Tuesday, September 7, 2010

Perutusan Eidil Fitri Presiden PAS



bo

MACAM NI SAHAJA! KITA DESAK DATUK SERI UTAMA RAIS YATIM DAN DATUK FARID RIDZUAN LETAK JAWATAN.... LETAK JAWATAN SEGERA!!!

Santa 'Pak Haji', TV3 diminta tak ulangi kesilapan

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menghantar surat peringatan kepada rangkaian televisyen Media Prima Bhd agar tidak mengulangi kesilapan menyiarkan iklan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Surat dari ketuanya, Nasrudin Hassan dihantar kepada ketua pegawai eksekutif rangkaian itu, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan melalui faksmili semalam.

"DPP Pusat mengingatkan TV3 agar tidak mengulangi perkara ini lagi di masa akan datang serta menjaga sensitiviti umat Islam.

"TV3 seharusnya mempunyai lembaga penapisan atau pemantauan syariah yang ketat agar sesuatu iklan atau filem yang ditayangkan di TV3 tidak bercanggah dengan syariah atau aqidah umat Islam serta boleh diterima oleh semua pihak," katanya dalam satu kenyataan.

PAS juga kata Nasrudin mahu TV3 berhati-hati dalam setiap bahan yang mahu disiarkan dan menggesa stesen tersebut mewujudkan lembaga penapisan atau pemantauan syariah.

Katanya, iklan tersebut tidak sepatutnya disiarkan langsung kerana mengundang persepsi buruk daripada masyarakat khususnya umat Islam lebih-lebih lagi ketika pada bulan Ramadan.

"Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik.”

Selain itu, Pemuda PAS turut meminta pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Kementerian Penerangan agar meningkatkan pemantauan ke atas penyiaran seperti iklan, drama atau filem agar kandungannya tidak melanggar batas syarak.

Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.

Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita.

Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).


Taib Nampak Sudah Sedia Pimpin BN Sarawak Hadapi Pilihan Raya

KUALA LUMPUR, 7 Sept — Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kelihatan sudah bersiap sedia untuk menerajui Barisan Nasional (BN) Sarawak menghadapi pilihan raya negeri, walaupun beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mungkin akan berundur apabila tiba masanya.

Pendapat ramai di Sarawak ketika ini ialah beliau sememangnya pemimpin untuk Sarawak ketika ini.

Seorang penulis terkenal Amerika Denis Waitley pernah berkata: Ada dua pilihan utama dalam kehidupan, iaitu untuk menerima keadaan mengikut seadanya, atau mengambil tanggungjawab untuk mengubahnya.

Nampaknya anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak mahu menggoncang kestabilan, kerana mereka berpendapat hanya beliau sahaja yang mampu mengekalkan perpaduan di kalangan pemimpin parti komponen dalam BN Sarawak.

Kriteria itu merupakan perkara penting untuk menerajui negeri dan mesej ini jelas disuarakan oleh mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Kuching Ahad lepas, sekali gus menggambarkan kedudukan kukuh Taib dalam parti.

Menurut satu sumber parti, pemimpin-pemimpin penting PBB bimbang sekiranya Taib yang menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak 1981 mengundurkan diri sebelum pilihan raya negeri, ia mungkin menggugat kestabilan parti dan juga BN Sarawak.

“Ramai di kalangan anggota BN Sarawak bimbang sekiranya Taib tidak cukup mantap untuk menerajui pilihan raya. Apa sahaja pendapat anda tentangnya, dia mempunyai kepimpinan yang kukuh bagi memastikan segalanya berjalan lancar semasa pilihan raya, dan jentera pilihan raya bersatu di bawah satu pentadbiran,” katanya.

“Sekiranya Taib mengambil keputusan untuk berundur sekarang, bagaimana penggantinya dapat mengekalkan perpaduan dalam parti, terutama dalam menangani isu-isu seperti calon berpotensi dan permainan politik dalaman yang akan memberi kesan terhadap jentera semasa tempoh berkempen?” tambahnya.

Beliau berkata sebarang keputusan terlalu awal di pihak Taib untuk berundur ketika ini pastinya akan menggugat kestabilan parti.

