Saturday, June 4, 2011

Husam di Muktamar : Media Umno gagal



malaysiakini

Tuan Ibrahim di Muktamar



malaysiakini

Mahfuz Omar di Muktamar

Bagi barisan naib presidennya pula, Abdul Halim mengumumkan perwakilan parti itu membuat keputusan untuk mengekalkan dua ahli parlimen penyandangnya di jawatan itu -- Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Salahuddin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi.

Bagi melengkapkan pasukan pilihan raya ini, para
perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan naib presiden.


malaysiakini

Mat Sabu : Dulu lain sekarang lain, saya tak serang lagi Anwar

Mohamad Sabu ketika diumumkan sebagai timbalan presiden baru PAS pagi tadi. – Foto oleh Choo Choy May
GOMBAK, 4 Jun – Mohamad Sabu yang dipilih sebagai timbalan presiden baru PAS menegaskan pendiriannya bahawa beliau tidak lagi menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun musuh politik beranggapan beliau tidak akan sebulu dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat berdasarkan perkembangan dekad-dekad lalu.

Beliau mengakui pernah mengecam dan menyerang secara politik pada 1980-an dan 1990-an iaitu ketika Anwar masih berada dalam Umno.

“Pada masa 80, 90-an, Anwar dalam Umno. Dia mendokong dasar-dasar Umno. Sebab itu saya kecam.

“Kini, Anwar sudah beralih ke Pakatan, jadi kita sama-sama bekerjasama dalam satu pasukan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di akhir hari kedua Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini.

Mohamad yang mesra dikenali sebagai “Mat Sabu” memperoleh 420 undi untuk menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa yang hanya memperoleh 224 undi dan seorang lagi calon, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerima 339 undi.

Anwar menyertai Umno 1982 dan dipecat pada September 1998.

Sejak 2008 Anwar mengetuai Pakatan Rakyat dianggotai PAS, DAP dan PKR.

Petang tadi, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa suara Anwar dalam PAS ekoran keputusan pemilihan 2011-2013 ditentukan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwanya sebagai “pak turut.”

“Suara Anwar dalam PAS ditentukan oleh (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Aziz dan (Presiden PAS) Haji Hadi (yang) jadi pak turut... yang lain tidak releven... memang ada yang Erdogan, ulama dan macam-macam lagi.

“Tetapi semua tidak beri apa-apa kesan kecuali Datuk Nik Aziz dan pak turut Haji Hadi,” kata Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Kelantan ini pada pilihan raya umum 2008 bertanding dan menang menggunakan lambang PAS.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali pula berkata kemenangan Mohamad pasti akan mengecewakan Nik Aziz, Hadi dan puak ulama dan puak Erdogan.

“Mat Sabu hanya belajar di ITM dan tidak tamat, bukan lulusan pengajian agama Timur Tengah. Ianya memalukan gulongon ulama PAS kerana Mat Sabu tiada kelulusan akademik manakala puak Erdogan juga lagi kecewa kerana Mat Sabu tidak sokong Anwar,” katanya dalam kenyataan berasingan.

“Malah Mat Sabu yang mengelar Anwar Al-Juburi... kehebatan Mat Sabu, namanya Muhamad sama nama Rasullulah, tapi nama bapa Sabu.. tiga naib presiden pula adalah tokoh duniawi iaitu dua ada ijazah dan satu lagi dikatakan hanya SPM saja.

“Pada pendapat saya barisan pimpinan PAS baru ini semakin menyukarkan usaha ke arah perpaduan Melayu,” kata beliau lagi.

Mengenai kecaman itu, Mohamad yang kelahiran Pulau Pinang berkata, itu perkara biasa dan sesiapa sahaja boleh mengecamnya sebab beliau juga ada mengecam orang.

“Jadi, ini bukan masalah. Sekarang, saya menjadi timbalan, akan ramai lagi yang kecam saya. Saya sedia hadapi kritikan orang,” kata Mohamad yang pernah menjadi anggota Dewan Rakyat.

Mengulas pandangan Ibrahim itu, Mohamad berkata, itu pendapat peribadi wakil rakyat berkenaan dan “suka hati dia nak cakap apa.”

“Saya tidak mahu komen apa-apa. Kalau itu pandangan organisasi, lain ceritalah. Ini pandangan peribadi,” katanya lagi.


Oleh Latifah Kasmuri dan Zulaikha Zulkifli TMI

Mohd Sabu : Jangan guna nama ulama jika bukan ulama

Wawancara Eksklusif Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB bersama Timbalan Presiden PAS yang baru, Haji Mohammad Sabu di Bilik Wawancara, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, selepas pengumuman saf kepimpinan baru PAS sessi 2011-2013.

PAS melakar sejarahnya tersendiri dengan kali ini saf kepimpinan baru yang terdiri daripada kalangan aktivis dan profesional mendominasi jawatan dalam PAS, apa pandangan saudara?

Saya melihat saf kepimpinan yang dipilih perwakilan ini, perwakilan lebih cenderung kepada aktivis.Aktivis ini adalah mereka yang terlibat secara langsung dengan masyarakat, samada Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden yang dipilih. Namun pada saya bukanlah yang tidak cukup undi itu tak bersifat aktivis, tetapi pemilihan yang dibuat perwakilan cenderung ke arah itu (menggangkat aktivis).

Signalnya ialah, apabila kita lihat Mazlan Aliman mendapat undi yang tertinggi (804 undi), diantaranya yang memberi kekuatan kepada sokongannya ialah kerana penglibatan beliau (Mazlan) dalam Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) untuk merobah minda pengundi masyarakat Felda (Peneroka). Walaupun secara umumnya ANAK belum berjaya secara menyeluruh, tetapi usaha yang dipelopori Mazlan dan rakan-rakan dapat penghargaan daripada perwakilan seluruh negara. Begitu juga kemenangan pimpinan yang lain-lain seperti Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, 'trend' ini berlaku kerana muktamar kali ini tempohnya sangat dekat dengan Pilihan Raya Umum ke-13, sehubungan itu ahli dan penyokong mahu mereka yang terlibat sepenuhnya dengan masyarakat dan aktiviti kemasyarakatan.

Bagaimana perasaan Saudara setelah ditabalkan selaku pemenang?

Ya memanglah gembira, dan terharu, namun terbayanglah tanggungjawab yang akan dipikul oleh saya dan rakan-rakan terutama agenda apa yang disbeut tawaran saya untuk bersama Presiden mengepalai parti untuk kembangkan pengaruh PAS kepada non malay dan non parti yang saya nampak untuk menang pilihan raya mereka ini perlu kita dapatkan sokongan daripada mereka.Jadi beban ini terpikul keada saya dan rakan-rakan kerana ini adalah tawaran kita untuk menjadi Timbalan Presiden, dan sudah tentu segala apa yang disebeut itu akan diperhitung oleh ahli dan perwakilan di muktamar akan datang, inilah yang sebenrnya kita berat.

Apakah akan berlaku sebarang perubahan dalam lajnah-lajnah, dan jabatan tertentu dalam PAS?

Secara menyelruh tidaklah, tetapi mungkin perubahan yang berlaku adalah dalam konteks siapa yang mengepalai sesuatu lunjah menjelang pilihan raya umum akan datang ini.,Daru segi Pakatan Rakyat pula, kedudukan PAS cukup teguh dan ianya akan diperteguhkan lagi.Saya mahu hubungan dengan NGO kita mantapkan, dan arah tuju parti telah kita gariskan dalam ucapan dasar Presiden PAS dalam muktamar begitu baik menuju kepada negara kebajikan yang diterima semua kaum dalam negara kita ini, saya tak nampak berubah hala tuju.

Adakah kemenangan Saudara ini memberi kesan besar kepada Umno-BN?

