Tuesday, August 25, 2009

Pilihan Raya Kecil DUN N.11 Permatang Pasir : Rentetan Hari Pengundian

12.00 tengah malam : Ucapan YB Ustaz Salleh Man, Adun baru bagi kerusi DUN Permatang Pasir. Ceramah kemenangan berakhir. Majlis berakhir dan bersurai.

11.00 malam : Pimpinan Pakatan Rakyat berucap di pentas - Lim Kit Siang, Dato' Seri Dr. Wan Azizah, Lim Guan Eng, Dato' Mahfuz Omar dan lain-lain lagi.

Penyokong PAS memenuhi kawasan lapang di hadapan markaz induk itu, manakala lalu lintas di hadapannya sesak dengan kenderaan yang rata-ratanya mahu ke ceramah kemenangan itu. Keadaaan terkawal dengan bantuan Unit Amal dan petugas parti.

10.33 malam : Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa berucap diikuti Pengerusi Perhubungan Negeri PKR, Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohammed Hashim.

10.29 malam : YB Firdaus Jaafar, Exco Pemuda PAS Pusat mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat berucap di pentas kemenangan mengucapkan terima kasih atas semua petugas Pakatan Rakyat.




10.20 malam : Ceramah kemenangan mula berlangsung jam 10.15 tadi. Penyokong PAS mula membanjiri halaman depan Markaz Induk. Ada yang sejak jam 9 lagi telah menunggu disitu. Gerai-gerai yang berhampiran Markaz juga kelihatan penuh dngan pembelinya.




9.52 malam : Sidang Media Khas sempena kemenangan PAS di Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir. Hadir dalam sidang tersebut YB Ustaz Mohd Salleh Man, Dato' Mahfuz Omar, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, Anuar Tahir, Mustafa Kamal Mohd Yusoff (Pak Mus) dan Ustaz Khalid Man.




8.50 malam : Satu sidang media khas akan dibuat sebentar sahaja lagi,sebaik sahaja Pengarah pilihanraya kecil Permatang Pasir, Dato' Mahfuz Omar tiba, beliau kini terkandas dalam kesesakan jalan raya.

8.45 malam : YB Ustaz Mohd Salleh Man tiba di Markaz Induk PAS diiringi konvoi Unit Amal bermotorsikal. Ketibaan beliau disambut dengan penuh kesyukuran dan gema takbir memecah suasana.

: 9618


: 5067

MAJORITI : 4551

JUMLAH UNDI ROSAK : 83

8.00 malam : PAS menang undi 9618 manakala BN 5067. PAS menang dengan majoriti 4551. Jumlah undi rosak 83. Undi pos PAS mendapat 2 undi manakala BN 6 undi. Jumlah yang keluar mengundi hari ini 72.78 peratus dan 14,768 pengundi.

7.31 malam : Petugas PAS, penyokong dan media yang Muslim berbuka puasa bersama di Markaz Induk PAS.

7.31 malam : Pengumuman dari SPR, calon PAS, Ustaz Salleh Man telah menang - majoriti 4551. Namun apa yang sangat dikesali, pengumaman tersebut dibuat ketika azan Maghrib sedang berkumandang.

7.20 malam : Petugas bahagian urusetia makanan mengagih-agihkan juadah makanan berbuka puasa kepada semua yang berada di Markaz Induk PAS.

7.06 malam : Calon PAS, Ustaz Salleh Man dan Pengarah pilihanraya kecil Permatag Pasir, Dato' Mahfuz Omar tiba dan kini sedang memasuki Dewan Putra, IKBN Bukit Mertajam - tempat pengumuman.

7.01 malam : 1402 pengunjung - catatan record pengunjung yang sedang melayari laman rasmi PAS pilihanraya kecil Permatang Pasir ini. Dan catatan ini semakin meningkat lagi.

6.58 petang : Keadaan di tempat pengumuman sesak dengan lautan penyokong kedua-dua parti, terutamanya penyokong PAS. Golongan muda yang menyokong PAS masih bersemangat menantikan keputusan akhir diumumkan.

6.52 petang : PAS menang majoriti 4662 - keputusan tidak rasmi dari pusat pengundi.

6.38 petang : 16 belas peti undi lagi sampai di pusat pengiraan undi.

6.29 petang : 9 lagi peti undi sampai dan dibawa masuk ke tempat pengiraan. Tidak dapat dikenal pasti dari UPU mana. Sementara itu, penyokong PAS bertakbir melihat keputusan semasa (tidak rasmi).

