Thursday, June 25, 2009

KEMPEN VIDEO BURUKKAN ISTERI PM

kemaskini 11.31pm Lebih kurang dua bulan menjadi wanita pertama negara, Rosmah Mansor kini menjadi sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan berat dan label liar "perempuan puaka" di internet.

Walaupun bukan kali pertama beliau diburuk-burukkan tetapi kali ini ia disediakan dengan lebih tersusun dalam bentuk siri dokumentari pendek.

Ia diolah dalam bentuk wawancara dengan beberapa individu yang didakwa ahli-ahli keluarga terdekat Rosmah dan kenalan dekatnya di kampungnya di Negeri Sembilan.

Adik lelaki Rosmah, ibu saudaranya dan sepupu lelakinya ditemubual di dalam rumah, selain satu babak menunjukkan sebuah rumah buruk yang didakwa kediaman asal ibu bapanya.

Tiga klip video tersebut yang mendakwa isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah melupakan asal-usulnya pertama kali diterbitkan 9 Jun lalu dan cepat disebarkan oleh beberapa blog setelah diumumkan di Malaysia Today.

Blog yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin – yang mula-mula mengaitkan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu yang kini menjadi kes mahkamah – mendakwa, video itu dirakam secara eksklusif untuk lamannya.

Siri kedua dan tiga klip video terbitkan "C4 Production House" selama 10 minit itu dimuatkan di Youtube.com masing-masing pada 11 Jun dan 15 Jun lalu.

Ketiga-tiga siri video tersebut kini ditonton lebih 200,000 kali – 154,890 untuk bahagian pertama, 86,273 bahagian kedua dan 51,299 untuk bahagian ketiga – dan mendapat perhatian besar di internet.

Menurut tinjauan melalui enjin pencarian terkemuka Google, ia dimuatkan kembali ke laman-laman web lain, termasuk di blog Pemuda PAS Wangsa Maju, Angkatan Muda PKR bahagian-bahagian Gelang Patah dan Kota Raja, serta laman web popular Tranungkite.net.

Penyebaran video itu juga mengundang reaksi balas laman web pro-Umno, antaranya Malaysia Instinct yang ingin menyiasat "konspirasi video" tersebut dan Isuhot Dot Com.

Semalam Malaysia Instinct mendakwa ia cuba bersungguh-sungguh menghubungi pihak yang ditemubual dalam video tersebut bagi mengesahkan kebenaran dakwaan itu tetapi gagal.

"Setiap kali kumpulan kami ke lokasi yang dinyatakan dalam video itu, demi mewawancara mereka yang menuduh, kami tidak mendapat sebarang respons positif," laporannya dipetik.

Namun, tambahnya, seorang anak kepada isteri bekas Speaker DUN Negeri Sembilan yang ditemubual kini bekerja dengan Jabatan Perdana Menteri dan berharap pegawai wanita boleh mendedahkan "siapa dan apa matlamat penerbitan video berkenaan."

Laman web itu juga mendakwa ia menerima emel yang membongkar latar belakang isteri bekas ADUN tersebut tetapi ia tidak mendedahkan siapa di belakang "C4 Production House".

Menepis dakwaan dalam video tersebut, Isuhot Dot Com pula berkata, Rosmah tidak pulang ke kampung halamannya kerana tiada lagi saudaranya tinggal di situ.

Ia mempertikaikan dakwaan-dakwaan yang dikatakan "tidak mempunyai bukti" dan "tuduhan yang tidak relevan dengan politik negara".

"Apa relevan dan kena-mengena dakwaan kononnya Datin Seri Rosmah percaya kepada dukun, tahyul dan pawang? Sudahlah tidak boleh membuktikan sama ada melalui rakaman kamera mahupun gambar, malah isu ini langsung tidak membabitkan isu politik," satu artikelnya 'Siapa Puaka Sebenar' dipetik.

"Apakah tujuan tuduhan ini dibuat? Ia hanyalah serangan berbentuk peribadi yang menggambarkan politik orang Melayu sudah berada dalam keadaan nazak.

"Mereka bercakap memperjuangkan agama tetapi mereka tidak pernah takut kepada Allah.

"Sungguh aneh pembuat dokumentari tersebut boleh berpura-pura terkejut dan beberapa kali menyebut nama Allah ketika merakamkan wawancara memburukkan orang," coret Isuhot Dot Com pada 17 Jun lalu.

