Tuesday, March 31, 2009

Ezam Ceramah

"UMNO/BN.. tak belajar dari PRK Kuala Terengganu lepas ke? huhuhuu...

"Sapa nak dengar dia ni? Kecuali org dan kerabat yang sewaktu dengannya je.."

"Tahniah YAB Dato Sri Nizar.. PAS akan menang majoriti terbesar dalam sejarah.."

Pengundi Hantu Muncul Di Bukit Selambau


RIBUAN Hantu kini muncul di Bukit Selambau bagi membuat kacau dan menimbulkan huru hara kepada penduduk-penduduk di kawasan itu.
Hantu-hantu ini bukanlah hantu yang bertaring atau hantu yang tidak berkepala, tetapi pengundi-pengundi hantu yang dihantar oleh Barisan Nasional untuk menghalang proses demokrasi berlaku pada 7 April ini.
Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Fariz Musa, dari keseluruhan 3,544 pengundi di sebuah Taman di Taman Bandar Baru, Sungai petani, seramai 2,215 atau 63 peratus dari jumlah penduduk di kawasan itu dikesan sebagai pengundi hantu dan pengundi ragu.
“Sebagai contoh, di sebuah rumah bernombor 3 di Taman Bandar Baru, terdapat sehingga 60 orang menetap dalam rumah tersebut. Yang menimbulkan persoalan ialah bukan hanya jumlah yang ramai tinggal dalam sebuah rumah tetapi ada kaum dari melayu, cina dan India menghuni rumah yang sama,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan AMK di Sungai Lalang tengahari tadi.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah calon pilihanraya kecil BUkit Selambau, S. Manikumar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Xavier Jeyakumar..
Menurut Fariz, pengundi hantu tersebut berjaya dikesan menerusi Sistem Pilihanraya (Sismep) yang dikendalikan oleh KeADILan dan sehingga kini sebanyak 67 buah rumah di kawasan taman perumahan tersebut dikenalpasti terdapat pengundi hantu.
“Berdasarkan kad Pengenalan mereka, terdapat kod-kod yang bukan dari negeri Kedah seperti 04, 06, 07, 08 dan sebagainya,”katanya.
Kata Fariz, AMK kini sedang mengenal pasti beberapa lagi Taman perumahan yang dipercayai wujud pengundi hantu dan akan mengambil tindakan untuk pergi ke rumah-rumah tersebut bagi membuat pengesahan.
“Ini baru satu lokaliti yang berjaya dikesan, bermakna terdapat banyak lagi kawasan perumahan yang masih dalam kajian. Kita akan kenalpasti dan berikan perhatian serius kepada isu ini supaya pada 7 April nanti, pengundi yang keluar mengundi ialah mereka yang betul-betul ‘genuine’,”katanya.
Jesteru itu beliau mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) supaya mengambil tindaan segera dan membersihkan senarai pengundi hantu yang terdapat di kawasan tersebut supaya proses demokrasi dalam pilihanraya kecil ini berjalan dengan lancar.
“Kita minta SPR ambil tindakan yang drastik untuk membersihkan daftar pengundi dan yang paling penting ialah kita mahukan ketelusan dan biarkan pengundi Bukit Selambau untuk membuat keputusan siapakah calon yang layak untuk mewakili mereka,” ujarnya.
Menurut beliau lagi, AMK akan membuat memorandum bantahan kepada SPR dan kali ini akan lebih serius serta bersedia berhadapan dengan apa sahaja risiko.
Ketika ditanya mengenai dakwaan Wanita Umno semalam yang mendakwa 5,000 senarai pemilih hilang dari daftar pemilih SPR, beliau berkata ia merupakan satu propaganda dari Umno dan BN untuk mengelirukan rakyat.
“Kita telah kesan dalam sebuah rumah melalui sismep, terdapat 21 orang yang merupakan ahli-ahli Umno, ini bermakna ini bukanlah kerja dari Pakatan Rakyat.
Dakwaan itu jelas satu propaganda yang dibuat oleh wanita Umno kernana mereka sebenranya lebih mahir dalam memalsukan daftar pemilih,” ujarnya.

Suara KeAdilan

Dilarang sentuh Altantuya di Bkt Gantang

Polis melarang penceramah PKR di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan kes kenalan dekat timbalan perdana menteri, Abdul Razak Abdullah Baginda. Sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan tersebut bagi menghadapi pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung. Dihubungi Malaysiakini, Lau Teck Hai apabila beliau bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, "beliau hanya tersenyum".

Dalam arahan yang sama, polis juga melarang penceramah "mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja."Larangan ini dipercayai bagi menghalang Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan peralihan kuasa Perak antara pembangkang dengan BN sejak Februari lalu. Pilihanraya kecil ini dianggap "pungutan suara" terhadap Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kerajaan negeri itu, dalam menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kini sebagai calon PAS.

Malaysiakini

Ezam: Barisan baru Umno pasukan idaman Anwar dulu


Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mendedahkan barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakan pasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno.
Malah, Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai "antara orang paling cerdik."
"Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau... beliau mengatakan nama Najib... dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda.
"Anwar mengatakan kepada saya (semasa menjadi pembantu Anwar), Anwar berkata antara yang paling cerdik, yang beliau iktiraf ialah Najib (ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno)," kata beliau ketika berceramah pada sesi Pidato Perdana di Taman Kaya dekat di sini malam kelmarin.
Ezam juga merupakan bekas Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit kepada Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, dipecat pada September 1998.
Ezam kembali ke pangkuan Umno Jun lalu.
Beliau merupakan antara penceramah tetamu tetap bagi Umno dalam pilihan raya kecil sejak persaingan di Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu dan Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.
Anwar menambah, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara pemimpin Umno yang diakui oleh Anwar sebagai pemimpin-pemimpin bijak dan terbaik yang menjadi sebahagian dalam pasukan idamannya.
Oleh itu, katanya, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus mempertikaikan keupayaan kempimpinan baru ini.
"Kenapa dia (Anwar) protes Datuk Seri Najib? Sebab dia takut. Sebab apa dia paling takut Datuk Seri Najib? Sebab beliau adalah yang paling cerdik.
"Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda Umno dulu, Exco Pemuda Umno mana yang paling cerdik.
"Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (Tan Sri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden," katanya ketika berceramah di Sungai Lalang, Bukit Selambau di sini.
Selain itu katanya, Anwar turut menyenaraikan Ahmad Zahid dan Hishammuddin sebagai sebahagian daripada kumpulan wawasan yang ditubuhkannya.
"Ini bermakna Anwar mengakui, mereka ini adalah pemimpin terbaik Umno yang ada pada masa itu dan kini kesemua mereka sudah menerajui Umno. Apa lagi Anwar nak kata?" katanya.
Ezam berkata, pemimpin-pemimpin Umno yang baru sahaja dipilih menerajui parti pada pemilihan Khamis lalu adalah pasukan terbaik yang pernah ditampilkan Umno dalam masa 10 tahun ini.
"Sebab itu, saya minta orang Melayu beri peluang kepada Umno untuk lakukan perubahan melalui pimpinan baru ini.
"Saya tidak kata Umno parti yang sempurna tetapi kekuatan Umno adalah kerana ia nampak kelemahan dan segera lakukan perubahan," katanya.
Ezam berkata, hal itu berbeza dengan PKR hanya akan menutup sebarang masalah yang dihadapi mereka dan ini terbukti melalui negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat yang sering menghadapi dan melalui peletakan jawatan dua pemimpin parti itu tanpa sebab yang jelas iaitu V Arumugam sebagai sebagai ADUN Bukit Selambau dan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 dan Exco negeri.
"Selain itu, PKR kini bukanlah seperti yang mula-mula ditubuhkan dahulu di mana saya adalah antara pengasasnya.
"Dulu PKR juga adalah untuk berbilang kaum tetapi tunggaknya adalah Melayu.
"Setiap parti itu perlu ada tunggak supaya asasnya itu tidak menyimpang tetapi kini, semata-mata untuk mendapat undi masyarakat Cina dan India, Anwar sanggup memadamkan tunggak itu.
"Ia bukan kerana beliau sayangkan kaum Cina dan India, tetapi semata-mata hanya untuk kepentingan mendapatkan undi," katanya.
Disebabkan beliau muncul memberi ceramah setiap kali pilihan raya kecil, Ezam memberitahu, beliau didakwa oleh PKR sebagai seorang yang diperalatkan Umno.
"Saya nak beritahu, jika saya dianggap begitu kerana membela bangsa, agama dan negara saya, saya rela diperalatkan," katanya.
Beliau turut menyatakan kesediannya untuk berdebat dengan Anwar bagi menangkis tuduhan itu serta mengupas pelbagai permasalahan politik yang berlaku dalam negara pada masa ini.
"Saya sedia berdebat tetapi hanya dengan Anwar... bukan dengan pemimpin lain," katanya.

mStarOnline

"Ezam.. kau kaki bodek.. bodek najib nak susun kabinet.. kempen lah kau kat 2 Bukit.. alamat kalah teruk calon BN kau tu.. ingat PRK Kuala Terengganu lepas.. kau kempen sana ceramah sambil bergegar gegar tangan.. at last 50-80 je yg khusyuk tengok kau.. tu pun yg kena sponsor pegi tengok.. Kau memang rela diperalat.. hidup kau hanya untuk diperalatkan.. aih.. nak berdebat lah plak.. aku suggest kau masuk 2 tangan kau dalam poket dan jgn macam shaberry.. bebuih mulut.. sudah"