6.13 petang : Suasana di hadapan Markaz Induk PAS, dibanjiri penyokong. Manakala jalan raya dihadapannya penuh sesak dengan kenderaan.

6.05 petang : Keputusan semasa - SMS, PAS mendahului 1200 undi.

5.55 petang : Di hadapan Markaz Induk, penyokong-penyokong PAS masih lagi bertumpu dihadapan layar besar untuk mengetahui keputusan terkini undian (secara tidak rasmi - PAS). Para media dan blogger juga kelihatan di sana.

5.35 petang : Laporan akhir SPR yang keluar mengundi 73.21 peratus dan 12,832 pengundi. 2,000 pengundi susut, dilaporkan tidak keluar mengundi.

5.08 petang : Jalan-jalan menuju ke pusat penjumlahan undi IKBN masih belum sesak tapi kereta bertambah banyak di jalan ketika ini.

Anggota polis dan petugas-petugas SPR mula masuk ke dalam IKBN Bukit Mertajam. Penjumlahan undi akan di lakukan di dewan Perdana IKBN.

5.05 petang : Di hadapan Markaz Induk, layar besar telah dipasang petugas IT untuk penyokong-penyokong PAS mengetahui keputusan terkini undian.

Laluan menuju ke IKBN kini mulai sesak dengan kenderaan penyokong dan petugas dari ke dua-dua parti.

5.03 petang : Calon PAS, Ustaz Salleh Man kini berada di Markaz Induk PAS di Permatang Pasir.

5.00 petang : Tepat jam 5 petang, semua pusat membuang undi secara rasminya ditutup. Keputusan dijangka akan diumumkan pada jam 8 malam ini. Proses pengiraan undi akan bermula bila-bila masa sahaja oleh pihak SPR.

4.50 petang : Suasana 10 minit sebelum sebelum waktu mengundi berakhir, suasana di pusat-pusat pengundian sudah mulai lengang.

4.30 petang : "Polling agent" dan "Counting agent" sudah mula masuk ke dalam pusat mengundi kira-kira bermula jam 4 petang tadi.

Calon PAS kini berada di Sek. Keb Permatang Pauh. Suasana di sekitar pusat mengundi semakin susut. Para petugas yang keletihan sudah ramai yang balik.

4.16 petang : Setakat jam 4 petang SPR mengumumkan peratus keluar mengundi 70.5 % bersamaan 14 300 pengundi.

3.53 petang : Setakat jam 3.30 petang ini, peratus keluar mengundi ialah lebih kurang 65% yang dikeluarkan oleh SPR.

***Daripada jam 4 hingga 5 petang ini, Semua petugas-petugas diminta membuat semakan terakhir tugas-tugas keselamatan, pengangkutan dan pihak UPU diminta mengawasi sesuatu yang pelik kemungkinan akan dilakukan oleh Barisan Nasional.

3.37 petang : Calon PAS sekarang berada di Lay Kiou (simpang empat Permatang pauh) selepas itu akan menuju ke Sama Gagah

3.31 petang : Dewan Ulama' tidak ketinggalan sama dalam hari membuang undi ini. Anjurkan - Solat hajat, bacaan Yaasin dari malam terakhir berkempen hingga ke waktu malam ini - pengumuman kemenangan.

3.25 petang : Cuaca mula panas terik. Sepanjang Permatang Ara, Permatang Pasir, Kg Pelek dan Tanah Liat para petugas semakin berkurangan terutamanya petugas-petugas BN. Di Kg Pelek Petugas BN sudah tidak kelihatan.




Wajah para petugas juga kelihatan semakin letih dan lemah dan suasana juga semakin tenang. Kelihatan beberapa orang pemuda UMNO kepala batas yang berbaju kuning kelihatan berehat di Jalan Penanti. Mereka kelihatan sangat lemah dan letih.

3.17 petang : Calon kini berada di Sekolah Rendah Islam Al-Masriyyah, Tanah Liat.

2.50 petang : Timb. Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan bersama petugas Pakatan Rakyat di UPU Cross Street.

2.46 petang : Tengahari tadi sebuah motor telah merempuh kereta ketua pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hj Hasan Tantawi. Penunggang tersebut cedera dan di bawa pergi untuk dirawat.

2.36 petang : Calon PAS, Ustaz Salleh Man dilaporkan mula bergerak ke SK Penanti di UPU Kubang semang dari Kg Pelek.

2.18 petang : Ramalan dari seorang pensyarah yang tidak ingin di paparkan namanya, PAS dijangka akan menang dengan majoriti kurang sedikit daripada sebelum ini sekitar 4000 undi.

