Tuesday, May 12, 2009

PAS CURIGA KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dikhuatiri dipengaruhi kepentingan politik Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily sebentar tadi menegaskan, PAS sentiasa menghormati keputusan mahkamah namun dalam masa yang sama juga khuatir keputusan tersebut dipengaruhi pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Mahfuz menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan itu dibimbangi diputuskan bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan di bawah pemerintahan BN.

"Kita melihat keputusan ini dibuat bagi membolehkan Zambry kembali menjadi Menteri Besar dan seterusnya mereka akan memohon untuk dibubarkan Dun.

"Jika Dun dibubarkan, BN akan menjadi kerajaan sementara dalam tempoh tersebut dan inilah yang dimahukan oleh mereka supaya sebarang keputusan atau peruntukan dapat dikawal oleh mereka," tegas Mahfuz.

Beliau juga menegaskan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu tidak menyelesaikan kemelut di Perak sebaliknya menambahkan kerumitan dan kebuntuan serta keresahan rakyat Perak.

Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali tegas Mahfuz sepatutnya mempertimbangkan situasi persekitaran dan tidak hanya membuat keputusan berdasarkan undang-undang semata-mata.

"Hakim sepatutnya mengambil kira keresahan rakyat Perak yang mengharapkan penyelesaian total dapat segera dilaksanakan," tegas beliau.

Justeru, PAS tegas Mahfuz mendesak jika pembubaran Dun dilakukan dalam tmpoh terdekat, kerajaan sementara yang mentadbir Perak dalam tempoh tersebut hendaklah diwakili oleh Pakatan Rakyat dan BN.

Hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengah hari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Dato' Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan Kerajaan Pusat.

artikel asal : HarakahDaily

UMNO 'BERMATIAN' HALANG PILIHANRAYA KEDIL DI PERAK

Kini hanya tinggal satu pilihan, bubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi menyelesaikan segala kemelut politik di Perak.

Tanpa tindakan tersebut rakyat negeri terbabit akan terus menjadi mangsa.

Ketidakstabilan politik boleh menjejaskan segala-galanya.

Ini kerana hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Sedangkan Hakim Mahkamah Tinggi semalam mengisytiharkan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pembubaran Dun sahaja satu-satunya jalan keluar yang ada di Perak sekarang.

"Kejayaan Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam menambah lagi kerumitan isu tersebut.

"Polemik ini tidak ada kesudahannya dan sudah pasti kehidupan harian rakyat akan terjejas," katanya di sini.

Hari ini Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam selepas mendengar permohonan Zambry.

Peguam Zambry berhujah penangguhan keputusan mahkamah semalam bertujuan menghalang Nizar mendapatkan perkenan Sultan Perak bagi membubarkan Dun.

Penangguhan keputusan mahkamah itu turut mendapat sokongan Peguam Negara.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, Umno dan BN tidak perlu gusar bagi mendapatkan semula mandat rakyat kerana mereka sering kali mendakwa parti itu kuat di bawah Perdana Menteri baru.

"Umno tidak perlu gusar untuk menghadapi pilihan raya semula. Namun tindakan Zambry mengemukakan rayuan segera secara jelas menggambarkan mereka begitu takut berdepan gelombang rakyat," katanya.

Menurutnya Umno kelihatan bekerja bermati-matian bagi menghalang pilihan raya diadakan sehingga terpaksa mendapat bantuan Mahkamah Rayuan.

Beliau juga berkata, sekiranya pilihan raya diadakan lagi di Perak, Dewan Pemuda PAS Kelantan bersedia menghantar lebih ramai lagi petugas membantu jentera kempen.

artikel asal : HarakahDaily

Nizar, exconya pula kosongkan pejabat

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan anggota exconya telah mengosongkan pejabat mereka petang ini.

Sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan, Nizar dan para exconya mengosongkan pejabat mereka di bangunan SUK di Ipoh pada kira-kira jam 2.30 petang - kira-kira tujuh jam selepas sekali lagi mengambil alih pentadbiran negeri itu semalam.

Sebelum ini, Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir meminta Nizar menghormati keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonannya untuk menangguh keputusan mahkamah tinggi semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Selepas mahkamah tinggi membuat keputusan itu semalam, Pakatan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri di bangunan SUK.

Bercakap kepada pemberita di Ipoh, Zambry berkata, beliau menghormati keputusan mahkamah dan mahu meneruskan tugasnya sebagai menteri besar.

artikel asal : malaysiakini



klip video ehsan : tvpas09

MAHKAMAH RAYUAN TANGGUH KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Menurut laporan penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas, demikian lapor Malaysiakini.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.

artikel asal : HarakahDaily




klip video ehsan : greenboc

Zambry has likened himself to Mandela and Gandhi.. (kenapa tak Mugabe?)