Saya tidak buat analisa itu tetapi saya lihat surat khabar milik kepada Umno, maaf saya cakap bahawa mereka tidak memihak kepada saya dalam masa menjelang pemilihan,.Saya hairan kenapa tiba-tiba sahaja Utusan Malaysia diluat cukup sayang kepada kepimpinnan ulama, sedangkan merekalah yang mencerca kepimpinan Ulama khasnya Tuan Guru Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun menjelang muktamar mereka seolah-olah membuat laporan dengan menimbulkan sayang kepada kepimpinan ulama, sedangkan tauke kepada Utusan Malaysia (Umno) hanya ada biro sahaja untuk ulama ini yang hanya kelasnya seperti lajnah dalam PAS.Kita di peringkat PAS, kita sayangkan ulama, kita hormatkan ulama kita letak ulama di peringkat Majlis Syura Ulama, dan kita ada Dewan Ulama PAS Pusat yang meletakkan ulama ini ditempat yang tinggi, kuat teguh dan berwibawa.Perana utusan ini boleh dianalisis oleh sesiapa apa niat mereka yang sebenarnya. Barangkali pada mereka peralihan kepimpinan ini boleh mengubah persepsi umum kepada PAS dengan kita tidak lari teras kita jaga parti dibawah Majlis Syura Ulama.

Saudara adalah antara pihak yang mencetuskan kepimpinan ulama sekitar tahun 1982 apakah saudara masih mempunyai agenda memperkasakan kepimpinan ulama?

Saya tidak mahu kepimpinan ulama disalah tafsirkan, saya menghormati ulama seperti Sheikh Omar Muktar; Sheik Ahmad Yassin; Abu Bakar Al baqir, Tuan Haji Yusof Rawa, dan Ustaz Datuk Fadhil Noor.Semua ulama ini saya penuh hormat dan menyebut-yebut nama perjuangan mereka dalam ceramah dan penulisan saya. Yang kita tidak mahu orang bertenggek diatas nama kepimpinan ulama. yang berkelulusan agama tetapi bertenggek atas nama kepimpinan ulama.Tetapi Ulama sejati yang berilmu, yang membina masyarakat, yang beri ulmu, berjuang dan berjihad inilah yang kita sanjung yang kita sokong dan sepanjang zaman ulama inilah yang meniupkan kebangkitan.

Ini termasuklah mereka yang meniupkan semangat kebangkitan kemerdekaan iaitu Sheikh Jamaludin Al Afghani ialah seorang ulama yang bertaraf Hujjatul Islam.Ulama seperti ini harus diketengahkan, bukan kelulusana sijil ugama sahaja dipanggil ulama. Bahkah kalau yang ulama kontemporari seperti Hassan Nasralllah, saya amat kagum diatas kehebatan beliau kumpul sokongan muslim dan bukan Islam di lubnan dengan meniup semangat jihad menentang Israel.Sheikh Ahmad Yassin, daripada di atas kerusi rrodanya dia mampu untuk meniupkan semangat jihad melawan Israel.Ulama seperti ini yang saya sanjung, bukan yang berkelulusan yang belajar dari sekolah agama kemudian pergi ke Mesir, dan bila balik ke Malaysia kita gelar dia ulama.Sedangkan ia tidak menonjol dirinya sebagai seorang waris kepada Nabi Muhammad Saw, iaitu buat kerja-kerja yang dibuat oleh Nabi Muhammad S.A.W,.Jadi saya tetap berpegang teguh dan menyanjung kepimpinan Ulama ini.

Apa harapan yang mahu dilahirkan kepada ahli lebih-lebih lagi kita berdepan dengan musuh menjelang pilihan raya umum ke-13?

Kita harap selepas ini (muktamar) ahli dan pemimpin akan terus bekerja menterjemahkan apa sahaja Ucapan Dasar Presiden yang telah digariskan dan disetujui untuk laksnakan dengan bersama Pakatan Rakyat menuju Putrjaya. Kita juga harus bekerja untuk memenangi negeri-negeri yang kita belum menang, selain mempertahankan negeri yang telah kita menang.Itulah harapan kita kerana masa begitu singkat dengan Pilihan Raya Umum ke-13. Saya ucapkan jutaan terima kasih kerana perwakilan memilih saya untuk julung kalinya selaku Timbalan Presiden PAS.Terima kasih.


Wan Nordin Wan Yaacob Harakahdaily

Barisan impian PAS 2011 kesan protes dua tahun

Barisan kepimpinan kanan baru PAS (dari kiri) Mahfuz Omar, Hadi Awang, Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Husam Musa. – Foto oleh Choo Choy May
ANALISIS, 4 Jun – Kira-kira empat bulan selepas pemilihan 2009, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengetengahkan idea agar diadakan pemilihan khas untuk menggantikan pucuk kepimpinan parti itu. Ketika itu, tindakan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, mengejutkan banyak pihak khususnya di kalangan ahli parti itu sendiri.

Perhimpunan khas yang diusulkan beliau tidak menjadi kenyataan, sebaliknya kepimpinan pusat memutuskan kaedah kompromi dalaman agar parti itu tidak berhadapan dengan perpecahan dan krisis dalaman.

Nik Aziz dalam blognya ketika itu menimbulkan cadangan itu dipercayai kerana tidak senang dengan beberapa pemimpin parti, Antara yang disebut-sebut ialah Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali serta Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa berhubung isu kerajaan perpaduan.

Meskipun kompromi dibuat tetapi persekitaran protes itu tidak habis di situ. Menjelang muktamar tahun lalu, isu kononnya Nasharudin tidak sealiran dengan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang muncul semula. Beberapa pemimpin mendakwa pihaknya akan membawa usul agar pemimpin kanan ditukar akan dibawa ke muktamar yang diadakan di Kelantan.

The Malaysian Insider ada membawa tulisan bahawa Hadi sendiri ada memaklumkan sahabatnya dan beberapa pemimpin kanan dalam parti itu bahawa beliau tidak mendapat sokongan yang diharapkan daripada timbalannya. Hadi menafikan tanggapan sedemikian.

Tetapi, setahun lalu, segelintir pemimpin kawasan menekankan bahawa usaha akan digerakkan bagi memastikan pucuk kepimpinan di tangga kedua mengalami perubahan tahun depan. Cakap-cakap itu kekal sebutan sebahagian besar perwakilan sehingga ke hari pengundian pemilihan 2011-2013.

Apabila keputusan rasmi diumumkan pagi ini, Nasharudin berada di tempat ketiga dengan 224 undi berbanding Mohamad Sabu 420 undi, yang pernah mencabarnya dua tahun lau. Pencabar ketiga, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turun sebagai calon minit-minit terakhir mengumpulkan 399 undi.

Sebagaimana dua tahun lalu, undi dua pencabar mengatasi undi calon yang menang.

Nasharudin berada di tangga kedua sebagai timbalan Hadi sejak 2005. “Saya menghormati apa yang dipilih oleh perwakilan dan merasakan pemilihan itu adalah yang terbaik,” katanya lagi.

Hari ini, Nasharudin juga berkata, beliau sudah tiga penggal menjadi timbalan presiden dan tiada masalah dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Laporan media tahun lalu menyebut wujud pergeseran antara Hadi dan Nasharudin.

“Selama tiga penggal saya sudah lakukan kerja saya sebaik mungkin. Kepimpinan terbaru ini, dilihat sebagai satu perkara terbaik,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok. Ditanya mengapa beliau kalah, Nasharudin menjawab: “Perwakilan tidak mengundi saya.”

Mengenai kekurangan pada dirinya yang membawa kepada kekalahan, Nashrudin memberitahu, “saya tidak pasti, mungkin mereka mahukan seseorang yang lebih vokal.”

Pun begitu Nasharudin menolak isu kerajaan perpaduan Umno-PAS yang diperkatakan sejak 2008-2009 sebagai punca kekalahan beliau.

“Isu itu isu basi,” ujar beliau.

Dalam temu bual khas dengan The Malaysian Insider menjelang hari pengundian, Mohamad ketika mengulas isu puak ulama dan profesional berkata, “namun saya pasti perubahan sudah mula berlaku dalam PAS.”

Beberapa perwakilan yang ditemui beberapa jam selepas pengumuman keputusan berkongsi pandangan bahawa mereka sememangnya telah menjangkakan perubahan dalam kepimpinan nombor dua parti dan memperkukuhkan semula kedudukan naib presiden.