2.02 petang : Calon kini masih lagi berehat di Kg Pelek dan dijangka bergerang ke Kubang Semang dalam pukul 2.30 petang. Ini merupakan pusingan kedua beliau melawat Pusat mengundi selepas melawat semua 8 pusat mengundi tadi.

1.54 petang : Peratus keluar mengundi sebanyak 53% daripada 20,290 orang.

1.42 petang : Proses pembuangan undi di Tanah Liat berjalan lancar. Perayu undi PAS masih bersemangat melakukan tugas. Kereta seorang wartawan Te@m.IT dicalar oleh seorang petugas puteri UMNO.

1.36 petang : Seramai 9307 orang telah keluar mengundi mewakili 44.54% daripada keseluruhan jumlah pengundi.

1.14 tengahari : Terdapat beberapa pemuda Umno yang berang dengan tindakan ganas Pemuda Umno Kepala Batas itu. 2 orang yang dilaporkan cedera itu adalah Pemuda Umno Kepala Batas itu sendiri.

1.11 tengahari : Sejumlah 42.7 peratus dan 8672 pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mengundi - sumber Bilik Operasi IT Induk.

1.00 tengahari : Calon PAS, Ustaz Salleh Man masih berada di Markaz Pemuda PAS, Kampung Pelet berehat dan menunaikan solat Zohor di sana. Dijangkakan keluar semula melihat8 pusat pengundian - second round - selepas jam 2.00 petang nanti.

12.52 tengahari : Seorang lelaki dilaporkan cedera - mangsa kepada keganasan Umno Kepala Batas itu. Mereka- berbaju kuning - dikatakan pelajar Sek. Men di Kepala Batas, dan seorang daripada mereka merupakan pelajar Sek. Keb Paya Keladi.

12.48 tengahari : 3-4 buah kereta pecah, Umno Kepala Batas itu cuba melarikan diri - membaling batu kearah petugas PAS yang cuba menangkap mereka, laporan kecederaan berlaku - pengesahan sedang cuba dibuat.

12.42 tengahari : FRU mula bertindak berbaris di hadapan Bilik Gerakan Umno Indera Muda - mengawal kumpulan penyokong Umno Kepala Batas yang berbaju Kuning dari bertindak lebih ganas - berkumpul bersama 'Kesatria Muda' - berbaju biru tua dan beret hijau.

12.38 tengahari : Penyokong buat kecoh lagi - mengeluarkan kata kesat, memaki hamun, isyarat lucah kepada petugas Pakatan Rakyat - keadaan terkawal kerana tiada serangan balas dari petugas Pakatan Rakyat.

12.35 tengahari : Setakat jam ini, mereka yang telah keluar mengundi - 33 peratus mewakili 6598 pengundi - sumber Bilik Operasi IT Induk.

12.31 tengahari : Geng penyokong Umno Kepala Batas - berbaju kuning - bermotosikal - buat kacau di kawasan Bukit Indera Mulia sehingga menyebabkan beberapa buah kereta rosak dan pecah cerminnya. Mereka kini dilaporkan menuju ke Permatang Pasir pula.

12.25 tengahari : Jalan sesak daripada Permatang Pauh ke Permatang Janggus.

12.17 tengahari : Di UPU Permatang Tengah, 53.5 peratus telah keluar mengundi setakat ini.

12.13 tengahari : Selepas ini, calon PAS, Ustaz Salleh Man akan berehat di Markaz Besar Pemuda PAS di Kampung Pelet.


12.10 tengahari : Sekumpulan penyokong Umno - berbaju kuning dan bermotor kuasa tinggi - yang sejak pagi tadi membuat kecoh kini dilaporkan berarak ke Sek. Keb.Bukit Indera Muda untuk menunjukkan protes mereka kepada pihak polis yang menghalang mereka dari berkumpul di hadapan Sek. Keb. Penanti pagi tadi.

Kumpulan penyokong ini - dilarang polis berkumpul kerana - berbaju kuning berlambang dacing BN.

12.02 tengahari : Ramai pengundi dari saluran 3 dan 4 di Sek. Keb Permatang Pasir keluar membuang undi.

11.47 pagi : Sehingga kini sebanyak 5248 orang keluar mengundi mewakili 26 % jumlah keseluruhan pengundi.

11.24 pagi : Cuaca mendung awal pagi tetapi cerah kemudian. Laluan trafik masih terkawal walaupun kesesakan berlaku sepanjang jalan menuju ke pusat mengundi.

11.15 pagi : Pergaduhan berlaku di hadapan Sek. Keb Permatang Pasir yang dimulakan penyokong BN. Pergaduhan berakhir kira-kira 10 minit kemudian.