Zambry compares himself to Mandela, Gandhi
By CLARA CHOOI

IPOH: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, whose nearly three-month tenure as mentri besar was ruled illegitimate by the Kuala Lumpur High Court on Monday, has likened himself to Nelson Mandela and Mahatma Gandhi.

Warning Pakatan Rakyat not to under-estimate him, he said the High Court’s “shocking decision” did not mean he would give up the fight.

“To me, losing the mentri besar post will not reduce my fighting spirit in upholding the truth.

If reinstated Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin and his “friends ... assume that the High Court’s decision will dampen my spirit, then they have read me wrong,” he said in a blog entry early Tuesday morning.

He said a person did not need to hold a post in his struggle to uphold the truth, and likened the recent struggles faced by him and his “comrades from the Barisan Nasional” to those endured by politicians like Nelson Mandela and Mahatma Gandhi.

“Nelson Mandela sacrificed his freedom for 27 years in order to free South Africans from the grip of ‘apartheid.’

“Gandhi also sacrificed his life for the sake of India’s independence and so his people would be able to live without caste or religious boundaries,” he said.

Dr Zambry said however that it was lucky for him that his struggles had not caused him physical harm or loss of freedom.

“I only had to withstand the negative perceptions that Nizar and his people have created of me and the Barisan’s image.

“I know it will be hard to change such perceptions for their accusations are all over the Internet,” he said.

He also accused Pakatan Rakyat of being “greedy,” expressing disbelief at Pakatan’s “swift way of moving back into power,” especially the way they had reported to work at the state secretariat at 7:15am Tuesday, saying this was part of their “tyranny.”

Dr Zambry also reiterated that he accepted the High Court’s decision with an open heart and vowed that he would not question it.

“I will not be like the Pakatan which practises ‘selective justice’ by only accepting the decisions that favour themselves and rejecting those that do not,” he said.

Dr Zambry also maintained that the Federal Court’s decision that Speaker V. Sivakumar had no right to suspend him and his six executive councillors still held, although the High Court ruled that Nizar was the rightful mentri besar.


SMS UGUTAN : AHMAD RAMZI HADIR BERI KETERANGAN

Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir - bekas setiausaha politik mantan menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh - hadir di ibupejabat polis Kuala Terengganu hari ini untuk memberi keterangan berhubung SMS ugutan kepada tiga ADUN Terengganu bulan lepas.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Terengganu SAC II Hamzah Mohd Jamil dilaporkan berkata polis akan mendapatkan waran tangkap terhadap Dr Ahmad Ramzi walaupun diberikan tempoh 72 jam untuk berbuat demikian.

Dr Ramzi dicari polis kerana beliau antara individu yang pernah mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung SMS ugutan yang diterima tiga ADUN Umno Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) pada 13 April lepas.

Sebelum ini, polis cuba mengesannya di kediaman beliau di Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur tetapi gagal.

Mesej ringkas itu kemudian dijadikan alasan mereka bertiga dan tujuh lagi ADUN Umno enggan hadir pada hari kedua persidangan DUN Terengganu keesokannya.

Dalam siasatannya, polis telah menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun dari Seri Kembangan, Selangor, di Bandar Baru Bangi pada 20 April lepas, kerana disyaki menghantar SMS itu.

Lelaki itu dibebaskan setelah ditahan reman selama tujuh hari.

Sebelum ini dilaporkan polis telah mengambil keterangan daripada beberapa saksi berhubung kes itu dan hanya menunggu Ahmad Ramzi untuk tampil memberi keterangan.

artikel asal : malaysiakini

BUBAR DUN - PELUANG SULTAN AZLAN SHAH MUNCUL TERHORMAT

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa mengharapkan Sultan Azlan Shah memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, bagi membolehkan rakyat negeri itu membuat pilihan secara demokratik selepas Mahkamah Tinggi semalam memberikan kemenangan dari segi undang-undang kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, inilah masa yang terbaik bagi institusi Di Raja Perak yang amat dihormati sebelum ini, untuk membuktikan bahawa mereka adil dan saksama.

"Institusi ini tidak harus dilihat bertindak memihak kepada satu golongan tetapi bertindak berteraskan peraturan dan undang-undang. Prinsip-prinsip demokrasi harus dihormati.

