Wednesday, June 10, 2009

Media Indonesia Dedah Luka Di Dada Manohara

Kesan luka di dada Manohara Odeli Pinot, yang mendakwa kesan penderaan putera Sultan Kelantan, kini boleh disaksikan oleh semua pihak apabila ia didedahkan oleh sebuah media Indonesia hari ini.

Sekeping foto, daripada 10, yang dianalisis seorang pakar fotografi republik itu dimuatkan dalam akhbar internet terkenal Detik.com.

Penganalisis foto itu, yang juga seorang ahli parlimen Partai Demokratik, Roy Suryo Notodiprojo meneliti gambar-gambar itu yang diambil oleh ahli forensik Dr Abdul Mun'im Idries yang menjalankan pemeriksaan perubatan awal terhadap wanita 17 tahun itu.

Selain pemeriksaan perubatan yang rapi itu, Manohara juga menjalani satu lagi pemeriksaan perubatan bersama pegawai penyiasat polis selepas memberikan keterangan kepada pihak berwajib itu semalam bagi melengkapkan siasatan kesnya.

Roy Suryo dilaporkan berkata beliau membuat analisis foto itu atas permintaan keluarga Manohara dalam satu pertemuan dengan wanita itu dan ibunya Daisy Fajarina di sebuah hotel malam tadi.

Bekas model muda itu, yang bergelar Cik Puan Temenggong Kelantan, menyerahkan 16 keping foto kepada ahli parlimen itu tetapi hanya 10 yang dianalisis kerana bakinya tidak begitu jelas.

Mengesahkan keaslian foto-foto itu, Roy Suryo berkata foto yang dirakam melalui kamera telefon bimbit dipercayai diambil sendiri oleh Manohara pada waktu malam antara Mac hingga April lalu.

Sultan, Raja Perempuan Diseret Dalam Laporan Polis Manohara

Manohara Odelia Pinot akhirnya membuat aduan polis terhadap istana Kelantan, termasuk Sultan dan Raja Perempuan, berhubung dakwaannya beliau diculik dan didera suaminya Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Bekas model muda itu, yang bergelar Cik Puan Temenggong Kelantan, membuat aduan tersebut di ibu pejabat polis Indonesia di Jakarta semalam, lapor akhbar Surya hari ini.

Peguamnya Hotman Paris Hutapea dipetik berkata, Manohara juga melaporkan nama kapten pesawat peribadi yang didakwa melarikannya dari Jeddah pada Mac lalu, kenalan dekat suaminya Mohd Soberi Shafii dan seorang pengawal peribadi yang dituduh memukulnya dalam pesawat tersebut.

Peguam itu berkata kelapan-lapan itu ingin dituntut disiasat menurut Seksyen 285 Kitab Undang-undang Hukum Pidana (seperti Kanun Keseksaan di Malaysia) berhubung kesalahan penganiayaan dan penculikan.

Menurut akhbar yang sama, beliau juga bercadang membawa kelapan-lapan nama itu bawah Seksyen 333 kitab undang-undang jenayah itu, yakni kesalahan menyekat kebebasan orang lain.

Manohara kemudian dibawa untuk pemeriksaan perubatan yang rapi bersama pegawai penyiasat polis selepas aduan itu, kata Hotman Paris lagi.

"Setelah visum (pemeriksaan perubatan) kami harapkan pihak Kelantan ditetapkan sebagai tersangka (suspek)," peguam itu dipetik berkata, sambil menambah pemeriksaan perubatan itu dibuat secara rasmi oleh polis sesuai menurut siasatan bawah Kitab Undang-undang Hukum Pidana.

"Visum seluruh tubuh termasuk jiwa dan hatinya. Bukti visum ini adalah bukti utama karena dilakukan secara bersama dengan penyidik (pegawai penyiasat) Mabes (ibu pejabat polis).

"Saya yakin (pemeriksaan) ini bisa jadi bukti utama."

Sambil menunjukkan foto di telefon bimbitnya kepada media, peguam yang sama semalam dipetik berkata terdapat kesan luka pada dada Manohara, termasuk dekat dengan payudaranya.

"Jika kalian para perempuan tidak sedih... ini aneh. Ini adalah bukti jelas, saya pun hampir menangis," Hotman Paris dipetik Surya.