Rosmah kini menarik perhatian ramai kerana berbeza dengan bekas wanita-wanita pertama negara, beliau sering mendapat liputan media berhubung kerja-kerja sosialnya.

Antaranya, apabila beliau dikunjungi menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew pada 10 Jun yang disifatkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina di negara ini sebagai sesuatu yang "pelik".



malaysiakini

PERJUANGAN PENYOKONG UMNO BERKECAI DI MANEK URAI SEBELUM PENAMAAN CALON

Calon Manek Urai : Ada pemimpin Umno sudah kecewa

Biar pun PAS akan mengumumkan nama calon bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam esok, namun Umno masih lagi berteka teki.

Keadaan nampak bercelaru apabila Dato' Seri Najib Razak seakan-akan belum pasti bila calon Umno akan diumumkan.

Perdana Menteri sekadar menyebut hari Ahad ini, namun ia tidak lebih sebagai satu kemungkinan sahaja.

Presiden Umno juga seperti berlepas tangan apabila pengumuman calon tersebut hanya diwakilkan kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini memperlihatkan Umno tidak yakin untuk membawa cabaran di Dun Manek Urai, biarpun menguar-uarkan mampu merampas Dun terbabit.

Di tengah-tengah kekalutan itu pula kedengaran nada kecewa diluahkan beberapa pemimpin Umno kerana mereka seperti dipinggirkan.


Antaranya, bekas Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Zulkefli Omar yang juga bekas Adun Manek Urai pada penggal lalu.

Difahamkan beliau tidak lagi turun berkempen sebagaimana sebelum ini memandangkan namanya telah dicicirkan Umno Kelantan.

Sedangkan beliau dikatakan sudah lama keluar masuk kampung sebaik sahaja mendengar berita Haji Ismail Yaakob (Paksu Wil) terlantar sakit.

"Zuki datang menemui penduduk di banyak tempat termasuk di Kampung Budi, Chuchuh Puteri, Sungai Sok dan Manek Urai Lama. Beliau datang ke rumah penyokong Umno di kampung terbabit.

"Bekas Adun itu juga pernah ditemui di kedai kopi di Budi ketka mengadakan pertemuan dengan penyokong Umno di situ. Tetapi sehari dua ini beliau tidak kelihatan lagi," kata seorang penduduk di Manek Urai Lama.

Nama Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Zuki di kalangan masyarakat dikatakan sudah tercicir, biar pun ada pengalaman untuk mewakili Umno pada pilihan raya kecil Dun berkenaan.

Manakala di Laloh di kalangan penyokong Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Abdul Majid juga sudah kedengaran rasa kecewa apabila nama Kak Ani dicicirkan dari awal lagi.

Seorang penduduk memberitahu kemungkinan besar penyokong Kak Ani tidak akan bekerja membantu kempen Umno pada pilihan raya itu kerana Perhubungan Umno Kelantan mengenepikan Kak Ani.

Sedangkan katanya, Kak Ani seorang pemimpin tempatan yang mempunyai pengalaman luas di Manek Urai memandangkan terbabit dengan Umno sejak muda lagi.

"Kami sungguh kecewa dengan tindakan pihak atasan yang mengenepikan suara akar umbi kerana semata-mata mahu memberi laluan kepada pihak lain bertanding," kata seorang penyokongnya.

Situasi yang sama juga dikatakan berlaku di Manek Urai Lama, tempat Kak Ani tinggal.

Penyokong dan keluarganya dikatakan tidak lagi agresif berkempen.

Seorang penduduk memberitahu Umno Kelantan hanya mahu memberi peluang kepada bukan anak tempatan bertanding di Manek Urai seperti berlaku pada 2004 apabila Zuki yang tinggal di Kuala Krai bertanding di Dun berkenaan.

Katanya, anak tempatan di Manek Urai diketepikan begitu sahaja, sedangkan mereka juga sudah lama bergiat dalam parti dan mempunyai pengaruh di kampung tersebut.

Antaranya pemimpin bukan tempatan yang cuba diketengahkan di Manek Urai iaitu Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dan bekas Adun Mengkebang, Azizuddin Hussien.

Manakala anak tempatan yang difahamkan mendapat sokongan padu Ketua Bahagian Kuala Krai, Dato' Ramzi Abdul Rahman iaitu naib ketua bahagian, Che Jalal Muda.

Beliau tinggal berhampiran Pejabat Perhutanan di Manek Urai Baru.

Namun beliau difahamkan kurang menjadi pilihan kepada Perhubungan Umno Negeri yang lebih cenderong kepada Tuan Aziz, yang kini berkhidmat sebagai pegawai Kesedar.

