Thursday, January 21, 2010

PKR SIASAT DESAS DESUS PERLETAKAN JAWATAN 13 AJK




tvSelangor

Khalid mahu kepimpinan Jais, Mais dirombak

“Ya, mereka perlu ditukar, Mais dan Jais patut berada di bawah kepimpinan yang mempunyai latar belakang agama, jadi mereka boleh selesaikan masalah-masalah yang timbul,”

SHAH ALAM, Jan 21 — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) mahu kepimpinan dua institusi agama di Selangor — Jais dan Mais — dirombak selaras dengan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat agar isu-isu semasa menyentuh umat Islam di negeri itu dapat ditangani dengan harmoni.

Wakil rakyat PAS itu berkata, ke arah penilaian kembali sesuatu pendirian dan pendekatan, beliau berkeyakinan masanya telah tiba untuk “ulama-ulama” yang selama ini dipinggirkan oleh pentadbiran lama atas sebab kepentingan politik mereka, diberi peluang dan kedudukan yang sewajarnya dalam institusi keagamaan negeri Selangor dengan naiknya pentadbiran baru.

“Mungkin dengan itu akan ditangani semua persoalan dengan lebih baik dan bertanggungjawab,” kata beliau di sini hari ini.

Sambil menjelaskan kepimpinan semasa kedua-dua Jais dan Mais dilantik oleh pentadbiran lama pimpinan Umno-BN yang memerintah sehingga Mac 2008, “mereka tidak gembira dan tidak memberikan kerjasama penuh kepada pentadbiran semasa.”

“Mereka bertindak dengan bebas,” kata beliau kepimpinan kedua-dua agensi itu bercanggah pendirian dengan kerajaan negeri.

Oleh kerana mereka tidak memberikan kerjasama yang baik, tegas Khalid, kepimpinan Jais dan Mais perlu diubah.

“Ya, mereka perlu ditukar, Mais dan Jais patut berada di bawah kepimpinan yang mempunyai latar belakang agama, jadi mereka boleh selesaikan masalah-masalah yang timbul,” katanya.

Ini bukan kali pertama Khalid, bekas timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor “bertembung” dengan Jais dan Mais dalam banyak isu.

Khamis lalu, Jais meminta Khalid supaya tidak mempertikaikan pendirian dan arahan pihaknya dan juga Mais berhubung isu penggunaan kalimah “Allah”.

MENYUSUL LAGI

Bubar Dun : 10 ribu Pemuda PAS Perak bersedia

"Ayuh pemuda bersama kami gerakkan kawan, sahabat dan rakan anda untuk hadir demi menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS cintakan demokrasi. Kita minta hadir bersama dengan memakai baju berwarna hijau sebagai simbolik kepada PAS yang kita dokongi ini,"

Nazri Abdullah

IPOH, 21 Jan : Satu Himpunan 10 ribu Pemuda PAS Perak (HEMPAP) akan diadakan pada 31 Januari ini sebagai persiapan dewan itu menggerakkan jentera mereka berdepan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak pada bila-bila masa.

Pemangku Ketua Pemuda Pas Perak, Nur Amin berkata selain bagi menyatakan kesediaan dewan itu berdepan Pilihan Raya Negeri, ianya juga sebagai bukti jentera pemuda Pas negeri itu bersedia berdepan Umno Barisan Nasional.

"Program julung kali ini diadakan bagi menyatakan kesediaan Pemuda PAS Perak terhadap Pembubaran Dun Perak pada bila-bila masa.

"Kita yakin dengan program tersebut, pemuda PAS bersedia berdepan Umno BN dalam pilihanraya ini," katanya di pejabat Pemuda PAS negeri hari ini.

Program sehari tersebut akan berlangsung di Darul Taklim Kubu Gajah, di Selama, Larut dan akan dirasmikan Pesuruhjaya PAS negeri Ustaz Abu Bakar Hussin.

Turut akan dilancarkan pada program tersebut adalah baju khas jentera pilihanraya Perak oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan.

Antara pimpinan yang akan memberi ucapan pula termasuk Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan dua Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Antara menarik pada program berkenaan termasuk persembahan nasyid, pertunjukan pentas, gerai pameran dan jualan serta program derma darah.

"Ayuh pemuda bersama kami gerakkan kawan, sahabat dan rakan anda untuk hadir demi menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS cintakan demokrasi.

"Kita minta hadir bersama dengan memakai baju berwarna hijau sebagai simbolik kepada PAS yang kita dokongi ini," katanya.

Harakahdaily

Penduduk 'Demo' Bantah 'Judi Haram'

- Setelah pihak berkuasa gagal mengambil tindakan

KUALA NERUS – Lebih 100 orang penduduk sekitar Kampung Batu Enam dekat sini telah keluar ke jalanraya dan menyatakan bantahan mereka terhadap dua buah kedai yang menjalankan operasi menjual ‘judi haram’.

Mereka telah berdiri dihadapan kedua-dua kedai 'ekor haram' yang terletak berhampiran jambatan Buluh Gading, setelah laporan dan makluman mereka kepada pihak berkuasa gagal menyekat operasi kedai tersebut.



Bantahan yang bermula jam 5.30 petang (hari ini) 20 Januari, 2010, berakhir sejam kemudian, dengan keadaan aman.


Menurut jurucakap kumpulan tersebut, Mustafa Ismail, 49, penduduk telah membuat laporan ke pejabat Agama, namun pejabat Agama dikatakan gagal untuk mengambil tindakan kerana tidak cukup bukti.

"Kegiatan tidak disenangi ini sudah lama berlaku, dalam 3 atau 4 tahun kebelakangan ini, laporan kepada pejabat Ugama sudah dibuat, makluman kepada polis juga sudah dibuat,

"Pejabat Agama tak boleh berbuat apa-apa kerana katanya tak ada kertas atau slip, bukti pembelian 'ekor haram',"ujarnya ketika ditemui selepas Demo tersebut.

Beliau berkata kegiatan menjual judi itu dijalankan di dua buah kedai bertentangan berhampiran Jambatan Buluh Gading.

Katanya, wakil penduduk Harun Ismail telah memberi amaran terakhir kepada pengendali 'haram' tersebut, supaya menghentikan kegiatan, ataupun menghadapi risiko diusir dari kawasan berkenaan

"Sebuah kedai menjual ikan hiasan, makanan ikan dan alatan memancing. Dan sebuah lagi tidak menjual apa-apa (untuk melindungi) cuma menjual 'ekor haram' itu, dulunya sebuah kedai basikal,"jelas Mustafa yang juga Pengerusi Persatuan Penjaja-penjaja Melayu Kuala Nerus.

Justeru, beliau berharap dengan tindakan orang-orang kampung tersebut akan mmberikan kesedaran kepada kedua-dua pengendali judi haram itu supaya menghentikan kegiatannya.

Tunggu Berita selanjutnya>>

DS Anwar Ibrahim absent : Trial on Feb 2

PUTRAJAYA - The Federal Court has scheduled Anwar Ibrahim's sodomy trial to begin Feb 2, and is considering his appeal requesting the prosecution to provide documents and evidence ahead of the trial.




malaysianmirror

Khalid : We are in good position




malaysiakini

Pakatan losing Malay support in Perak

The Malay electorate, particularly in rural areas, is becoming disenchanted with the coalition, concedes ousted Perak MB Nizar.




malaysiakini