Sementara ahli forensik Dr Abdul Mun'im Idries yang menjalankan pemeriksaan perubatan awal terhadap wanita 17 tahun itu juga mengesahkan wujud kesan luka, termasuk kesan yang "masih baru", lapor agensi berita AFP semalam.

Mengulas lanjut kes anak guamnya itu, Hotman Paris berkata Manohara akan meminta bantuan polis Indonesia untuk bekerjasama dengan Interpol untuk menyelesaikan siasatan.

"Juga kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia untuk menyelesaikan masalah ini. Begitupun dengan Dubes (duta besar) di Malaysia agar memfasilitasi (memudahkan)," kata seorang lagi peguam wanita itu, Warsito Sanyoto.

Istana Kelantan dengan rasmi menganggap dakwaan Manohara ini sebagai krisis rumahtanggan pasangan diraja itu, sementara Mohd Soberi bertegas menafikan tuduhan-tuduhan tersebut.

LAGI PENDEDAHAN ISTERI PM.. SIAPA ROSMAH?




Mahkamah Batal Keputusan Sendiri Bersabit Kes Raja Petra

Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan awalnya dalam menolak permohonan editor Malaysia Today Raja Petra Raja Kamaruddin untuk Hakim Datuk Seri S. Augustine Paul menarik diri daripada mendengar rayuan habeas corpus beliau.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum berkata keputusan menolak permohonan Raja Petra itu tercemar kerana hanya dibuat oleh kuorum dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nik Hashim Nik Abd Rahman dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

"Apabila dua anggota panel meneruskan untuk mendengar permohonan menarik diri, Seksyen 74(1) Akta Mahkamah Kehakiman (CJA)’ telah di kompromi.

"Kita ketepikan keputusan panel dua anggota berkaitan permohonan untuk Augustine Paul menarik diri. Ini diikuti bahawa keputusan dan perintah lain yang dibuat seterusnya terhadap keputusan yang was- was di mana juga diketepikan," kata Malanjum dalam keputusan yang dibacakan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Surita Budin.

Pada 20 Feb, Raja Petra memfailkan satu permohonan di bawah Peraturan 137 CJA untuk semakan keputusan Mahkamah Persekutuan bertarikh 17 Feb dalam menolak permohonannya untuk Paul menarik diri daripada mendengar kes habeas corpus.

Raja Petra memberi alasan bahawa ada bahaya Paul akan berat sebelah jika beliau menimbang rayuan berkenaan oleh kerana Raja Petra sangat kritikal tehadap beliau dalam laman webnya.

Pada 17 Feb, apabila permohonan Raja Petra untuk Paul menarik diri didengar, Paul memberitahu mahkamah itu bahawa beliau tidak mahu mendengar proseding itu dan kemudian meninggalkan pendengaran tersebut.

Hakim-hakim lain terus mendengar permohonan itu walaupun bantahan daripada peguam Malik Imtiaz Sarwar, untuk Raja Petra, ia tidak berperlembagaan untuk panel berbuat demikian.

Nik Hashim, dalam menolak bantahan itu, berkata mereka diberikan kuasa untuk mendengar permohonan tersebut di bawah Seksyen 78 CJA dan menolak permohonan Raja Petra untuk penarikan diri.

Mahkamah, selepas menolak permohonan untuk tarik diri, menjemput Paul duduk dan kemudian panel tersebut menolak permohonan Raja Petra untuk mendapatkan kuorum lima atau tujuh hakim bagi mendengar rayuan itu dan dua permohonan untuk membuktikan lagi keterangan dalam kes ini.

"Persoalan dalam kes ini ialah sama ada pendengaran permohonan menarik diri oleh dua anggota panel menyalahi Seksyen 74(1) CJA."

"Perbicaraan seperti itu bertentangan dengan Seksyen 74(1) CJA yang menyatakan bahawa setiap proseding dalam Mahkamah Persekutuan hendaklah didengar dan diputuskan oleh tiga hakim atau lebih ramai bilangan tidak genap hakim," kata Malanjum bahawa Mahkamah Persekutuan telah mewarisi bidangkuasa untuk semakan keputusannya sendiri bagi mencegah ketidakadilan.

Mahkamah hari ini menetapkan satu tarikh baru untuk mendengar semula permohonan Raja Petra.

Raja Petra, 58, ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 12 September tahun lepas dan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak.

