimbingan pimpinan dan ahli sangat saya harapkan kerana tanggungjawab dan tugas kepimpinan bagi parti Islam adalah berat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan pada mulanya hanya bercadang untuk bertanding untuk AJK Pusat sahaja.

Namun, katanya dengan perkembangan terbaru di mana Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan sikap mutakhirnya menawarkan diri untuk jawatan lebih tinggi, beliau terpaksa menimbangkan semula pendirian berpandukan pandangan kawasan-kawasan.

Sehingga kini, sudah empat termasuk Husam mengesahkan bertanding naib presiden. Yang lain adalah Ustaz Idris Ahmad yang paling awal membuat pengesahan, kemudian Salahudin Ayub, lepas itu Datuk Mahfuz Omar.

Datuk Seri Nizar Jamaludin juga difahamkan akan bertanding jawatan ini namun hingga kini Harakahdaily belum mendapat pengsahan dari beliau.

Dengan kelima-lima calon ini, sudah pasti pemilihan naib presiden PAS kali ini amat meriah. Yang belum membuat pengesahan ada;ah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Dr Mujahid Yusof dan Mazlan Aliman mengumumkan akan bertanding AJK sahaja.

Tarikh tutup pengesahan untuk jawatan ini adalah 26 Mei ini manakala calon yang akan bertanding akan diumumkan 27 Mei.

Tuan Ibrahim Ubah Fikiran, Sah Tanding Timbalan Presiden PAS

Saingan timbalan presiden kian hangat, Tuan Ibrahim sah bertanding

Tuan Ibrahim tanding timbalan presiden PAS


Harakahdaily