Perwakilan-perwakilan ditemui menekankan mesej hampir sama – PAS memerlukan pasukan agresif bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Mengapa tidak perubahan ini dibuat pada pemilihan 2007 sebelum negara menyaksikan pilihan raya umum ke-12 tahun berikutnya?

Dan juga, mengapa tidak pada pemilihan dua tahun lalu? Dua tahun tahu lalu, Mohamad dan Datuk Paduka Husam Musa, yang dilabel sebagai golongan profesional bertanding.

Pada 2009, undi kepada kedua-dua calon profesional berpecah manakala Nasharudin memperoleh sokongan padu perwakilan yang berlatarbelakangkan sentimen ulama.

Kali ini, undi perwakilan yang cenderung kepada ulama berpecah, sekali gus memberi kelebihan kepada Mohamad untuk menang dengan majoriti 21 undi.

“Saya memang sudah menjangkakan keputusan ini kerana kami tahu arah aliran sokongan. Perwakilan khususnya ahli-ahli mahukan satu pasukan yang boleh membawa PAS menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan kuat,” kata perwakilan dari Kelana Jaya, Abdul Rahman Othman yang menyifatkan barisan kepimpinan kali ini sebagai “pasukan impian.”

“Saya pasti Umno, BN akan gerun dengan pasukan. Bukan begitu?” katanya lagi.

Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad iaitu perwakilan dari Temerloh, Pahang berkata, barisan baru ini akan memperkuatkan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Ia akan memperkukuhkan dan menjadi PAS bergerak dengan lebih berkesan,” kata beliau.

Penasihat undang-undang PAS Hanipa Maidin yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat berkata, perwakilan menyediakan satu barisan kepimpinan yang berasaskan rekod prestasi.

“Ini adalah pasukan yang berasaskan prestasi, berdasarkan KPI... mereka mahukan pencapaian, menunjukkan prestasi... isyarat yang jelas,” katanya yang turut mempertahankan kerusi ahli jawatankuasa kerja kali ini.

Sebagaimana diperkatakan oleh seorang ahli jawatankuasa kerja pusat kepada The Malaysian Insider semalam, kira-kira empat jam sebelum proses pengundian, PAS nampaknya disajikan “pasukan terbaik” di sebalik persaingan sengit dalam memilih pemimpin terbaik.

Husam yang kembali memperoleh kerusi naib presiden berkata, “saya melihat ini pasukan terbaik. Yang diterima perwakilan dan boleh diterima oleh rakyat semua kaum dan berdasarkan rekod pencapaian yang baik.”

Mengambil kira intipati ucapan dasar Hadi semalam, perwakilan meletakkan satu pasukan kepimpinan yang lebih agresif untuk berhadapan dengan serangan Umno-BN, yang meningkat sejak setahun lalu dan sudah pasti keputusan hari ini akan merancakkan lagi serangan politik menjelang pilihan raya umum ke-13.

Meminjam kata-kata Ketua Pemuda PAS Nashrudin Hassan kelmarin, streng “kepimpinan” cuma satu. Streng sudah diberikan. Perwakilan akan mengukur prestasi pemegang-pemegang streng ini sebelum muktamar 2012 iaitu pada pilihan raya umum ke-13.


Oleh G Manimaran TMI

Ramai lagi artis akan sertai PAS - Nasrudin

KUALA LUMPUR, 4 Jun : Kesediaan beberapa orang artis untuk menyertai PAS, selepas Bob Lokman, membuktikan PAS sudah semakin diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat di tanah air.

Perkembangan yang memberangsangkan ini diyakini akan menarik minat lebih ramai anggota masyarakat negara ini untuk menyertai PAS menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, sejajar dengan perjuangan PAS untuk kepentingan semua kaum.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasarudin Hassan Tantawi menegaskan, kesediaan golongan artis untuk menyertai PAS sudah dimaklumkan oleh golongan artis sendiri kepada beliau secara jujur baru-baru ini.

Menurut beliau, artis-artis tersebut sudahpun dikenalpasti dan mereka sememangnya terdiri daripada artis-artis ternama yang melibattkan pengarah, penyanyi, pelakon dan pelawak.

Katanya, bagaimanapun beliau tidak mahu menyebut nama-nama artis terbabit kerana mahu menyerahkan kepada artis-artis itu sendiri untuk mengumumkannya nanti.

"Saya difahamkan buat masa ini mereka masih belum bersedia untuk mengumumkannya. Tetapi mereka memang mahu menyertai PAS seperti juga Bob Lokman," katanya pada sidang media di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Selain golongan artis, beliau juga menjelaskan bahawa perjuangan PAS kini sudah semakin diterima oleh golongan muda di tanah air dan ia ternyata amat berbeza berbanding masa lalu.

Menurut beliau, perkembangan itu membuktikan golongan muda di tanah air sudah semakin terbuka dalam politik, sehingga menyebabkan mereka memilih PAS yang berada dalam Pakatan Rakyat bagi melakukan perubahan politik di negara ini.

"Ini secara langsung menolak dakwaan Umno BN yang mengatakan golongan muda semakin ramai yang menyokong mereka, dengan mengambil perkiraan pada majlis Sejuta Belia yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini.

(Gambar: Nasrudin dalam sidang media bersama timbalannya yang baru dipilih, Nik Abduh)

"Pada hal dakwaan Perdana Menteri atau pemimpin Umno mengenai perkara itu ternyata amat jauh menyimpang dari sasarannya.

"Beliau yang hadir pada majlis itu sebenarnya bukan sejuta, tetapi hanya sekitar 8,000 hingga 10,000 orang sahaja," katanya.

Perkara itu ternyata amat berbeza dengan majlis himpunan yang diadakan oleh PAS, dengan kehadiran yang sememangnya mencapai jumlah yang disasarkan.

"Antaranya termasuklah Himpunan 30,000 yang diadakan oleh PAS di Kedah baru-baru ini dengan kehadiran sememengnya 30,000 seperti yang kita target.

"Begitu juga dengan Himpunan 10,000 di Kelantan untuk majlis 100 kali khatan al-Quran, juga memeng dihadiri 10,000 orang seperti yang kita target," jelasnya.

Dengan perkembangan itu, jelasnya, anak-anak muda yang juga pengundi-pengundi muda kini ternyata lebih tertarik kepada PAS daripada Umno kerana mereka sendiri lebih percaya kepada PAS berbanding BN untuk membela nasib mereka.


Pemuda minta 40 peratus kerusi untuk calon muda

Aziz Muda Harakahdaily

Mohd Sabu : Akar tunjang yang menjalar merata

KUALA LUMPUR, 4 Jun : Penulis dan pemimpin veteran PAS, Subky Latif (gambar) menyifatkan Mohamad Sabu umpama akar selepas rotan (ulama yang sesuai) tidak ada tetapi 'akar ini akar tunjang yang menjalar merata'.

"Ulama tak menang kerana tidak ada yang sesuai umpama rotan tidak ada, jadi akar yang menjadi pilihan...tetapi Mohamad Sabu ini umpama akar tunjang yang cabangnya merayap merata," kata Subky.

Beliau mengulas kemenangan Mohamad dalam pertandingan jawatan timbalan presiden PAS hari ini.

Mohamad menang apabila mendapat 420 undi berbanding Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharudin Mat Isa (224).

Mohamad memecah rekod kepimpinan PAS apabila menjadi timbalan presiden pertama dari kalangan bukan ulama selepas konsep kepimpinan ulama diperkenalkan PAS pada tahun 1983.

Subky adalah antara pemimpin PAS yang yakin, PAS perlu dipimpin oleh ulama. Dalam pemilihan 2009 lalu, Subky antara pemimpin PAS yang bercakap agar perwakilan memilih timbalan presiden di kalangan ulama.

"Saya berpendapat, Mohamad perlu diletakkan di situ sebagai pemimpin PAS bukan untuk sementara sahaja misalnya untuk hadapi pilihan raya tetapi sampai bila-bila.

