Sunday, May 22, 2011

'Tiba-tiba tanah kejar saya' : Saksi tragedi tanah runtuh



BHonline1

Mutakhir : Senarai mangsa tragedi tanah runtuh

KUALA LUMPUR : Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.

Sehingga jam 5.30 pagi ini, semua mangsa yang tertimbus sudah dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera. Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada 5.05 pagi. Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.

Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.

1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9, 4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Zaim *
7) Angah *
8) Rahimi *
9) Zaid Ashwal, 18,
10) Riz, 9,
11) Lokman, 11,
12) Fahad, 9,
13) Aiman, 10,
14) Hazim, 9,
15) Mustakim *
16) Hasril, 11,


Sembilan yang terselamat ialah:

1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiq, 23,

* umur tidak diketahui

Mangsa terakhir tanah runtuh dikeluarkan

KUALA LUMPUR : Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi. Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Azman Ayob, ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat. Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Azman berkata, lokasi mangsa yang berada berdekatan antara satu sama lain membantu memudahkan usaha mencari dan menyelamat.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), SMART, Tentera 4 Divisyen, dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

"Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk pastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap," katanya.

- BERNAMA

www.bharian.com.my/

Bob Lokman di Majlis Himpunan 10k Pemuda Negeri Kelantan di Padang Perdana 20 Mei 2011

DAKWAH DALAM SENI NYANYIAN


ceramahterkini

Nik Aziz rahsiakan sokongan

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membayangkan beliau ada calon tersendiri untuk disokong sebagai Timbalan Presiden Pas menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti itu bulan depan.

Bagaimanapun Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak boleh umumkannya bagi mengelakkan kenyataannya mempengaruhi perwakilan yang akan membuat undian.

“Kalau saya minat pun (untuk angkat individu sebagai timbalan presiden), saya tidak boleh sebut sekarang. Itu rahsia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Nik Aziz ditanya apakah benar beliau menyokong Naib Presiden Pas, Datuk Ibrahim Tuan Man sebagai calon untuk bertanding sebagai timbalan presiden seperti disebut-sebut.

Selain Tuan Ibrahim lima lagi calon yang layak bertanding jawatan nombor dua itu adalah Datuk Seri Azizan Abd Razak, Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub, Mohamad Sabu dan penyandang Nasharuddin Mat Isa.

Ditanya mengenai Mohamad yang dapat sokongan lebih tinggi daripada Nasharuddin, Nik Aziz berkata, terserah kepada perwakilan untuk menentukan calon yang layak.

“Saya minta mereka yang akan membuat undian mengambil kira bahawa orang yang dipilih adalah pemimpin Islam yang layak, dengan tingkah laku dan kata-katanya. Sama ada pemimpin A atau B tidak kira, itu terpulang.

“Saya beri kebebasan sepenuhnya kepada perwakilan, mereka adalah orang yang layak dan diberi kepercayaan untuk memilih,” katanya.

Pada 2009, Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan menggesa Nasharuddin meninggalkan Pas dan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan UMNO.

PRU-13 dijangka paling sengit

BALING - Pilihan raya umum (PRU) ke-13 dijangka menjadi paling sengit dalam sejarah politik negara, bukan hanya kepada UMNO-Barisan Nasional (BN) tetapi juga parti politik lain yang bertanding.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata, permainan politik tidak sama seperti biasa dan ia perlu disematkan di dalam pemikiran semua pemimpin dan ahli UMNO.

“PRU akan datang adalah paling sengit dalam sejarah politik negara, biar saya bagi amaran, ia (PRU) akan jadi yang paling ‘tough’ untuk UMNO dan parti-parti yang bertanding kelak, bukan seperti (PRU) biasa.

