Thursday, October 7, 2010

Kickdafella may run for Barisan

GEORGE TOWN : Controversial blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz, better known as Kickdefella, is among the names that have cropped up as potential Barisan Nasional candidates.

A former officer with the Kelantan Mentri Besar Incor­porated Sdn Bhd, Syed Azidi – who was once perceived to be a close associate of Kelantan PAS Deputy Commissioner II Datuk Husam Musa – had a much-publicised fallout with PAS last year.

His political leanings remains uncertain now, but in recent postings he has been critical of PAS.

When contacted, Syed Azidi, 40, said the choice was left entirely to Kelantan prince Tengku Razaleigh Hamzah, who reportedly accepted the role of the Barisan by-election machinery director.

But the Kelantanese filmmaker said it was not necessary for a full-time politician to be selected to contest in the by-election.

Other than Syed Azidi, Umno insiders said the heads of the party’s Gua Musang Wanita and Youth wings Datuk Wan Hazani Mohd Nor and Bazlan Baharuddin were also keen to contest.

For PAS, the party’s Gua Musang area deputy head Dr Zulkifli Mohamed – a doctor – is said to be among the contenders.

He had previously challenged Tengku Razaleigh for the Gua Musang parliamentary seat.

Bakal haji disaran doakan calon PAS menang

KOTA BHARU, 7 Okt : Bakal-bakal haji khususnya pengundi Dun Galas disaran memohon doa untuk kemenangan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Galas pada 4 November ini sebaik sahaja tiba di tanah suci.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, ketika membuat gesaan itu seterusnya berkata, semoga dengan doa restu bakal-bakal haji, Allah akan membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat yang bakal bertanding.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan 50 orang bakal haji yang akan menunaikan ibadat haji tahun ini di Pejabat PAS Berek 12, di sini semalam.

Menurut Rohani lagi, walaupun belum mengerjakan ibadat haji, namun tidak menjadi kesalahan untuk berdoa kemenangan calon yang bakal bertanding, di samping untuk mengekalkan kemenangan yang akan datang.

“Untuk kemenangan Islam dan keamanan seluruhnya marilah sama-sama kita berdoa untuk kemenangan Islam,” ujarnya.

Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS negeri ketika ditemui turut menyeru golongan muslimat di seluruh kawasan dalam negeri ini turun ke bawah dengan perancangan rapi bagi membantu kemenangan calon PAS yang bakal bertanding.

“Pilihan raya kecil Dun Galas perlu dipertahankan demi untuk kesinambungan perjuangan yang seterusnya,” ujarnya.

Tegasnya, muslimat perlu mempersiapkan diri masing-masing untuk menghadapi tentangan lawan.

“Apa yang penting berhadapan dengan lawan dengan cara yang sihat serta berfakta dan bukannya dakyah sebagaimana mereka,” ujarnya.

Harakahdaily

PAS tentang UMNO, bukan Ku Li

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan parti itu tidak menentang secara individu dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sekiranya diletak sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas menentang UMNO yang menolak Islam sebagai asas perjuangan dan parti itu berhak meletak sesiapa sahaja sebagai calon pada pilihan raya kecil itu.

Nik Abdul Aziz berkata, walaupun Tengku Razaleigh memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri dalam memperjuangan isu royalti minyak namun Pas tidak akan memberi laluan mudah sekiranya beliau bertanding kelak.

“Kita tetap lawan (walaupun Ku Li dicalonkan), kita lawan UMNO ni bukan batang tubuh, tetapi lawan parti yang menggunakan prinsip agama lain dan politik lain, ini bahaya,” katanya ketika ditemui di Majlis Aidilfitri 8 Briged di sini, semalam.

Tengku Razaleigh, yang sebelum ini dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya BN, disebut-sebut sebagai calon paling sesuai bertanding di Galas dan perkara itu mendapat reaksi positif daripada Timbalan Pengerusi UMNO dan Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz mempertahankan kenyataannya bahawa Tengku Razaleigh tidak layak bertanding di kawasan tersebut kerana sudah mempunyai status yang besar dalam kerajaan sebelum ini.