REFORMASI - Batang Ai

7000 Topeng Altantuya Cari Pembunuhnya

Batang Ai: Tanah adat dirampas untuk kroni BN

LUBOK ANTU, Sarawak : Isu tanah adat menjadi agenda utama dalam kempen calon KeADILan di pilihnraya kecil N29 Batang Ai, Jawah Gerang bagi menentang calon Barisan Nasional Malcolm Mussen .
Tanah adat telah menjadi isu utama apabila Kerajaan Barisan Nasional telah merampas tanah hak kepunyaan individu dan memperdayakan mereka dengan alasan Kerajaan BN mahukan tanah berkenan untuk pembangunan dan tidak perlu di beri sebarang pampasan kepada tuan tanah.
Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Sarawak Rahmat Aidil Latif, rampasan tanah yang berleluasa dengan sewenang-wenangnya oleh pegawai kerajaan BN telah memaksa orang-orang Iban di pendalaman untuk menyerahkan tanah berkenaan kepada kerajaan atas alasan pembangunan.
“Namun apa yang terjadi sebenarnya adalah tanah berkenaan telah diagihkan kepada kroni-kroni BN untuk tanaman kelapa sawit dan sebagainya,” kata Rahmat.
“Ada rumah panjang telah dirobohkan dan penghuninya di halau begitu sahaja tanpa sebarang pampasan sehingga ada yang menyatakan bahawa kehidupan pendatang haram lebih baik di Sarawak berbanding dengan kaum Iban yang asalnya dari sini,” tambah beliau.
Rahmat berkata, kemarahan kaum Iban disini amat jelas kerana penindasan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan dengan menafikan hak tanah adat yang selama ini dipertahankan dari satu generasi ke satu generasi oleh kaum Iban ini.
“Mereka tinggal jauh di pendalaman, segala kemudahan asas seperi jalan raya, bekalan air bersih dan letrik jauh sekali untuk dinikmati walaupun tapak projek mega hidro-letrik tidak jauh dari sini,” jelas Rahmat.
“Jawah dilihat sebagai pejuang kaum Iban kerana berasal diri Lubok Antu dan pernah menjadi Adun selama lima tahun. Beliau begita popular di kalangan rakyat Lubok Antu berbanding Mossen yang jarang sekali pulang ke Lubok Antu,” kata Rahmat.
Suara KeAdilan

Monday, March 30, 2009

Saya jumpa daging lembu dalam sambal ayam...


P Uthayakumar membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar kerana didakwa tidak menghiraukan sensitiviti penganut Hindu apabila daging lembu didakwa disaji di Kem Kamunting, tempat pemimpin Hindraf itu ditahan.Dalam laporan yang dibuat Rabu lalu, beliau menuduh Syed Hamid berbohong apabila berkata pemimpin Hindraf, yang beragama Hindu, yang ditahan di situ, tidak disajikan makanan mengandungi daging lembu yang dilarang oleh agama mereka.Syed Hamid membuat kenyataan tersebut sebagai menafikan dakwaan Uthayakumar bahawa pihak berkuasa kem tersebut menghina agama Hindu apabila menyajikan makanan yang mengandungi daging lembu.Uthayakumar mendakwa, beliau menemui "beberapa ketul daging lembu" dalam sambal ayam yang disajikan sewaktu makan tengahari pada 22 Mac lalu."Saya telah disajikan sambal ayam dengan nasi. Saya (nampak) apa yang kelihatan seperti ketul daging lembu dalam sambal ayam tersebut," katanya dalam laporan tersebut. Salinannya diperolehi Malaysiakini."Bila saya bertanya kepada tahanan lain, mereka mengesahkan sambal daging lembu dan daging ayam dimasak dalam bekas yang sama," katanya sambil mendakwa ayam tersebut diasing dan diletakkan dalam pinggan dan disajikan kepadanya.Beliau juga mendakwa, pihak berkuasa belum lagi menyajikan makanan yang bersesuaian dengan penyakit kencing manis, walaupun mengetahui beliau menghidap penyakit tersebut.

Malaysiakini

Perutusan Khas Calon PAS Bukit Gantang P.59 YAB Mohd. Nizar



PAS: Imam serah mikrofon kepada Nizar, bukan rampas

PAS mendakwa imam masjid Simpang, dekat Taiping, menyerahkan mikrofon kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menolak dakwaan menteri besar Pakatan Rakyat itu cuba merampas majlis solat hajat dan tahlil BN semalam. Pengarah pilihanraya parti itu Datuk Mustafa Ali menambah, Mohamad Nizar yang juga calon PAS dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang yang sedang berlangsung sehingga 7 April."Apa yang berlaku ialah Nizar tak rampas majlis BN, beliau cuma beri tazkirah mengenai ayat al-Quran yang dibacakan ketika mengimamkan solat Maghrib. "Jika BN dakwa Nizar dan PAS guna masjid, bermakna Umno dan BN sebenarnya terlebih dulu guna masjid untuk kempen mereka," Mustafa dipetik berkata pada sidang akhbar di Markas PAS Kampung Air Kuning pagi ini. Beliau mengulas kenyataan menteri besar BN Perak mendakwa Nizar merampas mikrofon dari imam untuk memberi ceramah sedangkan ketika itu sepatutnya untuk majlis anjuran BN. Datuk Dr Mohd Zambry Abdul Kadir berkata Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib. "Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya, seperti laporan laman web Berita Harian. Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.Mohamad Nizar berdepan dengan calon BN Ismail Safian dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Malaysiakini

"Alaaaa... Dah tau BeritaHarian tuh lidah UMNO/BN..

KJ di Kem PAS Bukit Gantang

Nizar: "Saya tak rampas kuasa di masjid"

TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan, beliau "tidak merampas" kuasa ketika majlis membaca Yassin dan solat berhajat di Masjid Simpang di sini anjuran Barisan Nasional (BN) malam tadi.
Sebaliknya, kata Nizar, beliau telah diundang oleh imam Masjid Simpang untuk berucap menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib.
"Saya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang saya bacakan selama 20 minit sebelum itu... saya juga sejak awal telah diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik.
"Jadi, saya diminta membuat tafsiran ayat-ayat yang saya bacakan sebelum itu... ketika takzirah... jadi saya tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam," kata beliau kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS Bukit Gantang pagi tadi.
Kata Nizar, apabila beliau meminta mikrofon untuk menyampaikan ucapan tafsiran ada pihak yang membantah dengan alasan ia bukan tempat untuk berpolitik.
"Bagi mengelakkan suasana kecoh, saya memutuskan untuk tidak meneruskannya dan kemudian meninggalkan masjid... apa terjadi selepas itu saya tidak tahu," katanya.
Nizar mengakui bahawa beliau sejak awal, ketika memasuki masjid, telah dimaklumkan tentang kehadiran pemimpin Umno termasuk Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin YassinPresidennya,
Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS, Datuk Mustafa Ali pula berkata, pihaknya sudah mengambil pendirian untuk tidak menggunakan masjid sebagai tempat kempen politik.
"PAS hanya akan menggunakan masjid untuk tujuan agama," kata beliau pada sidang media pagi ini.
Malam tadi, Nizar 'bertembung' dengan rombongan BN di Masjid Simpang, sekali gus - mencetuskan sedikit kekecohan.
Semalam merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.
Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.
"Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman). "Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau," kata beliau ketika dihubungi.
The StarOnline

Nizar 'rampas' acara BN di masjid Bukit Gantang

TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 'bertembung' dengan rombongan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang malam tadi - mencetuskan sedikit kekecohan.
Semalam merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.
Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.
Isu tersebut dengan pantas disebarkan menerusi SMS, menjadi bahan kempen dalam beberapa ceramah anjuran BN di bahagian Bukit Gantang.
"Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman).
"Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau," kata beliau ketika dihubungi.
Rosli yang turut hadir ketika kejadian berkata, tidak berlaku apa-apa kekecohan besar dan kumpulan Nizar telah meninggalkan majlis selepas itu.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir pada majlis tersebut.
Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak.
Ketika bercakap dengan pemberita selepas memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong di sini malam tadi, Zambry berkata, tindakan itu telah dirancang oleh PAS dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.
The StarOnline

Cina Masuk Islam Kerana Dengar Lagu Nasyid Malayu Ini!

Ini bukan nak kempen , percaya atau tidak, inilah nasyidnya.! Sebenarnya nasyid ada peranan besar dalam dakwah islam. sudah lama saya perhatikan dan memang saya meminati semua nasyid.tetapi terdapat beberapa ketempangan yg perlu diperbetulkan segera yakni terdapat banyak nasyid yg tenggelam dalam muzik.ertinya muzik lebih kuat dari vokalnya. Saya rasa ini telah jauh menyimpang dari definasi nasyid sebenarnya. Syor saya ialah sesuatu nasyid itu mestilah muziknya lebih perlahan daripada vokalnya. Ini penting kerana pendengar nasyid mahu mendengar nasihat dari vokalnya bukannya muziknya. Contohnya ialah lagu “pergi tak kembali” nyanyian rabbani dan satu lagi ialah “menanti di barzakh” yg telah beberapa kali menduduki singgahsana pertama dalam carta nasyid tv9. Kedua2 contoh nasyid itu, senikata amat baik dan menginsafkan, menusuk kalbu tetapi sayangnya diganggu oleh muzik yg kuat hingga “tenggelam” senikatanya yg menyengat itu.banyak lagi nasyid yg senikata nya amat baik tetapi telah dikelabui oleh muzik,sayang sungguh! Ada beberapa syur saya utk perkara ini.

1. Adjustkan supaya muzik tidak lebih kuat drpd vokal atau

2. Hadkan kepada 1 atau 2 alat sahaja dibenarkan dlm sesuatu nasyid.

Saya rasa satu persefahaman bersama perlu dilakukan oleh satu persatuan nasyid atau konsortium supaya lagu2 yg mematuhi perkara 1 dan 2 sahaja digelar nasyid dan boleh memiliki beberapa keistimewaan seperti menyertai carta nasyid tv9 atau anugerah nashid dsb. kepada penasyid usahlah bimbang tentang muzik kerana kekuatan vokal anda yg merdu itu sudah menjadi satu eset yg amat berguna,disitulah kelainannya! Saya rasa jika didendangkan dengan sedikit muzik latar atau tidak ada langsung adalah lebih komersial serta menjimatkan dari segi kos penerbitannya. Saya sebagai peminat nasyid teringin sangat nak dengar nasyid tanpa muzik sebagaimana arqam rakamkan masa 1980-an dulu (pun jadilah). Nasyid seperti wahai pemuda pemudi islam, masyarakat islam… itu pun rasa sudah terkesan. Kepada abng nazri dan lain2 penasyid, teruskan dakwah melalui nasyid.tahniah kepada raihan khususnya dan abang nazrey yg telah meletakkan nasyid malaysia ke pesada dunia. Kerja itu sungguh besar maknanya. secara pribadi: saya sangat teringin nak dengar lagu “pemimpin sejati” dan “dunia baru islam” (album antara dua cinta-the zikr)diberi nafas baru tanpa pengubahsuaian senikatanya…kecuali yg ada nilai2 “abuya”,please…demi islam.thanks…

Kepada anda, nasyid judul apa dan siapa pennasyidnya yg anda minat?