Pada 7 November, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad mengeluarkan satu writ habeas corpus kepadanya bahawa penahanan di bawah Seksyen 8 akta itu tidak ada dalam skop seksyen tersebut. Menteri Dalam Negeri merayu terhadap keputusan itu.

Raja Petra juga diwakili peguam Azhar Azizan Harun, Ashok Kandiah, J.Chandra dan Neoh Hor Kee sementara Timbalan Pendakwa Raya, Tun Majid Tun Hamzah dan peguam kanan persekutuan Abdul Wahab Mohamad dan Najib Zakaria bagi Menteri Dalam Negeri.

TVA

Kongres Nasional Khas PKR Sabtu Ini, Bincang Dan Melulus Usul Penting

PKR akan mengadakan kongres nasional khas Sabtu ini untuk membincang dan meluluskan tujuh usul penting termasuk menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.

Empat usul ialah mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri.

Naib presiden yang juga pengerusi jawatankuasa pindaan perlembagaan, R Sivarasa berkata, semua usul tersebut akan dibincang dan diluluskan dalam kongres khas sehari itu yang akan membabitkan perlembagaan parti.

Katanya, jawatankuasa tersebut ditubuhkan Oktober tahun lalu dan telah mengumpulkan maklum balas daripada negeri-negeri berhubung cadangan pindaan tersebut.

Sivarasa berkata, usul-usul tersebut adalah amat penting dalam memperkukuhkan amalan demokrasi dalam parti itu.

malaysiakini

UMNO... LUPAKAN 'KERAJAAN PERPADUAN'.. LAYAN VIDEO NI..

Video Pendedahan Siapa Rosmah?

Baru mendapat email lewat semalam yang meletakan link
http://selamatkanumno.blogspot.com/

Email tersebut mengandungi video di bawah


menurut penghantar email video yang dinaikkan dalam youtube itu cuma 'sedutan ringkas' dari satu video panjang yang akan diterbitkan dalam masa terdekat.'

http://chegubard.blogspot.com/

Pertemuan Sulit Tolak 'Kerajaan Perpaduan'

Dalam kehangatan perdebatan idea kerajaan kerajaan perpaduan yang diutarakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mursyidul am parti itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat memanggil pertemuan sulit bagi menepisnya.

Menurut sumber-sumber, Nik Aziz memanggil beberapa pemimpin parti itu yang dilihat menentang idea kerajaan perpaduan dan muqabalah dengan Umno, antaranya, bekas naib presiden, Datuk Husam Musa dan Naib Presiden baru, Mahfuz Omar.

Mesyuarat di Rumah Kelantan, Jalan Stonor di ibunegara pagi kelmarin itu juga bersetujui mendesak Abdul Hadi menjelaskan pendirian dan tafsiran beliau berhubung perkara itu.

"Setakat yang kita tahu, kerajaan perpaduan itu maksudnya ingin duduk bersama Umno.

"Ini yang kita tentang. Kita harap presiden dan timbalannya boleh membuat penjelasan," kata sumber.

malaysiakini

Kesan luka baru di dada Manohara

Terdapat kesan luka pada dada Cik Puan Temenggong Kelantan, dekat dengan payudaranya, kata peguam bekas model muda itu sambil menunjukkan foto di telefon bimbitnya kepada media.

"Jika kalian para perempuan tidak sedih... ini aneh. Ini adalah bukti jelas, saya pun hampir menangis," Hotman Paris Hutapea, penasihat guaman Manohara Odelia Pinot, dipetik akhbar Surya.

Ahli forensik Dr Mun'im Idries juga mengesahkan wujud kesan luka di tubuh wanita 17 tahun itu, lapor akhbar yang sama semalam.

Sementara agensi berita AFP yang bercakap dengan ahli forensik itu melaporkan sebahagian kesan luka itu "masih baru".

Bahasa Melayu di Malaysia, satu gambaran kabur - Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said

Sungguhpun Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berucap sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu pada majlis penganugerahan ijazah doktor kehormat oleh Universiti Kajian Luar Beijing (BFSU) kepadanya semasa kunjungannya ke China baru-baru ini , ia belum dapat diterjemahkan bahawa terdapat bayangan beliau bersedia mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu.