"Peluang institusi Diraja Perak keluar dari kemelut ini dengan tahap imej yang lebih tinggi adalah terbuka luas. Bubarkan saja DUN Perak dan biarkan rakyat memutuskan penghakiman mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Husam, bagi PAS dan Pakatan Rakyat, pembubaran Dun tidak semestinya memberikan keuntungan kepada Pakatan Rakyat kerana, rakyat Perak bebas membuat pilihan mereka sendiri.

Katanya, pembubaran Dun merupakan tetap langkah terpuji yang membuktikan PAS dan Pakatan Rakyat adalah pemain demokrasi yang jujur dan pruden serta berani meletakkan rakyat di tempat teratas.

"Kuasa bukan segala-galanya tetapi prinsip-prinsip utama lebih didahulukan," tegas beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Naib Presiden PAS itu juga menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengembalikan jawatan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah mengejutkan.

Katanya, keberanian Hakim Abdul Aziz Rahim membawa Mahkamah Malaysia keluar sebagai institusi yang bebas dan berintegriti adalah amat mengejutkan.

"Beliau adalah seorang hero baru," kata Husam.

Husam juga menempelak Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, kerana beliau sepatutnya tidak lagi menggunakan saluran undang-undang untuk menyelesaikan krisis Perak yang beliau sendiri mulakan.

Tegasnya, walaupun keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu, tetapi, rakyat tetap beranggapan bahawa pemecatan Nizar adalah tidak sah, dan ianya telah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi,

Menurutnya, Najib harus berani menerima realiti dan berani menyelesaikan kemelut ini mengikut saluran politik adalah langkah yang paling baik.

"Jika rayuan itu nanti masih memihak kepada Nizar, Najib dan Umno akan menanggung malu yang lebih besar. Jika keputusan itu atas apa sebab pun memihak kepada BN, rasa euphoria rakyat atas bebasnya kehakiman negara ini kembali menjadi negatif.

"Jika Najib berani bertindak bersama Pakatan Rakyat untuk memujuk Sultan Perak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, BN mendapat dua markah iaitu bebasnya kehakiman di bawah pentadbiran Najib dan yang kedua, kerana berani mencari jalan penyelesaian kepada krisis atas prinsip kembalikan kuasa penentuan kepada rakyat," ujar Husam.

Katanya, Umno dan BN mungkin tewas dalam pilihanraya itu nanti, tetapi maruah politik dan integriti BN akan dapat dihindarkan dari terus koyak.

"Ia telah pun koyak dengan parah sebelum ini. Umno-BN mendapat kuasa di Perak, tetapi ia meranapkan imej BN di seluruh negara, bahkan dunia. Harganya terlalu mahal.

"Samada Najib ingin terus bermandi dalam lumpur politik yang tidak mungkin dibersihkan selagi ia menggonggong kuasa di Perak melalui jalan di luar batas undang-undang dan amalan demokrasi yang terpuji atau kembali ke pangkal jalan," tegasnya.

artikel asal : HarakahDaily

MESTI TONTON : CERAMAH HANIPA MAIDIN DAN DATO' MAHFUZ DI TAMAN MELEWAR MALAM TADI




klip video ehsan : jiwokelate2009

MARUAH PRESIDEN UMNO TERGADAI DI PERAK

"Mana hendak letak maruah Umno dan presidennya sekarang," kata seorang pakcik sambil minum pagi di sebuah kedai roti canai di pinggir bandar pagi tadi.

Tiada topik hangat melainkan isu Dato' Seri Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exco kerajaan kudeta terpaksa meninggalkan bangunan pentadbiran kerajaan negeri, selepas hanya lebih tiga bulan bergelar Menteri Besar.

"Segalanya bermula dengan rampasan kuasa secara haram 5 Febuari lalu. Zambry hanya menjadi kambing hitam kepada Dato' Seri Najib Razak yang menjadi dalang dalam isu di Perak," kata pakcik tadi.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Konflik politik di Perak dibawa ke mahkamah selepas Umno yang diketuai Najib merampas kuasa pada 5 Febuari lalu, selepas berjaya mempengaruhi tiga bekas Adun Pakatan Rakyat.

Mengulas isu yang sama, bekas Naib Ketua Umno Kubang Kerian, Dato' Mohamad Ghani berkata, Umno Perak telah dinasihati barisan peguam secara salah sehingga sanggup merampas kuasa rakyat di Perak.

"Penasihat yang mempunyai sifat bodek atau suka mengampu tidak layak untuk duduk kerusi itu kerana ia boleh menyebabkan huru hara seperti berlaku di Perak sekarang.

"Umno perlu terima hakikat keputusan mahkamah memihak kepada Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah," katanya di sini tanpa mendedahkan siapa peguam Umno terbabit.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia berkata, Umno perlu melantik penasihat yang jujur dan berkemampuan menasihat perkara sebenar dan bukannya menangguk di air keruh.