Tuan Aziz menjadi pilihan memandangkan Che Jalal mempunyai hubungan rapat dengan Ramzi yang pernah menjadi orang harapan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara itu, PAS akan mengumumkan nama calon malam esok bertempat di Markas Kampung Manek Urai Lama pada majlis ceramah yang diadakan.

Ketua Penerangan PAS Kuala Krai, Arifabillah Ibrahim berkata, pengumuman nama calon yang dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, hadir sama pada program itu Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Pengarah Pilihan Raya KeADIlan, Saifuddin Nasution.

"Program tersebut dijangka mendapat sambutan ramai di kalangan penduduk tempatan kerana mereka mahu melihat dari dekat wajah pemimpin yang akan menggantikan Paksu Wil," katanya.

Kesesakan lalu lintas dijangka teruk berlaku petang esok sehingga berakhir ceramah memandangkan laluan ke kampung tersebut hanya melalui sebuah jambatan sempit yang merentangi Sungai Lebir.

Selain itu jalan di Manek Urai lama juga agak sempit agak sukar untuk menerima limpahan kenderaan. Apa yang pasti itulah sebahagian kemeriahan pilihan raya.

HarakahDaily

PEMUDA UMNO MARAH! KENAPA? TERASA 'DISAMAKAN' DENGAN CHIN PENG & AYAH PIN KE?

"Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan Umno dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.

"Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin, berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara
ini,"

Aduan polis Umno terhadap Nik Aziz

Pemuda Umno Kelantan membuat aduan polis berhubung satu kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis.

Kenyataannya, yang juga mursyidul am PAS, didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat, lapor Bernama.

Aduan itu dibuat oleh ketua Pemuda, Anuar Safian, di balai polis Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR.


Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah "tidak berasas".

"Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan Umno dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.

"Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin, berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara ini," Anuar dipetik berkata.

Tambahnya, kenyataan Nik Aziz itu mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa dalam kalangan ahli Umno dan rakyat, dan beliau perlu dikenakan tindakan.

malaysiakini

Mufti Perak Kecewa Kegagalan Merealisasikan Kerajaan Perpaduan

‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu.

‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,”

sumber : UtusanMalaysia


PUTRAJAYA 24 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.

Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.

‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu.

‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

'ALTANTUYA, C4, PUAKA, PEMBUNUH’ SAMBUT ROSMAH DI UM

www.detikdaily.net

Universiti Malaya (UM) hari ini gempar apabila kehadiran Wanita Pertama Malaysia, Yang Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor disambut dengan contengan protes terhadap peribadi beliau pagi ini.

Contengan pada dinding Akademi Pengajian Islam universiti tersebut yang tertulis ‘Altantuya, C4, puaka, pembunuh’ (seperti di dalam gambar selepas dipadamkan dengan cat) dipercayai bermotifkan protes terhadap isteri Perdana Menteri Malaysia tersebut.

Rosmah Mansor yang datang ke universiti tersebut bagi merasmikan Majlis Peramian ‘Gaza Di Bela’ anjuran badan antarabangsa, Power of 10 Sen walaubagaimanapun dipercayai tidak menyedari kejadian tersebut.

Contengan tersebut telah dipadamkan oleh Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan Harta Benda (JPPHB), Universiti Malaya menggunakan cat sejurus selepas berita tersebut tersebar.

Media diberitahu, laluan rasmi tokoh tersebut teleh ditukar kepada laluan lain bagi mengelakkan ternampak contengan provokatif tersebut.

Terdahulu, Wanita Pertama Malaysia tersebut sebelum ini telah digembar-gemburkan di internet melalui laman video YouTube menggunakan perkhidmatan bomoh dan pawang bagi menguasai kabinet kerajaan Malaysia, dan tingkah-laku suami beliau Dato’ Seri Najib Tun Razak khasnya.- sumber um-today



Arrest warrant against Kapar MP revoked

www.themalaysianinsider.com

By Edward Cheah
KUALA LUMPUR, June 25 — Kapar MP S. Manikavasagam (picture) has won his appeal to revoke the arrest warrant issued against him for refusing a court order to testify at the inquest of Tamil drama actress K. Sujatha.

Magistrate Mohd Faizi Che Abu cancelled the arrest warrant after hearing submission by Manikavasagam this morning.

The Kapar MP had applied to set aside the warrant of arrest yesterday after denying that he had purposely avoided accepting the subpoena.