Keadaan ini secara tidak langsung memberi penjelasan kepada tindakan timbalan presiden parti PBB Tan Sri Alfred Jabu yang mengumumkan bahawa 71 cawangan PBB menyuarakan ikrar taat setia kepada Taib untuk terus memimpin sebagai Ketua Menteri, Pengerusi BN Negeri dan Presiden PBB.

Katanya kepimpinan Taib amat penting dan diperlukan bagi mengekal kestabilan politik Sarawak, keamanan, keharmonian serta perpaduan yang tidak tergugat, dan kerajaan negeri memerlukan Taib untuk mengekalkan disiplin bagi memastikan kerjasama kukuh antara parti-parti komponen BN Sarawak, di samping menjanjikan prestasi yang cemerlang dan berintegriti dalam BN.

Satu lagi sumber dalaman parti berkata Taib sendiri memberi taklimat kepada anggota Majlis Tertinggi Ahad lepas mengenai rancangan bagi menggantikan tempatnya dan memberi penjelasan mengenai kontroversi yang timbul ekoran kenyataan beliau sebelum ini menegnai kesanggupannya untuk berundur.

Tidak ada anggota Majlis Tertinggi yang sanggup memberi komen mengenai rancangan itu kecuali berkata mereka memberi sokongan penuh kepada Taib untuk terus menerajui negeri dan parti.

Antara yang dilihat berpotensi menjadi pengganti Taib ketika ini selain Jabu ialah Timbalan Presiden II Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Openg, dan Naib Presiden Kanan 1 Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan.

Bagaimanapun masih ada kemungkinan lain yang tidak boleh diketepikan.

Contohnya Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu yang baru dilantik sebagai penasihat khas kepada pejabat Ketua Menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal awam pada 2 April lepas yang memberikan beliau setaraf dengan menteri, Datuk Seri Adenan Satem.

Pelantikan bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu sebagai penasihat khas kepada Taib turut mencetuskan cakap-cakap politik dalam arena politik negeri.

Adenan sebelum ini pernah disebut-sebut untuk menggantikan Taib, namun beliau dikatakan tidak sefahaman dengan Ketua Menteri pada tahun 2006, dan sejak itu beliau ‘‘menghilangkan diri’’ buat seketika.

Sebelum ini ada beberapa pemimpin PBB yang dikatakan berpotensi untuk mengambil alih teraju kepimpinan, antaranya termasuk Allahyarham Tan Sri Dr Sulaiman Daud, Datuk Seri Effendi Norwawi, Datuk Bujang Ulis dan Datuk Abang Abu Bakar Mustapha, bagaimanapun ia tidak menjadi kenyataan.

Pada tahun 2006, Taib memberi petunjuk bahawa beliau akan kekal sebagai Ketua Menteri untuk penggal semasa yang akan berakhir Jun tahun depan.

Bagaimanapun bagi pilihan raya berikutnya, ketika ini nampaknya Taib akan terus menjadi kata pemutus kepada kepimpinan negeri. — Bernama

posted by RakyatMarhaen

Nik Aziz : 'I know you', Ibrahim Ali

Cina Islam 28 Ramadhan 1431 H

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pihak yang mempersoalkan kenyataannya yang orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid, sebagai mahu mempolitikkan isu berkenaan.

"Kenapa isu membenarkan bukan Islam masuk rumah ibadah agama Islam diperbesarkan-besarkan, sedangkan orang bukan Islam yang membina dan membuat mimbar masjid tidak dipersoalkan" katanya.

Menteri Besar berkata di Kelantan, orang bukan Islam turut memberi sumbangan peralatan termasuk besi dan simen bagi pembinaan Masjid Bara'ah di Pasar Siti Khadijah di Kota Baharu.

"Ini menunjukkan rakyat Kelantan faham, termasuk bukan Islam faham mengenai Islam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakaian sempena Aidilfitri sumbangan Pusat Pakaian Hari-Hari kepada golongan miskin di Kubang Kerian, di Kota Baharu hari ini.

Dalam kenyataan sebelum ini, Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, menyampaikan sumbangan di surau Al-Huda, Kajang Sentral, Selangor baru-baru ini, yang menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam.

Mengenai kenyataan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang meminta beliau membuktikan kebenaran dakwaannya dengan nas dan ayat al-Quran, Nik Abdul Aziz dengan nada sinis berkata: "I know you (saya kenal awak)".

Malaysiakini/-