Malam tadi Menteri Besar Perak menggantungkan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Abdul Rahman Hashim dan Penasihat Undang-Undang, Dato' Ahmad Kamal Shahid.

Tindakan tersebut adalah antara enam langkah segera yang diumumkan Nizar sebaik sahaja Mahkamah Tinggi memutuskan yang beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

artikel asal : HarakahDaily

WALAUPUN SUDAH DIISYTIHARKAN MENTERI BESAR PERAK SAH, BANGUNAN SUK DIKAWAL KETAT DAN KENA TUNGGU

Large presence of riot police at the state secretariat building greeted Perak Menteri Besar's Mohd Nizar Jamaluddin's return to his office.

Police had positioned themselves at the building hours after the Kuala Lumpur High Court yesterday ruled that Nizar was the legitimate menteri besar.

Among on standby were five Federal Reserve Unit trucks, one water cannon and at least about 50 uniformed policemen.

Nizar, his wife Fatimah Taad, and his eight exco members arrived at the building at about 7.30am, but were not allowed immediate entry.




klip video ehsan : malaysiakini

KU LI SOKONG DUN PERAK DIBUBAR

Pemimpin berpengalaman Umno menyokong tindakan menteri besar Pakatan Rakyat di Perak mengusulkan kepada istana agar membubarkan DUN bagi mengatasi kemelut politik sejak Februari.

Mengulas keputusan mahkamah memberi semula jawatan menteri besar kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Tengku Razaleigh Hamzah berkata pembubaran "satu-satunya cara" keluar daripada krisis tersebut.

"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum," kata bekas naib presiden Umno itu di blognya.

Di awal krisis ini, Tengku Razaleigh telah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa BN, termasuk menggugurkan jawatan Mohammad Nizar, dengan menyifatkannya di luar proses perlembagaan.

Beliau juga telah mencadangkan pilihanraya negeri diadakan atau rakyat akan semakin meluat pada Umno.

Dalam tulisan terbarunya, bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46 berkata kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Zambry Abd Kadir lebih kurang tiga bulan "selama ini haram dan semua keputusan serta kontrak yang dibuat olehnya tanpa asas perundangan."

Tindakan kerajaan BN di Perak juga tidak sah menghalang sidang tergempar DUN pada awal Mac dan usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan Speaker, V Sivakumar pada persidangan paling kecoh, Khamis lepas.

"Sultan, dan sistem beraja itu sendiri, menanggung malu dengan babak (politik) ini, termasuk usaha terancang oleh sesetengah pihak untuk menyemarakkan lagi isu menjadi perkauman dan penderhakaan.

"Tindakan seumpama ini hanya merosakkan lagi institusi yang mereka dakwa cuba mempertahankannya, dan (susulan itu) ia mencemarkan Umno dan BN," katanya.

"Isu sebenarnya adalah perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dan sistem beraja dilindungi selagi mendukung keunggulan perlembagaan dan hasrat rakyat."


artikel asal : malaysiakini



klip video ehsan : tvpas09

Ketibaan Nizar di Istana Kejutkan Tetamu Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran

Pengumuman ketibaan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Balai Rong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar memeranjat semua tetamu dan dif kehormat di majlis penganugerahan darjah kebesaran dan pingar sempena keputeraan Sultan Azlan Shah pagi tadi.

Beliau yang tiba bersama isteri, Datin Seri Fatimah Taat pukul 9.10 pagi tadi kemudian dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuk Menteri Besar dan pembesar-pembesar kanan negeri.

Ketibaan beliau sebagai Menteri Besar mungkin tidak dijangka oleh tetamu kerana menyangkakan yang dijemput ialah Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut hadir pada majlis itu barisan Exco daripada Pakatan Rakyat termasuk Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham. Walau bagaimanpun Datuk Seri Dr Zambry dan enam Exco Barisan Nasional yang baru mengosongkan jawatan mereka semalam dan bilik masing-masing di Bangunan Perak Darul Ridzuan tidak kelihatan .

Suasana di Balai Rong Seri yang sama itu mengimbau kembali majlis angkat sumpah Datuk Seri Dr Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor sebagai jawatan Menteri Besar 6 Februari dihadapan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Perlantikan beliau menandakan bermulanya krisis politik yang amat getir bagi negeri Perak yang berterusan sehingga keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengesahkan keabsahan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah sejak beliau dilantik ke jawatan tersebut pada 13 Mach 2008.

