Zambry Malu Besar
Nizar Jamaluddin MB Perak Yang Sah
UNTUK hari ini dan sehingalah Mahkamah Persekutuan memutuskan rayuan dibuat Zambry Abdul Kadir, Mohamad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Perak yang sah. Beliau juga berhak mendapat semula gelaran Yang Amat Berhormat (YAB) yang yang diberikan kepada seseorang Menteri Besar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengistyharkan Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah sekejap tadi.
Walaupun Zambry Abdul Kadir merayu supaya menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara pihaknya mengemukakan rayuan, namun dengan keputusan itu mengesahkan bahawa setakat hari ini Nizar adalah MB yang sah.
Keputusan itu juga menyebabkan Zambry tidak berhak untuk menjalankan apa-apa urusan dan tugas sebagai Menteri Besar.
Keputusan Mahkamah Tinggi itu memberi kemenangan kepada Nizar dan juga rakyat yang selama ini menyokong tindakan Nizar dan beranggapan perlantikan Zambry sebagai MB tidah sah. Pastinya keputusan berpihak kepada rakyat itu disambut dengan penuh kegembiraan.
Keputusan itu dibaca oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim yang mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang. Kedua Menteri Besar itu juga hadir di mahkamah.
Sudah pasti dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu menyebabkan segala keputusan berhubung pentadbiran kerajaan Perak dilakukan Zambry sejak lebih dua bulan lalu menjadi pertikaian. Ianya akan berhadapan dengan implikasi undang-undang. Demikian juga dengan perjalanan sidang DUN yang kecoh beberapa hari lalu mungkin tidak sah.
Bagaimana pun disebabakan keputusan itu dirayu di Mahkamah Persekutuan kemelut politik tempoyak di Perak itu masih belum muktamad. Seperti mana dibayangkan sebelum ini oleh banyak pihak kemelut politik di Perak tidak akan selesai selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak dibubarkan dan satu plihan raya baru diadakan.
Sebagai rekod Nizar, 52 dilantik menjadi Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Pas, DAP dan PKR mendapat majoriti dalam pilihan raya berkenaan. Sultan Azlan Shah perkenan untuk melantik Nizar sbagai MB.
Bagaimana pun kerusi MB Nizar itu dirampas oleh satu kudeta oleh BN pada 4 Februari lalu. Rampasan kuasa ini dengan bantuan tiga Adun yang sebelum ini berpihak kepada Pakatan Rakyat lari kepada BN.
artikel asal : http://msomelayu.blogspot.com/