Friday, October 29, 2010

UMNO anggap dia Tuhan

Ini adalah video bagaimana UMNO mengaku bahawa dialah yang memberi segala-galanya dalam Malaysia. Jalan raya, bangunan, hospital dan sebagainya serta mengatakan manusia ini adalah menumpang jalan. Manusia seperti orang UMNO ini sudah lupa Tuhan dan menghina hukum hudud.

Dalam ceramah ini juga, pihak UMNO menganggu ceramah yang telah dianjurkan oleh pihak PAS. Berceramah yang merapu bahawa UMNO akan mempertahankan keris Hang Tuah. Dia lupa sejarah bahawa negeri yang mula-mula ada sultan adalah dari Melaka namun Melaka juga negeri yang tiada sultan sehingga ke hari ini.




video asal :
http://pemudabukitkatil.blogspot.com/

ijoks2009

KERAjaan Hantu BN akan guna pengundi hantu



Mkini

UMNO-JUDI ibarat kentut dgn taik! ini lagu khas buat umNgok! Banyak orang gila judi.. Hai judi merosak diri,merosak diri.. Banyak yang setengah mati,setengah mati.. Akibat judi.. Kalau tengah main pakau.. Banyak orang jadi angau.. Mereka selalu risau.. Sama-sama jadi sasau..

Lesen judi sukan dibangkit, Pakatan ‘serang’ Umno Kelantan

Nik Aziz dengan gaya sendiri berceramah di kawasan pengundi Melayu di Sungai Terah, Gua Musang malam tadi. — Gambar oleh Choo Choy May

GUA MUSANG, 29 Okt — Kempen pilihan raya kecil kerusi DUN Galas yang menghampiri separuh jalan “dihidupkan” oleh isu lesen judi sukan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) meletakkan kesalahan ke atas Timbalan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Husin.

Pada pertemuan di kawasan perkampungan orang Melayu di Sungai Terah di sini malam tadi, kedua-dua Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengingatkan pengundi tentang pendirian tegas PR dari awal menentang langkah kerajaan pusat memberikan lesen judi bola sepak sehingga Putrajaya membatalkannya kemudian.

“Siapa yang mahukan judi bola sepak? Secara kebetulan dia dari Kelantan. Lelaki dari Bachok,” kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan merujuk kepada Awang Adek.

“Saya rasa malu dengan tindakan dia,” kata beliau pada majlis ceramah yang dihadiri kira-kira 200 orang.

Pilihan raya kecil DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Dr Zulkefli Mohamad dari PAS dan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff.

Mei lalu, Awang Adek yang juga timbalan menteri kewangan mengumumkan bahawa kerajaan dengan serius sedang mempertimbangkan langkah membenarkan judi sukan menjelang kejohanan Piala Dunia 2010.

Bagaimanapun keputusan itu dibatalkan kurang dua bulan selepas itu dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pentadbirannya tidak akan mengeluarkan lesen bagi tujuan tersebut.

Keputusan itu diumumkan Najib, selaku Presiden Umno, selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) partinya.

Beberapa minggu sebelum pengumuman Najib, yang juga Menteri Kewangan itu, tokoh perniagaan Tan Sri Vincent Tan berkata, syarikatnya Ascot Sports Sdn Bhd telah menerima kelulusan bagi lesen yang telah lama dikeluarkan.

Sebahagian daripada penyokong PAS mengikuti ceramah Nik Aziz dan Lim di kawasan Sungai Terah, Gua Musang malam tadi.

Beberapa pihak dalam Barisan Nasional (BN) menyokong langkah itu tetapi Umno Johor, Perak dan Pemuda Umno menentang langkah memberikan lesen untuk diadakan judi bola sepak.

Malah, kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pimpinan PR juga memutuskan tidak akan memberi lesen bagi premis yang menyediakan perkhidmatan judi sukan.

Semalam, Nik Aziz memberitahu bahawa pemimpin-pemimpin Umno yang menyokong keputusan itu harus belajar daripada rakan sejawatannya dari Pulau Pinang, Lim yang berusaha untuk menghentikan judi sukan.

“Tengok apa yang Umno mahu lakukan. Mereka orang Melayu dan Islam. Di sini, kita ada seorang Cina yang enggan membenarkan judi sukan tetapi Umno pula masih mahukannya,” kata Nik Aziz lagi.

Dalam pada itu, Lim yang berucap sebelum Nik Aziz berceramah mempertahankan pentadbirannya yang dilabel sebagai anti-Islam oleh pembangkang di Pulau Pinang.

Kerajaan Pulau Pinang didakwa oleh Umno sebagai menggunakan hasil bisnes judi untuk membayar wang ihsan RM100 bagi warga emas.

Ia telah dinafikan oleh pentadbiran Pulau Pinang bulan lalu.

“Mereka menghimpunkan orang ramai untuk mengutip duit yang dikatakan 'wang haram' tetapi sehingga sekarang kerajaan negeri tidak menerima satu sen pun. Kerajaan negeri tidak mendapat apa-apa duit daripada hasil judi,” kata Lim lagi.

“Ingat lagi (lesen) judi sukan? Siapa mahukan judi sukan, ia adalah Umno, Awang Adek adalah rakyat Kelantan.

“Maafkan saya, tetapi saya perlu berkata di sini. Umno mahu memperkenalkan judi sukan tetapi siapa yang membantahnya? Kerajaan negeri Pulau Pinang yang menghentikannya,” tambah beliau.

Oleh Adib Zalkapli TMI

padan muka 1Malaysia! Najib al Monggoli belanja wang rakyat macam harta bapak dia punya!