He claimed the police were deliberately turning the spotlight on him and smearing his name to distract the public's attention from the “real issues” at the heart of Sujatha's death.

Sujatha died at the Tengku Ampuan Rahimah Hospital in Klang on June 25, 2007 where she was rushed after found to have drunk weedkiller.

Then 28, she was also a personal assistant to 46-year-old S. Vel Paari, the CEO of Maika Holdings, the MIC’s's investment arm.

She was rumoured to be romantically linked to the married Vel Paari, but he has denied this.

The inquest is being held to determine if there was foul play in her death.



Aktivis PAS bantu mangsa tembakan Selatan Thailand

Bekas Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang, Zolkifly Mohd Lazim bersama tujuh aktivis PAS Pulau Pinang menyumbangkan RM14,050.00 kepada waris mangsa tembakan dan 14 lagi mangsa yang dirawat di Hospital Narathiwat, Thailand akibat ditembak oleh kumpulan yang tidak dikenali beberapa minggu lepas ketika sedang bersolat jemaah di Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan, Sungai Golok baru-baru ini.

Waris Imam yang terbunuh, Wan Mohd Nasir Wan Abdullah berkata, semua waris mangsa sama ada yang meninggal dunia dan masih dirawat mengucapkan jutaan terima kasih pada rombongan berkenaan kerana begitu prihatin terhadap peristiwa yang berlaku.


Sementara itu, Zolkifly dalam kenyataannya pada Harakahdaily berkata, pihaknya juga berkesempatan menziarahi perkuburan mangsa yang terlibat walaupun dikelilingi pasukan keselamatan.

"Alhamdullilah kami serombongan berjaya menyerahkan wang yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada waris mangsa di Kampung Tempayan Air. Mereka rasa syukur kerana rakyat Malaysia begitu prihatin terhadap kejadian yang berlaku di situ, " tegasnya.

Antara mangsa yang terbunuh ialah Imam Masjid A-Furqan, Wan Abdullah Wan Latih 64; Kasim Latih, 60; Yusri Drami, 60; Abdul Razak Abdullah, 50; Haji Yusuf Mohamad Talha, 64; Sulaiman Adam, 64; Ahmad Muqsin, 64; Ramli Abdullah, 23; Suri Ibrahim, 33 dan Haji Dadu Wati, 50.



HarakahDaily

Umno kecundang, pimpinan PAS lebih pintar - Anwar

"Umno kecundang lagi. Kali ini mereka tumbang dalam isu kerajaan perpaduan."

Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, strategi yang cuba dipasang oleh Umno tidak menjadi sebaliknya mereka kecundang.

"Umno kecundang lagi dalam isu kerajaan perpaduan. Strategi mereka untuk meretakkan hubungan Pakatan Rakyat berkecai,"jelasnya dalam satu catatan di blog peribadinya.

Menurutnya, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali.

"Alhamdulillah, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali. Saya berulangkali menegaskan bahawa permasalahan yang sengaja digembar-gemburkan di media Umno dapat dileraikan seandainya pimpinan bersama menanganinya secara bijak,"ulasnya.

Tambahnya, pimpinan PAS ternyata lebih pintar dan pastinya berpaut kepada prinsip perjuangan seperti, 'istiqamah' yang disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz dan memperkukuh institusi kenegaraan seperti "membanteras rasuah, memperbaiki badan kehakiman serta Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas dan adil" yang diucapkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi.

Selain itu, beliau turut menghargai peranan yang dimainkan oleh pimpinan tertinggi DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pimpinan KeADILan, Dr Syed Husin Ali,Azmin Ali dan Saifuddin Nasution dalam isu kerajaan perpaduan.

"Kocakan kecil ini malah lebih mematangkan dan memantapkan Pakatan Rakyat,"tegasnya



HarakahDaily

Rakyat Tolak Isu Pembangunan BN - Mat Sabu

prkn41.pas.org.my

TEMALIR, 24 Jun - Kempen Barisan Nasional di Manek Urai kali ini tidak lain dan tidak bukan adalah memainkan isu pembangunan. Tambahan lokaliti Dewan Undangan Negeri tersebut merupakan kawasan pedalaman.

Menurut bekas Ahli Parlimen Negeri Kelantan, Mohammad Sabu menyatakan salah satu sebab mengapa PAS tidak menang dan memerintah Malaysia ialah disebabkan isu pembangunan.