TranungkiteOnline

Nomination Day Batang Ai

Samy Vellu Kena Maki Hamun -Nomination Dun Bukit Selambau

Friday, March 27, 2009

Let The Fun Begin In Batang Ai

LUBOK ANTU, Marach 27(Bernama)-- If one visits Lubok Antu town now, it pays to stay on the right side of the law because this rustic border town is swarming with cops, in plain clothes and uniforms.An informed source said there are about 800 of the men in blue all over the place.There are also many civil servants coming from all over the state and an unusually strong media presence here, all for just one thing -- the Batang Ai state by-election.The tussle for the seat is expected to be between the Barisan Nasional, through its component, Parti Rakyat Sarawak(PRS), and the opposition Parti Keadilan Rakyat (PKR) although an independent is also keen to join the fray.Nomination is on Sunday and polling on April 7 should there be a contest but the PKR campaigners have yet to make their presence felt.For now, the BN is in control, its members crisscrossing the 1,341 sq km of Batang Ai, a constituency of 22,270 people but only 8006 of whom are registered voters, a figure confirmed yesterday by the Election Commission.The BN is counting on Malcolm Mussem Lamoh, 49, an engineer, to defend the seat and deliver it as "a gift form the state Iban community to Datuk Seri Najib Tun Razak, the new Umno president and eventually the new prime minister."PKR, which is making its debut in this Dayak-majority seat, is banking on veteran and one of the most vocal Iban politicians, Jawah Gerang, 56, a five-term former BN parliamentarian, to deliver.The independent who has expressed his intention to contest is Johnny Chuat, an Iban portal owner and part-time Iban education activist.An interesting part of the campaigning now is through the Internet where a dozen or more weblogs are dedicated to the cause.On the ground, if there is one overwhelming issue from PKR, it is the need to change the current government.Its "Give Change A Chance" slogan is contagious, especially among the younger voters. The current state government has been said to be unsympathetic to the Ibans in terms of its land policy and education and civil service opportunities while current Iban leaders in the cabinet are demonised to be ineffective lackeys.A PKR source said its machinery was just warming up with Jawah at the helm, assisted by Lubok Antu PKR division chairman Nicholas Bawin.Carrying the flag for the BN are PRS president Datuk Sri Dr James Jemut Masing, his deputy Datuk Joseph Entulu Belaun, information chief Datuk Joseph Salang and Lubok Antu MP William Nyalau.So far, Mussem has been a silent observer at the numerous meet-the-people sessions, preferring to leave it to deputy Chief Minister Tab Sri Alfred Jabu, who was constantly with him, to speak his mind on why the Ibans, who are the majority voters here (98 per cent) and in Sarawak, should keep the faith and confidence with the BN.Salang said changing the state government was a PKR mission impossible in view that the BN held 63 of the 71 seats in the state with DAP holding six and PKR and an independent, one each.Even if PKR won Batang Ai, the BN would still have 62 seats, he said, adding: "PKR should concentrate on the next state election, about two years away, where and when the stakes are even higher."To PKR, although it may be just a by-election, winning Batang Ai is just as crucial as it is the first assault in its battle to sign up the Ibans, and eventually the other Dayak communities, in its national political agenda.So, with accommodation becoming a big problem now, from Sri Aman town 83km away to Betong town as the nomination day approaches, those men in blue are resorting to camping out while the civil servants pack their offices to the brim or are renting any available places.

"Nazri's Son Was Behind the Murder of Darren Kang Tien Hua" in 2004

And here we have the rumored murderer of Darren Kang with a few of his friends, just look at the really thuggish one on the far left.
Wow, you learn something new everyday. Got an interesting tip few days ago claiming that the son of minister Nazri was involved in the murder of Sheffield University law student Darren Kang Tien Hua. It was not looked into, then a second tip came in with the same accusation a few days later with the added claim that witness came forward the night of the killing but later stop talking after they realize who the murder was related to. So I searched news articles from Malaysia in 2004 and what you know, the son of a Malaysian minster was on the murder scene of Darren Kang. The Star article did not mention the minster by name but the article does seem to backup the tipsters.

Hujah suara baru Harakah

" LAWAN TETAP LAWAN "
Tidak mudah patah semangat dan menyerah kalah selepas permit Harakah digantung tiga bulan, kumpulan wartawan organ PAS itu kini berusaha menerbitkan akhbar Hujah bagi mengisi kekosongan itu. "Cetakan terbaru itu memuatkan 48 halaman dan beberapa isinya kita akan ubah sedikit (daripada Harakah) mengikut kesesuaian," kata ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman ketika ditemui Malaysiakini hari ini. Bagaimanapun, tambah beliau, ada ruangan-ruangan tertentu dikekalkan dengan sedikit perubahan tajuk dan sebagainya. "Mesyuarat semalam memutuskan yang kita akan tetap meneruskan perjuangan dan kita akan beroperasi seperti biasa. "Jumaat depan, Hujah akan berada di pasaran," tambahnya. Ditanya sikap orang ramai terhadap penggantungan Harakah secara mengejut awal minggu ini, Ahmad Lutfi berkata, ada "desakan luar biasa" daripada orang ramai, khususnya peminat setia akhbar itu. "Memang ada desakan pembaca yang meminta agar (PAS) adakan demonstrasi," katanya. Bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, tambahnya lagi, kebebasan akhbar semakin merosot. "Di bawah pemerintahan Dr Mahathir (Mohamad), memang ada sekatan (terhadap Harakah). "Tapi, tak pernah digantung. Di bawah Najib, belum (berkuasa) apa-apa lagi, sudah ada masalah permit yang lebih dahsyat. "Pada zaman Mahathir, saya pernah menang perbicaraan di Mahkamah Tinggi berhubung penerbitan (tabloid) Haraki," kata Ahmad Lutfi. Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh KDN. Selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000. Menyentuh isu gaji wartawan dan kakitangan Harakah, beliau berkata, ia dibayar seperti biasa. "Mungkin akan ada perubahan dari segi (jumlah) elaun," katanya.Pada 23 Mac, KDN menggantung permit dua akhbar pembangkang berpengaruh termasuk Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta. Tindakan tersebut menghalang keberkesanan kempen PAS dan PKR bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.
Malaysiakini

Khir Toyo salahkan publisiti isu BALKIS, punca tewas Ketua Pemuda

aiii.. toyo, takkan takdak angin pokok bergoyang..

KUALA LUMPUR: Vanquished contender for the Umno Youth chief’s post, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, has attributed his loss to the bad publicity that he received over the issue of the Wives of Selangor Assemblymen and MPs Welfare and Charity Organisation (Balkis).
Dr Khir said there were delegates who had changed their minds and voted for his fellow contenders after hearing of the Pakatan Rakyat state government’s continuous claims that Balkis had misused funds meant for charity and welfare when the state was under Barisan Nasional.
The state government had also claimed that Dr Khir, who was then the Mentri Besar, and his wife Datin Seri Zahrah Kechik, the then Balkis chairman, were involved in the misuse of the funds.
“Even though I have been investigated and cleared by the police, the state government’s raising of the issue during the recent state assembly sitting caused confusion among some of the delegates,” he told reporters.
Dr Khir, however, said that he accepted his loss as a decision made by the delegates and congratulated Khairy Jamaluddin on being elected the new Umno Youth chief. He said it was now time to move on and hoped that Khairy would work hard and bring about changes and improvements he had promised during the campaign for the Umno elections.

The StarOnline

Shahrir letak jawatan menteri

“I always believe we have to introduce new blood, new talent. I think it is not fair (to be reappointed twice). “In 2004, I was appointed. Then, I also contested and lost. No matter how good you are, there is always someone better than you,” he said.

" bijak-bijak.. tau takper.. blah ah.. "

I am not very interested (to continue as Minister). The responsibilities should be given to someone else as with this post, you can really help the people. If I do not step aside, then someone is deprived of a golden opportunity . “One year is enough. I have done my part in the one year I held this post. When I came in, inflation was skyrocketing but it is all right for now. Even the price of chicken has come down,” he said.

"is it enough? Chicken price? "

“I am not certain how to answer. It has also confounded me. I cannot explain, especially when they are from states that had been able to garner the support of the people during the last election,” he said.

" so... dont explain, dont answer.. balik kampung tanam jagung.. for your domestic trade at kampung.. "

Sarawak Baby Die Neglected By Drunk Parents

A baby boy, less than a month old, starved to death after his parents allegedly forgot to feed him because they were too drunk.The baby died in the intensive-care unit of Miri Hospital yesterday morning and a police report has been lodged.
Police now want to question the parents, in their early 30s from a longhouse in southern Sarawak, who came to Miri to work and were renting a house at a low-cost housing scheme near the Sarawak-Brunei High­way, some 12km north of the city centre.
Relatives found the baby unconscious in the house and rushed him to the hospital at about 3am on Wednesday. Miri deputy OCPD Supt Ismail Paduka Idris confirmed that the baby died in the morning.
“We are investigating claims that the parents had indulged in a prolonged drinking spree and had neglected the baby.“Initial investigations show that the baby might have been so severely neglected that he suffered fatal consequences.“We want to find out whether this was due to carelessness,” Supt Ismail said. The couple also have a three-year-old daughter.