“Tengok sahaja 16 pilihan raya kecil, separuh daripadanya saya pimpin, rak­yat sudah terbuka pemikiran dan tahu apa terjadi, mereka menuntut pelbagai perkara dan disebabkan itu permainan politik kini tidak lagi sama seperti biasa, ini kita mesti masukkan dalam pemikiran kita,” katanya semasa berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Baling 2011, di Dewan Kompleks Rakan Muda, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah; Ketua UMNO Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menurutnya, apa dilalui parti itu sejak puluhan tahun dahulu adalah proses politik biasa dan untuk PRU akan datang, ia menuntut UMNO membuat persiapan lebih rapi serta bersedia menghadapi tentangan daripada parti lawan.

“Adakah Pas Kedah akan serah (pentadbiran kepada UMNO) macam itu sahaja? Tidak mungkin..mereka akan pertahankan bermati-matian.

“Orang kata, Kedah di bawah Pas tidak banyak pembangunan tetapi Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) turun ke bawah (padang), orang kata he’s a good man’,” katanya.
Muhyiddin berkata, UMNO hari ini berhadapan dengan cabaran yang sangat hebat dan jika pemimpin serta ahli percaya kepada perjuangannya, mereka perlu pertahankan dan berjuang bermati-matian.

“Tidak ada paksaan sesiapa (untuk sertai UMNO), kita duduk dalam UMNO bukan pimpin puak-puak dan suku sakat tetapi memimpin masyarakat.

“Setiap satu undi, setiap satu dewan undangan negeri (DUN) mahupun parlimen, adalah penting untuk UMNO-BN, jika rasa ada masalah (dalaman), kena selesaikan segera,” katanya.
Menurutnya, selepas PRU 2008, Kedah sendiri mengalami kejutan yang tidak terduga oleh mana-mana pemimpin UMNO dan kalah kepada Pakatan Rakyat (PR).

SH

Kerusi Timbalan Ketua Pemuda PAS 'panas'

KUALA LUMPUR, 21 Mei : Selepas perebutan untuk jawatan nombor satu Dewan Pemuda PAS Pusat terjawab, tumpuan kini beralih kepada kerusi timbalannya pula.

Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga calon untuk jawatan nombor dua itu telah mengesahkan diri bertanding, termasuk penyandangnya Azman Shapawi Abd Rani.

Dua lagi yang menyatakan hasrat sama adalah Pengarah Pilihan Raya dewan itu Mohd Firdaus Jaafar dan Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini juga dicalon untuk bertanding jawatan ketua pemuda, namun telah menyatakan pendirian menolaknya sekaligus membuka ruang kepada penyandang jawatan itu, Nasruddin Hassan untuk menang tanpa bertanding.

Keseluruhan nama yang layak untuk bertanding timbalan ketua pemuda adalah seramai sembilan orang termasuk Nasruddin.

Nasruddin bagaimanapun telah menyatakan hasrat mempertahan jawatan ketua pemuda yang disandangnya dan menjadikan calon timbalan kini lapan orang.

Selain Azman, Firdaus dan Suhaizan, lima lagi pencabar untuk jawatan itu adalah Ahmad Sabki Yusof, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Riduan Mohd Nor, Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob dan Mohd Nor Hamzah.

Sabki yang juga salah seorang penyandang naib ketua pemuda bagaimanapun ketika dihubungi Harakahdaily menyatakan hasrat menolak semua pertandingan jawatan dalam pemuda sebaliknya hanya akan bertanding di peringkat AJK PAS Pusat.

"Saya sudah bagi surat jawapan kepada Jawatankuasa pemilihan.

"Saya hanya menerima untuk bertanding AJK PAS Pusat," katanya.

Sementara itu, Ridhuan Mohamad Nor pula memberitahu Harakahdaily bahawa belum membuat sebarang keputusan terhadap perkara itu dan mahu tunggu dan lihat

Untuk jawatan naib ketua, Dr Raja Ahmad Al His telah mengesahkan beliau akan bertanding jawatan yang kini disandang oleh Ahmad Sabki Yusof itu.

Sabki yang baru dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan itu atau mana-mana jawatan dalan Pemuda PAS.

