Friday, November 6, 2009

Ustaz Harun Taib yakin Dr Asri akan menyertai PAS tidak berapa lama lagi.



KUALA TERENGGANU – Kontroversi penangkapan bekas Mufti Perlis Dr. Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin menyebabkan cerita beliau akan masuk PAS semakin hangat.

Tribulasi yang dihadapi beliau, ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sebelumnya menerima memorandum bantahan dari sekumpulan peguam syari’e, meletakkan beliau semakin hampir kepada kehidupan pejuangan dan politik Islam.

Bagi orang-orang PAS, ditahan dan didakwa kerana mengajar ’tanpa tauliah’ sudah menjadi ’asam garam’ dalam perjuangan bersuara, menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran (amar ma’ruf, nahi mungkar).

Sehubungan itu Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib yakin Dr. Asri akan menyertai PAS tidak berapa lama lagi. (Gambar yang dirakam ketika kunjungan Ustaz Harun)

Ustaz Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya, di Taman Seri Intan, dekat sini, hari ini, Khamis.


”Dia menjemput saya makan petang, minum petang dirumahnya,”kata Ustaz Harun memulakan cerita bagaimana beliau ke rumah Dr. Asri

”Memang dia jemput saya makan, melalui seorang kawan, saya pun pergi rumah dia, makanlah,

”seperti biasa saya berbual seperti zaman saya (mula) mengenal beliau, daripada sebelum dia masuk universiti, sampai keluar universiti,”terang Ustaz Harun.

Menurutnya, sejak Dr. Asri tamat pengajian di sebuah Universiti di Jordan, beliau belum bertemu dengan Dr. Asri, sehinggalah saat itu, kebetulan waktu Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang.

Katanya, rumah Dr. Asri berhampiran dengan kawasan Pilihanraya, dan sebab itu mungkin Dr. Asri menjemput beliau.

”Saya berbual ringkas, saya kata kepada dia, tidak sudah dengan duduk seorang (diri) maka lebih baik ’join’ PAS,”kata Ustaz Harun sambil membaca hadis ’Talzamul Jama’atul Muslimin Wa Imamahum’ (Wajib bagi seseorang kamu menyertai Jamaah Muslimin dan Kepimpinannya).

Katanya, Dr.Asri tidak menolak, cuma katanya beliau ’tunggu’ dan memberikan secara berseloroh, orang PAS sudah ramai.

”Saya belum terima jawapannya lagi,”jelas Ustaz Harun yang berkata beliau bukan mengajak, tetapi menyuruh Dr. Asri menyertai PAS.

”Saya bukan ajak, saya suruh dia menyertai PAS, ajak (bermakna) lain, kena duduk dalam PAS lah... saya kata,”tegas Ustaz Harun bila ditanya, adakah benar-benar beliau mengajak Dr. Asri menyertai PAS.

BuletinOnline

MP Sabah dan Sarawak diminta tegas isu royalti

"Saya menyeru rakyat khususnya Sabah dan Sarawak mendesak ahli parlimen mereka untuk menyokong dan menyuarakan pendirian dan sikap yang lebih tegas,"

kenyataan YB Khalid Samad di petik dari Hrkh


Hazayani Zakaria
Fri Nov 06, 09 12:51:39 pm MYT


KUALA LUMPUR, 6 Nov : Rakyat empat negeri pengeluar petroleum di Malaysia diminta agar tidak terpedaya dengan penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kedudukan sumber petroleum mestilah tiga batu nautika dari perairan negeri untuk mendapat royalti.

Ini kerana Akta Kemajuan Petroleum 1974 tidak meletakkan syarat bahawa untuk mendapat royalti, kedudukan sumber pengeluaran petroleum mesti terletak tidak kurang dari tiga batu nautika dari perairan negeri.

Meskipun Perdana Menteri tidak menyebut negeri Sabah dan Sarawak, namun rakyat kedua-dua negeri itu harus bersedia dengan kemungkinan royalti mereka dirampas kerana umum mengetahui bahawa pengeluaran petroleum di kedua-dua negeri terbabit juga terletak lebih dari tiga batu nautika daripada perairan negeri.