Taib Is a Very Sick Man

Taib is a very sick man. Not only does he suffer from colon cancer, but also cancer of the brain, cancer of the heart and cancer of the soul.Symptoms are greed, lust for power, aggrandisement, lying, egomania, megalomania, denial, grand scale kleptomania, deception, intolerance, anger, expensive tastes, waste, extravagance, unfeeling and uncaring, lack of conscience, ethics and principles, inhuman, habitual and chronic misgovernance, corruption and maladministration.New and more frightening symptoms are being discovered by the day.These are highly contagious diseases which have affected his entire family, henchmen and cronies and their families as well and will affect all those who come into contact with him and them.
Shake or kiss his hand and kowtow to him at your own peril.Shun him and all his family, henchmen and cronies and their families until this plague is removed from the face of Sarawak.The only known cure for this disease, known as corruptus debilitatus or debilitating corruption, is sincere repentance and restitution (return of all wealth stolen from Sarawak).However, in really chronic cases, denial of reality has already been so strongly engrained that they will refuse to accept any wrongdoing on their part, therefore denying themselves of cure.

Posted by Al Tugaw

Jawah seorang yang tidak berpendirian teguh, kata Masing

KUCHING: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya kecil Batang Ai, Jawah Gerang dilabelkan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Dr James Masing sebagai seorang yang tidak berpendirian teguh.
Masing memberi contoh, satu ketika dahulu Jawah mengagung-agungkan jasa dan usaha Barisan Nasional (BN) dalam membawa pembangunan untuk manfaat rakyat.
Katanya, bukti Jawah berkata demikian ada terpampang dalam akhbar The Borneo Post keluaran 20 September 2007 di muka surat lima.
Antara lain, Jawah dipetik sebagai berkata: “Saya orang setia dengan BN dan akan setia selamanya.”
Kata-kata yang dipetik dalam majlis Pemimpin Bersama Rakyat pada 18 September dengan tajuk ‘BN the only ways, says Jawah’ itu mungkin tidak diingati beliau, tetapi tidak bagi Masing.
“Dalam artikel ini juga dia menyanjungi Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud atas dasar pembangunan yang dibawa oleh BN.
“Dia juga iktiraf Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu sebagai pemimpin Dayak yang telah membawa pembangunan kepada rakyat,” kata Masing dalam sidang media di sini, semalam.
Jawah, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu ketika masih berada dalam BN, telah berkhidmat selama lima penggal.
“Apa yang kita hendak kata lagi jika 25 tahun dia berkhidmat sebagai wakil rakyat tetapi kemudahan infrastruktur di Batang Ai masih kurang memuaskan,” katanya.
Pengundi di Batang Ai katanya, pasti tahu batasan keupayaan Jawah dan seterusnya membuat keputusan yang bijak untuk terus menyokong calon BN.
“Apa yang dapat dan tidak dapat lakukan (Jawah) merupakan rahsia yang sudah diketahui umum,” ujar beliau.
Pilihan raya kecil Batang Ai yang dijadualkan pada 7 April depan dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Jawah, calon BN Malcolm Mussen Lamoh dan calon Bebas, Johnny Chuat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada Ahad ini. Kerusi Dewan Undangan Negeri itu kosong berikutan kematian Datuk Dublin Unting Ingkot pada 24 Februari lepas.
Sementara itu, Masing menafikan dakwaan PKR yang mengatakan Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman meminta nama, salinan kad pengenalan dan nombor akaun daripada penduduk rumah panjang.
Jabatan Tanah dan Survei katanya, cuma meminta tuai rumah memberi salinan kad pengenalan setiap penghuni rumah panjang untuk mengemas kini maklumat bagi Skim Penempatan Semula Batang Ai, Lubok Antu.
“Kandungan surat daripada Jabatan Tanah dan Survei bertarikh 13 Mac 2009 kepada Tuai Rumah Nanga Ukom, Lubok Antu, misalnya, tidak ada menyebut tentang meminta nombor akaun,” katanya.
Justeru, beliau mahu PKR tidak membuat tuduhan melulu semata-mata hendak mencari kemenangan.
Isnin lepas, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangannya dengan amalan politik kotor yang mungkin bakal menjejaskan keputusan pilihan raya kecil Batang Ai.
“Saudara (Ketua PKR Lubok Antu) Nicholas Bawin Anggat baru-baru ini mendapat tahu Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman meminta salinan kad pengenalan dan nombor akaun penduduk rumah panjang di Lubok Antu,” katanya.

Polis : Tiada Kompromi

Amaran dikeluarkan kepada pihak menganjur ceramah haram di tempat awam.

KUCHING: Polis mengeluarkan amaran tidak akan berkompromi termasuk mengenakan hukuman penjara terhadap mana-mana pihak yang menganjurkan ceramah atau kempen di kawasan awam tanpa permit.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak SAC I Dato’ Hamza Taib berkata, tindakan diambil mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana kesalahan mengadakan ceramah umum secara haram di kawasan terbuka.
“Bagaimanapun tiada sebarang permohonan permit untuk mengadakan ceramah umum dikemukakan oleh mana-mana parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil Batang Ai, setakat ini.
“Ceramah yang diadakan di kawasan tertutup atau milik persendirian seperti di rumah panjang, bagaimanapun tidak memerlukan permohonan permit,” katanya sambil menambah, kelulusan permit yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah (KPD) dibuat selepas menilai tahap keselamatan umum.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-202 Tahun 2009 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Jalan Badruddin di sini, semalam.
Ditanya mengenai persediaan polis menghadapi pilihan raya kecil Batang Ai, Hamza memberitahu, pasukannya kini berada dalam keadaan bersedia.
“Selain menempatkan 850 pegawai dan anggota, persiapan logistik termasuk menyediakan tiga helikopter, pesawat ringan (dua) dan bot (10) diyakini mampu melancarkan tugas polis mengawal keselamatan sepanjang tempoh proses pilihan raya mulai hari penamaan calon, kempen dan pembuangan undi,” jelasnya.
Menurunya, kos yang diperlukan untuk mengendalikan tugas mengawal keselamatan orang ramai dan memastikan pilihan raya kecil Batang Ai berjalan lancar dianggarkan lebih RM1 juta.
Terdahulu, Hamza yang membaca perutusan ketua polis negara mengingatkan warga polis bahawa revolusi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membuka ruang kepada penjenayah untuk berkongsi maklumat dan bergerak dengan lebih pantas.
Penjenayah sofistikated yang dilengkapi dengan pengetahuan, senjata dan teknologi melakukan jenayah canggih telah membawa kepada perubahan jenis dan trend jenayah yang sukar dikesan, ujarnya.
“Ini merupakan cabaran polis masa kini, namun sejarah membuktikan setiap cabaran itu telah berjaya diatasi kerana PDRM tidak meminggirkan revolusi maklumat,” kata Hamza sambil menyeru warga polis bertekad membanteras dan menyelesaikan jenayah, memastikan keamanan, meyakinkan masyarakat dan memantapkan integriti pasukan.

Immature UMNO Youth



The PEMUDA Delegates have spoken and selected KJ to helm the UMNO wing. The implications of which not only speaks of PEMUDA's immaturity but may also herald the end of UMNO.

(Khairy is said to be anti-Malay culture and is not seen as a leader who will inspire Malays to become nationalists Malays. In the opposition grouping, Khairy is seen as a hurdle to their own Malaysian Nationalistic agenda. That makes Khairy the person to watch and the young leader that may become the deciding factor in the future of the Umno) by Ali Cordoba http://wfol.tv/index.php

The delegates have spoken and the results of the three UMNO wings are out. There were no surprises in the result for the Puteri and Wanita chiefs. As expected, Datuk Seri Shahrizat Jalil won the Wanita Chief while Rosnah Abdul Rashid won the Puteri Chief.However, the big surprise for most was the choice of the Pemuda Chief. Many did not expect Khairy Jamaluddin (KJ) to win the post, especially after being found guilty barely a week ago by the UMNO Disciplinary Board for money politics.Rumours have been running like wild fire since the results were announced that four figure persuasions were being offered in abundance even within the last hours before voting began.
However, this too could be a case of sour grapes as hundreds of MACC undercover personnel have been said to be stationed in and around PWTC throughout the duration of the UMNO assembly.However, if it is true, then the stand that UMNO made yesterday that whoever is caught indulging in money politics will be stripped off their elected post, even if found guilty after the convention, will be tested to its full seriousness.Why KJ’s win is such a controversy?On the surface it looks like Pemuda UMNO is finally following and not resisting the winds of change that is sweeping the nation. The trend of picking young, upward and mobile leaders is finally catching on in UMNO.
However, the circumstances surrounding KJ in the past year and especially recently makes him the least qualified candidate to be the face of change in UMNO, what more the catalyst.His conviction by the UMNO Disciplinary Board has big implications now that he is elected.
The messages that come with a guilty member being chosen to helm an UMNO wing is that firstly Pemuda UMNO is not serious about eradicating money politics.
What other message can the public have but this. If they are serious in stamping out money politics once and for all, what better way to start than to elect a leader that has not been found guilty of that very crime.
“It’s elementary,” as Holmes would tell Watson. However, Pemuda went contrary to that and elected KJ.Secondly, Pemuda UMNO is ‘kurang ajar’. Pemuda UMNO just showed their ‘kurang ajar’ or disrespect to the UMNO Diciplinary Board. This is a very senior and important board.
If their decisions are not followed, what is the point in establishing it in the first place? The Board has clearly made a decision and a clear one at that. Pemuda’s message is that the board’s decision is not only unimportant but flat wrong!
They basically disagree with the board’s decision. This can only mean that from now on, Pemuda will consider the Board’s decisions as redundant and irrelevant.Thirdly, Pemuda UMNO is immature in reading the ground swell of reality. Corruption is the single biggest public concern now. Pemuda UMNO just spat that concern into the wind.
As long as KJ is their chief, it will come to haunt them in many years to come.How can he be the poster boy in the fight against corruption especially by the opposition? What defense can Pemuda UMNO give when confronted by the fact that they are helmed by someone found guilty by his own party of corruption?Pemuda had an obvious choice in Mukhriz Mahathir. Among the three candidates, he is the only one that is perceived to be clean of money politics.
However in choosing KJ, it is just pure rebellion in the part of Pemuda. Are we to expect an anarchist Pemuda? It does look like it with the direction they have chosen to travel in right now.These are the three main messages that Pemuda has given by electing a guilty man to helm it.Such a reckless and irresponsible choice has blown any chance UMNO has in attracting the youth because even Pemuda is not serious in choosing a clean young leader.And the saddest thing that came out of this is that the future leaders of UMNO, which will come from the ranks of today’s Pemuda, condones corruption!
That is exactly how the public will read from this stubborn and immature choice.Remember, the fastest way for a tree to die is if it’s roots start to rot, and where lies UMNO’s roots but in Pemuda.