Berikut ialah senarai penuh calon layak bertanding jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013:

Ketua

1. Azman Shapawi Abd Rani, ustaz
2. Mohd Firdaus Jaafar, ustaz YB
3. Nasruddin Hassan, usaz
4. Suhaizan Kaiat

Timbalan Ketua

1. Ahmad Sabki
2. Azman Shafawi
3. Firdaus Jaafar, YB
4. Mohd Nor Hamzah, YB
5. Nasaruddin Hassan
6. Nik Abduh Nik Aziz
7. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
8. Riduan Mohd Nor
9. Suhaizan Kaiat

Naib Ketua

1. Azman Shafawi, Ustaz
2. Firdaus Jaafar, YB
3. Kamaruzaman Mohamad
4. Khairi Faizi Kamil
5. Mohd Nor Hamzah
6. Mohd Sany Hamzan
7. Nasir Zakaria, YB
8. Nik Abduh Nik Aziz
9. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob
10. Riduan Mohd Nor
11. Sabki Yusof
12. Suhaizan Kaiat


Nazri Abdullah Harakahdaily

Anggota keluarga angkat sedih, menanti maklumat terkini

Operasi mencari dan menyelamat
dijalankan di lokasi rumah anak yatim.
KAJANG, 21 Mei – Seorang wanita hanya mampu menitiskan air mata apabila dimaklumkan bahawa dua cucu angkatnya terbunuh dalam tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim di Hulu Langat dekat Kajang petang tadi.

“Anak (angkat) saya OK. Cucu-cucu saya meninggal dunia,” kata Rosidah Ismail kepada pemberita di Hospital Kajang Hospital di sini.

Sekurang-kurangnya lima orang telah disahkan maut dalam tragedi terbaru ini.

Mereka yang terbunuh berusia antara 11 dan 14 tahun.

Seramai 10 lagi dilaporkan terperangkap dalam kejadian hari ini.

Kesedihan Rosidah dikongsi oleh Ismail Mohd Sidek, yang merupakan pak cik kepada cucu-cucunya, Zaim Azahari dan Mohd Azred Azahari, masing-masing berusia 14 dan lapan tahun.

Rosidah Ismail

“Mereka macam anak saya sendiri,” kata Ismail, 50, kepada pemberita.

“Kali terakhir saya jumpa Azred bulan lalu manakala Zaim, saya jumpa ketika Hari Raya. Mereka gembira,” katanya.

Sementara itu, mayat Zaim dibawa ke Hospital Kajang pada pukul 8.55 malam manakala Azred dipercayai dihantar ke Hospital Ampang.

Datuk saudara mangsa, Muhammad Amri, 56, ketika ditemui memberitahu Zaim telah ditemui kira-kira pukul 4 petang tadi.

Menurutnya lagi, kedua-dua cucu saudaranya merupakan pelajar tahfiz di madrasah tersebut.

Ismail Mohd Sidek

Jelasnya, bapa mangsa Azhari Mat Selek, 36, dan ibunya Noreha Ariffin, 37, berada di tempat kejadian.

“Bapanya warden di sana. Ibunya tukang masak. Masa kejadian, mereka tiada di kawasan berhampiran,” katanya.

Di Hospital Kajang, sehingga pukul 8.55 malam tadi telah menerima tiga mayat.

Dalam pada itu, ahli perniagaan Khatijah Ariffin masih menunggu nasib sepupunya berusia 12 tahun.

“Saya sangat sedih apabila mendengar berita ini,” kata Khatijah kepada The Malaysian Insider.

Tanah runtuh : Kerajaan Selangor hulur bantuan awal
Oleh Boo Su-Lyn dan Zulaikha Zulkifli TMI

PAS elections committee apologises for omitting candidates

KUALA LUMPUR : The PAS central elections committee has apologised for its "inadvertent technical mistake" in omitting five names from the list of candidates eligible to contest posts in the party's central committee next month.

