Tuesday, December 29, 2009

Ko kata pembangkang lapar kuasa ~ aku kata ko gila kuasa

"Kita berpolitik untuk menentukan perjuangan kita dan tidak mengetepikan soal pokok untuk menolong rakyat. Sejak akhir-akhir ini, muncul golongan tertentu yang lapar dan dahaga untuk mendapat kuasa memekik sana sini menghasut rakyat".


KM Sarawak selar pembangkang 'lapar kuasa'

Dis 29, 09 3:10pm

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyelar tindakan golongan tertentu yang bertindak untuk menghasut rakyat agar membenci kerajaan.

"Kita berpolitik untuk menentukan perjuangan kita dan tidak mengetepikan soal pokok untuk menolong rakyat. Sejak akhir-akhir ini, muncul golongan tertentu yang lapar dan dahaga untuk mendapat kuasa memekik sana sini menghasut rakyat.

"Kalau mereka mahu berjuang untuk rakyat dan negeri belajarlah bersungguh-sungguh bagaimana hendak berkhidmat kepada rakyat dan negara sebelum menjalankan perjuangan politik," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu.

Taib, yang juga pengerusi BN negeri, berkata ahli politik pembangkang membuat janji-janji kosong dan mendakwa mereka boleh melakukan keajaiban bagi menggembirakan rakyat dan pengundi.

Sebagai contoh, mereka mendakwa boleh melindungi pelbagai perkara, mendapatkan lebih banyak wang daripada pembangunan tanah adat dan sebagainya, katanya.

"Masa depan rakyat, dengan kesedaran bahawa lebih baik mereka menyokong BN berbanding ahli politik pembangkang yang banyak bercakap. Mereka tidak dapat buktikan kemampuan mereka untuk membantu rakyat," kata Taib di majlis perasmian mesyuarat agung Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Kuching hari ini.

Sementara itu, Presiden SPDP Datuk Seri William Mawan Ikom menyeru semua komponen parti BN bekerjasama dari peringkat atas hingga ke akar umbi untuk menghadapi sebarang cabaran dan kritikan yang boleh menggugat keutuhan BN dan menukar corak politik negeri Sarawak.

"Tidak ada satu parti komponen boleh menganggap bahawa dia adalah lebih penting atau berkuasa daripada yang lain. Dalam keadaan susah atau senang, kita mesti bersatu dalam BN," katanya.

Untuk menghadapi pilihan raya negeri akan datang, Mawan menyeru pemimpin SPDP di peringkat bahagian dan cawangan untuk menangani isu seperti pembangunan tanah, kaum Penan dan alam sekitar yang dimainkan pembangkang untuk memesongkan rakyat, khususnya di luar bandar.

"Saya berharap pemimpin SPDP di peringkat bahagian dan cawangan untuk mengambil tindakan proaktif dengan memberi penerangan lengkap kepada penduduk di luar bandar melalui sesi dialog dan perjuangan sosial di peringkat akar umbi untuk memastikan penyokong dan penduduk di luar bandar tidak terpengaruh dengan kempen pembangkang," katanya. BERNAMA

malaysiakini

Nik Aziz desak Umno keluar BN

"Kalau Umno boleh minta PAS keluar daripada Pakatan (Rakyat), maka saya minta daripada Umno (supaya) keluar dari BN untuk bersama dengan PAS,"


Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 29 Dis : Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin meminta Umno keluar dari BN dan bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas aksi sekumpulan pemuda mendesak PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat negeri Ahad lalu.

Jelasnya, mereka yang terbabit dipercayai sebagai ahli atau penyokong Umno.

"Kalau Umno boleh minta PAS keluar daripada Pakatan (Rakyat), maka saya minta daripada Umno (supaya) keluar dari BN untuk bersama dengan PAS," jelas Nik Aziz seperti yang dilaporkan suatu akhbar tempatan.

Beliau berkta, teknik menjadi dalang mengganggu PAS tersebut merupakan amalan kebiasaan Umno sejak PAS mula memerintah Kelantan dua dekad lalu lagi.

"Didalangi itu, perkara biasa bagi golongan sekular ini (Umno)," jelasnya.

"Sebenarnya orang PAS ini dah masuk dah (menjadi dalang Umno)...sejak tahun 1991 lagi, macam-macam perkara dibuat."

Ujarnya, Umno diminta menggugurkan dasar kebangsaan dan bersedia menerima Islam sebagai dasar parti, sekiranya jujur mahu bersama-sama perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Tambahnya lagi, Umno juga seharusnya bersedia menerima parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain kerana PAS sekarang komited bersama-sama Pakatan Rakyat demi menumbangkan kerajaan yang zalim secara demokratik.

Beliau yang sebelum ini disebut-sebut sebagai 'Pemimpin Spiritual' dalam Pakatan Rakyat turut berpandangan Pakatan Rakyat lebih memenuhi semangat 1Malaysia, berbanding BN.

"Ia (Pakatan Rakyat) lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada (BN) sekarang ini," sinisnya.

Harakahdaily


Di sebalik Bajet Besar yang dibentangkan, Terengganu Terus menjadi Negeri Termiskin di Semenanjung

Bajet besar yang dibentangkan oleh kerajaan negeri Terengganu baru-baru ini membimbangkan, kerana jumlah hampir sama dibentangkan pada tahun lalu gagal membawa sebarang perubahan yang ketara kepada kehidupan rakyat.








Batu Enam, KUALA NERUS – Bajet besar yang dibentangkan oleh kerajaan negeri Terengganu baru-baru ini membimbangkan, kerana jumlah hampir sama dibentangkan pada tahun lalu gagal membawa sebarang perubahan yang ketara kepada kehidupan rakyat.

”Kerajaan negeri telah membentangkan bajet tahun 2010 yang begitu besar, hampir RM2000 juta iaitu RM1.881 bilion, suatu penambahan dari bajet tahun lepas,


”tapi sebenarnya kalau di campurkan dengan bajet tambahan pada tahun 2009, ia melebihi RM2 bilion,

“dan saya menjangkakan kemungkinan tahun hadapan akan dibentangkan bajet tambahan juga”kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Alias Razak.

Namun begitu, menurutnya, hanya 8% yang berjumlah RM162 juta sahaja dari keseluruhan bajet itu adalah hasil yang dapat dikutip oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

Manakala bakinya, kata beliau, adalah datang dari Dana Khas Kerajaan Persekutuan, daripada duit royalti petroleum.

Oleh itu, katanya, sekiranya tiada Dana Khas, kerajaan Umno/BN tidak akan mampu walaupun untuk membayar gaji Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

”RM162 juta sahaja yang dia (Umno/BN) dapat cari, kita (kerajaan PAS Terengganu) RM300 juta, siapa yang pandai memerintah? Siapa pandai cari duit?,

”Kalau (Perdana Menteri Dato’ Seri ) Najib tak bagi duit, (Menteri Besar Dato’) Ahmad Said tak boleh buat apa, nak bayar gaji JKKK pun tak boleh,”jelasnya ketika berucap dalam Majlis Penerangan disini semalam.

Beliau yang juga Naib Yang DiPertua PAS Kuala Nerus berkata, disebalik pembentangan bajet yang besar pada tahun lalu, negeri Terengganu masih merupakan negeri termiskin di Semenanjung dan ketiga termiskin di Malaysia.

Menurutnya, fakta tersebut adalah berdasarkan program E-Kasih yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan dan senarai bantuan hari raya yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.