Bahkan Mohamad juga percaya dengan kenyataan Umno yang selalu memainkan isu pembangunan setiap pilihanraya menyebabkan orang ramai takut kepada PAS, kerana Umno lebih banyak mencanangkan sekiranya PAS memerintah, tiada pembangunan yang boleh dijalankan.

"Malah bantuan media massa arus perdana yang sememangnya diketahui umum nyata menyebelahi kerajaan BN," ujarnya merujuk berita-berita yang lebih banyak memaparkan kebaikan kerajaan BN.

Tetapi, pada penggal yang ketiga selepas pemerintahan Kelantan diambil alih kerajaan PAS dari BN sejak tahun 1990, kemiskinan di Kelantan jatuh ke tangga yang ke-6 dari tangga yang ke-2. Ini membuktikan bahawa negeri yang diperintah oleh BN seperti di Sabah, Sarawak dan Terengganu adalah negeri jauh lebih miskin dari negeri yang diperintah oleh PAS.

"Pembangunan itu lengkap atau tidak, semestinya ianya tidak lengkap, tetapi dari segi pembangunan tetap ada dengan mengikut kadar kemampuan negeri dan juga daripada kerajaan pusat", kata beliau dalam ucapannya di UPU Temalir dekat sini, semalam.

Tambahan menurut beliau, kawasan luar bandar di negeri Kelantan seperti di Manek Urai adalah lebih baik dari negeri lain terutama negeri yang ditadbir oleh kerajaan BN.

"BN kata PAS tak boleh buat pembangunan, itu adalah bohong. Jangan tergoda dengan isu pembangunan sedangkan negeri yang BN memerintah seperti di Sabah dan Sarawak jauh lebih teruk pembangunannya berbanding di negeri yang di perintah PAS", tegas beliau yang mesra di panggil Abang Mat itu.

Dalam pada itu, Mohammad optimis rakyat akan berubah apabila ada maklumat benar yang disampaikan kepada mereka. Malah sekarang terbukti bahawa pemimpin BN adalah orang yang mundur terkebelakang.

Hadir sama dalam majlis tersebut Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Latif Abdul Rahman dan Adun Kelaboran, YB Mohd Zaki Ibrahim.




Speaker Parlimen Bersikap Double Standard






klip video ehsan : greenboc

EKORAN FALSAFAH PERUNDANGAN YANG TIDAK BAIK DAN KETEPIKAN HAK RAKYAT, PENDUDUK KG PALA DIZALIMI

Mahkamah Persekutuan : Syarikat boleh singkir penduduk Kampong Pala

PUTRAJAYA, 24 Jun - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan penduduk Kampung Buah Pala atau High Chapparal di Pulau Pinang untuk menggantung keputusan Mahkamah Rayuan mengarahkan penduduk mengosongkan segera kampung tersebut.

Keputusan itu membuka laluan kepada syarikat yang telah diberikan konsesi untuk tanah itu oleh kerajaan Umno-BN yang lalu untuk mengusir keluar penduduk berkenaan bagi tujuan komersil.

Pakatan Rakyat telah menubuhkan sebuah badan petugas khas dalam usaha menyelamatkan kediaman 400 penduduk berkenaan yang rata-rata golongan berpendapatan rendah yang kebanyakkannya bekerja sebagai buruh.

Tiga hakim Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tersebut setelah berpendapat penduduk Kampung Pala tidak layak mencabar keputusan Mahkamah Rayuan kerana kononnya mereka menduduki tanah itu secara haram.

Mahkamah menolak hujah peguam penduduk Kampong Pala bahawa tanah itu milik kerajaan persekutuan dan mereka menetap di situ dengan kebenaran daripada pihak berkenaan.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengejut itu walaupun tidak dibekalkan keputusan bertulis oleh Mahkamah Rayuan.

Keputusan hari ini memberi tamparan hebat kepada usaha penduduk menuntut hak milik tanah yang mereka duduki sekian lama tetapi dijual oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2007 kepada Syarikat Pembangunan Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd dengan nilai RM3 juta

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Mohammad Yusoff yang mengetuai badan petugas Pakatan Rakyat itu melahirkan kekecewaannnya terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang dianggap terlampau menekan penduduk terbabit.

Menurutnya, hakim boleh menangguhkan keputusan mahkamah rayuan atas dasar keprihatinan terhadap isu rakyat tetapi keputusan sebaliknya menyebabkan arahan pengosongan berkuat-kuasa serta merta.