11.15 pagi : Berlaku ketegangan di antara BN dan PAS di hadapan sekolah Permatang Pasir,BN cuba melakukan provakasi apabila pamuda PAS menegur cara pemakaian Putri UMNO yang menjolok mata,keadaan di tempat membuang undi begitu bising,namun semuanya tidak berlarutan sehingga mencetus perbalahan.

11.10 pagi : Di Kubang Semang - Kampung Semambu - BN dilaporkan terdesak hingga terpaksa menggunakan RM500 untuk membeli undi warga-warga emas disana.

11.06 pagi : Ketua jentera muslimat PAS Kelantan memberitahu, muslimat PAS sedang membuat gerak gempur - 1 petugas 1 pengundi.

11.01 pagi : Ustaz Salleh Man kini berada di Sek. Keb. Permatang Pasir sedang meninjau proses pembuangan undi di sana. Turut sama bersama beliau Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Calon PAS kini dalam perjalanan ke Sek. Keb Bukit Indera Muda.

10.47 pagi : Calon PAS, Ustaz Salleh Man ketika ini dari Sek. Keb. Penanti sedang menuju ke pusat mengundi, Sek. Keb. Permatang Pasir.

10.41 pagi : Di Sama Gagah, pengundi saluran 2 dan 5 paling banyak keluar ketika ini. Penyokong Umno yang memakai seragam membawa lambang parti itu nyata salah dalam peraturan baru SPR dalam pilihanraya kecil ini, namun tiada kelihatan tindakan diambil keatas mereka oleh pihak berwajib.

10.30 pagi : Berhampiran perkuburan Cina, Kubang Semang, 150 orang berkumpul di sana. Mereka yang mengenakan jaket kuning yang tertera tulisan 'Pemuda Umno Kepala Batas' itu berkelakuan kasar terhadap pengguna jalan raya, lebih-lebih lagi mereka yang dilihat penyokong PAS. Mereka ini dipercayai kumpulan yang membuat kecoh di hadapan Sek. Keb. Penanti tadi.

10.25 pagi : Pengarah jentera pilihanraya kecil, Dato' Mahfuz bersama pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat berada di UPU Kampung Pelet. Ramai wartawan kelihatan mengerumuni ahli parlimen Pokok Sena.

10.19 pagi : Calon BN, Rohaizat baru sahaja sampai ke Sek. Men. Sama Gagah - tempat pertama yang dilawatinya - sebelum ini beliau hanya membuat tinjauan dari luar sahaja.

10.16 pagi : Ketua Polis Pulau Pinang menasihatkan parti-parti politik yang bertanding mengawal tindak-tanduk penyokong parti masing-masing untuk mengawal suasana tenang.

10.10 pagi : Selawat yang tidak putus-putus, menjadi sumber kekuatan penyokong PAS berhampiran Sek. Men. Sama Gagah. Manakala penyokong BN-Umno sibuk mengherdik dan menuding jari terhadap penyokong PAS - sengaja cetus provokasi.

9.58 pagi : 100 konvoi bermotor BN-Umno akhirnya beredar dari depan Sek. Keb. Penanti dengan kawalan anggota FRU, keadaan masih hinggar dan kecoh di sana.

9.50 pagi : Calon PAS, Ustaz Salleh Man berada di Sek. Men. Sama Gagah - UPU keempat yang dilawati - beliau bangga Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng dan Exco-exco Kerajaan Negeri turut bersama beliau memberi sokongan.

9.45 pagi : Trak polis simpanan persekutuan (FRU) berderetan sampai di hadapan Sek.Keb Penanti, keadaan masih lagi kecoh.

9.30 pagi : Lalu-lintas menuju ke Kubang Semang sesak, kenderaan pengundi-pengundi berderet menuju ke tempat mengundi masing-masing.

9.24 pagi : Ketegangan yang berlaku di depan Sek. Penanti sejak jam 8 tadi masih belum reda. Geng bermotor dari BN Kelapa Batas masih lagi bertegang mahu berada di sana. Mula membuat provokasi terhadap penyokong PAS yang berada di sekitar kawasan itu.

Dakwa seorang dari geng konvoi tersebut, mereka dibayar untuk berbuat demikian.

9.05 pagi : Petugas muslimat 'Skuad Munajat' menjalankan tugas masing-masing dengan berzikir dan berselawat di kawasan peti undi.