Demikian antara pandangan yang diutarakan Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said sebagai 'signal' yang boleh disampaikan kepada kerajaan Malaysia apabila Najib berucap dalam Bahasa Melayu di sebuah negara yang mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa rasmi dalam segala urusan.

Jelas pejuang bahasa yang dianugerahkan Tokoh Bahasa pada Muktamar PAS ke-55 ini sewaktu dihubungi Harakahdaily, memandangkan Najib menerima ijazah doktor kehormat yang dikurniakan kepadanya, sudah tentu beliau menggunakan Bahasa Melayu dalam ucapannya.

"Penerimaan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia belum lagi menentukan itu akan dilakukannya di Malaysia. Selain itu saya juga melihat gambaran yang agak kabur.

"Di Malaysia ini, Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri memberi kenyataan kadang-kadang kita dapati seolah-olah akan mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Tetapi kadang-kadang kita nampak seolah-olah ada keraguan akan menghapuskan PPSMI ini ,"tegasnya.

HarakahDaily

Idea pimpinan tidak rugikan parti, Pakatan Rakyat - Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

"PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternatif bagi rakyat."

Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan Pakatan Rakyat.

"Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada Presiden di samping mengikuti penjelasan darinya.

"Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya," kata Tuan Ibrahim dalam blog peribadinya.

Ramai yang membuat pelbagai tafsiran dan andaian apabila Presiden PAS mengutarakan gagasan Kerajaan Perpaduan namun katanya kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan.

Terdahulu, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa selepas muktamar media masih memainkan isu yang dijangka boleh memecah-belahkan PAS.

"Kita harus faham sepak terajang media musuh, adalah malang kalau kita yang tahu media musuh, tetapi masih percaya kepada berita yang disebarkan oleh musuh.

"Seluruh ahli dan pimpinan PAS mesti menjadikan Harakah sebagai media rasmi parti. Sebarang isu yang berbangkit, mestilah dirujuk kepada kenyataan rasmi pimpinan dalam Harakah. Agar kita tidak terjerumus dalam perangkap yang dimainkan oleh musuh," katanya yang dipetik daripada blog darigaunghati.

HarakahDaily

UMNO mempergunakan isu 'Kerajaan Perpaduan' untuk kelirukan pemimpin dan ahli PAS serta pengundi DUN Menek Urai

Psiko Umno berterusan

Hari ini Najib, Muhyidin dan Rais Yatim memalu kompang kerajaan perpaduan. Umno meminta supaya penjelasan diberikan oleh PAS tentang cadangan ini. Umno tahu taktik ini pasti mengelirukan rakyat yang terdiri dari penyokong, dan ahli PAS rata-rata tidak bersetuju sekiranya diadakan pertubuhan kerajaan campuran.

Umno cuba menyalakan api kemarahan penyokong PAS dan mengharapkan penyokong PAS akan beralih arah kepada mereka atau Pakatan Rakyat mengalami perpecahan. Seandainya ini berlaku umno telah berjaya memonopoli pengaruh mereka di negara ini.

Seperti sedia maklum Presiden PAS,Tuan Guru Haji Hadi Awang telah pun memaklumkan bahawa cadangan beliau harus dikaji semula atau tidak dilaksanakan setelah pelbagai pihak didalam Pakatan Rakyat memberi pandangan masing-masing. Beliau juga tidak menyentuh perkara ini didalam penggulungan hujah beliau ketika Muktamar PAS berlangsung baru-baru ini.

Ini jelas umno mempergunakan isu ini sebaik mungkin supaya mereka dapat merampas kembali Dun Manik Urai tak lama lagi sekali gus merampas kembali negeri yang diperintah Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang

Penyokong dan ahli PAS tidak seharusnya termakan umpan yang ditabur oleh umno didalam media massa yang di kuasai mereka. Selidik dan nilai kenyataan berterusan dari Presiden dan pimpinan PAS moga kekeliruan ini dapat dihurai.

Tidak seharus kita mempunyai sikap buruk sangka terhadap TGHH setelah TGNA memberi kenyataan cadangan Kerajaan Perpaduan oleh TGHH sebagai mengarut. Jangan sesekali saf kita didalam PAS berpecah kepada 2 kumpulan seperti mana yang berlaku didalam umno.

