“Fitrah itu iaitu naluri manusia percaya kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa, yang menjadikan langit dan bumi, Allah yang menenangkan jiwa manusia, sama ada Islam atau bukan Islam. Oleh kerana Islam itu agama fitrah dan jiwa (serta) akal manusia pun secara fitrah pun terima wujudnya Tuhan yang Maha Esa mencipta alam ini, maka manusia yang ada fitrah perlu diajak beriman kepada Allah dan memeluk Islam,”
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 11 Feb : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang menegaskan bahawa Rasulullah s.a.w. bukan sahaja tidak pernah memaksa masyarakat bukan Islam menganut Islam, malah mengajar umat Islam supaya menghormati rumah-rumah ibadat masyarakat bukan Islam.
Ujarnya lagi, hikmah di sebalik suruhan tersebut bertujuan menunjukkan nilai keadilan Islam untuk umatnya dan masyarakat bukan Islam.
Sehubungan itu, beliau berkata, PAS dari awal bertegas mengutuk pengeboman beberapa gereja dan surau yang dipercayai umum dilakukan oleh pihak tertentu berbangsa Melayu.
Tambahnya, walaupun Islam tidak menghalang masyarakat bukan Islam menyebut kalimah ‘Allah’, namun Islam menggalakkan manusia supaya beriman kepada Allah.
“Islam meletakkan keimanan yang sebenar kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa dan sama sekali tidak menghalang manusia yang tidak beriman kepada Allah dari menyebut nama Allah, bahkan Islam menggalakkan manusia belajar mengesakan Allah,” jelasnya dalam Majlis Dialog Antara Pemimpin-Pemimpin Agama anjuran Pakatan Rakyat, malam tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, masyarakat bukan Islam mesti diajak beriman kepada Allah dan memeluk Islam secara fitrah kerana naluri fitrah manusia sebenarnya serasi dengan Islam.
“Fitrah itu iaitu naluri manusia percaya kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa, yang menjadikan langit dan bumi, Allah yang menenangkan jiwa manusia, sama ada Islam atau bukan Islam.
“Oleh kerana Islam itu agama fitrah dan jiwa (serta) akal manusia pun secara fitrah pun terima wujudnya Tuhan yang Maha Esa mencipta alam ini, maka manusia yang ada fitrah perlu diajak beriman kepada Allah dan memeluk Islam,” jelasnya.
Sebelum pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan majlis dialog tersebut merakamkan penghargaan kepada Abdul Hadi kerana tampil ke depan menentukan sikap dan komitmen Pakatan Rakyat berhubung isu Allah dan pengeboman gereja.
Beliau yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat berkata, inisiatif Abdul Hadi itu merupakan sumbangan terbesar PAS bukan sahaja untuk muafakat Pakatan Rakyat, malah untuk memperkukuh keharmonian masyarakat rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Selain menganggap Abdul Hadi sebagai cendekiawan Islam tanah air yang wajar diteladani, beliau turut menyeru semua agamawan dari pelbagai agama dan mazhab agama yang hadir supaya meneruskan komitmen mengadakan dialog demi memelihara keamanan Malaysia.
Bertempat di Kelab Golf Damansara Utama, lebih 100 agamawan dan cendekiawan dari agama Islam, Kristian (pelbagai mazhab), Hindu, Buddha, Tao, Sikh, kepercayaan-kepercayaan adat umumnya menyuarakan pendirian yang positif terhadap sikap serta PAS dan Pakatan Rakyat dalam mendepani isu kalimah ‘Allah’ dan vandelisme ke atas rumah-rumah ibadat sebelum ini.
Di kalangan mereka juga, beberapa agamawan bukan Islam turut menyuarakan komitmen untuk menyertai dialog-dialog seperti itu kerana pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat dilihat lebih rasional dalam mendengar pandangan-pandangan penganut agama minoriti tersebut.
Harakahdaily