Lebih 286 penerima darjah kebesaran dan pingat hadir pada majlis tersebut hari ini.

artikel asal : TVAntara

POLIS BAWA PISTOL DALAM DUN PERAK, HISHAMUDDIN DIDESAK LETAK JAWATAN


Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas keganasan yang dilakukan oleh pihak polis semasa sidang Dewan Undangan Negeri 7 Mei lalu dan seterusnya segera meletak jawatan.

Beliau berkata Hishammmuddin sebagai menteri perlu bertanggungjawab terhadap perbuatan anggota polis yang membawa senjata api masuk ke dalam DUN.

"Saya dan Menteri Besar Nizar sendiri melihat anggota polis membawa pistol ke dalam Dewan. Dewan ibarat rumah kami sebagai wakil rakyat dan tidak ada hak polis masuk ke dalam Dewan apatah lagi membawa senjata api.

"Kalau 7 Mei polis masuk dengan senjata api dan tertembak sesiapa dalam DUN siapa pula akan bertanggungjawab. Kalau hari ini dibenarkan polis masuk bawa senjata satu hari kelak polis juga boleh masuk Dewan dan tembak wakil rakyat.

"Oleh itu adalah wajar Hishammuddin mengambil langkah terhormat denmgan meletak jawatan bagi mengambil tanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh kakitangan polis yang di bawah kementerian beliau," Ngeh berkata.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sidang media 7 Mei lalu di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak di Ipoh mendakwa seramai 400 anggota polis mengepung DUN dan kira-kira 100 anggota telah menceroboh masuk ke dalam Dewan dan melakukan keganasan termasuk mengheret Speaker V. Sivakumar dan mengurung beliau di dalam bilik setor.

Ngeh berkata lagi beliau akan membangkitkan perkara ini di Dewan Rakyat apabila Parlimen menyambungkan sidang Jun depan.

artikel asal : TVAntara

Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin, Exco masuk pejabat

KAWAL...Pasukan FRU bersiap-sedia mengawal perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)Perak sejak semalam.

BINCANG... MB Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berbincang dengan pihak polis sebelum memasuki bangunan SUK pagi tadi.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama lapan Exconya memasuki bangunan SUK pagi tadi - kira-kira 16 jam selepas mahkamah mengisytiharkan beliau Menteri Besar yang sah.

Mereka dibenarkan melepasi pintu pagar bangunan itu, yang dikawal ketat oleh pasukan FRU sejak petang semalam, pada pukul 7.31 pagi.

Pasukan keselamatan hanya membenarkan Nizar dan Exco memasuki kawasan dalam premis tersebut. Media dilarang.

Ia merupakan urusan rasmi kedua sejak keputusan mahkamah petang semalam.

Tengah malam tadi beliau mempengerusikan mesyuarat Exco di pejabat PAS Perak, yang terletak berhampiran dengan bangunan SUK.

Turut bersama rombongan itu pagi ini ialah V. Sivakumar yang Khamis lalu disingkirkan oleh Barisan Nasional (BN) daripada kedudukan Speaker DUN.

Selepas berada di bangunan SUK kira-kira 15 minit Nizar keluar untuk menuju ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis pengurniaan pingat oleh Pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

artikel asal :mStarOnline



Large presence of riot police at the state secretariat building greeted Perak Menteri Besar's Mohd Nizar Jamaluddin's return to his office. Police had positioned themselves at the building hours after the Kuala Lumpur High Court yesterday ruled that Nizar was the legitimate menteri besar. Among on standby were five Federal Reserve Unit trucks, one water cannon and at least about 50 uniformed policemen. Nizar, his wife Fatimah Taad, and his eight exco members arrived at the building at about 7.30am, but were not allowed immediate entry.



klip video ehsan : malaysiakini

Ribuan Yang Datang Dengar Ceramah

Puluhan Ribu Banjiri Taman Melewar Dengar Isu Terkini Perak

Penduduk Malaysia termasuk di Lembah Kelang dikejutkan dengan berita pengesahan DS. Nizar sebagai MB Perak yang sah. Saya dipanggil untuk menggantikan YAB. MB yang tidak dapat hadir dalam ceramah penerangan isu Perak di Markaz Tarbiyah Taman melewar Gombak.



GOMBAK : Satu ceramah penerangan isu terkini perak telah menarik lebih 20,000 orang hadir kerana mereka mungkin dikejutkan dengan berita-berita panas dari Perak termasuklah yang terkini mengenai keputusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memihak kepada pakatan Rakyat.

Sayangnya Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat hadir kerana beliau memanggil satu mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak. Begitu juga Speaker DUN Perak, V. Sivakumar juga tidak dapat hadir. Tempat mereka berdua telah digantikan oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Peceramah lain ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Hj. Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB. Salehuddin Ayub dan Peguam Hanifa Maidin.