“ Keputusan mahkamah bermakna penduduk Kampung Pala sudah kehilangan hak dan ruang untuk mencari keadilan di mahkamah sivil namun begitu, para penduduk boleh mencuba mencari jalan jain seperti membawa isu ini ke mahkamah jenayah” ujarnya kepada TVAntara hari ini.

Yusmadi berpendapat mahkamah sewajarnya memberi peluang perbicaraan penuh kepada isu ini kerana terdapat banyak persoalan berkaitan kesahihan pemilik tanah Kampung Pala.

“ Peguambela penduduk Kampung Pala berhujah bahawa tanah Kampung Pala merupakan hak milik kerajaan persekutuan tetapi disangkal peguam lawan yang menjelasakan tanah tersebut milik kerajaan negeri” kata Yusmadi lagi.

Katanya, perbezaan fakta tersebut perlu diteliti secara mendalam terlebih dahulu kerana ia melibatkan kepentingan rakyat yang tertindas.

Bagi Yusmadi keputusan mahkamah tersebut merupakan perkembangan falsafah perundangan yang tidak baik kerana mengetepikan hak rakyat.

Justeru beliau memohon kerajaan negeri Pulau Pinang bertindak segera membantu menyelesaikan kemelut yang membelenggu penduduk Kampung Pala bagi membuktikan komitmen mereka membantu rakyat.

TVA

Azmin : Jean Todt dibayar RM900,000 dan diberi tanah di Terengganu

Kementerian Pelancongan hari ini enggan menjelaskan kepada Parlimen kenapa Jean Todt iaitu tunang pelakon terkenal Michelle Yeoh diberikan kontrak lumayan RM900,000.

Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata alasan bahawa bayaran itu untuk khidmat Todt menarik rakyat asing menetap di sini di bawah kempen “Malaysia- rumah kedua ku” tidak masuk akal.

Ini kerana misi itu dilaksanakan sepenuhnya oleh wakil pejabat Pelancongan Malaysia di seluruh dunia, tambah beliau.



Selain menerima hampir sejuta ringgit setahun, Todt turut ditawarkan tanah di Pulau Besar Terengganu, kata Azmin .

Azmin mendesak kerajaan mendedahkan butir-butir perjanjian Kementerian Pelancongan dan Todt supaya rakyat mengetahui bagaimana RM900,000 dibelanjakan.

Menteri Pelancongan Datuk Ng Yen Yen melantik Jean Todt sebagai ‘duta’ Pelancongan Malaysia untuk tempoh setahun dalam usaha kerajaan menarik 2,000 pelancong menetap di negara ini.

Azmin menampilkan dokumen yang menunjukkan yuran perkhidmatan Jean Todt sahaja mencecah RM593,400. Kos itu termasuk wang untuk tambang perjalanan, perbelanjaan dan wang saku.

Selain itu Umno-BN turut membayar Todt RM388,000 untuk bercuti di dalam negara, kata Azmin.

“Mengapa sejumlah RM593,000 dibayar kepada Jean Todt untuk membuat promosi ini,” tanya Azmin.

“Kalau kita tengok pecahan yang saya dapat, kos untuk tambang kapal terbang dari Eropah ke Kuala Lumpur ke Eropah mencecah RM180,000 ringgit. Ini tidak termasuk kos penginapan yang mencecah RM80,000 untuk tiga malam,” tambah Azmin

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib bagaimana pun enggan menjawab pertanyaan Azmin.

Azmin berkata beliau mempunyai maklumat terperinci mengenai pemborosan yang berlaku tetapi mahu memberi peluang kepada UMNO-BN menjelaskan perbelanjaan sebegitu besar.

“ Saya mahukan kerajaan memberi jawapan dengan tepat. Saya harap kementerian dapat beri jawapan secepat mungkin kerana ini sesuatu yang mudah dan mereka boleh menjelaskan dengan segera,” kata beliau.



TVA


Panggilan Saiful ke MINDEF

Sebuah laman web yang didaftarkan atas nama Pahangdaily.blogspot.com melaporkan Saiful Bukhari Azlan sentiasa berhubung dengan pihak tertentu di Kementerian Pertahanan sebelum membuat laporan polis berhubung dengan dakwaan liwatnya.

Menurut blog itu, Saiful membuat sekurang-kurangnya enam panggilan ke Mindef sebelum laporan polis berkenaan dibuat pada Jun 2008.

Rekod panggilan tersebut turut mendedahkan Saiful berhubung secara langsung dengan pihak tertentu di Kementerian Pertahanan sejak Februari tahun lalu, iaitu sebulan sebelum beliau bekerja dengan Anwar Ibrahim, menurut blog itu.