"Jangan pula tahun depan ada usaha untuk menukar beliau pula. Biarlah sampai rotan yang dicari benar-benar ditemui barulah ditukar," kata beliau penuh kiasan.

Untuk menstabilkan kedudukan beliau dalam hiraki kepimpinan PAS, Subky menasihatkan agar Mohamad Sabu melantik ramai ulama di sekeliling beliau untuk menjadi penasihat-penasihatnya.

"Dia jangan pula jadi macam sesetengah kerajaan, tidak dengar cakap mufti, sesetengah kerajaan ambil mufti tetapi mufti yang dengar nasihat kerajaan," katanya.


Harakahdaily

Mat Sabu - timbalan presiden PAS yang baru

Pemimpin akar umbi dan popular PAS Mohamad Sabu sebentar tadi diumumkan sebagai pemenang jawatan timbalan presiden parti yang sengit dipertandingkan itu.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Mohamad meraih 420 undi bagi mengalahkan dua calon ulama - iaitu penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan seorang lagi ulama disegani, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi).

malaysiakini

Pengumuman keputusan pemilihan PAS 2011-2013



tvpas09

Pemuda PAS Akan Bantu Saf Baru



TVSelangor09

Mat Sabu is PAS new deputy

The PAS polls saw the ulama faction lost out in the top hierarchy with activist Mohamed Sabu toppling incumbent deputy president Nasharudin Mat Isa and Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


thestaronline

Mat Sabu : "It's all about team work"



FreeMalaysiaToday
Video journalist : Hisyam Salleh

Hadi : Perwakilan Pilih Kabinet Pilihanraya



TVSelangor09

Mat Sabu : Saya Adalah 'team player', Sokong Dasar PAS



TVSelangor09

Tuan Ibrahim - Perwakilan Pilih Saf Sesuai Untuk PRU



TVSelangor09

Hadi : ‘Perubahan pimpinan PAS biasa, macam alih perabot rumah’

Ahli-ahli PAS mengambil kesempatan memohon kad keanggotaan parti pada hari kedua Muktamar Tahunan Ke-57 di Taman Melewar dekat Kuala Lumpur hari ini. – Foto oleh Choo Choy May
GOMBAK, 4 Jun – PAS tidak akan mengalami perubahan dasar sebaliknya hanya akan mengubahsuai strategi sesuai dengan keputusan pemilihan kali ini yang menyaksikan kemenangan besar calon barisan profesional, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Sekali lagi, dasar tidak berubah tetapi strategi yang kita ubah,” kata Presiden PAS pada sidang media hari kedua Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini hari ini.

Hasil pemilihan semalam, PAS menerima timbalan presiden yang baru iaitu Mohamad Sabu manakala Datuk Paduka Husam Musa pula kembali sebagai naib presiden manakala Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar mengekalkan kerusi naib presiden masing-masing.

Selain Mohamad Sabu, Salahuddin, Mahfuz dan Husam, seramai 12 daripada 18 ahli jawatankuasa kerja pusat PAS yang baru dilihat daripada kalangan kumpulan profesional.

Hadi menambah, walaupun ada beza pandangan dalam penentuan calon, tetapi tetap menghormati keputusan perwakilan kali ini.

“(Saya) terima apa sahaja keputusan dan hadapi untuk pilihan nanti, kepimpinan kali ini terdiri daripda pelbagai latar belakang, AJK pusat wakili semua pihak,” kata beliau yang telah mempertahankan jawatannya tanpa saingan.

Mengenai komposisi barisan yang memihak kepada kumpulan profesional, Hadi menjelaskan, ia bukan benda baru dan “PAS memimpin secara kolektif.”

Hadi juga berkata, keputusan yang diumumkan pagi tadi menunjukkan kematangan ahli-ahli dan perwakilan dalam memilih pemimpin-pemimpin untuk berada di saf hadapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“PAS adalah parti berpengalaman, parti tertua. PAS juga pernah jadi kerajaan di peringkat pusat, negeri dan menghadapi cabaran di peringkat negeri,” katanya.

Sehubungan itu Hadi juga berkata, bukan pemimpin-pemimpin politik yang membuat perubahan tetapi para perwakilan manakala “matlamat, acuan tetap sama dan tidak akan berubah.”

“Perubahan pucuk pimpinan, biasalah... sama macam alih perabot rumah,” katanya lagi.

Menjawab soalan timbalannya bukan seorang ulama, Hadi memberitahu, ia bukan satu masalah kerana kerajaan Uthmaniyah juga bukan daripada kalangan ulama.

“Ulama ini sebenarnya bermaksud orang berilmu termasuk dalam pelbagai bidang... contoh Ibn Khaldun, beliau seorang yang berilmu dalam bidang agama dan sosiologi. Sekarang ini susah nak cari pemimpin yang tahu dalam semua bidang, jadi PAS buat pimpinan secara kolektif,” katanya.

Berkenaan dakwaan bahawa calon-calon yang pro-Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kali ini, Hadi juga mengetepikan tanggapan sedemikian.

“Tidak, pemimpin dipilih untuk, kerana kita mahu pemimpin yang rapat dengan NGO, rapat dengan semua pihak,” katanya yang turut menolak tanggapan bahawa pemimpin-pemimpin pusat kali ini dilihat sebagai golongan agresif.

“Kita ikut suasana,” kata Hadi yang turut memberi jaminan bahawa calon yang tidak terpilih, tetap sama membantu pimpinan yang lain.

“Saya akan melantik AJK baru, enam orang tapi itu semua kena tunggu dahulu.

“Saya tidak guna kuasa mutlak, dulu bila Mat Sabu (Mohamad) kalah, dia tetap jadi AJK pusat,” katanya lagi.


Oleh G Manimaran, Latifah Kasmuri dan Zulaikha Zulkifli TMI

Nasharudin terima kekalahan, dakwa PAS mahu pemimpin vokal

GOMBAK, 4 Jun — Nasharudin Mat Isa yang gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden yang disandangnya sejak 2005 berkata, beliau menerima kekalahan dan menghormati keputusan para perwakilan yang memberi mandat kepada suara vokal Mohamad Sabu kali ini.

“Kekalahan bukan benda baru ini dalam pertandingan. Kita terima dengan hati terbuka. Pertandingan tiga penjuru ini bagi saya bukan benda baru, sudah lama berlaku, dulu dan sebagainya,” kata beliau sambil mengaku kemungkinan wujud pecah undi kali ini.

Selain Nasharudin (gambar) dan Mohamad, jawatan timbalan presiden turut ditandingi oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad memperoleh 420 undi, Nasharudin mendapat 224 undi dan Tuan Ibrahim pula 399 undi.

“Saya menghormati apa yang dipilih oleh perwakilan dan merasakan pemilihan itu adalah yang terbaik,” katanya lagi.

Nasharudin juga berkata, beliau sudah tiga penggal menjadi timbalan presiden dan tiada masalah dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Laporan-laporan media tahun lalu menyebut wujud pergeseran antara Hadi dan Nasharudin.

“Selama tiga penggal saya sudah lakukan kerja sebaik mungkin. Kepimpinan terbaru ini, dilihat sebagai satu perkara terbaik,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Ditanya mengapa beliau kalah, Nasharudin menjawab: “Perwakilan tidak mengundi saya.”

Mengenai kekurangan yang membawa kepada kekalahannya, Nashrudin memberitahu, “saya tidak pasti, mungkin mereka mahukan seseorang yang lebih vokal.”

Pun begitu Nasharudin menolak isu kerajaan perpaduan Umno-PAS yang diperkatakan sejak 2008-2009 sebagai punca kekalahan beliau.

“Isu itu isu basi,” ujar beliau.

Mengenai tindakan susulannya, Nasharudin berkata, buat masa ini beliau tidak memikirkan apa-apa dan menyerahkan perkembangan selepas muktamar yang akan berakhir esok.

“Tunggulah hingga selepas muktamar,” kata beliau lagi.

Sehubungan itu, Nasharudin juga berkata beliau menyerahkan kepada perwakilan yang telah membuat keputusan.