Rakyat Merana, Najib Belanja Dana Awam Seperti Hak Peribadi

KUALA LUMPUR 29 Okt - Dalam keadaan ekonomi dunia dilanda krisis, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pula mengamalkan pimpinan melalui teladan sebaliknya semakin boros berbelanja menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam jawapan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pada perbahasan Bajet 2011 semalam berkata peningkatan kos perjalanan bagi Perdana Menteri dan timbalannya sebanyak 75.2 peratus daripada Perdana Menteri sebelumnya.

"Peningkatan mendadak juga dilihat dalam keputusan Perdana Menteri yang telah membelanjakan tiga kali ganda jumlah yang dibelanjakan sebelumnya iaitu sebanyak RM65 juta untuk ubah suai kediaman rasmi beliau, Seri Perdana.

"Apa yang dikesalkan, Seri Perdana baru sahaja dinaik taraf beberapa tahun lalu.

"Kemewahan tahap manakah yang sebenarnya diperlukan Perdana Menteri dan keluarganya," soal Khalid yang juga Menteri Besar Selangor.

Tambahnya lagi, peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk tahun 2011 turut naik dua kali ganda daripada peruntukan tahun 2010 - daripada RM10.2 bilion kepada RM18.14 bilion.

Pada tahun 2006 peruntukan untuk JPM hanyalah sebanyak RM4.3 bilion.

"Bolehkah Perdana Menteri menjustifikasikan peningkatan sebanyak 422 peratus atau RM14 bilion dalam tempoh 5 tahun?.

"Atau apakah ini satu lagi bukti Perdana Menteri menganggap duit rakyat sebagai kepunyaan peribadi beliau dan keluarganya?," soal beliau berhubung peruntukan kepada JPM yang mewakili 8.55 peratus daripada keseluruhan bajet nasional.


Oleh Fazli Othman SK

DHPP boleh jadi calon PAS pada PRU ke-13

SETIU : PAS sekali lagi mengulangi kesediaan parti itu untuk meletakkan calon di kalangan pemimpin Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

PAS akan meletakkan calon DHPP dalam pilihan raya akan datang di kawasan yang dipilih oleh parti terutama di negeri pantai barat.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian dalam ucaptamanya di Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Rakit, Setiu pada 23 Oktober lalu.

“Kalangan bukan Islam pula telah diterima jadi ahli penyokong PAS. Dewan Himpunan Penyokong PAS dan Insya’Allah, dalam pilihan raya akan datang kita akan letak calon di kalangan mereka (DHPP) di pantai barat. Di kawasan-kawasan yang kita (PAS) pilih untuk mereka,” ujarnya.

Kata Ustaz Abdul Hadi, di Terengganu PAS telah meminda Perlembagaan Tubuh Negeri ketika memerintah negeri tersebut pada tahun 2003.

Menurutnya, jika tidak ada calon di kalangan bukan Islam yang dipilih atau menang pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) boleh melantik sebagai ahli Dewan.

“Bagi negeri Terengganu, semasa kita (PAS) memerintah negeri ini (1999-2004) kita telah pinda Perlembagaannya.

“Sekiranya, tidak ada calon bukan Islam dipilih atau menang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, mereka boleh dilantik sebagai wakil rakyat bukan Islam oleh Dewan.

“Jika kita (PAS) menang, Insya’Allah kita akan lantik dia (bukan Islam) jika dia tidak bertanding atau bertanding tidak menang,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata PAS telah mempunyai rakan dalam perjuangannya bagi membina suatu kekuatan dalam parti.

Menurutnya, tidak mustahil PAS dan Pakatan Rakyat boleh memerintah negara dalam pilihan raya akan datang.

Malah, katanya PAS hanya memerlukan sekitar 60 kerusi dari 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dan tidak semestinya perlu 222 kerusi.

“Sekarang kita (PAS) telah ada rakan (DHPP) dan Kita telah membina suatu kekuatan. Dengan sebab itu, tidak mustahil kita (Pakatan Rakyat) boleh memerintah negara.

“Jika PAS dapat 60 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen itu sudah cukup. Bila PAS dapat 60 kerusi dan Umno dapat 30 hingga 40 sahaja. Masa itu, Umno hendak pergi ke mana?

“Masa itu kita percaya, rakan-rakan bukan Islam akan bersama dengan kita (PAS). Kita (Pakatan Rakyat) boleh tubuh kerajaan, Insya’allah,” ujarnya.

Selain itu, katanya politik adalah suatu ‘percaturan’ yang diketahui oleh ahli-ahli politik dan terserahlah kepada pemimpin yang menyusun dan merancangnya.

Menurutnya, berdasarkan beberapa kajian pakar politik serta ahli-ahli akademik merumuskan PAS adalah sebuah parti yang teguh dan kuat masa kini.

“Sebab itu, pekerja-pekerja (jentera parti) kita (PAS) kena faham biar pemimpin yang menyusun dan merancang.

“Kita (ahli PAS) taat dengan ikhlas dalam satu jemaah (parti), Insya’Allah kita akan dapat fadhilat dan pertolongan dari Allah.

“Berdasarkan beberapa kajian yang dibuat oleh pakar politik dan ahli akademik bahawa PAS adalah sebuah parti yang teguh dan kuat. Parti yang mempunyai kewibawaan tersendiri,” ujarnya.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing bersama rombongannya dan Pengerusi DHPP Kuala Terengganu, DR Chandra.

Hadir sama, Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato’ Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Harun Taib, Tiga orang Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik, Mohd Abdul Wahid Endut dan Ustaz Satiful Bahri Mamat.

BO