Rekod panggilan itu turut mengesan Saiful sebagai berhubung dengan pihak tertentu di Mindef hampir setiap hari ketika beliau bekerja sebagai pembantu Anwar.

Ini menguatkan hujah bahawa ada tangan-tangan tersembunyi yang merencanakan ulangan konspirasi 1998 dalam satu lagi cubaan untuk menjatuhkan Anwar.

Rekod panggilan ke Mindef itu tentunya menimbulkan lebih banyak persoalan dan menguatkan teori konspirasi di peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Anwar.

Blog Pahangdaily berkata Saiful tidak harus terlalu angkuh semata-mata kerana mempercayai beliau dilindungi oleh pihak-pihak tertentu.

"Kebenaran pasti akan terserlah jua nanti. Malah sumpah yang dipermainkan oleh Saiful juga banyak dilihat telah memakan dirinya sendiri dan menambahkan kekalutan kes ini," ujar blog berkenaan.



TVA

Apabila Najib Kaitkan Perpaduan Dengan Kepentingan Umat Islam Dan Agama...

PM : K'jaan perpaduan bukan 'konspirasi Umno'


Datuk Seri Najib Razak berkata, perpecahan dalaman PAS berhubung isu kerajaan perpaduan bukan disebabkan konspirasi dan mainan politik Umno kerana ia dicadangkan parti Islam itu sendiri.

"Macam mana pula ia mainan Umno, sebab mereka yang mencadangkannya. Cadangan (kerajaan perpaduan) dibuat oleh pihak PAS," kata perdana menteri dalam sidang media di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi.

Najib diminta mengulas rancangan Pakatan Rakyat menganjurkan perhimpunan raksasa Selasa ini bagi menjelaskan segala "fitnah dan konspirasi Umno dan BN" berhubung isu tersebut – yang menimbulkan kegelisahan dalam PAS dan gabungan pembangkang.

Mengulas lanjut, Najib berkata pandangan beberapa pemimpin PAS menolak kerajaan perpaduan tidak menggambarkan pendirian keseluruhan pemimpinnya.

“Dalam PAS pun banyak pendapat. Tidak semestinya pendapat itu pendapat pucuk pimpinan PAS. Sebab ada pihak yang setuju dan ada pihak yang tidak setuju.

“Kita tidak boleh kata pendapat yang dibawa dalam perjumpaan PAS itu (perhimpunan minggu depan) sebagai pendapat pucuk pimpinan. Mungkin pendapat beberapa pemimpin PAS,” katanya.


Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini dilaporkan berkata 'Himpunan Perdana Perpaduan' akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya jam 9 malam.

Najib menambah, banyak NGO Islam menyokong idea tersebut kerana ia merupakan tuntutan agama.

“Perpaduan dan usaha-usaha untuk memperjuangkan kepentingan umat Islam itu wajib kita perjuangkan, yang wajib kita lakukan supaya mendapat barakah nanti atas apa yang kita lakukan.

“Kalau itu yang dianjurkan agama, sepatutnya kita lakukan. Bukan soal politik (yang) mengatasi apa yang dituntut oleh agama kita,” katanya.

Beliau menolak tanggapan bahawa idea tersebut menidakkan peranan kaum bukan Islam dan bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkannya.

Perdana menteri sebelum itu merasmikan konvensyen Baitulmal 2009.

Dalam ucapannya, Najib mencadangkan supaya dilakukan kajian bagi mewujudkan satu badan khas peringkat kebangsaan yang menyelaras Baitulmal seperti Perbendaharaan Negara.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut dalam sidang media, beliau berkata cadangannya itu belum ditetapkan lagi dan perlu dihalusi terlebih dahulu kerana ia melibatkan bidang kuasa sultan.

malaysiakini

'TIGA EKOR KATAK' PUNCA KRISIS POLITIK PERAK

Isu kerajaan haram Perak dibangkitkan di Parlimen

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan bahawa Dewan Rakyat tidak mempunyai bidang kuasa untuk menjaga kerajaan sesebuah negeri.

Beliau berkata demikian kepada Dr Muhd Puad Zarkasyi (BN-Batu Pahat) ketika membantah isi kandungan perbahasan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang mendakwa negeri Perak sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Menteri Besar haram.