“Mereka telah membuat keputusan dan anda kena menghormati pilihan, tiada isu salahkan sesiapa, demokratik proses yang diperuntukkan oleh perlembagaan, hormati hak perwakilan,” katanya lagi.

Mengenai kekalahan wakil ulama dalam pemilihan kali ini, Nasharudin berkata, barisan semasa masih memperlihatkan campuran ulama dan profesional dan ada beberapa nama ulama dalam senarai terbaru.

“Jika mereka menolak ulama, (sudah pasti) tiada nama (ulama) diwakili (dalam barisan ini), anda masih ada beberapa nama,” katanya lagi.

Berhubung soalan tentang momentum berubah daripada puak ulama kepada kumpulan profesional, Nasharudin berkata, “nampaknya dari segi pilihan mungkin tidak macam dulu, tetapi ulama masih diwakili (dalam barisan baru), jadi ia bukan isu besar.”

Menjawab soalan adakah pengaruh ulama terhakis, Nasharudin berkata, menjadi hak perwakilan untuk membuat keputusan tetapi “Majlis Syura masih kuat pengaruh dalam parti.”

“Orang tidak banyak diwakili, tetapi semangat ulama masih jauh,” katanya lagi.


Oleh Latifah Kasmuri TMI

Asri : Prinsip negara Islam-berkebajikan, bukti PAS alami kemajuan besar

GOMBAK, 4 Jun — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan PAS sudah mula memperlihatkan “kemajuan memberangsangkan” memandangkan ia sanggup mengakui bahawa dalam al-Quran tidak disebut negara Islam, cuma ditekankan ialah negara berkebajikan.

Muktamar PAS kali ini dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.

Katanya, sekian lama istilah negara Islam memisahkan PAS atau menyukarkan parti itu bergerak lebih ke hadapan, namun hari ini dengan kenyataan Hadi akan memberi nafas baru yang lebih luas dan fleksibel kepada PAS.

“Cumanya, saya sedang meneliti apakah maksud ‘negara kebajikan’ yang hendak diwujudkan. Saya percaya Presiden PAS ada kerangka yang jelas.

“Ahli-ahli hendaklah difahamkan terlebih dahulu sebelum membicarakannya secara meluas. Ini kerana negara berkebajikan mempunyai pelbagai gambaran,” kata beliau.

“Saya mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang menyebut ‘apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan’,” kata Asri dalam satu kenyataan hari ini.

“Bagi saya ini adalah satu kemajuan yang memberangsangkan dalam PAS,” kata beliau mengulas kenyataan Hadi semalam.

Secara umum, tambah beliau, dunia memahami negara berkebajikan adalah negara-negara yang memakai model nordik seperti di Norway, Denmark dan Sweden.

“Mungkin PAS ada model yang tersendiri. Apapun saya merasakan PAS akan dapat melangkah dengan lebih jauh dengan kenyataan tersebut,” katanya.

Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 semalam, Hadi berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk ‘negara Islam’, isu yang disifatkan sebagai duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini.

Hadi dipetik berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama ‘negara Islam’ itu semata-mata.

“Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.

“Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama,” katanya.

Semalam Hadi menyampaikan ucapan dasar presiden bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”.

Asri, pensyarah dari Universiti Sains Malaysia berkata, pada masa yang sama bererti PAS terus bersama dengan gerakan Islam lain di dunia ini yang mula keluar dari retorik negara Islam kepada realiti kenegaraan yang sebenar yang diperlukan oleh manusia.

“Ya, tiada dalam Islam istilah negara Islam atau daulah Islamiyyah seperti yang disangka oleh sesetengah pihak,” kata beliau sambil menambah, ia satu istilah yang muncul ketika kebangkitan umat Islam menghalau penjajah.

“Sebelum itu, kitab-kitab fekah Islam hanya menyebut Darul Islam atau wilayah Islam yang merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh umat Islam ketika itu.

“Apabila perkataan daulah Islamiyyah, kemudian diikuti dengan kebangkitan Revolusi Syiah di Iran, maka perkataan daulah islamiyyah ini mula dipopular oleh para pejuang politik islami di seluruh dunia,” katanya.

Kata Asri, disebabkan istilah ini juga mereka berbalah, bahkan menuduh pihak lain kurang islam disebabkan tidak bersama dalam perjuangan menegakkan daulah islamiyyah atau negara Islam itu.

“Walaupun kadangkala pertentangan ada asasnya, namun sebahagiannya hanya disebabkan perbezaan istilah yang dipakai,” kata beliau lagi.

Cuma, menurut Asri, sekian lama ramai gerakan Islam yang memperjuangkan istilah itu, mereka masih gagal menetapkan satu takrifan yang jelas dan realistik.

Katanya, gambaran yang terlalu ideal tentang kenegaraan menjadikan ‘negara Islam’ itu bagaikan satu khayalan yang tidak berpijak di bumi nyata.

“Kita boleh lihat khayalan Hizbul Tahrir yang cuba berkembang di negara kita pada hari ini. Ia bolehlah dikatakan ‘utopia state’ yang hanya wujud di minda, tidak mungkin pada realitinya.

“Alhamdulillah, apabila gerakan Islam — sebahagian mereka benar-benar terlibat sendiri secara langsung dengan politik kenegaraan, maka mereka mula sedar tentang realiti sebenar sesebuah pemerintahan,” kata beliau lagi.

Justeru, Asri juga berkata, politik kenegaraan dan seninya sentiasa berubah mengikut keperluan suasana, namun prinsipnya kekal.

“Ini kerana Islam satu agama realistik. Perjuangan politik dalam Islam, bukanlah perjuangan menegakkan jenama negara, tetapi menegak tanggungjawab dan prinsip-prinsip keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasul-Nya,” katanya.

Kata beliau, “bukan penting pada jenama, tetapi pada isinya.”

Jelas tokoh agama muda ini, Islam agama yang menjamin keadilan, keamanan, memelihara rakyat dari munkar dan menegakkan kebaikan, menyebarkan kebajikan dan seterusnya.

“Itulah negara yang dikehendaki oleh Islam. Soal mekanisme hukum sama ada hudud atau tidak, dibincangkan setelah ditegakkan prinsip dan tanggungjawab utama, diwujudkan suasana yang kondusif yang memungkin keadilan dan keindahan hukum itu berfungsi.

“Bukan masanya lagi. Tangguhkan dahulu isu-isu makanisme, tumpukan kepada tanggungjawab dan prinsip utama kenegaraan,” katanya lagi.


Oleh G Manimaran TMI

Saya bernasib baik menang Timbalan Presiden – Mat Sabu

Beliau berkata pemilihannya bagaimanapun tidak membawa sebarang kesan terhadap dasar atau arah tuju parti, malah berazam akan terus membantu Presiden PAS.
Laporan Muktamar PAS Tahunan ke 57
GOMBAK : Timbalan Presiden PAS yang baru dipilh Mohamad Sabu menganggap kemenangannya dalam pemilihan kali ini sebagai satu nasib yang baik, selain mendapat sokongan daripada akar umbi.

Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertandingan tiga penjuru antara dirinya dengan mengalahkan penyandang selama dua penggal berturut-turut Nasharuddin Mat Isa serta bekas Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat hanya bertanding untuk memecahkan undi.

Beliau berjaya memperoleh 420 undi manakala Nasharudin dengan 224 undi dan Tuan Ibrahim pula mendapat 399 undi.

Mat Sabu berkata pemilihannya bagaimanapun tidak membawa sebarang kesan terhadap dasar atau arah tuju parti, malah berazam akan terus membantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertingkatkan gerak kerja bagi mendapatkan sokongan orang ramai dan bukan Melayu menuju pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Terima kasih kepada perwakilan dan wartawan yang menyiarkan tulisan yang positif mahupun negatif terhadap saya.

“Tak banyak momentum baru mahu pun pemahaman ‘abc’ yang akan diperjuangkan tetapi barangkali usaha untuk menarik orang ramai mencapai matlamat negara berkebajikan.