Orang Najib kuasai Umno

Semua "orang presiden" Umno, Datuk Seri Najib Razak akhirnya sampai di garis kemenangan dengan bergaya.

Lapan orang calon bersaing untuk mengisi tiga kerusi naib presiden, termasuk Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mendapat 1,397), Datuk Seri Rais Yatim (491), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (432), Datuk Syed Hamid Syed Jaafar Albar (410) dan Tan Sri Abdul RahimTamby Chik (192).

Azalina, Shahrir dan empat MB tewas

Dua menteri, tiga timbalan menteri dan empat menteri besar dan ketua menteri tewas dalam persaingan merebut kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Dua menteri berkenaan ialah Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.
Timbalan menteri yang gagal mendapat tempat: Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad dan dua timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Johari Baharum dan Datuk Hasan Malek.
Manakala empat menteri besar dan ketua menteri yang turut gagal dalam persaingan itu: Datuk Abdul Ghani Othman (Johor), Datuk Adnan Yaakob (Pahang), Datuk Seri Md Isa Sabu (Perlis) dan Datuk Seri Mohamad Hassan (Negeri Sembilan).
Hanya seorang ketua menteri yang berjaya terpilih kali ini iaitu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Thursday, March 26, 2009

Tuduhan terhadap TPM:PAS cabar kerajaan saman media asing

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar kepimpinan negara ini untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan menyaman media-media cetak dan internet antarabangsa berhubung tuduhan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan pelbagai kes rasuah dan jenayah.
Katanya tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan.
"Sekiranya tindakan saman ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akanmenjadi bahan momokan masyarakat dunia," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Antara media asing yang menyiarkan berita berkaitan salah laku Dato' Seri Najib Tun Razak yang dikatakan bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negara ialah akhbar Liberation yang berpangkalan di Perancis, The New York Times, International Herald Tribune, Times Online, The Times of India (India), The Australian (Australia), Kompas (Indonesia), The Nation (Thailand) dan NineMSN (berita internet antarabangsa).
Kata Ustaz Hadi penyiaran berita seperti demikian adalah sangat memalukan seluruh rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat ini.
PAS katanya berpendapat bahawa kepimpinan adalah merupakan satu amanah yang sangat besar, dan ianya wajib dipikul oleh orang atau pemimpin yang bukan sahaja layak dan adil tetapi juga perlu dilihat bersih amal perbuatannya.
Risiko mempunyai kepimpinan yang rosak akhlak dan mempunyai seribu satu macam bebanan fitnah adalah sangat tinggi, di mana maruah negara adalah menjadi taruhannya, kata Ustaz Hadi
Hal ini menjadi lebih buruk apabila media cetak dan internet antarabangsa mula menyiarkan berita kaitan kes rasuah dan jenayah ini dengan Timbalan Perdana Menteri yang bakal mengambil alih kuasa.
"Ucapan saya di Dewan Rakyat pada 18 Februari lalu adalah terang dan jelas, bahawa seseorang pemimpin terutamanya bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru mestilah dibersihkan terlebih dahulu dari sebarang fitnah sebelum layak memegang tampuk pemerintahan yang sangat berat ini,"katanya.

Pak Lah tempelak Najib sekat kebebasan rakyat bersuara

Semakin dekat Dato' Seri Najib Razak menghampiri jawatan Perdana Menteri, bertambah ramai pihak tampil mempertikaikan kewibawaannya.
Malah kegelojohan pemimpin terbabit dapat dilihat apabila cuba menyekat kebebasan rakyat bersuara. Tindakan menggantungkan permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan membuktikan hakikat itu.
Lebih memeranjatkan lagi apabila Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi seperti menempelak tindakan Najib dengan menganggap Umno tidak akan berjaya melakukan perubahan dalaman jika mengambil pendekatan 'order lama' yang tidak disenangi rakyat.
"Termasuk menyekat kebebasan rakyat. Ramai tidak yakin Umno akan kembali mencapai kemenangan jika kita kembali kepada cara lama dengan menyekat kebebasan rakyat menyuarakan kritikan," katanya pada ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno hari ini.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melihat Umno tidak akan selamat bahkan mungkin berdepan dengan masalah dalaman yang lebih parah di bawah kepemimpinan Najib.
Menurutnya kekalutan yang berlaku dalam parti itu bukan kerana orang lain, sebaliknya kerana masalah dalaman parti itu sendiri.
"Keadaan itu berlaku berikutan kegagalan pemimpin Umno mentadbir parti dalam mengekang kemaraan rasuah yang semakin parah dan bernanah dalam parti itu," katanya pada majlis penyerahan watikah dan angkat sumpah penghulu-penghulu Kelantan 2009, di Putik, hari ini.
Pada perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno semalam menyaksikan calon yang kurang pencalonan pada mesyuarat di peringkat bahagian menang iaitu Khairy Jamaluddin.
Sedangkan sebelum ini menantu Perdana Menteri itu disahkan bersalah kerana terbabit dengan amalan politik wang, namun masih berpeluang bertanding.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ekoran masalah yang berlaku dalam Pemuda Umno semalam beliau difahamkan telah berlaku rasa tidak puas hati di kalangan perwakilan.
"Ini adalah sebahagian dari petanda-petanda yang akan memecah-belahkan Umno pada masa akan datang khususnya setelah berada di bawah Najib," katanya.
Beliau juga berkata, walau pun kesemua sayap Umno kini dipimpin pemimpin baru termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri namun asas perjuangan tetap sama.
Katanya, selagi parti berkenaan tidak menjurus kepada ketaqwaan kepada Allah dan hanya mengutamakan bangsa Melayu sahaja, suasana gawat tetap akan berlaku.
Oleh itu beliau berkata, bagi mengelakkan kecelaruan politik di negara ini rakyat hendaklah menolak perjuangan Umno dan BN.
Katanya juga pemimpin Umno sekarang mulai membaca terjemahan ayat-ayat al Quran ketika merasmikan perhimpunan tersebut semalam.
"Ini menggambarkan pengaruh PAS dalam masyarakat hari ini begitu hebat sehingga menyebabkan pemimpin Umno terpaksa menggunakan terjemahan ayat al-Quran dalam ucapannya untuk menarik perhatian umum.
"Perkembangan itu memaksa Umno menciplak apa yang menjadi pegangan PAS selama ini," ujarnya.
Beliau juga menyarankan Umno mengamalkan apa yang terkandung dalam al-Quran sepenuhnya berbanding dari apa yang dilakukan sekarang hanya mengambil sebahagian kecilnya sahaja.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Umno masih lagi mengangkat pemimpin yang disahkan terbabit dengan rasuah seperti diputuskan Lembaga Disiplin Umno terhadap Khairy sebelum ini.
Ketua Pemuda PAS Pasir Mas, Rozi Muhammad berkata, Umno semakin cepat menuju kehancuran apabila pemimpin yang disahkan terbabit dengan rasuah diberi peluang menerajui Umno.
"Kemenangan Khairy membuktikan usaha Umno membanteras rasuah politik tidak berjaya," katanya.

P'wakilan bantah Khairy, Ali mengundi

Sekurang-kurangnya dua perwakilan Muar memboikot pengundian jawatan tertinggi Umno hari ini kerana membantah Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin dibenarkan mengundi.Datuk Kadar Shah Sulaiman Shah dan adiknya Hassan memberitahu Malaysiakini bahawa mereka tidak akan menyertai lebih 2,050 perwakilan memangkah calon pilihan masing-masing.Tindakan mereka diambil ekoran surat bantahan mereka berhubung perkara itu telah ditolak oleh pengerusi tetap perhimpunan agung Umno, Tan Sri Onn Ismail.Lembaga Disiplin Umno minggu lalu mendapati naib presiden itu dan Khairy bersalah selepas ejen-ejen mereka terbabit dalam rasuah dan sogokan politik.Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden, manakala Khairy diberi amaran tetapi dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno yang dimenanginya semalam.Onn memanggil Kadar naik ke pentas untuk mengambil jawapannya terhadap bantahannya itu.Bantahannya jelas ditolak apabila Onn memanggil Mohd Ali dan Khairy mengundi calon-calon yang bertanding.Sebelum pengundian bermula kira-kira 12 tengah hari tadi, suasana kempen saat akhir sampai ke kemuncaknya pagi ini apabila penyokong bersesak-sesak mengedar kad nombor calon-calon masing-masing.Selepas presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selesai menyampaikan ucapan dasar pada 11.15 pagi, para penyokong menjerit-jeritkan nombor calon pilihan masing-masing tanpa henti.Ratusan penyokong berkumpul di hadapan pintu keluar Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam pakaian dan tag bercetak nombor pengundian bagi calon pilihan mereka.Tinjauan Malaysiakini mendapati ada juga penyokong yang memakai topeng wajah calon pilihan mereka.Suasana sesak dan terlalu bising itu menyebabkan pergerakan menjadi sukar dan mengganggu hampir seratus petugas media yang menunggu barisan pemimpin tertinggi parti itu keluar dari dewan untuk mendapatkan komen mereka berhubung ucapan Abdullah.Keadaan gamat dan sesak itu memaksa polis dan anggota RELA beberapa kali membuka laluan untuk pemimpin parti itu keluar dari dewan. Anggota penguatkuasa juga menutup tempat itu dengan plastik penghadang bagi mengelak kumpulan penyokong mengganggu pergerakan orang ramai di sekitar kawasan tersebut.Kumpulan penyokong juga kelihatan memenuhi tingkat bawah bangunan Umno itu, tempat skrin besar ditempatkan dan gerai jualan..Seramai 68 calon bertanding bagi jawatan-jawatan timbalan, naib presiden dan anggota Majlis Tertinggi (MT). Keputusan rasmi dijangka dapat diketahui sekitar jam 10 malam.