Its chairman, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, said a review revealed that the list of candidates issued on May 17 did not contain the names of Kuala Selangor MP Dr Dzulkefly Ahmad, Kelantan Deputy Mentri Besar Datuk Ahmad Yaakob, Keningau PAS division head Hishamuddin Sulaiman, PAS Youth central executive committee member Kamal Ashaari and Pasir Puteh MP Muhammad Husin.

"I, as the representative of the elections committee, apologise for the inadvertent technical mistake," he told a news conference Saturday.

Abdul Halim said the mistake had been rectified and the five candidates had been informed of their eligibility to contest in the elections to be held at the PAS general assembly from June 3 to 5.

Earlier, it was felt that only the name of Dr Dzulkefly, a PAS central committee member, had been omitted from the list of 82 names of the eligible candidates, he said.

However, after a thorough review, the committee found that four other names had also been left out, he added.

"With the correction, the number of people eligible to contest posts in the PAS Central Committee for 2011/2013 is 87," he said.

Abdul Halim said a review was also made of the candidates eligible to contest in the PAS Youth executive committee and Dewan Ulama executive committee.

"As for PAS Youth, there were 68 names but only 63 are eligible to contest as the other five have exceeded the age limit of 40.

"For the Dewan Ulama, there are only 24 candidates as two names from the original list of 26 were inserted twice with different spelling," he said.

Abdul Halim said all the eligible candidates had until May 26 to state their agreement to contest or otherwise.

- Bernama.


thestaronline

PAS kumpul 100,000 ahli sertai BERSIH 9 Julai ini

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan sekali lagi menggerakkan rakyat bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 9 Julai ini bermula jam 2 petang.

Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.

Beliau berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh BERSIH bersama-sama lebih 60 NGO dan parti politik yang bergabung di dalamnya dalam mesyuarat bersama pada 19 Mei lalu.

"Kami bagi PAS yang duduk dalam jawatankuasa BERSIH bersetuju dengan tarikh tersebut.

"Kami akan mengerahkan ahli dan penyokong untuk menyertai himpunan aman itu, seperti Bersih 1.

"Kita berharap tidak ada gangguan tertentu daripada pihak polis (sewaktu himpunan BERSIH 2)," kata Mohamad dalam sidang medianya hari ini.

Katanya, tujuan himpunan tersebut diadakan adalah kesinambungan empat tuntutan BERSIH dalam himpunan pertama mereka pada November 2007.

Menurutnya selain empat tuntutan mereka yang tidak dilayan oleh kerajaan dalam himpunan sebelum ini, BERSIH telah menambah lagi dua tuntutan.

Terlalu singkat

Dua perkara itu adalah berhubung dakwaan penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.

Satu lagi tuntutan adalah melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah" berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.

"Kalau di Thailand, mereka mengumumkan untuk mengadakan pada bulan Julai, lebih kurang dua bulan.

"Jadi kita minta tempoh yang munasabah, masa sekarang terlalu singkat," katanya.

Mohamad yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata pihaknya bersedia untuk membantu BERSIH untuk mengerahkan ahlinya untuk turun di seluruh negara.

"Kita yakin, PAS dapat mengerahkan lebih 100 ribu ahli... Lebih besar dan aman untuk mewujudkan suasana demokrasi.

"Kita mahu mengelak kejadian tidak demokrasi seperti di Timur Tengah yang menjadikan jalan raya untuk menukar kerajaan. Kita tidak mahu ini berlaku di Malaysia," katanya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad.

Dr Hatta berkata butiran terperinci berhubung perhimpunan BERSIH 2 itu akan diumumkan kepada media termasuk tempat, warna tema, dan penyerahan memorandum kepada pihak tertentu.

PAS saja 100 ribu

Mengulas lanjut, Dr Hatta berkata PAS yakin dapat menggerakkan rakyat dalam tempoh tujuh minggu dari tarikh himpunan berbanding BERSIH yang pertama yang mengambil masa selama enam bulan.

Ini kerana katanya, "pengalaman lama" sebelum ini mampu untuk menarik ahli dalam masa yang singkat.

"Jumlah 100 ribu dapat dicapai oleh PAS sahaja untuk menarik para penyokong.