“Ku Li pernah jadi Ketua UMNO Kelantan. Masa itu sepatutnya layak letak calon, tetapi dia tak buat. Mungkin dia tak mahu, siapa boleh sekat (hasratnya) kerana beliau menjadi ketua perhubungan ketika itu? Sebab itu saya kata kerusi itu memang bukan taraf Ku Li,” katanya.

Mengulas mengenai tarikh penamaan calon yang ditetapkan pada 26 Oktober dan 4 November sebagai tarikh pembuangan undi, Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak bermasalah, malah bersedia bertanding dengan menurunkan calon yang berwibawa.

“Calon memang ada dan setakat ini makin ramai yang layak, kerana tunjuk secara fizikal dan praktikal (kebaikan) di Kelantan, usahkan orang Melayu, masyarakat Cina dan India juga tertarik. Saya yakin orang bukan Islam juga akan memberi sokongan penuh kepada Pas,” katanya.

PAS sedia pilih Orang Asli calon di Galas jika sesuai : Husam

KOTA BAHARU - Pas sedia memilih calon daripada kalangan Orang Asli untuk bertanding dalam pilihan raya termasuk pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini, kata Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa.

Katanya, ini tidak mustahil jika ada calon yang sesuai dan setelah diambil kira komitmen masyarakat Orang Asli terhadap Pas.

"Kita tidak menolak kemungkinan boleh memilih masyarakat Orang Asli sebagai calon, memandangkan mereka sudah mula menunjukkan minat dalam politik dan sikap mereka yang mula menerima arus pembangunan sebagaimana masyarakat moden," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan ketua masyarakat Orang Asli dari Galas, Pandak a/l Panjang Ey bahawa pihaknya mempunyai jentera gerak gempur parti sendiri untuk membantu kempen pilihan raya itu dan tidak mahu parti politik mengganggu dan masuk berkempen di kawasan penempatan Orang Asli.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS pada 27 September lalu.

Husam berkata, sikap terbuka Pas menerima calon dari semua pihak dalam menghadapi pilihan raya selaras dengan dasar parti itu untuk semua.

SH

Semua petugas PAS, Pakatan dikerah ke Galas - Hadi Awang

KUALA LUMPUR (Harakahdaily) - Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua ahli dan petugas PAS, serta seluruh petugas Pakatan Rakyat dengan kepakaran yang berbagai supaya dapat turun ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan.

Ini, kata Presiden PAS itu, untuk sama-sama bertugas bagi mempertahankan kemenangan kerusi PAS di Dun Galas yang diperolehi menerusi Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Katanya, berikutan kekosongan kerusi N.45 Galas, PAS telah pun menggerakkan seluruh jentera pilihan raya PAS di peringkat pusat, negeri, kawasan dan Dun untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil berkenaan yang akan diadakan pada 4 November ini.

Dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti, tambahnya PAS akan meletakkan calon yang berwibawa dan selayaknya untuk memikul amanah rakyat di Dun Galas, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Almarhum Chek Hashim sepanjang tempoh beliau berdampingan dengan rakyat di Dun berkenaan.

“Bertugaslah dengan penuh semangat dan dedikasi dengan menggunakan segala bentuk ilmu kemahiran berpilihan raya, dan janganlah kita terperangkap dengan provokasi dan segala bentuk taktik buruk serta tidak bermoral yang akan dilakukan oleh lawan kita nanti.

“Sebagaimana pilihan raya kecil yang lepas, kita akan sekali lagi berhadapan dengan segala bentuk mainan media cetak dan televisyen yang berupa laporan berat sebelah, ugutan, cercaan dan rasuah janji pilihan raya terhadap pengundi,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang percaya bahawa semua petugas akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas, serta sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun.

“Insya Allah, kita akan mempertahankan kerusi di DUN Galas nanti,” tegasnya.

malaysia chronicle