SPR jawab isu '96% pengundi hantu' di Btg Ai

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak laporan pemantau bebas Malaysians for Free and Fair Election (Mafrel) tentang kewujudan "pengundi hantu" di DUN Batang Ai, Sarawak.Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sebagai NGO pemerhati yang diiktiraf suruhanjaya itu, Mafrel seharusnya tidak menimbulkan kekeliruan rakyat, lapor Bernama."SPR tidak berhak untuk memindah alamat daftar pemilih di sesuatu kawasan, selain tidak berhak untuk menghapuskan nama pemilih yang telahpun meninggal dunia selagi tidak menerima surat kematian yang sah daripada pihak Jabatan Pendaftaran," katanya selepas menyampaikan taklimat sempena persiapan pilihan raya kecil Batang Ai di Lubok Antu hari ini.Mafrel baru-baru ini melaporkan terdapat 7,117 ataupun 96 peratus daripada 8,006 pengundi di DUN itu tidak mempunyai alamat tetap dan tidak dapat dikesan.Wan Ahmad dilaporkan menambah, Mafrel seharusnya faham keadaan di Batang Ai kerana kebanyakan pemilih yang berdaftar tidak tinggal tetap di sesuatu tempat kerana telah berpindah dan bekerja di luar kawasan mengundi. Katanya, hanya pemilih atau keluarga pemilih (jika pemilih sudahmeninggal dunia) berhak untuk membuat sebarang perubahan kepada senarai daftar pemilih yang dipegang oleh SPR selepas mendapat dokumen pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara atau polis."Tidak semudah yang disangka untuk menggunakan nama pengundi yang telah meninggal dunia, kerana kita harus memeriksa kad pengenalan, selain dokumen rasmi yang lain sebelum membenarkan mereka yang terbabit untuk mengundi," beliau dipetik berkata.Katanya, SPR berhak untuk menolak nama seorang pemilih sekiranya wujud kesangsingan dengan status pemilih yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri selain kad pengenalan seperti lesen memandu.Batang Ai mempunyai pemilih berusia 111 tahun dan 109 tahun (masing-masing seorang), dua orang (95 tahun), 14 orang (81hingga 90 tahun) dan selebihnya bawah 79 tahun, tambah Wan Ahmad.Sebanyak 26 saluran pengundi akan dibuka pada 7 April depan, termasuk satu untuk undi pos dan keputusan dijangka diumumkan kira-kira 9 malam.Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini diadakan Ahad ini.

Abdullah serah jawatan PM pada Najib..

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan Dasar Presiden terakhirnya hari ini menegaskan, beliau akan memberi sokongan padu kepada Presiden Umno baru, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang bakal mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri keenam.
“Saya percaya, saya menyerahkan tanggungjawab negara kepada nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudikan bahtera negara.
“Saya menyeru supaya beliau diberikan sokongan yang padu untuk membolehkan beliau membawa negara ke mercu kejayaan yang lebih gemilang,” kata beliau dalam ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2008 pagi ini.
Najib, Timbalan Perdana Menteri, telah memenangi jawatan Presiden tanpa dicabar selepas Abdullah memutuskan untuk tidak bertanding.
Abdullah turut menjelaskan sebab beliau memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatannya kali ini.
Perdana Menteri berkata, beliau memutuskan untuk tidak bertanding demi memperkukuhkan parti selepas keputusan dalam pilihan raya umum tahun lalu.
“Jika kita terus bertanding begitu hebat, bermati-matian untuk merebut jawatan, tetapi apakah ertinya jawatan tersebut kepada Umno yang telah tinggal rangka yang terbujur di kuburan.
“Barang dijaduhkan Allah dari Umno menimpa nasib hiba yang sedemikian.
“Atas kesedaran tersebut, atas rasa cinta kepada Umno, atas rasa tanggungjawab terhadap Umno dan bangsa Melayu, saya memilih untuk menunjukkan teladan, dengan tidak mempertahankan jawatan Presiden parti, bertujuan memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda walaupun masih terdapat ramai daripada ahli-ahli parti dan rakan-rakan baik di dalam ataupun di luar kerajaan meminta saya untuk terus mempertahankan jawatan,” katanya.
Abdullah menambah, beliau menghargai keputusan rakan-rakan yang turut memilih langkah yang sama - di semua peringkat.
“Bahawa jawatan dan kedudukan bukannya milik peribadi sedangkan harta milik peribadi juga tidak akan dapat dibawa sampai ke mati,” katanya lagi.

Khairy ooohh Khairy

lepas tu.. penyokong Mukhriz protes Khairy plak.. wakahak..


Najib Perlu Membuktikan Dirinya Bersih Dari Tuduhan Yang Dilemparkan

Yesterday I gave an interview to Sarah Stewart, the Bureau Chief of AFP in Malaysia. Among the questions she asked me was the unavoidable question about the international scandal linking Dato’ Seri Najib Razak with the murder of Altantuya Sharibuu and with the purchase of the Scorpene submarines.
I told Sarah that in my long experience as a politician the only way to clear one’s name when a scandal has broken out around oneself is to meet it head on in the court of law. The BMF scandal of the 1980’s also had its share of lurid detail. There too a large sum of money and a murder was involved. An unseen hand had woven the threads of the story around me to destroy me politically. But when international newspapers alleged that I was involved in any wrongdoing, I took action against each and every one of them in their home jurisdictions.
I sued The Telegraph and The Sunday Times of the UK, and The South China Morning Post of Hong Kong. I won all three cases, the newspapers published unreserved apologies and printed retractions covering half a broadsheet page each, and I came away with a tidy sum of money for my trouble.
It is safe to say that in the international media, the incoming Umno President and the presumptive Prime Minister is being evaluated through the Altantuya scandal. The UK’s Sunday Times, the International Herald Tribune, the French daily, Libération, The Australian Financial Review, the Far Eastern Economic Review and the New York Times have all published stories raising questions about the link between the murdered young woman, Dato’ Seri Najib, and the gigantic commission paid out by the French company Armaris to a Malaysian company for the purchase of submarines. This is now an international story.
And this story will not go away. With its dramatic details and the alleged involvement of elite Malaysian government operatives, it captures the journalistic imagination. But the story is now connected with an ongoing investigation into the dealings of a major French company. The story is also going to stick around because it is a handy looking-glass into Malaysia’s “increasingly dysfunctional political system.” It implicates our entire system of government, our judiciary, and our press, and it casts a shadow on our ability as a nation to face and tell the truth. Against this backdrop promises of reform ring hollow. The storyline of the New York Times article, for example, is that scandal-clouded succession reveals a once confident young country shaken to its foundations by institutional rot. I cannot say this is inaccurate.
The scandal is bringing shame to the nation and damaging our international credibility. For the honour of the nation, for the honour of the office of prime minister, for the honour of the sovereign institutions expected to endorse, confirm and lend authority to him should he become prime minister according to Umno’s plans, Dato’ Seri Najib Tun Razak should finally face these suspicions and implied charges, submit himself to legal scrutiny, and come clean on them.
Swearing on the Al-Quran is not the way out. Scoundrels have been known to do that. The truth, established through the rigorous and public scrutiny of the law, is the only remedy if an untrue story has gained currency not just internationally but at home among a large section of the people.
Najib should voluntarily offer to testify at the trial of the two officers charged with killing Altantuya Sharibuu. He could also write to these newspapers and if necessary he should take legal action against them to clear his name and that of our country.


Written by razaleighhamzah
March 25, 2009 at 7:30 am

UMNO - Jalan Pintas Ke Neraka!!

Aku bukan Ahli Majlis Fatwa.. Bukan.. aku juga bukan Ahli Majlis Agama Islam… Bukan juga ..Aku juga bukan Ustaz… bukan .. tambahlagilah Ustaz cap kepala ayam… Aku cuma sebagai Umat Islam yang saling sampai -menyampaikan sahaja.. Untuk Cerita lebih lanjut ada kat sini.

Jadi dah kalau macam tu, pakat-pakat keluarlah dari UMNO… Dan buat paar pengundi PRK Bukit Gantang,,, Ingat jangan UNDI UMNO… Short Cut ke Neraka..Dalam Islam ni hanya ada Dua sahaja… Neraka atau syurga.. Tepuk dada tanya Iman…….Mamposs UMNO

UMNO takkan berubah: Orang Baru, Sistem Lama

Bukan mudah untuk mengubah sesuatu perkara yang sudah menjadi darah daging dan 'wirid' harian. Malah ianya sudah berakar umbi. Apatah lagi sistem, perlembagaan, undang-undang serta peraturan malah amalan dalam sesuah organisasi tersebut sudah berakar umbi sejak sekian lama.
Lebih malang lagi Islam yang sepatutnya menjadi asas dan matlamat perjuangan diletakkan setaraf dengan biro pertanian dan sebagainya. Maka sudah pasti sebarang cakap dan tutur kata untuk membaiki sesebuah parti hanya tinggal retorik dan angan-angan kosong.
Itulah yang bakal terjadi kepada Umno. Walaupun sebahagian besar pimpinan Umno iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ketiga-tiga Ketua sayap Umno adalah orang baru namun saya yakin Umno tidak akan berubah dari stail dan perangai lama. Ini kerana sistem, undang-undang dan peraturan dalam Umno masih sama cuma orang yang bertukar.
Rasuah, fitnah-memfitnah, penyalahguna kuasa, zalim, tohmah, caci-mencai, 'cah keting' dan sebagainya sudah tentu sukar untuk dikikis dari Umno kerana hanya iman dan Islam yang dapat mengawal dan membasmi semua perkara jijik itu. Selagi Islam dikesampingkan (seperti yang Umno amalkan) maka selagi itulah segala sifat mazmumah itu akan terus bergentayangan dan menjadi 'wirid' harian pemimpin dan ahli Umno.

RPK sets Barisan Rakyat’s support to the 7 April by-elections

Attention Barisan Rakyat Bloggers and Special Bunch teams… the time has come again to mobilise…. get off your asses =]
Since RPK’s self-imposed exile from Selangor (read about it here, if you have just returned from outer space)… we will probably miss the great man at our regular Sunday PJ Vigils and Anak Bangsa Malaysia meetings for awhile.
The good news is that the 3 by-elections (Bukit Selambau in Kedah, Bukit Gantang in Perak, Batang AI in Sarawak) are outside Selangor =]

Haris met with RPK earlier tonight to plot frameworks and strategies for the Barisan Rakyat bloggers and ground teams to cover the by-elections.