"Himpunan di muktamar, kami akan menyedarkan ahli supaya menggerakkan kawasan masing-masing," katanya sambil menambah PAS akan membuat roadshow untuk memobilisasikan ahli-ahlinya ke perhimpunan tersebut.

Katanya, perhimpunan itu juga dijadikan gelanggang bagi membantah undang-undang yang dianggap zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak dan Akta Rahsia Rasmi OSA.

Kamaruzaman yang mewakili Pemuda turut memberi komitmen untuk mengerahkan pemuda mereka menyertai himpunan tersebut.


Abdul Rahim Sabri malaysiakini

'Tiba-tiba tanah kejar saya' - saksi tragedi tanah runtuh

KAJANG : "Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.

Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.

"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya. Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.

Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.

Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.

Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.

Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

"Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya.


tvsnews

Mat Sabu sahkan bertanding timbalan presiden PAS

Mohamad Sabu yakin berdasarkan jumlah pencalonan yang lebih memberangsangkan.
KUALA LUMPUR : Ahli jawatankuasa kerja (AJK) PAS Mohamad Sabu mengesahkan beliau akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden PAS.

“Saya mahu membantu presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) untuk memenangi masyarakat bukan Melayu dan pertubuhan bukan kerajaan,” kata beliau sejurus selepas sidang media Bersih bersama ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli tengah hari tadi di ibu pejabat PAS pusat di sini.

Beliau yang membuat percubaan kedua untuk jawatan timbalan presiden mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut berdasarkan jumlah pencalonan yang lebih memberangsangkan berbanding dengan pencalonan yang diterima dalam pilihanraya parti 2009.

Beliau bagaimanapun, tidak memberitahu jumlah pencalonan yang diterima.

Tetali mengaku tidak membuat sebarang penilaian mengenai peluang untuk memenangi jawatan No 2 parti.

“Saya akan teruskan kerja parti saya,” kata Mohamad.

Sementara itu, Dr Hatta yang diumumkan akan bertanding jawatan naib presiden memaklumkan bahawa beliau masih belum menerima surat pencalonan.

Beliau juga yakin dengan pencalonan yang diterimanya.

“Saya bangga menerima pencalonan dari perwakilan dan boleh lepas tahap kelayakan.”

“Kalau saya lebih hebat dari calon lain, lebih baik saya jadi dan saya bersedia memikul tanggungjawab sekiranya ia membantu parti menjadi lebih kuat,” kata Dr Hatta.


K Pragalath FMT

Pemuda Umno bersandiwara, pelawok

Kenaikkan harga barang; Pemuda Umno diajak sertai PAS
KUALA TERENGGANU - Pemuda Umno diajak bersama-sama PAS sekiranya mereka benar-benar tidak bersetuju dengan kenaikkan harga barang-barang keperluan yang berlaku pada masakini.

Sebaliknya, mereka hanyalah bersandiwara dan berpura-pura, sekiranya terus menjadi ahli Umno, sedang pada masa yang sama, menentang tindakan yang diputuskan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Itu semua sandiwara Umno nak beritahu rakyat (supaya) pertahankan Umno, kalau pemuda Umno dan orang-orang Umno memang jujur marah kepada kenaikkan (harga) minyak, gulang dan barang-barang,

"mereka mesti meninggalkan Umno (dan) masuk PAS,"tegas Ketua Dewan Pemuda Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika merasmikan Sambutan Hari Guru PASTI negeri Terengganu, di Markaz tarbiyah PAS Kuala Ibai, disini Jumaat 19 Mei.
Menurutnya, sekiranya Pemuda Umno mahu menyelesaikan masalah kenaikkan harga barangan tersebut, mereka perlu mengundi PAS dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

"Nak menyelesaikan masalah ini, mari (bila tiba) pilihanraya (umum ke-13) pangkah PAS, Umno jatuh (kalah), boleh selesai,

"tak boleh main berlakun (kata) tidak setuju, tidak setuju, (sedang) 'bos' (ketua) dia kata setuju, dia kata tak setuju,"jelasnya ketika mengulas kenyataan, kononnya pemuda Umno turut menentang kenaikkan harga barangan.