Kehadiran pada malam tadi dianggarkan oleh banyak pihak boleh menandingi jumlah kehadiran program GERAK semasa hayat almarhum Ust.Fadzil Noor satu masa dulu.

Tidak ada ruang yang kosong di dalam dan di luar markaz pada malam tadi.


Gambar oleh : Mohamed Heikkal Ismail
http://avercine.blogspot.com/

dari sumber : http://idhamlim.blogspot.com/






klip video ehsan : jiwokelate2009

NIZAR MB PERAK, PERMOHONAN TANGGUH KEPUTUSAN OLEH ZAMBRY DITOLAK

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan yang dinanti-nantikan dengan penuh debaran oleh seluruh rakyat Malaysia diumumkan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim.

Menurut Abdul Aziz, Menteri Besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri dan beliau merujuk keputusan mahkamah terhadap kes Dato' Stephen Kalong Ningkan.

Sementara itu permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan tersebut bagi mengemukakan rayuan ditolak mahkamah.





Hakim Abdul Aziz dalam penghakiman yang dibacakan mulai jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 2.50 petang tadi berpendapat, Sultan Perak sepatutnya menitahkan Dewan Undangan Negeri Perak bersidang bagi mengemukakan undi tidak percaya kepada Nizar selaku Menteri Besar.

Sambil merujuk kepada kes duluan (precedent) membabitkan Ketua Menteri Sarawak, Dato' Stephen Kalong Ningkan pada 1966, beliau berpendapat Menteri Besar baru tidak wajar dilantik selagi Menteri Besar sedia ada belum meletakkan jawatan.

Beliau juga berpuashati bahawa Nizar tidak pernah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah seperti didakwa para peguam Zambry.





Para peguam Nizar dalam penghujahan mereka sebelum ini menegaskan bahawa jika Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar yang sah, beliau akan mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Pakatan Rakyat dan BN kini masing-masing mempunyai 28 kerusi di Dun Perak.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, PAS, DAP dan KeADILan yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat memenangi 31 daripada 59 kerusi Dun Perak.

Bagaimanapun tiga Adun Pakatan Rakyat pada 4 Februari lalu telah mengisytiharkan diri sebagai calon Bebas dan menyokong BN selepas hilang secara misteri selama lima hari.




Nizar ketika ditemui pemberita berkata akan segera memohon menghadap Sultan Perak bagi memohon perkenan membubarkan Dun Perak dan membuka laluan kepada pilihan raya negeri bagi mendapatkan mandat baru rakyat.

Nizar memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Beliau dilantik Menteri Besar pada 17 Mac 2008.

Bagaimanapun ekoran tindakan khianat tiga Adun Pakatan Rakyat itu, BN yang mendakwa mendapat majoriti di Dun Perak telah menghadap Sultan bagi membentuk kerajaan negeri.

Tidak memperkenankan permohonan Nizar untuk membubarkan Dun, Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.


Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam Dun dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah.

Nizar diwakili Sulaiman Abdullah, Mohamed Hanipa Maidin dan beberapa peguam kanan.


dari sumber : HarakahDaily

RAJA MUDA PERAK SETUJU MENERIMA MENGHADAP

Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bersetuju untuk menerima menghadap Menteri Besar Negeri Perak Dato’ Seri Nizar Jamaludin yang telah diisytiharkan sebagai Menteri Besar yang sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini

Nizar akan menghadap Raja Muda pada jam 8.30 pagi esok untuk mempersembahkan keputusan bagi memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Dengan itu satu pilihanraya negeri yang baru akan dilangsungkan, kata beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk ADUN Sungkai S.A.Sivanesan

“Saya baru bercakap dengan Nizar dan beliau telah mengesahkan beliau telah diterima menghadap oleh Raja Muda pada jam 8.30 pagi esok,”kata Sivanesan kepada Malaysian Insider

“Nizar akan memohon untuk membubarkan DUN bagi mengadakan satu pilihanraya,”kata Sivanesan yang berharap permohonan itu tidak ditolak dan berkata “Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan mempunyai hak untuk memohon pembubaran DUN,”.

Pemimpin Pakatan Rakyat turut memaklumkan Sultan Azlan sedang berada di Amerika Syarikat

ADUN Pakatan Rakyat turut mengadakan mesyuarat jam 11 malam semalam bagi merancang strategi untuk esok dimasa yang sama Barisan Nasional akan bergegas ke mahkamah untuk membuat rayuan.