“Saya akan memainkan peranan membantu Presiden dalam hal ini,” katanya yang turut memuji keberanian PAS mengadakan pemilihan sebelum PRU13 berbanding parti politik yang lain.

Beliau sekali lagi menekankan bahawa tidak timbul isu wujudnya kumpulan profesional dan ulama dalam PAS memandangkan sudah ada peranan yang jelas antara sayap eksekutif dan ulama dalam PAS.

“Ulama’ masih menguasai sepenuhnya kepimpinan parti terutamanya dalam Majlis Syura dan Dewan Ulama.

“PAS tak seperti Umno dengan meletakkan golongan ulama’ dalam bentuk biro, tetapi dalam Majlis Syura yang mengawal dasar dan disiplin parti,” katanya.


Jamilah Kamarudin FMT

Pimpinan ulama ditegur, perlu terbuka terima pandangan

Konsep pimpinan ulama perlu berlapang dada menerima pandangan berbeza, kata perwakilan PAS Perak.
Laporan Muktamar Tahunan PAS ke 57

GOMBAK : Pimpinan ulama perlu lebih terbuka dan bersedia menerima pandangan berbeza daripada anggota parti agar angin perubahan wujud dalam PAS.

Perwakilan PAS Perak Muhaimin Sulam berkata kepimpinan ulama yang berusia lebih dua dekad itu turut diingatkan agar lebih serius dalam memimpin bukan sahaja kepada parti malah kepada rakyat.

“Konsep pimpinan ulama perlu berlapang dada menerima pandangan berbeza. Kelahiran pimpinan ulama tercetus pada tahun 1982 ekoran dua faktor iaitu pertama fungsi Islam seperti yang dikatakan Pak Yusof Rawa dalam ucapannya sebelum ini mengenai ke arah pembebasan parti.

“Kedua lebih kepada dalam parti iaitu kepimpinan sedia ada tidak berupaya. Maka berlaku kecenderungan proses menukar,” katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar disini hari ini.

Menurut Muhaimin, PAS bukan sahaja memerlukan perubahan luaran tetapi kepada tajdid (perubahan) dalaman yang lebih dinamik untuk mendekatkan parti kepada rakyat lebih-lebih lagi pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan kelak.

PAS katanya perlu menjadi sebuah parti yang digeruni dan lebih kontemporari tanpa meninggalkan asas perjuangan.

“Pemimpin perlu serius kepada responsif perubahan. Jangan tenggelam dengan rasionaliti sehingga menimbulkan kekeliruan kepada rakyat.

“Cabaran kita hari ini tidak tertumpu untuk berdepan Umno sahaja, tetapi kepada usaha meyakinkan orang Melayu bahawa kita mampu memimpin,” katanya.

Sementara itu, Muhaimin turut memberi saranan agar negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat terus meningkatkan kualiti urus tadbir bagi membela rakyat.

Walaupun Pakatan menang empat negeri (Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan) namun itu bukan kayu ukur untuk bersikap selesa.

Menurut Muhaimin, Pakatan perlu bersiap siaga untuk pilihan raya akan datang dengan lebih mendekatkan diri kepada rakyat.

“Tahun ini menuju ulangtahun PAS ke-60, maka lebih 10 dekad PAS melalui onak duri melalui proses demokrasi pilihan raya. Adakah kita (Pakatan) bersedia untuk menguasai Putrajaya?,” soalnya.

“Fokus pimpinan kini perlu kepada pilihan raya iaitu dari segi proses pengundian dan undang-undang pilihan raya,” katanya.


Fazy Sahir FMT

Siapa berkuasa dalam PAS – Erdogan atau ulama?

Kemenangan kumpulan Erdogan mengesahkan tanggapan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berpengaruh menentukan kepimpinan PAS.
ANALYSIS
Laporan Muktamar Tahunan PAS ke 57
GOMBAK : Apakah pengaruh kumpulan ulama yang sekian lama kukuh bertapak dalam PAS sedang menuju pengakhirannya? Keputusan pemilihan pucuk pimpinan PAS yang diumumkan hari ini menunjukkan kumpulan Erdogan menguasai jawatan-jawatan penting dalam parti.

Jawatan nombor dua parti dimenangi Mohamad Sabu. Kemenangan ini menebus kekalahannya kepada Nasharuddin Mat Isa pada pemilihan tahun 2009.

Kemenangan itu tidak mengejutkan memandangkan popularitinya di merata peringkat dalam PAS menenggelamkan dua pencabarnya – Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tetapi yang mengejutkan ialah kemenangan 100% kumpulan Erdogan bagi jawatan naib presiden. Ketiga-tiga mereka – Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub – adalah penyokong kumpulan Erdogan.

Kemenangan kumpulan Erdogan mengesahkan tanggapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berpengaruh menentukan kepimpinan PAS.

Kini kumpulan ulama yang diketuai Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mendapat perbahasan hangat dari kumpulan Erdogan dalam membuat keputusan penting.

Yang pasti pintu rundingan kerajaan perpaduan tertutup rapat. Walaupun Hadi menegaskan tiada kerjasama dengan Umno, ramai yang masih sangsi dan ragu.

Barang diingat ia bukan bermakna sangat mudah bagi kumpulan Erdogan untuk bermaharaja lela dalam PAS. Tidak mudah untuk mengetepikan pengaruh Hadi.

Hadi tokoh tradisional PAS yang sangat masak dengan sepak terajang politik disokong penuh oleh Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS. Kebetulan mereka senegeri iaitu dari Terengganu walaupun Ketua Pemuda membina karier politik di Pahang.

Kedua-dua sayap itu telah berikar menyokong kepimpinan ulama dalam PAS.

Kalau dilihat dari senarai Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja lebih separuh dari 18 merupakan kumpulan yang menyokong Erdogan. Ini dapat menambahkan lagi pertembungan sengit antara kedua-dua kumpulan tersebut.

Wakil Kedah dalam perbahasan ucapan dasar Presiden pagi tadi telah menyuarakan kebimbangan Hadi tidak dapat berfungsi sepenuhnya dalam parti. Ini pernah berlaku semasa kepimpinan PAS era Yusof Rawa selepas mengambil alih dari Datuk Asri Muda pada 1983.

Sekolah pondok

Bagi golongan ulama terutama lepasan sekolah pondok mungkin sedang mencongak nasib mereka dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Kini sudah semakin jelas kelihatan golongan itu semakin terpinggir dari arus kepimpinan perdana PAS. Apatah lagi mereka yang tidak mempunyai kerjaya besar seperti golongan profesional.

Sudah kedengaran golongan ulama ini mula merasa bimbang hala tuju dan nasib parti dalam masa-masa mendatang. Keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat tidak semuanya menguntungkan parti itu.

Beberapa keputusan dan tindakan PAS ditolak mentah-mentah oleh komponen Pakatan Rakyat – DAP dan PKR. Contoh terbaik ialah isu arak di Selangor yang segera dibantah keras oleh DAP menyebabkan PAS terpaksa mengalah.

Ini terjadi kerana keterbukaan dasar Pakatan Rakyat. Mahu tidak mahu PAS terpaksa akur dengan perjanjian polisi bersama Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui mereka.

Cuma orang Melayu yang selama ini menjadi tonggak kekuatan PAS sangat khuatir parti Islam akan kehilangan denyut nadi perjuangan mereka dek kerana pemimpin mereka terpaksa mengikut telunjuk orang lain yang tiada kena mengena dengan PAS.

Barangkali ketika ini pemimpin ulama PAS boleh mengawal hala tuju parti tetapi tiada siapa yang tahu dalam tempoh beberapa tahun mendatang.

Inilah mangsa kepada keterbukaan PAS. Golongan Erdogan yang baru setahun jagung bertapak dalam parti sudah mendapat semuanya.

Tidak mustahil mereka akan menguasai parti dalam sedkit masa lagi.

Mampukah Hadi dan beberapa kerat ulama parti memastikan golongan ini kekal berkuasa dalam PAS? Isyarat sudah muncul di depan mata bahawa PAS tidak selama-lamanya menjadi milik mutlak golongan ulama.