8.55 pagi : Laporan daripada UPU Permatang Tengah - orang ramai sedang berpusu-pusu membuang undi termasuk juga golongan orang kurang upaya. Masing-masing berusaha menunaikan tanggungjawab di awal pagi ini.




8.40 pagi : Ustaz Salleh Man bersama Dato Seri Anwar, sampai di pusat mengundi Sek Agama Al-Masriyah bersama pegawai bertugas. Mereka melihat keadaan suasana di pusat mengundi tersebut.




Di pusat mengundi Sek Cina Leow Keow, kelihatan sudah ramai yang keluar mengundi untuk saluran 1 dan 2.

8.35 pagi : Sekumpulan 50 individu bermotosikal berkuasa tinggi mula membuat onar di hadapan Sek Keb Penanti. Kumpulan ini dipercayai penyokong BN, mereka memakai baju berwarna kuning berlagak seolah-olah pegawai SPR.




Pegawai polis yang bertugas di hadapan pusat mengundi menghalang kumpulan tersebut daripada memasuki kawasan undian. Walaubagaimana pun, kumpulan ini masih berdegil dan tidak mahu berganjak, kemungkinan besar polis akan bertindak - tindakan masih tidak diketahui.




8.20 pagi : Ustaz Salleh Man tiba di pusat mengundi UPU Kubang Semang - Sek. Keb. Penanti. Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim membuang undi di sana, turut diiringi Presiden PKR, Dato' Seri Dr. Wan Azizah.

8.10 pagi : Helikopter PDRM mula berlegar-legar di awanan, melihat perkembangan perjalanan pengundian dari udara.

Lapan - Sek. Keb. Permatang Pasir, Sek. Keb. Permatang Pauh, Sek. Men. Kebangsaan Sama Gagah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lay Keow, Sek. Rendah Islam Al-Masriyah, Sek. Keb. Seri Penanti, Sek. Jenis Keb. Cina Kubang Semang, Sek. Kebangsaan Bukit Indera Muda.

8.00 pagi : Kesemua 8 tempat mengundi telah dibuka. Proses pengundian bermula 8 pagi dan akan berakhir 5 petang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

Sejumlah 39 saluran mengundi akan dibuka pagi ini. Manakala keputusan dijangka akan diumumkan jam 8 malam ini.

7.45 pagi : Orang ramai yang merupakan pengundi bagi dun Permatang Pasir mulai bertumpu di pusat-pusat pengundian.

7.38 pagi : Calon PAS Ustaz Salleh Man bergerak ke Pos PKR, di Yayasan Aman, Kubang Semang. Beliau dilaporkan akan bergerak bersama-sama dengan Penasihat PKR, YB Anwar Ibrahim daripada sana.

7.00 pagi : Jalan utama Permatang Ara - Kubang Semang kelihatan mula dipenuhi kenderaan, trafik bergerak lancar dari kedua-dua arah.

Laluan menuju ke tempat-tempat pengundi masih boleh dikawal. Di kiri kanan bahu jalan polis sudah kelihatan.

6.40 pagi PERMATANG PASIR, 25 ogos - Petugas jentera PAS mula mengambil posisi kerja masing-masing, mereka kelihatan lebih bersemangat.

PERMATANG PASIR, 25 Ogos - Calon PAS, Ustaz Mohd Salleh Man menyatakan semangatnya dalam menghadapi hari pembuangan undi hari ini.

Beliau yang ditemui awal pagi tadi di hadapan Markaz Induk jentera pilihanraya PAS di Permatang Ara itu berkata:

"Begitu pekerja jentera PAS dari kawasan lain dan dari parti komponen Pakatan Rakyat yang lain," katanya.

Sehingga selepas berakhirnya kempen tengah malam tadi, beliau yang tampak kelihatan kepenatan mengharungi hari terakhir berkempen itu walau bagaimanapun cukup bersemangat untuk menghadapi hari pengundian pagi ini.

"Begitu pekerja jentera PAS dari kawasan lain dan dari parti komponen Pakatan Rakyat yang lain," katanya.

Begitu yakin penyokong dan ahli-ahli parti juga turut bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku hari ini.

Pesuruhjaya PAS negeri Pulau Pinang yang segak berbaju batik ungu itu memulakan lawatannya ke semua pusat membuang undi dengan mengetuai bacaan doa di hadapan Markaz Induk parti.

"Saya yakin PAS akan kekalkan kerusi ini... tiada masalah untuk kekalkan kerusi," kata beliau yang enggan mengulas mengenai peratusan sokongan kepada BN.



ehsan prkn11penang.pas.org.my /tvpas09/malaysiakini/BuletinOnline/TVA/Kelab GB