"Maafkan saya, yang berhormat kerana peraturan mesyuarat 36(2) tidak menjaga dan mempertahankan sebarang urusan yang menyentuh kepentingan kerajaan negeri tetapi hanya hal berkaitan parlimen sahaja," tegasnya.

Lim yang sebelum itu menyentuh mengenai krisis politik yang melanda negeri Perak yang didakwa berpunca daripada 'tiga ekor katak politik'.

Beliau juga menegaskan bahwa kerajaan negeri Perak yang ada sekarang ini adalah merupakan kerajaan yang haram kerana ianya dibentuk melalui kaedah yang tidak mengikut perlembagaan negara.

"Ia dikatakan sebagai haram kerana tidak dibuat melalui cara yang betul.

"Apa yang menghairankan adalah kenapa mereka tidak membuat undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri Perak untuk menafikan Nizar sebagai Menteri Besar?" katanya.

Pengerusi DAP itu percaya sekiranya ia dilaksanakan, terdapat kemungkinan Adun-adun BN Perak mempunyai pandangan yang berbeza daripada BN yakni menyokong kepimpinan Nizar.

"BN mesti rela bertemu rakyat dan membuat pilihan raya peringkat negeri Perak kerana mereka merupakan perampas kuasa di Perak," ujarnya.

Beliau mendakwa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak tidak komited kepada prinsip demokrasi dan etika apabila terdapat dua Menteri Besar, dua Speaker Dun dan sidang Dun.

"Beranikah kerajaan BN memberikan maklum balas terhadap permintaan Pakatan Rakyat yang menuntut agar kuasa memilih kerajaan dikembalikan kepada rakyat.

"Oleh yang demikian, kita tidak hairanlah apabila terdapat suatu undian yang menyatakan populariti Perdana Menteri hanya sekadar 45 peratus sahaja," demikian ujarnya.

HarakahDaily

Yahaya Ali Cabar SPRM (Video)

MARANG – Tragedi Bumbung Stadium Sultan Mizan yang runtuh pada awal bulan ini masih menimbulkan banyak persoalan khususnya dikalangan rakyat negeri Terengganu.

Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu berkata, ia adalah kerana kos pembinaan stadium tersebut hasil dari dana khas atau royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu.

Beliau berkata bumbung tersebut runtuh bukan kerana faktor-faktor semulajadi yang diluar jangkaan seperti rebut atau gempa bumi tetapi disebabkan kelemahan manusia.

”Dalam kes stadium Sultan Mizan tidak ada factor dikatakan luar dari jangkaan manusia tidak berbangkit bukan kerana gempa bumi bukan kerana rebut dan seumpamanya,

”sudah tentulah ia berlaku kerana kelemahan manusia,”katanya yang juga juga bekas Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam semasa kerajaan Terengganu diperintah oleh PAS.

Beliau berkata stadium tersebut telah dibina jauh lebih mahal dari harga yang sepatutnya sebagaimana yang telah ditender oleh seorang kontraktor.

”Salah satu (seorang) kontraktor terkenal dia (telah) tender projek ini (stadium) hanya dengan harga RM140 juta,

”tiba-tiba projek itu telah memakan belanja lebih RM200 juta bahkan saya difahamkan hampir mencecah hampir RM300 juta,”jelasnya pada Majlis Ceramah sempena Hari Keluarga DUN Bukit Payung, dekat sini, baru-baru ini.

Katanya, dengan harga pembinaan yang semahal itu, malangnya ia telah runtuh dalam masa setahun siap pembinaannya.

Beliau turut mendedahkan, kos pembinaan stadium tersebut begitu mahal kerana menurutnya kontraktor utama stadium tersebut mempunyai hubungan dengan kroni-kroni yang terdiri dari para exco kerajaan ketika itu.

”Mahalnya projek ini lebih daripada belanja sepatutnya kerana kontraktor utama yang terlibat dalam projek ini ada hubungan dengan kroni-kroni masing-masing,

”Bina Struktur ke, Emarcon ke, Genggam Mercu ke, masing-masing ada kroni belaka, sebahagian daripada exco-exco yang ada pada waktu itu,”katanya.

Justeru beliau mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat tragedi Stadium Sultan Mizan dengan telus.

”Oleh kerana itulah, kita mencabar SPRM, kalau mu (SPRM) boleh begitu cepat nak siasat itu nak siasat ini yang melibatkan orang-orang politik dari Pakatan Rakyat,

”kita cabar ketelusanya, kita cabar kewibawaan dia samada dia boleh meyiasat secara telus atau tidak,”tegasnya.