Dalam perkembangan lain, beliau yang telah menerima pencalonan dan layak untuk bertanding merebut jawatan Timbalan dan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, mengumumkan akan menarik diri.

Menurutnya, keputusan tersebut diambil bagi memberikan tumpuan bersama-sama pemuda PAS dan Badan Perhubungan PAS Terengganu dalam usaha merealisasikan cita-cita 'PAS Ganti Umno' dalam pilihanraya akan datang.

Ustaz Mohd Nor turut mengumumkan, Timbalan Pengarah PAS Terengganu, Ustaz Sulaiman Sulong secara rasminya akan menggantikan Ustaz Mohd Soud Said sebagai Pengarah PASTI negeri Terengganu.

Katanya, Ustaz Soud berundur dari menerajui oraganisasi pra-sekolah PAS, PASTI Terengganu bagi menumpukan kerja-kerja parti, yng sangat banyak.


[Dengar ucapan penuh Ustaz Mohd Nor di Buletinonline Radio]

PAS belum runding pembahagian kerusi PRU

PAS turut menolak cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno yang digembar-gemburkan oleh pihak Umno.
KUALA LUMPUR : PAS belum mengadakan rundingan pembahagian berkenaan kerusi pilihanraya umum.

“Rundingan belum selesai di peringkat negeri. Kalau tak boleh, ia akan dibawa ke peringkat pusat.,” kata Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

“Walau bagaimanapun, kerusi yang ditanding akan mengikut status quo. Sebab itu, kita tanding di Tenang,” kata Abdul Halim merujuk kepada pilihanraya kecil di Johor, Januari lalu.

“Kalau ada perubahan kita akan runding,” tambah beliau.

Pilihan raya umum dijangka diadakan pada akhir tahun ini atau pertengahan tahun depan.

Beliau turut menolak cadangan bahawa PAS akan bertanding di kerusi majoriti Melayu di negeri Sabah, Perak dan Selangor kerana mahu menjaga status quo.

Sementara itu beliau turut menolak cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno yang digembar-gemburkan oleh pihak Umno.

“(Mursyidul Am) Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun sudah menolak cadangan kerajaan perpaduan.”


K Pragalath FMT

VIDEO : Landslide hit Rumah Anak Yatim Hidayah in Hulu Langat on Saturday, 21 May 2011

Landslide victims in hospitals
Victims and survivors of the Hulu Langat landslide are sent to Ampang and Kajang Hospitals.


Search continues for 3 victims
Search and rescue is on-going for three victims who remain buried alive following landslides at Rumah Anak Yatim Hidayah in Hulu Langat


Five bodies retrieved from landslide-hit orphanage; 10 remain buried
24 victims were buried alive when the landslides hit an orphanage in Kampung Gahal, Hulu Langat Saturday afternoon. As of 8p.m., five people have died and 10 remain buried.


Tanah Runtuh : Satu lagi mayat kanak-kanak dijumpai, 7 mangsa selamat


Tanah runtuh : Presiden PAS rakam takziah

KUALA LUMPUR, 21 Mei : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.

“Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang tekorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,” tulis beliau di laman twitter malam ini.

Kejadian itu juga turut mendapat perhatian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain mengucapkan takziah kepada kelurga mangsa yang terkorban, beliau juga mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa agar mangsa diberi ganjaran terbaik oleh Allah SWT.

"Takziah saya rakamkan kepada mangsa nahas tanah runtuh di Hulu Langat petang tadi.

"Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang terbaik untuk yang terkorban dan keluarga yang kehilangan ahlinya," katanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat.

Dilaporkan lima mayat kanak-kanak rumah anak yatim berkenaan yang berumur antara 11 hingga 14 tahun telah berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh sehingga jam 8.00 malam ini.


Harakahdaily