Kini terpulang kepada Hadi untuk memastikan kumpulan Erdogan berjalan seiring dengan hala tuju PAS yang telah dibina sekian lama.

PAS memang memerlukan kumpulan Erdogan yang bijak pandai untuk menjadikan parti bersifat nasional.

Tetapi Erdogan yang dipacu dari luar parti akan menjadi kepimpinanan ulama PAS tidak lebih seperti patung sahaja. Tepuk dada tanya selera.


Muda Mohd. Noor FMT

Hadi : Saya gembira dengan kabinet pilihan raya ini

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan barisan kepimpinan baru termasuk sayap-sayap parti yang dipilih dalam muktamar PAS kali ini adalah kabinet pilihan raya.

Katanya, barisan kepimpinan ini dianggotai barisan pemimpin yang dipilih yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ulama, profesional dan pemimpin masyarakat.

"Saya bergembira dan ahli-ahli bergembira (dengan keputusan ini). Muktamar semakin hari semakin meriah. Ini menunjukkan kematangan ahli-ahli kita.

"Ahli-ahli memilih saf di hadapan untuk pilihan raya. Dengan sebab itu kabinet saya kali ini adalah kabinet pilihan raya," katanya.

Katanya, barisan yang terbaru khususnya bagi jawatan timbalan dan naib yang dianggotai daripada bukan Ulama, adalah bukan satu perkara yang baru.

Jelasnya, dalam kepimpinan baru ini dianggotai lapan tokoh yang dikategorikan sebagai ulama, dua pemimpin bertaraf doktor dan beberapa pemimpin profesional dan pemimpin masyarakat.

"Kita memimpin secara kolektif bukan secara individu," katanya.

Abdul Hadi mengulas barisan kepimpinan baru yang dianggotai dari pelbagai latar belakang bagi mengemudi parti dalam berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.

Dalam pemilihan PAS Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden baru meraih 420 undi dengan mengalahkan dua calon ulama - iaitu penyandangnya Nasharudin Mat Isa.

Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok mendapat 224 Undi manakala Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memperolehi 399 Undi.

Manakala bagi jawatan naib presiden pula ia dua ahli parlimen penyandangnya di jawatan itu - Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Salahuddin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi sementara exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mendapat 660 Undi.


Abdul Rahim Sabri malaysiakini

Semua naib presiden PAS di tarbiah ulama

Naib presiden PAS yang baru Datuk Husam Musa menolak pengkelasan antara golongan ulama dan profesional dalam parti itu kerana ia hanya wujud di media.

Sedangkan, katanya, beliau sendiri dan dua penyandang yang mempertahankan jawatan - Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - juga mendapat didikan dan tarbiah daripada golongan itu.

"Tak ada isu sama ada kami menentang ulama dan ulama meminggirkan kami. Kami, saya, Salahudin, Mahfuz dan Mat Sabu dari kecil dibesarkan dengan tarbiah atau didikan ulama," kata Husam.

Menurut Husam, keputusan hari ini juga memberi isyarat bahawa ahli parti itu hendak melihat prestasi parti meningkat dan mahukan wakil rakyat yang boleh fokus untuk pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Tugas saya besar, untuk jaga pokok supaya berbuah," katanya.

Katanya, cabaran PAS dalam politik Malaysia untuk mencari corak politik yang boleh diterima, munasabah dan adil dalam masyarakat majmuk.

"Jadi kami kena yakinkan orang Melayu dan bukan Melayu," kata Husam lagi.

Dalam pertembungan enam penjuru, tiga naib presiden itu telah mengetepikan dua calon ulama - Idris Ahmad dan Mohd Amar Nik Abdullah - dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara itu, Seri Nizar Jamaluddin dalam reaksi segeranya berkata tidak sedih dengan kekalahan yang diterimanya kerana perwakilan membuat "pilihan paling baik".

"Kepimpinan yang dipilih hari ini jauh lebih bersepadu dalam membantu presiden dan timbalan presiden.

"Ia menjadi satu signal untuk memperkukuh kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan NGO," katanya.

Katanya, keputusan yang diumumkan oleh ini adalah pilihan terbaik daripada perwakilan dan "bukan soal siapa menang atau kalah".

Sebaliknya mereka memilih calon yang menawarkan tenaga dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya lagi, tidak timbul persoalan profesional menguasai kepimpinan PAS hari ini kerana kedua-dua tersebut "tidak ada perbezaan, sebaliknya mereka dipilih kerana mahu memimpin parti.


malaysiakini

Mat Sabu : Ini perubahan untuk p'raya

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perubahan kepimpinan yang berlaku dalam pemilihan PAS kali ini disebabkan muktamar yang diadakan berdekatan dengan pilihan raya.

"Muktamar diadakan dekat dengan pilihan raya, oleh itu ahli cederung memilih pemimpin terlibat dengan segmen masyarakat dan kemasyarakatan.

"Perwakilan lebih cenderung kepada aktivisme, iaitu (memilih) mereka yang telibat secara langsung dengan masyarakat.

"Tidak bermakna yang tidak cukup undi, tidak ada aktivisme, tetapi perwakilan (dilihat) lebih cenderung ke arah itu," katanya.

Sebagai contoh, katanya, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman mendapat undi tertinggi dalam pemilihan jawatan tersebut dengan 804 undi kerana terlibat bersama perjuangan peneroka Felda.

"Penglibatan beliau dalam Persatuan Anak-anak Felda (ANAK) untuk mengubah minda peneroka. Walaupun secara umumnya tidak berjaya secara menyeluruh, tetapi usaha yang dipelopori mendapat penghargaan perwakilan di seluruh negara," katanya.

Perubahan biro

Dalam pemilihan PAS bagi sesi 2011-2013, Mohamad menang dalam perebutan tiga penjuru dengan menewaskan penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan timbalan presiden.

Mohamad mendapat 420 undi, Nasharudin memperolehi 224 undi, manakala Tuan Ibrahim meraih 399 undi.

Ketika ditemui Malaysiakini dan Harakah selepas diumumkan kemenangannya, Mohamad menyatakan kegembiraan, terharu dan "terbayang-bayang tanggungjawab" yang akan dipikul bersama-sama dengan rakan sejawatan.

"Apa yang disebut dalam tawaran bersama dalam mengepalai parti iaitu untuk mengembangkan pengaruh PAS kepada bukan Melayu dan non-muslim," katanya.

Ditanya perubahan yang akan dilakukan selepas ini, katanya perubahan secara menyeluruh tidak ada, tetapi "mungkin ada" dari sudut biro walaupun tidak menyeluruh.

Katanya, PAS juga akan memperkukuhkan peranannya dalam Pakatan Rakyat dan NGO dalam usaha untuk menuju ke arah negara berkebajikan untuk rakyat.

'Bertenggek' atas kepimpinan ulama

Dalam temuramah itu juga, beliau juga menyatakan kehairanannya berhubung media massa yang dikuasai Umno yang membuat liputan mengenai kepimpinan ulama menjelang muktamar.

"Apa maksud mereka? Umno meletakkan (ulama) dalam satu biro. Kita letak dibawah majlis syura dan dewan ulama. Jadi kita kuat, teguh dan wibawa," katanya.

Katanya, perubahan kepimpinan yang berlaku sedikit sebanyak merubah persepsi masyarakat umum bahawa PAS tetap terjaga di bawah kepimpinan ulama.

Bercakap mengenai agenda memperkasakan ulama, Mohamad berkata beliau amat mengagumi beberapa ulama dalam dan luar negara termasuk dua bekas presiden PAS Yusof Rawa dan Datuk Fadzil Mohd Noor.

Mohamad berkata beliau tidak bersetuju dipanggil ulama yang didakwanya "bertenggek atas nama kepimpinan ulama" sedangkan mereka tidak menonjolkan sifat-sifat atau menterjemahkan diri sebagai pewaris Nabi Muhammad SAW.

