DUNGUN - Umno dan Barisan Nasional (BN) dicabar berlawan dengan Pakatan Rakyat sebagai anak jantan dan jangan mengotorkan politik negara ini yang sudah pun menjadi kotor.
Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, tindakan kerajaan Umno-BN cuba mengharamkan Parti Keadilan Rakyat adalah kerana parti tersebut takut untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat
"Kemungkinan kerajaan akan mengharamkan Parti Keadilan rakyat dalam masa yang terdekat, dengan alasan-alsan yang direak oleh kerajaan,
"tak berani nak lawan Pakatan Rakyat, tiba-tiba nak haramkan Parti Keadilan,"katanya ketika berucap dalam Majlis Penerangan Isu Semasa di Kampung Molek dekat sini, 19 Mei
Beliau mendakwa, kerajaan cuba mengharamkan Parti Keadilan Rakyat ada semata-mata kerana parti tersebut mendedahkan masalah kerajaan BN kepada rakyat.
Menurutnya, demokrasi yang sedang berjalan kini berjalan dengan tidak adil dan beliau mengingatkan supaya BN tidak bermain politik kotor.
"jangan politik kotor macam ni, berlawan dengan cara yang baik, sudahlah sekarang kita berlawan atas padang yang tidak rata, tiba-tiba nak alih tiang gol pulak,
"jangan buat lagu tu, berhadaplah dengan baik, jangan kamu kotorkan demokrasi yang telah kotor sekarang,"tegasnya.
Beliau menyelar kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang tidak mahu berundur dari Putrajaya umpama kenyataan pemimpim Libya Muammar Ghadafi, yang tidak mahu tunduk kepada desakan rakyatnya.
Menurutnya, kenyataan Najib itu mengundang persoalan, adakah beliau mahu dirunkan sebagaimana rakyat Mesir menunrunkan Hosni Mubarak.
More video :
Tadika kerajaan penyumbang murid tahun 1 tak tahu membaca
Setiap wakil rakyat Umno ada 'bahagian' dalam projek