Rapatkan saf, teguhkan iman simapan niat yang ikhlas selagi pimpinan PAS berada dilandasan yang benar selagi itulah kita berada dibelakang mereka untuk meneruskan risalah Rasulullah S.A.W.

http://talikasutkayu-talikasutkayu.blogspot.com/

DetikDaily

Rumah Chong Chieng Jen dilempar 'molotov cocktail'

Anggota Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen terkejut bila mendapati botol-botol bom api "molotov cocktail" dilempar ke perkarangan rumahnya di Jalan Nyiur, cabangan Jalan Tabuan di sini.

Beliau percaya kejadian itu mempunyai motif politik kerana lantang bersuara atas isu membabitkan kepentingan awam.

Naib pengerusi DAP yang juga ADUN Kota Sentosa itu berkata beliau menyedari kejadian itu pagi ini bila pembantu rumahnya menemui botol-botol yang pecah, minyak tanah dan kain yang terbakar di halaman rumahnya.

Ibu bapa Chong, isteri dan tiga orang anak mereka dan dua pembantu rumah berada di rumah itu semasa kejadian. Tidak ada sesiapa cedera.

"Saya tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotif politik untuk menakut-nakutkan saya dari menjalankan tugas sebagai wakil rakyat," katanya.

"Kejadian ini tidak melemahkan semangat saya untuk meneruskan perjuangan politik saya," katanya kepada pemberita.

Beliau membuat aduan polis di pusat sehenti polis Kuching di Jalan Simpang Tiga di sini pada 8.00 pagi.

OCPD Kuching ACP Wong Wai Loong berkata polis sedang menyiasat kejadian itu.

TVA

UMNO/BN Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong Sorong

"Kesian sungguh dengan UMNO/BN kerana telah gagal memporak porandakan PAS sewaktu Muktamar Agong PAS Pusat yang ke-55 berjalan. Semua projek UMNO/BN hendak melaga-lagakan pemimpin PAS telah berkubur begitu sahaja.

Begitu juga projek mereka untuk menghasut para perwakilan PAS Kawasan2,semua nya telah gagal.

Projek melagakan kumpulan ulama dan kumpulan profesional telah gagal kerana Tuan Guru Haji Hadi telah menyatakan tidak ada profesional dan ulamak dalam PAS.Semuanya adalah ahli PAS tanpa mengira mereka profesional,ulamak,petani,nelayan,buruh atau pekerja kilang dan sebagainya semuanya sama iaitu ahli PAS.

Walaupun dalam Muktamar ke-55 terdapat pertandingan jawatan tetapi ia berjalan dengan sungguh baik, harmoni serta sikap setia kawan yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS Pusat dan Perwakilan telah terserlah.Tak lah macam UMNO apabila Khairy Jamaluddin menang Ketua Pemuda terdapat pulak pengikut dan penyokong Mukriz dan Khir Toyo yang bertempik di belakang dan hampir bergaduh pulak tu….Sungguh memalukan.

Sekarang ini bila semua projek itu sudah gagal timbul pula kisah Kerajaan Perpaduan.Siapa sebenarnya yang hendak kepada Kerajaan Perpaduan ni??? Saya yang mengikuti muktamar ini dari mula hingga akhir sebagai Perwakilan PAS Kawasan Jelebu, telah jelas dengan sikap dan prinsip yang dipegang oleh kedua-dua TOK GURU yang menjadi pemimpin tertinggi PAS.Kedua-dua nya dengan keras telah menolak konsep atau inspirasi Kerajaan Perpaduan yang dicanangkan oleh UMNO ini.

Apa yang jelas kedua-dua TOK GURU menyatakan dalam konsep dakwah PAS, dalam usaha untuk mengajak orang ramai dan rakyat mengikuti dan menghayati ajaran Islam maka orang UMNO/BN janganlah ditinggalkan kerana mereka juga manusia makhluk ALLAH dari keturunan Nabi Adam.Maka sudah sewajar lah mereka juga didakwahkan untuk mengikuti ajaran Islam yang sebenarnya dengan harapan mereka akan sedar akan kesilapan mereka dan kembali ke pangkal jalan untuk menerima Islam yang sebenarnya, dengan menjalankan segala hukum2 yang ada di dalam Al-Quran.ITU SAHAJA…

Kalau ini lah yang dikata oleh UMNO/BN Kerajaan Perpaduan mako GOLAK BOSAR LAH DEN TU... Bangang bonar lah orang UMNO ni..

http://orangklawang.blogspot.com

DetikDaily

Hentikan Kenyataan Keliru, Tiada Hasrat Bawa PAS Kepada BN - Timbalan Presiden PAS

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya sewaktu dihubungi Harakah hari ini, isu kerajaan perpaduan ini telah menimbulkan banyak salah faham pelbagai pihak.

"Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah PAS tidak menutup ruang perbincangan dengan sesiapa dan tidak pula menyebut hendak membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional.

"Jadi, akibat daripada kekeliruan kenyataan ini, saya ingin menyebut sebagaimana saya nyatakan dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS, PAS tidak pernah mempunyai hasrat untuk membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional," tegasnya.

Nasharudin menjelaskan PAS tidak pernah membesarkan mengenai Kerajaan Perpaduan ini dan sehubungan itu katanya, tumpuan PAS ialah untuk memperkukuh parti dan Pakatan Rakyat serta bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Manik Urai.

Sementara itu, Mustafa dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini merayu seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat supaya menghentikan kenyataan yang berkait dengan isu-isu yang boleh memberi kekeliruan kepada penyokong PAS khususnya berkaitan dengan kerajaan perpaduan.

"Saya menggunakan perkataan merayu kerana saya tidak ada autoriti untuk arah. Jadi saya merayu khususnya pimpinan PAS agar tidak ada sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan yang akan memberikan barangkali gambaran serta persepsi negatif.

"Tugas saya hari ini bersama jentera pilihan raya PAS ialah lawan dengan Barisan Nasional. Berbicara mengenai Kerajaan Perpaduan adalah tidak relevan pada waktu ini. Sebab apabila kita menggunakan apa istilah pun mengenai kerjasama ini, ia 'misleading'.

"Sebab kerjasama kita hari ini adalah dengan Pakatan Rakyat. Kalau 'engagement' ya. Kita nak bercakap dengan MCA dan MIC tidak ada masalah. Bercakap tidak salah,"katanya.

Dalam pada itu beliau turut memberi respons kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta PAS memberi penjelasan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan.

"Saya tidak salahkan Guan Eng membuat kenyatan itu. Saya tahu memang ada dilontarkan oleh Presiden PAS mengenai Kerajaan Perpaduan ini. Tapi ia hanya satu teori dan konsep. Pada saya sekadar melontarkan itu tidak salah,"katanya.

Jelas Mustafa, isu mengenai Kerajaan Perpaduan pernah dilontarkandalam mesyuarat PAS tetapi tidak pernah dibincangkan sehingga menjadi satu keputusan.

Mustafa juga menyatakan beliau dimaklumkan ada perbincangan antara Abdul Hadi dengan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang konsep Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut difahamkan Abdul Hadi, Anwar dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memberi penerangan mengenai perkara tersebut.

"Saya tidak tahu apa respons Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas itu. Dan selepas itu berlaku peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib.

"Sebab itu, bagi saya mungkin Tuan Guru Abdul Hadi apabila beliau maklumkan perkara tersebut kepada Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, mungkin dia mengandaikan maklumat tersebut sampai kepada DAP.

"Tetapi apabila DAP mengatakan tidak tahu mengenai perkara ini, maknanya maklumat tersebut tidak sampai kepada DAP," jelasnya.

Beliau berpandangan, kenyataan yang timbul adalah disebabkan berlaku salah faham mengenai isu Kerajaan Perpaduan ini. Bagaimanapun katanya, isu ini tidak akan berbangkit setelah diberi penjelasan.

Justeru katanya, dalam perjumpaan dengan pemimpin Pakatan Rakyat akan datang, isu mengenai Kerajaan Perpaduan ini akan dapat diterangkan oleh Presiden PAS.

HarakahDaily

Dato' Mahfuz Omar Cadang Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu Dilantik Jawatan Utama PAS

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar mencadangkan agar Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu diberikan jawatan yang penting dalam Dewan Harian PAS Pusat.

Mahfuz menegaskan kedua-dua pemimpin tersebut merupakan aset penting dalam PAS dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan.

Jika keduanya tidak diberikan jawatan-jawatan penting ia pastinya akan merugikan parti, jelas beliau.

"Saya mencadangkan agar Dato' Husam dan Mohamad sabu diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian.

