Friday, April 3, 2009

Dr Mahathir buat sentuhan terakhir di Bukit Selambau


Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat sentuhan terakhir di Bukit Selambau pada Isnin ini bagi merayu pemilih menyokong calon Barisan Nasional (BN) Datuk S.Ganesan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu Selasa ini.
Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir berkata, bekas presiden Umno itu akan menghadiri Perhimpunan Rakyat di padang Institut Kemahiran MARA di sini pada pukul 5.30 petang, iaitu 15 jam sebelum pemilih mengundi.
Katanya, kehadiran Dr Mahathir dijangka dapat menarik semula sokongan pemilih terutamanya pengundi atas pagar untuk menyokong semula BN.
"Tun (Dr Mahathir) akan bertemu dengan orang ramai dan memberi fokus kepada pengundi atas pagar untuk meminta mereka menyokong BN," kata beliau kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi Tasek Apong di sini.
Beliau berkata, Dr Mahathir juga akan mengumumkan penyertaannya semula dalam Umno dan diikuti dengan para penyokongnya termasuk seorang lagi anak beliau Mokhzani yang memohon untuk menyertai semula Umno Bahagian Merbok.
Mengenai seorang penyokong Dr Mahathir, Mej (B) Anuar Abdul Hamid yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya kecil itu dan bercadang untuk menyertai semula Umno selepas penyertaan bekas presiden tersebut, Mukhriz berkata, BN telah membuat ketetapan bahawa kerusi DUN Bukit Selambau adalah untuk MIC.
"Kita tetap berkempen untuk menyokong calon BN dan telah membuat ketetapan bahawa kerusi itu diberikan kepada MIC," kata beliau.
Anuar, bekas anggota jawatankuasa Umno Bahagian Merbok, barubaru berkata beliau akan menyertai semula Umno jika Dr Mahathir berbuat demikian walaupun jika terpilih sebagai wakil rakyat DUN Bukit Selambau.
Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri dijangka membawa kestabilan politik, ekonomi dan kelangsungan sosial.
"Najib akan ikut teladan yang baik oleh ayahnya (Tun Abdul Razak Hussein) yang memegang jawatan Perdana Menteri ketika berlaku krisis politik dalam negara," kata beliau.
mStarOnline
"sentuhan kecundang"

Anwar buat 'pendedahan tergempar' berkaitan PM esok

Pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat "pendedahan tergempar" dalam satu ceramah di Bukit Selambau esok, yang dijangka memberi pukulan besar terhadap peluang BN dalam pilihanraya kecil DUN tersebut pada 7 April depan.

Pendedahan itu berkaitan "secara langsung dan tidak langsung" dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata pengarah strategi pilihanraya PKR Saifuddin Nasution dalam sidang akhbar di Sungai Lalang dalam DUN tersebut hari ini.

Pendedahan tersebut, tambahnya, berdasarkan reaksi awal yang diterima oleh pihaknya berhubung pelantikan Najib sebagai perdana menteri keenam hari ini.

Presiden Umno itu dilantik sebagai perdana menteri walaupun dibantah keras oleh pihak pembangkang.
Read more : http://malaysiakini.com/news/101609

Isu rampasan tanah adat: Mussen dihantui perbuatan bapanya

Pengundi N 29 Batang Ai telah mencemuh Malcolm Mussen sebagai tidak berhati perut dan perompak tanah kerana mendakwa bahawa bapa beliau iaitu Penghulung Lamoh telah menjual tanah adat penduduk kepada kroni Barisan Nasional.
“Kami tidak akan melupakan peristiwa tanah kami si ceroboh dan dijual, bapa borek anak rintik,” kata seorang wanita yang lantang bersuara semasa Mussen berucap selepas keluar dari perkarangan pusat penamaan calon di stadium Batang Ai baru-baru ini.
“Mussen sila ingat kembali apa yang telah dilakukan oleh bapa kamu terhadap kami, ini adalah hari untuk membalas dendam, masa tidak dapat mengubat luka kami,” jerit wanita berkenaan.
Kedengan teriakan “JA -Boooooooo”, diikuti dengan jeritan “Perompak Tanah” diteruskan dengan “Tidak kepada BN tidak kepada Mussen - kedua-duannya perompak tanah!”
“Kami minta maaf Mussen, penduduk Batang Ai tidak akan membenarkan anak-anak Penghulu Lamoh menjadi pemimpin kami dan mengambil tanah adat keturunan kami lagi,”
Itu adalah antara jeritan dari seorang wanita Iban yang berani secara terang-terangan mencemuh Mussen di khayalak ramai.
Menurut orang-orang di kawasan ini masih mengingati peristiwa yang pernah terjadi semasa Penghulu Lamoh telah merampas dan menjual tanah adat orang-orang Iban dan mendapat habuan yang lumayan.
Pengundi Batang Ai itu berkata, Mussen akan dihantui oleh perbuatan bapa beliau tidak akan terlepas dari perbuatan khianat itu dan selalu diingatkan apabila beliau berucap di khalayak ramai.
“Kesimpulannya, harus diingat bahawa setiap perbuatan jahat itu akan diingati oleh penduduk Batang Ai dan perbuatan sedemikian terus menghantui anak cucu Penghulu Lamoh,” jelas mereka.
Sementara itu, di khemah KeADILan berhampiran Stadium berkenan kelihatan bising dan penuh dengan semangat berjuang untuk kemenangan parti berkenaan.

Suara KeAdilan



StarOnline


Terkini : Najib Razak Perdana Menteri ke-6

Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak hari ini dengan rasminya dilantik perdana menteri Malaysia keenam apabila istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah setia serta menyimpan rahsia di Istana Negara, 10.10 pagi.
Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat dari dalam dan luar negara diundang untuk menyaksikan peristiwa penting dan bersejarah ini.
Balairong Seri sekali lagi menyaksikan peralihan politik negara ini dalam usianya 52 tahun selepas kemerdekaan.

Video Kempen Shamsul Iskandar di Batang Ai

Video Ceramah Wan Azizah di Bukit Gantang

Dato' Siti Jumpa TG Nik Aziz

" sign borang keahlian PAS ke Dato' Siti?



Dato' Siti Nurhaliza bersama suaminya membuat kunjungan hormat Tuan Guru Nik Aziz, Dato' Siti menyimpan hasrat nak berjumpa dengan Mursyidul Am Pas.

Read more : http://malaysiakini.com/news/101559