Esok, Nizar akan memasuki pejabatnya di Bangunan Perak darul Ridzuan yang telah dikelilingi pihak polis sejak jam 4.00 petang semalam

Hakim Abdul Aziz Rahim hari ini mengisytiharkan Menteri Besar hanya boleh dilucutkan dengan undi tidak percaya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri.


artikel asal : BuletinOnline

18 Buah Negara Dunia Menghina Perdana Menteri Malaysia, Tidak Ada Apa-apa Tindakan - Dato' Mustafa Ali

Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata Barisan Nasional (BN) tidak mahu menyertai Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei depan kerana tidak sanggup menerima kekalahan setelah kecundang empat kali, dari lima pilihanraya kecil yang diadakan sebelum ini.


Menurutnya, Dato’ Seri Najib Razak menyatakan kononnya pilihanraya kecil itu banyak membelanjakan wang namun tidak banyak membawa faedah.

Hakikatnya, kata beliau, perlaksanaan pilihanraya sebenarnya dapat menggerakkan ekonomi apabila wang dibelanjakan bagi mengongkosi perjalanan kempen.

Selain itu beliau berkata, ada pihak-pihak yang mendakwa, Presiden UMNO itu, tidak mahu bertanding dalam pilihanraya tersebut kerana tidak sanggup lagi mendengar nama Altantuya, wanita Mongolia yang mati dibunuh, dikaitkan dengan beliau.

“Tetapi ada orang beritahu, sebenarnya Najib tidak mahu bertanding pilihanraya (DUN Penanti) kerana tidak mahu lagi mendengar Altantuya disebut-sebut,

“berapa kali pilihanraya (kecil berlaku) tidak kena mengena pun, (PRK) Bukit Gantang (dan PRK) Bukit Selambau (Najib) tak turun pun, tapi ‘Altantuya’ turun juga,”katanya dalam majlis penerangan Isu DUN Perak di Masjid Rusila, Sabtu lalu.

Katanya, sekiranya PRK DUN Penanti tidak diadakan, nama Altantuya tidak akan disebut dan beliau dapat melupakan sekejap tentang isu Altantuya.

Dato’ Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, akhbar dalam 18 buah negara didunia menyiarkan laporan peristiwa Altantuya dan mengaitkannya dengan Perdana Menteri Malaysia.

Katanya dari segi kaedah hubungan diplomatik antarabangsa, negara kita sepatutnya memanggil duta-duta negara asing dan meminta penjelasan tentang perkara tersebut.

“Dari segi kaedah hubungan antarabangsa, kalau negara kita tidak puas hati, bahawa suratkhabar dalam sesebuah negara itu mencemar nama baik (negara) kita. apa lagi Perdana Menteri, Malaysia boleh panggil duta, (mana-mana) negara yang menyiarkan,

“(dan meminta penjelasan) pasal apa (negara) kamu duk cerita (melaporkan) bab (tentang) Perdana Menteri kami dengan Altantuya, ini boleh boleh menjejaskan hubungan diplomatik,”katanya sebagaimana tindakan yang diambil ke atas Denmark ketika menyiarkan ‘karikatur’ menghina RasuluLlah SAW

Tetapi, katanya, ketika 18 buah negera menghina Perdana Menteri Malaysia, Duta Malaysia diluar negara tidak melakukan apa-apa dan kerajaan Malaysia juga tidak memanggil Duta negara tersebut.



Ia berlaku demikian kerana, katanya, sekiranya diambil tindakan tertentu dan apabila siasatan dijalankan, dibimbangi ia akan menemui kebenaran yang lebih ‘parah’.

artikel asal : BuletinOnline

KEMENANGAN NIZAR HADIAH SEMPENA HARI IBU

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersyukur di atas keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau yang berada di Mahkamah Tinggi Jalan Duta itu sejak awal pagi berkata, tidak sia-sia segala pengorbanan yang dilakukan oleh ahli dan pimpinan PAS bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Nizar.

Keputusan itu juga katanya, sebagai satu pengajaran kepada Umno-BN yang melakukan perbuatan tidak sopan dan zalim terutama dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) pada 7 Mei lalu.

Menurut beliau, Umno-BN telah menggunakan kuasa dan kekuatan pihak polis untuk menghalang Speaker DUN yang sah serta Adun Pakatan Rakyat bersidang.

"Hari ini Allah telah memberi kemenangan kepada kita dan ini juga hadiah kepada ibu-ibu sempena sambutan hari Ibu," katanya yang dihubungi Harakahdaily.

Tambah beliau, tidak sia-sia pengorbanan kaum wanita dan ahli Parlimen serta Adun wanita yang ditangkap oleh pihak polis ketika berada berhampiran dengan bangunan SUK pada 7 Mei lalu.

Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan perkara itu selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Nizar tidak pernah meletak jawatan dan tiada sebarang usul undi tidak percaya yang dilakukan terhadapnya dalam sidang DUN.

Mahkamah telah menolak permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan pengesahan Nizar sebagai MB Perak. Bagaimanapun, Zambry boleh mengemukakan rayuan rasmi.

artikel asal : HarakahDaily

ZAMBRY DIMINTA BERUNDUR SECARA TERHORMAT

BN Perak hormati keputusan mahkamah, kosongkan bangunan SUK


Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.

"Saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka. Saya serta rakan-rakan akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang," katanya dalam kenyataan ringkas dikeluarkan melalui Setiausaha Akhbarnya Mohd Nizam Isa.

Dr Zambry juga meminta semua penyokong Barisan Nasional (BN) dan rakyat negeri Perak supaya bertenang dengan perkembangan berkenaan.

"Kita akan kemaskan barang-barang dan mengosongkan pejabat secepat mungkin," kata Mohd Nizam.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah kerana tiada kekosongan jawatan berlaku dan tiada usul undi tidak percaya terhadap beliau dibuat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri.

Dr Zambry, 47, anggota Dewan Undangan Negeri Pangkor, telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke11 di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 6 Feb lepas.

Ia berlaku apabila Barisan Nasional yang sebelum itu mempunyai 28 kerusi DUN mendapat sokongan dua bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang bekas wakil rakyat DAP yang mengisytiharkan diri mereka anggota Bebas.

Sementara itu, suasana di pejabat Menteri Besar Perak di bangunan Perak Darul Ridzuan di sini tenang dengan anggota media berkumpul di situ untuk mendapatkan reaksi Dr Zambry.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baru Datuk Hamdi Abu Bakar bagaimanapun memberitahu pemberita bahawa Dr Zambry pada waktu itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis sambutan ulang tahun Umno ke-63.

Pegawai Khas Dr Zambry, Khairul Azwan Harun meminta semua media beredar dari pejabat berkenaan pada kira-kira 5.15 petang semalam kerana waktu pejabat telah berakhir. Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis akan mengadakan kawalan di sekitar bangunan berkenaan bagi memastikan keadaan keselamatan terkawal.


Mulai 5.30 petang, beberapa unit Unit Simpanan Perkutuan (FRU) tiba di sekitar bangunan itu dan mula mengadakan kawalan.

Pesuruhajaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata keputusan mahkamah mengesahkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar memang telah dijangka.

artikel asal : mStarOnline





klip video ehsan : tvpas09

Kemenangan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin Kemenangan Rakyat

Pemimpin pelbagai lapisan hari ini senada menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersabit kemelut politik Perak sebagai kemenangan untuk rakyat dan kejayaan untuk sistem perundangan negara




klip video ehsan : greenboc



klip video ehsan : tvpas09



klip video ehsan : malaysiakini

DATO' SERI MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN GANTUNG PENASIHAT UNDANG-UNDANG PERAK

Nizar gantung tugas tiga pegawai kanan termasuk SUK




Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim dan Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad berkuat kuasa serta merta.

Tugas mereka itu akan dipangku oleh timbalan masing-masing.

Itu adalah beberapa keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco pimpinan beliau di ibu pejabat PAS negeri, tengah malam tadi.

Petang semalam, Mohammad Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada pagi esok, Mohammad Nizar berkata, beliau akan mempersembahkan permohonan untuk menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

"Bukan menghadap, kami hanya mengemukakan permohonann untuk menghadap," katanya pada sidang media yang diadakan kira-kira pukul 12.30 malam tadi.

Mohammad Nizar berkata, beliau dan kesemua Exconya akan memulakan tugas seperti biasa pada pukul 7.15 pagi ini.

Beliau juga berkata, mesyuarat tersebut memutuskan untuk meneruskan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) selama tiga bulan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat.

Selain itu katanya, V Sivakumar masih merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sah.

Katanya, Datuk R Ganesan yang dilantik oleh BN sebagai Speaker DUN adalah tidah sah kerana masih belum mengangkat sumpah.

Sehubungan itu kata beliau, apa juga kemungkinan sidang DUN tergempar yang akan dibawa BN pada pagi ini adalah tidak sah.

"Untuk mengadakannya, mereka mesti memberi notis," katanya.

Petang tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah - antara Nizar dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menyebabkan negeri itu dilanda krisis politik sejak Februari lalu akhirnya terjawab.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

artikel asal : mStarOnline






klip video ehsan : greenboc