Najib sempat atau tak jadi PM


Sah.Lepas kiraan semula,KJ diumumkan sebagai ketua sayap muda Pekembar.Kekalahan Mukriz melenyapkan legasi memanda menteri pencen dalam Pekembar.Nampak gayanya esok cancellah che det ke perhimpunan Pekembar.
Mana sumber tok dapat.Korang boleh baca kat laman sesawang the star.Bagi ahli-ahli Pekembar yang menjadi pengikut-pengikut Pak Lah,kemenangan menjadi milik mereka setelah kesemua calon yang direstui Najib tewas.Sorang demi seorang hulubalang kanan Pak Lah menang.Kak Ijat jadi tok tua wanita,KJ sayap muda,Razali timbalannya.Rizal tok ketua putera dan Rosnah tok ketua puteri Pekembar yang baru.
Mood penyokong-penyokong Najib dan Mantan Memanda Menteri tak payahlah tok nak ulas.sendiri mau ingatlah ok.Itulah lain kali jangan celebrate awal-awal.Nampak sangat darah muda dalam Pekembar tak suka kat Najib.
Esok juga dijangkakan senario yang sama dan Muhyiddin,Hisham,Zahid tumbang di tangan hulubalang kanan Pak Lah.Perebutan di dalam MT juga akan menyaksikan orang Pak Lah menang.Nasib Ismail Sabri dan Saifuddin juga kritikal kerana dilihat semakin menghampiri kem Najib.
Jika ini berlaku,kedudukan Najib sebagai PM dikelilingi oleh hulubalang Pak Lah dalam kabinet dan Pekembar.Tidak mustahil selepas pemilihan Pekembar,akan ada usul meminta Pak Lah kekal sebagai PM dan Presiden UMNO sehingga PRU13.
Khalayak ramai menanti dengan penuh suspen,najib sempat atau tak jadi PM.

Khairy, Shahrizat ketuai Pemuda, Wanita

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang ketua Wanita Umno dengan majoriti besar apabila mengutip 507 undi berbanding penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz yang meraih 280 undi.Rafidah menerajui Wanita Umno sejak 1984, melainkan untuk satu penggal ekoran kekalahannya kepada Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman pada 1996. Ahli parlimen Kuala Kangsar memenangi semula jawatan itu daripada Siti Zaharah pada pemilihan 2000 sehingga dikalahkan hari ini.Shahrizat menewaskan Rafidah dengan majoriti 227 undi.Jumlah undi bagi jawatan ketua Pemuda menimbulkan debaran berpanjangan apabila ia diumumkan paling lewat malam ini.Persaingan sengit tiga penjuru akhirnya dimenangi oleh naib ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dengan menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.Menantu perdana menteri mendapat 304 undi, bekas menteri besar Selangor itu (254) dan anak mantan perdana menteri (232). Sementara naib ketua dikuasai oleh Datuk Razali Ibrahim dengan menewaskan Datuk Reezal Merican Naina Merican, regu Khairy.Kemenangan Khairy ini, yang diberikan amaran berhubung kesalahan melanggar tataetika pertanding Umno, dibantah oleh sekumpulan kira-kira 200 penyokong Mukhriz. Berkumpul di tingkat bawah PWTC sejak keputusan rasmi diumumkan 11.20 malam ini, mereka melaungkan "Khairy rasuah" dan menyifatkan kemenangan ini bukan seperti dihasratkan oleh Umno.Sepasukan polis sedang mengawal mereka, yang kelihatan menghalang pihak berwajib dengan membentuk "rantaian manusia" daripada menyuraikan mereka.Jawatan ketua Puteri dipertandingkan enam penjuru antara Datuk Shahaniza Shamsuddin, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ismalina Ismail, Bibi Sharliza Mohd Khalid, Ida Rahayu Md Noor dan Saarah Ali Bashah.Rosnah dan Shahanim Mohamad Yusoff masing-masing terpilih ketua dan timbalan ketua Puteri Umno.Turut dipertandingkan, jawatan-jawatan exco, pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap ketiga-tiga sayap berkenaan.Seramai 796 perwakilan Wanita, Pemuda (791 orang) dan Puteri (789 orang) membuang undi.Pengundian bermula kira-kira jam 11.45 pagi dan selesai kira-kira dua jam kemudiannyaBerdasarkan proses pengundian yang berjalan lancar pagi tadi, ramai yang beranggapan bahawa para perwakilan sudah tekad memilih calon masing-masing.Esok bermula pula persaingan sengit dua penjuru jawatan nombor dua Umno dan naib presiden (lapan calon) selepas majlis perasmian oleh presidennya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jam 9 pagi.Menurut jadual, pengundian untuk menentukan nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan bermula jam 11 pagi.Timbalan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak secara rasmi akan diumum sebagai pengganti Abdullah.Selain perebutan 25 kerusi sebagai anggota Majlis Tertinggi di kalangan 50 calon, turut dipertaruhkan adalah jawatan pengerusi tetap dan timbalannya.

Wednesday, March 25, 2009

Panduan jika anda ditahan polis


'Buku merah' Majlis Peguam - panduan berguna bagi seseorang yang tidak biasa ditahan polis atau buta undang-undang sewaktu berdepan dengan pihak berwajib itu. Edisi bahasa Inggeris risalah kecil panduan asas itu kini boleh diperolehi di laman web rasmi badan profesional itu, http://www.malaysianbar.org.my/

Risalah dua halaman 'Polis dan Hak Asas Anda' disediakan oleh satu jawatankuasa kecil Majlis Peguam yang dikenali Tindakan Anti Penyalahgunaan Kuasa Polis (Tangkap).

Dalam buku kecil itu terdapat panduan:

Seseorang berhak meminta kad pengenalan polis ketika ditahan. Jika anggota polis itu menunjukkan kad merah, anda boleh mengabaikan arahannya kerana dia sedang digantung tugas.

Anda juga berhak menelefon ahli keluarga, rakan atau peguam untuk menyampaikan maklumat mengenai penahanan seperti, masa, tempat dan sebab ditahan dan lokasi tahanan,

Anda mungkin ditahan selama 24 jam di balai polis atau dalam penjara untuk membantu siasatan.

Buku panduan itu menjelaskan juga cara-cara memberikan keterangan kepada polis bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah, selain prosedur tahanan reman dan tatacara pemeriksaan badan. Ia juga memuatkan nombor telefon pejabat-pejabat Pusat Bantuan Guaman (LAC) badan profesional itu di seluruh Semenanjung.Kira-kira 100,000 salinan 'buku merah' telah dicetak untuk edaran kali pertama bulan lepas.Edisi bahasa Melayu buku merah akan diedarkan, termasuk di laman web, apabila ia siap disediakan.

Petisyen Bantah terhadap Najib Razak Sebagai Perdana Menteri


Anda dijemput menandatangani petisyen bantahan terhadap Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia di laman web http://www.petitiononline.com/pmbersih/petition.html

Milik Siapa Pula Rumah RM27 juta ini?


Sekarang ini musim manusia berlumba-lumba membina mahligai yang mengalahkan Donald Trump, hartawan Amerika Syarikat.Begitulah kisahnya sebuah rumah yang boleh dikategorikan sebagai mahligai atau lebih sesuai istana yang terletak sergam indah di Jalan Suasa, Seksyen 7, Shah Alam, ibu negeri Selangor.
Kalau tidak silap di lokasi yang samalah terbinanya sebuah rumah berharga RM10 juta milik seorang ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.Beza harga rumah yang itu dan ini juga bagai langit dengan bumi. Yang CEO harga cuma RM10 juta tapi yang mantan MB pula atas sikit, lebih kurang RM27 juta sahaja. Jumlah angka kosong sama tapi angka depan sahaja yang lain sikit.Kalau sesiapa layari blog "Anti-Khir Toyo" bolehlah lihat betap besar dan mewahnya kediaman kepunyaan khabarnya seorang ahli politik Umno yang dulunya bos besar di Selangor. Sejak kerajaan Umno-BN tumbang jadilah ia wakil rakyat biasa.Suaranya pun jarang-jarang didengar sejak kalah,hanya sekali-sekala bertempek mengenai ketelusan, keadilan, membenteras rasuah dan sebagainya sejak menjadi pembangkang, mungkin nostalgia zaman kegemilangan, kecermelangan dan terbilang menghantui perasaannya. Tidaklah pula diketahui pencen ahli politik sebegitu besar sampai mampu membiayai pembinaan rumah yang sebegitu mahal dan canggih, sebab dengar-dengar rumahnya "fully eletronic".Tapi setakat maklumat yang dipaparkan dalam laman web kerajaan negeri Pakatan Rakyat selangor, gaji paling tinggi ahli politik Selangor pun ialah gaji MB Tan Sri Khalid Ibrahim sekitar RM47,000 sebulan campur elaun. Itu pun kalau ditolak cukai pendapatan, kos saraan diri dan keluarga dan perbelanjaan sebagai wakil rakyat berapa sangat yang tinggal kecualilah ada sumber pendapatan lain yang rakyat tidak tahu!Jika dilihat gambar-gambar yang diposkan dalam blog tersebut gambaran yang didapati sudah tentu ianya sebuah rumah di Hollywood, kepunyaan bintang filem tersohor tetapi rupa-rupanya milik seorang rakyat Selangor yang kaya-raya.Tempat letak kereta pun dikatakan boleh muat 30 ke 50 buah kenderaan dan rumah pula dikelilingi tembok yang besar seperti Tembok Besar China, kata penulis blog tersebut.Air terjun pun, macam-macam ada. Malah penulis blog mengatakan rumah ini lebih hebat daripada Mahligai arwah Datuk Zakaria Mat Derus.Mungkin kena panngil Donald Trump ke Malaysia dan jerit "you are fired" kepada ahli politik yang terlalu kaya ini.

Malaysia Tanah Airku….Tapi Hidup Seperti Di Negara Komunis!!!