"Mereka berdua merupakan aset penting kepada parti dan ia merugikan jika kita tidak melantik keduanya memegang apa-apa jawatan penting," tegas Mahfuz.

Mahfuz juga menjelaskan, kedua tokoh tersebut merupakan public figure yang mampu menarik sokongan terhadap PAS.

Kedua-dua tokoh tersebut juga tegas beliau, mampu mengukuhkan kepimpinan PAS jika diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian.

Mengulas perkara yang sama, seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayob turut sependapat dengan Mahfuz yang mahukan kedua tokoh penting PAS itu diberikan jawatan penting dalam parti.

Salahuddin menegaskan, beliau akan berusaha memastikan Husam dan Mohamad Sabu diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian PAS Pusat.

"Kedua tokoh tersebut masih sangat-sangat diperlukan oleh PAS, jadi perlu keduanya dilantik jawatan penting dalam Dewan Harian.

"Andai kita membiarkan keduanya tanpa jawatan ibarat membiarkan kilauan permata malap kerana tidak tahu menjaganya," tegas Salahuddin.

Beliau juga menegaskan kedua tokoh penting itu mampu mengukuhkan kepimpinan PAS untuk menguatkan lagi Pakatan Rakyat dan memastikan kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu sebelum ini merupakan Naib Presiden PAS.

HarakahDaily

KUMPULAN BEKAS MENTERI BESAR TERUS MENYATAKAN BANTAHAN

Beberapa program dan keputusan kerajaan negeri Terengganu terus mendapat bantahan oleh kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Di Hulu Terengganu, tindakan menukar lokasi tapak pembinaan sebuah kolej matrikulasi yang sepatutnya dibina di daerah itu menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman.

Menurut Mohd Nor, cadangan membinaan kolej tersebut di Hulu Terengganu adalah usaha yang digerakkan bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail.

“Saya sendiri sempat berbincang dengan beliau (arwah) mengenai perkara ini dan mengenal pasti dua lokasi bagi dijadikan tapak projek pembinaan kolej matrikulasi di daerah ini. Salah satunya di padang ragut Jalan Tersat iaitu berhampiran Kampung Tanjung Putat.

“Secara peribadinya, perubahan lokasi pembinaan kolej matrikulasi dari Daerah Hulu Terengganu ke Marang membuatkan saya terkilan, walaupun terpaksa menerima keputusan yang ditetapkan kerajaan negeri” katanya.

Di Setiu, Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Abdul Halim Jusoh dilaporkan terkilan dan tidak puas hati kerana tidak di jemput untuk hadir dalam Majlis Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang diadakan didaerah itu baru-baru ini.

Sumber Buletin Online memberitahu, Abdul Halim kesal kerana pentadbiran negeri terus meminggirkan ahli-ahli yang berhormat tetapi mengutamakan Penyelaras DUN dalam majlis-majlis yang dihadiri Menteri Besar.

BuletinOnline

Pembangkang Penting Sebagai “Cermin” - Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata fungsi pembangkang tetap penting sebagai "cermin" kepada kerajaan dalam sebuah demokrasi seperti Malaysia.

"Kalau nak buat negara satu parti ni, kurang sihat la, kita kena ada pembangkang, jika tidak kita tidak ada cermin nak tengok muka kita, cantik ke tidak," katanya ketika diminta mengulas cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan BN-Pakatan Rakyat.

Idea Hadi itu adalah cadangan peribadinya yang belum dibincangkan secara rasmi pada peringkat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, mahukan peringkat tertinggi Pakatan Rakyat.

Mahathir akur bahawa pada satu masa BN mengambil langkah menuju ke sistem satu parti tetapi gagal.

"Dulu masa kita tubuhkan BN, kita jemput semua orang (parti) untuk menyertai dan yang tolak hanya DAP.

"PAS pun masuk jugak BN tapi kemudian kita terpaksa berpisah dengan PAS sebab dia guna kuasa dia dalam kerajaan untuk perkukuhkan parti dia bukan BN," Dr Mahathir berkata di Shah Alam.

Ditanya sama ada kerajaan perpaduan akan memberi manfaat kepada negara, Mahathir berkata kebaikan hanya boleh diperolehi jika semua pihak ikhlas.

"Tapi ahli politik ni kadangkala susah jugak nak ikhlas, saya ahli politik jugak tau," katanya sambil tersenyum.

TVA