Beliau juga berharap kepada perwakilan dan penyokong untuk terus bekerkas dan menterjemahkan dan melaksanakan ucapan dasar presiden secepat mungkin dalam usaha untuk menguasai Putrajaya.


malaysiakini

Nasha : Ulama kurang, tapi masih ada

Mantan timbalan presiden Nasharudin Mat Isa menolak pandangan bahawa pemilihan kali ini menunjukkan sentimen perwakilan menolak kepemimpinan ulama.

Katanya, walaupun bilangan pemimpin ulama semakin berkurangan, namun barisan pemimpin berkenaan masih mempunyai gabungan profesional-ulama.

"Jika mereka tolak ulama, kita tidak akan diwakili tapi (masih) ada beberapa nama yang mewakili ulama.

"Saya tidak kata ada puak seperti itu, tapi saya kata ada latar belakang pemimpin berbeza yang diwakili di sini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas pengumuman barisan pemimpin baru itu yang menyaksikan pemimpin akar umbi popular, Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui bahawa pertandingan tiga penjuru yang disertainya itu menyebabkan undi daripada perwakilan berpecah.

"Pertandingan tiga penjuru ini bagi saya bukan benda baru dan kemungkinan pecah undi itu berlakulah," katanya lagi.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong seorang lagi calon, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyumbang kepada kekalahannya.

"Kita serahkan kepada perwakilan untuk putuskan dan kita hormati pilihan mereka.

"Apa saja yang diwakili dalam barisan jawatankuasa pusat, kita hormati.

"Saya tak salahkan sesiapa kerana ia hak perwakilan untuk memilih," katanya lagi.


malaysiakini

Tiada masalah bukan ulamak jadi pimpinan PAS - Presiden

KUALA LUMPUR, 4 Jun : Tiada masalah timbalan dan naib-naib presiden bukan dari golongan ulamak, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau sebaliknya gembira dengan keputusan yang dibuat perwakilan dalam pemilihan kali ini bagi sesi 2011-2013.

"Saya bersyukur dengan perpaduan yang wujud. Walaupun berbeza pandangan dari segi menentukan calon, tapi kita mendapat keputusan yang penuh kemesraan.

"Semua pihak menghormati keputusan perwakilan dan menerima siapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13," kata beliau pada sidang media di muktamar PAS kali ke-57 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad hari ini.

Beliau menambah, PAS memang pernah memilih bekas Yang Dipertua parti yang kedua bukan dari golongan ulamak.

"Ini bukan perkara baru. PAS pernah pilih Haji Abas Alias yang bukan daripada ulamak sebagai yang dipertua PAS yang kedua.

"Tengok kepada AJK PAS Pusat, lapan di kalangan ulamak, dua doktor, dan selebihnya jurutera dan pemimpin masyarakat," katanya yang ditemani timbalan presiden yang baru, Mohammad Sabu dan tiga Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Sementara itu, Mohammad Sabu menyatakan komitmennya untuk membantu Ustaz Hadi melebarkan pengaruh PAS di kalangan NGO dan parti-parti lain.

Tegasnya juga, beliau tetap mementingkan kepimpinan ulamak dalam PAS.

"Saya akan cuba bantu Presiden untuk bidang melebar luaskan pengaruh PAS kepada bukan Melayu, bukan PAS dan NGO.

"Kepimpinan ulamak tetap dipertegaskan, bukan macam Umno yang letak Ulamak dalam bentuk biro.Dalam PAS ulamak adalah satu majlis syura dan ada dewan yang akan mengawal dasar parti," katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Hadi turut menyifatkan kepimpinan yang baru ini sebagai kabinet pilihan raya.

Mengulas lanjut, beliau yakin kepimpinan baru ini mampu membawa PAS lebih diterima masyarakat sekaligus relevan menggantikan Umno.

"Ahli-ahli memilih saf hadapan untuk pilihan raya. Sebab itu kabinet saya kali ini kabinet pilihan raya," katanya.


Hazayani Zakaria Harakahdaily

Mat Sabu : Perwakilan berani, saya akan penuhi harapan rakyat ke atas PAS

KUALA LUMPUR, 4 Jun — Mohamad Sabu yang memenangi jawatan timbalan presiden PAS berkata, beliau akan membantu parti itu memenuhi keperluan orang ramai dan bukan Melayu, yang menurut beliau meletakkan harapan tinggi ke atas komponen Pakatan Rakyat (PR).

Dalam reaksi pertama selepas diumumkan sebagai orang nombor dua parti Islam itu, Mohamad berkata, survival mana-mana parti politik akan ditentukan oleh sokongan undi orang ramai dalam pilihan raya.

Oleh itu anak kelahiran Pulau Pinang ini berkata, PAS perlu memainkan peranan menyeluruh untuk memenuhi keperluan ahli-ahli parti dan juga masyarakat umum bukan ahli PAS.

“Jadi, saya akan menggunakan kedudukan (sebagai timbalan presiden) untuk memenuhi harapan orang ramai dan bukan Melayu ke atas PAS,” kata beliau ketika ditemui di sisi Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini pagi ini.

Mohamad, 56, yang mesra dikenali “Mat Sabu” menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan ibrahim Tuan Man.

Ini kali kedua Mohamad bertanding jawatan timbalan presiden.

Mohamad Sabu (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas diumumkan sebagai timbalan presiden baru PAS. — Foto oleh Choo Choy May
 Dua tahun lalu, beliau tewas di tangan Nasharuddin yang turut mengatasi Datuk Paduka Husam Musa.

Kali ini Husam dipilih semula sebagai naib presiden.

Pun begitu, tegas Mohamad, kemenangan beliau tidak akan membawa perubahan ke atas dasar PAS yang sudah pun ditetapkan kecuali pendekatan-pendekatan yang perlu dan akan diambil untuk menterjemahkan prinsip perjuangan parti itu.

“Cuma gerak kerja sahaja akan diubah (untuk menghadapi situasi semasa),” kata beliau lagi.

Ketika ditanya sama ada beliau menang kerana sokongan besar perwakilan daripada kalangan profesional, Mohamad berkata, “saya tidak tahu, sebab saya belum buat analisis lagi.”

Beliau sekali lagi menekankan bahawa tidak timbul isu wujudnya kumpulan profesional dan ulama dalam PAS memandangkan sudah ada peranan yang jelas antara sayap eksekutif dan ulama dalam PAS.

Dalam temu bual khas disiarkan The Malaysian Insider semalam, Mohamad berkata, konsep kepimpinan ulama sepatutnya ditekankan dalam Majlis Syura, bukannya diterjemahkan ke atas jawatan-jawatan eksekutif parti Islam itu.

Mohamad berpendapat bahawa konsep kepimpinan ulama telah menjadi kekeliruan di kalangan ahli menyebabkan golongan profesional sukar mendapat tempat dalam jawatan tertinggi parti itu.

“Bagi saya presiden dan ke bawah boleh sesiapa sahaja yang layak untuk memimpin tiada masalah baik ulama atau profesional.

“Majlis Ulama ini yang perlu ditekankan bukan jawatan eksekutif, ia perlu dipertingkatkan dalam organisasi ini.

“Sebab itu, kalau kita lihat banyak ahli yang salah erti konsep kepimpinan ulama ini dan ia menimbulkan sedikit kekeliruan,” katanya.

“Namun saya pasti perubahan sudah mula berlaku dalam PAS,” kata beliau.

Dalam reaksi hari ini, beliau juga yakin bahawa keputusan pemilihan, yang berlangsung semalam dan diumumkan pagi ini, tidak akan menjejaskan perpaduan yang sedia terjalin dalam PAS.

“Saya yakin perpaduan akan kukuh untuk membawa PAS ke depan,” katanya sambil menambah, perwakilan telah membuat keputusan yang berani.

Mengenai kekalahan Nasharudin, Mohamad berkata, “saya tidak komen.”

Bagaimanapun Mohamad secara berseloroh berkata, beliau “bernasib baik” kerana menang di sebalik liputan media yang positif dan negatif.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada perwakilan dan kepada wartawan yang memberikan liputan media yang positif dan negatif,” katanya lagi.


Oleh G Manimaran dan Latifah Kasmuri TMI