Jika takrifan tiga batu nautika yang dibuat Najib itu diguna pakai, ini bererti Sabah dan Sarawak sudah tidak layak mendapat royalti, sebaliknya turut mendapat wang ehsan.

Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) berkata, penjelasan Najib yang juga Menteri Kewangan itu menggambarkan bahawa Kerajaan Persekutuan menganggap hasil petroleum berkenaan milik mereka, dan negeri pengeluar tidak berhak untuk menuntutnya.

"Implikasi dari pengumuman Datuk Seri Najib itu, bahawa hasil petroleum empat negeri itu adalah kepunyaan kerajan pusat, termasuk Sabah dan Sarawak.

"Apabila Perdana Menteri umum rakyat hanya dapat wang ehsan, bermaksud kerajaan pusat ingin memiliki hasil berkenaan secara mutlak dan berhak samaada hendak beri wang tersebut kepada rakyat atau tidak," Jelasnya dalam satu sidang media di lobi parlimen semalam.

Hatta yang juga bendahari PAS hairan kenapa tiada seorang pun wakil rakyat Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak membahaskan isu itu.

"Selepas pengumuman Perdana Menteri itu, belum ada seorang ahli parlimen BN dari Sabah, Sarawak dan Terengganu ambil isu ini untuk diperdebatkan,"

"Kita tak pasti samaada mereka terlepas pandang atau mereka sememangnya bersetuju bahawa apa yang diperoleh oleh ketiga-tiga negeri sebelum ini adalah wang ehsan,"katanya.

Sementara itu, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) mahu rakyat Sabah dan Sarawak mendesak wakil rakyat mereka agar menyanggah fakta yang dikeluarkan Najib itu dan mempertahankan hak royalti yang diperoleh mereka selama ini.

"Saya menyeru rakyat khususnya Sabah dan Sarawak mendesak ahli parlimen mereka untuk menyokong dan menyuarakan pendirian dan sikap yang lebih tegas,"

"Jika takrifan mengenai syarat tiga batu nautika itu diterima, ini merupakan penyerahan hak milik negeri Sabah dan Sarawak dan jugaTerengganu kepada kerajaan pusat walaupun kita sedar ini bukan kehendak dan dengan persetujuan rakyat," katanya.

Tegas Khalid juga, jika wakil rakyat BN enggan bersuara untuk menyanggah pandangan dan tafsiran perdana menteri itu, rakyat wajar memilih wakil rakyat yang cintakan khazanah negeri.

Rabu lalu, Najib yang juga menteri kewangan mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan telah memutuskan untuk memberi wang ehsan petroleum kepada Kelantan mulai tahun depan.

Pemberian itu adalah berasaskan pertimbangan sama yang diberikan kepada Terengganu iaitu mengambil kira pengeluaran petroleum di luar perairan negeri berkenaan.

Bagaimanapun, ahli parlimen Pakatan Rakyat menyanggah hujah Najib itu kerana bertentangan dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah

Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah (1&2) - Rakyat Kelantan memperjuangkan hak di atas semangat federalisme. Kita (ahli parlimen PAS) akan perjuangkan hak ini dan jelas jawapan perdana menteri tadi bertentangan dengan semangat federalisme, bertentangan dengan perlembagaan dan akta 144 petroleum yang disebut tadi," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS dalam sidang media 4 November 2009.





Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah (3) - Rakyat Kelantan memperjuangkan hak di atas semangat federalisme. Kita (ahli parlimen PAS) akan perjuangkan hak ini dan jelas jawapan perdana menteri tadi bertentangan dengan semangat federalisme, bertentangan dengan perlembagaan dan akta 144 petroleum yang disebut tadi," kata Ahli Parlimen Kuala Krai dan Shah Alam dalam sidang media 5 November 2009.





ehsan : jiwokelate2009