Kelmarin Kementerian Dalam Negeri mengumumkan penggantungan permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan. Hari ini tindakan membina ‘jeriji besi’ bagi menutup kebebasan melapor berita diteruskan ke tahap kedua apabila UMNO mengumumkan beberapa media internet tidak dibenarkan membuat liputan berita mengenai Perhimpunan Agung ke 59 parti itu yang bermula hari ini.
Sekurang-kurangnya enam media internet iaitu Malaysiakini, The Nut Graph, Malaysian Insider, Siasah, Merdeka Review dan Laksou tidak mendapat kelulusan akreditasi media daripada ibu pejabat UMNO. Tidak ada alasan pula diberikan mengapa media internet tersebut tidak dibenarkan membuat laporan. Mungkin kerana media internet ini terlalu telus dan kerana itu ia perlu dianggap musuh oleh UMNO yang gemar menyembunyikan fakta itu?
Namun tidak semua media internet tidak dibenarkan membuat liputan berita perhimpunan agung UMNO. Agenda Daily yang sering memaparkan berita memuji UMNO yang lebih kurang sama dengan Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times diberikan pas media untuk menghadiri perhimpunan itu.
Membaca berita penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan serta perintah tidak memberi kebenaran kepada enam media internet membuat liputan perhimpunan agung UMNO mengingatkan kita kepada era kegemilangan komunisme dahulu. Di negara blok komunis, termasuk dua kuasa besar ketika itu - Soviet Union dan Republik Rakyat China - tiada langsung kebebasan media. Yang ada ketika itu cuma akhbar-akhbar yang hanya memaparkan berita mengenai pemerintah yang bersumberkan agensi berita utama - Pravda di Soviet Union dan People Daily News di Republik Rakyat Cina. Ketika itu teknologi komunikasi belum secanggih kini, jika tidak, mungkin media internet juga tidak dibenarkan membuat liputan berita di negara-negara itu.
Kini komunisme telah runtuh. Negara-negara di bawah paksi Soviet yang dulu berbangga dengan ideologi komunis kini telah menerima demokrasi sepenuhnya. Di China, walaupun masih diperintah oleh Parti Komunis, tetapi kebebasan memberi pendapat sudah dibuka luas. Akhbar-akhbar yang dulunya hanya bersumberkan berita dari Pravda dan People Daily News, kini dibenarkan memaparkan berita, termasuk mengkritik kerajaan.
Namun Malaysia kelihatan sebaliknya. Ketika negara blok komunis membuka “jeriji besi” dan membenarkan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar, kita mundur beberapa tapak ke belakang. Memang dasar kapitalisme yang diamalkan Malaysia kini berbeza sama sekali dengan komunisme era Soviet dan China, namun cara kita mengawal media tidak ubah seperti zaman kegemilangan komunis dahulu!
Semasa Tun Razak menjadi Perdana Menteri dahulu, beliau telah merintis jalan mengadakan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China yang komunis itu. Kini anak lelaki allahyarham seperti mempunyai minat yang mendalam dengan ciri-ciri pemerintahan komunis yang anti-kebebasan media melapor berita!

Kit Siang pula kena halau



Anggota Parlimen veteran Lim Kit Siang hari ini diarah keluar daripada persidangan Dewan Rakyat sehingga pukul 1 tengah hari ini setelah beliau membuat tohmahan terhadap Umno dengan mengeluarkan kata-kata 'Umno Gila' dan 'Umno Gila Kuasa'.Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandie mengambil keputusan itu setelah Lim (DAP-Ipoh Timur) enggan menarik balik tuduhan itu walaupun berkali-kali diarahkan berbuat demikian.Lim sebaliknya bertegas dan bahawa beliau tidak melanggar sebarang peraturan mesyuarat dan mendakwa beliau tidak menyakitkan hati sesiapa atau mana-mana kaum.Bagaimanapun pandangan itu tidak diterima Ronald yang mengatakan bahawa terdapat ramai anggota Umno dalam dewan itu yang sakit hati dengan kenyataan itu."Saya tidak mahu ambil tindakan tetapi kalau Yang Berhormat (YB) berdegil seperti ini YB telah melanggar arahan saya. Saya tidak ada cara lain melainkan mengeluarkan YB daripada dewan ini sehingga jam 1 tengah hari ini," katanya.Kali terakhir Lim diarah keluar dewan ialah sekitar 1990an apabila beliau digantung daripada menghadiri persidangan dewan selama lapan bulan.Sebelum itu persidangan Dewan Rakyat kecoh hampir 30 minit apabila anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah ekoran kenyataan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) yang menyifatkan Lim tidak tetap pendirian berhubung Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Pindaan) 2009, kerana menghalang pembentangannya hari ini walaupun sebelum ini mengakui kepentingan rang undang-undang itu.Menafikan kenyataan Mohd Puad, Lim berkata beliau tidak menghalang rang undang-undang itu daripada dibahaskan, sebaliknya hanya mempertikaikan mengapa ia dibahaskan secara tergesa-gesa sehingga tidak memberi masa kepada anggota Parlimen untuk mengkaji pindaan yang akan dibuat.Rang Undang-Undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam."Saya tahu semua ahli Umno sedang gila dengan perhimpunan Agung Umno sekarang... Umno gila kuasa," kata Lim yang menimbulkan kemarahan di kalangan anggota Parlimen kerajaan yang bangun menuntut supaya Lim menarik balik kenyataan itu.Kekecohan yang berlaku juga menyebabkan ada beberapa anggota Parlimen lain mengeluarkan perkataan kesat, termasuk Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang menyifatkan pembangkang sebagai "biadap".Keadaan menjadi lebih tegang apabila pembangkang yang tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan terhadap Lim bangun membantah dan terus mengulang-ulang perkataan 'Umno Gila Kuasa' sebelum sebahagian besar turut keluar dewan.

We’ll track them even to their graves, says election watchdog



Election watchdog Malaysians For Free and Fair Election (Mafrel) is to send its men to Batang Ai to track down 26 voters who were aged 90 years and above, including the oldest one aged 111 years old.
Based on the electoral roll to be used for the by-election, Mafrel claimed the oldest voter was a female born in the year 1898 and listed under Kutai polling district.
Mafrel’s deputy head of observation mission for Batang Ai by-election Lawrence Gamjap said if the voters were no longer living, their names must be cleared from the electoral roll to prevent outsiders from casting votes.
“We will deploy our men on March 28 to track down these voters. If they are dead, we will visit their graves. But if they are alive, then prove it to us,” he said when met here yesterday.
There are 8,006 registered voters including 43 postal voters for the Batang Ai by-election.
Lawrence also claimed that out of the 8,006 registered voters, 96 per cent or 7,117 of them are without complete addresses or untraceable.
He said this was the highest percentage of untraceable voters ever encountered by Mafrel since it started to monitor elections in Sarawak in 2006.
“Thus, we doubt the authenticity of these voters whether they really belong to those polling areas,” he said.
According to Lawrence again, Mafrel will be sending 70 personnel including volunteers to monitor the Batang Ai by-election.
Most of them, he said, would be stationed at the 24 polling stations.
“We want to make sure the election process is clean and free from any practice that is against any regulation,” he said.
The Election Commission has fixed March 29 as nomination day for the by-election, and April 7 for polling shall there be contest.
Thus far, Barisan Nasional (BN) and Parti Keadilan Rakyat (PKR) have confirmed their candidates for Batang Ai.
A newcomer, engineer Malcolm Mussen Lamoh from Parti Rakyat Sarawak (PRS) will be the candidate from BN, while PKR will be represented by former five- time Lubok Antu MP Jawah Gerang.
A blogger Johnny Chuat has expressed his intention to contest, but has yet to confirm his candidacy.
The by-election was to be held following the death of incumbent Datuk Dublin Unting Ingkot, a state assistant minister and PRS vice-president, on Feb 24.
In a press conference on March 3 to announce the dates for Batang Ai by-election, EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof said they have agreed to allow Mafrel to act as an observer during the by-election.
“Mafrel has been with us in many elections. And we recognise the role played by Mafrel,” he said

Umno/Bn mula bertindak kotor di Bukit Gantang

Pengarah Jentera Operasi PAS Parlimen Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi melahirkan rasa kesalnya di atas provokasi kotor oleh Umno/Barisan Nasional terhadap PAS/Pakatan Rakyat di sini menjelangnya pilihan raya kecil pada 7 April ini.
"Walaupun kempen sepatutnya berlaku selepas hari penamaan calon 29 Mac ini, tapi Umno/BN telah bertindak liar menggunakan jentera perang saraf jahat dengan mengedarkan gambar-gambar dan risalah serta menggunakan pihak polis bagi menentang lawan cara di luar batas kemanusiaan," tegas Asmuni dalam sidang media di Markaz Tarbiyah PAS Air Kuning dekat sini petang semalam.
Dakwanya, beliau terkejut apabila mendapati Umno/BN mengedarkan gambar-gambar "menghina Sultan dan PAS/Pakatan Rakyat", memburukkan parti lawan cara peribadi pada hal perbuatan sebegitu adalah dilarang kerana ia di luar tatasusila kemanusiaan.
"Apa ini. Perkataan anjing pun ada dilebelkan pada sekeping gambar risalah berkenaan. Adakah ini perbuatan pemimpin atau ia dilakukan oleh yang berkaki empat memanjat dan melompat di atas pokok?" tanya Asmuni.
Beliau juga mendakwa majlis pengisytiharan calon pada 23 Mac kelmarin yang dilakukan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang diganggu sedangkan ia mendapat permit polis.
"Mengapa ketika majlis sedang rancak berjalan pihak polis dan FRU berpakaian lengkap dengan senapang gas pemedih matanya tiba-tiba hendak naik ke atas pentas untuk menghalang, padahal sebelum itu pun telah ditunjukkan bahawa PAS ada permit sah," jelasnya.
Walau bagaimanapun, beliau bersyukur kerana keadaan dapat dan kira-kira 30,000 orang pelbagai kaum yang tidak berpuas hati di atas tindakan Umno/BN hendak menunjukkan kuasa belangnya yang tidak kena tempat itu dapat ditenteramkan.

Segala aktiviti dan maklumat Bilik Pengarah Operasi P-59 boleh dilihat melalui laman web: http://prk059.pas.org.my/ - mns_